Semenjak hari pertama Tahun Baru Cina sehingga malam tadi aku tidak langsung melayari internet. Empat hari berseronok dengan keluarga dan teman lama amat berbekas di hati. Hari pertama cuti aku bertemu adik-beradik kerana berkumpul di rumah ayahanda tercinta. Hari berikutnya ke rumah majlis perkahwinan sepupu aku. Malam berikutnya aku bertemu teman lama satu sekolah yang pernah menuntut di Sekolah Sri Kukup. Pertemuan ini melibatkan senior dan junior yang dapat dihubungi sahaja. Usia tidak mengira asalkan berasal dari sekolah yang sama. Ada yang aku tidak kenal kerana selain lebih senior mungkin jumlah pelajar yang terlalu ramai waktu alam persekolahan itu.
Sekolah Sri Kukup merupakan sekolah yang memberikan aku didikan dari Tingkatan Satu sehingga ke Tingkatan Lima. Sewaktu melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam aku berpindah ke Sekolah Dato' Penggawa Barat. Bererti Sekolah Sri Kukup lebih lama aku tinggalkan berbanding Sekolah Dato' Penggawa Barat. Sempena cuti Tahun Baru Cina kami telah merancang untuk bertemu setelah sekian lama tidak bertemu. Pertemuan bermula dari facebook dan dilanjutkan ke sebuah restoran dikenali sebagai Restoran Mandela.
Sekolah Sri Kukup merupakan sekolah yang memberikan aku didikan dari Tingkatan Satu sehingga ke Tingkatan Lima. Sewaktu melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam aku berpindah ke Sekolah Dato' Penggawa Barat. Bererti Sekolah Sri Kukup lebih lama aku tinggalkan berbanding Sekolah Dato' Penggawa Barat. Sempena cuti Tahun Baru Cina kami telah merancang untuk bertemu setelah sekian lama tidak bertemu. Pertemuan bermula dari facebook dan dilanjutkan ke sebuah restoran dikenali sebagai Restoran Mandela.
Pertemuan - Masing-masing mengambil tempat duduk ditempat yang telah ditempah awal.
Siakap 3 rasa - Menu pertama keluar sebagai santapan. Menu-menu lain terlupa hendak memfoto kerana mulut lebih banyak berbicara bila pertemuan yang telalu lama membuat hati dibuai rasa rindu
Menikmati hidangan - Masing-masing terleka seketika menikmati hidangan yang sederhana tetapi enak rasanya.
Menu - Siakap 3 rasa, udang goreng tepung, baby squid goreng, puyuh masak hitam manis, kailan goreng ikan masin dan telur dadar. Makanan - Makanan sudah terhidang tetapi selera bertemu teman lama lebih memberi erti dari makanan yang terhidang. Sabirin Ahamd (T-Shirt hijau gelap) kini pengusaha MLVK di JB
Sahak Ahmad - Ketua Pelajar kami dulu (berdiri sambil memegang kerusi) masih segak lagi dan merupakan GM di salah sebuah syarikat di Ampang
Sood - Berdiri kemeja lengan panjang hingga kini masih tidak banyak bercakap. Bekerja di Majlis Perbandaran Pontian merangkap bilal di kampungnya.
Zulkifli Ismail - Duduk di bahagian depan kini mempunyai syarikat guaman yang dibuka bersama-sama isterinya di Taman Tampoi Indah dan Gelang Patah.
Sood - Berdiri kemeja lengan panjang hingga kini masih tidak banyak bercakap. Bekerja di Majlis Perbandaran Pontian merangkap bilal di kampungnya.
Zulkifli Ismail - Duduk di bahagian depan kini mempunyai syarikat guaman yang dibuka bersama-sama isterinya di Taman Tampoi Indah dan Gelang Patah.
Hashimah Mustafa - Dulu merupakan Penolong Ketua Pelajar (bertudung hijau). Kini ibu tunggal gigih sebagai pengusaha catering
Hendon Ahmad - Cik kakak ini (bertudung merah) pula pengusaha kain songket.
Norsiah, Zainab, Norzila dan Rosyatimah walau dulu tidak satu kelas tetap sudi bersama memeriahkan...
Norsiah, Zainab, Norzila dan Rosyatimah walau dulu tidak satu kelas tetap sudi bersama memeriahkan...
Abu Bakar Rashid - Orang kuat UMNO sekarang. Mempunyai syarikat kontraktor sendiri. Directorlah kiranya. Bolehlah memberi kerja kepada mereka yang memerlukan.
Perpisahan - Bila bertemu perpisahan tetap tidak dapat di elak. Mengharap akan bertemu lagi di masa-masa akan datang. Mudah apabila nombor telefon dan e-mail telah bertukar-tukar tangan.
-
-
-
Biarpun gambar-gambar yang diambil kurang memuaskan (anak teman lama yang menjadi cameraman) tetapi ingatan tetap terpahat di sanubari. Hari ini aku masih lagi bercuti kerana mengemas segala yang telah digunakan dan perlu pembersihan dan kemas di sana-sini sambil merehatkan badan. Anak-anak telah memulakan alam persekolah mereka seperti biasa. Aku akan memulakan tugasan aku sebagai kuli sebuah syarikat di Johor Bahru esok.
-
-
Biarpun gambar-gambar yang diambil kurang memuaskan (anak teman lama yang menjadi cameraman) tetapi ingatan tetap terpahat di sanubari. Hari ini aku masih lagi bercuti kerana mengemas segala yang telah digunakan dan perlu pembersihan dan kemas di sana-sini sambil merehatkan badan. Anak-anak telah memulakan alam persekolah mereka seperti biasa. Aku akan memulakan tugasan aku sebagai kuli sebuah syarikat di Johor Bahru esok.
salamm,
ReplyDeletewah... bestnya reunion....
salam..
ReplyDeletebestnye dpt jumpe sahabat2 lama..:)
seronoknya dapat berjumpa kengkawan lama .. mesti rupa masing2 dan lilitan pinggang sudah berubah ! hehe
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletemeriah..tgk semua memasing dah berjaya dengan family dan kerjaya kan..yang akhirat juga tidak dilupai..ada yang jadi bilal..bagus tue..semuanya menjadi hasil dari sekolah yg sama
Seronoknya bertemu kawan2 lama dan bertukar2 cerita....
ReplyDeleteSalam Kak Zakie..ohhh...baru tahu akak pun orang Pontian...dulu duk Kukup jugak ya? Azzah tak pernah bersekolah di Kukup atau DPB... sulu Azzah sekolah SSP (Sek Sri Perhentian sekejap-2 tahun sahaja) ...
ReplyDeleterumah mak Azzah di Kpg RImba Terjun...
Azzah8
http://www.nurazzah8.blogspot.com/
Teringat semasa reunion dengan rakan sekolah tahun lepas. Seronok tengok perubahan rakan-rakan (dan diri sendiri) dari segi saiz, kematangan dan perawakan. Terlalu banyak untuk diceritakan (lebih-lebih lagi setelah puluhan tahun tidak bersua.)
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletewahhhh...meriahnya.
di antara menu sedap-sedap tu ada satu yang saya memang pandai membuatnya....telur dadar....telur dadar saya lagi best kakzakie!!!
wah bestnya kak dapat jumpa kawan2 lame mesti banyak story yang di kongsikan..
ReplyDeletesemuanya berjaya dlm hidup..jd bilal pon ada
ReplyDeleteas-salam..
ReplyDeletebestnye akak dapat jumpe member lame.. terkenang mase mude2 dulu... huhuhuhuhu :(
salam kak
ReplyDeletetumpang seronok... (^_^) ~
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteMoga ukhwah terus terjalin...
Aslmkm.
ReplyDeleteSeronok betul nampaknya.
Alhamdulillah, silaturrahim berkekalan lama.
W/salam My little diary,
ReplyDeleteSeseungguhnya gembira menjadi sayu dan mengundang airmata gembira.
W/salam cikceria corner,
ReplyDeleteSampai ada yg dah tak boleh kenal rupa. Gelihati juga...
W/salam al-lavendari,
ReplyDeleteTuan nak tahu tak ada sorang pun yg masih kekal dgn rupa asal. 100% semua dah kembang. Huhuhu...
W/salam sahrom,
ReplyDeleteKakak rasa majoriti semuanya berjaya dengan karier masing-masing. Kakak je yg masih jadi kuli....
salam kakcik,
ReplyDeleteHilang kata-kata kakcik. Ada teman baik kakak hingga airmata je yg luruh punya gembira...
W/salam Nurazzah8,
ReplyDeleteKakak memang asal Pontian. Tapi dah duduk JB. Itu bila bertemu dah jadi tak terkata gembiranya...
Salam ZOOL@TOD,
ReplyDeleteBenar tu kami masa berucap masing-masing mengaku ukuran badan dah tak seperti dulu. Walau ada yg menjadi anggota polis sebab pangkat dah tinggi, maka saiz pun besar juga. Ha3x.
Salam ahmad humairi,
ReplyDeleteCikgu nak tahu telur dadar pun jadi cerita bila ada yg kata masa bujang telur dadarlah yg selalu menjadi menu utama.
Nak juga rasa telur dadar cikgu. Hehehe.....
Salam Amy Syaquena,
ReplyDeleteBukan banyak lagi Amy, bercerita lebih lama dari makan. Bayangkan kami spent time dari jam 8 malam sehingga 11:30 malam.
Salam redza,
ReplyDeleteSekadar kakak titipkan beberapa yg kakak sempat saja. Syukur ramai yg berjaya....
W/salam Penjejak Mimpi,
ReplyDeleteSeronok mengenang masa zaman sekolah. Semua ada kelebihan masing-masing. Tinggal kenangan...
Salam manje,
ReplyDeleteGembira bertemu teman sekolah lama tidak sama teman kerja lama....
W/salam Abd razak,
ReplyDeleteItulah harapan kami semua sebelum pulang. Mengharap ukhuwah terjalin....
W/Salam DDrfauziah,
ReplyDeleteKelakarnya masa nak kumpul kami terpaksa jumpa waiter meja tempahan sebab tak kenal lagi. Muka dah berubah dan ada juga yg call sebenarnya teman tu dah ada depan mata....
amboi syoknya kalau dapat jumpa kawan2 lama...saya pun selalu dok contact depa macam tu jugak!
ReplyDeleteSeronok dapat berjumpa teman lama....
ReplyDeleteBayi gergasi
salam..kak seronoknya dapat jumpa kawan2 lama..masing2 dah ada kehidupan yang sempurna kan...
ReplyDeletesalam k zakie ...
ReplyDeletepak we lama masa zaman sekolah tk jumpe ke ..
tentu ono kan ..
apapun bagus reunion gitu,
dapat mengeratkan silatulrahim ...
Salam Uncle,
ReplyDeleteKakak pernah terbaca N3 uncle buat re-union dgn teman sekolah uncle. Ada dah jadi doktor gigi lagi. Seronok kan uncle....
Salam Miecyber,
ReplyDeleteSarat dengan kegembiraan dan keseronokan...
W/salam suri soleheh,
ReplyDeleteTeman belajar bersama dulu pun ada dan kini mempunyai kehidupan yg lebih selesa. Rata-rata kami bukan dari kalangan keluarga mewah dulunya...
W/salam aby,
ReplyDeleteBertuah kamu aby, kakak dulu mana ada bercinta. Takut sangat. Bukan macam budak sekarang. Tambahan pulak kakak dulu kan kononnya dihormati jadi malulah nak bercinta. Tapi memang ada yg suka kat kakak tapi kini sudah meninggal dunia. Pendik usianya. Malam itu kami ada buat sedikit tahlil ringkas sebelum makan. Soodlah imamnya....
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSeronok jika dapat berjumpa dengan kawan lama, mengimbas kembali zaman persekolahan.
Kalau dulu hebat nakalnya, sekarang semua dah berkerjaya.
TQ
salam kak zakie
ReplyDeletesuka ayu baca entry renion nie...
alhamdullilah..semua sahabat kakzakie berjaya dan semakin terpengaruh..
inilah saat kita nak beramah mesra setelah kian lama tak bersua
PS: bab cenderhati tu..mmg kan. walau kecil besor, mahal murah..semua bukan ukuran janji keikhlasan
syok jumpa member2 lama kan...
ReplyDeleteSalam KAK ZAKIE.
ReplyDeleteSaya pernah buat reunion sekolah selepas 22 tahun terpisah. Saya faham perasaan dan nilai tinggi yang Kak Zakie sebut tu.
Memang bestttt sangat kan?
Dulu pernah kutuk kutuk, masam muka, tapi bila dah bertahun terpisah, jumpa balik bleh peluk2 terharu sebab hubungan bercantum kembali. Kita dah matang.
Tahniah di atas usaha sebegini. :)
Makan Sakan-Sakan: Aku Puas Hati Benda Lain...
part last tu yang saya paling suka..
ReplyDelete- dapat hadiah
he.he.he.....
:)
W/salam Admin P@P,
ReplyDeleteKenangan semasa sekolah tetap terpahat di sanubari walau waktu itu kebanyakan kami bukan dari kalangan org berada.
W/salam Citarasa Rinduan,
ReplyDeletePertemuan itu benar-benar membahagiakan kami yg masing-masing telah punya keluarga. Alhamdulillah kami mampu hidup lebih selesa....
Salam sham,
ReplyDeleteKakak sampai tak terkeluar suara. Rasa terharu sangat-sangat.
W/salam azieazah,
ReplyDeletePertemuan dari kami yg dulu main bola bersama, belajar bersama, bertanding sama kini bertemu sebagai seorang ibu-bapa yg matang memang amat berbeza. Yg nakal dulu kena usik kami semua hingga tergelak dgn airmata sekali keluar sama...
Salam Puteri,
ReplyDeleteNakal kamu ye. Suka hadiah je. Cenderahati ini juga mengundang airmata gembira kami....
meriahnyerr uoolss.. ehehe
ReplyDeletesalam kak zakie,
ReplyDeletemmg seronok dpt jumpa teman2 lama
yang dah berubah jadi pelbagai saiz...hehe
tak pernah lagi pergi re-union
^______^ hari ni mood senyum wokey!
apa yang boleh kita katakan! seronok sangat! dapat rasai kegembiraan di dalam entri ini! seronok! sebab kita turut merasainya!
ReplyDeleteberkobar kobar nak ceritakannya.. :)
kak zakie sihat kah? moga sentiasa ceria selalu.. :)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteRE-Union yang mengingatkan kembali kisah-kisah
dizaman persekolahan....
Mula bertugas di JB dimana?
salam kak..
ReplyDeletesyoknya dapat jumpa teman lama.... kekawan ada cadang nak buat perjumpaan tapi dek kerana kesihatan yang tak mengizinkan nie terbantut lah sudah impian tu......hee
mesti la suka...
ReplyDeletelagi2 benda yang bukan cepat expired (seperti makanan..)
boleh simpan..
kenang2an..
:)
he.he
Salam Kak Zakie.. seronok betul kan bila reunion.. macam2 perkara tak sangka..
ReplyDeleteJemput ke:ALL IN ONE
Salam en_me,
ReplyDeleteMengharap akan bertemu lagi....
Salam Ati Masrif,
ReplyDeleteKakak tahu Ati gembira sebab Mr. Nuff kan dah bagi RM. Kakak gembira kerana pertemuan dgn teman lama...
Salam kella,
ReplyDeleteSyukur akak sihat dan harap kelaa pun begitu. Riang selepas bercuti kan....kan.....
W/Salam pesona,
ReplyDeleteKakak mula bertugas di JB di Orchid Plaza, sebagai secretary di tingkat 4. Bawah dulu ada tempat beli ticket MAS. Sekarang dah lama tinggalkan dah pun punya 3 anak. Huhuhu....
W/salam Atie,
ReplyDeleteMoga Atie sihat dan dapat membuat re-union yg dihajatkan itu. Kakak doakan...
Puteri sayang....
ReplyDeleteAmboi...sentimental ye... Kakak dah pun guna yg berjurai-jurai tu. Blink-blik.... bawah dagu. Hehehe....
W/salam nur,
ReplyDeleteBenar kata nur tu. Macam tak percaya bila lihat yg dulunya kecil, comel dah jadi kembang. Termasuklah kakak ni. Hahaha.....
kakzakie,
ReplyDeletekembang2 tu biasa le lumrah alam..hehehe
raya thn lepas pun zue ada reunion dan alumni..bila jumpa dgn kekwn lama..mcm2 citer nak di bualkn..semua org nak brcakap..kecoh..riuh rendah jadinya.
mmg brkesan IT/FB ni..
salam kenal kak zakie
ReplyDeletebr blk kg rimba terjun baru nih dkt ngan kukup
Salam Kak...
ReplyDeleteBestnye dapat jumpe kwn2 lama..
Saya tgh plan nak wat reunion utk
mak n kwn2 skolah dia..Harap2 berjaya la nt..
Assalamu'alaikum kakzakie
ReplyDeletePasti meriah dan seronok bila berjumpa kawan-kawan lama..
Salam zue,
ReplyDeleteKerana FB kami bertemu. Kecoh tidak terkata. Sunyi sebentar waktu tahlil ringkas buat mereka yg telah pergi.
Salam kenal noor,
ReplyDeleteEh.. mohon kenal selanjutnya. Mana tahu kita satu sekolah. Kalau Rimba Terjun mesti ke SDPB kan.
W/salam CIk Shinju,
ReplyDeleteBagusnya anak buat utk mak. Teruskan usaha itu. Syabas....
W/salam Werdah,
ReplyDeleteKebanyakan berubah wajah walau ada yg masih cam dari suara....
salam
ReplyDeletebanyak yg berubah bile dah lama tak jumpe... especially kadar perut 'ke hadapan' bagi lelaki ha3
salam....
ReplyDeletesangat seronoknya tatkla berjumpa rakan lama...masti dah jauh berubah kan?....pasti banyak diborakkn time jumpa rakan2 tu..
salam... kak...bestnya.... renion, semua berjaya palk tu...
ReplyDeleteseronoknya jumpa kengkawan lama. mesti banyak cerita yang diborakkan.. maklumlah..
ReplyDeleteseronok jumpa kawan lama, ya. kawan-kawan lama IM tak tahu pi mana hala....
ReplyDeletemakcik pun tumpang seronok. laparlah perut tengok makanan tu semua.
ReplyDeletesalam kakzakie
ReplyDelete..memang seronok kawan2 lama bertemu semula,masing2 dengan kerjayanya, tengok banyak yang dah berjaya. ...
-mungkin dulu tak terpikir untuk berjumpa semula setelah terpisah, inilah baiknya kalau fb dimanfaatkan tujuannya..
Salam sahabat semua,
ReplyDelete# REPUBLIK N9: Lumrah bila dipanjat usia. Dah beratus kilo beras masuk mana tak membesar.
# Sekamar Rindu: Macam tak cukup masa hendak memperkatakan segalanya dgn masa yg terhad.
# dwaty: Syukur kami nampaknya kehidupan kami lebih selesa kalau banding dulu waktu sekolah.
# kakpah: Sampai lupa masa dah beransur malam. Ada yg hendak terus balik jauh pulak tu. Yg balik rumah org tua tak kisah sangat.
# Insan Marhaen: kami bermula dgn FB. IM pun boleh cuba cari je nama kawan tu Insya-Allah mesti ada yg guna nama betul. Kalau nama samaran memang susah la nak jumpa.
# Cik Ina Minat Do Do Cheng: Cik Ina ni tengok makanannya ye? Kami masa tu dah tak termakan bukan kerana kenyang tapi banyak bercakap. Terlalu gembira.
# ab@h_Izz: betul tu ab@h_Izz. Kami terlalu gembira hingga berair mata bila mengenang dulu kebanyakan kami bukan org senang. Bagus juga FB menghubungkan kami semua.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKunjung balas kak. Terima kasih kerana sudi memberikan salam kenal.
Bestnya bila ada reunion mcm gini. 16 tahun dulu dah janji ngan teman2, reunion akan dibuat setiap 5 tahun. 2000 kat gombak, 2005 kat kl, 2010 tiada. Katanya akan dibuat pada tahun ini. Sedang menunggu informasi terkini dari pihak urusetia. Saya follow akak yea.
Salam perkenalan, kak.
ReplyDeleteSeronoknya jumpa kawan-kawan sekolah. Mesti banyak cerita hendak dikongsi dan mesti meriah, kan.
wahh reunion kecil-kecilan..siap dapat souviner lg..heheheh..mesti meninggalkan kesan yg mendalam sbb sudah lama xketemu kan kak zakie..hehehe
ReplyDeletereunion bloggers bila pulak ye? boleh jumpa camnni..heeheh
Waalaikum salam Kak Sam,
ReplyDeletewah dah selalu buat mesti dapat hilangkan rindu. Kami di dah terlalu lama.... memang meriah....
W/salam Pemerhati Dunia,
ReplyDeleteSalam kenal dari kakak juga. Bukan cerita zaman sekolah je yg dikemblaikan tetapi banyak cerita anak-anak dan karier diperkatakan....
Salam lalink7,
ReplyDeleteKena ada yg memulakan dan organiser kalau kita nak adakan. Tapi blogger susah sikit sebab hometown masing-masing lain. Sekolah boleh katakan semua kampung di sekitarnya....