Friday, June 10, 2011

Anak dan Kita

Sesekali kita melihat dengan mata dan hati kita

ada ibu-bapa miskin punya anak ramai bilangannya
anak pandai namun tidak berupaya meneruskan pengajian pula

ada pula ibu-bapa berilmu dan berharta
anak sendiri tidak dikurnia, hatta anak angkat pun tidak punya

ada ibu-bapa yang berilmu dan tinggi akhlaknya
dikurnia anak yang bodoh dan dangkal perilakunya

ada pula ibu-bapa cacat dan miskin harta
anak dikurinakan cerdik dan berjaya belaka

ada juga ibu-bapa cacat dan miskin segalanya
anak pun cacat dan terus mewarisi kemiskinan yang ada

ada ibu-bapa yang kaya dan berjaya
anak juga mewarisi kebijaksanaan dan berjaya juga

ada ibu-bapa yang cantik rupa dan penuh bergaya
sayangnya anak hodoh tiada rupa dan tidak sempurna

ada pula ibubapa hodoh paras dan rupa
namun anak dikurnia cantik rupa dan budibahasa

di mana juga kita berada
di mana jua anak kita duduknya
hikmah dari Allah tidak kita ketahui mengapa
namun apa yang nyata
samada punya anak mahupun tiada
tanggung-jawab sebagai manusia tetap ada
biarpun berlambak mahupun tidak berharta
sesungguhnya disebalik hak kita ada hak orang lain juga
membuat perkongsian selagi ada hayat kita



1. “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28).

2. Doa Nabi Ibrahim “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]. Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang maksudnya;“Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101]

115 comments:

  1. Setiap yang lebih, ada kurangnya - begitu juga sebaliknya. Semoga keimanan kita tidak sama sekali akan goyah hanya dengan sedikit ujian yang Allah turunkan...

    ReplyDelete
  2. emmm..
    betul tu kak zakie..
    tak kiralah berharta ke tak, ada rupa ke tak, pandai ke tidak...kita semua hambanya dan semua itu adalah dugaan darinya..

    ReplyDelete
  3. setuju... hidup ini bukan hakmilik kita sahaja... harus sama2 membantu... saudara seislam :)

    ReplyDelete
  4. Itu semua ujian Nya kan kak...

    Apa yg pasti, setiap kali kita merasa kekurangan diri (dan keluarga), kita cepat2 bandingkan diri kita dgn org lain yg lebih teruk nasibnya...dengan cara tu, baru kita dapat rasai betapa banyak nya nikmat yg Allah dah kurniakan kepada kita

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak zakie.


    Syukurlah kita masih lagi bernafas dan beri kesempatan tu hidup.

    ReplyDelete
  6. betolll..setuju...

    sebab tu pregnant banyakka n baca Yusuf n Maryam..^^

    ReplyDelete
  7. salam kak,

    alhamdulillah ...ati selalu bersyukur
    dapat anak2 yang baik :)

    ReplyDelete
  8. tei\rima kasih atas perkongsian ni kak zakie... Allah dah buat elok dah untuk setiap umatnya kan... alhamdulillah syukur dengan setiap kurniaan

    p/s: dulu sy belajar kat UTM skudai, itu yg praktikal kat jb... sy rindu nak g sana..makan makanan johor.. sedap!

    ReplyDelete
  9. kakcik,

    Itulah kakcik ujian diberi untuk melihat sejauh mana kita mampu menerimanya kan.

    ReplyDelete
  10. nurkass,

    Kalau kuat memikul tak ada apalah yg dirasa tapi bila lemah hingga tergoncang iman di dada.

    ReplyDelete
  11. mama maman,

    Hidup yg seketika ini rasanya baik ita berikan sedikit hak kita sesama insan kan.

    ReplyDelete
  12. Daddy Ziyyad,

    Sayangnya kita selalu membanding dgn yg lebih dari kita itu yg selalu diri terasa kurang. Kalau ikut kata doc membanding yg kurang pasti kesyukuran itu tinggi nikmatnya amat benar sekali.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikumsalam CIk Ina DDC,

    Alhamdulillah CIk Ina masih boleh bernafas dan menikmati segala nikmat yg diberi olehNya.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...suka sgt dgn n3 kak zakie ni....

    setiap manusia yg dilahirkan pasti ada kekurangan n kelebihan.....

    ReplyDelete
  15. Ayuraza,

    Bahkan sebelum benih bertapak di dalam rahim seharusnya diiringi doa moga keselamatan dan kesejahteraan berpanjangan.

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikumsalam Ati masrif,

    Betul Ati... kena bersyukur atas nikmat itu.

    ReplyDelete
  17. Hanis MY,

    Banyak sungguh nikmat yg diberikan olehNya kan Hanis.

    p/s: Bila balik nanti bolehlah turun Johor. Inform kakak ye mana tahu masa tu dah bertiga atau ber4 (kalau twin).

    ReplyDelete
  18. betul tu kak...

    segala sesuatu yang kita ada adalah kurniaan dariNya.

    Bersyukur dengan apa yang kita ada, dan cuba perbaiki diri sendiri, moga kita dapat menjadi insan yang lebih baik dan bukan sebaliknya...

    ReplyDelete
  19. Mamamya,

    Kerana itulah Lia kita bersyukurlah kan walau tidak terbaik tapi segalanya indah utk diharungi...

    Tengok mata Firas pun hati dah gembira....

    ReplyDelete
  20. ~Yus~,

    Kadang-kadang malu dgn dri sendiri bila terlalu banyak mohon/meminta dariNya berbanding apa yg kita mampu lakukan sedangkan pemberianNya tidak terhitung banyaknya...

    ReplyDelete
  21. Semua yang disekeliling kita adalah bukti kebesaraan Allah, ia Maha Berkuasa dan Maha Pencipta.

    ReplyDelete
  22. setiap manusia Allah bagi kekurangan dan kelebihan. kadang2 kita je yang tak perasan..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum kakzakie :)

    tiada yang sempurna. tapi hanya Dia. :)

    dikurnia sedemikian rupa agar saling lengkap melengkapi, mudah memudahi.

    tapi...apa yang jadi sekarang?

    yang kaya makin kaya..
    yang miskin makin miskin..
    yang sombong terus haloba..
    yang lemah makin ditindas..

    alaahai..

    astaghfirullah..

    kepentingan dunia. Ujian Dia.

    ReplyDelete
  24. itu lah cara Allah nak menguji hambanya. sekaligus memberi peringatan bahawa kita adalah makhluk yang akhirnya pasti kena bergantung dan berserah segala-galanya kepada Allah jua...

    ReplyDelete
  25. Setuju dengan akak , alhamdulillah amy sentiasa bersyukur.setiap manusia yang dilahirkan pasti ada kekurangan dan kelebihan...

    ReplyDelete
  26. apa-apa pun munna bersyukur dengan kurniaan tuhan pada munna

    ReplyDelete
  27. yang pasti, setiap kurnian-Nya adalah yg terbaekk buat kita...oleh itu bersyukurlah atas setiap kurniaanNya

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum kakzakie :)
    efa setuju dan suka sangat dengan hasil penulisan akk..

    efa bersyukur menjadi seorang anak, dan berazam nak balas jasa dan pengorbanan ibu dan ayah yg tidak ternilai... semoga suatu hari nanti efa juga dapat menjadi seorang ibu yg baik dan di kurniakan anak2 yg soleh.. bersyukur di atas segala Anugerah Allah..

    Jom Terjah Sini :)

    ReplyDelete
  29. ade ketikenye kite terlupe untuk bersyukur dengan ape yang Allah da kurniakan kat kite..

    ReplyDelete
  30. jadi sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur atas segala kurniaan yg diberi.. :D

    saya suka N3 akak ni..

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah..ilmu di hari juma'at..sesungguhnya bersyukur la apa yg kita ada dan nikmati..Allah SWT Maha Mengetahui setiap kejadian..

    ReplyDelete
  32. salam,
    anak-anak amanah, juga ujian utk kita

    ReplyDelete
  33. ana-anak adalah ujian untuk kita

    ReplyDelete
  34. Kunang-kunang,

    Terlalu banyak kurniaan dan kebesarannya untuk dinilaikan. Terima kasih Kak Ani...

    ReplyDelete
  35. Noor Fatin,

    Benar Fatin, itulah kita kena buka hati dan mata kita luas-luas...

    ReplyDelete
  36. Wa'alaikumsalam sar,

    Paling takut bila ujian Allah berikan dengan kemewahan, kecantikan dan serba-serbinya baik belaka sehingga lalai. Ujian itu sebenarnya lagilah besar kan sar.

    ReplyDelete
  37. gadisBunga,

    Sayangnya banyak yg peringatan utk kembali bila diri telah tersungkur. Moga tidak kita GB ye...

    ReplyDelete
  38. Amy Syaquena,

    Kelebihan dan kekurangan adalah kehandak dariNya yg kita tidak ketahui mengapa. Sebagai hamba kita kenalah redha dan bersyukur.

    ReplyDelete
  39. munna,

    Alhamdulillah munna. Segalanya dtg dariNya jua kan...

    ReplyDelete
  40. ajumohit,

    Itulah yg sebaik-baiknya aju. Redha dan ingat kita terlalu kerdil...

    ReplyDelete
  41. Wa'alaikumsalam efa nur,

    Gembira juga kakak bila dlm hati efa ada tersimpan sebagimana yg terluah itu. Insya-Allah efa boleh jadi anak/ibu yg baik....

    Bila nak jadi ibu? Belajar dulu ye...hehehe....

    ReplyDelete
  42. Penjejak Mimpi,

    Itulah PM sifat kita yg mudah lupa. Bila berkehendak tak malu-malu berdoa hingga menitis airmata....

    ReplyDelete
  43. makdara TERdiva,

    Bersyukur ye MDT kerana anugerahNya tidak terhitung oleh kita.

    ReplyDelete
  44. Norhafiza,

    Bila kita bersyukur sebenarnya DIA akan tambah lagi nikmatNya pada kita. Kenalah kita bersyukur selalu ye No...

    ReplyDelete
  45. Wa'alaikumsalam Tiraihati,

    Anak juga amanah yg perlu dijaga kerana kelak kita akan dipertanggunjawabkan sekiranya salah asuhan...

    ReplyDelete
  46. pB,

    Moa ujian Allah berikan biarlah yg mampu kita tanggung ye pB...

    ReplyDelete
  47. besttnyerrrrrrrrrr entrii nierrrr...

    ReplyDelete
  48. kurnian tuhan semua kak...
    sudah semestinya kita bersyukur dengan apa yg ada...

    ReplyDelete
  49. entry yang sgt menyentuh hati.. setiap kejadian Allah itu ada hikmah disebaliknya.. Syukur Alhamdulillah dengan segala kurniaanya..

    ReplyDelete
  50. lalink7,

    Ermm... kita renungkan ye Husz..

    ReplyDelete
  51. miloais,

    Itulah maha mengetahui Allah yg kita tidak ketahui disebalik apa jua yg terpapar depan mata kita.

    ReplyDelete
  52. Hanis Azla,

    Semoga kita sentiasa merapak rasa syukur kepadaNya kerana terlalu banyak nikmat yg telah diberikan pada kita kan...

    ReplyDelete
  53. haruslah kite sering mnsyukuri setiap nikmat yg diberi dan redha pada setiap musibat yg melanda...renung2kan dan selamat beramal....

    ReplyDelete
  54. hebat n3 berisi dan puitis
    setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan...

    ReplyDelete
  55. Ayat inilah yg menjd panduan dlm menangani ank2..buat sy bersyukur dn elak riak dgn kejayaan mereka dan tetap menerima setiap kegagalan mereka dgn redha..sebolehnya sy cuba tdk menunjukan kekecewaan ketika mrk gagal sbb sy pasti mereka lbh lg kecewa jika gagal..

    ReplyDelete
  56. tiada anak juga satu ujian dlm kehidupan kak...bersyukurlah mereka yg dianugerah anak...Allah tidak akan menguji hambanya melainkan mereka yang sabar saja diberi ujian....semoga kita semua sabar dan tabah menghadapi ujian dlm kehidupan,btw tq sharing kak..:)

    ReplyDelete
  57. moga saya menjadi seorang anak yang baik pada ibu dan ayah walaupun saya ni nakal...huhu

    ReplyDelete
  58. semoga saya pun di kurniakan anak2 yang soleh

    ReplyDelete
  59. Kak Zai sentiasa bersyukur dengan apa yang di anugerahkah oleh Allah SWT.
    Apa saja yang ada pada kita hanyalah pinjaman.

    ReplyDelete
  60. sekali tu terkesan n terkesima bila terserempak sepasang suami isteri yang buta dipimpin si anak dara ya ng elok bertudung labuh manakla anak lelakinya yang masih remaja berserban pulak tu... iskh! terfikir camana la dia dapat mendidik anaknya sebegitu...

    ReplyDelete
  61. sokong kakZ.mak slalu pesan pd anak2nya. Nanti bila kamu dh ada anak jagn beza2kn..syg @ mrah pd anak biar sma rata. Adil coz kita x tau sape yg akn jg kita bila tua nant.. Sya Komen dr langkawi. Hihi.

    ReplyDelete
  62. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    اسلام عليكم
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    sejarah honda civic ej @ ek

    Jika anak dibesarkan dengan celaan
    Ia belajar memaki

    Jika anak dibesarkan dengan permusuhan
    Ia belajar menentang

    Jika anak dibesarkan dengan cemoohan
    Ia belajar rendah diri

    Jika anak dibesarkan dengan toleransi
    Ia belajar jadi penyabar

    Jika anak dibesarkan dengan dorongan
    Ia belajar percaya diri

    Jika anak dibesarkan dengan pujian
    Ia belajar menghargai

    Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan
    Ia akan terbiasa berpendirian

    ReplyDelete
  63. Pasti ada hikmahnya segala yang Allah jadikan. Allah mahu kita berfikir..kan kak?

    ReplyDelete
  64. Tuhan tahu segalanya .Dia tahu apa yg terbaik buat kita.

    ReplyDelete
  65. salam kakzakie...sebut pasal anak..
    teringat diri yang serasa macam sering mengabaikan ibu lantaran jarak yg memisahkan...

    ReplyDelete
  66. Kalau lah kita boleh menentukan acuan generasi kita....



    Aku Teringin Nak Join Rewang...

    ReplyDelete
  67. Ieqa Rahim,

    Sentiasa melihat dgn hati dan mata yg telah diberikan kurniaan ini kepada kia ye Ieqa.

    ReplyDelete
  68. SUD@IS,

    Kenalah kita sentiasa muhasabah diri kita ini

    ReplyDelete
  69. Saniah,

    Kadang-kala hati dirasuk perasaan iri melihat anak org jauh lebih maju berbanding anak kita anpa kita ketahui mesti ada pengajaran yg Allah nak tunjuk sebenarnya kan...

    ReplyDelete
  70. Nieza,

    Ada anak atau tidak tetap ujian pada kita sebenarnya. Mendidik bukan hanya dgn wang ringgit yg kita mampu tapi meliputi segala-galanya....

    ReplyDelete
  71. Mohamadazhan,

    Berdoa sambil berusaha dik itu lebih baik dan mestinya ibu-bapa akan lebih bahagia...

    ReplyDelete
  72. eelobor,

    Insya-Allah Ee, Muaz masih terlalu kecil utk dibimbing, mudah mengikut.

    ReplyDelete
  73. Zaitun,

    Alhamdulillah ye Kak Zai anak Kak Zai pun kakak lihat memang tidak menimbulkan masalah. Moga berterusan hendaknya.

    ReplyDelete
  74. yang penting anak2 tidak melanggar suruhanNYA dan berjaya dalam hidup baik du dunia mahupun akhirat.

    ReplyDelete
  75. Salam kakzakie,

    anak itu juga cuma pinjaman, bukan hak milik kekal kita tapi terkadang kita terlalu tamak.. apa yang Allah dah beri kita rasa masih tidak mencukupi lalu keluarlah kata-kata, " kenapalah anak aku macam ni.. tak macam anak orang tu..."

    ReplyDelete
  76. cemomoi,

    Benar kakak nampak ibu-bapanya cacat fizikal berjual pisang goreng tepi jalan, tapi tak sangka anaknya punyalah hebat, semuanya menjadi pelajar cemerlang. Penampilan amat sejuk mata memandang. Itulah bila pegangan agama menajdi tunjang dlm hidup mereka....

    ReplyDelete
  77. dwaty,

    Kita sebagai ibu mesti juga mahu menjadi ibu terbaik buat anak-anak kita dwaty.

    Wah... masih di sana ye. Sampai esok kan. Selamat berseminar :)

    ReplyDelete
  78. Afzainizam,

    Lahir memberi seribu makna
    tangis dan tawa membawa bahagia
    mendidik membesar berlandaskan agama
    insya-allah kejayaan dikecap enak segalanya
    kerana itulah tunjang segalanya
    itulah sasaran semua ibu dan bapa

    ReplyDelete
  79. Afida Anuar,

    Benar sekali Fida. Akal diberi sempurna kena gunakan sebaik-baiknya

    ReplyDelete
  80. hani@debumelukut,

    Hati berkata Allah tahu segalanya tapi kekadang usikan rasa menggamit hati kecil juga cikgu....

    ReplyDelete
  81. Wa'alaikumsalam suri solehah,

    Asal jangan kita abaikan terus mereka suri. Ingatan dan sesekali berkunjung pasti dia maklum tuntutan hidup juga perlu kan...

    ReplyDelete
  82. Azieazah,

    Kakak sambung AA....
    alangkah baik dan mestinya segalanya berjalan mengikut peraturan

    ReplyDelete
  83. kakpah,

    Benar kakpah kalau bijak tanpa pengangan agama akan musnah jua di akhirnya. Dunia & akhirat mesti diseimbangkan..

    ReplyDelete
  84. Wa'alaikumsalam Che Mid,

    Kerana sesungguhnya dlm hati kita pun syaitan tetap menggoda. Rasa kurang itu sukar dikikis. Namun yg penting kembalikan semula diri kita ke arah sedar walau sering ia datang.

    ReplyDelete
  85. Bersyukur dan hargailah dengan apa yang ada. Setiap manusia yang dilahirkan pasti ada kekurangan dan kelebihan. TERIMALAH SEADANYA...

    ReplyDelete
  86. Allah itu maha adil..setiap kekurangan...pasti ada kelebihan..begitu la sebaliknya..

    kita sebagai hambanya...perlu la sntiasa bersyukur dgn kurniaang bagi Nya..

    Allah knows best.. :) :)

    ReplyDelete
  87. assalamualaikum,

    begitulah indahnya ciptaan tuhan....kita salaing memerlukan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  88. akak syg,,

    sega|anya tiada yg sempurna,
    begitu|ah caranya A||Ah mendidik kita untuk sa|ing bergantungan sesama kita, dan berbaik-baik sesama kita,,

    ReplyDelete
  89. best la entry nih....semuanye ketentuan Allah kan....

    ReplyDelete
  90. Aslmkm.
    Dunia adalah tempat persinggahan di mana manusia akan diuji tahap keimanan mereka untuk menentukan imbalan kekal di SANA nanti.
    Demikian janji Allah SWT.
    Semuanya dinyatakan di dalam Al Quran - semua apa yang ada & berlaku di Dunia adalah bukti tentang Kekuasaan & KebesaranNYA jua.

    ReplyDelete
  91. Cikgu Tie,

    Seelok-eloknya begitulah cikgu. Kena banding dgn yg kurang baru sedar betapa bersyukurnya kita...

    ReplyDelete
  92. nabila_2908,

    Bersyukur dgn apa yg diberi dan redha ujian yg diturunkan ye nabila.

    Right... Allah knows that hidden behind what was happened.

    ReplyDelete
  93. Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

    Kita diberi akal yg seharusnya berfikir ya cikgu atas setiap apa yg telah diberikan pada kita

    ReplyDelete
  94. Mutiara Bernilai sayang...

    Itulah usah mengeluh bila ada yg minta izin utk menjadikan kita tempat bergantung walau ada kala terasa seakan-akan beban ye MB...

    ReplyDelete
  95. Papa Mifz,

    Ketetuan Allah yg perlu kita terima dgn hati terbuka...

    ReplyDelete
  96. Wa'alaikumsalam DDrfauziah,

    Cuma ada kalanya kita seakan-akan tewas dgn ujian itu Kak G. Moga dengan keimanan yg sentiasa dibajai kita tabah menerima apa jua ujian dariNya...

    ReplyDelete
  97. salam petang~ keberuntungan saling berbeza namun kite tetap bertuah punya akal yang sama...tetap indah disisiNYA,

    ReplyDelete
  98. saya bersyukur kak dgn anugerah amanah allah kpd saya yg 4 org itu..

    ReplyDelete
  99. alhamdulillah....

    suka baca entry neh...

    ada jugak kena dengan diri ini....

    ReplyDelete
  100. Salam akak...
    Saya terlambat akak...he.he..
    suka sangat baca N3e ni..akak bab menulis memang pandai...tersentuh sangat..semoga anak2 saya akan menjadi orang2 yang berguna kak...pada ibubapa..agama, bangsa dan negara...

    ReplyDelete
  101. selalu lah dekatkan diri pada Allah SWT ,
    semoga hidup kita diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT..
    anak2 lah harta benda yg tidak ternilai..

    ReplyDelete
  102. salam k zakie,
    terlewat aby buat reply,
    bercakap psl anak2 ni,

    kadang2 ibu bapa org yg hebat tp anak tk jadi org,

    contoh crita nabi noh as,
    anak dia tk ikut cakap ayahnya.
    crite nabi Yakob,
    tolak nabi yusuf dan bunyamin, yg lain anak2 nya jahat2 belaka.
    bukan sahaja depa cuba bunuh nabi yusuf, ayah mereka pun ditipu bulat2 ..
    kesimpulannya,
    mendidik anak2 ni pun satu ujian allah,
    klu nabi pun diuji dalam mendidik allah, ni kan pula insan mcm kita ni ...

    ReplyDelete
  103. Setiap anak anak kelebihan dan kekurangan..kdg2 kita ibubapa telah cuba yg terbaik tetapi dugaan dari Allah tiada siapa yg dapat menjangka..hanya sentiasa berdoa muga2 anak2 kita menjadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  104. suke dgn cite akak kali nih... betul sgt2... sume yg terjd sntiasa ada pro n contrasnyer tp msh ada baik n brknyer juga...

    ReplyDelete
  105. Bimbangnya bila fikir tentang anak-anak. Juga para anak kepada anak-anak. Mangan turu dadi rak enak. Ndas weteng dadi rak penak. Ngetan ngulon kabeh diterak.

    Namun, kita tetap berdoa, semoga mereka tak hidup bubrak.

    ReplyDelete
  106. salam kak zakie,

    setiap anugerah kurniaan Allah semuanya ujian buat kita..terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi ujian itu..

    ReplyDelete
  107. @ Mommylavendar : Moga kita dapat menggunakan minda dgn kawalan terbijak dan terbaik

    @ sarah-najwan: Mahu terbaik menjalankan amanah yg Allah beri pada yg 4 itu ye cikgu

    @ Miecyber: Rezeki yg ada kalanya diuji sejauh mana kita sedar ye Mie...

    ReplyDelete
  108. @ JARI YG TERBARAI: Alahamdulillah dik..

    @ LiFe KaMi: Moga dapat menjaga yg terbaik atas nikmat dan zuriat yg diberi olehNya LF

    @ Aby: Benar aby mengambil contoh nabi Yaakob memang jelas bagaimana anak yg engkar lebih ramai dari yg baik. Ujian menjaga dan mendidik bukan perkara mudah

    ReplyDelete
  109. @ Nyanyisunyi: Bila ujian datang kemampuan mestilah berserah padaNya. Moga kita tidak diuji dgn ujian yg tidak mampu kita pikul ye

    @ Umi Aleya Sofea: Terima kasih Liza...

    @ norhidana: Yg baik kita jadikan panduan yg buruk jadikan sempadan

    ReplyDelete
  110. @ Temuk: Wes gede orak ngerti susah wong tuo, sek cilik ngertinya njalok ojo, Mogo pengeran kerungu dongo kito, anak orak nyusahke wong tuo, Kabeh saling mohon ngapuro....

    @ Anitare: Moga kita dapat mencari jalan terbaik atas setiap ujian yg diberi Anita ye...

    ReplyDelete