Thursday, February 9, 2017

Makan bersama di Ponderosa Golf

Bukan meraikan perayaan mereka. Apa yang dibuat bagaikan ulangtahun meraikan kejayaan syarikat. Hanya apa yang membezakan kerana setiap tahun 'kesyukuran' ini dibuat selepas Tahun Baru Cina dan selepas pembayaran bonus diberikan kepada semua. Apa lagi tempat atau restoran pilihan adalah atas susunatur aku juga. Boss-boss aku biasa mengikut saja. Mereka pun bukanlah makan sangat. Aku lihat minum saja yang lebih. Sehinggakan mana yang tidak habis aku minta waiter bungkus buat aku bawa balik.

Ponderosa - Kami makan-makan di sini. Pintu masuk ke restoran di Ponderosa Golf  & Country Resort

Gambar 1 - Biasalah pembukaan mestilah dengan Yee Sang. Selepas itu kami menikmati sup ada mushromm, dim-sum dan red dates aku lupa apa nama sup herba ini. Sedap.

Gambar 2 - Cod fish ada dua versi sebenarnya satu lagi goreng tapi terkeluar pula dari gambar ini. dan  roasted duck

Gambar 3 - Mushroom & Yam with macadamia nuts dan teriyaki fried prawns

Gambar  4 - Lotus leaf fried rice dan dessert entah apa. Tapi lidah aku rasa bagaikan tepung beras dan pulut berinti kacang merah. Sedap juga sejuk-sejuk masuk tekak. Apa yang geli hati salah seorang boss aku hampir saja mahu menguyah daun plastik yang disangkanya bahan makanan. Gelak kami semua satu meja😀

Meja lain - Untuk meja foreign workers  kami order mengikut kehendak mereka. Sebab pengajaran pada tahun-tahun sebelumnya mereka tidak makan sea-food. Mereka lebih suka makan nasi dan lauk-lauk seperti kita masak di rumah. Udang, ketam, sotong semua mereka tidak pandai makan. Lihatlah sayur itu sedikit pun tidak dicuitnya. Aku bungkus bawa balik.
Makan dengan kos beribu-ribu ringgit kalau dibuang begitu saja aku rasa membazir. Mana yang tidak habis semua aku minta bungkus sebab semuanya masih berkeadaan baik. Kalau tidak dimakan di rumah pun boleh berikan kepada kucing atau ayam (aku ada ayam😁.) Boleh dikatakan setiap meja memang ada berbaki dan aku minta waiter bungkus. Mereka yang berkehendak akan mengambilnya sebelum balik.

~~ Istimewanya hidup di Malaysia makanan mewah di sana-sini tapi sayangnya harga makanan semakin hari semakin mahal. Namun mahal bagaimanapun tetap kita beli, makan dan terus makan.~~


31 comments:

sitirohaida said...

syoknya ada makan-makan...lagi syok makanan tu boleh ikut tekak kita...company saya..emmm...lebih suka hidangkan arak...x hormat kepada pekerja melayu

Mar Mansor said...

sayang kalau terbuang..tapi saya ni tekak kurang sikit kalau makan-makan diorang ni..cam takde rasa je

Izwa Kamaruddin said...

huhuuuu mahal nyer...sayang kalau tak tapau

Nor Azimah Ali said...

Bagus kak, saya sokong apa yg akk buat. Elakkan pembaziran, kalo saya pun, saya akn buat mcm tu.

Cik Nor said...

bestnya..mkn besar..:)

Mrs. A said...

Chinese Food ya Kak...
Teringat time kerja kat KL dulu company pun suka buat makan-makan semua perayaan mereka sambut.
Kalau Chinese Food mereka suka makan di Maju Junction

Mrs. A said...

Chinese Food ya Kak...
Teringat time kerja kat KL dulu company pun suka buat makan-makan semua perayaan mereka sambut.
Kalau Chinese Food mereka suka makan di Maju Junction

hasliynda umairah beauty said...

sedapnya...boleh tapau lagi hihi

Cik Lily Putih said...

itulah kalau makan chinese course memang cam ni, mesti takkan abis punye

saniahibrahim said...

Semua nampak sedap chinese food tu kakzakie...
Pelik betul selera foreign kan...bagus juga ikut selera dia orang kurang lah membazir.
Saya yang tinggal kat kampung ni pun takde bela ayam kakzakie..

Kamsiah yusoff said...

uihh makan besar tu..elok sangat la diminta tapau mana2 yg tak habis dari dibuang mcm tu ja

paridah said...

Wah sedapnya semua makanan tu rugi kalau dibazirkan...xhbs elok bugkus n beri pada yg mahu lagipun semuanya dh dibyr

Seorang Syed said...

Macam mana ya rasa yee sang? teringin nak rasa tapi tak pernah ada peluang hehe

Dkna Abza said...

Bagusla kak dorang boleh bungkus bawak balik, ada setengah lokasi tak dibenarkan bawak balik makanan

Galaksi Viral said...

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

Nour Adieb said...

sy kalau mkn kat luar mknn tu ada lebih, mmg akan tapau bawa balik. drpd tbazir mknn tu, kucing kan hado 😄

Reenri89 said...

Kalau akak ajak reen.. In sya Allah habis hahahaa

Setuju.. Negara kite mewah dengan makanan..

RV adyani said...

Teringin nak rasa yee sang, tapi macam 'takut' lak nak rasa kikiki

PeRdU cINta said...

Suka tengok yee sang kak..sebab warna warni...betul kak..daripada membazir...bungkus,,siapa yang nak boleh bawa balik.

Suria Amanda said...

syoknya makan- makan..lama dah x makan macam ni...bestnyaaa

jie susanos said...

sdap makanannya..

Mcm tu la kak..buat mkn mesti ada tak habis..mujur taupau buat blik..

Huda Rahim said...

Sedapnya makanan tu kak..cuti2 bersama family adalah yg terbaik kan..
Betul kak,bungkus lg baik drp membazir.

nohas said...

suka nasi goreng kaler coklat tu..sedap..

foreign workers tu makan apa kak, ayam & daging je ke? kesian kan..depa tak biasa makan, sayur pun tk makan, kita makan mewah..semua telan...

HeNRieTTa JoSe said...

sedap belaka menu menu tu...eeeh daun plastik...rietta tgk gambar, igtkan daun btul....btul tu akk, sayang klu dibuang....

Falsya said...

adoiii sedapnye kakak..falsya mmg suke chinese food..sedapnyeeee..

Unknown said...

ok. part boss kak nak makam daun plastik tu memang kelakar. kadang tak perasan jgak. ingat semua boleh makan. hihihi

arzmoha said...

sedapnya semua menu....beruntung kak...

betul jangan membazir

Warisan Petani said...

Bila kita menyumbang kepada ibu bapa kita,
Allah akan luaskan lagi punca rezeki kita.

nOe suhaimi said...

noe pun masih menunggu ni jemputan makan dari boss...sedap nampak lauk2 nya...daripada membazir..lebih elok bawa balik..

OKje said...

Sedapnya kanda lauk lauk tu....Chinese menu semuanya ek.
Wahhhh....seronoknya dapat bonus kanda. Dah plan nak beli apa ke hihi...

Susan said...

Much appreciated such a great amount for this data. Enjoy the power to create and control people in a virtual world where there are no rules with The Sims 4 – On Xbox One, PS4 and PC. sims 4 news