Sunday, December 19, 2010

Jom Makan Coklat

Expo coklat yang diadakan di Danga City Mall tidak melepaskan peluang kami sekeluarga menikmatinya. Jom lihat kami sekeluarga menikmati coklat-coklat yang mempunyai berbagai variasi rasa, corak dan warna.

Booth pertama yang kami singgah

Adik dapat belon dan kipas upin-ipin percuma

Ini Booth student dari UIA berasal dari Uzbakestan. Perkataan Melayu yang dia pandai, pedas. Adik ketawa mendengarnya....

Lihat warna kuning, purple, hijau pun ada

Keluar dari expo balik bawa banyak coklat

Hari ini bila aku nak ambil gambar sebab nak upload dalam PC ini saja yang tinggal. Banyak yang sudah masuk dalam perut anak dara tiga orang ini


Sebenarnya sekadar meluangkan masa dengan anak-anak yang seminggu ini mereka tidak ke mana-mana di sebabkan kesibukan mama dan papa mereka

29 comments:

  1. As'salam kak..

    Ya allah bestnya kak , kalau dapat gi nie mesti juling mata hubby amy..dia minat coklat amy kureng sikit..takut makan benda2 manis nie...

    ReplyDelete
  2. woo bangun tido kang gigi makan dek tikus plak

    ReplyDelete
  3. W/salam Amy,

    Memang best Amy...Apa yang seronoknya coklat itu kebanyakannya buatan tangan.

    ReplyDelete
  4. Salam Cemomoi,

    Kakak rasa kalau bujang-bujang cemomoi datang sini mesti semua booth dia nak merasa macam anak kakak. Seabab semua booth ada sediakan coklat untuk kita merasa sebelum membeli.

    ReplyDelete
  5. wow.. ai laik cokolat.
    mesti mata kelabu nak pilih coklat mana nak beli ek..

    ReplyDelete
  6. Salam kakpah,

    Banyak teramat coklat sampai rasa tak tahu nak pilih. Lagipun dah puas merasa sebelum membeli....

    ReplyDelete
  7. Salam Ust. Leenoh,

    Terima kasih ziarah coklat yg tinggal sikit. He..he.. Banyak dah kena makan anak-anak.

    ReplyDelete
  8. Aslkm

    Hehehe seronoknya tengok coklat banyak2...sampai ada fair...mahal tak?
    Mama tgh cuba2 buat coklat sendiri skrg ni.

    ReplyDelete
  9. W/salam mama ju,

    Kakak rasa harganya reasonable. Puas merasa kalau tak nak beli pun. He...he...

    Di tempat kakak ni kalau nak belajar pun ada RM 150/- per kelas. Dia datang rumah kita. Best kan...

    ReplyDelete
  10. as salam kak..saya suka gak coklat tapi tak la hardcore sgt..tp coklat nie memang terapi tekanan hehehehe

    ReplyDelete
  11. wah bestnya! saya pecinta cokelat! hehehe.. paling suka milka dan cadbury..
    best dapat pegi fair camni.. :)

    kak zakir.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  12. salam kak zakie

    bestnya pergi pameran coklat
    ati ni mmg suka sgt coklat!

    tak pernah lg sampai ke danga bay tu

    ReplyDelete
  13. w/salam sahrom,

    Kami satu keluarga memang suka coklat. Malam tu anak dara kakak buat hot coklat makan dengan donut.

    ReplyDelete
  14. W/salam sahabat,

    #kella: wah samalah kita. Tapi semalam last day. Alahai... beli sajalah dimall lain.

    #Ati: ada juga yg tak suka coklat takut gemuk he..he...

    Danga City Mall jauh dari Danga Bay Ati. Sekarang Danga Bay tengah dibangunkan. Dulu Danga City Mall adalah Best World. Penjenamaan sebab owner lain dah beli.

    ReplyDelete
  15. Salam KAKZAKIE

    Wow, sekeluarga minat coklat, ya? Banyaklah kena keluar RM setiap bulan.

    Saya dah letih makan coklat. Kata orang kulit boleh jadi coklat. Nampaknya masih cokkol juga, hihihi.

    Amat gembira telah ramai orang Melayu kita menceburi perusahaan coklat sekarang ini. Ada jumpa mereka semasa pameran MAHA. Sama-samalah kita beri sokongan.

    ReplyDelete
  16. uiyoooo.......rambang mata dibuatnya

    ReplyDelete
  17. As'salam..

    Ziarah akak di pagi selasa..semoga akak sihat n happy2 selalu..

    ReplyDelete
  18. salam berkenalan juga..
    ermmm..seronoknya berhappy
    family..moga berbahagia
    selalu..

    ReplyDelete
  19. bahaya kalau saya pegi ni. cubit situ sikit, cubit sini sikit, tau2 melonjak gula dlm darah. maklum peminat coklat & manisan tapi diabetik... :)

    ReplyDelete
  20. W/salam sahabat semua,

    #Temuk: Alahai cikgu masa macam ini aje kami beli banyak. Anak kakak yang paling suka. sampai tak sempat ambil gambar banyak dah habis masuk perut mereka.

    #Mak Su: Bukan ramabang mata lagi mak su, kelabu mata dan lidah pun dah tak tahu nak bezakan...

    #Amy Syaquena: terima kasih ziarah. kakak sihat.

    #zulkbo: sama dari kakak juga. terima kasih.

    #piewahid: tak apa piewahid. kena control dulu buat masa ini. jaga kesihatan lebih penting. doa kakak moga ada sinar yg dicari suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  21. As'salam..

    kak kalau x keberatan nak minta akak tinggalkan detail diri di sini..

    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/12/jomm-kongsi-detail-tentang-diri-anda.html

    ReplyDelete
  22. W/salam Amy,

    Beres. Who know one day you reach JB so we can meet here. He...he....

    ReplyDelete
  23. Sedapnya cokelat!!!
    ckLah kalau nak makan cokelat, beli terus di kilang cokelat dekat rumah (yang pernah ckLah cerita dalam entri2 lalu). Asalnya kedai kek, lepas tu dia keluarkan produk cokelat.




    ***Terimakasih kerana sering ke La Tahzan XIIINAM. Maaf lah ckLah jarang berziarah semusim dua ni. :D

    ReplyDelete
  24. sedapnya coklat...hari ni buat kek cokelat...!

    ReplyDelete
  25. Salam ziarah:

    Mak oii best la pulak nampaknyer

    ReplyDelete
  26. Salam sahabat,

    #ckLah@xiiinam: alangkah mudahnya cikgu dapat membeli terus dari kilang. Kalau tempat kakak berdekatan kilang alamat anak kakak asyik bertandang saja ke kilang.

    #sonata anak kancil: kakak tahu cikgu memang selalu buat kek. Favourite keluarga kami tu.

    #HASRUL NIZAM: memang best sebab selepas puas merasa boleh pilih mana yg kita suka. Harga pulak ok...

    ReplyDelete
  27. aslkm

    Mana N3 baru? ceritalah apa2 pn....

    jumpa lagi.

    ReplyDelete
  28. W/salam mama ju,

    Kakak ni memang jenis tak rajin la mama ju....

    ReplyDelete