Sebelum menginjak tarikh 12 Rabiul-Awwal lagi di dalam mesyuarat AJK surau menetapkan 6hb Mac, 2011 akan diadakan majlis Maulidurrasul. Sebagai memenuhi ketetapan itu maka pada hari tersebut berpusu-pusulah umat Islam kawasan sekitar hadir meraikannya. Selepas solat Maghrib para qariah taman dijamu dengan nasi beryani disertai dengan lauk-pauk seperti biasa; ayam masak merah, daging lembu masak kurma, daging kambing masak beryani dan sebagainya.
Ustaz jemputan adalah Al-Ustaz Mohamad Abas Bin Abd. Latif. Penyampaian menjurus kepada sunnah nabi dan amalan harian kita. Antara yang mampu membekas dalam kotak fikiran aku adalah seperti berikut: -
1. Ramai yang menyambut sambutan Maulidur-Rasul bukan sebagai menginsafi untuk sama-sama mengamalkan sunnah rasul tetapi lebih kepada majlis makan-makan. Selepas itu pulang tanpa kesan di hati untuk merubah ke arah kebaikan.
2. Berzikir dan berdoa kepada Allah mohon dijauhkan/dihindarkan dari penyakit yang kronik, buta dan lumpuh. Tiga penyakit ini jika melanda membuat seseorang itu sukar untuk beribadah.
3. Kalau mengaku Allah itu ada bererti kita harus sujud kepadaNya. Katanya lagi orang yang meninggalkan solat itu lebih baik dia mati daripada terus menanggung dosa yang berpanjangan. Sungguh menakutkan.
4. Sebagai umat Islam wajib patuh kepada ajaran Al-Quran kerana segala panduan dan pedoman dunia dan akhirat telah tercatat di dalam Al-Quran. Contoh diberi; Rasulullah berkata kepada Sayidina Ali "Siapa yang membaca Al-Quran, dia menghalalkan kepada yang haram dan mengharamkan apa yang halal orang ini seolah-olah telah melemparkan Al-Quran ke belakang".
5. Peraturan manusia boleh dipinda dan diubah tetapi tidak kepada ajaran Islam. Contoh diberi; walau solat di mana ceruk dunia solat yang lima waktu sama jumlah rakaatnya. Begitu juga isi kandungan Al-Quran dari azali lagi ianya begitulah malah sekiranya terdapat salah percetakan ianya akan dikira tidak sah/reject.
6. Sebagai umat Islam adalah lebih baik kita mencegah kemungkaran yang terlalu banyak daripada melakukan hanya untuk satu kebaikan. Contoh diberi sangat sensetif oleh itu lebih baik kita fikirkan sendiri.
Banyak lagi isi syarahan yang memberi contoh terkini diselangi dengan senyuman sebagai penawar mata agar tidak terlelap. Tetapi ada dua daripada beberpa nasihat ustaz sebelum mengakhiri syarahannya yang melekat di minda aku: -
1. Jangan menjadi seperti burung kakak tua yang bijak berbicara tetapi tidak ada satu pun kata terluah yang dia tahu makna dan maksud yang tersirat.
2. Menuntut ilmu bukan untuk kesombongan/bongkak dengan paparan sijil dan anugerah diperolehi kalau rohani jahil dengan amalan-amalan untuk bekalan akhirat.
Aku paparkan sedikit gambaran ketika majlis seperti gambar-gambar di bawah.
Nasyid - Majlis dimulakan dengan persembahan oleh anak-anak Tadika 4-5 tahun
Jamuan - Makan secara buffet. Ada yang makan di Verandah kerana khemah tidak mencukupi.
Muslimah - Berjemaah solat Isyak sebelum syarahan bermula.
Syarahan - Al-Ustaz Mohamad Abas bin Abd Latif.
Lapar - Adik masa sampai katanya tidak mahu makan tetapi bila kita khusyuk mendengar syarahan dia lapar.Selesai - Pulang membawa seribu harapan dan garapan untuk yang terbaik di dunia dan akhirat.
Assalamu'alaikum Kakzakie...
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berkongsi.
Banyak kemungkaran berlaku di hadapan mata, namun kita tidak berdaya mencegah atau menegur kerana kelemahan kita sendiri... :(
Assalamu'alaikum kakzakie
ReplyDeleteAlhamdulillah n masyaAllah dapat dengar ceramah. Tentunya menambah keimanan kita dengan peringatan yang diberikan, insyaAllah dengan pertolonganNya jua..
Alhamdulillah kerana dapat menyertainya.. kak dah lama tak dapat ke majlis-majlis seprti ini.. namun kak bersyukur kerana sekarang ni banyak ceramah boleh didengar melalui tv, cd dan internet (sakit tulang belakang yang kronik - tak mampu duduk lama.. alhamdulillah tak lumpuh)
Jadi yang no 2. Berzikir dan berdoa kepada Allah mohon dijauhkan/dihindarkan dari penyakit yang kronik, buta dan lumpuh. Tiga penyakit ini jika melanda membuat seseorang itu sukar untuk beribadah. Ini terkena kpd kak werdah yang ada penyakit kronik..
Semoga kita dapat menambah ilmu dan semoga kita dapat beramal dengannya.
salam kak zakie...
ReplyDeletesemoga apa yg kita dpt dr ceramah maulid , akan menjadi panduan hidup kita n keluarga berteraskan sunnah nabi Muhammad SAW..
Wa'alaikumsalam kakcik,
ReplyDeleteMasa dengar syarahan terasa banyak dosa bila melihat kemungkaran di keliling kita tapi apa daya kita kerana pihak berkuasa hanya membenarkan org-org tertentu saja bertindak.
p/s: mula klik kakak ingat kakcik mana, gambar baru. Cantik....
Salam
ReplyDeleteInsafnya aku.
kalau ikut intipati dan ulasan ustaz tersebut, memang menarik ceramah yang di sampaikan. memang betul senario itu yang berlaku kini
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Kak Werdah,
ReplyDeleteSemoga Kak Werdah diberikan kekuatan mengharungi dugaan Allah. Lumrah kehidupan sedikit demi sedikit kekuatan diri akan menurun.
Masih bersyukur kerana Allah bagi kurniaan buat Kak Werdah menyampaikan tazkirah melalui internet. Insya-Allah ada kebahagiaan dunia dan akhirat buat Kak Werdah. Insya-Allah.
Wa'alaikumslaam Ummi Humairah,
ReplyDeleteBila balik dari maulid nak tidur pun cerita bab apa yg didengar dari syarahan ustaz....
YB,
ReplyDeleteEn. Yassin kakak pun sama juga....
eelobor,
ReplyDeleteSeronok mendengar syarahan ustaz itu. Walau budak agak ramai dia boleh kata dulu kita pun sama macam budak-budak ini. Biar dia mesra dengan rumah Allah ini. Insya-Allah sampai waktu mereka akan tahu.....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKat kampong, saya sering jadi pengacara di majlis sambutan seumpama ini....beraneka gaya penyampaian penceramah bagi menarik minat pendengarnya....moga tidak lupa walau selalu mendengarnya.
alhamdulillah sempurna sudah satu majlis keilmuan. dalam kesibukan kadang2 kita selalu lalai dengan majlis sebegini...terima kasih kak zakie kerana berkongsi ilmu yang ada...
ReplyDeletealhamdulillah..bagus program sebegini..
ReplyDeletesemoga ceramah tersebut mengesani hati setiap ahli kariah dan memperkukuhkan ukhwah sesama kita
Subhanallah..
ReplyDeletebagus jika selalu diadakan program sebegini..
sentiasa ada peringatan dan ajakan kepada manusia untuk kembali kepada Tuhan..
insaf dan bermuhasabah diri T-T
terima kasih ya kak :)
Assalamualaikum...
ReplyDeletealhamdulillah tiap kali masuk blog akak ni byk ilmu yg lia dpt...sejuk jer rasa hati...ikhlas kak.lia ni sejujurnya kdg2 lalai dgn perkara yg WAJIB...
tp lia selalu cuba utk memperbaiki kekurangan yg ada....
t.ksh kerana berkongsi ilmu..;)
salam..
ReplyDeletehmm bagus betul ajak anak-anak sekali.. boleh didik mereka dari kecik lagi.. alhamdulillah...
bagusnye program macam nie..kat kampung masa kecik2 dulu ada jugak menghadiri nyer..semoga majlis macam nie selalu di adakan xsemestinya ada majlis2 tertentu..
ReplyDeleteKak Zakie
ReplyDeleteSeronok dapat dengar ceramah cam ni ramai-ramai. Ingat lagi masa anak semua masih kecik rajin gak ajak dorang dengar ceramah kat surau, Lapas ceramah biasanya ada makan -makan. Budak-budak suka sangat berlari sana sini ,bukan nak duk diam.
Apa yang kak zakie tulis kat atas semuanya betul. Info yang berfeadah untuk makcik dan orang lain.Terima kasih
as'salammualaikum kak..
ReplyDeleteAlhamdulillah bagus program sebegini..semoga majlis dan ceramah tersebut dapat meninggalkan kesan di hati setiap ahli kariah yang hadir dan mengukuhkan lagi ukwah sesama islam..
as-salam
ReplyDeletetime kasih kak sebab sudi berkongsi ilmu. bertambah ilmu untuk ari ni. alhamdulillah.. :)
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
ReplyDeleteBiasanya nak jadi pengacar memeng kita pilih yg bijak berkata-kata. Kakak tahu cikgu bijak mengoalah bicara sebabitulah terpilih selalu. :)
JunAina,
ReplyDeleteKakak sekadar mencatat apa yg diperkatakan saja. Kita renungkan bersama...
sahromnasrudin,
ReplyDeleteRamai juga yg hadir dan harap dapat dimanfaatkan apa yg disampaikan oleh ustaz itu.
Mutiara Bernilai,
ReplyDeleteTerima kasih juga kerana sudi bertandang. AJK surau kakak sentiasa menyenarai program tapi kehadiran terpulang kepada diri masing-masing.
Mamamya,
ReplyDeleteIla... selagi kita hidup kita berharap utk menjadi lebih baik dari semalam dan dan hari-hari yg telah kita tinggalkan.
Seksi Bani,
ReplyDeleteKebanyakan punya anak-anak masih kecil kalau tinggal kat rumah pun siapa nak jaga. Lebih baik walau main ada juga sedikit yg dia thau bila org kata "Syyyyy..." senyaplah sekejap.:)
lalink7,
ReplyDeleteSekarang kat taman-taman perumahan pun banyak diadakan. Husna pergilah.....
Cik Ina MDDC,
ReplyDeleteKakak catat dai yg ustaz katakan pada malam itu. Itu pun apa yg dapat/sempat dicatat. Biasalah CIk Ina, ramai anak-anak kecik mereka bukan nak dengar bila dah berkawan. Sekejap senyap lepas tu buat lagi.
Tapi at least adalah kebaikan yg boleh diajar pada anak-anak yg ikut.
Wa'alaikumsalam Amy Syaquena,
ReplyDeleteSyukur ramai juga yg hadir dan org taman sebelahan juga turut sama mendengar syarahan ustaz hingga akhir. Insya-Allah ada manafaat dari ilmu yg ditimba.
Penjejak Mimpi,
ReplyDeleteKakak panjangkan apa yg diperkatakan oleh ustaz pada malam itu dalam N3 ini.
Seronok je jamu dak2 mkn
ReplyDeletezu
http://www.zuwairiaiman.com
As salam..
ReplyDeleteBagus kan program2 mcm ni..
Byk keberkatannya..Alhamdulillah..
as salam
ReplyDeletekak zakie
salam kenal
nnt kl kita jumpa di johor boleh ke masak siakap asam pedas itu????
meleleh plak air liur nih...iskkk...
(alamak...silap post komen ke ni...heheheh)
bobhandburry,
ReplyDeleteIkhlas kata kakak teramat suka kanak-kanak. Tapi Allah kurnia 3 je. Syukur alhamdulillah.... tengok/melayan budak makan satu keseronokan.
assalammuailaikum kakzakie...
ReplyDeletekat tempat saye ni pun ade program mcm ni..walau pun duk kat taman perumahan...seronokkan kak zakie...
semoga kite semua diberkati allah...
Wa'alaikumsalam Cik Shinju,
ReplyDeleteItulah harapan sebenar bila sesuatu majlis amal diadakan.
azian,
ReplyDeleteini mesti sebab azian dah baca N3 lepas. Tak kisah dtg rumah kakak tak ada ikan kat rumah akak bawa ke restoran. Hehehe....
Wa'alaikumsalam ainnoraini,
ReplyDeleteBegitulah hendaknya. Kalau kat tempat kakak boleh katakan tiap minggu ada saja. Hari Ahad ini ada lagi di Masjid Senai pulak. Simpang nak ke airport je. Kalau lalu bolehlah singgah (sebelah malam tau)...
Thanks kak atas perkongsian ni.
ReplyDeleteYa, kita kononnya sambut Maulid, tapi sehari nak selawat 10 kali ke atas Baginda pun kita susah.
ps: Surau mana tu ye kak?
salam kak..terimakasih atas kesudian kakzakie..menaip intipatinya,,merenung diri sendiri lepas baca ni..tq kak
ReplyDeletetengok budak2 tu teringat saya masa dulu2...hahahahah
ReplyDeletekak zakie..alhamdulillah dapat menghadirkan diri didalam majlis ilmu..
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteberkesan dihati dengan entry yang kakzakie syerkan..
ayu suka dgn nasihat yang berguna dari penceramah ustaz Mohamad Abas..walau ada 2 nasihatnya..sangat2 berkesan..
terima kasih kak....sayang kakakku
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteYou are welcome Dr. Moga kita selalu mengingati baginda sebagimana baginda mengasihi umatnya hingga saat izrael mahu mencabut nyawanya.
p/s: Surau taman Damai, Senai
suri solehah,
ReplyDeleteKembali segalanya dari ustaz. Kakak sekadar mencatat dan turunkan di sini saja.
Uncle,
ReplyDeleteMesti teringat main kejar-kejar waktu ustaz membuat ceramah. Tapi bila dah membesar automatic tahu utk menghormati bila selalu jinak ke majlis ilmu...
Kak Erna,
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah diberi kesihatan yg membolehkan kaki bergerak dan tubuh badan sihat. Insya-Allah selagi mampu kita lakukan.
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteAyu mesti kenal juga dgn ustaz ini kan. Tempat kita dia memang dah terkenal. Seronok mendengar ceramah dia kerana penyampaian tidak saja hal agama tetapi diselitkan isu semasa dikaitkan dgn agama membuat mata tak ngantuk...
p/s: bila agaknya boleh jumpa ye?
Insaf...
ReplyDeleteGajah liar
Miecyber,
ReplyDeleteAlhamdulillah....
salam kak
ReplyDeleteseronokkan bila syiar islam dapat ditegakkan walau dalam keadaan sederhana. Alhamdulillah, masih ada orang yang cakna tentang tarikh-tarik penting dalam islam. Dan yang paling penting ialah pengisiannya. moga mendapat manfaat yang hebat dari program yang dijalankan.
cute tgk ank2 tuh..
ReplyDeletemoga kita dpt manfaatkan apa yg disampaikn
Salam kak zakie
ReplyDeleteSuka entry ni.. :)
Wa'alaikumsalam IMANSHAH,
ReplyDeleteBenar cikgu, kesederhanaan tetapi penuh dgn pengertian dan ilmu dapat ditimba pada malam itu. syukur....
noor,
ReplyDeleteKakak pun suka kalau dapt jumpa anak-anak. Layan mereka rasa bahagia walau makan bersepah....
Wa'alaikumsalam Khairul Antasha,
ReplyDeleteTerima kasih, moga boleh dimanfaatkan.
Tahniah bukan senang ada majlis sambutan macam ni,
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa mengingati akan perjuangan Rasulullah SAW..
tiada yg lbh baik dr mnjadikan Rasulullah sbg ikutan..
ReplyDeleteamin..