Sudah namanya Restoran Singgah Selalu, itu yang membuatkan mereka yang pernah singgah sekali akan datang singgah lagi. Begitulah juga dengan aku sekeluarga semalam. Memandangkan tempoh cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya, permintaan anak-anak sebelum yang sulung balik asrama banyak lagi yang hendak dilunaskan. Salah satunya makan malam di Restoran Singgah Selalu. Anak aku suka "shark-fin soup" nya. Jadi semalam selepas solat maghrib kami pun singgahlah ke sana.
Semangkuk - Shark-fin soup menjadi menu utama keluarga bila makan di luar
Chicken Chop - Bila waiter ambil order boleh adik minta chicken-chop juga
Siakap Steam Nyonya - Masak macam ini aku paling suka
Semeja penuh - brokoli masak bawang putih, Udang goreng butter, Siakap Steam Nyonya, Ketam black-pepper , shark-fin sup makan dengan nasi putih. Adik makan chicken-chop.
Kakak & Adik - Dua orang kakak makan si adik merayap masuk tempat permainan
Kawan - Boleh pulak dia bertemu kawan di tempat permainan
Selepas makan malam itu kami singah di Plaza Angsana dan terus menuju ke Badan Book Store. Apa lagi yang hendak dicari oleh anak-anak kalau bukan novel. Membaca novel memang semuanya rajin tidak perlu disuruh. Tetapi bila bab membaca buku pelajaran tidak sampai satu jam sudah bangun ke dapur buka peti ais, buka tudung saji atas meja, masuk bilik air, keluar masuk bilik entah apa yang dicari. Tidak seperti bila mereka membaca novel. Kalau memabaca novel lepas makan pun membaca, hendak tidur membaca, sementara menunggu iklan TV membaca, hingga tidur pun dengan novel. Kalaulah mereka membaca buku pelajaran seperti mana mereka membaca novel-novel itu alangkah baiknya. Cemburu melihat anak orang lain menelaah pelajaran seperti anak aku membaca novel. Alasan mereka cuti sekolah lagi.....
Salam kakZakie..
ReplyDeleteTengok gambar akak pun rasa nak singgah selalu....
:D
ckLah peernah masuk kedai makan bernama 'Sabar Menanti'. Memang sabar sungguh.....berjam2 menanti. Itulah yang terakhir...
sedap ke shark fin soup tu. patutla banyak shark kena bunuh kerana percayakan khasiatnta, ya...
ReplyDeleteas salam kak zakie..sy mcm pernah dgr restoran nie..kat stualang laut ye???
ReplyDeleteW/salam ckLah@xiiinam,
ReplyDeleteNasib baik nama restoran tu Singgah Selalu. Kalau Sabar Menanti macam tempat cikgu makan, mesti menagih kesabaran sebelum makan. Pandai juga mereka cari nama ye. He..he...
Salam Insan Marhaen,
ReplyDeleteSebelum order sup kakak dah tangkap dulu shark dan ambil sirip dia saja.Lepas tu lepaskan balik dlm laut kerana sirip itu akan tumbuh balik. Begitulah gamaknya. Ha...ha....
Salam sahrom,
ReplyDeleteKakak makan di Singgah Selalu tepi Lido. Cahaya neon sekarang bergemerlapan sebab sudah hampir Christmas. Nak lawan dengan Orchard Road di S'pore agaknya.
As'salammualaikum...
ReplyDeleteKak maaf x sem[pat nak baca entry rushing dah nie.. nanti minta akak emailkan amy alamat akak boleh...
lupa pulak tinggalkan email add nya.nie email amy amy_syaquena@yahoo.com
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeletebagaimana rasa sup 'shark fin tu eh?
shark fin soup lagi... seumur hidup tak pernah rasa lagi...
ReplyDeletehuuuu... menyelerakanlah semuanya... :)
seronok kan ramai ramai layan begini..
kita sgt sukakan
ReplyDeleteshark fin soup
sedap gilerlah...yummi!
Assallamualaikum kakzakie,
ReplyDeleteSeronoknya dapat makan shark fin...
Tak pernah lagi mama dan anak-anak makan sehebat2 mcm tu..mungkin kat daerah mama tak ada restoran sebaik itu..
Mungkin anak-anak mama pernahlah makan dalam kehidupan kerjaya mereka..
Salam sahabat,
ReplyDelete#Amy Syaquena: Jalan baik-baik jangan gopoh. Nak alamat kakak tu ada kejutan ke?
#manje: "sedaaapppp" itu kata anak kakak. Datanglah sini nanti kakak belanja. di JB mana-mana restoran pun boleh dapat.
#kella: Eh... biar betul kella. Oh... mesti kella tak suka shark-fin sup. Tapi kalau dah cuba sekali mesti nak berkali-kali. He..he...
#Ati Masrif: Ha... samalah kita.... Macam kurang menu kalau tak ada sup ini.
W/salam mama nadz,
ReplyDeleteAla.... mama jangan kata macam tu. Kakak rasa mama yang tak perasan. Rasanya di mana-mana pun adalah mama. Mama datanglah JB nanti kakak bawa mama ke sini atau tempat lain sekitarnya. Tak mahal pun....
Salam Kak,
ReplyDeleteInsya-Allah nak cubalah nanti bila ke JB.
Singgah Selalu eks? mmmm
Salam kak,
ReplyDeleteahamdulilah..bahagia anak2 mmeliki family hebat cmni..:) pasnie boleh laa mai KL.. ade pemeran buku kanak2 kt PWTc minggu in..
sambil2 menyelam..minumla air...
W/salam,
ReplyDelete#SiNoMoSa: Kalau Syima ke JB sekarang ni jalan agak bercelaru area sini sedang develope. Tapi ada arrow tunjuk jalan jangan takut. Tapi abang ipar kakak terlajak samapi nak masuk S'pore. Nasib baik nampak signboard woodland. He..he...
#ainhany: Astaghfirullah.... Ain terlalu tinggi pujian, jangan kata begitu. Kita sama saja. Segala pinjaman yang Allah beri ini sementara saja Ain.
Pameran buku di sini pun ada juga. Mungkin sebab cuti sekolah. Anak-anak pun apa lagi. Hm....
Bagus anak2 baca novel tu...terapi minda & memperkayakan bahasa..biar kan kak...anak2 saya perempuan ( sj ) - suka baca novel...apa cite tak dibacanya...ntah berapa banyak buku / novel kat rumah ni....!
ReplyDeletealamak..siakap tu mengoda tau..
ReplyDeletetakpe..biarkan anak2 baca novel..anak2 saya juga mcm tu...meluaskan tatabahasa mereka...tentu boring baca buku sekolah 24 jam,kan..
shark fin memang sedap, dah lama tak pekena yang ditaja
ReplyDeleteSalam kakzakie,
ReplyDeleteSeronok tengok orang pergi bercuti. Saya tak dapat ke mana2. Anak saya ambil SPM sampai nak habis cuti.Singgah le ke rumah saya kalau sudi.
alahai... nampak siakap steam tu meleleh air liur.
ReplyDeleteSalam kak zakie...
ReplyDeleteBest nyer aktiviti akak sekeluarga, siap makan shark fin lagi he3, mesti anak2 suke kan...
Saye kecik2 dulu tak merasa pon kak nak makan macam ni, mak ayah orang susah. Untung nyer anak2 zaman skang ni kan... saye kecik2 dulu slalu gak makan hasil sedekah orang. Kadang2 nak makan nasik pon susah, samada tak de duit nak beli beras atau beras kena curi...
semoga akak sekeluarga bahagia dan hepy2 selalu
Salam sahabat semua,
ReplyDeleteMaaf, tiga hari kakak tidak menyentuh blog.
#sonata anak kancil: anak org lain seimbang baca buku pelajaran dgn hobby membaca novel. Anak kakak ni cikgu nak tahu baca novel 90%, baca buku pelajaran 10% saja. Nak kena pantau sentiasa.
#Kamsiah: siakap senohong, gelama ikan duri, sedap kakak tak bohong, nak rasa marilah sini. He..he... Tentang baca buku sekolah bukan 24 jam tapi tak sampai sejam mereka dah boring....
#cemomoi: Tak patut betul. Tunggu penaja saja. Kakak pun ada penaja sebenarnya, papa mereka lah tu. Ha..ha...
#Mama Tanjung: Kakak pun baru bulan dec. ini dapat berjalan setelah dibenarkan doctor. Singgah rumah di mana? Kalau blog tu selalu kakak singgah dah....
#kakpah: No problem buat kakpah sebab kakpah pandai memasak. Beli ikan masak sendiri
#REPUBLIKN9: Dulu kakak masa kecik2 pun sama. Kelurga kakak org susah. Bapak kakak kerja kebun. Anak 8 org semuanya sekolah. Kalau Atok kakak dtg dari S'pore baru dapat makan epal/orange dsb. Beras pun atok kekadang bawa dari S'pore. Tapi kekentalan jiwa bapak memberi pelajaran (dunia & akhirat) alhamdulillah kami boleh bernafas lega.
Terima kasih doa itu. Begitu juga doa kakak buat Hasrul. Teruskan belajar hingga jaya.
salam kak zakie...
ReplyDeleteapa khabar?
lama ummi tak berziarah kat sini..(memang dah krg berblog pun)
sedapnya menu yg ditayangkan....rasa2nya le, ummi lum pernah lg rasa masakan 'Shark-fin soup'..ketinggalan zaman betul..he he he
sy x leh thn tgk sharkfin soup, mmg suka, agaknya sbb selalu dpt makan free kat hotel yg sediakan shark fin soup.
ReplyDeleteW/salam,
ReplyDelete#UmmiHumaira: Bila dah nama ibu/emak/mama dan yang sepertinya memang tidak menang tangan. Tak apa sesekali kita berziarah.
# Mak Su: malam ini boleh carilah Mak Su. masih cuti sekolah lagi ni.