Monday, April 4, 2011

Pecah Tembelang

Aku tidak pasti sama ada menarik atau tidak kisah ini tapi ingin dipapar juga sebagai ingatan buat diri aku sebagai isteri. Biar aku namakan teman aku ini dengan panggilan N agar lebih mudah dan ringkas. Hendak kata cantik bolehlah tahan. Sedap mata memandang. Telah berkahwin dan mempunyai sepasang cahayamata yang baru meningkat remaja.

N wanita yang terlalu mementingkan ciri-ciri seorang ibu dan isteri. Walau di mana saja diadakan anjuran motivasi yang bercirikan wanita pasti dia akan turut hadir. N selalu menceritakan kepada kami suaminya seorang yang mementingkan diri sejak mendirikan rumah-tangga. Dulu suaminya sangat romantik. Sebelum bernikah tarikh ulangtahun kelahiran belum sampai sudah ditanya hadiah apa yang dikehendaki. Bila tiba tarikh yang dinanti pasti akan sampai bunga sejambak, kek bertingkat dan lain-lain hadiah menyusul. Bila anak pertama lahir saja, jangan kata tarikh ulang tahun, tarikh menikah pun sudah lupa. Bunga entah kemana, hadiah jauh panggang dari api. Pimpin tangan sudah tidak ada lagi.

Suatu hari menjelang tarikh ulangtahun suaminya N telah merancang suatu kejutan. Kejutan ini hasil dari kem motivasi yang dihadiri olehnya. Dia telah membeli kek dan menempah pulut kuning untuk majlis yang dirancang. Beberapa teman rapat juga diundang sekadar melalui telefon dan diberitahu agar merahsiakan majlis itu dari suaminya. Tiba waktunya setelah rakan-taulan dan jiran semua telah tiba dirumah, suami N tidak muncul-muncul. Biasanya waktu-waktu begini suami N sudah berada di rumah. Si anak menelefon tidak berjawab. N mula resah gelisah dan peluh dingin memercik muka yang siap berhias. Menelefon teman sepejabat suaminya mengatakan telah lama dia meninggalkan pejabat.Setengah jam majlis yang sepatutnya bermula masih belum ada tanda-tanda akan bermula.


“Sorry terlambat, sebab tayar kereta pancit. Nasib baik jumpa S. Tinggalkan kereta di bengkel sebab dah lewat ni”. Kemunculan suami N buru-buru masuk ke dalam rumah. Dia tidak menunjukkan riak terkejut dengan lambakan makanan di atas meja dan himpunan tetamu yang ramai. Melihat suami yang bersalaman dengan tetamu N terpinga-pinga tanpa keluar sepatah kata. Hairan kerana suami tidak terkejut dengan majlis yang dirancang sebagai kejutan.

Sementara menanti suami N menukar pakaian, S membuka cerita. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke rumah N kerana undangan itu dia ternampak suami N berhenti di tepi jalan kerana tayar keretanya pancit. S yang tahu majlis yang sepatutnya telah bermula terkejut. Mulanya S cuba mengelak dan berselindung untuk tidak mahu memberitahu tapi bila suami N berkata terlanjur menukar tayar dia hendak hantar kereta untuk dicuci sekali terpaksalah dia menukar helah. Membayangkan N dan tetamu yang menunggu di rumahnya, terpaksalah S buka tembelang. Baru suami N tahu mengapa anaknya asyik menelefon meminta ia pulang segera. Bila ditanya si anak berkata tiada apa. Oleh kerana tiada apa yang penting suami N tidak merasa perlunya dia balik segera. SMS dari N juga bila ditanya kenapa? Jawapanya saja-saja. Akhirnya tiada kejutan dan majlis berjalan lancar.

Kesihan dengan isteri, esoknya N mendapat hadiah dari suaminya yang terharu atas majlis yang dibuat kerana meraikan ulang tahun kelahirannya yang dia sendiri pun lupa. Baru N tahu suaminya masih lagi macam dulu.


.... usah menilai kasih dan sayang dengan lambakan hadiah dan ucapan yang diberikan semata-mata.......



94 comments:

  1. AsSalam Kak Zakie.. bagus cerita ni.. syok jugak baca pagi2 ni. Terima kasih kerana share :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak..

    trime kasih atas perkongsian ini..sanbat bermanfaat untuk semua pasangan suami isteri

    ReplyDelete
  3. Salam... kekadang apa kita fikir tak sama ngan apa dia fikir... terima saja seadaanya...

    ReplyDelete
  4. Naseb baik ada teknologi modern....

    Henfon mengingatkan saya semua anniversary...

    Hahaha!

    ReplyDelete
  5. terima kasih kakzakie...
    biasa la manusiakan mudah lupe...

    cume kite sebagai isteri saboo jer laa...mungkin suami tu byk benda lain nak difikirkan...maklum la ketua keluargakan...

    ReplyDelete
  6. kasih dan sayang tidak perlu dipaparkan melalui hadiah. Kita dapat merasakannya...

    ReplyDelete
  7. kejutan yg dibuat xmnjadi xpe...yg pentingnya org yg disayangi tu xberubah

    ReplyDelete
  8. Kakcik setuju bahawa kebendaan bukanlah ukuran sebenar dalam menilai kasih. :)

    ReplyDelete
  9. kakzakie, moral of the story, jgn buat kejutan.. nnti diri sendiri yg terkejut... hehe..

    ReplyDelete
  10. wa khairul onggon,

    Sebenarnya kakak ada di majlis kawan kakak itu.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikumsalam sahrom,

    Sebab itu kena tahu sebagai suami-isteri. Komunikasi kena jelas. Tak perlu lindung-lindung.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumsalam mama maman,

    Pada kakak kalau hidup dah bertahun-tahun tak kan tak boleh baca isi-hati suami kan....

    ReplyDelete
  13. gedek...

    Tak semua org sama kan. Pada kakak itu tak penting sangat. Dah dapat tempat perlindungan, kasih sayang dan makan minum seadanya oklah....

    ReplyDelete
  14. ainnoraini,

    Kakak setuju kata ain. Tak pun boleh diajukan aje kalau ye pun hendak....

    ReplyDelete
  15. Kakpah...

    Betul kata kakpah. Naluri lelaki dan wanita tak sama. Bertahun-tahun duduk sebumbung tak kan tak faham lagi kan....

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    Kalau nak buat kejutan....jangan bagi tau sape-sape...kalau bagi tau jugak...ermm..memang tak jadi!

    ReplyDelete
  17. redza,

    Sebab itu redha dari suami nak ada baru dapat redha Allah. Kan dah tak menjadi. Nampak dia malu tapi nak buat macam mana dah terjadi...

    ReplyDelete
  18. kakcik,

    Benar kakcik. Kasih sayang yg lahir dari hati lebih murni dan tulus.

    ReplyDelete
  19. Seksi Bani,

    Memang nampak kawan kakak rasa rasa kesal. Suaminya tak terkejut, dia yg terkejut.

    ReplyDelete
  20. assalam..

    tips yg baik.. kebendaan bukan segalenye..

    ReplyDelete
  21. "Alhamdulillah,semuanya dah selesai..semoga teman akak dan pasangannya tu akan hidup bahagia ke akhir hayat..begitu juga dgn kita,smga kebahagian sentiasa mengiringi sampai bila2.."

    ReplyDelete
  22. he.... bagus cerita nie.... biasalah org lelaki.... kebanyakanya begitu tapi tak semestinya dia dah tak sayang kat kita.....

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

    Betul tu cikgu. Kami jiran-jiran kira ok juga dah pakat-pakat tak bagitahu. Last-last kawan dia sendiri yg "terpecah tembelang". Kelakar juga....

    ReplyDelete
  24. as-salam,
    biasa laa... saya pun kadang2 lupa.. hehe

    ReplyDelete
  25. hee

    tak terkata pulak tiba-tiba.

    :)

    ReplyDelete
  26. ooo..mcm tu ye kak zakie..hehe
    takde pengalaman lagi..kena belajar nih..

    thanks for sharing..

    ReplyDelete
  27. betul tu..kdg2 hati lelaki ni sukar ditelah

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum...

    Kadang kita silap tafsiran kan!

    ReplyDelete
  29. terima kasih akak. banyak yang saya boleh pelajari sebagai orang yang boleh di kategorikan baru melayari alam perkahwinan. saya juga amat suka baca entri sebegini.

    ReplyDelete
  30. heh orang lelaki camtu... befday sendirik pon tak hengat sebab rasa takle penting sangat untuk dirai... orang pompuan lain plak... cuma nak sandingkan pemikiran ni le jadik cabarannya

    ReplyDelete
  31. Wa'alaikumsalam Penjejak Mimpi,

    Harta/kebendaan boleh dicari. Cinta luhur sukar dicari....

    ReplyDelete
  32. Piasara,

    Mudah-mudahan begitulah.... dan mencelikkan mata hati juga hendaknya.

    ReplyDelete
  33. atie,

    Rasa kakak ramai lelaki yg begini. Tapi bukan bererti kasih telah pudar. Banyk benda lain yg dia rasa lebih perlu.

    ReplyDelete
  34. My Little Diary,

    Lupa bukan bererti tak sayang kan....

    ReplyDelete
  35. s a r,

    Jadikan panduan jelah ye...:)

    ReplyDelete
  36. nurkass,

    Belajar banyak-banyak nur jangan nanati jadi macam kawan kakak nie.

    ReplyDelete
  37. Ila,

    Bukan hati lelaki saja sukar ditelah. Kita pun sama juga sebab setiap insan punya naluri berbeza..

    ReplyDelete
  38. Wa'alaikumsalam Abd Razak,

    Bila salah tafsir malu bukan dgn diri sendiri saja ye uztas, dgn Allah pun malu juga....

    ReplyDelete
  39. eelobor,

    Tak semestinya yg baru je eelobor. Ini anak dah bujang dan anak gadis masih kena belajar juga.

    ReplyDelete
  40. cemomoi,

    Kakak org kampung. Kalau bab-bab sambutan selalu tak kira birthday ke anniversary ke.... Kalau ada niat nak buat bincang baru buat walau bukan hari lahir ke hari tunang ke dsb. Janji agak-agak semua dapat kumpul, buat.

    ReplyDelete
  41. moralnya, kena bijak menafsir dan membaca body language pasangan..

    ReplyDelete
  42. as salam kakzakie,


    kasih sayang tak boleh di ukur dengan kebendaan, suami biasanya tidak terlalu menonjolkan kasih sayang mereka

    ReplyDelete
  43. thanks for sharing, kekdang lupa nak buat macam mana???

    ReplyDelete
  44. Assalamualiakum

    Hurm dah lama kahwin mesti tau perangai suami..tapi ada juga suami yang jenis tak pedulikan?? huh sedihnya

    ReplyDelete
  45. salam kak,
    memang cam tu la selalunya kan.. bab2 ingat tarikh ni orang pompuan beriya2, tapi orang laki2 buat macam buat dono jer.. jadiknya kalo taknak sakit ati, kena la buat dono gak.. tak rai bukan makna tak bahagia kan kak..

    ReplyDelete
  46. gigih nak buat surprise kekdahnya
    tapi tak menjadi...

    sib baik le dapat husband yg tau menghargai....

    ReplyDelete
  47. salam kakzakie..jahatnya pikiran saya td..asal baca kat atas tu duk pk sah suami menduakan isteri yg baik ini..penya..hehe..baik suaminya..n pengajaran yg kakzakie beri tu ..

    ReplyDelete
  48. kebanyakan lelaki selalu memandang remeh benda2 macam tu. bagi dia orang kasih sayang di beri tak perlulah nak di tunjukkan berlebih2 cukuplah tanggungjawab yang dilaksanakan dengan baik itulah lambang kasih sayang mereka...

    pak tuan tak pernah lupa besday aina, bukan pasai apa pun 2 hari sebelum besday aina dia dah dapat hadiah almaklumlah tarikh besday berbeza 3 hari je walaupun tahunnya lain2...:)

    ReplyDelete
  49. kakzakie..betul tu..tanpa hadiah dan kata2 pun kita tau bagaiman suamai menyayangi kita kan

    ReplyDelete
  50. kdg2 kasih sayang bukan saje diungkap melalui kata2 atau hadiah..

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum.
    Mungkin cara menunjukkan kasih sayang pun berubah ikut peredaran masa dan usia.
    Betul, walau tiada lambakan hadiah sebagai tanda ingatan sesuatu tarikh, tapi kasih sayang sebagai pengikat hubungan tetap utuh. Cuma perlukan sedikit pengertian...

    TQ

    ReplyDelete
  52. salam...''


    kak..sr banyak belajar tatkala membaca entri ini...

    kasih sayang itu adalah memberikan/menyebarkan perasaan sayang kepada orang lain secara tulus tanpa peduli apakah orang rang lain itu akan membalas dengan perasaan yang sama.,

    sr

    ReplyDelete
  53. Daddy Ziyyad,

    Dah serumah, sekerta, sekatil bertahun seharusnya faham bukan saja body language tapi hati di dalam juga....

    ReplyDelete
  54. Wa'alaikumsalam ibuintan,

    Rasanya lebih baik kasih berkekalan dari lambakan hadiah tapi kasih berbelah bagi kan ibuintan...

    ReplyDelete
  55. sharinginfoz,

    Banyak cara yg boleh kita dapat/lihat dari kasih pasangan kita kan....

    ReplyDelete
  56. IMANSHAH,

    Sebenarnya setiap pasangan harus tahu menilai pasangan masing-masing. Tak perlulah menilai dari mata kaca sendiri saja..

    ReplyDelete
  57. Aanas,

    Kakak setuju kata Aanas, Allah dah jadikan setiap manusia punya naluri berbeza. Pasangan harus arif dalam menilainya.

    ReplyDelete
  58. miloais,

    Pada kakak benda-benda ini teramat remeh. Setakat ulangtahun apalah sangat kalau berbanding kasih sebenar yg ada di hati.

    ReplyDelete
  59. suri solehah,

    Itulah kan... nampak betapa perempuan tu kena jaga sikit nafsu yg 9 itu. Kita tak boleh lari yg lelaki itulah pembimbing kita. Moga kita sentiasa bermuhasabah....

    ReplyDelete
  60. REPUBLIK N9,

    Jadikan panduan kita hasrul.

    p/s: kakak dah lama tak dapat masuk rumah hasrul. Tapi akan kakak cuba lagi nanti.

    ReplyDelete
  61. JunAina,

    Kalau kakak anak kakak yg sibuk nak membeli tapi sebab masa membeli minta pada papanya jadi secara tidak langsung mestilah papanya ingat. Kalau tidak pun memang lupa. Tapi kakak tak kisah benda-benda ini....

    ReplyDelete
  62. kak Erna,

    Dah lama bersama rasanya dah lebih dari faham....

    ReplyDelete
  63. faiz,

    Betul tu faiz. Kakak setuju teramat.

    ReplyDelete
  64. Admin P@P,

    Ada betulnya apa yg Cikgu Lai katakan. Rasanya kalau usia dah menjangkau 40 tahun pun masih nak samakan masa usia 20an memang tak patut kan...

    ReplyDelete
  65. Sekamar Rindu,

    Seharusnya kasih yg diberi mesti ikhlas walau tiada balasan kasih seperti yg diharap. Curahan kasih seseorang tidak sama antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  66. As salam...

    Org laki mmg camtu ekh?
    Dah kawen trus lupa tarikh2 penting..
    Menda yg ade dlm fikiran dorg eh.. :P

    ReplyDelete
  67. emmh kekadang terfikir jgk nk buat kejutan...tp takut x menjadi plk...dia(hubby) lg pro bab2 kejut mengejut ni...

    @mamadiana

    ReplyDelete
  68. rasa seram sejuk baca kisah niee..
    macam mana kita nak hangat kan sentiasa hubungan niee supaya tiada perkara mcam tue berlaku..

    takutnyeee sy kak..

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum Hjh,

    Bukan semua para suami selepas berumahtangga lupa menunjukkan kasih sayang tetapi.....

    Bukan semua para suami lupa kepada tarikh-tarikh penting selepas berumahtangga tetapi....

    Janganlah kerana tidak menerima bunga, hadiah atau tidak memimpin tangan setelah lama berumahtangga, para isteri sudah mengganggap yang bukan-bukan kepada para suami..........

    ReplyDelete
  70. As'salammualaikum kak ,

    Satu perkongsian yang sangat menarik pagi2 nie , semoga ianya mendapat manfaat buat semua pasangan suami isteri...

    ReplyDelete
  71. Salam kak azie...

    memang hadiah penting utk meraikan sesuatu..tapi tak bermakna ia membuktikan kita sayang pada dia...

    Sayang adalah perkataan yang sukar dilafazkan dan sukar utk ditunjukkan...

    ReplyDelete
  72. As, salammulaikum kak zakie,

    Menarik cerita ni, selalu dalam rumahtangga kebanyakan isteri suka sangat nak fikir benda remeh temeh ni, sampai boleh menganggu keharmonian rumahtangga. pada diri makcik, janji suami bertanggung jawab dan sayang ngan makcik dan anak-anak sudah.

    ReplyDelete
  73. Cik Shinju,

    Eh... eh.... jangan begitu ah. Tak semua begitu tau. Rasanya kalau setakat tarikh-tarikh memang ramai lelaki kurang berminat.

    ReplyDelete
  74. mamadiana,

    Tak payah kejut-kejutan la mamadiana. Kejut pagi utk solat subuh lagi baik.... Hehehe....

    ReplyDelete
  75. lalink7,

    Alahai husna, pada kakak lebih baik berkomunikasi apa yg hendak dan tak nak. Kakak kalau nak sesuatu tak tunggu tarikh apa pun. Kalau abang nak bagi mesti dia belikan. Atau mungkin sekarang tak dapat, bulan depan dia akan bagi. Macam kejutan juga kan....

    ReplyDelete
  76. pesona,

    Itulah manusia punya kehendak berbeza. Kalau kakak dah tak main bunga-bunga. Kalau belikan pokok bunga kakak lagilah suka. Sebab itu huby kakak selalu kalau outstation terjumpa pokok bunga dia akan call samada kakak nak ke tak? tak ada kejutan. Hehehe....

    ReplyDelete
  77. Amy Syaquena,

    Bertolak-ansur dan berkomunikasi selalu agar tidak terendam di hati.

    ReplyDelete
  78. nukilanaffiza,

    Kena faham juga situasi dan masa. Apa lagi bila usia perkahwinanan sudah terlalu lama. Seharusnya telah masak kedudukan antara keduanya. Tak perlulah berkecil-kecil hati hanya kerana hadiah kan.....

    ReplyDelete
  79. Cik Ina MDDC,

    Kakak punya persepsi macam Cik Ina. Hadiah dapat tapi kalau kebahagiaan tergugat buat apa?

    ReplyDelete
  80. As-Salam KAKZAKIE
    Menarik juga episod tu.

    Bacalah satu buku tertentu, sampai bila pun itulah isinya. Bacalah hati pasangan, lain hari lain isinya.... Entahlah ya tak yanya. Ramaikah orang yang hatinya seperti isi buku....? (Teringat pula orang nak tukar isi Interlok!). Semoga Kakzakie sefamili bahagia selalu!

    ReplyDelete
  81. bagus artikel ni...walau bacaan ringan tapi ada maksud yg tersirat...:)

    ReplyDelete
  82. wow bestnye..

    org laki ni kdg2 ego..tp syg..heheh

    ReplyDelete
  83. salam kakzakie sayang..

    wahh..jelas klihatan, cara fikir lelaki dan wanita memang berbeza..

    tetapi yang berbeza itulah melengkapkan kita sbgai manusia..

    thanx kak!~

    ReplyDelete
  84. emm..
    pndpt TK la kn, klau d awal pknln kita sambut dan ingat, knapa lps lama hdup bsama blh lupa pula kn?
    hehe..
    kisah yg mnarik..

    ReplyDelete
  85. tetibe saya rasa nk kawin cepat2.. hahaha

    ReplyDelete
  86. Wa'alaikumsalam Temuk,

    Episod Interlok dah tak original dah. Keunikan hilang. Harap tidak pada pasangan kawan kakak itu kerana perubahan dan mengubah adalah dua episod berbeza....

    ReplyDelete
  87. Lieynanilaz,

    Nilaikan apa yag tersirat itu...

    ReplyDelete
  88. cikceriacorner,

    Kenalah pada kedudukan sebagai ketua keluarga. Ego bertempat tak salah rasanya. Isteri kan pendamping. Eh....ccc bila nak ada pendamping?

    ReplyDelete
  89. Mutiara Bernilai,

    Benar sekali kerana Allah jadikan kita berpasang-pasangan demi utk kebaikan....

    ReplyDelete
  90. toyolkiut,

    Itu pun ada benarnya. tapi tak salah rasanya kalau cuba mengingatkan pasangan dgn cara terbaik.

    ReplyDelete
  91. Ayie,

    Amboi!! kena banyak mendalami erti hidup berkeluarga. Kumpul duit dan ilmu dulu. Hehehe....

    ReplyDelete