Tuesday, April 12, 2011

Serupa di Giant


Laju kaki kami melangkah kerana mengejar masa. Trolli masih kosong. Adik dengan kakaknya sibuk menuju ke bahagian stationery. Tidak lama adik kembali mendapatkan aku semula.

"Adik beli apa?"

"Tak beli. He...he....he..." Ketawa adik disambut pula oleh si kakak.

"Kenapa sengih-sengih ni. Mama tanya tak jawab mesti ada benda lain ni."

Kepala adik sudah melekap ke perutku manakala si kakak mencapai tangan kiri aku dan digenggamnya. Masing-masing tergelak membuat aku dan papanya tersenyum tapi tidak tahu apa yang hendak dikongsikan. Membiarkan mereka selesaikan apa yang mencuit hati kami meneruskan hajat untuk berbelanja.

"Mama nak tahu tadi adik dah tersalah orang. Dia peluk orang tu, dia ingat mama. Auntie tu terperanjat tapi dia tak marah. Lepas tu auntie tu usap kepala adik."

"Habis minta maaf tak?"

"Kakak Mien yang cakap. Adik malu." Adik masih tersengih malu.

Tidak lama aku terpandang seorang hamba Allah lebih kurang susuk tubuh aku. Berpakaian pula betul-betul seperti baju aku. Bukan yang aku pakai pada hari itu tetapi aku mempunyai pakaian yang betul-betul serupa dengan baju yang dipakai wanita itu. Tambah lagi membuat ianya sama ialah tudung dan beg tangan LV yang dibawanya. Baru aku tahu mengapa adik tersalah orang. Sewaktu berselisih jalan dengan wanita itu adik tersengih-sengih dan wanita itu tersenyum ramah.

"Salah mama ye." wanita itu menyapa.

"Dia dah termalu." Aku menjawab untuk adik yang masih malu-malu dan menghulur tangan bersalaman dengan wanita tersebut.

66 comments:

  1. ingatkan apa yg serupa....:)

    mama yg serupa ya....:)

    ReplyDelete
  2. heheh.. adik tersilap mama ya.... lucu,
    teringat masa kecik2 dulu pun terpeluk orang lain, disangkakan mama tapi orang lain, masa tu kita sedang berlari mencari mama di satu majlis persembahan yang menyanyikan lagu 'acik acik buka pintu', manakutkan je masa tu, tu yang terus pi peluk orang lain sambil menangis! huhuu.. rupanya mama kat belakang tu je! iskk! rugi air mataku... uhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. pelanduk dua serupa ke kakzakie? ehehehe...

    ReplyDelete
  4. eh kakzakie tak bagi blog add ke entah2 follower tak

    ReplyDelete
  5. Aslkm

    Wah ingat apa yag serupa kat Giant tu. Rupanya pelanduk!

    ReplyDelete
  6. ahahaha macam2 ragam budak2 ni kan

    ReplyDelete
  7. kesian kat adik...

    iols pun penah gak terkena
    terpegang tangan orang lain
    ingat kan my hb yg kat sebelah
    malu sehhhhhhhhh!~

    ReplyDelete
  8. alahai sian adik mesti malu dia masa tu..nasib baik adik boleh kontrol tak nangis masa tu.

    ReplyDelete
  9. Kesilapan yang tidak disegajakan... :)

    ReplyDelete
  10. mama maman,

    Adik tu ada sikit sifat gopoh. Dah salah mama...

    ReplyDelete
  11. kella,

    Nasib kella tam masuk kepala dalam baju dia.....

    ReplyDelete
  12. Daddy Ziyyad,

    Muka wanita tu jauh lebih cantik. Pakaiannya je yang sama...

    ReplyDelete
  13. hehe kadang2 jangan kata budak2 ,kita pun bole tersalah orang, ingat pernah nak bagi duit kat org lain main hulur je bila tgk elok2 org lain rupanya,malu je..hehe

    ReplyDelete
  14. Che Mid,

    Tak adalah CM. Kakak cuma berbual sikit je. Tak cakap pun baju dia sama dgn baju kakak....

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikumsalam Mama Ju,

    Pelanduknya tak serupa tapi kulit pelanduknya yg serupa....Hehehe....

    ReplyDelete
  16. redza,

    Bila dah termalu satu benda pun dia tak jadi beli. Selamat sikit duit papa dia....:)

    ReplyDelete
  17. miloais,

    Nasib baik org tu tak tarik terus tangan milo kan....:)

    ReplyDelete
  18. kak Erna,

    Dia tak nangis, tapi muka dia dan disembabkan ke perut mamanya. Malu sesangat la tu...

    ReplyDelete
  19. kakcik,

    Wanita itu pun faham, dia senyum je....

    ReplyDelete
  20. LiFe KaMi,

    Kalau kakak yg LF hulur terus kata terima kasih.... selamat dapat duit free......:)

    ReplyDelete
  21. ya allah kak zakie..
    sweetnye family kak zakie..
    best bc n3 ni..
    dapat rasa betapa dalamnye kasih sayang yg dipupuk bersama anak2..

    ReplyDelete
  22. nasib anak yang tersalah, kalau ayahnya lain jadinya =)

    ReplyDelete
  23. rase klaka bile bace entri ni. penah kene gak dulu.. malunye alahai...

    ReplyDelete
  24. klu kita tersalah org pun kita segan kan kak..
    ini kan pula anak2 kita..

    ReplyDelete
  25. tersalah peluk emak takpe~~tersalah peluk bini?
    ha~~~~~~

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,

    Kalau papanya tersalah....ermmmm, pasti dah dihinggapi bekas tangan...huuu.

    ReplyDelete
  27. nurkass,

    Kami sebenarnya shopping biasa je. Tapi dua beradik biasalah mesti nak ke stationery. Bila dah silap peluk org tu yg dia termalu...

    ReplyDelete
  28. Mohamadazhan hjDesa,

    Papanya tak boleh silap dah kena pegang mama dia... Hehehe....

    ReplyDelete
  29. Penjejak Mimpi,

    PM terpeluk siapa la tu agaknya ye....

    ReplyDelete
  30. Miecyber,

    Pelanduknya tak sama tanduk sebenarnya....

    ReplyDelete
  31. Hanis Azla,

    Betul tu Hanis.... tapi budak boleh gak sorok muka kat perut kita...:)

    ReplyDelete
  32. bujal x,

    Itu bukan terpeluk tak sengaja, itu sengaja bujal. Kamu nie betul la....

    ReplyDelete
  33. Wa'alaikumslaam ahmad humairi,

    Tak mungkin cikgu, sebab tangannya dah kakak ikat ke tangan kakak. tak bagi lepas punya. Hahaha..... kelakarlah cikgu....

    ReplyDelete
  34. anak saye kecik tu selalu terkene...tersilap org
    bile malu...tersipu2..

    yg lain kakak2nye pakat gelak kat dia...

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum Hjh,

    Bila baca cerita ini teringat kepada anak lelaki yang bungsu mengalami keadaan yang sama dimana dia telah memegang tangan seorang wanita yang disangkakan Ibunya......apabila terperasaan salah orang .......malu sendiri dan sembunyi dibelakang Ibunya dan terus mengajak keluar drpd shopping complex....

    ReplyDelete
  36. Salam kak ,

    ingatkan apa tadi rupanya pelanduk dua serupa..

    ReplyDelete
  37. hahahaha...saya pernah tarik tangan anak orang lain masa kat supermarket, budak tu pulak baik jer, ikut, tak bantah berderet dgn anak saya di belakang..

    ReplyDelete
  38. peluk2 manja nak minta sesuatu ngan mama tiba2 tersalh peluk pulak...telatah anak2 ni mencuit hati...

    ReplyDelete
  39. hehehehe, umur berapa si adik tu yer? nape tak di rakam jer muka dia masa malu2 tuh. boleh di buat kenangan peribadi album keluarga dan ceritakan pada dia bila dah meningkat dewasa. mesti kelakarkan, huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  40. Assalamulaikum kak zakie,

    Bila baca cerita ni, teringat plak masa makcik pegang tangan budak lain ingat Firdaus. Yang geramnya Firdaus nampak, dia saja kena kan makcik. Bila makcik tersedar lepas tangan budak tu, dia plak bantai terkekek ketawakan kita.

    ReplyDelete
  41. ainnoraini,

    Kalau dah tersilap memang malu tapi bila kena ketawa tu buat dia boleh nangis kan....

    ReplyDelete
  42. Wa'alaikumsalam pesona,

    Kakak rasa ramai anak-anak yg tersilap ibu/bapa bila dalam shopping complex ye. Itu sebab sampai ada budak yg hilang...:)

    ReplyDelete
  43. Amy Syaquena,

    Itulah jadinya... pelanduk lain yg nak dijerat terjerat pelanduk lain. Hehehe....

    ReplyDelete
  44. hani@debumelukut,

    Mesti budak tu heran, apa dah jadi makcik ni dok pimpin tangan aku.....:)

    ReplyDelete
  45. JunAina,

    Kakak tak nampak adegan itu sebab masa itu dia dengan kakak dia....

    ReplyDelete
  46. eelobor,

    Umur adik hampir 8 tahun (august 2011). Nak rakam pun tak terfikir. Kalau rakam boleh nangis dia sebab masa tu ketawa dia bukan ketawa gembira, ketawa malu....

    ReplyDelete
  47. Wa'alaikumslam CIk Ina MDDC,

    Kakak dapat bayangkan Firdaus ketawakan Cik Ina. Mesti seronok tengok ibunya tersalah pimpin budak lain....

    ReplyDelete
  48. Ila,

    Kembar cara pakaian je. Wanita tu jauh lebih cantik....:)

    ReplyDelete
  49. sian adik, mesti dia malu sangat tu..

    kesilapan yang tak dirancang

    ReplyDelete
  50. ibuintan,

    Memang tersangat malu. Tapi dah tersilap nakbuat macam mana....

    ReplyDelete
  51. usahkan budak..
    klau TK pun boleh silap klau dh pakaian serupa..
    hehe..

    ReplyDelete
  52. salam....budak yg peluk tak pe..

    jangan suami tersalah peluk..org lain..

    pernah berlaku pada kawan saya..potongan bandn sama..haru kena minta maaf..

    ReplyDelete
  53. saya pun pernah silap peluk orang jugak.. masa tuh kat mall.. kecik lagi time tuh.. ingatkan mak..hahaha

    ReplyDelete
  54. toyolkiut,

    Dah nak terjadi kan TK....

    ReplyDelete
  55. Wa'alaikumsalam Sekamar Rindu,

    Tersalah/silap rasanya org pun faham kan SR.... Cuma malulah sikit ye...:)

    ReplyDelete
  56. Ayie,

    Mesti Ayie pun anak kakak juga waktu tersilap. Malu sorok muka kat perut emak....:)

    ReplyDelete
  57. beg tangan LV..hehehe..

    sy pun pernah tersalah orang..sangat malu..hehehe

    ReplyDelete
  58. heehehe..anak sedara chii pun pernah tersalah org..kononnya nak peluk nenek sendiri..tp terpeluk nenek org lain plak..bila nenek yg lain tu dok kalih..terus dia lari..cari nenek yg sebenar :p

    ReplyDelete
  59. hehehe...saya pun pernah tersalah org..
    malu jgn cakap la... :P

    ReplyDelete
  60. lalink7,

    Kakak bayangkan macam adiklah husz masa tu. Pekap muka biar org tak namapak....:)

    ReplyDelete
  61. chii,

    Ramai rupanya yg tersalah peluk kan....

    ReplyDelete
  62. CIk Shinju,

    Dah tersalah mesti malunya.....

    ReplyDelete
  63. hehehe..no pun pernah alami situasi yg sama..sib baik dapat yg sporting kan kak hehe..takpe, anak2 dorang kadang2 main redah je hehehe...

    ReplyDelete