Dari mana harus ku mula
menerima sesuatu tidak disangka
sudah seminggu berita diterima
membuat hati berbunga gembira
Sekembali aku dari kerja
terlihat pos express di atas meja
hati berdetik inilah dia
pemberian kakcik sudah pun tiba
Hari itu kakcik sakit dua-tiga hari
dia berada di hospital sendiri
walau sakit tidak dipeduli
sebolehnya mahu menunai janji
Nyata 09-02-2011 walaupun sibuk
kakcik tetap buat tak kekok
dijamin sampai dihari esok
10-02-2011 benar-benar dah masuk
Tangan merobek sampul dibuka
jauh di sudut hati tetap teruja
walau dah tahu apa isinya
tetap berdebar hendak tahu juga
Terurai sedikit debaran di dada
aku keluarkan isi di dalamnya
masih berbungkus kertas pula
hebat betul kakcik kita
Wah !! ini dia cenderahatinya
ku terima dengan syukur kepadaNya
Kakcik huluran darimu sudah ternyata
syukran, terima kasih tidak terhingga
Mengambil kesempatan melalui Titisan Nurani ini benar-benar naluri ku mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakcik di atas segala inisiatifnya melaksanakan apa yang dihajati olehnya. Aku sebagai teman maya mendoakan kesejahteraan buat diri beliau sekeluarga semoga sentiasa mendapat limpahan rahmat dan hidayah dari Yang Esa dan ganjaran di akhirat hendaknya. Terima kasih Kakcik!!....
salam
ReplyDeletemenang GA ke apa kak zakie?
Alhamdulillah... dah sampai pun. Syukurlah Kak Zakie menyukainya. :)
ReplyDeleteKakcik
salam kak Zakie...
ReplyDeletewah wah wah , suka nya dia.... girang tak terkira... begitu lah kaan , bila kita menerima sesuatu dr seseorang , kesyukuran dipanjatkan...semoga ukhuwah berpanjangan...
assalamualaikum,
ReplyDeletewahhhh seronoknya...
saya punya belum sampai lagi...hari ini kot???
tahniah!
tahniah...
ReplyDeletebestnye dpt hadiah...sape tak suke dpr hadiahkan...
yeay..tahniah2
ReplyDeletebestnyee dpt adiahh..bukan senang orang nk kasi kiter adiah kan kak zakie..bile sy nak dpt adiah camtue dr bloggers..hehehe
ReplyDelete*gatal pulak
asssalamualaikum kak
ReplyDeletehehe kita punye tak sampai lagi
hari ni kot... ~
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteTumpang gembira saya..:)
salam,
ReplyDeletewah... seronoknya dpt hadiah... :)
Salam...
ReplyDeleteMenang GA ke kak?
Tahniah... :)
tahniah..boleh buat bekal gi kerja...
ReplyDeletepasti akan teringat kan kakcik bila gunakan tupperware tu kan.....
ReplyDeleteFuyoo...susunan kata2 yang sungguh menawan kalbu...pandai diolah dan sangat menarik...boleh buat buku ni...
ReplyDeletesalam kak zakie,
ReplyDeletewahhh..hebatnya diselang pantun..
tahniah..kalau masak lebih,pos sini sikit ye..haha
Alhamdulillah.. rezeki.. tahniah kak zakie.. sana sini kita dengar mereka ni terima hadiah dari kakchik...
ReplyDeletelagi murah rezeki kakchik tu.. :)
Sejahtera buat semua teman,
ReplyDelete@Kamsiah: Kakak saja suka-suka mengarang pyg dianjurkan oleh kakcik nurseroja dari blognya.
@kakcik: its so great and I do not know how to say. Speechless....Thank you so much!!
@Ummi Humaira: Allah saja yg tahu betapa balik kerja semalam kakak dah hilang rasa penat. Mohon dipanjangkan ukhuwah.
@ahmad humairi: Sabar cikgu. Kakcik dah kata cikgu punya lain. Lagilah berdebar kan. Hehehe...
@ainnoraini: Betul tu ain. Terkenang masa zaman sekolah dulu kalau naik pentas dapat hadiah...
@redza: kakak yeay juga semalam. tapi anak kakak lagilah yeay yeay berkali-kali.
Sambung lagi sebelum makan,
ReplyDeleteMoga sejahtera buat sahabat semua,
@lalink7: tapi yg ini kakak dapat senang je. Kakak cuba buat N3 dah dapat....
@manje: Ha.... suspen la tu. Kakak punya betul-betul pos express. Sehari terus sampai.
@Abd Razak: Syukur Alhamdulillah ustaz, org memberi kita merasa....
@My Little Diary: Mana tak seronok Rima, balik kerja ada hadiah...
@Cik Shinju: Biasalah teman bloger buat pertandingan. Cubalah lihat blog kakcik tu. Pasti terpikat....
@Zue: Memang kakak dah guna buat isi roti. Tapi camera tertinggal kat rumah itu yg tak snap....
Sejahtera hendaknya buat teman semua,
ReplyDelete@Daddy Ziyyad: Lumalah kan bila guna mesti terinagt siapa yg memberi.
@Uncle: Erm... usah terlalu tinggi. Takut kakak terduduk sakit. Thanks...
@nurkass: sure no problems. Tapi macam mana. Nur kena dtg rumah kakak.
@kella: itualh rezeki dari kakcik namanya. Mohon Allah tambah rezekinya. Insya-Allah...
Tahniah...tahniah...tahniah..
ReplyDeletesuka le pantun kat atas ni.
salam k zakie ,
ReplyDeleteada bekas tambahan utk boh lauk2 bila berpiknik nanti ..
apepun tahniah atas menerima hadiah tu...
heee bole bawa bekal ke opis hari-hari
ReplyDeleteassalamualaikum kak...terima kasih sudi singgah blog lia....
ReplyDeleteseronok baca pantun akak...kreatif la,t'ingat zaman sekolah dulu2 pulak...:)
Assalamualaikum Kak Sam,
ReplyDeleteKak Sam ini syair, boleh berlagu-lagu khas buat kakcik. Kalau pantan tak berlagu. Terima kasih...
W/salam Aby,
ReplyDeleteTak tunggu piknik aby. Kakak dah bawa kerja hari ini. Isi roti 3 keping. Satu ada lagi. Nanti pukul 3:00 habislah....
Assalamualaikum cemomoi,
ReplyDeleteDalam bilik kakak rice cooker, beras, gula, biskut, susu Anlene, milo, nescafe, tea semua ada. Jarang keluar lunch. Buat sendiri dlm bilik. So.... this is an additional item to put in my little kitchen. Best kan....
W/salam mamamya,
ReplyDeleteLya.... kalau boleh kakak nak masa baca bersyair, jangan berpantun; jadi bolehlah mendayu-dayu sikit....:-)
salam...
ReplyDeletekakzakie, siap mengarang pantun lagi..terbaik.....
ayu pun tumpang happy.........horeey...
psst..
ada award nie, mai ambil
http://ruhayurazali.blogspot.com/2011/02/award-dari-alam-sari-my-favorite-blog.html
assalamualaikum kakak..
ReplyDeletewaahhh...seronoknya dia dapat hadiah..hehe..semoga persahabatan yang terbina berterusan hendaknya..
kirim salam kat kakcik yee..hehe
pandainya dia berpantun..
ReplyDeletebawa bekal hari2,,
Aslmkm.
ReplyDeleteNiat & pemberian ikhlas disambut dengan hati yang ikhlas juga.
Bertambah koleksi la nampaknya tu. :)
Amin... murah rezki kakcik dan terus menerus murah rezki hingga ke akhir hayat. Doa juga untuk kak zakie.
ReplyDeleteTahniah....
ReplyDeleteKedai online penjara Rusia
Salam Citarasa Riduan,
ReplyDeleteDah guna belun tupperware kakcik tu? Syoknya dia ye....
Ermm.... tag itu nanti kakak usahakan.
Adinda Amy Sensei,
ReplyDeleteMemang seronok teramat Adinda Amy.
Kakcik Amy kirim salam!!...
Alifzikri,
ReplyDeleteKakak kan dah kata nak bersyair kerana terlalu gembira. Tak nak berpantun.... Cuba alif alunkan secara bersyair. Mesti best....
Waalaikumsalam DDrfauziah,
ReplyDeleteKakak percaya kakcik memang dah ikhlaskan dan kakak juga menerimanya dgn hati terlalu gembira. Kak G tupperware yg lain tak sama. Ada sentimental value dah tupperware yg kakcik bagi ni...
Kakpah,
ReplyDeleteBgitulah harapan kakak moga bertambah murah rezeki buat kami dan kakpah juga. Amin...
Miecyber....
ReplyDeleteTerima kasih....
salam
ReplyDeletetahniah ye buat mereka ytang hebat
Waalaikumsalam IMANSHAH,
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. Malu kakak kalau cikgu baca karangan kakak mesti ada yang nak cikgu diperbetulkan.
banyak gak blog yang saya baca mendapat hadiah dari kakcik. murah rezeki dia kan orang selalu dok berdoa kebaikan untuk dia
ReplyDeletekakzakie, sy ini dah 3rd attempt [3rd day] cuba letak komen ;p
ReplyDeletesian kat saya, hu hu hu
kakzakie, alhamdulillah, sebuah persahabatan sudah terjalin, semoga terus berkekalan perkenalan yang baik :)
seronoknya dapat hadiah..berbunga bunga bahasa..
ReplyDeletemesti kak cik gembira dan teruja membacanya..
Eelobor,
ReplyDeleteSebenarnya kakcik janji satu saja haidah diberi. Tapi bila keputusan diberikan ramainya yang menerima. Memang murahlah rezekinya... dan kami juga :-)
Mak su,
ReplyDeleteTak apa sebagai teman kami tahu your situation at this moment.
Itulah harapan kita sebenarnya....
Kak Erna,
ReplyDeleteBila hati berbunga gembira kata-kata tidak terungkap lagi. Keluarlah ia sebagai sebuah penghargaan yg tidak terkira.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you for the information. I like your blog n love Your content =) Cheers, door gift perkahwinan, cenderahati pengantin, t shirt printing
ReplyDelete