Cerita cuti sekolah yang baru lalu. Duduk sebelah-menyebelah dengan mata masing-masing menatap monitor.
“Comel kan budak ini. Mama suka tengok. Kalau kat pejabat pun mama mesti tengok blog emak dia. Ada lagi satu budak lagi kecik tapi yang ini blog nenek dia yang selalu buat cerita.”
“Ialah mama. Kalaulah Yasmien ada adik lelaki montel macam ini mesti best kan ma”
“Alaaah… mama dah malas nak mengandung lagi. Asyik nak kena ambil bibik je.”
“Yasmien copy ajelah gambar budak ini. Jadi dapatlah kita tengok dia selalu. Emak dia bukan tahu ye mama. Nak letak sebelah budak yang lagi satu.”
“Dulu kan Yasmien dah ada copy budak kecik yang ni. Suka hatilah. Tapi jangan masuk dalam FB nanti orang lain baca. Kalau emak atau nenek dia tahu lagi haru. ”
Nampak wajah anak itu saja bibir aku sudah boleh mengorak senyum. Walau ia bukan anak yang aku kandung tetapi entah mengapa hati terasa rindu untuk melihatnya selalu. Selalu aku melihat sekadar melalui blog ketika blog-walking. Kedua-dua tuan punya blog itu pun tidak tahu yang aku selalu merindui budak itu. Boleh dikatakan setiap hari atau ada ketikanya bila aku dalam kebosanan atau tension pasti dua blog itu aku terjah walau tidak aku tinggalkan jejak.
Melihat jari-jemari yang mulus, pipi yang montok dan raut mukanya yang bulat mengundang rasa gembira. Selalu aku berangan-angan kalaulah aku mempunyai anak lelaki seperti itu. Pasti seronok kalau aku dapat dipertemukan walau hanya di dalam mimpi. Agaknya kalau aku bermimpi mendukung anak itu termengah sebaik sedar kerana anak itu sangatlah montel.
Tapi sayangnya kedua-dua budak yang aku minati itu anak orang. Mempunyai emak-ayah yang penyayang. Bukan seperti anak-anak terbuang di merata-rata tempat hingga mengundang rasa amarah masyarakat ramai. Mengenang keluarga aku ada yang susah mendapat zuriat terbayang-bayang anak-anak yang dibuang. Apa-apa pun aku bersyukur dikurniakan tiga anak perempuan berbanding kakak dan abang yang hanya mempunyai satu anak dan ada yang tidak punya zuriat langsung.
“Comel kan budak ini. Mama suka tengok. Kalau kat pejabat pun mama mesti tengok blog emak dia. Ada lagi satu budak lagi kecik tapi yang ini blog nenek dia yang selalu buat cerita.”
“Ialah mama. Kalaulah Yasmien ada adik lelaki montel macam ini mesti best kan ma”
“Alaaah… mama dah malas nak mengandung lagi. Asyik nak kena ambil bibik je.”
“Yasmien copy ajelah gambar budak ini. Jadi dapatlah kita tengok dia selalu. Emak dia bukan tahu ye mama. Nak letak sebelah budak yang lagi satu.”
“Dulu kan Yasmien dah ada copy budak kecik yang ni. Suka hatilah. Tapi jangan masuk dalam FB nanti orang lain baca. Kalau emak atau nenek dia tahu lagi haru. ”
Nampak wajah anak itu saja bibir aku sudah boleh mengorak senyum. Walau ia bukan anak yang aku kandung tetapi entah mengapa hati terasa rindu untuk melihatnya selalu. Selalu aku melihat sekadar melalui blog ketika blog-walking. Kedua-dua tuan punya blog itu pun tidak tahu yang aku selalu merindui budak itu. Boleh dikatakan setiap hari atau ada ketikanya bila aku dalam kebosanan atau tension pasti dua blog itu aku terjah walau tidak aku tinggalkan jejak.
Melihat jari-jemari yang mulus, pipi yang montok dan raut mukanya yang bulat mengundang rasa gembira. Selalu aku berangan-angan kalaulah aku mempunyai anak lelaki seperti itu. Pasti seronok kalau aku dapat dipertemukan walau hanya di dalam mimpi. Agaknya kalau aku bermimpi mendukung anak itu termengah sebaik sedar kerana anak itu sangatlah montel.
Tapi sayangnya kedua-dua budak yang aku minati itu anak orang. Mempunyai emak-ayah yang penyayang. Bukan seperti anak-anak terbuang di merata-rata tempat hingga mengundang rasa amarah masyarakat ramai. Mengenang keluarga aku ada yang susah mendapat zuriat terbayang-bayang anak-anak yang dibuang. Apa-apa pun aku bersyukur dikurniakan tiga anak perempuan berbanding kakak dan abang yang hanya mempunyai satu anak dan ada yang tidak punya zuriat langsung.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBahaya kalau mimpi budak kecik...
Anak tiung-tiung juga,
Manakan sama anak kedidi,
Anak orang, orang juga,
Manakan sama anak sendiri.
ni yg rasa nk kawen skrng jugak dan ada anak sndiri huuuu
ReplyDeleteowh... tak sabo nak ada anak sendiri.. tapi kena cari yg yang cantik, so anak pun comel.. kekeke...
ReplyDeleteSy hanye menumpang kasih anak orang aje nampaknye wat mase ni... nak tunggu anak sendiri, entah bile.. :(
ReplyDeleteanak siapalah tu ek..hehehe...mengandunglah lagi
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletebertuahnya anak itu..mempunyai peminat tersendiri di alam maya nie....
dunia ohh..dunia..jauhilah kejadian buang anak huhuhhh
As Salam kak...
ReplyDeletealahai anak sapa lah yg dirindu tu...??:D lia antara insan2 yg lambat dikurniakan zuriat...syukur alhamdulillah berkat kesabaran kini dikurniakan 3 org permata hati yg gebu mcm mamanya..hehehehe.....
anak saya comel tak? haha~~
ReplyDeletekalau tetiba ada orang nak bagi baby comel kat akak, akak amik tak?
red ~ kawen jgn xkawennn...aku doakan ko yee..heheheh
ReplyDeletealahai...teringin saya nak tgk muka anak2 tue la akak..mesti sangat comel sampai akak termimpi selalu terjah ke blog mak nyee..
saya pun suka dengan anak kawan sy..comel sgt..tp perempuan..MasyaAllah memang indah ciptaan Allah..
akak branak la lagi.. =)) caiyok2 akak..
comel gambo baby nun...
ReplyDeletesetiap baby ada lah comel
iols paling suker cium pipi mulus gebus baby
lembut dan harum baunya...
takpe lah kak..ada hikmahnya akak ada 3 anak dara kat rumah tu..
ReplyDeletesaya pun harap nak baby girl utk kali ni..tapi rezekinya, tuhan beri juga anak lelaki...Insya Allah lepas ni kami dah ada 2 hero!!
akak dulu mmg plan sampai 3 aje ke?
Waalaikumsalam ahmad humairi,
ReplyDeleteBelum bermimpi lagi cikgu...
bosan mendengar orang mengomel
tinggalkan pergi menjauhkan diri
sekadar meminati wajah yg comel
anak sendiri tetap dihati
redza,
ReplyDeleteHa... kakak sokong 100%. Bila ada anak baru redza tahu bahagianya. Cepat cari calon. :)
Nak main ngan BS tak? Tapi, dia dah besar (dah masuk 10 tahun bulan 8 nanti).. Along dia suka cubit atau tarik pipi dia... :)
ReplyDeleteSeksi Bani,
ReplyDeleteTak semesti ibu cantik anak cantik. Kalau bapanya tak cantik? Tak kisah janji sihat, budak kecik memang comel.
Penjejak Mimpi,
ReplyDeleteAkan tiba masanya PM usah sendu. Kakak doakan yg terbaik buat PM.
Ila,
ReplyDeleteMestilah anak orang. Hehehe....
Wa'alaikumsalam sahrom,
ReplyDeleteBudak itu memang comel. Kakak sekadar minat je....
Jenis org yg buang anak tu mesti kesal seumur hidup dia.
Wa'alaikumsalam Mamamya,
ReplyDeleteBersyukur kita ada zuriat kan. Ada org nak ambil anak angkat pun asyik ada saja rintangan.
Bujal X,
ReplyDeleteKalau ada org bagi anak kakak ambil. Kakak ipar kakak dari dulu cari nak ambil anak angkat tak dapat-dapat. Bujal ada calon nak bagi kakak ke? Pergi kebajikan M'sykt kebanyakan anak tak sah taraf. Kakak mahu anak yg ada ibu-bapa yg sah.
kasihan pd ank yg dibuang
ReplyDeletebtl tuh kak syukur sgt2 sbb allah anugerahkan anak kepada kita
lalink7,
ReplyDeleteKakak dah suruh juga redza kahwin. Tapi Husna pulak bila? Best kan gomol pipi budak. Anak kakak yg 8 dan 12 tahun pun kakak masih gomol pipi mereka. Syok....
miloais,
ReplyDeleteKalau budak lepas mandi lagilah bestkan kalau cium pipi mereka. Anak kakak kekadang sampai tolak muka kakak, lemas agaknya ye.... :)
Daddy ziyyad,
ReplyDeleteKakak dulu kalau boleh nak setahun satu sebab dah terlanjur ada pembantu. Tapi Allah kurnia 3 tahun baru dapat lepas tu 4 tahun pulak. Lamakan... tapi dapatlah juga. Hendak tambah lagi dah malas kerana asyik tukar bibik je.... Yg kakak ipar pulak dia ingat kalau kakak ada ramai dia nak satu. Kita nak dapat 4 pun cuma dapat 3.
Selagi muda Dr. baik beranak seberapa boleh. Dah cukup baru stop/planning.
noor,
ReplyDeleteAlhamdulillah 3 anak dara moga menjadi anak solehah.... Bila kahwin dapatlah juga merasa anak lelaki - menantu lelaki. Hehehe...
kakcik...
ReplyDeleteSebenarnya kakak memang suka budak-budak. Hubby pulak sama. Kalau BS duduk sebelah rumah kakak mesti kena usung selalu dgn hubby kakak, macam jiran kakak sekarang. Anak lelaki dia selalu main kat rumah kakak sebab ayahnya kerja oversea.
akak..hehehe..rase nak ada anak..tp kite xkawen lagi..hehhe
ReplyDeleteteringin nak mengandung lagi.. :D
ReplyDeleteteringin sanggat tu kak......he..
ReplyDeletekdg2 dpt tgk wajah pun jadi kak kak zakie..hehe
ReplyDeleteerkk..bilalah nak kawin ni..hehe
kak zakie...
ReplyDeleterindu tak kat anak saya...muiz harith...heheheheh..dah nak pandai duduk dah dia...semua org pun suka kat dia...hehehehe
salam kakzakie,..anak sapalah yang gebu tu kak?..penuhi jelah permintaan yasmen tu kak,hehe
ReplyDeleteciceriacorner,
ReplyDeleteNakal kamu CCC. Cepatlah kahwin nanti tahulah CCC betapa syoknya bergumpal dgn anak-anak.
makdara TERdiva,
ReplyDeleteKakak pun sama. Tapi nanti kena ambil bibik lagi dah pulak. Sekarang dah susah.....
atie,
ReplyDeleteKakak suka tengok budak kecik....
nurkass...
ReplyDeleteHeh.... bagitau kat BF tu cepatlah sikit. Jangan buang masa.
azian,
ReplyDeleteMuiz pun kakak suka tengok juga. Comel kan. Ada keceriaan kalau ada budak....
Wa'alaikumslam suri solehah,
ReplyDeleteKadang yg diharap tak dapat tapi bila tak diharap tiba-tiba ada. Mana tahu kan tiba-tiba ada org bagi kat kakak heee.....berangan dah...
Aslmkm.
ReplyDeleteReserve comment. Kak G tak rajin melayan perasaan.
kak..masa anak sya kecik dlu mmg gebu...tp bla dia da besar cikit ,dia mula melasak ni,da kurang gebu dia..tp ape2 pon kak,anak sendiri xsama ngan anak orang..^_^
ReplyDeleteAnak orang pun kalau dah di besarkan seperti anak sendiri,tak ada bezanya.Pasal anak ni rezeki masing2 kan..bersyukurlah kita yg di kurniakan cahaya mata ni.
ReplyDeletealhamdulillah ada tiga dah...bersyukur dgn pemberiannya... anak adalah anugerah, kan kak? :)
ReplyDeletekalau anak orang tu
ReplyDeletememang kita nampak comel saje
geram jer
ehemm...semacam je...hihi
kami pun suka baby,
ReplyDeletetakpe kak mungkin nanti rezeki akak dapat baby boy,
semoga kes buang bayi tak berlaku lagi ,
semoga mereka yg mlakukan kejahatan ,insaf dan sedar betapa susahnya ingin memilik anak..
happy2 ye kak..:)
As-Salam Kakzakie
ReplyDeleteSokong, ulang & tambah madah Cikgu Humairi:
Anak orang, orang yang punya
Takkan sama anak sendiri
Lanang wedok tiada bezanya
Tak mungkin mereka ditukar ganti.
assalam kazakie..akak pun sama..suka sangat tengok gambar baby yang comel..geram
ReplyDeleteminggu lepas..ada la staff lelaki kat opis bawak anak..sebab isteri dia ada hal..puas dapat dokong peluk dan gomoi budak tu.selok aje tak nangis..montel pulak tu..
heee ate cuba anak angkat pulakkk mana tau dapat yang comel
ReplyDeletebaru petang tadi dok negok anak orang melayu kita yang ada kacukan eropah... comel jugaaa
memang geram bila baca cerita bayi di buang. nak dapat satu bukan main senang lagi. itu semua ketentuan yang telah di tetapkan. dia senang2 jer pegi buang
ReplyDeleteada kawan yang dah lebih 10 tahun kawen tp belum ada rezeki...sebab tu marah sangat kat 'binatang' yang buang anak merata-rata ni...!
ReplyDeleteWa'alaikumsalam DDrfauziah,
ReplyDeleteSesekali melayan perasaan....:)
YATZAKIE,
ReplyDeleteAnak kalau dah mula ligat memang akan susut sikit. Tapi kalau yg jenis kuat tidur walau ligat tetap montel gak....
hani@debumelukut,
ReplyDeleteKeluarga kakak ramai yg ambil anak angkat dan rata-rata macam anak sendiri dan mereka juga treat ibu-bapa macam ibu-bapa sendiri. Dah Allah tak kurniakan anak, menumpang kasihlah....
My Little Diary....
ReplyDeleteTerlebih bersyukur kalau membanding yg langsung tidak punya zuriat...
Ati Masrif,
ReplyDeleteSiapa tak suka tengok budak? Naluri manusia rasanya sama kot. Tengok budak comel mesti suka kan....
LiFe KaMi,
ReplyDeleteApa yg ada kita jaga. Melihat anak-anak yg mendapat kasih-sayang mesti kita turut gembira berbanding yg terbuang... kesiannya.....
Wa'alaikumsalam Temuk,
ReplyDeleteLanang wedok tiada bezanya
Tak mungkin mereka ditukar ganti
Dah dikurniakan wedok semua
melihat yg lanang sukanya hati
kak Erna,
ReplyDeleteKakak dapat bayangkan mesti budak tu lemas kena gomol ramai staff. Semangat kerja pun lain macam kan.... bestnya.....
cemomoi....
ReplyDeleteAllah kurnia awak bujang semua. Mesti teringin nak anak dara kan.
eelobor,
ReplyDeleteSemakin diwar-warkan makin banyak bayi kena buang. Macam dah ada rasa seperti kita pukul nyamuk gigit. Bunuh lepas tu buang. Sedih kan....
Sham,
ReplyDeleteBetul tu sham, yg menanti zuriat berubat hingga berpuluh ribu. "Sibinatang" pulak senangnya membuang anak tanpa rasa bersalah...
As'salam kakzakie, kalau dah sampai termimpi baik difikirkan utk mengandung lg...mane tau dpt sebijik muka yg diimpikan...
ReplyDeleteArwah memang dirindui semua org sbb terlalu baik sangat orangnya...lebih2 lg kami sekeluarga. Sila lawat ke FB ummiizz utk info ttg arwah.
Wa'alaikumsalam p@kcikLie/mamadiana,
ReplyDeleteDah tak larat rasanya sekarang nie.
Kakak ada sent message to ummiizz tak tak pasti samada dia abah_izz punya wife ke bukan. just send aje. Harap kakak dapat tahu cerita. Hati kakak sedih sangat kerana hingga kini sesekali kakak jengah lagi blog dia.
Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah....
Aduh kak , tadi sebelum baca macam ada kekuatan je tapi lepas baca menitik pula air mata nie.
ReplyDeleteSalam kakzakie,
ReplyDeletesaya pulak teringin anak dara.. tapi baru jer tutup kilang (ikat), sebab asyik problem jer mengandung.. agaknya memang rezeki sumer anak laki2..redho jer..
salam kak... jangan bersedih pasal tak dapat anak.... yg sakit tak dapat nak mengandung nih lagi la.... sian papa maman asyik minta adik utk maman... sy nih dok fikir mcm2 risiko... belum berani nekad lg...
ReplyDeletesalam k zakie,
ReplyDeletejgn minat sangat budak2 mase kecik,
takut nanti bila dah besar panjang, gagah, kacak dan sasa, minat nye bertambah tambah lg ..
bahaya tuh ..
hu..hu..
"kak...saya pun anak2 asyik tanya bila mami nak beranak lagi..adoii...malas nak jawap dah hat dok ada pun jenuh...Apapun setiap anak yg lahir membawa rezeki kan kak.."
ReplyDeleteAmy Syaquena,
ReplyDeleteSabar dik.... setiap kita pasti diuji. Jaga kesihatan untuk sementara ini.
Aanas....
ReplyDeleteGitu dah jadinya ye... Tak ape tunggu anak kita besar kita berbesanlah... Hahaha....
mama maman,
ReplyDeleteKakak dah ada tiga dan cuma minat kat budak lelaki tu je.... Tak berniat pun nak tambah. Dah malas... tapi kalau org bagi akak suka juga....
aby,
ReplyDeleteAlahai bila budak tu besar kakak dah ganyut. Entah-entah kakak dah di liang lahad.
Piasara,
ReplyDeleteKalau ada apa salahnya kan. Lebih baik sekali gus besarkan serentak. Senang. Kalau gapnya jauh lain rasanya. Bila dah rasa cukup dah boleh relex.....:)
Alah sedih pulak dengar ceritanya. Baru makcik tahu kakzakie tak de anak lelaki, sebab tulah suka sangat nampak gambar Firdaus.
ReplyDeleteAllah SWT sentiasa bagi hambanya yang terbaek kak zakie.jangan risau ye, ada hikmah sebaliknya.Kalau kita berjiran, makcik bagi je Firdaus buat kawan bergurau.
assalamualaikum..
ReplyDeletekak zakie..daku merinduimu kakakku.....
wah!!! rasa nak jadi anak angkat mu boleh?? hahahah....dah besor panjang nak jadi anak kakak zakie pulak
kak.......ayu sentiasa buka sebesarnya CR utk kak sklrg..jom..gather2
anak penejuk mata
ReplyDeleteingat rindu wajah comel saya..wakakka
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletetakpe la kak..tunggu main dgn cucu sendiri nanti..:)
budak dlm gambar tu memang comey.. teringiin juge nak tgk budak yang akak admire tu.. hehe..
ReplyDeleteJOM KE: ALL IN ONE
Assalamualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah saya juga telah dikurniakan beberapa orang anak. Tapi bukanlah sayanyang melahirkannya. Isteri saya...
Betul ada juga pasangan yang lambat dikurniakan zuriat. Allah uji mereka sejauh mana keyakinan dan kesabaran terhadap Allah.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluknya. Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmatNya dan bersabar dengan ujianNya.
TQ
salam kak zakie,
ReplyDeletebila dengar cerita orang buang anak ni, gerammmm je hati perut. Kita ni anak kena gigit nyamuk pun habis nyamuk tu kena bambu.
Kak zakie meh lah datang rumah kita jumpa dengan faris.
salam kakzakie..
ReplyDeletesame la kite..
mutiara pon ske tengok pic n blogwalking blog baby2 nih..ade sorang tu, dah 4 taun Mutiara dok folo perkembangan dia dr bblog mak dia.. saje suke2..bukannye nak stalker :P
nway, sy rindu akak (gare2 dah lame tak blogwalking sbb urusan kerja yg sgt oack) .. :)
Cik Ina MDDC,
ReplyDeleteKalau Firdaus tu dekat rumah kakak memang kena culik selalu dgn anak-anak kakak bawa masuk rumah.
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteSamapi waktu mesti akak terjah CR. Ayu tunggulah ajelah.....
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteKalu tiada sunyi je rasanya....
IMANSHAH,
ReplyDeleteCikgu comel ye? Hehehe....
Tunggu anak cikgu entah bila agaknya?
Kamsiah,
ReplyDeleteCucu saudara dah ramai. Cucu sendiri amboi lamanya nan tunggu. ...:)
nur,
ReplyDeleteSuka tengok budak-budak kan.... Apa je gaya mereka smeuanya cantik belaka...
Admin P@P,
ReplyDeleteBetul apa yg Cikgu Lai katakan. Ujian untuk mendapat zuriat ada kalanya diberikan pada pasangan.
Kakak tetap bersyukur dikurniakan 3 puteri.
Wa'alaikumsalam kakpah,
ReplyDeleteMenyakitkan hati mereka yg buang anak ini.
Macam Faris tu siapa tak suka tengok dia. Tengok kakinya joging pun dah geram....
Mutiara bernilai,
ReplyDeleteSejuk melihat gambar budak-budak kan.
Apa-apapun blog jangan buat kita ketagih sekiranya kita ada tanggung-jawab yg lebih penting. Kakak tak kisah.
memang budak2 yg comel ni geram je bila kita tgk... kak takde anak lelaki ye...
ReplyDelete