Wednesday, April 6, 2011

Semuanya Melemaskan

Masuk ke dalam perut kereta dengan keadaan perut masing-masing masih kosong lagi. Destinasi mahu dituju pun bukanlah jauh sangat. Hanya untuk ke Persada Johor dan masa diambil tidak sampai setengah jam. Tapi hati telah berbunga gembira atas persetujuan yang telah tercapai dalam persidangan sebelum tidur malam sebelumnya. Anak-anak apa lagi teruja benar bila kata mahu ke expo komputer.

Tiba di hadapan bangunan lambakan umat manusia telah ramai. Pintu masuk masih terkatup rapat. Mencari peluang untuk memakir kereta suatu yang amat menjengkelkan. Encik suami beruntung kerana arif dengan selok-belok memakir kawasan seperti itu. Kereta berhenti di hadapan Restoran Selesa di bangunan yang sama ingin kunjungi. Masing-masing melabuhkan punggung di kerusi dan memilih juadah masing-masing sebagai sarapan pagi.

Selesai sarapan kami terus menguak pintu penghubung dengan lobbi expo. Jam baru menunjukkan pukul 10:00 pagi. Lengang tidak ada lagi pengunjung dan yang ada hanyalah pengendali booth pameran. Kami kehairanan kenapa tadi semasa kami mahu memakir kereta ramai yang telah menanti tetapi bila tiba ke dalam tiada pengunjung lagi. Bila diberitahu pihak pengawal rupanya masa untuk pintu lobbi dibuka ialah jam 11:00 pagi. Kami masuk ikut pintu Restoran Selesa yang menghubungkannya terus ke lobbi expo itulah sebabnya kami diserbu ramai jurujual-jurujual serentak.

Pergerakan rasa terhad. Tumpuan untuk membelek dan menelek langsung tidak menyelesakan. Anak kami yang tidak punya wang walau sesen pun disuakan dengan permainan dipujuk untuk membeli. Benar-benar merimaskan. Berbagai gaya dan ragam masing-masing mahu menambat hati kami.

Menyangkakan bila masuk awal rasa lebih selesa kerana dapat melihat tanpa ganguan ramai pengunjung ternyata meleset. Ganguan para jurujual lagilah membuat kami semua tidak selesa. Suami aku bertambah lemas bila cik-cik amoi yang tidak putus-putus menyuakan risalah-risalah kepadanya dan cuba memberi penerangan atas produk jualannya.

"Tak apa kakak bukan nak membeli saja nak ambil gambar buat masuk dalam paper". Setiap kali aku cuba ditawarkan produk aku memberi kenyataan yang tidak benar.

"Oh.... kakak wartawan ye. Patutlah dapat masuk awal sebelum waktu...."

Akhirnya suami, aku dan anak-anak tersenyum melangkah keluar. Lega. Tetapi niat asal untuk membeli telah hancur dan punah dalam kelemasan jurujual bukannya pengunjung expo. Kami masuk semula ke dalam perut kereta menuju ke Plaza Angsana.

Tiba di perkarangan Plaza Angsana sesak lagi mencari parkir. Rupanya ada perlumbaan kereta. Sekali lagi sesak yang terlebih-lebih lagi. Beribu kenderaan hingga padat seluruh kawasan pesisir jalan dan termasuk parkir lot bersebelahan bangunan Menara Jati. Memandangkan telah tiba tempat di tuju kami tunggu lebih kurang 15 minit bila ada sebuah kereta keluar dapatlah kami memakir kereta. Membawa anak-anak melihat festival melukis seketika di lobbi plaza dan selepas membeli beberapa buah novel dan buku kami pun beransur pulang.


82 comments:

  1. saya tak suka pegi expo~~sesak~~haih~~

    ReplyDelete
  2. as-salam

    sy pon lemas dan rimas bile diekori oleh promoter/penjual. nak memilih tu rase macam tak best. silap2 terus keluar tanpa membeli ape2.

    ReplyDelete
  3. kalu hubby sy.. dia mmg surender nak gi tempat2 sesak gitu... akan mcm2 alasan la...

    mmg selalu sgt kan jumpa promoter gitu... bila ckp taknak dia lak cam jawab marah2... 'tgk je bukan byr' atau 'org nak bg benda free pun tak nak' sedangkan bila dah tgk mesti kena kempen suruh beli kan atau kalu bagi benda free sure kena byr perkhidmatan atau brg mrk yg apa2 tah... membazir je... sy tak suka...

    p/s: maaf jika melalut sgt sy nih..:)

    ReplyDelete
  4. Dah lama kakcik tidak menyibukkan diri di tapak ekspo! Kakcik sebenarnya suka ke ekspo buku tapi sekarang sebab dah jauh dari pejabat, tiadalah lagi kakcik pergi. Dulu boleh jalan kaki saja. :)

    ReplyDelete
  5. SB suka tempat yang sesak2.. hehe

    ReplyDelete
  6. sy suke pi ekspo..banyak mende ttg produk usahawan kita dapat kita tahu..sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Jom, jom, jom....kita menyumbang.
    Takkan tengok je...mesti ntak sedar duit keluar....habisss.

    ReplyDelete
  8. rimas dengan jurujual je .. hish.. xsuke

    ReplyDelete
  9. "suka juga pergi tempat2 macam ni,tapi rimas dgn org ramai dan jurujual yg asyik dok promote barang masing2."

    ReplyDelete
  10. SALAM,
    MASA DULU2, KALAU RAMAI DAN SESAK, BARU TERASA SERONOK. TAPI PERINGKAT USIA SEKARANG INI, LEBIH SUKA TEMPAT YANG TENANG TERUTAMA BILA KITA NAK MAKAN

    ReplyDelete
  11. mmg merimaskan kalau paksa2 kite suruh cube produk dia org ni...nak bersanatai2 pun susah..

    ReplyDelete
  12. kak,saya pon rimas dgn jurujual ni semua..sibuk ikot kita nak tengok barang...kita jd xselesa ngan dorang ni kadang2 kan..emm

    ReplyDelete
  13. bosan sangat2 - kalo jalan2 ada jahhh sales/promoter ngekor ni... kekadang rasa nak lahar kan jahhhh!~

    tempat2 sesak iols memang avoid le..
    sbb tak sanggup kendiannya migrain
    hiks

    ReplyDelete
  14. Bujal x,

    Kami sangkakan sebab belum ramai pengunjung selesa. Tapi jurujual tu buat kami sesak.

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikumsalam Penjejak Mimpi,

    Memang pun kami keluar tanpa satu barang pun dibeli. Bawa balik brochure je banyak.

    ReplyDelete
  16. mama maman,

    Kita faham tugas mereka tapi bila mendesak membuat kita rasa lemas sesangat. Anak kakak pun kata mainan ini adik dah ada. Dah tak main pun lagi. Tetap kata yg ini model baru. Heee....

    ReplyDelete
  17. kakcik,

    Sebenarnya kakak nak cari laptop Acer dah ada yg kata Acer lebih baik dari hp. Jadi ingat nak tinjau-tinjau. Last tak jadi.....

    ReplyDelete
  18. Seksi Bani,

    SB tu solo-solo memang seronok tempat sesak gitu. Lagilah cik-cik molek comel belaka. Sesuai sungguh....

    ReplyDelete
  19. sahramnasrudin,

    Exponya memang bagus. Rate diberi pun jauh lebih murah. Siap ada pakej 2 tahun lagi. Tapi terpaksa tunda dan akan terus kekedainya saja. Ambil business card dia je.

    ReplyDelete
  20. Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

    Eh... cikgu kakak tak beli satu benda pun akhirnya. Bingit muzik dah satu hal, tarik-tarik tangan kita satu hal. Hm.... keluar lobby jimat tak keluar sesen pun.

    ReplyDelete
  21. ibu qaleesya,

    Samalah kakak. Senyum dalam tak selesa....

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum kak

    manje pun rimas kalau pergi tempat yg banyak ganggguan mcmtu... nak membelek serba tak kena...

    ReplyDelete
  23. Piasara,

    Dalam suka ada tak sukalah tu Pia. Apa nak buat dah kita yg nak sangat pergi. Dapatlah brochures buat tatapan dan kalau ada masa pergi je ke alamat yg dipapar.

    ReplyDelete
  24. Wa'alaikumsalam LUAHFIKIRAN,

    Itulah Dato' niat hendak mencari yang lebih baik dan murah tetapi bila keadaan begini perbincangan dengan keluarga tak dapat dibuat bila ada yg mengganggu.

    ReplyDelete
  25. ainnoraini,

    Mereka sebenarnya telah mengatur strategi ain. Kakak yg salah strategi. Kalau masuk lewat sikit mungkin tak jadi gini sebab dah ramai pengunjung tak lah kita jadi tumpuan.

    ReplyDelete
  26. YATZAKIE,

    Sebab serba tak kenalah itu kakak akhrinya keluar dgn tangan kosong.

    ReplyDelete
  27. miloais,

    Konon nak avoid ramai org itulah kami masuk sebelum waktu. Akibatnya semua jurujual tumpu kata kita je.....

    ReplyDelete
  28. manje,

    Sebaik kita melihat mata kita agak tertarik dgn produk dia terus je mereka mencelah. Tak ada peluang lah manje. Kakak rasa tak puas hati macam nak pergi lagi tapi hari itu adalah hari terakhir.

    ReplyDelete
  29. saya tak suka dgn jurujual2 ni..serabut otak! dtg dgn niat nak beli pun boleh tak jadi beli..hehe!

    ReplyDelete
  30. aha..
    mmg merimaskan kalau kena camtu..
    ari tu pun ada ekspo kt sini..br jejak kaki dah berduyun2 dtg bg risalah..terus keluar..stress dibuatnya..hehe

    ReplyDelete
  31. plaza angsana tu kak, memang penuh sentiasa dgn kereta. Nak kosong, sebelah bangunan Menara Jati tu lah kan..singaporean ramai sangat masuk, especially weekend

    ReplyDelete
  32. sya tak suka pergi tempat sesak2
    nak parking susah
    bawak anak anak lagi
    kalau nak pergi jugak sya lagi suka naik kenderaan awam

    ReplyDelete
  33. oh memang melemaskan...
    kita kan kak zakie, memang tak berpeluang kalau pegi ngan hubby, sebab dia awal2 lagi akan reject ke tempat ramai orang ni...
    huhu...

    kak zakie lama kita tak lepak sini kan... kak zakie sihat ke... :)

    ReplyDelete
  34. heee glamer jap, napa tak suruh dorang amik autograf je...

    saya memang tak suka masuk tempat sesak, semak kepala

    ReplyDelete
  35. salam..kakzakie..seb baik depa tak mintak kad kuasa hehe..suripun kalau jurujual memujuk mmg rimas...tambahan jenis anak suri kaalu nak sesuatu tu terus nangis kat situ

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum kakzakie,

    Seronoknya dapat berjalan dengan keluarga ke ekspo2 macam tu kan.

    Akak dah lama ketinggalan saat macam ni. Pertama kerana anak-anak dah besar, mereka pegi sendiri, keduanya seperti biasa masaalah tak boleh jalan jauh.

    ReplyDelete
  37. akak...
    akak di jhr yee? saya suka ekspo..nak2 kalau jalan dengan orang tersayangg..sukaa sangat..heheh =))

    ReplyDelete
  38. makdara Terdiva,

    Kakak dah terperangkap masa tu!!

    ReplyDelete
  39. nurkass,

    Lumrah expo. Tapi kakak betul-betul terpempan sebab hanya kakak pengunjung masa tu. Silap masa...

    ReplyDelete
  40. Daddy Ziyyad,

    Masa tu pulak bahagian tepi Angsana yg dah extend buat parking dijadikan tempat racing. So... parking dah melaut tak bersistem langsung.

    ReplyDelete
  41. sayang-sayangibu,

    Kakak rasa sejak anak dara kakak dah tak pernah naik kenderaan awam. Kat sini tak ada lrt.

    ReplyDelete
  42. kella,

    Sesekali hubby kena gembirakan hati isteri dan anak-anak. Tapi akibatnya semua lemas. Hehehe...

    ReplyDelete
  43. Cemomoi,

    Kakak ingat tak nak semak kepala masuk aal rupanya bertambah semak. Terjebak la tu...

    ReplyDelete
  44. suri solehah,

    Mainan berkomputer pun banyak. Mesti kalau suri pergi kena beli.

    ReplyDelete
  45. Wa'alaikumsalam kunang-kunang,

    Kakak rasa kalau anak kakak dah besar macam anak Kak Hanim pun sama juga kot. Dah kurang berminat sebab dah melaluinya semua dulu...

    ReplyDelete
  46. lalink7,

    Amboi Husna kalau berdua memanglah best. Dulu kakak pun gitu gak. Bila dah ada pengikut dan usia dah bertambah lain pulak rasanya. Rimas...

    ReplyDelete
  47. Amy paling tak suka gi ekspo , orang ramai sungguh sesak nafas...


    p/s: Mil & Fil stay di kota bharu jugak kak.. hubby amy kan org kelantan...

    ReplyDelete
  48. Memang benci dengan tempat sesak....

    Tapi kalau 'ahmoi' yang sua risalah... ok je....

    hehe

    ReplyDelete
  49. salam k zakie,
    tk pe lg la tu,
    cuba suruh suami k zakie jalan sendiri kt pasar Petaling street,
    pasti di kerumuni jurujual ..
    "bangg, VCD ni baik punya bangg"
    "bangg, 2 rm 10 jer bang, siam punya".
    "bangg, ada melayu punya bang" ..

    ha..ha..
    kene kerumun penjual VCD porno ..

    apapun ..
    seblm kemana mana perut kena isi dulu kan ..

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum kak zakie,

    Sekarang kalau pergi pasaraya besar pun cam tu keadahnya. ada je yang menyua risalah jualan, naik rimas dibuatnya, lagilah kalau expo.makcik memang rimas tempat yang ramai orang, nak makan dan cuci mata pun susah.

    ReplyDelete
  51. kakzakie..akak pun tak berapa suka tempat yang ramai..pening kepala dibuatnya.

    ReplyDelete
  52. salam kakzakie sayang...

    huuuu..saya rindu BADAN di plaza angsana..

    dulu, bila stress dgn study, saya lepak situ (BADAN) sampai4-5jam.. :)

    ReplyDelete
  53. oh kakzakie,,..

    saya pun rimas dengan jurujual ni, kekadang macam paksa kita lak cuba dan beli produk mereka

    saya suka pergi ekspo last minit, walaupun sesak tp ada jualan lelong

    ReplyDelete
  54. Salam kakak...

    JB boleh tahan juga sesaknya ya kak, terutama waktu petang.Hari tu, nak keluar dari JB, abang long yang duduk sana tunjukkan jalan, sampai jumpa highway...;D

    ReplyDelete
  55. biasalah tu,diaorang nak cari sale kan...tp memeang merimaskan

    ReplyDelete
  56. Assalamulaikum kak :)

    moral of the story, jangan pergi tempat sesak plus hari cuti plus time gaji. hee :p

    kalau rasa agak rajin nak tengok gelagat manusia, pergilah tempat2 sesak macam ni sampai sakit mata. hee.

    ReplyDelete
  57. kpah rimas dan lemas dalam tempat yang ramai orang.
    Lagi rimas kalau jurujual asek ikut kemana kita pergi.

    ReplyDelete
  58. Amy Syaquena,

    Konon nak elak sesak tapi kena asak juga.
    Tak seronok betul hari itu kakak pergi.

    ReplyDelete
  59. aby,

    Kat sini pun tak kurang kalau di jalan-jalan sempit. Tapi dia airmuka pun kenal. Takut nak jual dgn kita....

    ReplyDelete
  60. Cim Ina MDDC,

    Keluar shopping pun dah biasa kan Cik Ina. Baru nak sorong trolley keluar dah kena kejar.....

    ReplyDelete
  61. Kak Erna,

    Itulah kak dahlah tak selesa last jadi pening....

    ReplyDelete
  62. Mutiara Bernilai,

    Kami ke Plaza Angsana kerana pergi Badab Book Store. Kakak ada kad ahli jadi ada diskaun. Itu yg tiap bulan anak-anak mesti tak boleh tidak mesti nak ke sini.

    ReplyDelete
  63. Ibuintan,

    Itulah yg terjadi kat kakak. Kita lepas dari jurujual yg satu, dua-tiga lagi dtg....

    ReplyDelete
  64. ckLah,

    Tambah sesak sekarang cikgu kerana penambaik taraf jalan di Danga Bay dan sepanjang Lido. Kalau salah line boleh termasuk S'pore. Kalau bawa passport tak pe juga kalau tak jawablah....

    ReplyDelete
  65. Ila,

    Tambahan pulak expo akak pergi tu last day. Offer banyak tapi last kakak tak beli juga. Rimas sesangat...

    ReplyDelete
  66. Insan Marhean,

    Kakak pun sama IM....

    ReplyDelete
  67. s a r,

    Kerana kejar handak beli yg murah itulah konon masuk awal dlm expo tu. Tapi akibatnya kena kejar jurujual tak henti....

    ReplyDelete
  68. kakpah,

    Memang betul kakpah, sebab kita tak berpeluang hendak indipendent pilih tanpa gangguan. Sepatutnya bila kita tanya barulah jawab.

    ReplyDelete
  69. memg rimas..nak beli brg pun susah...

    ReplyDelete
  70. kalau g sorang2 oke kot.
    tapi mmg merimaskan saat disuakan pamplet bagai.. kalau dpt barang percuma yg best2 takpe gak..

    ReplyDelete
  71. Artikel yang menarik sob.., keep on posting.
    Salam.

    ReplyDelete
  72. As'salammualaikum kak ,

    Insaallah amy kena ke sana untuk lihat tempat kerja dorang , kalau amy sampai amy akan roger akak ye sebab teringin sangat nak jumpa akak...

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum Hjh,

    Tu yang tak sanggup pergi ke tempat pameran atau shopping complek yang mana kita baru hendak melihat-lihat dahulu sbelum membeli sesuatu barang....tetapi jadi lemas apabila di kerumuni oleh ramai salesman/salesgirl....

    Kali ini tak sempat pergi ke PICKOM di Persada balik kampung, kematian mak saudara...

    ReplyDelete
  74. salam...kak,

    hal yg paling tension bila nak cari parking tu...kalau di Terminal 1, (seremban) tu..waktu puncak..jgn haraplah akan dapat..

    ReplyDelete
  75. Atiey,

    Kakak tak beli apa pun atiey....

    ReplyDelete
  76. nur,

    sekarang kakak macam dah tak boleh jenjalan sesorg. Dah tak pandai dan tak selesa....

    ReplyDelete
  77. Organik Aceh,

    Terima kasih sudi singgah...

    ReplyDelete
  78. Wa'alaikumslaam pesona,

    Innalillahi Waninnailaihi-roji'un..... Moga ditempatkan bersama-sama org yg solehah.

    Lama tak berceritera. Moga sihat sejahtera.

    ReplyDelete
  79. Wa'alaikumsalam Semakar Rindu,

    Rata-rata rakyat M'sia yg tinggal di bandar menghadapinya. walau bandar kecil sekalipun masalah ini ada juga...

    ReplyDelete