Menjadi seorang penanti telah lama tiada lagi dalam kamus hidup. Keterujaan untuk menemui itu kian membuak-buak. Seminggu perkhabaran telah diberi bahawa pertemuan itu mahu juga dilakukan. Hati melonjak gembira berbaur bimbang impian tidak terlaksana.
Tik-tok… tik-tok… putaran jam terasa lambat benar menunjuk detik yang ditetapkan. Ah… memang benar hati dirasuk ketidak-sabaran yang maha tinggi. Mana mungkin gunung itu bisa beralih tempat. Sudah dijadikan perumpamaan tidak akan lari gunung dikejar. Tetapi ini bukan gunung yang mahu dikejar, sebaliknya merasakan waktu itu yang terlalu lambat berputaran. Huh… sabarlah hati tidak lama lagi segalanya akan tercapai. Kalau beribu detik masih boleh menanti kini hanya tinggal beberapa detik tidak bolehkah kesabaran itu dibajai sedikit agar menyubur di hati.
Nah…. Telah tiba masa ianya tersergam mengapa terpaku kaku. Bisu tanpa suara namun riak, rona dan ombak dada mengerti nurani bercengkerama gembira. Langkah derapan kaki berlari anak atas keterujaan itu jelas tidak dapat dibendung.
“Yan!!... En. Muhamad, Muiz, ala...Muaz tak ikut” itulah yang mampu terucap.
Hati pantas berdoa moga pertemuan ini bukan mimpi. Bibir pantas membait barisan ucapan kesyukuran kepada Allah atas tautan ini. Bertaut dua insan dari alam maya ke alam realiti hanya kerana beberapa susunan ayat di sini. Cukupkah sekadar ungkapan terima kasih tidak terhingga buat Pn Azian dan En. Mohamad bin Adam. Sesungguhnya kami pasti merindui detik-detik ini lagi.
Tik-tok… tik-tok… putaran jam terasa lambat benar menunjuk detik yang ditetapkan. Ah… memang benar hati dirasuk ketidak-sabaran yang maha tinggi. Mana mungkin gunung itu bisa beralih tempat. Sudah dijadikan perumpamaan tidak akan lari gunung dikejar. Tetapi ini bukan gunung yang mahu dikejar, sebaliknya merasakan waktu itu yang terlalu lambat berputaran. Huh… sabarlah hati tidak lama lagi segalanya akan tercapai. Kalau beribu detik masih boleh menanti kini hanya tinggal beberapa detik tidak bolehkah kesabaran itu dibajai sedikit agar menyubur di hati.
Nah…. Telah tiba masa ianya tersergam mengapa terpaku kaku. Bisu tanpa suara namun riak, rona dan ombak dada mengerti nurani bercengkerama gembira. Langkah derapan kaki berlari anak atas keterujaan itu jelas tidak dapat dibendung.
“Yan!!... En. Muhamad, Muiz, ala...Muaz tak ikut” itulah yang mampu terucap.
Hati pantas berdoa moga pertemuan ini bukan mimpi. Bibir pantas membait barisan ucapan kesyukuran kepada Allah atas tautan ini. Bertaut dua insan dari alam maya ke alam realiti hanya kerana beberapa susunan ayat di sini. Cukupkah sekadar ungkapan terima kasih tidak terhingga buat Pn Azian dan En. Mohamad bin Adam. Sesungguhnya kami pasti merindui detik-detik ini lagi.
Kasih sayang dibaja dibelai
mewarnai hidup saban hari
kunjungan itu sangat bernilai
kekal di ingatan dan sanubari
mewarnai hidup saban hari
kunjungan itu sangat bernilai
kekal di ingatan dan sanubari
Pn. Azian - Menjejakkan kaki di rumah kampung hubby aku demi hasrat yang begitu kuat
Mesra - Hubby kami deolah-olah sudah kenal lama. Rancak mereka berbual hingga ke beranda rumah cerita masih tak habis lagi.
Muiz - Anak-anak aku sayang benar dengan bujang comel ini. Boleh dikata "kita pinjam dulu boleh ke mama?"
Ronda-ronda - Sempat lagi tetamu aku ini meronda belakang rumah bermain dengan anak aku melihat ayam, itik, angsa dan ayam turki. Lihat adik pun dah mesra benar dengan tetamu aku.
Pasti pertemuan yang berkesan di hati ni ya kakak...
ReplyDeleteSuka tengok suasana rumah kakak tu...
assalamualaikum kakzakie...
ReplyDeletesemoga ukhuwah yg bertaut erat mencengkam hingga ke ujung hayat...
seronoknya dpt berjumpa , dari maya ke alam nyata..
kakzakie..memang pertemuan yang tak kan dilupakan..seronok terima tetamu kan..
ReplyDeletehai kak zakie...
ReplyDeletemoga pertemuan itu akan membahagiakan hatimu...
selamat mlm ye..
salam akak...
ReplyDeleteseronok kalo kite layan tetamu dgn sebaik mungkin...heheheh..
nak g uma akak la...seronok..hehhe
Assalamualaikum kak :)
ReplyDeletewah..alhamdulillah. akhirnya.. :)
teringat sajak ini;
ReplyDeletepertemuan berlaku
di penjuru mataku
yang unggu
lalu membiru.
pertemuan berlalu
di penjuru daddaku
yang sayu
lalu terharu...
sampai juga Azian nak jumpa kak zakie.. tayanglah gambar menang ga hari tu kak...
ReplyDeleteAssalamaulaikum kak zakie,
ReplyDeleteSampai gak hajat Azian jumpa kak zakie ye. seronok anak kak zakie. Makcik terbayang Firdaus berlari -lari kat reban ayam tu, sebab dia memang suka kacau ayam.gerammm
Semoga ukhwah yang terjalin itu berpanjangan sepanjang hayat. InsyaAllah.
ReplyDeleteAssalamualaikum kakzakie...
ReplyDeleteMoga terus terjalin ukhwahfillah..
Assalamualaikum,
ReplyDeletePenantian suatu siksa yang tidak tertanggung, namun kepastian merupakan penawarnya....namun lagi pertemuan kan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan bukan berakhirnya sebuah episod.
ckLah,
ReplyDeletePertemuan diatur di suasana rumah kampung cikgu...
Wa'alaikumsalam Ummi Humairah,
ReplyDeleteItulah harapan kami. Seronok pertemuan itu memang berkesan sekali.
Acik Erna,
ReplyDeleteSungguh hati rasa macam mimpi bila dapat bertemu...
Adinda Amy Sensei,
ReplyDeleteKami memang amat gembira seolah-olah telah kenal lama...
cikceriacorner,
ReplyDeleteIni rumah peninggalan mertua kakak. Tapi kakak ipar kakak yg tinggal di sana.
Bila ccc nak turun JB bagi tahu kakak ok...
Wa'alaikumslam s.a.r.,
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah kami bertemu...:)
Insan Marhaen,
ReplyDeleteMulut membisu bila mata bertemu
hati berbunga mekar kerana pertemuan
namun bila perpisahan itu terjadi
tubir mata digenangi manik jernih rasa sayu
harapan mahu diulang pertemuan itu....
munna,
ReplyDeleteKalau nak tayang gambar alamat penuhlah N3 ini munna. Anak kakak menggomol si Muiz tak henti. Azian & Muhammad pula dah macam saudara kami tak kisah segala....
Wa'alaikumsalam Cik Ina MDDC,
ReplyDeleteAlahai kalau Firdaus ada bersama anak-anak kakak tentu lagi hebat mereka bermain. Tapi kena kejar angsa baru mereka lari lintang pukang.....:)
kakcik,
ReplyDeleteItulah harapan kami. Insya-Allah....
Wa'alaikumsalam Abd Razak,
ReplyDeleteInsya-Allah kami mohon ukhuwah ini terus terjalin ustaz. Tambahan pula Azian org Johor juga asalnya....
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
ReplyDeleteMengerti ada pertemuan hati dah tak sabar hendak bertemu. Benar cikgu bila tiba saat perpisahan itu terasa sudah pasti akan ada rindu di sudut hati...
wahhhh..
ReplyDeletebestnye..sayu je rasa nak berpisah kan kak zakie..hehe
emmm..bila nak jumpa kass pulak ni..
berkobar2 nak jumpa kak zakie..:)
nurkass,
ReplyDeleteKalau kass turun JB bagitahu kakak. Single lagi mudah kakak nak bawa kemana-mana. Set the day and let me know...
Assalamu'alaikum kakzakie
ReplyDeleteTumpang gembira.. memang bahagia bila dapat berjumpa dalam suasan begitu kan.
semoga silaturrahin ni berkekalan kak...mcm baca cerpen plak saye baca entry akak ni..
ReplyDelete"Alhamdulillah...akhirnya hajat nak bersua tu tertunai jugak...kalau dah rezeki tu tak ke mana kan.."
ReplyDeletePersahabatan dialam maya memang memberi kesan bila bertemu,seolah2 macam dah kenal lama.Kak Zai juga pernah mengalaminya.
ReplyDeleteMencari titisan nurani! :D
ReplyDeletehai kak... lama sungguh laa tak datang sini.. maaf la kak.. kita pun baru buka je mathari tu.. :)
seronok baca cerita kak zakie sekeluarga yang happening sokmo.. =)
assalamualaikum kak..
ReplyDeleteselamat bertandang ke sini..lama sungguh tidak bertanya khabar akan akak..semoga akak dan sekeluarga sihat walafiat ya
assalamualaikum kak..
ReplyDeletebila lihat rumah tue,teringat lak kg halaman.rumah kenangan nenda,.bila ler kan kembali lg ke kg ku..best kan rumah kg.
kak zakie....
ReplyDeletecepatnya update....heheheheheh...nnt sy upload byk2 gambo kat blog sy ...alamaakkkkk....gambo2 sy comottttt/....heheheh...kak, gambo muiz yg ketawa masa akak dokong tu takde ke???hehehehhe
harap sgt dapat jumpa lagi...
Wa'alaikumsalam Werdah,
ReplyDeletePertemuan dirancang memula kat JB tapi akhirnya di kg.(Batu Pahat) sebab kami bercuti.... Seronok kak werdah tau....
faiz,
ReplyDeleteGembira kakak sekeluarga bertambah bila ada anak comel yg dibawa. Kami gembira faiz....
Piasara,
ReplyDeleteDari Kuantan dibawa keJB, usung lagi ke Batu Pahat akhirnya hadiah itu sampai juga ke pangkuan kakak. Syukur alhamdulillah...
kella...
ReplyDeleteHarap kella sihat juga. Kakak pun baru balik bercuti dgn keluarga....
Wa'alaikumsalam sahromnasrudin,
ReplyDeleteTambah gembira bila probitas et fidas bernada lagi. Moga sahrom pun sihat juga dan bertambah meriahlah kita....
intan suri,
ReplyDeleteRumah kg memang seronok cuma panas tu yg tak boleh tahan. Kena tukar baju selalu sebab peluh...
Kipas angin lawan angin luar masuk dari tingkap sesekali menangkap angin sejuk & panas....
Azian,
ReplyDeleteBanyak gambar tapi asyik ada je muka comot kakak nie. Tak mahulah... Muiz tu macam suka je dgn kakak/abang lekat dia kat dada abang. Anak-anak pulak bukan main dia ingat boleh disimpan jadi adik dia....Macam nak jumpa lagi kan....
Maaflah dari kami apa yg terkurang. Itulah sebahagian keluarga kakak. Sunyi tanpa anak. Nasib kakak ada 3 anak dara.
Yan kakak dah rinduuuu dgn Muiz.....
seronoknya dapat jumpa.. semoga yg rapat terus erat hendaknya..
ReplyDeleteJadi kenyataan juga ya Azian jumpa akak...hehehe....saya tunggu dia upload gambar dia pulak di blog nya...
ReplyDeletebest le rumah kampung.. jauh dari hiruk pikuk bandar.. ^^
ReplyDeleteHaniz Azla,
ReplyDeleteSeronoknya hingga tak terasa masa berlalu Hanis...
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteTak de apa yg special doc. Kami saja berbual kosong. Kakak dan family dapat peluang gomol bujang dia...
Ayie,
ReplyDeleteKampung tapi kereta pun dah banyak. Cuma halaman rumah memang luas boleh parking lebih 20 buah kereta....
alhamdulillah...semoga rapat menjadi erat :)
ReplyDeleteBestnya kak ,huhuhu kita juga masih tak berkesempatan jumpa , maaf kak amy terlibat dengan kemalangan kecil so dua tiga hari x leh berjalan sebab kaki dan tangan terseliuh , maaf sangat kak
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie,
ReplyDeleteseronoknya dpt jumpa dari alam maya ke alam nyata.
apakata kakzakie buat satu perjumpaan dgn blogger2 selatan. mesti gempakkan...(jgn lupa jemput sy :)
belek reban ayam memang seronok... dok kat bandar ni asik belek bunga je la
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSemoga ukhuwah berpanjangan...
Seronok kan,dah mesra di alam maya,
sambungkan pula di alam realiti..
Satu hari nt mgkin kita boleh buat
gathering dgn blogger2 nih..mesti seronok..
buat family day ke..
as salam kakzakie,
ReplyDeletepersahabatan yang kekal abadi itu lahir dari hati yang ikhlas....
bukan kerana kelebihannya,
bukan kerena kekuranganya,
bukan kerana hartanya,
bukan kerana kepandaiannya,
tapi adalah kerana Allah.
Salam kakzakie, pertemuan kdg bagai satu mimpi yg terindah... semuga kakzakie sehat sejahtera
ReplyDeletetu yg best dok kampung..buleh bela macam2....angsa buleh jd pengawal rumah..klu ada org yg tak dikenali dtg sah2 kena kejar
ReplyDeleteAssalamualaikum kak zakie...
ReplyDeletemoga ukhuwah maya yang terjalin di alam nyata kekal berpanjangan...
teringat pula pengalaman fida jumpa rakan blogger buat pertama kali...khairi dan kay... Allahuakbar, walau pertama kali jumpa, tp macam dah kenal lama...
assalamualaikum kak zakie,
ReplyDeleteseronok nya tengok bila dapat berjumpa tuu.. :)
penantian satu penyiksaan,
ReplyDeletesiksanya bila menghitung hari untuk menanti saat pertemuan tu..
huhu
Maya Mayana,
ReplyDeleteDah kenal rasa sayang...
Amy Syaquena,
ReplyDeleteTak apa Amy yg penting jaga kesihatan dulu. Satu masa insya-allah ada izin dariNya pasti kita bertemu...
Wa'alaikumsalam zue,
ReplyDeleteMacam dah ada green light je... Its good idea. Tapi nak fix the date tu yg susah kan...
cemomoi,
ReplyDeleteAyam jadi mangsa kena sembelih bila org bandar balik. Huhu....
wah dah lama tak jejakkan kaki ke rumah yang betul2 rumah kampung... ada reban ayam... rumah kayu... ni asyik tgok rumah batu jer... tiba2 rindu mengamit tiba... hehehe
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Cik Shinju,
ReplyDeleteKalau kakak gather kat Johor Yun boleh dtg tak agaknya?
Wa'alaikumsalam Prince Halilintar,
ReplyDeleteKakak tak kisah siapa pun boleh bersahabat. Sedangkan teman anak kakak pun manja dan mesra. Yg tua/kecik/cacat semua kakak tak kisah....
Wa'alaikumsalam Afida,
ReplyDeleteBila agaknya kita boleh bertemu ye?...
Efa Nur,
ReplyDeleteMemang seronok Efa...
Makdara Terdiva,
ReplyDeletePenyiksaaan dah berakhir sebaik bertemu...Hehehe...
dwaty,
ReplyDeletebest tau rumah kayu. Itu yg anak kakak yg kecik kalau berlari ada bunyi. Syok bukan main dia....
Alahai kakzakie seronoknya!
ReplyDeleteDang dah takda kampung..
Jeleslah!
Cerianya semua orang...
ReplyDeleteAtap genting dari tiub ubat gigi
Penemuan Saintis Islam
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSeronak tgk memesraan yg terjalin spt yg dititipkn dlm entry ni. Moga ukhwah itu berpanjnagan dan diredhai Allah.
tengok foto pun dah dapat rasakan kemesraan pertemuan tu...alhamdullilah..tumpang seronok.
ReplyDeleteAkak..
ReplyDeleteBerjumpa,berkenalan dan bermesra memamng seronok kak..semoga persahabatan yg terjalin itu akan berkekalan sampai bila2 dan dirahmati Allah...saya tumpang gembira akak....
Semoga ukhwah itu akan berkekalan sampai bila-bila.Insyaallah.....
ReplyDeletesemoga yg jauh didekatkan yang dekat dimesrakan
ReplyDeleteikram silaturrahim
salam kenal
suka sangat2 bila yan dan mad jumpa kakak zakie sklrg.
ReplyDeletesangat2 happening lah...
enjoy gitu.. siap boleh pusing2 sampai layan ayam dan itik..hehehehheh
kak........ ayu tak pernah jumpa muiz.. masa azian jumpa ayu.. muiz duduk dalam perut..heheh
benarlah..apa yg telah dikata..penantian itu satu penyiksaan..ehehe..bait2 dr lagu cinta dan harapan...
ReplyDeleteseronoknya berumah kampung..chii suka..chii nak dtg bertandang gak bleh ke :D
salam k zakie,
ReplyDeletenanti klu aby couple ride ke johor,
nak mampir kampung k zakie juga la ..
iso kenalan karo wong tua ne ..
Dang Tari,
ReplyDeleteKakak masih punya kedua-dua kampung sebelah hubby dan kakak sendiri...
Miecyber,
ReplyDeleteKeceriaan atas perjumpaan sebagai sahabat...
shameel Iskandar,
ReplyDeleteMohon moga ia berpanjangan....
hani@debumelukut,
ReplyDeleteBenar sekali. Anak-anak kakak dah treat Azian & family dah macam saudara kami
azi,
ReplyDeleteItulah harapan kami... Kami gembira
cikgu tie,
ReplyDeleteKakak pun harap begitu. Terima kasih cikgu...
SUD@IS,
ReplyDeleteKakak berharap jalinan ini berpanjangan.
Terima kasih & salam kenal dari kakak juga.
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteKali ini dia tinggalkan pulak Muaz. Kakak tak dapat jumpa muaz pulak....
Lain kali kita jumpa sesama ye Ayu...
chii,
ReplyDeleteRumah kampung ini peninggalan mertua kakak. Kami balik sesekali....seronok tau.
Wa'alaikumsalam aby,
ReplyDeleteYou are always welcome.
Tapi ini rumah kampung mertua di Batu Pahat. Kakak tinggal di JB. Kena coling dulu kalau nak dtg tau...
Kakak wes orak ono wong tua. Seng jogo umah he ipe kakak seng orak ono anak....
seronoknya kakZakie..mesti banyak cerita nak dibualkan kak?..
ReplyDeleteNo doakan semoga ikatan sesama blogger tetap utuh ye kak...
Sungguh tidak semegah rumah di bandar, rumah kampung punyai tarikan tersendiri. Dang rindu suasana di rumah kampung waktu malam. Dengan cengkerik dan katak bentong di musim hujan dan dengan kokokan si jalak di waktu sebelum subuh. Nostalgia kanak-kanak semasa kecil-kecil dulu tinggal dengan arwah datuk dan nenek...dan tengok tv hitam putih Six Million Dollar Man..huhu!
ReplyDelete