Friday, February 25, 2011

Mari Berpantun

Sewaktu di alam persekolahan dulu kegiatan berbalas pantun sering menjadi salah satu agenda persatuan. Apabila menyambut sambutan Hari Guru satu daripada aturcara majlis ialah berbalas pantun antara guru dengan murid-murid. Seronok juga bila mengenang itu semua. Kini ada seorang teman blogger menggelar diri sebagai My Little Diary menjual pantun untuk kita sama-sama menjawabnya. Atas permintaannya juga jawapan mestilah dijawab dalam blog masing-masing. Mahu turut serta silalah ke halamannya http://cikidis.blogspot.com/ .

Kalau tuan ke pekan sari
belikan saya sebungkus kari
kalau tuan bijak bestari
siapakah dia my little diary?

Menyulam sendu tertinggal bahtera
didakap sesal semalam-malaman
pangilan RIMA selalu tertera
klik http://cikidis.blogspot.com/ jumpalah halaman


Kain songket bunga bersilang
jarum disimpul seurat benang
kalau tuan tak bilang sayang
tidaklah saya terkenang-kenang

Jiwa-raga gelisah tak tenang
relakanlah bahtera menjauh pergi
baru luahan sayang sudah terkenang
belum kupeluk dan kucium lagi


Pergi ke hulu berjalan kaki
singgah sebentar mencari mayang
kalau tuan sudi diuji
apakah beza cinta dan sayang

Gelisah mengenang jiwa lara
bahtera menjauh nun di lautan
cinta dan sayang sentiasa membara
usah dipisah ianya berpautan

Sekadar memenuhi raung-ruang persahabatan yang jauh. Teman-teman blogger sekelian, apalah kiranya kalau kita sama-sama mengasah bakat membalas pantun My Little Diary ini. Bukan balasan yang kita mahukan tetapi ikatan dan jalinan sesama insan.

68 comments:

  1. Zaman dulu, suka dengar rancangan berbalas pantun di radio yang dikendalikan oleh Chuari Selamat, lebih2 lagi selepas aruah Pak Uda saya yg masa tu jadi guru Di Sek Men Dato' Bentara Luar Batu Pahat berbalas pantun dgn juruhebah RTM Johor, disirkan. Teruja habis satu keluarga...semua ngadap radio.

    ReplyDelete
  2. wah kak.... hebat sungguh pantun tu... terharu..
    saya masukkan dlm list dgn yg lain tu.. :)

    ReplyDelete
  3. Menarik pantun Kakzakie ni... :) Nanti kakcik masuk ke sana untuk melihat sendiri... :)

    ReplyDelete
  4. haha.. kak zakie dah join jugak, kita dah join dah jugak.. best kan berpantun!

    salam sayang untuk kak zakie ku! :)

    ReplyDelete
  5. ckLah,

    RTM dulu ada siaran berbalas pantun ye cikgu. Bila yang berpantun pulak kita kenal bertambah teruja. Lagi dulu tv siaran kalau di Johor ini lebih tengok S'pore sebab kita baru ada RTM1, RTM2 dan TV3 je kan.

    ReplyDelete
  6. My Little Diary,

    Seruan telah terlaksana. Hehehe....

    ReplyDelete
  7. kakciknurseroja,

    Jum kakcik kita berpantun-pantun. Kakak kalau bab-bab macam ini suka memang. Kakcik buat pertandiangan sajak/syair pulak.. :)

    ReplyDelete
  8. kella,

    Best berpantun ni. Dapat juga Rima menelek-nelek pantun kit Kella.

    Sayang selalu dari kakak :)

    ReplyDelete
  9. rasa sayang terbit di hati
    jadi pengikat pasangan sejoli
    sangat indah pantun di diari
    assalamualaikum kak zakie! :)

    hehe. ok ke tak? hehe. lama tak asah bakat.
    kalau bab2 merosakkan pantun, tau ler. huu

    hmm. tringat zaman kecik2 dulu. selalu la jugak dengar pantun2 ni. sekarang je rasa macam jarang nak dengar.

    agak2 la kan, masa nak meminang guna lagi ke tak? hee :)

    ReplyDelete
  10. salam..
    wahhh...bestlah ayt2 tu..hehe

    ReplyDelete
  11. tak reti nk berpantun panjang2.. pantun dua kerat bole tak? hehe

    ReplyDelete
  12. anak lembu tk larat di tarik,
    akhir nya carik la jaga ..
    tengok jodol nampak menarik
    berpantun??? boleh layan juga ...

    ikan yu tok lebai ..
    thank you bye bye ..

    he..he..

    he..he..

    ReplyDelete
  13. waa cayalah kak...bakat terendam ke tu hehe

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kakzakie..

    berbakat besar kakzakie rupanya dalam berpantun nie ya..bagus..menarik semua pantun nie

    ReplyDelete
  15. lama dh xbrpantun...last masa kena ngajar BM bbrapa thn lepas....hi

    ReplyDelete
  16. mmg seronok bila blogger2 mula brpantun..zue tumpang baca aje.

    ReplyDelete
  17. as salam kak zakie,

    ati ni mmg tak pandai berpantun

    pandai baca saje...huhuhu

    Jom baca: WATERLILY DARI GB

    ReplyDelete
  18. selalu gak singgah ke blog dia. hehehe, suka baca pantun namun tak reti nak berpantun

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum,

    tengok tv cerita katun,
    jom berpantun.

    ReplyDelete
  20. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya takder bakat...:)

    ReplyDelete
  21. Salam.. Pandai Kak Zakie berpantun.. Nur takde bakat langsung..

    p/s: Anniversary Nur dengan suami bulan depan la kak.. Hadiah tu dapat in advance.. hehe

    ReplyDelete
  22. Salam ziarah.. Pandai laa Kak Zie berbalas pantun.. menarik sgt..susun katanya..tuh.. :)

    ReplyDelete
  23. sar,

    meononton filem lone ranger
    kenapalah pilih filem barat
    berpantun kita sesama blogger
    moga ikatan bertambah erat

    ReplyDelete
  24. Bulan April kenduri Kak Tun,
    Saya fail dalam bab pantun...
    hi hi hi....

    ReplyDelete
  25. seksi banni,

    Penjual bagi 4 kerat
    pembeli jawablah 4 kerat

    ReplyDelete
  26. Aby,

    jangan ditarik lembu berat tu
    jawablah pantun 4 kerat tu...

    ReplyDelete
  27. redza,

    bakat terendam menggigil lama
    jomlah redza join sama

    ReplyDelete
  28. sahromnasrudin,

    janganlah puji macam tu sekali
    terduduk sakit nanti kakzakie

    ReplyDelete
  29. NzA,

    Itulah My Little Diary mangajak kita berpantun agar kembali pulih segala yg tersimpan lama.

    ReplyDelete
  30. Ila,

    Usah merendah diri
    nanti termakan diri

    Hihihi....

    ReplyDelete
  31. zue,

    membaca pun ok juga
    tapi lebih meriah join sama

    ReplyDelete
  32. Wa'alaikumsalam Ati masrif,

    Baca pantun kyusuk sangat
    kenapa merendah diri bangat :)

    ReplyDelete
  33. eelobor,

    Kakak tahu malu-malu tu
    sekali keluar terus meluru

    ReplyDelete
  34. Wa'alaikumsalam ahamd humairi,

    kalau begitu apa lagi ditunggu
    alahai kakak malulah cikgu

    ReplyDelete
  35. Wa'alaikumsalam Abd Razak,

    kebolehan sebagai anak soleh
    kami tahu ustaz boleh

    ReplyDelete
  36. nba-Nur,

    Janji ada pembayang dua baris
    ada maksud dua baris
    pantun mesti laris

    p/s: sorry salah date ye. Kalau gitu in advance wishes la jadinya.

    ReplyDelete
  37. Cikgu Nurin,

    Fail berpantun betul ke tu?
    belum cuba belum tahu cikgu

    ReplyDelete
  38. Rinna,

    Kunjungan rinna amat berharga
    jom rinna berpantun kita :)

    ReplyDelete
  39. wah, hebat pantun kak..

    boleh cuba jugak ni

    ReplyDelete
  40. ibuintan,

    jatuh hukuman penjara dan sebat
    kakak tahu ibuintan lagi hebat

    ReplyDelete
  41. as salam kakzakie...

    waahhh....pandainye berpantun...hehe
    teruskan berpantun kak...martabatkan budaya bangsa...hehe

    ReplyDelete
  42. SELAMAT MALAM KAKAKKU..
    balik dr kampung..ingat kamu

    wah!!!!!
    pantun dgn MLD eik..
    ayu dah pernah balas pantun yang dijualnya...ingat2 bulan lepas..


    ehem..menjiwai sungguh pantunmu itu..
    ayu suka lah..

    ReplyDelete
  43. kutunam kakinya,
    kudapat kakinya..

    tu pantun tekateki masa kecik dulu. ha.. jawap!

    ReplyDelete
  44. kakzakie..akak tak pandai nak pantun2 ni..tapi diulu2 memang suka mendengar rancangan berbalas pantun diradio..

    ReplyDelete
  45. malam
    blue suka pantun inio
    salam hangat dari blue

    ReplyDelete
  46. maaflah zakie makcik ni bab pantun lemah sikit.kak chik mesti pandai, sebab dia kalau menulis penuh puitis. Sama ngan zakie gak, makcik tulisannya beseni.

    ReplyDelete
  47. Mari berpantun bersama kakzakie
    pantun dikarang di pagi hening
    tidaklah dapat saya nak join xtvt
    baru berfikir sudah fenin
    ;p

    ReplyDelete
  48. Wa'alaikumsalam Adinda Amy Sensei,

    Tak puas-puas hendak bergaya
    baru duduk dah nak berdiri
    bukan saja memertabatkan budaya
    tapi menyahut ajakan rima MLD

    ReplyDelete
  49. Citarasa Rinduan,

    Eh.. Ayu dah pun pagi
    Meh jawab pantun MLD
    Balik kampung kata bercuti
    tak tahan ye mengintai lagi

    ReplyDelete
  50. Insan Marhaen,

    Mana ada kutu berkaki empat
    kurniaan Allah begitulah jadinya
    Kalau enam kaki kuda melompat
    habislah tak guna kereta kita gamaknya

    ReplyDelete
  51. Kak Erna,

    Alahai kak Erna ini bukanlah apa
    sekadar sahutan di alam maya

    ReplyDelete
  52. bluethunderheart,

    amboi nama pun dah hebat
    insya-allah kakak akan ingat

    ReplyDelete
  53. Cik Ina Minat DDC,

    makan nasi ulam raja
    cecah dengan sambal belacan
    alahai Cik Ina suka-suka saja
    manalah tahu ada can

    ReplyDelete
  54. Mak Su,

    usah merendah diri mak su
    belum cuba belum tahu

    ReplyDelete
  55. Assalamu'alaikum kakzakie

    kakpun tak pandai mengarang pantun..

    ReplyDelete
  56. Wa'alaikumsalam Werdah,

    Puas berpantun mula bermadah
    turun pentas terus berlari
    kakak malulah dengan Kak Werdah
    pengalaman banyak ilmu tak terperi

    ReplyDelete
  57. Orang mabuk pakai bekini
    Anak Cipan jatuh bukit
    Sungguh menarik entri ini
    I like it


    Kadar celik huruf wanita Malaysia terbaik di dunia

    ReplyDelete
  58. Miecyber,

    Pakai bikini sungguh mengaibkan
    pakailah kurung pakaian kebangsaan
    kalau menarik jomlah ajukan
    menjawab pantun kita meriahkan

    ReplyDelete
  59. salam kak..lama suri bercuti..rupanya akak kat sini..dalam agenda berpantun..menariklah kak..

    ReplyDelete
  60. Wa'alaikumsalam suri solehah,

    Seronoknya berpantun sesama kita
    suri tak nak join ke?

    ReplyDelete
  61. wah pantun.. nice
    he.he..
    saya setakat 1-2 rangkap oke la kot..
    he.he

    ReplyDelete
  62. puteri,

    dont just say nice only
    come joint berpantun puteri

    ReplyDelete
  63. hebatlah akak..akak mesti pemantun terbaik masa sekolah2 dulu kan? hehehe..

    ReplyDelete
  64. Salam Kak.
    Lama sungguh saya tertinggal segmen yg best-best....

    ReplyDelete
  65. Terima kasih Kak Zakie atas ucapan in advance tu.. :)

    ReplyDelete