Tidak sekelumit pun ada niat dihati untuk mentertawakan dia. Tapi hatiku bagi dicuit-cuit untuk tergelak sama walau jauh di sudut hati ada rasa simpati menyelinap, namun tidak berdaya untuk berbuat sesuatu.
"Sudahlah kak, kesian mak cik." Ada yang cuba meleraikan sambil menepuk-nepuk bahu makcik yang melatah itu.
"Eh.... kesian, eh.... kesian makcik." Berulang-ulang perkataan itu terkeluar dari mulut mak cik itu. Semakin di urut bahagian belakangnya bertujuan supaya sedar semakin menjadi-jadi dia melatah.
"Istighfar mak cik. Astaghfirullah.....astaghfirullah...." Kakak itu terus menasihati. Tetapi makcik melatah itu semakin menjadi-jadi latahnya walau bibir beristighfar. Semakin ramai orang lalu-lalang memerhati kerana waktu itu adalah masa lepas pejabat. Pasar malam menjadi tumpuan persinggahan sebelum pulang ke rumah. Mak cik melatah itu kelihatan semakin letih. Tidak lama kemudian datang seorang pemuda lingkungan 20an memimpin mak cik itu masuk ke dalam van. Aku meneruskan niat aku untuk membeli makanan pesanan anak-anak.
Mengapa melatah ini terjadi? Adakah ia penyakit atau keturunan? Aku sendiri tidak menemui jawapannya. Apa yang aku dapati selepas makcik melatah itu dibawa masuk ke dalam van jari-jemari aku sudah tidak tahan membawa beban yang kian bertambah dari satu warung ke satu warung. Malam ini cuti dari menari dengan senduk-belanga di dapur. Beli, bungkus, balik terus masuk dalam bekas, hidang di atas meja. Cepat and mudah. Masa senggang ini dapatlah aku gunakan untuk menjalin manik-manik pada baju kurung aku yang sudah berpurnama tidak sempurna lagi.
"Sudahlah kak, kesian mak cik." Ada yang cuba meleraikan sambil menepuk-nepuk bahu makcik yang melatah itu.
"Eh.... kesian, eh.... kesian makcik." Berulang-ulang perkataan itu terkeluar dari mulut mak cik itu. Semakin di urut bahagian belakangnya bertujuan supaya sedar semakin menjadi-jadi dia melatah.
"Istighfar mak cik. Astaghfirullah.....astaghfirullah...." Kakak itu terus menasihati. Tetapi makcik melatah itu semakin menjadi-jadi latahnya walau bibir beristighfar. Semakin ramai orang lalu-lalang memerhati kerana waktu itu adalah masa lepas pejabat. Pasar malam menjadi tumpuan persinggahan sebelum pulang ke rumah. Mak cik melatah itu kelihatan semakin letih. Tidak lama kemudian datang seorang pemuda lingkungan 20an memimpin mak cik itu masuk ke dalam van. Aku meneruskan niat aku untuk membeli makanan pesanan anak-anak.
Mengapa melatah ini terjadi? Adakah ia penyakit atau keturunan? Aku sendiri tidak menemui jawapannya. Apa yang aku dapati selepas makcik melatah itu dibawa masuk ke dalam van jari-jemari aku sudah tidak tahan membawa beban yang kian bertambah dari satu warung ke satu warung. Malam ini cuti dari menari dengan senduk-belanga di dapur. Beli, bungkus, balik terus masuk dalam bekas, hidang di atas meja. Cepat and mudah. Masa senggang ini dapatlah aku gunakan untuk menjalin manik-manik pada baju kurung aku yang sudah berpurnama tidak sempurna lagi.
Pasar malam - suasana di waktu petang sebelum malam menjelang
Selonggok - Di dalam plastik itu semuanya makanan. Ada orange, pear, epal, ayam goreng, bee hoon goreng, kwee teow, laksam, kuih tako dan air limau (walau dalam freezer ada lemon masih lagi membeli air limau)
Kwee Teow - Lihat taugeh yang menjulur panjang sempurna dari kepala hingga ke ekornya. Sawi dan daun saderi adalah secoet. Inilah upah orang malas masak.
assalam kakzakie..
ReplyDeletememang kesian orang yang melatah ni..lepas tu nanti dia mesti penat.
samalah dengan akak kalau ada pasar malam..memang penuh tangan menjijit makanan..
Itu yang unik dengan orang Melayu..
ReplyDeleteAda latah, ada histeria..
Bangsa lain di dunia mana ada...:P
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTeringat saya pada seorang murid saya yang melatah. Nama dia Norzita Che Lon...ada dalam gambar kenangan tu.
Saya cuba hentikan sikapnya itu kerana pada saya dia pada mulanya 'menng ada-adakan' latahannya secara sengaja. Saya selalu memarahinya. Dengan saya, dia tak berani melatah. Tak tahulah saya bagaimana keadaannya sekarang.
salam kak zakie,
ReplyDeleteopah hubby ati pun kuat latah
dialah penyeri majlis...tapi kesian
jugak...lepas tu dia kepenatan
emm..
ReplyDeletekass pun ada kawan yg suka melatah..
habit dia pulak..kdg2 takde angin takde ribut tiba2 dia melatah..musykil jugak..
biasalah kak zakie..kalau beli macamtulah..mentang2 taugeh murah..hehe..
takpelah..nanti kalau ada masa boleh masak..pastu jgn lupa kirim kat kass sepiring dua..nyum..nyum..mesti sedap kak zakie masak..
eh taugeh tu kalau nak masak kena siang dulu kah?
ReplyDeleteuishh..takpela kak Zakie redha jela dengan kuew tiaw tuee..orang yang masak tue pun macam malas jee..tak bgus betull..haihh
ReplyDeleteAssalamualaikum kakzakie,
ReplyDeleteAda research yang dibuat mengatakan hanya orang melayu yang melatah. Tak tau kenapa
saya kalau ke pasar malam pun suka beli kuew teow goreng....
ReplyDeletememang susah kalau ada tabiat melatah yg susah nak berhenti ni kan...
sy klu yg goreng2 nih xsuka sgt..tpi klu kuew teow, mee, bihun sup memang suka sgt2..xmkn nasi pon xpe
ReplyDeleteassalamualaikum kak zakie :)
ReplyDeleteadui, banyaknya makanan. @_@ hehe
hmm. pasal melatah tu, saya setuju ahmad humairi.
dulu masa saya sekolah pun, cikgu pun cakap benda yang sama. pada awalnya disengajakan meng'ada'kan latah tu. lama2 jadi kebiasaan. ada yang kata, yg sengaja meng'ada'kan itu sebenarnya untuk menarik perhatian orang sekeliling. tak tahulah. wallahua'lam.
kesian tengok orang yg melatah ni
ReplyDeletelepas tu konpem penat tak hengat!
gitulah kan kalo gi pasar malam
lagi ramai askar kat umah
lagi banyak beg plastik berisi makanan!
hehehheh
majalah 3 pernah buat story pasal melatah nie. kesian kekadang bila tengok orang melatah nie. ada yang kata, melatah nie hanya penyakit orang melayu jer sebab kaum lain x pulak yang melatah.
ReplyDeletemunkin keturunan agaknya kak ...adik munna kuat sgt melatah..nenek kami pun melatah..kdg kesian tgk dia budak2 suka sgt menyakat
ReplyDeletepergi pasar malam...kiri kanan tgn penuh dgn beg plastik..:) nengok org jual makanan semuanya nampak sedap.
ReplyDeletepasar malam area maner tu?
Kwee Teow tu macam takde jiwa je...?
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Acik Erna,
ReplyDeleteTelanjur nak beli sayur kakak pun belilah makanan sekali. Bila dah beli tak ingat...
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteKesiannya bangsa ku....
Wa'alaikumslam ahmad humairi,
ReplyDeleteOh... gitu pulak dah. Bila dgn cikgu dia boleh control ye...
Ati Masrif,
ReplyDeleteMak Cik itu pun kakak tengok macam letih.
Kesian....
nurkass,
ReplyDeleteFamily kakak tak de yg melatah.
Kena ada teknologi canggih macam fax machine tapi boleh hantar makanan dalam piring baru kass dapat rasa masakan kakak. Hahaha....
bujal x,
ReplyDeleteIni mesti tak pernah tolong mama ainul goreng mee...
lalink7,
ReplyDeleteKakak memang pun makan je. Kalau banding kakak dgn dia lagilah dia rajin kan....
Wa'alaikumslam kunang-kunang,
ReplyDeleteKakak google dan banyak yg mengatakan memang org melayu yg selalunya melatah..
yus,
ReplyDeleteKwee teow dari kuali besar, panas-panas hm...
Tapi melatah sampai bila hendak berhenti.
Kesian...
redza,
ReplyDeletePasar malam kakak tak ada kwee tiew sup. Kakak sup pun suka juga....
s a r,
ReplyDeleteBila berjalan tak sedar, rambang mata macam semuanya sedap...
Jadi janganlah kita cecuba nak melatah kalau akibatnya jadi habit.
miloais,
ReplyDeleteLetih nampak memang...
Rumah kakak cuma ada 2 je mulut campur ibu-bapanya jadi 4 mulut.
eelobor,
ReplyDeleteItu yg musykil kan...
munna,
ReplyDeleteOh ye ke? Kesian adik munna ye...
zue,
ReplyDeleteTempat kakak kat Taman Aman. Beli tak ingat...
gedek,
ReplyDeleteWalau tak ada jiwa, habis semua masuk perut kakak....:)
kakakku kak zakie..
ReplyDeleteayu dahulu duduk di taman aman senai..
oleh kerana taman tu depannya pasar lambak (pada setiap minggu hari rabu)
ayu kurang suka beli makanan sbb hanya suka perhatikan gelagat orang dari rumah ayu
PS: kesian dgn orang yang ada sakit melatah.. katanya. melatah nie mulanya disebabkan oleh usikan orang.. lama2 terus menjadi2.... kesian kan?
Assalamualaikum kak zakie.
ReplyDeletesedapnya kueh teow , makcik memang minat sangat, lagi kalau banyak taugeh dan kucai.. kat kampung makcik memang banyak orang melatah. habis melatah dorang penat sangat. mesti ada yang rajin dan berani mengusik.makcik tak berani.
kan best kalau saya pun pandi jahit baju kurung... semua baju kurung letak manik... hehehe
ReplyDeletehai kak tp yana cam konfius dgn mak cik sorang ni...dia melatah tapi bila bab duit dia sedar pulak hehe...cthnye cam kita tgh on topic duit,pastu usikla dia "ehh duit ko ni bg aku je la" tiba2 dia baik dr latah :)
ReplyDeleteCitarasa Rinduan,
ReplyDeleteAyu dah ada retoran tak kan nak beli kot. Sekarang pun masih lagi rabu malam khamis....
p/s: tak tahulah pulak, jarang kakak jumpa org melatah macam gini...
Wa'alaikumsalam Cik Ina MDDC,
ReplyDeleteKalau cik ina yg goreng mest best kwee teow tu jadinya. Yg ini pun kakak telan licin....
dwaty,
ReplyDeleteOh... dwaty tak jahit sendiri ke? Kakak semua baju kurung jahit sendiri nak upah org mahal...
Maya Mayana,
ReplyDeleteKalu gitu tipu kot Yana. Kenapa tak bagi duit pulak ye. Heee.....kakak tak pernah jumpa la.
dulu cukup suka usik opah yg selalu melatah! rasa best sgt! tp bila pikir balik kesiannya lah..duh!
ReplyDeleteAssalamualaikum kak...
ReplyDeleteYun pernah marah cousin sbb dia suka sgt menyakat makcik latah kalau balik kg...makcik tu rajin..kalau time kenduri msti dtg nolong..tp salu jd mangsa..kesian tengoknye,tercungap2 kepenatan lepas melatah...kalau org suh berjoget,dia berjoget...ape punca latah ni eh...masa melatah tu dorg mcm x sedor pape..
kakak sayangg,nasib baik efa bukan jenis melatah..tapi suka tengok orang melatah tapi kadang2 macam kesian pulak..huhu (byk betul tapi..hehe)
ReplyDeleteSalam kakzakie.
ReplyDeletemaslah melatah ni susah juga nak dikata. Adakah kerana penyakit atau keturunan.
Pernah ada rencana ditulis tentang masalah ini kat mingguan malaysia dulu, kalau tak silap sayalah.
makdara TERdiva,
ReplyDeleteNakal dulu ye. Usik org melatah....
Wa'alaikumsalam Cik Shinju,
ReplyDeleteSepatutunya dah tahu org tu melatah jgn diusik kan Yun. Ini ramai yg suka kenapalah.... Meamng kesian bila tengok dia keletihan.
Efa Nur,
ReplyDeleteJangan cuba-cuba melatah sayang ooi...sebab baca komen kat atas, memula memain lama-lama jadi biasa.
Wa'alaikumsalam Shameel,
ReplyDeleteKakak baca beberapa rencana dan banyak mengatakan melatah hanya ada pada org Melayu. Kenapalah agaknya ye....
assalamualaikum kakzakie...
ReplyDeletelama dah ummi tak pernah jumpa org yg melatah , dulu masa kat kampong ada sorang makcik melatah sampai habis barang kemas dia pun nk kasi org,masa tak sedar tu...
Nak cakap pasal makanan ajek.. :)
ReplyDeleteDalam banyak2 makanan yang kakzakie beli tu, hampir sume sy suke especially kueytiow goreng. Tp sy prefer masakan kueytiow mak ataupon kakak yg sulung.. Kene lak kalo ade kerang.. Pergh!!
Buat untuk breakfast, lunch pon sy rela telan lg.. :)
Penat lepas melatah ya kakak...
ReplyDeleteada jugak lelaki yang melatah... tapi tak tau lah betul ke tidak org lelaki ni melatah, kadang2 nmpk mcm sengaja buat2... :)
ReplyDeleteKesian tengok orang melatah ni,rasanya penat juga tu.
ReplyDeleteKalau ada pasar malam kak Zai pun buat macam kakzakie juga,beli macam2 lepas tu hidang kat meja hehehe....
sekali sekala nak jugak cuti memasak kan kakzakie...
ReplyDeletesalam.. kakzakie ada potensi melatah tak? heheh...
ReplyDeletetakut takut nanti bila tua kita pun melatah sama..
ReplyDeleteBangsa Melayu jer melatah rasanyer...
ReplyDeleteHandphone untuk orang buta
"assalam kak..baru nk komen tgk2 sama cam komen miecyber..org melayu jer yg melatah kan...bangsa lain takde pun..harap2 smga kita tak melatah bila tua nanti.."
ReplyDeletesalam kak..mmg kesian dgn org melatah..kadang penah nampak kt kampung dia boleh nyanyi habis satu lagu baru sedar balik..
ReplyDeletekak suri suka gak beli kowtiaw gitu..kami panggil goreng tonggek..huhu
kesian kan kak...kalau dah melatah ni... memang la nak tergelak tapi kesian kat diaorang..
ReplyDeletetudia.. banyaknya makanan yang diborong....
latah kena kawal kekadang mula dengan ikut-ikut terutama kalangan anak-anak... lama-lama terus melekat tabiat tu
ReplyDeletepenyakit org melayu...:)
ReplyDeletekesian chii tgk org melatah kena usik..ada tu sampai tangan pun jalan skali..ishk..
org kata..org yg melatah ni cpt nyanyuk..betul ke??
kalau orang melatah tu pegang pisau, bahaya jadinya.. ^^
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteBacalah al-quran setiap hari insya Allah akan terjauh dari latah
kalau beli mi kat luar
ReplyDeletetaugeh saya asingkan terlebih dhulu
baru senang hati makan
salam nak jemput sertai contest saya
ReplyDeletehttp://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html
assalammualaikum kak,
ReplyDeletemelatah ni mmg penyakit orang melayu..tak elok sebenarnya mmg kesian kita tgk tapi kesian lagi pada org yg melatah ni..kalu yg masih baru2 nak termasuk dlm golongan org melatah ni mmg eloklah perbanyakkan baca ayat suci Al Quran paling tidak pun tiap lepas sembahyang maghrib baca surah yasin..insyaAllah
salam k zakie,
ReplyDeletebukan org tua jer yg melatah,
org muda pun ada yg kuat melatah juga ..
klu melatah tu sebut mcm yg k zakie tulis tu ok gak .. tp klu carutan yg kuar, tk ke haru ..
apepun, sedap kueh tieow tuh ...
nyam3
ReplyDeleteakak..sy pon kdg2 melatah jugak..
ReplyDeleteayat yg terkuau dr mulut ialah..o nenek ko mak aku...heheheh
assallamualaikum kakzakie,
ReplyDeletemama sempat baca n3 ni...banyaknya beli kat pasar malam tu..abis ka makan..dan..sedap ke ..
semuga kakzakie sihat, mama ni sibuk sgt dua tiga minggu ni..
Wa'alaikumsalam sahabat semua.
ReplyDelete#Ummi Humiara: Kakak pun sama lama dah tak jumpa org melatah bila jumpa gelihat tapi kesian...
#Penjenak Mimpi: Oh ye ke? Samalah kita....
#ckLah: Betul cikgu. Kakak nampak depan mata kakak makcik tu keletihan....
#My Little Diary: Rasanya kalau lelaki lagi teruk kan Rima sebab mereka kan lebih aggresif...
Wa'alaikumsalam sahabat,
ReplyDelete#Zaitun: Masa bei semua macam sedap tapi kekadang rasanya tidak sepeti yg disangka kan kak zai. Tapi tetap nak beli juga. Hehehe..
#ummiross: Betul la ummi....:)
#Seksi Bani: Eh... insya-allah kakak tak...
Tak mahulah....
#Insan Marhaen: Mudah-mudhan tidaklah. Keluarga kakak belum lagi nampak ada yg melatah....
#Miecyber: Kenapalah bangas kita je?...
#Piasara: Bersama kita sentais berdoa dijauhkan darimelatah Pia...
Assalamu'alaikum sahabat semua,
ReplyDelete#Suri Solehah: Kenpa pulak digelar begitu. Eh... tak baiklah suri..
#Afida Anuar: Kata punca melatah main-main lama-lama jadi kebiasaan. Entahlah....
Makanan kami malam itu fida. Buah taklah makan semua. Stock utk 2-3 hari....
#cemomoi: itulah katanya begitu. Salah sendirilah kiranya.
#chii: Kita janagn cuba pulak kan. Cepat nyanyuk ia ke?...
#Ayie: kalau sampai berpisau, kena silatlah org yg terdekat....Heeee......
Assalamu'alaikum sahbat semua,
ReplyDelete#Abd Razak: Insya-Allah semoga menjadi amalan kita...
#hamitaf: Kakak makan je taugeh tu. Hahaha....
#IMANSHAH: nanti kakak terjah blog cikgu. Harap ada masa lagi bolehlah kakak berkarya...
#anitaare: Terima kasih. Jadi janagn sesekali nak mencuba ye. Ayat Al-Quran adalah ubat paling mujarab jika rajin mengamalkannya..
Wa'alaikumslam sahabat semua,
ReplyDelete#aby: betul aby memang ada yg muda dah melatah. Kalu carut tu mesti kita yg mendengar pun malu gak kan.
#republik N9: H... dah dlm perutlah rul...
#cikceriacorner: Amboi adik kakak ni pun gitu ke? Tapi ini latah manja je ccc....:)
#nadz: Alahai mama sebungkus tu memang tak kenyang. Secoet je. Lima-enam kali suap dah habis. Sebab itu banyak beli macam-macam....
asslamualaikum kak zakie...
ReplyDeleteapa khabar kak...
moga baik dan sihat selalu la ye..
...miss u kak..
kesian pada yang melatah tu, lagi bahaya kalau dia pegang benda.. takut bila kita usik dia terus baling ke hape.. huhuhu..
ReplyDeleteAssalamualikum wr wb.... sy hanya ingin komentar ttg makanan di foto itu.. bukan melatahnya.... sedap nyo.... salam dari tmn indonesia ya....
ReplyDelete