Meniti kekalutan hari semalam akibat kehilangan dompet mambuatkan aku hampir seharian berpusing-pusing. Pusing stereng kereta tanpa henti. Kepala aku sememangnya sudah pusing kerana itulah aku diberikan cuti sakit. Pusing bank untuk batalkan kad kredit, kad ATM, pusing lagi ke petrol stesen kerana tanpa disedari minyak kereta sudah menunjukkan signal tank sudah hampir kosong. Kotak fikiran sudah membayangkan selepas ke Balai Polis aku kena pusing pula ke pejabat pendaftaran untuk membuat mykad baru dan seterusnya ke Jabatan Pengangkutan Jalan membuat lesen baru. Kad-kad memberships lain aku sudah tidak hirau.
Segalanya berpunca kerana walaupun aku dalam cuti sakit (pening kepala) aku mengambil peluang untuk menghantar makanan buat anak dara aku di sekolah. Memandangakan dia mempunyai dua orang sahabat karib dan selalu bertandang ke rumah jadi aku pun siapkan tiga bekas makanan berserta tiga botol air minuman. Keluar pagar aku letakkan dompet di atas bumper dan masukkan makanan di tempat duduk sebelah. Sebaik memasukkan makanan tersebut terus start kereta berlalu tanpa menoleh lagi yang dompet aku di atas bumper. Apabila hampir tiba di sekolah kerana niat di hati hendak menambah petrol yang kian tipis baru tersedar dompet aku hilang.
Ujian apa kiranya yang Allah berikan pada aku hari ini. Dalam kekalutan itu juga aku selesaikan dulu niat untuk memberi makanan buat anak dara aku dan dua temannya itu. Kemudian aku tunaikan dulu solat zuhor dan mohon Allah bukakan pintu hati sesiapa juga yang menemui dompet aku dikembalikan segala dokumen walau tanpa duit. Selesai solat hajat hubby sudah terjengul di pintu bilik dan bermulalah ceritera pusing itu.
Betapa Allah maha pengasih dan maha mendengar, keluar dari petrol stesen telefon bimbit aku mengalun lagu Maher Zain. Seorang wanita tionghua bertanya namaku dan berkata dompet aku berada ditangannya. Ketika itu aku sudah hampir di pintu pagar Balai Polis. Ya Allah doa solat hajat aku telah termakbul jua kiranya. Stereng kereta terus saja berpusing menuju alamat yang diberikan. Syukur biarpun aku mahu memberi sedikit ganjaran tetapi wanita dan keluarganya tidak membenarkan. Aku cuba menghulur jumlah yang lebih kecil RM50 buat di anak yang dalam kendongan juga tidak diterima. Kembalilah aku ke rumah walau dalam keadaan kepala yang masih pusing tetapi kelegaan yang aku hadapi hanya Allah jua yang tahu.
Tiba di rumah aku terus menuju bilik air untuk membersihkan diri, berwuduk dan aku sujud syukur kerana tidak secalit pun berlaku kerosakan pada dompet aku. Segala dokumen kembali seperti asal tanpa cacat cela. Kesyukuran ini juga terpancar dengan penerimaan tag dari nurkass pemunya blog http://ilahihediya.blogspot.com/ kerana GA rempeyek yang diberikan pada aku. Terima kasih nurkass. Kakak hendak menikmatinya puas-puas sebab kepala pun sudah tidak pusing lagi.
Bagi mensyukuri GA yang diberikan juga aku ingin berkongsi sama dengan 3 orang blogger yang disyaratkan untuk sama menerima GA rempeyek ini. Aku rasa ada baiknya bagi blogger lelaki kerana mereka tidak pandai untuk membuat sendiri (agaknya- jangan pulak mereka lebih expert dari yang perempuan). Kalau pilihan rempeyek aku mestilah yang banyak ikan bilisnya. Rempeyek ikan bilis boleh ke tuan tanah? Apa-apa pun relakan aku tag lelaki Malaysia yang gagah perkasa tersebut: -
1. cikgu humairi - http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/
2. eelobor - http://www.eelobor.com/
3. miecyber- http://miecyber.blogspot.com/
4. sahromnasrudin - http://www.sahromnasrudin.com/
Keterangan lanjut demi kesempurnaan GA ini kenalah kunjungi blog http://i-made-my-cuppies.blogspot.com/. Sebelum rempeyek istimewa ini habis baik segera bertindak kerana tarikh tamat tempoh pada 01-03-2011.
syukur alhamduliilah...sesungguhnya hati yang ikhlas dan hati yang bersih Allah akan sentiasa membantu yang terjadi itu hanya ujian yang sementara dan bila kita segera mengingatiNya maka Dia juga akan segera mengasihani kita....
ReplyDeletealamak, saya cuma tau makan jer..... hihihihi
ReplyDeletesalam kak zakie..
ReplyDeletealhamdulillah..ada hikmah dari kejadian tu..syukur pdnya..
p/s: ur most welcome..insyaAllah kalau ade rezeki leh nikmati rempeyek tu sepuasnya..hehe..
selamat tegahari kakakku..
ReplyDeletetak apa kak, pelbagai dugaan itulah dikatakan hikmah menjadi seorang khalifah..
Tapi, betul2 eik..kak dah jumpa semula dompet tu??
PS: tak sabar nak tunggu eelobor ambil GA tu..hahahahhaha
Syukur Alhamdulillah. Allah telah mengembalikan hakNya kepada Kakzakie kerana keikhlasan Kakzakie mengadu kepadaNya. :)
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletenasib baik jumpa kan kak...klu tidak mmg byk perkara yg perlu disettlekan t'utamanya nak buat IC n lesen memandu yg baru...
sungguh baik hati auntie yg jumpa dompet akak tu...
alhamdulillah.. bukan takat makbul bahkan diberi ganjaran atas kesabaran
ReplyDeleterasanya tag yang ketiga tu lain nama lain alamat tu (individu berbeza)
alhamdulillah ditemukan juga dompet kesayangan tu..
ReplyDeletesesungguhnya Allah Maha Mendengar dan maha mengasihani..
selepas ni kita akan lebih berhati2 supaya tidak berlaku kecuaian yg sama..
assalamualaikum,
ReplyDeletememang sungguh terasa keagungan tuhan bila doa termakbul segera....sujud syukur memang selayaknya dilakukan...Allah Maha Mendengar...Syukur Alhamdulillah.
GA rempeyek? Nak bagi kat sayake??? Syukran, syukran
salam sekali lagi,
ReplyDelete...Nak tanya miecyber ngan probitas et fides - adakah orang yang sama....konpius.
JunAina,
ReplyDeleteSyukur dari Allah kakak menerima segalanya dan kembali juga ia kepada kakak. Itu doa yg kakak pohon (doa mohon barang hilang)selepas solat hajat.
eelobor,
ReplyDeleteKakak tahu dah sebab itu kakak tas. Pak payah buat kot nanti lucky dapatlah sebalang rempeyek:)
Cintarasa Rinduan,
ReplyDeleteBetul Ayu, its miracle, the moment kakak sampai Balai Polis Senai selepas isi minyak kereta Amoi tu telefon. Kakak tak jadi report Polis terus ke rumah dia. Cari-cari jumpa juga sebab dia dah bagi alamat. Syukur betul Ayu....
Kakcik,
ReplyDeleteHati kakak benar-benar tersentuh kakcik. Sewaktu solat hajat kakak tak mengalir airmata, tetapi selepas sujud syukur airmata berjuraian tanpa henti sampai hubby kakak kata ingatan Allah mungkin ada sebahagian dari dalam dompet itu ada hak orang lain. Insya-Allah kakak tak lupa pesanan itu.
Mamamya,
ReplyDeleteYang jumpa itu bukan auntie tapi ibu muda yang baru anak satu. Usia dalam lingkungan 22-23 saja. Sebab itu kakak nak bagi sedikit hadiah tapi nenek dan atoknya tak bagi ambil. Nak bagi sicomelnya pun ditolak juga.
Cemomoi,
ReplyDeleteItulah kalau dah pusing mata dan otak terpusing-pusing sama. Hahaha... dalam kepala ramai yg nak di tag itulah jadinya.
Terima kasih keprihatinan itu.
LiFe KaMi,
ReplyDeleteTerima kasih nasihat itu. Kakak dah tua kata anak kakak yang 8 tahun. Sebab itu lupa.
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
ReplyDeleteCikgu cubalah mana tahu ada can makan rempeyek free. Miecyber & sahrom memang org yg berbeza. Kakak dan pusinglah cikgu. Ramai yg ada dalam kepala itulah jadinya.
Tak bagi anak makan kepala ikan, mamanya yg makan itulah jadinya....
Alhamdulillah...
ReplyDeleteBaik sungguh hati perempuan cina tu.Syukurlah jumpa pada orang yg macam gitu..dan yang penting bila kaki melangkah keluar rumah jer,asal ada di hati niat yang baik..kita tentu sentiasa dalam lindunganNya.
jom join GA ni,letak nanakimie sebagai referal k:)
ReplyDeletehttp://jemariasmara.blogspot.com/2011/02/jemari-asmara-2nd-giveaway.html
assalamualaikum kakzakie..terima kasih banyak2..terharunya..saya pun suke rempeyek..maklumla, orang jawa klang kan..mak saya buat tentu la yang paling sedap sampai time nak raya, org orde dgn dia...tp tak larat..tunggu dia pencen baru buat fulltime kot hehehehee
ReplyDeletePiasara,
ReplyDeleteNak tahu sebelum sampai sekolah kakak dah patah balik rumah cari dari depan gate terus menyusur balik jalan sama ke sekolah. Lepas bagi makanan dan hantar sekolah agama patah balik lagi. Lepas tu baru call hubby.
Syukur dah hak kakak agaknya...
nanakimie,
ReplyDeleteBanyaknya GA kan nana. Nanti kakak tengok ye....
Wa'alaikumsalam sahrom,
ReplyDeleteTerbayang makan rempeyek pulak dah. Kakak rasa kalau dicommercialkan memang untung. Cikgu (ustaz) anak kakak berhenti kerja business rempeyek. Mula jual di Pasar Tani lepas tu ke S'pore, Brunei dan Indonesia. Dah mewah dah...
Allah itu Mendengar dan Maha Mengasihani...Alhamdullilah dapat jumpa dompet.Dompet itu di jumpai oleh orang yang tepat.
ReplyDeleteYe ye ye dapat rempeyek....Makasih...
Vaksin HIV berjaya di India
memang dunia tetiba jadi gelap kalau kehilangan beg duit yang ada macam2 di dalamnya. saya cukup bimbang kerana pernah mengalaminya sekali pada tahun 1975. sekarang ini kalau henfon hilang, perasaannya pun begitu juga .. rasa dunia berhenti berputar seketika.
ReplyDeletesaya tidak pasti adakah dompet itu akan dipulangkan kalau yang berjumpanya orang kita .. berdasarkan peristiwa duit dan beras yang bertaburan dari lori baru2 ini dan hari ini siapa yang berebut2 mengutipnya.
kalau dapat kat orang Melayu, agaknyer dipulangkan tak?
ReplyDeleteassalam kak zakie..syukur alhamdulillah..tuha memperkenankan doa..
ReplyDeletealamka..belum buat la..rempeyek tu..ada dapat tag jugak tu..kena segera ye..
as-salam kak zakie..
ReplyDeletealhamdulillah.. Allah mendengar setiap keluh kesah hambaNye, insya Allah.
erk! sedapnye kalo dapat makan.. kene lak yang taruk kacang tanah.. :)
Jenguk jap: shopping buku-buku
Allah SWT maha mendengar lagi maha mengetahui setiap permohonan hambanya yang dalam kesusahan.Kepadanya kita panjatkan kesyukuran dan padanya kita minta pertolongan.Alhamdulillah ketemu semula ngan beg tu.
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Hidup itu sudah sinonim dengan dugaan ... begitu ketentuanNYA bagi menguji tahap iman kita.
Ganjaran bagi yang lulus cemerlang amat lumayan. Ya kan?
Miecyber,
ReplyDeleteAirmata kehilangan tidak sama dengan airmata bila dompet dapat ditemui. Maha pengasihnya Allah.
al-lavendari,
ReplyDeleteBetul tu tuan Hamzah. Kakak rasa betul-betul terpempan. Kesal kerana bukan saja mykad, credit card dan lesen aje yg kakak fikir, tapi kesal kenapalah semuanya kakak masuk dlm satu dompet. Sampai paracetamol pun ada dlm tu.
Pengajaran sekarang. Semua memberships kakak keluarkan dari dompet.
REPUBLIK N9,
ReplyDeleteHasrul tahu dompet kakak tu dijumpainya didepan kuil tempat dia sembahyang. Hairan kan boleh dompet tu duduk diam atas bumper hingga selekoh kuil baru jatuh. Yg jumpa tu pun jenis org sembahyang juga.... Syukur alhamdulillah....
Wa'alaikumsalam kak Erna,
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah sesungguhnya maha mendengar (samak).
Cepat buat GA rempeyek dah tamat tempoh tu. Hehehe....
Wa'alaikumsalam Penjejak Mimpi,
ReplyDeleteBenar tu PM. Kenalah kakak beringat akan pemberian Allah berikan pada kakak itu.
Makan rempeyek kena minum air banyak ye....
Cik Ina MDDC,
ReplyDeleteSesungguhnya ini satu ujian tetapi juga pengajaran buat kakak CIk Ina. Semoga tidak lalai dan cuai dlm membuat sesuatu kerja.
Wa'alaikumslaam DDrfauziah,
ReplyDeleteBetul apa yang Kak G katakan. Bila dapat bertemu kakak dah tak fikir duit lagi. Kakak mahu berikan semua wang itu pada ibu muda itu tapi dia tak mahu. Dlm hati yg kakak mahukan hanya dokumen itu aje. Masya-Allah.....
Alhamdulillah..dapat balik dompet
ReplyDeleteakak tu...
memang payah nak jumpa balik kalau hilang
baik betul budi keluarga cina tu
susah nak jumpa orang mcm tu sekarang ni
As salam...
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya kembali seperti sediakala..
Kalau mat rempit yg jumpa xtau la ape jadi..
Assalamualaikum Kakzakie,
ReplyDeleteAlhamdulillah semua dah dijumpai. Allah maha berkuasa atas segalanya.
alhamdulillah.. bukan takat makbul bahkan diberi ganjaran atas kesabaran..name saya tak ada jadi terlepas dari menjawab tag hehe..
ReplyDeleteAti Masrif,
ReplyDeleteBetul memang teramat baik dan jasanya kakak kenang samapai bila-bila.
Cik Shinju,
ReplyDeleteSegalanya Allah juga yg tahu. Rasanya kalau cik mat rempit yg baik hati pun kalau rezeki kakak ada kalau tidak entahlah....
Kunang-kunang,
ReplyDeleteHanya Dia tempat kit mengadu segala-galanya.
Amy Syaquena,
ReplyDeleteIalah tu kan dapat ganjaran tapi belum tentu dapat. Tengok je. Kalau ada rezeki dapatlah.
Kakak tag lelaki kerana sangka mereka tak boleh menggoreng rempeyek, tapi En. Sahrom kita mamanya pula pakar rempeyek. Heeee.....
Salam
ReplyDeleteAkak...syukur ....dompet akak dijumpai semula...Sesungguhnya DIA maha mendengar dan mengasihi....
Salam Kakzakie.
ReplyDeleteDemikianlah kebaikannya kalau kita jadikan solat hajat itu sebagai budaya di dalam kehidupan.
senang mendapat pertolongan Allah.