Bezakan yang mana satu membebel dan yang mana satu nasihat. Ibu, emak, umi, mama, bonda dan apa juga panggilan tetap mempunyai maksud yang sama. Banyak yang dipermulaan kata nasihatnya akan dimulai dengan perkataan jangan. Contoh yang paling biasa seperti “Jangan balik lewat. Jangan lupa beritahu mak. Jangan lupa solat. Jangan lupa makan. Jangan lupa makan ubat. Jangan leka/cuai. Maka banyak lagi jangan yang diutarakan. Ada juga ayat yang berulang-ulang setiap kali mata bertentang mata. Contohnya; "kasut sekolah dah cuci?" Atau mungkin "kerja sekolah dah buat?" Itulah antara yang aku masih ingat waktu aku masih mempunyai emak. Kini bila diri telah mempunyai zuriat perkara yang sama seolah-olah mewarisi diri aku.
Perlu diingat Allah juga ada mengatakan jangan terhadap kita:
“Maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak kedua mereka melainkan ucapkanlah kepada ibu-bapa kamu perkataan yang mulia” – Al-Israk ayat 23.
Oleh itu sekali ini aku ingin menitipkan kata janganlah membuat ibu-bapa kita terluka walau sekadar bunyi “ah” dari diri kita. Sesungguhnya doa seorang ibu tiada tabir yang melindunginya bahkan ia akan terus sampai kepada Nya. Berbahagia dan beruntunglah mereka yang mempunyai ibu-bapa.
Lamanya masa itu
kocak riak gembira
berlarian tanpa henti
mengatur masak-masak bawah para
membina pondok-pondok bawah kolong rumah
tanpa pengertian perit sebuah kehidupan
akhirnya aku tahu emak sudah tiada
Lamanya masa itu
luruh airmata kerinduan
kain batik emak diusung kesana-sini
baju emak didakap
mengharap bau yang telah tiada
kerinduan kian mengasak
hingga kelelahan
di atas sejadah merapak
bibir dan hati bersatu
moga persemadian diredhai olehNya.
as salam...sungguh menyentuh hati..semoga kita berhati-hati apabila berbicara dengan kedua orang tua kita...
ReplyDeleteAs'salam...
ReplyDeletetersentuhnya hati bile baca netry akak nie..terasa sayu pulak teringatkan bonda di kampung yang sudah beberapa hari tidak mendengar berita...insyaallah kak amy akan sentiasa berhati2 apabila berbicara dengan ayahanda dan bonda serta mertua...
salam kak zakie
ReplyDeletebila dah jadi ibu ..kita pun akan tahu
perasaannya bila buat begitu...
Salam KakZakie,
ReplyDeleteterimakasih di atas peringatan ini...
nurazzah8
kebanyakan orang takan mengerti perasaan tu kecuali bila dah jadi ibu bapa... tu yang susahnya. takan semua orang nak jadik ibu bapa baru nak jaga perasaan mereka..
ReplyDeleteW/salam sahrom,
ReplyDeleteBenar. Jagalah hatinya selagi mana ia ada. Pertuturan kita perlu dijaga sama.
W/salam Amy,
ReplyDeleteJagalah hati ibu & ibu mertua sama kerana darjat mereka sama. Beruntung Amy punya keduanya.
Salam Ati,
ReplyDeleteMenjadi ibu dulu sebenarnya lagi susah berbanding sekarang kerana kesusahan mencari nafkah bagi memberi makan/pakai/menimba ilmu dsb. berbanding sekarang segalanya ada.
W/salam Azzah,
ReplyDeleteSama-sama kita saling mengingati sebenarnya...
Salam cemomoi,
ReplyDeleteEntahlah kenapa rasa rindu kakak pada arwah emak susah hendak kebah. Aptah lagi membaca blog yg mengisahkan hal ibu. Tambahlah rasa airmata ini.
Emak kakak pergi sebelum kakak tahu berdikari lagi.
Lamanya emak kakzakie pergi ya. Innalillahwainnailahirojiun
ReplyDeleteTerima kasih Kakzakie.
ReplyDeleteInsyaAllah akan menjaga kata-kata ketika menegur anak-anak.
Salam Che Mid,
ReplyDeletePerginya dia ketika kakak belum mengerti erti kehidupan sebenar. Semoga rohnya mendapat limpahan rahmat dari Nya.
Salam azrina,
ReplyDeleteSebagai ibu akan menjadi ikutan anak-anak kita. Jadi kita juga perlu menjadi ibu-bapa yg boleh dicontohi. Insya-Allah...
Salam kak Zakie
ReplyDeletePuisi begitu menyentuh hati kak.. walaupun dah lebih 40 tahun mak meninggalkan kak terasa masih baru.. biarpun telah ada anak dan cucu masih terjurai air mata bila kenangkannya..
Kepada mereka yang telah pergi kita doakan mereka aman di sana... kita juga akan menyusul
meremang membaca ni.. menyentuh perasaan kita sebagai anak! teringat mama kat kampung..
ReplyDeletekesian dia.. dulu masa kecik2 kita slalu degil je... tapi mama tetap tenang je..
oh mama.. kekla rindu...!
syukur kak zakie sendiri telah menjadi ibu..
telah dapat merasai nikmat menjadi ibu..
ketahuilah.. ramai tu yg mengharapkan syurga dr kak zakie.. :)
Salam Kak Werdah,
ReplyDeleteTerkenang kali pertama beli kereta kancil masa anak dara gaji baru RM 1200/- masa tu. Balik bawa kereta kakak menangis kerana tak dapat tunjuk pada arwah emak. Sebab masa sekolah dulu kakak ada kata kalau kakak beli kereta org pertama yg kakak nak bawa emak-bapak.
Ah.... sedih la kak...
Salam kella,
ReplyDeleteSelagi mama kella ada hargai dan jagalah ia. Bersyukur masih boleh menikmati punya ibu. Kakak sangat sayang pada seorg insan bernama ibu walau ia bukan ibu kakak. Semua org tua di taman perumahan kakak akan kakak panggil emak. Rasa mesra.
Kakak juga berdoa moga kakak boleh menjadi ibu yg baik. Mudah-mudahan...
Salam.
ReplyDeleteIngat-mengingat memang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada ank-anak, malah dewasa juga.
As'salam..
ReplyDeleteterima kasih akak akan amy ingat segala nasihat akak itu..
salam k zakie,
ReplyDeleteklu ikut kisah nabi,
yg membuat hati emak terluka, tk boleh nak mengucap,
psl kisah seorg sahabat ni yg nazak tp tk boleh nak menhembuskan nafas yg akhir, bile di ceritakan ke nabi n nabi datang utk menziarah, nabi kate dia ade buat salah dgn ibunye ..
lalu di panggil ibu sahabat ibu tu tp ibu tu tk nak memaafkan anak nye, tp bile nabi nak bakar sahabat tu sbb ibunye tk maafkan, terus ibunye memaafkan dan sahabat tu menghembuskan nafas akhir dgn tenang ... kesimpualan nye ..
klu dapat teguran dari ibu, teriame jer..
simpan dalam hati klu rase tk puas hati ..
W/salam Leenoh,
ReplyDeleteBenar sekali ustaz. Yang dewasa lagilah selalu lupa ibu-bapa disebabkan routine harian.
W/salam Amy,
ReplyDeleteUntuk kita semua sebenarnya.
W/salam aby,
ReplyDeleteKisah akasah ini memang menjadi tauladan buat kita betapa tingginya darjat seorang ibu. Kemurkaan ibu membawa kemudharatan pada anak.
Sebab itu kalau marah anak jangan guna sebarang perkataan. Takut menjadi kenyataan, sendiri menyesal.
Salam..
ReplyDeletekisah yang patut dijadikan teladan dan bagus untuk dijadikan peringatan buat diri sendiri
Salam ziarah di sini kak dan follow..
ReplyDeleteW/salam,
ReplyDelete#Zanna Rohim: untuk kita semua.
#SiNoMoSa: Terima kasih moga ukhuwah berpanjangan.
betul. org skrg ni pantang ibu, isteri baru nak bukak mulut dikata membebel, otak masing2 dah tepu tak tahu bezakan bebel atau nasihat. isteri, ibu zaman skrg dah pandai dah, becakap sekadar perlu sahaja [sayalah tu]
ReplyDeleteSeorag ibu telah memaca coretan seorang ibu.....
ReplyDelete....dan perasaan keibuan semakin menebal.
Salam Mak Su,
ReplyDeleteBercakap sedikit tetapi diikut lebih baik dari cakap banyak tapi tak diikut.
Salam ckLah@xiiinam,
ReplyDeleteBegitulah yang tersurat cikgu. Naluri keibuan kian terpancar bila semakin lama meniti hidup sebagai ibu.