Ketiga-tiganya sepupu sebab mama mereka adik beradik. Balik kampung terlihat gambar sewaktu masing-masing masih bersekolah rendah. Adik darjah/tahun 1 (kiri), Adam (tengah) darjah/tahun 2 dan Afiq (kanan) darjah/tahun 3. Waktu itu mereka dibawa ke zoo negara. Masa kecil selalulah mereka dibawa ke tempat begini.
Gambar bawah diambil akhir tahun lepas ketika kami balik kampung dan ketiga-tiganya sudah remaja. Sepakat mengambil gambar semula dengan gaya yang agak sama. Adik remaja perempuan malulah mahu kangkang macam masa belum baligh dulu😀. Gambar bawah adik iaitu anak aku (kiri) di tingkatan 1, Adam (tengah) di tingkatan 2 dan Afiq (kanan) di tingkatan 3. Kesemua mereka ini juga adalah adik dalam keluarga sebab semuanya anak bongsu.
~~ Sepuluh tahun akan datang harapan mama semua sudah memacu wawasan untuk kerjaya masing-masing.~~
45 comments:
Lepas ni kene tunggu lagi 10 tahun ambik gambar cara yang sama ;)
Adik beradik sepupu setahun satu ni kak...tapi sekali imbas sama macam sebaya ketiga tiganya..panjang umur...murah rezeki 10 tahun satukan mereka lagi..dalam gambar..masa tu mereka berumur 24..25 dan 26 tahun..moga mereka sentiasa dipermudah dalam urusan dunia dan dilancarkan urusan akhirat..
besar dah semuanya kak. tak lama bolh menantu pulak
Sekejap aje masa berlalu.. kejap aje dah besar.
Dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja...tak sabar nak tengok gambar di zaman dewasa
Anak2 sekarang ada gambar sebagai kenangan..zaman acik dulu ada ingatan je kakzakie
Semuga ukhuwah kekeluargaan terus berkekalan
Adik nmpk tomboy dulu2 ye kak 😊
Skrg dah remaja.. jadi muslimah solehah...
Rindu saat mrk mcm tu kan 😆
nanti gambar 10 tahun pulak satukan pulak hihihihi
comelnyee laa hai.. beza setahun aje pulak tu.. mesti rapat kan..
bila diorang dah besar,tengok balik gambar ni,mesti malu kan..heheh
syok zaman sekarang..senang nak simpan gambar..dlu klu silap guna kertas cuci gambar dr camera confirm rosak..huhu
Mereka tetap comel dalam gaya yang sama walau sudah meningkat remaja... :)
Mahal gambar ni kak! nanti lagi 10 tahun ambil lagi yer. Kalau umur panjang..InshALLAH.
comelnyeee.
sporting pulak dorang yer.
Zura memang suka tgk gambar2 camnih kat media sosial.
klakar ade, comel ade. hehehehe
hihi..seronok pulak tengok dua-dua gambar tu...
dulu budak2, sekarang dah besar.
nanti letak gambar ke-3, ketika dewasa pulak!
sy dari zaman kecik sampai skrg suka pegi zoo 😍 nanti 10 tahun akan dtg, amik gambar serupa macam yg kat bawah 😄 cntk susunan umur memasing
Bila tengok gambar2 lama, terasa cepat sangat masa berlalu kan. Comel bebudak tu.. pandai posing..
haha comel je gaya bebas macam tu. memang best boleh repeat bergambar dengan gaya yg sama. especially kalau gambar tu kelakar. :)
Suka tengok gambar-gambar lama.. kenangan yang tak mungkin berulang kembali.
walau masing2 beza umur setahun, mereka nampak sebaya..
Kira BFF la ni, membesar sama2...
Insya Allah, semoga mereka sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi :)
suka saya tengok kedua2 gambar ni kak...
masa kecik comel2 belaka dengan gaya mcm tu...tersengih2 saya tengok...
dah besar, dah nampak malu dan matang masing2...hehe...
Geng adik lelaki la kiranya... gaya gambar kecik pun macam boy..
Sekarang terserlah dah ayunya..cantik..
Sekejap aje masa berlalu. 10tahun lagi tengok ada yang dah punya cahaya mata.
comey je
Alhamdulillah masih tak gaduh2... hehehe...
comelnya masing-masing. cepat je masa berlalu kan
comel comel semua nya.
semoga berjaya dunia dan akhirat.
Insya Allah.
Suke la tengok aksi dia orang bertiga..dari kanak2 dah remaja...10 tahun lagi dah berkerjaya dan mungkin dah berkeluarga
Kalau foto aak2 dirakam selalu ada juga kenangan wajah n aksi mrk yg boleh direnung
Kalo di johor hubungan sesama sepupu ni mmg rapat kan kak, mcm adik beradik je, saya tau sbb penah duduk dgn makcik di batu pahat, tapi kalo di terengganu, tak taulah tempat lain camane, hubungan sepupu ni dah agak jauh.
Esok2, boleh buat kenduri kawen bersama plak, hehe.
10 tahun lagi ambil gambar macam ni lagi kak... :D
Ini semua adalah rakaman kenangan yang manis apabila mereka tua nanti...
comel semuanya
Comel sgt tiga-tiga sepupu..hehehe
InsyaAllah Amin.
comelnya...
Kenangan manis ni Kak Zakie....
Sepuluh tahun lagi pasti banyak perubahan sudah masuk alam dewasa semuanya.
Moga mereka semua capai impian masing-masing.
Comel je semua :) Nanti dah besra, boleh bergambar lagi dengan gaya macam ni. Heheh
Sportingnya mereka kanda. Kadang kadang bila dah remaja ni, nak berbual pun malu apatah lagi beraksi bersama mcm tu...
comel jer...remaja pun comel lagi...adik yg perempuan tu mesti la dah malu nak kangkang...dah besar kan...
Comel jer masing-masih. Tunggu 10 tahun lagi amik gambar macam nih ☺☺
Hehe. Pose pun sama ya kak zakie. Kam ceng betul sampai besar ya
gambar kenangan....harap bila besar nanti masih erat seperti kecil kecil dahulu
betul kata nany tu kak..mahal pic ni..nanti umur panjang irda nak tengok lagi gambar depa lagi 10 tahun..insyaAllah kak
doakan kita sentiasa berhubung di alam maya ya kak..
Post a Comment