Seminggu bercuti sempena menyambut Tahun Baru Cina disambut dengan hati berbunga-bunga. Kerja sekolah yang cikgu berikan pun tidak banyak mana. Dua-tiga hari cuti kerja sekolah sudah selesai. Peluang untuk membaca novel yang tersusun di almari terbuka luas. Walau telah dibaca tetapi lebih menyeronokkan membaca novel dari membuat ulangkaji buku-buku pelajaran. Puas membelek novel, mula terdengar sedikit suara berbalas-balas kata. Akhirnya terdengar pula suara tangisan.
"Kakak memang dengki. Adik tak ada buat apa pun kat kakak."
"Ala.... kakak saje je. Bukan apa."
"Habis kenapa kakak buat muka adik macam tu?"
"Ha...ha....ha.... ok kakak padam nanti. Macam tu pun nak nangis"
Tangisan masih kedengaran. Hati mamanya sudah tak boleh tahan. Keluar dari dapur dengan mata terjegil. Mancari jawapan dari keduanya. Seorang tersengih macam kerang busuk dan seorang lagi masih menangis berlagu sendu.
"Kenapa tak boleh cakap baik-baik adik-beradik. Kenapa ni? Mama masak pun tak senang tau."
"Kakak tu dengki dengan adik." Tangisan masih kedengaran.
"Ala... mama, adik macam tu pun nak nangis. Bukan apa lukisan je. Takut sangat dia tak cantik"
"Habis kakak ingat kakak tu cantik sangat ke?"
"Lahawlawala quwwata illa billa hil'aliyyul'aziiiimmmmm...." itu yang aku termampu. Baru cuti empat hari sudah begini jadinya. Dalam hati tersenyum tetapi muka kena tunjuk marah bila tahu punca angkara.
Menangis - Hati sudah tidak boleh tahan. Remuk redam dibuat si kakak.
Tutup Muka - Hati bertambah sakit bila ada pula camera shoot
Bantal - Tutup muka dengan bantal baginya lebih selamat.
Whiteboard - Inilah yang menjadi punca segalanya. Pantang bila whiteboard ada banyak ruang pasti ada tangan yang akan menjadi artis.
Lakaran - Ada ke patut dilukis muka adik dia macam ini? Sengaja bertujuan menyakitkan hati
-biar hilai-tawa dan tangisan itu kedengaran, ada waktunya memang membingitkan, tapi bila terkenang ia membuahkan satu senyuman, sebelum mereka membesar meninggalkan kami akhirnya berdua, seperti anak yang pertama, hanya sesekali bersua dan berbicara ketika cuti, terasa kemesaraan itu. -
oohh... hahaha, saya kat umah gitu ler.... gado gado tak abis-abis ;)
ReplyDeleteselamat pagi kakzakie..
ReplyDeletemoga ceria...
Salam KakZakie-
ReplyDeletekanak2, begitu lah..benda2 yang simple pun boleh jadik isu..(alah..org tua pun kadang2 lagi teruk!)
Hlai tawa, tangisan anak2 memang boleh menjadi penawar, dan boleh menyebabkan stress!
Saya sedang bersedia utk terima anak kedua!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMemang cantik lukisan tu...bukan semua orang boleh melukis seperti itu, syabas kak. Adik pun boleh tunjuk bakat dan kreativiti macam kakak...Gaduh adi-beradik...tak kemana...insyaAllah.
salam akak..
ReplyDeleteheheheh..katun tu comel la..usik mengusik adik beradik mengeratkan lagi kasih syg..hehhe
ceria selalu akak
assalamualaikum..
ReplyDeletemeriah kan dgr suara tawa mereka..nanti kalau dah amsuk asrama, kurang rasa kemesraan itu
Salam Mak Su,
ReplyDeleteSelalunya bermula dgn bergurau, ketawa lepas tu ada suara tangisan....
Adinda AMy Sensei,
ReplyDeleteTerima kasih. Bahagia juga buat Adinda Amy hendaknya.
W/salam Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteMasa seorg belum ada teman bergaduh lagi. Nanti bila dah berteman mulalah.... Sayang,sayang kemudian ada aje yg tak kena...
Yg tua tu dah hal lain. Ha3x
W/salam ahmad humairi,
ReplyDeletePenilaian siadik bukan begitu sebab mula cerita siadik lukis muka sikakak, kemudian sikakak pulak lukis siadik. Bila siadik akur tak kisah mulalah dia lukis muka yg siadik tak suka siap dilukis sikakak, di padam adik lama-lama penat memadam itulah jadinya...
W/salam cikceriacorner,
ReplyDeleteKalau berguru tu kakak tak kisah tapi bila mula seriau tu tak tahan. Kita penat balik kerja masak kat dapur dia bercekau. Suruh baca buku pelajaran liat, asyik baca novel memanjang...
W/salam sahrom,
ReplyDeleteMemang betul tu sahrom. Anak kakak yg sulung dah tak macam tu lagi. Ada juga ke komputer, baca novel tapi buku pelajaran tetap di sentuh juga walau tak di suruh. Kalau yg. 2 ni memang nak kena ada suara kita baru bergerak....
salam kakzakie..
ReplyDeleteteringat lak zaman kecik2 dulu..slalu perang mulut ngan along sya..umo pun beza setahun je..byk gaduh dari baik..hehehe
singgah lagi..
ReplyDeleteterima kasih kakzakie...:)
W/salam RaNiA,
ReplyDeletePerang mulut boleh berakhir dgn satu party menangis. Itu yg kakak geram. Kakak dulu masa kecik ada 8 beradik tapi memang tak macam anak kakak yg dua ni. Selalu kakak kata kat mereka boleh tanya atuk mama dulu masa kecik tak macam mereka. Hehehe...
Adinda Amy Sensei,
ReplyDeleteMasih kerja lagi ke? Kakak hari ini masih kerja esok & lusa je cuti.....
Hihihih KAK ZAKIE...
ReplyDeleteseronok lak baca karenah anak-anak nih.
Saya yang ramai anak ni, kadang2 lebih teruk dari itu.
Bergaduh baik bertengkar baik... pastu bertekak - baik... macam2.
Bila takda, sunyi pulokkk...
salam..
ReplyDeletekarenah anak2...kadang2 membuatkan kita marah,geram ,sakit hati dll..
kadang-kadang juga, mampu membuat kita gembira,tersenyum dll...ia mampu juga membuat kita bersedih & menangis...tetapi bayangkan tanpa mereka...Adakah kita boleh tidur lena tanpa gangguan mereka, rindukah kita pada semua itu....
mungkin kita bernasib baik mempunyai anak...Alhamdulillah
salam,
ReplyDeleteadat lah anak2...
happy holiday to u :D
As'salammualaikum kak ,
ReplyDeleteseronok kan bila melihat kerenah anak2..dulu masa kecik pun amy amcam tue selalu bergaduh..tapi gaduh2 manja je tapi bila dah besar jadi terlebih rapat pulak dengan abang2 sampaikan bila berjalan orang sangkakan abang tue suami adoi...
Salam aziezah,
ReplyDeleteKalau mengusik selagi salah sorang tak menangis tak puas. Gitulah jadinya. Kita suruh baca buku lain jadinya...
Salam Ab@h_Izz,
ReplyDeleteMemang betul tu Ab@h_Izz. Tapi bila kita sibuk kat dapur dia uwaakkkk... mana la nak tahan. Kalau papanya memang makin diusik sama. Budak dah menangis bukan di pujuk makin digeletek lah, diambil gambarlah manalah budak tak makin marah.... Itu gambar kakak masuk jadi N3 ini.
W/salam My Little Diary,
ReplyDeleteBercutilah kita ye...:-)
W/salam Amy Syaqyena,
ReplyDeleteOh... Amy macm tu gak ye. Kakak tak... Hehehe...
Cuma marah anak-anak nie memang kejap je sebab tak ada org lain nak bermain...
hehe..baca dari awal dah rasa geli hati..ingatkan kakaknya conteng kat muka dia hehe,,rupanya kat whiteboard je..manja anak dara ni
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteItu le irama dan sendiwara di kala Musim Cuti Sekolah........kalau tidak sunyi sepi le nampaknya....
Aslmkm.
ReplyDeleteKak G selalu tengok & dengar cerita senada. Bila besar hampir semua nanti cerita seronok saja!
Tapi Kak G tak merasa perkara begini kerana Kak G anak tunggal. Anak Kak G juga tunggal. Damai ... mungkin juga sepi!
Salam Suri Solehah,
ReplyDeleteDua-dua sama je. Tak boleh lebih kurang. Ada je yang tak kena. Tapi bila satu tak ada pergi tusyen mula ditanya bila balik. tak ada kawan la tu...
Salam pesona,
ReplyDeleteBetul tu. Kalau hari sekolah sebab masing-masing ada homework and tusyen tak ada mas nak bergurau-bercekau. Tapi sesekali ada juga....
Waalaikumsalam DDrfauziah,
ReplyDeleteKak G tak rasa ini semua. Membesar seorg. Dapat permata pun sorang. Tak adalah usik-mengusik....
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSuka pulak saya tengok lukisan tu, pandai si kakak tu...
sy masa kecik2 dulu pon suka usik adik2 hehe
ReplyDeleteslmt bercuti kak
masa kecil dulu kita tak gitu ke?
ReplyDeletehehe si akaknya pun nak menyakat adik jer..
ReplyDeletetapi pandai juga dia lukis..:)
Uwa kakakaa..kelakornyer....
ReplyDeleteRakyat Malaysia baca 2 buku setahun
adegan biasa anak2 time cuti sekolah...blh kena darah tinggi dibuatnya...salam,,,,
ReplyDeletehttp://mohdnadri.com
salam pagi khamis =)
ReplyDeletemerekalah pengubat luka dan lara =)
salam k zakie ....
ReplyDeletedah nama pun bocah2 ..
bocah2 gitu la selalu kerahan ..
bila bocah dah gede2 nanti zaman depa tu bergaduh akan jd kenangan yg akan dicerita kembali antara depa tu ...
kerahan = bahasa lama yg maksud bergaduh ...
nampak comel, hehe
ReplyDeleteW/salam Abd Razak,
ReplyDeleteItulah ustaz, kalau dah nama nak mendengki ada saja idea dia nak cari. Kalau setakat gambar tak ada tulisan adik tu mungkin tak jadi apa.
Salam redza,
ReplyDeleteKakak tak hairan kalau anak lelaki katanya baisa, tapi ni dua-dua perempuan.
Selamat bercuti juga. Dah nak jalan ni. Layan dulu blog....
Salam Insan marhaen,
ReplyDeleteKakak bukan nak kata dusta, sebab kakak dulu memang tak gitu. Kakak lagi 7 perempuan dan 1 je lelaki tapi kami mesra. Selalu kakak kata pada anak boleh tanya atuk kerana atuk masih ada.
Salam LiFe KaMi,
ReplyDeleteItulah yg buat kakak geram....
Salam Miecyber,
ReplyDeleteKakak bila tahu pun nak senyum juga tapi tahankan tak mahu ada pihak yg suka....
Salam nadri @ cool daddy,
ReplyDeleteItulah yg kekadang membuat kita makan pun tak kenyang.
Salam sissyira,
ReplyDeleteHarap mereka menjadi yg terbaik....
Salam aby,
ReplyDeleteBocah angger orak kerah memang orak sah
mama ne arek turu pun orak iso
selamat bercuti aby...
Salam Azza Firza,
ReplyDeleteComel kata kita tidak pada adik dia. Sebab ada arrow dari perkataan adik ke katun tu....
salam.
ReplyDeletekakzakie..ayu yang ada sorang anak nie pun kalau berjauhan..ya ampun..rindu..
ps: suka entry ini..gelagat anak2 kakzakie sangat melucukan hati..like kenangan ayu semasa kecil dgn adik beradik perempuan ayu
salam kakak..
ReplyDeletesinggah mlm..
sihat ke kak..
harap semuanya ok2 saje..
:)
salam za,
ReplyDeletehehehe...budak2 camtu ler...seronok bila ada suara tawa-nangis-gaduh bagai...lelama sunyiiii jika sudah tiada lagi!
As-salam
ReplyDeleteHehehehe... sori kak.. sy tengok lukisan tu pn gelak juge saye.. :)
Tp kurang2 ade gak bunyi di rumah dari senyap sunyi, kan kak?
ada bakat lukis kartun..
ReplyDeletesalam kak..sunyi je,,sibuk ye
ReplyDeletehmmm good art...keep it up
ReplyDeletehttp://kipasmati.blogspot.com/2011/02/selepas-berbikini-kini-fasha-sanda-di.html
Salam sahabat semua. Baru balik dari bercuti,
ReplyDelete#Citarasa Rinduan: Ayu satu je anak? Mana cukup kesian tak ada teman bermain. Masih muda cepat sikit, lepas tu relaxlah hehehe....
#Hajah Zainab bin Hj Abdullah: Betul tu Kak Hjh Nab. Tapi kalau selalu sangat geram juga.
#Penjejak Mimpi: Tujuan melukis bukan hendak asah bakat tapi nak mendengki adik dia dan selalu menyakat tu yg membuat mama dia geram...
#mohammad: kakak tak kisah kalau nak lukis kalau tak bertekak. Ini tidak....
#suri solehah: kakak memang tak bawa pun ketika bercuti selama 4 hari. Semalam petang hantar anak sulung balik asrama malam tadi masih rehat dan kini baru buka dan akan cuba bw....
#AkuBukanBlogger: Is not for talent but is for her to teasing her sister....
Terima kasih sahabt blogger semua.....
as salam akak
ReplyDeletedan salam perkenalan juga dr lyana
dulu camni gak ngan adik beradik...
tapi bila masing2 dah besar..
kenangan tu jd gelak tawa pulak..
dan kami sgt rapat..
haishh...rindu zaman kecik2 dulu..huihiihihi
W/salam Lyana,
ReplyDeleteHm... ooo.... gitulah gamaknya Lyana. Kakak tak macam tu tau. Hehehe.... Hubungan kakak adik-beradik masih terlalu akrab hingga kini. Memang seronok kalau ingat masa anak-anak dulu ye....