Tuesday, December 14, 2010

Laporan Polis


Selepas solat Maghrib seperti biasa aku mengajar anak-anak mengaji. Belum selesai anak-anak mengaji terdengar ding-dong loceng diikuti salam diluar rumah. Jarang ada tetamu diwaktu seperti ini. Terkejut kerana yang datang adalah seorang wanita yang dulu tinggal sederet dengan rumahku tetapi telah berpindah selepas dia diceraikan suami. Datang berseorangan tanpa anak-anak. Salam ku hulur dan tanpa perlu aku bertanya airmata yang luruh dan suara tersekat-sekat dia menceritakan segalanya tanpa ku pinta dari awal hingga akhirnya.

Berputar ligat kotak fikiran aku mencari jalan apa yang harus dibuat. Hubby belum balik dari masjid kerana memang biasanya selepas Maghrib dia akan terus solat Isyak baru balik rumah. Bagi meredakan situasi aku jemput dia minum air teh dengan sedikit kuih. “Kita tunggu Encik K balik. Mudah sikit sebab polis sini pun ramai yang solat di masjid kita.” Aku menasihati.

Jam 9:30 malam wanita itu, aku dan hubby sudah berada di perkarangan Balai Polis. Laporan dicatat pihak polis yang aku kira masih junior bila melihat cara dia menarikan jejarinya dikeyboad komputer. Rumah dicampak dengan seluar dalam basah, dicampak dengan kertas yang melakar kemaluan wanita dan lelaki, kemudian kertas dibentuk seperti mainan roket dan diluncurkan kerumahnya. Ada yang lebih membuat wanita ini sedih bila tingkap di kopak dan kain langsirnya digunting dari luar rumah. Itulah antara kandungan laporan yang diberikan kepada pihak polis. Apa yang aku tahu kedudukan rumahnya di “end lot” tiada tanah dibahagian tepi. Hanya longkang yang memisahkan rumahnya dengan jalan laluan.

Menurut cerita yang dituturkan kepada pihak polis, pada hari Ahad lalu dia membersihkan longkang kerana terlalu banyak tin-tin gam dibuang di situ. Kerana sakit hati dengan perbuatan tersebut sewaktu membersihkan longkang tersebut dia mencampak-campak keluar tin-tin tersebut dengan cara kasar sebelum ianya dibuang ke dalam tong sampah. Perbuatan wanita ini telah diperhatikan oleh anak muda yang merasa kerana tahu itu perbuatan mereka.

Menurut cerita hubby kawasan taman permainan dibelakang rumah wanita tersebut memang menjadi longgokan anak-anak muda hidu gam. Hari ini ditangkap tetapi sehari-dua kemudian sudah keluar lokap. Masalah yang berpanjangan tiada penghujungnya.

Selesai laporan hubby bertanya pada pihak polis berkenaan, “Sekarang macamana? Nak terus ke rumah dia ke?” Pihak polis menjawab “Kita kena siasat dulu bang. Masalah sekarang tak ada akta yang membolehkan kita tangkap dan lokap mereka yang hidu gam. Susah nak tahu kalau masa dia tak hidu. Sepatutnya ibu-bapa kena pantau anak-anak mereka jangan jadi begini. Kalau kita tahu siapa yang mengganggu rumah dia ini memang boleh ditangkap dan lokap mereka. Kami akan siasat laporan ini. Baliklah dulu nanti kami datang.” Aku, hubby dan wanita itu melongo.

Jam 11:30 malam selesai menghantar wanita itu pulang. Tiba di rumah sudah tiada mood hendak makan malam. Sebelum tidur malam itu kami bercerita tentang ujian wanita itu. Hidup di rumah murah dua bilik, tepi rumah orang lalu-lalang, kerja sebagai operator pengeluaran, ibu tunggal tiga anak, diganggu manusia yang tidak takut dosa-pahala. Itu sebahagian yang kita tahu. Hingga entry ini ditulis aku belum tahu kesudahannya. Bagaimana agaknya kalau itu terjadi pada kita?



41 comments:

  1. as salam ziarah..semoga akak terus dikurniakan kudrat dari Ilahi untuk membantu hamba Allah ini...

    ReplyDelete
  2. As'salam..

    macam2 sekarang nie , nasib la akak dan husband dapat membantu...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak,

    dugaan dan cobaan kehidupan..semoga hidup jiran akak itu diPermudahkan oleh Allah...

    Amin.

    ReplyDelete
  4. kesian sungguh nasib ibu tunggal ini..

    salam kenal
    jemput join contest
    http://www.mayaqarmyla.net/2010/11/contest-20-hari-meneka-mata.html

    ReplyDelete
  5. salam,

    ada hikmah di sebalik setiap kejadian muhasabah diri.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Pelik tapi benar, belum ada akta lagi untuk mereka yang menghidu gam..

    ReplyDelete
  7. he..he..malaysia ni memang lambat nak buat akta macam ni sebab tak untungkan orang besar.

    IM teringat seorang anak YB mati kerana besi yang di bawa lori menggelunsur dan terkena dia. tak lama lepas tu semua lori kena buat pengadang di belakang untuk tampan barang panjang yang dibawa.

    boleh pun!

    ReplyDelete
  8. salam. kesian wanita itu hidup dalam ketakutan. boleh kita bayangkan perasaan takut yang bersarang di hati. kami hanya boleh menumpang sedih dan berdoa semuga hidup dipermudahkan....

    ReplyDelete
  9. W/salam sahabat semua,

    #sahrom: anak dia mengaji dengan kakak. itu sebabnya mungkin hanya kakak tempat utk dia mengadu.

    #Amy: sebenarnya dia tidak mempunyai kenderaan. Memang kesihan

    #Azzah: kalau ada peluang sering kakak ajak dia mendekatkan diri dan berjinak ke surau/masjid bagi meringankan minda.

    #Yan: salam perkenalan disambut dgn penuh kebahagiaan. Jemputan tu nanti kakak lihat ok...

    #ahmad humairi: betul tu cikgu. tapi bebanan rasa memang berat bagi seorang ibu muda sepertinya.

    #Abd Razak: Itulah ustaz, kakak pun baru tahu malam tu. Polis tu macam kesal juga....

    #Insan Marhaen: susah nak diperkatakan hal nie IM. Tunggu lepas PRU13 kot....

    #kakpah: benar tu kakpah. Melihat airmatanya dah mengundang airmata kita gugur. bekas suami pulak langsung tak beri nafkah anak. semoga anak-anak dapat menebus kesusahan dia kelak. Insya-Allah...

    ReplyDelete
  10. As'salam...

    amy datang menziarah akak amy nie..akak sihat?? busy ke

    ReplyDelete
  11. W/salam Amy,

    Terima kasih ziarah. Alhamdulillah kakak sihat moga begitu juga Amy. Busy, hm.... biasalah tu....

    ReplyDelete
  12. besar betul dugaan seorang ibu tunggal tu

    kalau ada suami pasti ..mereka2 itu tak berani

    ReplyDelete
  13. As'salam..

    kak tadi lupa nak minta kebenaran akak , amy ada selitkan name akak dalam entry amy.. hope akak x kisah ye..sekrang nie amy dah wisau sikit banyak sangat nak temabk amy nie hu3...

    ReplyDelete
  14. Salam Ati,

    Macamana pun hidup kena teruskan juga kan...

    Semoga ada sinar dipenghujungnya suatu hari kelak.

    ReplyDelete
  15. Salam Amy,

    Ala... tak de apalah... Dont worry ok. It's a very small matter. Nothing to be happened if you are honest.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah bersyukur kerana puan dan suami dapat membantu wanita itu...

    ReplyDelete
  17. Salam kak,
    Moga kite semua mendapat perlindungan Allah...
    Pakat ramai2 la kak ngan penduduk2 lain tangkap sape2 yg wat mende x elok tu... sepakat membawa berkat

    ReplyDelete
  18. Salam Ummie,

    Sedikit bantuan kami moga dapat meringankan....

    ReplyDelete
  19. W/salam Hasrul,

    Dah banyak kali AJK surau tangkap masa mereka sedang menagih tapi dua-tiga hari kemudian muka mereka ada lagi. Tak faham kenapa jadi begini.

    Dlm tazkirah lepas solat selalu diingatkan tapi yg masaalahnya org begini tak ikut ke surau/masjid. Tambah sedih ibu-bapa anak-anak ini juga tidak mesra surau/masjid. Sedih....

    ReplyDelete
  20. Salam.

    Hali ini tidak syak lagi ianya merisaukan semua orang, seolah-oleh semua orang telah berakhlak rendah sama ada yang menghidu gam, penguatkuasa dan juga masyarakat kerana telah terbukti kita telah gagal mengawal kegiatan tersebut sehingga ianya dilihat dan dinilai seumpama perkara biasa.

    Contohnya apabila kita membaca beritanya sudah tidak terperanjat dan terkejut lagi.
    Apapun pemerintah adalah pihak yang bertanggungjawab pada tahap nombor wahid.

    Pilihlah jamaah yang bertanggungjawab utk menjaga negara yang tercinta ini.

    ReplyDelete
  21. salam kak,
    kdg2 saya langsung tak faham dgn undang2 kita...

    dh sah2 gam tu bawa bencana, kita masih nak bahas tentang undang2 dsbnya. dah bersepah yg gila, sewel dan merana akibat gam ni.

    ReplyDelete
  22. W/salam,

    #Leenoh: Benar Ust. Lee masalah ini dah jadi masalah masyarakat. Bertambah rumit bila boleh dijamin pula. Keluar-masuk lokap dah jadi mainan mereka.Ibu-bapa pula yang menjaminnya. Kesedaran utk membawa anak ke lorong yang bersih tiada.

    Setuju dgn paragraph 2 dan 3. Semoga impian terlakasana jua.

    #piewahid: tak lapor sakit hati dah lapor pun sakit hati juga. Yg sedih kebanyakan mereka adalah mim lam alif ya wau.

    ReplyDelete
  23. As'salam kak...

    amy datang ziarah akak di petang khamis, hari nie agak lewat pula blogwalking..ada keje sikit nie baru settle leh la pusing2 satu dunia he3.. nie rumah yang 282 amy singgah banyak lagi nak berjalan nie..jom kak!!!

    ReplyDelete
  24. Semoga dipermudahkan kehidupan wanita itu . Simpati dan doa dari mama...

    ReplyDelete
  25. jgn samapi sesuatu terjadi,baru polis nak bertindak...takut semuanya dah terlambat..

    ReplyDelete
  26. Risau pulak baca n3 akak kali ni.


    semoga pihak berkuasa menjalankan tugas dengan segera.


    jangan bertindak bila buah cempedak dah jadi nangka.

    ReplyDelete
  27. W/salam sahabat,

    #Amy: Susah nak cari teman yg rajin berjalan macam Amy nie tau... Terima kasih dari kakak.

    #Mamawana: Itulah harapan kami moga dipermudahkan hidupnya

    #Kamsiah:Polis dah bertindak juga. Tapi mereka pun kuasanya terhalang dek kerana akta

    #azrina: Alahai azrina cempedak memang tak jadi nangka. tapi baunya tu yang membuat org pening nie...

    #Ati: You are always welcome Ati.

    ReplyDelete
  28. Salam kenal.


    Pihak polis pun tak bersungguh membantras. Macam2 alasan melenggahkan sesuatu kes.. Kesian kat jiran u tu.

    ReplyDelete
  29. Salam bersambut Yan,

    Kakak dah punya 2 teman bernama Yan.

    Polis sebenarnya pun pening kepala.Memang kesian dgn jiran kakak tu.....

    ReplyDelete
  30. saya ke yg akak maksudkan (2 teman tu)??

    akak duk jb eh

    ReplyDelete
  31. As'salam kak..

    amy datang lagi di petang Jumaat , agak kelewatan hari nie kerana ada tetamu.. aka sihat ke?? boleh amy tahu akak stay area mane..

    ReplyDelete
  32. tidak kena pada kita...kita boleh kata - agar bersabar...tapi kalau dah seperti itu diganggu - mana boleh tahan kan! perlu siasat secara pro tentang keadaan itu...semoga jiran itu tidak diganggu lagi

    ReplyDelete
  33. slm singgah...

    http://sachiasukaii.blogspot.com/2010/12/fashion-islamic-abaya-to-be-sell-grab.html

    ReplyDelete
  34. Salam sahabat,

    #Yan: Eh... kura-kura dlm perahu pulak Yan nie.. Kakak dah hantar contest tu. Sampai juling mata tau nak sesuikan yg mana satu. He...he...

    #Amy: Kakak stay di Senai. Kalau turun airport Senai tak sampai 10 minit boleh sampai rumah kakak. Nak dtg ke?

    #Sonata: Benar tu cikgu. Hubby kakak dgn AJK surau dan pihak polis sebenarnya dah naik letih. Semalam katanya rumahnya dibaling gam. Menangis dia dtg rumah lagi.

    #Sachi Asukai: welcome to my blog. Oh... kakak will visit your blog later. TQ for being given your url.

    ReplyDelete
  35. cillakak tol pemuda2 harapan bangsa tu berkelakuan sebegitu, biadap. muda berapa lama? nanti dah ganyut pun sambung biadap sebab dah terbiasa. memang elok report kat polis

    ReplyDelete
  36. Salam...akak, boleh contact sachi terus thru email tak? sachiasukai@gmail.com. nanti sachi bgtau akak tentang monavie:) secepat yang mungkin:) thanks for dropping by!

    ReplyDelete
  37. Kasihan dengan wanita tersebut...semoga dia tidak diganggu lagi...elok juga jika puan bertanya khabar dengannya...

    ReplyDelete
  38. W/salam sahabat,

    #maksu: itulah yg paling menyedihkan dan menyakitkan masyarakat.

    #Sachi: my pleasure....

    #ABDUL LATIP: semalam ada bertemu dgnnya. Ada 2 gadis sama bekerja dgnnya kini tinggal bersamanya. Mudah-mudahan dapat melegakan sedikit resah dan takut.....

    ReplyDelete
  39. Heh.. memang sedeh lar keadaan dihadapi wanita dalam jiran KakZakie nie.. kalau perkara yg sama jadik kat kita.. tak tenteram hidup dibuatnya.. sama² lar kita doakan yang terbaik buat kakak tue..:)

    ReplyDelete
  40. meremang bulu roma No bila baca entri ni huhu..klo duk flat pun rasanya lebih kurang camnila klo mengikut cerita rakan2 huhuhu..

    ReplyDelete