Wednesday, February 9, 2011

Demi Sebuah Syarikat

Masuk hari kedua selepas bercuti agak panjang. Tidak perlu menoleh belakang lagi kerana semua tugasan telah menunggu. Sakit mata melihat susunan buku yang rasanya sesekali saja diselak untuk mencari sesuatu. Sebelum susun ambil gambar dulu sebab masih pagi lagi.
Banyaknya buku panduan dalam kabinet
hendak simpan masuk setor takut masih diperlukan
susun sajalah dalam kabinet
walau tidak diselak nampak cantik juga
tersusun dengan warna-warna yang tidak sama
panduan engineering ada
panduan dari super pages
panduan akitek dan design pun ada
panduan arah jalan dan tempat pelancungan tidak ketinggalan
panduan dari Kastam Di Raja Malaysia mesti juga
yang ini memang kena rujuk sentiasa
walau ada kalanya akan diminta yang lain
dan tidak tersenarai di dalam buku panduannya

Ada juga yang tidak puas hati takut buku tidak dibuka
siap bagi kalender lagi walau kini sudah menginjak bulan Februari
terpapar 150 buah syarikat mengiklan
hanya di dalam sekeping kalender
berharap akan ada perhubungan perniagaan
yang berpanjangan

Lagi dahsyat lagi sanggup pikul kotak oren

hantar pejabat kerana hubungan perniagaan sekian lama
"Sorry itu hari banjir lori sangkut tak dapat hantar ke JB.
Semalam ada call kawan kata you cuti ye? Ambilah ini."
"Oh... thank you. Thank you."
Kenduri oren lagilah pejabat aku......
..
..
..
Entah mengapa hatiku berdetik
mengapa mesti takut
kalau baik perkhidmatan dan pembayaran
pasti syarikat itu tetap menjadi pilihan
walau tiada oren dan tiada iklan
aku sendiri akan menghubungi kalian.


-tidak pernah pilih kasih dalam mengagih kekuatan syarikat walau diberi kuasa kerana tahu bahawa ada yang lebih berkuasa dari kita yang pengadilannya lebih saksama suatu hari kelak-




52 comments:

  1. assalamualaikum,

    sambil baca buku, sambil makan oren....bestu!

    ReplyDelete
  2. wah..ade limau lagi...berkotak2 lagi...
    kenduri limau lah ye...

    ReplyDelete
  3. -banyak nyeeeeeee buku panduan tu kak...

    -tak pernah tgk kalendar mcm tu...punya banyakkkkkkk iklan company..hehehhee

    -kadangkala susah kan nak bezakan antara rasuah, pemeberian ikhlas, dan promosi :P

    ReplyDelete
  4. hiks....klu raya dh tentu hamper bersusun2....

    ReplyDelete
  5. Wah, banyaknya kakzakie.

    Pass le pada saya sedikit,kak. terliur sudah...

    ReplyDelete
  6. uiii muntah oren cenggini, passing la kat kitorang ni sikit

    ReplyDelete
  7. byknyer oren..
    pas sini sket kak hihihi

    ReplyDelete
  8. org cina mmg brmurah hati..mmberi limau dan hamper katanya ada 'ONG' yg seronoknya kita pekerja dpt mkn free x yah nak gi beli.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    buat baik berpada
    buat jahat jangan sekali
    orang bagi kita merasa
    budi baik simpan kat hati...

    tahun ni cuma dapat sebungkus je oren kak (^_^) ~

    ReplyDelete
  10. السلم عليكم ورحمة الله

    Kat rumah pun banyak limau, jiran-jiran bangsa cina bagi..:)

    ReplyDelete
  11. manis ke buah oren tu..
    kenapa kami beli asik dapat yg masam je..huhu

    ReplyDelete
  12. as-salam

    kak, pos le sekotak oren kat PM nih... :)

    ReplyDelete
  13. Salam sahabat semua,

    # ahmad humairi: oren yg kat rumah pun tak terhabis cikgu. Anak kakak dah batuk....

    # ainnoraini: itu kakak kata nak suruh kenduti oren. punyalah nak ambil hati kita.

    # Daddy Ziyyad: Sebab itu kakak takut kalau masuk mereka nak bawa masuk bilik kakak. Lebih baik diluar biar ramai yg nampak....

    # Suzie Apai: Kakak biasanya tak mahu mereka hantar ke rumah. Bimbang ada niat tak baik. Kalau nak bagi hantar ke pejabat semua boleh merasa...

    # Pemerhati Dunia: Kalaulah PM dekat dah pasti kakak bagi. Ala.... bukan mahal pun sekarang dah musim.....

    # Cik Shinju: Jauhlah sayang.... Kakak dah bagi kat mereka yg mahu.....

    # Cemomoi: Itulah kita jauh. Belilah aje. Murah pun sekarang kan musim. Kat tepi jalan pun ada yg dia org buang (buang ancak) hehehe.... nak ke makan yg tu?....

    # noor: sekarang tinggal sekotak je dah. Lain semua dah kakak agihkan pada mereka yg mahu.

    # zue: kenyataannya memang kakak tak membeli. Tiap hari sebelum CNY bawa balik 2 kotak. Sekotak hubby bawa masjid dan sekotak lagi anak kakak bawa ke kelas tuisyen.

    # manje: dah dibagi meestilah merasa
    nama pun supplier itulah dia

    # Abd Razak: samalah kita ustaz...

    # Life Kami: Nasib tak baik la tu. Hehehe....

    # cikceriacorner: dah habis cikceria. Tinggal sekotak pun dan dibuka....

    # Penjejak Mimpi: Marilah kerja dgn kakak. Confirm tiap hari boleh bawa balik sekotak.

    ReplyDelete
  14. salam...
    tu dia..banyak nya
    limau mandarin..jangan
    makan banyak sangat
    katanya boleh batuk..
    he he..

    ReplyDelete
  15. Salam miecyber,

    Budaya mereka memberi oren dan angpow. Dapat oren boleh juga dibagi-bagi. Angpow buat tangan menggigil....

    ReplyDelete
  16. W/salam Zulkbo,

    Betul tu... anak kakak dah batuk. Mana tidaknya seminggu sebelum CNY dah makan tiap hari. Bawa utk kawan-kawan tusyen tapi dia pun makan sama.

    ReplyDelete
  17. tak berani makan limau ni, tekak selalu perit selepas makannya.. anak2 juga mudah batuk

    ReplyDelete
  18. Sekolah tahun ini tak banyak dapat limau.. tapi banyak dapat hamper.. dapat lah diagihkan kepada guru-guru bangsa cina. Selebihnya simpan untuk hadiah sempena hari sukan nanti..

    Pelik limau ini kan.. musim tahun baru sahaja yang banyak.. tapi tahun2 lain tak ada la pulak nampak kan..

    ReplyDelete
  19. Salam ibuintan,

    Kakak pun sama, kalau sunkist tu kita makan dua biji sekali pun tak apa kan. tapi oren ni lain sikit, kena lebih sikit tekak dah perit....

    Ada juga kawan kakak boleh makan 4 biji sekali makan. tak batuk pulak...

    ReplyDelete
  20. Salam Mohamad,

    Bagus kalau oren dan hamper hantar ke sekolah. Ramai yg boleh merasa. Em... pandai juga cikgu ye, barang hamper boeh jadi hadiah sukan yg tak lama lagi....

    Limau ini dah di baja mengikut tarikh CNY itu yg melambak. Banyak yg import juga. Itu yg batuk bila makan tak ingat. :-)

    ReplyDelete
  21. ade org kata ia rasuah tetapi saya tidak katanya sebegitu. ia dianggap sebagai sebuha hubungan dalam perniagaan

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum,

    Macam nie boleh buka business jual buah limau untuk CNY ...........tahun depan

    ReplyDelete
  23. salam kakzakie

    jika sesuatu pemberian mengharapkan balasan disebaliknya , rasanya tak bagus amalam tu

    jika pemberian hanya kerana sebuah hubungan yang terjalin tanpa mengharap balasan , itu yang sepatutnya

    saya pun byk dpt limau dr pembekal kerana hubungan atas dasar perniagaan dan persahabatan , tidak lebih dari itu ,
    namun mana pembekal yg memenuhi kritiria harga dan kualiti , itu yg menjadi pilihan dan mereka pun tak kecil hati

    ReplyDelete
  24. selamat pagi kakzakie..
    patulah ayu dah 2 hari kurang berblogging ke blog sahabat...jiwa rasa kacau jer...

    rupanya oren ayu salah hantar alamat....hahahhahah
    (gurau jer)

    kak zakie, thanks atas setiap doa dan nasihatmu..terharu ada kak yang boleh kupinjamkan bahu sementara meneruskan kehidupan di alam reality...terima kasih sekali lagi.....

    ReplyDelete
  25. Salam KakZakie..

    huluran salam kenal di terima dengan hati yang berbunga-bunga.. :)

    terima kasih atas bingkisan ingatan dari hadis Rasulullah s.a.w. yang amat kita sanjungi.. semoga Allah sentiasa merahmati kita..

    ReplyDelete
  26. Salam sahrom,

    Betul ini bukan rasuah tetapi jalinan business yang telah sekian lama. Walau tak ada apa memang kami slaing memerlukan...

    ReplyDelete
  27. W/salam My Little Diary,

    Dah habis dah Rima.... banayk manapun sebab ramai sekejap je....

    ReplyDelete
  28. kita kerja ikhlas krn Allah...

    waaa oren n limau mmg fav sy tu

    ReplyDelete
  29. W/salam pesona,

    Kakak ambil sekotak je. Lain bagi kat mereka yg mahu. Tahun depan kalau CNY kita buat business oren. Mesti best kan :-)

    ReplyDelete
  30. W/salam rezeki,

    Memang itulah yang kita harapkan. Rasanya masing-masing mengerti tiada maksud tersirat. Hanya kerana sudah menjadi rutin tiap tahun mesti CNY mereka akan memberi. Kini lambat sebab tersekat banjir. Peruntukan utk kita dah ada itu dia bagi walau lambat.

    ReplyDelete
  31. W/salam Citarasa Rinduan,

    Kalau Ayu tinggal setaman dgn kakak boleh kakak hantar oren ini jamu di Citarasa Rinduan. FOC je...

    Hidup semua lebih kurang sama. Ada masa kita diuji. Iman benteng kita....

    ReplyDelete
  32. W/salam Nora Asfa,

    Begitulah harapan kita sesama umat. Yg hidup pun akan menyusul jua. Dari Allah kita dijadikan kepadaNya jua kita kembali. Sabar Nora....

    ReplyDelete
  33. salam....

    raya cina dah lepas pun masih banyak oren tuu..

    bestnyaaaa

    ReplyDelete
  34. salam...kunjungan balas...
    amboiii...banyak betoll limaunyer...meh bagi kat sini sikit..tahun ni tak rasa limau cina pown...huhu

    ReplyDelete
  35. yer betul, sangat suka kata2 terakhir tuh, dan amat bersetuju

    ReplyDelete
  36. salam kak
    rezeki kan?
    bukan selalu setahun sekali kenduri limau ;p

    ReplyDelete
  37. salam...

    dasyatt...banyaknya kotak limau..
    dah kosong ke ade isi lagi tu..
    tahun nie kurang dapt limau...jika ade kesudiann..pos laju ler sekotak kesini...huhu

    ReplyDelete
  38. salam kakak... :)

    apa khabar?
    moga sihat selalu..
    waaaa...banyaknya buah oren..berkotak-kotak tu..
    nak sekotak bolee?? hehe

    selamat malam kakak..

    ReplyDelete
  39. ...integriti itu penting.

    Ya kakak....

    ReplyDelete
  40. Salam sahabt semua,

    # redza: oren & limau kan sama....

    # Sekamar Rindu: org memberi ambil aje lah. Dia kata itu hari banjir tak dapat hantar....

    # Ayuraza: Ala... belilah aje Ayu. Kakak rasa sekarang tengah murah....

    # eelobor: itulah harapan kakak. moga tidak goyah keimanan

    # sayang ibu: sampai bawa penyakit kalau banyak sangat. Mujur ramai tukan tadah....

    # bidadari: dah kakak kata sampai aje terus bagi-bagi. Manalah sempat nak pos laju.

    # Adinda Amy Sensei: Kalau dekat dah kakak bagi kat Amy dua-tiga kotak pun tak pe. Sebab memang banyak...

    # ckLah@xiiinam: betul tu cikgu. Kena tepuk dadalah ye.....

    ReplyDelete
  41. salam..oren sebagai tanda menghargai hubungan yang ada...

    ReplyDelete
  42. salam k zakie ...
    nampak nya aby dah kt penghujung yer ..
    hu..hu..
    geram tengok limau ..
    tp tk leh makan sangat ..
    watuk ... wes sebulan ..
    orong mari2 meneh ...

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum kak zakie
    alhamdulillah,suka dgn statement akhir akak tu
    saya pun dapat buah limau,tapi tak banyak sangat.Kira alhamdulillah...tanda ingatan..

    ReplyDelete
  44. banyaknya oren. Boleh bukak gerai kat pasar malam ni..

    ReplyDelete
  45. w/salam suri solehah,

    Persahabatan perniagaan inilah ole-olenya....

    ReplyDelete
  46. W/salam aby,

    Banyak mana pun bukan boleh makan banyak-banyak. Memang boleh batuk. Angger wes watuk arek turu pon orak iso....

    ReplyDelete
  47. W/sal Ummu,

    Rezeki syarikat kakak Ummu. Walau diberikan atas nama kakak tapi kita faham sebenarnya utk semua kakitangan....

    ReplyDelete
  48. Salam kakpah,

    Tak sempat nak tunggu pasar malam, pagi itu juga bagi kat semua orang :-)

    ReplyDelete