Friday, March 25, 2011

Tinggi-tinggi belaka

Pokok mangga yang di depan rumah sudah tinggi
Kena tebang kerana bimbang terjadi yang tidak diingini

Bangunan dibina tidak cukup tinggi
100 tingkat dalam perancangan akan dibina

Harga minyak melambung tinggi
Subsidi dibagi katanya bagi meringankan beban rakyat

Harga barangan yang melambung tinggi
Keadaan ekonomi dunia tergugat dijadikan alasan

Hendak jadi pramugari mesti tinggi
Supaya mudah masukkan barang atas tempat duduk penumpang

Anak tidak cukup tinggi
Berjumpa doktor, nasihat dan multivitamain diberikan

Markah peperiksaan hendak yang tinggi
Khuatir jika gagal cita-cita tidak kesampaian

Bila mencari kerja minta gaji tinggi
Bimbang tidak kecukupan wang yang diperlukan

Main layang-layang pun hendak terbang tinggi-tinggi
Tidak mahu layang-layang terjunam jatuh ke bawah

Berpantun pun tinggi-tinggi si matahari
walaupun tahu kalau matahari rendah cair kita semua


itu............

ini.............

begitu.......

begini........






Bila di wajah terpancar "hidung tinggi"
Semua tidak mahu, semua tidak suka

Apakah punca? Siapakah angkara?






Titisan: seri indah memujuk hati dari terus terluka angkara bentara benua kecil yang buncit perut; berbisik naluri menanti masa tanpa lelah bila panorama benua kecil akan berubah.

88 comments:

  1. assalamualaikum kak Zakie...

    kalau wajah berhidung tinggi , hmmmm cantik. tp kalau peribahasa 'hidung tinggi' hmmmm semua cabut lari tak mau kawan ... he he he

    semoga luka di hati cepat sembuh .... banyak2 berzikir mudah2an bahagia selalu...

    ReplyDelete
  2. saya suka perempuan tinggi~~wee~~haha~~

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kakzakie..

    kiter bercakap inggeris berdekah-dekah tetapi duta jepun tue elok je cakap bahasa melayu tanpa satu dekah pun huhuhuhuhuhuhh

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Kalau melihat bintang di langit tinggi,
    jangan lupa rumpit di bumi.

    Kita sujud serendah-rendahnya di bumi, memuji betapa tingginya Allah....Subhana Rabbiallah A'la wabihamdih.

    ReplyDelete
  5. hantaran kawen pon tinggi2 jugak ahaks

    ReplyDelete
  6. salam

    semuanya nak yang tinggi2 ye...
    sian pada yang tak tinggi... hehe

    ReplyDelete
  7. "saya ni buat masa skrg tgh dok tunggu keputusan ujian anak2 hari tu..belom keluar,nak yg tinggi2 jer kak..hehehhe.."

    ReplyDelete
  8. uii... dalam maksud entri ni kakzakie...

    bangunan tinggi2 adalah salah satu tanda awal kiamat.. :D

    ReplyDelete
  9. emm..
    dalam maksud kata2 kak zakie hari ni..
    hanya dia yg maha mengetahui..

    semoga kak zakie sihat sejahtera dan ceria selalu..

    ReplyDelete
  10. Kak zakie, dalam makna entry pagi ni.

    makcik lebih selesa hidup yang di tengah-tengah.Yang hidung tinggi memang makcik tak suka, mungkin mereka rasa diri mereka berada dan berpangkat boleh beli segala-galanya.

    ReplyDelete
  11. kak....best nasihat akak ni...kak,sya ni xberapa tinggi....hehe...tp anak sya hidung nye tinggi @ mancung...xtau ikot sape...kenan hindustan kot...huhu

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kakzakie

    sabar banyak2 kak yea...

    manje idung tak tinggi
    tak juga rendah...

    sedang2 aje =)

    ReplyDelete
  13. tak dpt hidung tinggi pun takpe..asal dia mesti tggi dari saya..ececeh!

    ReplyDelete
  14. semua tinggi ye kak ariniee..

    alhamdulillah walaupun tak tinggi masih lupa asal usul diri..

    =))

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikumsalam Ummi Humaira,

    Cabut lari takut ye Ummi. Tapi tak semua hidung mancung cantik ye...

    ReplyDelete
  16. bujal X,

    Macam tu kakak tahulah mesti mama ainul tinggi...:)

    ReplyDelete
  17. wa'alaikumsalam sahrom,

    Si Jepun tu dah tak dapat tersenyum kerana nak betul-betul pronounce bunyi patah-patah kata Melayu. Yg Melayu berdekah-dekah tu sebab sentiasa selesa diurut-urut kegelian itu yg berdekah-dekah....

    ReplyDelete
  18. wa'alaikumsalam ahmad humairi,

    Sentiasa sedar kaki terjejak di bumi
    Birpun mendongak melihat langit nan tinggi
    Sedar selalu siapalah diri ini
    Gagah sekalipun tetap akan mati

    ReplyDelete
  19. Redza,

    Seiakan duit dari sekarang. Nanti meminang bakal mentua letak harga dah tak ada masalah....Heee....

    ReplyDelete
  20. My Little Diary,

    Ada juga yg tak mahu tinggi Rima. Rate interest credit card, ansuran kereta dan yg loan apa je dgn bank nak yg rendah....

    ReplyDelete
  21. Piasara,

    Anak kakak dah dapat semua kertas jawapan. Tunggu keputusan juga nie...

    ReplyDelete
  22. miloais,

    Penyakit yang punya pangkat dialah ini.
    Milo jaga kesihatan.....

    ReplyDelete
  23. Seksi Bani,

    Tanda-tanda kiamat semakin banyak SB. Tak payah kias-kias dah jelas pun....

    ReplyDelete
  24. nurkass,

    Buatlah andaian sendiri Nur....

    Terima kasih doa itu moga nur pun sama.

    ReplyDelete
  25. Cik Ina MDDC,

    Pagi tadi nak pergi kerja bual dgn hubby pasal pokok mangga yg dah ditebang Sabtu lepas. Sampai ofis je terfikir benda-benda ini

    ReplyDelete
  26. YATZAKIE,

    Tak ada niat nak nasihat, sesaja je kita fikirkan bersama....

    ReplyDelete
  27. manje,

    Anak kakak selalu kata hidung kakak penyet.

    Dari tak berhidung baik yg ada hidung. Tapi tak mahu "hidung tinggi" ye manje.

    ReplyDelete
  28. makdara TERdiva,

    Wah... syarat itu dah terlaksana kan. Quota dah penuh anyway.....

    ReplyDelete
  29. lalink7,

    Husna kira berapa banyak yg dah tinggi-tinggi. Tak terhitung rasanya. Tapi masih lagi mencari.

    Biarlah kita sentiasa sedar akan diri kita dari mana. Kerna skhirnya kita berada di alam yg sama.

    ReplyDelete
  30. Salam Kzakie

    Timang tinggi-tinggi
    Sampai cucur atap
    Belum tumbuh gigi
    Pandai baca kitab

    Ini petua nak anak tinggi
    kata seorang kawan berbangsa cina
    kalau anak bangun tidur, suruh dia menggeliat lama-lama
    taktaula petua ni betul atau tidak

    ReplyDelete
  31. paling penting budi bahasa kita hendaklah tinggi kan..

    bagi lagu satu!..
    tinggi tinggi kelapa bali...yeah..

    ReplyDelete
  32. kakzakie...
    sebaik2nya biarlah berilmu tinggi...
    menjadi bekal mengahadapi kehidupan...

    ReplyDelete
  33. Cita-cita tinggi...

    Tapi takot gunung di daki...

    Sebab takot mati....

    ReplyDelete
  34. hahaha...tinggi2 belaka. entri menarik. baca berulang kali pun sedap lagi. terbaik la akak...

    ReplyDelete
  35. bila dah tinggi....jangan suka berhasad dengki....tak elok kan kakak..

    ReplyDelete
  36. kita tak suka bertumit tinggi. terpeleot kaki. pakai yang rendah. jalan pun mudah.hiii...

    ReplyDelete
  37. salam kak..sayalah rakyat yang semakin tertekan jika semuanya nak jadi tinggi belaka..

    ReplyDelete
  38. Assallamualaikum Kakzakie:

    semua nak yang tinggi.....
    'takkan tempua bersarang rendah.'.burung pun nak sarangnya tinggi-tinggi..
    jadi bangunan 100 tingkat masih rendah lagi tu...

    yang bersekolah tinggi jangan hidung tinggi..
    yang tak mengaji tinggi jangan rendah diri...

    ReplyDelete
  39. Dang Tari,

    Anak sekarang nyatanya ramai yg cepat tinggi. Baru sebelas tahun tinggi dah hampir sama dgn mamanya.

    ReplyDelete
  40. Norhafiza,

    Budi bahasa pun hendak tinggi
    tapi semakin ramai yg tak hendak berbudi

    Sebab itu kelapa gading rendahlah Nor....:)

    ReplyDelete
  41. JunAina,

    Ada yg berilmu tinggi
    tapi berakhlak rendah. Sedih kan.....

    ReplyDelete
  42. gedek,

    Kena banyak ada ilmu mendaki
    kalau mahu mendaki tinggi
    walau lari takut mati
    ia tetap datang tak dapat nak lari

    ReplyDelete
  43. eelobor,

    Sesekali melihat yang tinggi-tinggi
    walaupun diri duduk ditempat rendah

    ReplyDelete
  44. Adinda Amy Sensei,

    Kena beringat kalau berada di tempat tinggi
    Supaya bila jatuh taklah terasa sangat

    ReplyDelete
  45. kakpah,

    Setakat terpeleot tak pe lagi kakpah, tapi menanggungnya sakit dan malunya bertahan lama

    ReplyDelete
  46. Wa'alaikumsalam suri solehah,

    Kalau org business pun mengeluh apalah lagi kita suri...

    ReplyDelete
  47. Wa'alaikumsalam nadz,

    Tempua takut sarangnya kena jolok manusia.

    Susah nak duduk sama tinggi dan sama rendah dalam sesuatu ketika. Manusia punya rambut duduk atas kepala tapi warna pun dah tak sama hitamnya.....

    ReplyDelete
  48. heee dah jatuh baru tau langit tinggi ke rendah

    ReplyDelete
  49. Betul la kak semua nya tinggi2..semalam bonda telifon bagitahu sepupu bertunang minggu lepas.. sebab belajar tinggi hantaran pun letak tinggi.. lesian belah suami.

    ReplyDelete
  50. alamak...tingginya bahasa dia.....

    budak tak skolah tinggi!

    ReplyDelete
  51. cemomoi,

    masa berada di atas lupa tempat tu tinggi.... dah jatuh baru sedar rupanya sakit kalau jatuh dari tempat tinggi....

    ReplyDelete
  52. IMANSHAH...

    Tinggi ilmu cikgu ditimba anak yg dididik....

    ReplyDelete
  53. Amy Syaquena...

    Duit hantaran kena tinggi sebab barang yg hendak dibeli pun tinggi-tinggi semuanya...

    ReplyDelete
  54. Uncle...

    Uncle belajar tinggi, dapat gaji pun tinggi. Jalan sana-sini guna duit semua kos pun tinggi....

    ReplyDelete
  55. salam k zakie,
    ada juga situasi yg tiggi tu di gambarkan sebagai yg tidak menarik,

    satu kata2 org jawa,

    "duwur koyok solet"

    yg bermakna,
    "tinggi mcm batang penyodok dodol"

    yg membawa maksud,
    dah la tinggi kurus pulak ...

    ReplyDelete
  56. wa'alaikumsalam aby,

    Memang betul tak semua yg tinggi itu baik.
    Kalau credit card interest tinggi siapa suka?

    Ono wong sukak seng gering koyok solet. Heeee...

    ReplyDelete
  57. manusia jadi mamai dengan pandangan n darjat. tinggi n rendah manusia kita sama si sisiNYA...tggi n rendah harga yg bikin manusia berbeza, yg miskin terkapai selera...yg berharta mewah makan ape aje.~ salam kenal dari mommy( dari enrty june tadi~hee)

    ReplyDelete
  58. As salam...

    Tinggi tu adakala perlu adakalanye x perlu..huhuh.. :P

    Tersedak baca pantun tggi2 matahari tu..hikhik..
    Kalau dekat mau rentung bulu idong.. :P

    ReplyDelete
  59. itulah kita, manusia yg tamak.. semua nak yg tinggi2 seolah2 yang tinggi2 itu baik semuanya

    ReplyDelete
  60. Ada lagi tinggi yang orang tak mahu kak...

    -darah tinggi
    -gula dalam darah tinggi

    :P

    ReplyDelete
  61. tinggi..tinggi..darah tnggi...brdrh gusi :)

    ReplyDelete
  62. salam...kak,

    bila dah kwin nanti..leh timang anak " tinggi-tinggi..mesti best..:))))

    ReplyDelete
  63. Miecyber...

    Tinggi hingga lupa yg rendah itu yg tak boleh tahan.....

    ReplyDelete
  64. mommylavendar...

    Yg pendapatan tinggi tak terasa harga tinggi kalau macam kakak nie benar-benar terasa tapi hidup kena teruskan juga. Terima kasih mommy singgah ke TN...

    ReplyDelete
  65. Cik Shinju,

    Kena tengok letak dimana tinggi itu kan.

    Kalau matahari rendah bukan rentung bulu hidung CS tapi tak nampak sisa...

    ReplyDelete
  66. ibuintan,

    Bila kehendak naluri tidak tercapai ada yg sanggup melakukan diluar batasan demi kerana hendak yg tinggi-tinggi itu...

    ReplyDelete
  67. Daddy Ziyyad,

    Yang ini semua takut tapi nafsu makan tetap tinggi....

    ReplyDelete
  68. cik lola,

    Darah tinggi
    berdarah gusi
    harga ubat tinggi
    tak terbeli mati
    kesian.....

    ReplyDelete
  69. Wa'alaikumsalam Sekamar Rindu,

    Bila agaknya tu? Harga hantaran semakin tinggi jangan tunggu lama-lama.

    ReplyDelete
  70. salam hari mggu yg santai kakzakie~ amek la setangkai dua bunga rose kat taman mommy tu~hee..

    ReplyDelete
  71. sy tak leh jadik pramugari, sbb x tinggi ;P

    ReplyDelete
  72. nak semua tinggi tapi usaha takat baling batu jatuh bawah kaki. huhuhu.. nk abe tinggi2 :)kekekeke

    ReplyDelete
  73. Mommylavender,

    Tak terkata gembiranya mommy kakak baru buka blog pagi ni dah dapat rose. Thanks so much.....

    ReplyDelete
  74. Mak su,

    Jadi yg ada sekarang ini dah patut terlebih bersyukur maksu...

    ReplyDelete
  75. peGuaM_BiSaYa,

    Nak cari batu pun tak jumpa apa lagi nak membaling....

    Abe bai tinggi-tinggi sebab ada turban. Hehehe...

    ReplyDelete
  76. DULU MMG BERANGAN NAK DPT SUAMI YG LAGI TINGGI DARI MUNNA... SEKALI DPT YG AGAK RENDAH ... TAPI REDHA DAN TERIMA SEADANYA ...YG PTG HATI DIA TETAP TINGGI DALAM JIWA MUNNA

    ReplyDelete
  77. Betul tu Munna
    Dang dapat suami tinggi, pelajaran tinggi, hidung tinggi eh bukan sombong tapi hidung mancung, Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  78. Kakzakie: sy tak tinggi dan tak jugak rendah.... sedang2 saja.... paras2 sederhana je... tak mampu nak tinggi2 dan taknak rendah2...

    p/s: apa yg sy merapu nih.... hhhhaaaa...:)

    ReplyDelete
  79. As'salammualaikum kak..

    Rasanya dah beberapa hari tidak singgah ke mari.Akak sihat ke?

    ReplyDelete
  80. selamat malam kak zakie

    ayu singgah bertanya khabarmu...

    kak..............
    semuanya nak tinggi..tapi, badan ayu nie tak gak panjang....kentot jer

    ReplyDelete
  81. dalam banyak-banyak tinggi.. tinggi diri sifat terkeji.. kene slalu hindari.. kelak merana diri.. :)

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum,

    Apa khabar? Harap sihat meneruskan entri terkini.

    ReplyDelete
  83. assalamualaikum kak zakie
    apa khabar kak?akak sihat?
    kalau semua nak yang dunianya 'tingi-tinggi'
    alangkah indahnya kalau akhirat pun nak 'tinggi-tinggi' kan kak

    ReplyDelete
  84. saya minat lompat tinggi...err relevan tak...?;P

    ReplyDelete
  85. Assalamu'alaikum sahabat semua,

    Banyak tertinggal
    kerana bepergian beberapa ketika
    mohon maaf bicara tidak diulas
    hari ini kakak telah kembali
    letih namun banyak yg ditimba
    sedetik ini saja membuka laman
    esok kakak sambung semula
    moga semuanya ceria....

    Wassalamu'alaikum

    ReplyDelete