Wednesday, April 13, 2011

Bumi Indah - Bahagian 1

Suasana balik kampung bertambah meriah apabila pakat-pakat dengan adik-beradik dan ipar-duai untuk pulang di hari yang sama. Sambil menjenguk rumah usang dan penghuni yang sentiasa kita rindui, kita juga beroleh ketenangan berada sehari-dua di kampung. Tidur lena dengan kedinginan embun menitik di bumbung kedengaran jelas hingga sayang mahu melepas selimut yang membalut tubuh. Mahu tidak mahu bila kedengaran suara adzan subuh dilaung oleh salah seorang cucu penghuni rumah masing-masing terpisat-pisat menuju ke bilik air sebelum solat subuh yang pastinya di imamkan oleh insan tersayang datuk kepada anak-anak kami.


Namun apa yang lebih meriah apabila masing-masing berkeliaran ke kebun belakang mencari apa jua yang boleh dibawa pulang. Sekarang musim petai. Berlori-lori petai boleh dipunggah samada sanggup atau tidak saja.

"Kalau berhasil esok boleh buat belanja sekolah. Daripada jual nenas baik jual petai." Anak-anak sekadar menemani emak yang berpeluh turut berada di kebun membantu bapak. Bapak yang kian gelap kulit dipanah sinar mentari tidak putus usaha mencari apa jua hasil demi mencari wang untuk menyara lapan orang anak. Setiap 10 keping petai kami ikat menjadi satu. Harga seikat sekadar seringgit. Biasanya kami mampu mendapat 200 hingga 300 ikat. Kemudian kami bawa ke kedai menggunakan dua buah basikal. Dapatlah membantu kami untuk dibuat belanja ke sekolah. Itu cerita dulu. Hati aku sebak kalau teringat itu semua. Betapa kepayahan ini tidak pernah terlintas di hati anak-anak sekarang.

"Inilah hasil dari apa yang arwah nenek tanam dulu. Petai inilah juga hasil saki-baki yang telah memberi Mak Long, Abah Din, Mak Uda, Mak Zah, Mama Leha, Mama Zakie, Cik Lin dan Cik Ida ke sekolah" Bapak bersuara bercerita di kebun yang sama baru-baru ini ketika kami memetik petai. Anak-anak aku dan sepupu-sepupunya mendengar penuh minat. Kebanyakan dari mereka tidak pernah pun mengenali arwah emak kerana sewaktu mereka lahir neneknya telah lama pergi menemui Illahi. Bermain mancis api hingga habis berkotak-kotak tetapi penghasilan apa yang dibakar satu pun tidak kelihatan. Bateri kamera hingga hampir habis gara-raga semua yang ada mahu dirakam. Kami yang menjadi ibu-bapa tahu mereka seronok bermain di kebun bukan seperti aku dulu yang terpaksa membantu untuk mencari wang demi keperluan hidup yang dilalui.


Kalau dulu aku tidak dapat menikmati keindahan rumput yang merliar bagaikan baldu tetapi kini aku kutip dan bawa pulang bagi memperindahkan tanah pasu bunga. Setiap kali pulang bonet kami pasti ada yang dibawa pulang. Walau setiap bulan mungkin ada 8 orang anak yang balik menjenguk bersilih-ganti tapi hasil tidak pernah habis. Begitulah anak-anak bapak yang kini masing-masing telah punya keluarga sendiri.


Cerita akan ku sambung sekiranya masa mengizinkan.

~ Biar di mana juga kaki ini menginjak bumi indah, tidak sama dengan bumi di mana tempat aku dilahirkan dan dibesarkan dengan kesusahan emak-bapak. Biarpun perit nostalgia itu tetapi ia terpahat indah dalam lipatan ingatan ~

69 comments:

  1. assalamualaikum kak..

    seronok bile balik kampong berjumpa bersama keluarga kan..banyak mende nak disembangkan...ukhwah jua pasti kan lebih erat lagi :-)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak...
    memang seronok bila dikenang cerita dulu-dulu.....dan memori seperti itu tak akan dapat dicari mahupun dibeli walaupun dengan wang jutaan ringgit...itu semua menjadikan kita lebih menghargai setiap apa yang kita ada kini...bertuah akak dapat bapak yang bertanggungjawab & penyayang....semoga bapak akak akan sentiasa sihat dan dilindungi Allah S.W.T selalu.

    ReplyDelete
  3. seronokkan kakzakie bile balik kg ni...
    macam2 ade..tetiba rase nak kg la pulak...
    ade petai n belimbing tu...

    en somi saye selalu citer zaman dia kecik2 dulu susah sebab ayahnye maninggal masa dia umur 2thn...emaknye la yg sara anak2 masih bersekolah mase tu...

    ReplyDelete
  4. bile akak cite pasal bapak... sy sedih bile ingat abah sy.. :(

    kenangan dulu mmg pyh utk dikikis. walaupon pahit tp itulah yg mencorakkan kite skg. tidak ternilai dengan ape pon sbb pengalaman dan kenangan kite x same dgn org lain..

    ReplyDelete
  5. sambal udang petai + ikan masak asam belimbing buloh.. perghh.. meleleh..

    *kene balik umah mak la kalo nk makan makanan feveret tuh.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. lorh muerahnya petai tu, ace bagi kat kitorang bio tolong jual kat kl ni 3 papan pon dua hengget

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak,

    Moga kakak sihat hendaknya..

    Berbudi dengan tanah banyak hasilnya kan!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    ...itu belum lagi citer ngutip cendawan, nangkap ikan...uishhh...seronok tak terkata.

    ReplyDelete
  9. balik kampung memang best
    rasa nak duduk lama2....

    yg paling best
    adik-beradik - anak2 sedara semua ada
    riuh rendah umah abah di kampunng!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak..

    meriahnye petai tue..mnghijauu..sbur betul tanaman dan syur-sayuran tue yee? suka saya tgknyee..

    alangkah gembira jika sy ada di sana juga..mesti menarik!

    ReplyDelete
  11. ahhhhhhh... rindunya nak makan buah tu, lupa nama dia...( pic paling last n paling bawah... cecah dengan cilipadi...

    kakz... saya dah follow....

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kak zakie...

    seronok tgk gambar2 suasana nak kebun ni....lia n adik2 pun plan nak balik ke kampung hujung minggu ni utk bantu ayah tanam anak2 sawit...kesian melihat ayah bermandi peluh membersihkan kebun seorg diri.....

    byk sungguh petai tu kak...klu dekat blh lia beli...:)

    ReplyDelete
  13. As'salammualaikum kak ,

    Bestnya kak amy suka lihat suasana kebun nie , teringat pula ayahanda di kampung..sekarnag gah sibuk berkebun maklum la musim buah durian hehe..

    petai tue sodapnya kak dapat pula di masak dengan udang perghh meleleh.. belimbing buluh tue dah jarang dapat jumpa dah..

    ReplyDelete
  14. tinggal kt kampung mmg best...damai je
    udara pon bersih

    ReplyDelete
  15. Alangkah seronoknya masih ada kampung untuk dijejaki.

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikumsalam sahrom,

    Kampung itulah tempat kakak dibesarkan... Tak boleh tak balik. Rinduuuu....

    ReplyDelete
  17. Azi,

    Bapak kakak akan berusia 84 tahun pada 07-11-11 ini. Tetapi berkat rajin bertahajjud malam agaknya dia masih sihat dan cergas. Tak ada penyakit berat seperti darah tinggi, kencing manis atau jantung. Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  18. ainnoraini,

    Baliklah ain selagi kita punya org tua yg masih ada. Bersyukur suami ain walau bapa telah tiada kudrat iibu cekal memberi pelajarn pada anak-anak...

    ReplyDelete
  19. Penjejak Mimpi,

    Pengalaman seseorg memang tak sama. Kakak hidup semasa sekolah memeng susah. Nasib bapak kakak org yg celik ilmu.....

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum

    seronok kan dapat pergi kebun
    dan kutip hasil ramai2...
    seronok lagi kalau dapat
    makan2 kat kebun ramai2... =) ~

    ReplyDelete
  21. Ayie,

    Petai tu sebenarnya kakak agihkan kat jiran-jiran. Kakak bawa balik 2 guni baja kelapa sawit. Cuba bayangkan. Kakak pulak balik guna Unser memang penuhlah....

    ReplyDelete
  22. cemomoi,

    Seringgit tu dulu masa kakak sekolah. Sekarang ni kat JB 3 keping RM 2/-. Tapi bapak kakak dah tak perlu duit dari petai ini lagi. Kami bagi je siapa yg hendak....

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikumsalam Abd Razak,

    Benar ustaz. Hasil kelapa sawait dan pokok getah bapak kakak sekarang mencecah gaji seorang officer walaupun dia sekadar menerima setelah ditolak upah kepada pekerjanya. (Bapak kakak dah tak buat kerja ini lagi - kami upah org lain).

    ReplyDelete
  24. Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

    Kalau mengingat rentetan hidup zaman anak-anak rasanya tak terungkai satu-dua buku.

    Kakak dulu suka main pondok-pondok, masak-masak. Hehehe.... terkenang dah....

    ReplyDelete
  25. miloais,

    Bila dah ramai bilik air depan-belakang sentiasa ada je yg guna. Ampai pun penuh. Mesin basuh tak berhenti....:)

    ReplyDelete
  26. Wa'alaikumsalam lalink7,

    Anak saudara kakak yg rasanya lebih kurang Husz pun ada tau. Dia pun dah macam anak kakak juga, main kejar-kejar bawah pokok macam hindustan....

    ReplyDelete
  27. dwaty,

    Itu belimbing buluh. Masam tak terkata. Dulu masa kecik-kecik kami guna untuk cuci kuku yg kotor. Sekarang kami kutip buat masak. Kakak masak udang lemak cili padi dan masukkan belimbing ini.

    ReplyDelete
  28. Mamamya,

    Baliklah Ila jenguk org tua kita selagi ada hayatnya.

    Petai tu kalau dekat memang kakak boleh bagi. Kami dah tak jual pun....

    ReplyDelete
  29. Wa'alaikumsalam Amy Syaquena,

    Seronok balik kg Amy. Cerita, sembang, makan tak henti. Peti sejuk dua-dua penuh dgn makanan beraneka...

    Kalau dekat boleh juga kakak bagikan.....:)

    ReplyDelete
  30. redza,

    Kampung indah bukan udaranya saja, tapi nostalgianya tak boleh luput keindahannya....

    ReplyDelete
  31. kakcik,

    Kakak sebenranya setiap kali jenguk anak di asrama akan terus balik jenguk bapak sekali. Kekadang ambil dia tinggal dgn kita.....

    ReplyDelete
  32. manje,

    Kalau dulu masa kakak kecik makan bekal kat kebun. Anak-anak sekarang tak boleh lagi dah. Mereka kalah dgn nyamuk.....

    ReplyDelete
  33. Oohhh..kuat lagi atuk berkebun tu semua ya..
    hasil sayuran segar & petai pun boleh bawa balik..best..

    ReplyDelete
  34. berbudi pada tanah...

    ReplyDelete
  35. murahnya petai tu...

    alangkah sedapnya dpt mkn sambal udang petai..lagi2 plak di kampung yg sgt mendamaikan....

    ReplyDelete
  36. kak zakie...

    tempat jatuh lagi di kenang inikan pulak tempat bermain2. tempat kita melakar kisah suka dan duka di awal cerita dan kini menjadi nostalgia yang tak ternilai harganya.

    selagi hayat di kandung badan selagi usianya bersama kita selagi itulah bakti anak akan bersamanya. kasih takkan putus walaupun jasad terpisah dari nyawa...

    aina pula telah kehilangan ayah seusia 2 tahun...perit tetapi itulah peguat kasih pada emak.

    ReplyDelete
  37. Seronoknya balik kg ramai2..
    Aki dan nenek saya dah xde..
    Rumah pun dah diruntuhkan..dah xde kenangan..


    Petai tu buat jeruk pun sodap.. :)

    ReplyDelete
  38. Daddy Ziyyad,

    Tanam sayur memang kerja harian dia sekarang. (kerja lain tak de dah... jadikan sebagai exercise). Walau tak banyak tapi sebab keliling rumah banyak tanah jadi utk dia berdua memang tak habis.

    ReplyDelete
  39. Seksi Bani,

    Bapak berbudi anak/cucu yang untung...

    ReplyDelete
  40. chii,

    Kalau dulu memang murah masa kakak sekolah. Sekarang kat JB 3 keping je RM2/-. Tapi kami dah tak jual. Agih pada siapa je yg hendak...

    ReplyDelete
  41. JunAina,

    Nostalgia di mana tempat kita dibesarkan teramat indah utk dikenang.....

    ReplyDelete
  42. kass kalau sehari tak singgah blog kak zakie ni tak sah..seronok baca n3 kak zakie..susunan kata2 tu lagi memikat hati..hehe..

    ada buat sambal petai tak..nak sepiring boleh..

    ReplyDelete
  43. Ila,

    Teramat banyak Ila sebab bapak kakak tanam di celah-celah pokok kelapa sawit. Tapi kakak kurang sikit sebab perut tak tahan...

    ReplyDelete
  44. Cik Shinju,

    Sayangnya rumah yg diruntuhkan ye. Kena jaga tanah yg ada tu CS. Kalau tak boleh pun kena upah....

    ReplyDelete
  45. nurkass,

    Kalau kass duduk sebelah rumah kakak bagi 2-3 kilo pun boleh. Sesungguhnya memang teramat banyak. Siapa nak makan? Kakak pulak kurengggg sikit. Bagi je kat jiran/kawan....

    ReplyDelete
  46. kak zazie! kita sangat suka entri sebegini! hati rasa melonjak lonjak gembira bila membacanya... cara kehidupan sebegini adalah paling di idamkan.. mungkinkah.. suatu hari nanti.. :) memang best! :)
    bertuah..

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum kak zakie, subhanaAllah seronoknya balik kg... apatah lagi bawa buah tangan dari kg... adat kan, fida pun balik kg tak sah klu tak penuh bonet.. he he..tp petai takde la kak..

    fida pun tak pernah kenal nenek fida macam mana kak... meninggal masa arwah nenek melahirkan mak fida...

    ReplyDelete
  48. huh sungguh menggamit memori lama
    masa kecik2 mengikut atuk nenek kekebun....
    begitu jerih mencari rezeki...

    ReplyDelete
  49. salam kak,

    subhanallah....syoknya kat kg akak nie.
    Bila nak balik lagi...??
    Aruah mgg betul2 wat pahala..muga dapatlaaa pahala berterusan...sang burung akan merahmati, msang semut akan riang ria dan sang manusia akan terus mendoakan....amin

    ReplyDelete
  50. kakzakie..kenangan yang tak kan dilupa..
    akak jugak selalu teringatkan kenangan dan susah payah arwah mak dan bapak membesarkan kami adik beradik.

    ReplyDelete
  51. Best nya ada kebun, ada kampung sendiri..upload lagi lah foto2 kat kebun tu..tumpang tgok aje.

    ReplyDelete
  52. kella,

    Bila balik kampung pasti kenangan bersama emak dulu-dulu menggamit kembali. Ada rasa sayu tapi ketenangan di kg amat indah sekali....

    ReplyDelete
  53. Wa'alaikumsalam Afida Anuar,

    Kehidupan fida jauh beza masa kakak anak-anak dulu. Kakak hidup dgn kesusahan mendapat wang utk belajar....

    ReplyDelete
  54. SUD@IS,

    Seronok kan masuk kebun. Tapi kakak dulu kalau kena pergi kebun masa kecik-kecik bukan utk bermain, tapi tolong emak buat kerja...

    ReplyDelete
  55. Wa'alaikumsalam Ainhany,

    Hari sabtu ini kakak balik lagi. Kami hendak buat majlis makan-makan pulak. Hubby kakak jadi tukang masak pulak minggu lepas dah belanja barang-barang kering....

    Jom ain nak ikut...hehehe...

    ReplyDelete
  56. kak Erna,

    Rasanya anak zaman kini tak akan jumpa lagi kesusahan seperti kita dulu....

    ReplyDelete
  57. hani@debumelukut,

    Bapak kakak sebenarnya anak lelaki yg tua. Dulu arwah atuk kakak yg punya tanah. Jadi kerana semua keluarga kakak tinggal di S'pore kenalah bapak kakak jaga kebun-kebun ini.

    Kalau nak upload gambar tak cukup satu entry dah jadi album pulak eh.....:)

    ReplyDelete
  58. memang best kak layan duduk kampung ni...layanzzz...

    ReplyDelete
  59. salam k zakie,
    wong jowo dulu2 memang kenteng kenteng ..
    memang perbagai hasil tanaman kt kebun ..
    kt kebun arwah aby pun ada 5 pokok petai ..

    petai seikat 10 papan cuma rm 1,
    kt sini, seikat 2 papan rm 2,
    beli 3 ikat dapat rm 5,

    depa juga yg untung yer ..

    apapun best juga layan suasana kmpong ..

    ReplyDelete
  60. assalamualaikum kak zakie
    melihat entry akak
    mengimbau kennagn masa kanak2 saya.
    apabila balik kampung arwah atok,
    iaitu arwah atok ajak saya mengambil petai di pokok, untuk dibawa balik oleh ibu saya.
    tapi saya lebih suka kalau arwah atok bawa ke kebun nenas.sedap snagat nenas di kampung sampaikan masa saya di uia,arwah atok kirimkan nanas yang ditanamnya untuk saya bawa ke kolej.
    kampung memang best

    ReplyDelete
  61. Weh!

    Bersih dan kemas kebon ni....

    Datuk yg jaga sorang, ke?

    ReplyDelete
  62. Assalamulaikum kak zakie,

    dah terbayang-bayang firdaus berlari-lari di situ ngan riangnya.makcik suka sangat ngan kebun dan tanaman bagai ni. rasa sejuk je mata memandang . segar bugar petai tu.

    ReplyDelete
  63. sham,

    Kakak boleh katakan tiap bulan memang balik kampung. Jenguk org tua....

    ReplyDelete
  64. Wa'alaikumsalam aby,

    Dulu memang bapak yg kerjakan dgn bantuan seorg pekerja dari Indonesia. tapi sekarang dah sepenuhnya upah kat org luar....

    Sekarang petai kat sini pun sama 3 keping RM 2/-

    ReplyDelete
  65. ummu,

    Mesti ummu waktu tu merayap sana-sini cari nenas masak. Sekarang kebun nenas bapak dah tak ada. Semua dah jadi kelapa sawait dan pokok getah.... Itu pun org lain buat.

    ReplyDelete
  66. gedek,

    Nak tahu sekarang bapak kakak dah jadi taukey tau. Dia punya ramai pekerja. Goyang kaki tiap bulan dapat gaji macam kita. Gaji dia lagi banyak dari kita sebab selain pokok sawit dan getah anak-anak ada lapan cuba bayangkan dari anak-anak je dah beribu dia dapat....

    ReplyDelete
  67. Wa'alaikumsalam Cik Ina MDDC,

    Kalau bayangkan kalau ada Firdaus kat kebun mesti anak kakak siap bawa tikar boleh tidur. Angin banyak, makanan ada, nak berlari pun senang sebab tak semak.... Jauh pun boleh diteroka. Jangan mereka sembunyi balik pokok sudah....:)

    ReplyDelete
  68. KALAU BERBUDI PADA TANAH MMG ADA HASILNYA.. KLU BALIK KAMPUNG MMG PENUH DLM BONET KERETA HASIL TANAMAN MERTUA DI KAMPUNG

    ReplyDelete