Setelah masing-masing mendapat apa yang dihajati kereta meluncur laju menuju destinasi biasa. Restoran Singgah Selalu yang kini boleh membuat orang sesat-barat kerana proses menaik-taraf jalan tidak siap lagi tetap di singgah juga. Kesempatan sebelum naik sekolah kami makan sekeluarga di situ. Kakak yang sulung pun sudah balik asrama semalam dan tinggallah dua beradik di rumah. Bila sekolah pula kelas tuisyen mereka membuatkan jadual padat. Malam itu semua makanan ditempah mengikut selera anak-anak.
Kwee-teow goreng tomyam - Sudah ada nasi Nurienne masih mahu juga kwee teow favourite dia. Makan dua sudu baki bungkus. Katanya tidak macam selalu. Mesti tukang masak lain.
Toufu - Masak apa lupa namanya. Tapi yang jelas rasanya lazat di tekak keluarga kami
Adik - Kenyang perut suka hati, Upin-Ipin teman sejati
Gelap - Bersebelahan pintu keluar ini ada disediakan shisha. Teringat macam di Mekah. Ramai Pak Arab hisap shisa. Di sini pun ada juga orang hisap shisha, api orang Melayau-Cina-India. Hendak ambil gambar mereka rasa kurang selesa pula. Amboi dia punya bau boleh pengsan!!
Udang butter - Walau sebenarnya kami suka serunding butternya tapi udang pun habis juga.
Shark-fin sup - Kak Nurienne sedang agihkan masuk mangkuk-mangkuk kecil
Adik punya - Adik minum air saja yang lebih, makan semua tidak habis. Sup ini pun dia sentuh sesudu-dua.
Baby squid - Masak black pepper tapi kurang sedap dan tidak habis kami bungkus bawa balik
Siakap stim nyonya - Ini favourite kami sekeluarga. Habis licin sampai kuahnya tidak bersisa.
Shark-fin sup - Kak Nurienne sedang agihkan masuk mangkuk-mangkuk kecil
Adik punya - Adik minum air saja yang lebih, makan semua tidak habis. Sup ini pun dia sentuh sesudu-dua.
Baby squid - Masak black pepper tapi kurang sedap dan tidak habis kami bungkus bawa balik
Siakap stim nyonya - Ini favourite kami sekeluarga. Habis licin sampai kuahnya tidak bersisa.
Kenyang - Sementara tunggu papa bayar bill. Lihat atas meja ada plastik merah itu bungkusan makanan yang tidak habis kami bawa balik.
Adik - Kenyang perut suka hati, Upin-Ipin teman sejati
Gelap - Bersebelahan pintu keluar ini ada disediakan shisha. Teringat macam di Mekah. Ramai Pak Arab hisap shisa. Di sini pun ada juga orang hisap shisha, api orang Melayau-Cina-India. Hendak ambil gambar mereka rasa kurang selesa pula. Amboi dia punya bau boleh pengsan!!
~ bila makanan sedap dirasa, makan habis tidak bersisa; tetapi bila kurang enak di rasa bungkus saja dan dibawa balik walau bila tiba di rumah belum tentu dijamah setelah dipanaskan ~
assalamualaikum kak :)
ReplyDeleteuih..banyak yang tak habis dari yang habis ye kak. ~eheh.
saya belum sarapan lagi .. bila tengok gambar2 tu, terus perut saya menjadi lapar. nak pergi cari makanan kejap.
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletecantik restoran tu
ati semalam makan di rumah daddy ziyyad..hehe
Tengok gambar memang menyelerakan. Mari kita makan sementara Allah masih bagi kita makan.
ReplyDeleteKak, sedapnya mknan2 tu...lapar jadi nya...terus nk gi bancuh air milo nk sarapan hehehe
ReplyDeletekakzakie..makan malam sebelum semuanya sibuk semula kan..
ReplyDeletekoey teow goreng tomyam~~sedap kah kak?
ReplyDeleteoo tk habis tu kena bagi yana jawabnya tu :P
ReplyDeleteKakcik suka toufu tu. Walaupun namanya Singgah Selalu, kakcik baru berpekuang singgah sekali sahaja. :)
ReplyDeleteSemua nampak lazat.. meriah dgn makanan,betul tu kak,kdg2 tak abis kita tapau tp bila dh smpai rumah tak tahu bila nak mkn,nk perangat semula huhu...
ReplyDeleteWow...sedapnyer....
ReplyDeleteBasikal elektrik boleh lipat
saya suke shark-fin sup tu... yumyumm
ReplyDeleteerkk..
ReplyDeletetak pernah lagi makan shark fin sup tu..camne rasanye kak zakie..hehe
seronok mkn satu keluarga kan..bertambah harmoni..
"part yg best tu ialah bungkus bawa balik...sama mcm saya dulu2 ms ank2 kecik mkn tak habis...bungkus.Yelah kita dah bayr kan..lagipun kalau buang membazir..Skrg ni kalau oder memanjang habis licin..."
ReplyDeleteas salam n selamat pagi kak.....^___^
ReplyDeletelia setuju btl dgn kata2 akak yg last sekali tu...kerap juga bila makan kat luar kami bungkus makanan yg x habis di makan kat sana...tp bila dah smpi umah...kdg2 t'buang juga..w'pun hati berat nak 'menghantarnya' ke tong sampah.....
kdg2 lia ni ler yg jadi tukang perabis makanan tu...anak2?? mmg tidak ler dia nak makan bila dah smpi umah.....
kalau tak di bungkus ralat jugak, tp bila dah berbungkus tu, kadang duk diam dlm petiais, esok dah buang jugak
ReplyDeleteAssalamualaikum dan selamat pagi kak.. Sedap2 nye makanan tu.. Terliur tgk pagi2 ni hehe.. :)
ReplyDeleteWah akak!! Lapar terus...saya tengah puasa ni..huhu.
ReplyDeleteSabar..sabar...:)
Toufu tu nampak menyelerakan. Alhamdulillah negara kita ini memang mewah dengan makanan.
ReplyDeletemmm...bnyk juga yg tak habis...
ReplyDeletekalau yg tk habis tu..di renovate sikit...sedap kot rasanya... ;)
makan kak selagi boleh makan..yan tak dapat nak makan sbb makan je luar blik..alahan teruk...
ReplyDeleteWa'alaikumsalam sar,
ReplyDeleteItulah bila ikutkan selera anak-anak. Kakak pulak kena control sikit maklum perut nak mencerna lambat...
al-lavendari,
ReplyDeleteKesiannya tuan belum makan lagi ye. Silakan cari makanan dulu...
Wa'alaikumsalam Ati Masrif,
ReplyDeleteOh... yelah semalam kan ada majlis aqiqah si comel DZ. Mesti best kan...
YB,
ReplyDeleteAhlamdulillah rezeki terlalu murah diberi buat kita sementara ini. Ingatan juga buat sebelum sakit...
ajumohit,
ReplyDeleteKalau ikut selera semua sedap aju. Tapi last nanti yg menghabiskan mama-papa dia juga
Acik Erna,
ReplyDeleteBetullah Acik. Hari sekolah susah nak keluar masing-masing ada kegiatan dan susah nak kumpul semua.
Bujal x,
ReplyDeleteAnak sulung kakak suka benar apa saja yg bertomyam. Selalu dia order menu itu tapi kali ini tak habis katanya tak sedap...
Maya Mayana,
ReplyDeleteSemalam kakak dan perangatkan dan sebahagiannya dan masuk tong sampah juga sudahnya...
wohaa...sedapnye menjamu selere
ReplyDeleteKakcik,
ReplyDeleteEh... kakcik sampai JB bila tu? Kenapa tak call kakak. Bestnya kalau dapat jumpa...
~izan~,
ReplyDeleteBenarlah itu lumrah kita sama saja...Mula rasa sayang, tapi last buang juga.
Miecyber,
ReplyDeleteKalau lapar Mie semuanya sedap.
My Little Diary,
ReplyDeleteSamalah anak-anak kakak... Tapi malam itu adik kurang minat sebab tak sihat
nurkass,
ReplyDeleteMeh sini kakak belanja Kass. Mesti anak-anak kakak suka kalau dapat jumpa Kass. Mereka ada baca N3 Kass yg kakak suruh mereka hayati tentang api neraka...
Piasara,
ReplyDeleteKakak rasa sebab anak-anak pun perempuan jadi makan tak banyak tapi selera semua jenis nak rasa inilah jadinya Pia...
Mamamya,
ReplyDeleteKita samalah Lia. Kakak selalu fikirkan sayang rezeki jadi mama & papanya makanlah. Tapi kita pun banyak mana nak masuk, last buang juga Lia...
sayang-sayangibu,
ReplyDeleteBila masuk petiais dan panaskan rasa pun dah tak fresh itu yg membazir kan.
Wa'alaikumsalam wa khairul onggon,
ReplyDeleteSedap memang sedap khairul. Mehlah turun JB sesekali menikmati makanan Johor :)
~yus~,
ReplyDeleteEh... sabar Yus. Sorry juga tertayang hari Isnin yg mana ramai org berpuasa.
Ann Huda (Ate),
ReplyDeleteBenar sekali, kalau di sepanajang Danga Bay ini waktu malam rancak dgn org makan-makan tak henti sampai larut malam...
nabila_2908,
ReplyDeleteAda juga yg kakak renovate nabila. Kwee teow kakak tambah sawi dan taugeh lepas tu kakak & abang makan :)
chichi,
ReplyDeleteAlahai kesiannya. Tak pe bila lepas saja pantang, hmmm.... bolehlah menala kan :)
shazika,
ReplyDeleteMenjamu shaz sebelum sekolah hari ini...
sesekali bolehlah tapau-menapau tp kalau dah hari2 bosan gak
ReplyDeletesilap gaya rambut pun hilang sbb byk sgt mkn ajinomoto..hehe
Ini restoren feberet kak Zai bila ke Johor wajib singgah.Makanan wajib order toufu memang sedap.
ReplyDeleteassalamualaikum kak zakie..sy tak phm napa org suka hidap syisha nie..dia mcm rokok kan..membahayakan kesihatan huhuhhh
ReplyDeleteayu tak pernah makan kat situ.. bila layan gambar kak sklrg.. terus rasa nak kesana 1 hari nanti...........
ReplyDeletekak.. bab syisha tu,, dah jatuh hukum.. syisha tak boleh di hisap kan.>
dah lama tak perkena shark-fin, brapa hengget kat sana?
ReplyDeleteDah lame x makan luar kalau nak makan kena tunggu time birthday nanti hehehe..
ReplyDeletekenapa saya macam sangat familiar dengan nama Restoren Singgah Selalu tu ye?
ReplyDeletesedpnya kakkk kecur liur dibuatnya...
ReplyDeletep/s: akak... terima kasih ajar bahasa baru...
Assalamualaikum kak..
ReplyDeleteSemuanya nampak sedap jer...
makdara TERdiva,
ReplyDeleteKakak jarang makan luar. Even waktu kerja pun kakak either bawa bekal atau masak. Bilik kakak ada small kitchen tau :)
Zaitun,
ReplyDeleteTempat ini mudah disinggahi sebab duduk di tepi pantai dan laluan utk ke Bandar dan S'pore itulah agaknya dia dapat nama itu.
Wa'alaikumsalam Sahrom,
ReplyDeleteEntahlah shah... bau rokok pun kakak dah tak tahan (sebab bapak dan hubby kakak tak hisap rokok) jadi bau dia nie lain macam, samapi anak kakak kata iut dadah ke papa?...
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteAyu kalau nak makan jangan makan di ruang terbuka. Boleh pengsan bau shisha tu. Makan di dalam yg ada airconditioner mereka tak masuk.
....dah diharamkan tapi kalau Ayu lihat bila ke sini, masa keluar saja sebelh kiri ada satu tempat semuanya besar-besar dan tinggi macam lampu aladin...
cemomoi,
ReplyDeleteAlahai kakak tang makan biasanya tak tanya satu-satu harga. Bila dapat bill bagi card... Tapi kakak rasa mana-mana lebihkurang kot...
suka word SESAT-BARAT..lama tak dengor
ReplyDeleteAmy Syaquena,
ReplyDeleteKakak makan nie sebab yg sulung dah nak balik asrama siangnya (semalam) so itulah kami makan di sini selepas membeli barang-barang anak juga...
gadisBunga,
ReplyDeleteKalau di JB paling besar di sini dan ada lagi di KipMart tampoi. Tapi kakak selalunya ke sini....
Hanis MY,
ReplyDeleteTunggulah balik M'sia ye Hanis. Or else masak sendiri, tapi makan berdua tak berbaloi kan....
p/s: bahasa baru kehkeh....
Wa'alaikumslaam Abd.Razak,
ReplyDeleteRezeki anak-anak ust. sebelum mereka mula sekolah hari ini...
IMANSHAH,
ReplyDeleteLa... apalah cikgu nie. Kenapalah org dulu tak pilih sesat-timur ye:)
Assalamualaikum kak zakie,
ReplyDeleteSesekali makan kat luar ngan anak-anak bestkan. cam selalu je cik ina dengar nama restoran singgah selalu kat tv. nuri sama ngan cik ina suka kueh teow. kenapa ye banyak yang suka stim nyonya tu termasuk family cik ina? cik ina suka hirup kuah ikan tu.
Salam..
ReplyDeleteSy jarang pegi restoran Singgah Selalu ni..sedap ke makanan kat sana? Ini yg dekat Danga Bay tu ke?
Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,
ReplyDeleteSesekali sebelum sekolah bermula Cik Ina. Oh ye ke? sebab kuah ikan stim kan sedap makan dgn nasi putih. Selera keluarga kita lebih kurang la ye. Macam teringin nak makan sama-sama...
Wa'alaikumsalam Rina AVAIL,
ReplyDeleteBiasanya selepas shopping singgah dan makan pilih saja yg kita suka macam-macam ada di sini.
Betullah yg dekat Danga Bay rina. Keluarga kakak suka ke sini....
OMAIGOD!!!maveles maveles.....
ReplyDeletemy perut like ur pic...hehehe....
beznyer kakzakie....sumenyer mnyelerakannnn...yummmmyyyyyyy.....
superbnya hidangan akak sekeluarga..
ReplyDeletexpenah saya sefamili makn gaya gtu..padahal saya ni kureng reti bab nk mengorder mcm tu..huhu
BSB pun kadang2 malas nak masak..makan kat luar jerrr.
ReplyDeletetadi niat tak nak dinner mlm ni, berdiet lah konon. tapi dah tersinggah dan tertenggok makanan terhidang ni, ubah fikiran terus.
ReplyDeletesalam kak..kebetulan tgh posa..tengok tofu tu..kecur liur ni kak..huhu
ReplyDeletekakpah baru lepas makan nasi kandar ni. pergh!!!
ReplyDeletesesat-barat eh kak? sesat timur takde? he he..
ReplyDeleteklu fida ada, fida boleh tolong habiskan makanan2 yg tak habis tu..errr.. hehehe...
kat mana restoran singgah selalu tuh akak?
ReplyDeletesalam k.zakie...w/pun ucu dah mkn malam...kecur jugak air liur bila tengok siakap stim nyonya tu....
ReplyDeletenak ditinggalkan terasa sayang tapi bila ditapau... bawak balik selalunya buangg juga ..kan
ReplyDeletemakan besar kakzakie sekeluarga ye..seronok anak2
Ieqa Rahim,
ReplyDeleteSemua itu ikut selera anak-anak kakak Ieqa. Kakak asal ada sayur dan ikan utk lawan nasi putih dah cukup :)
sarah-najwan,
ReplyDeleteTempat ini dah selalu singgah cikgu sebab itu bila buku menu diberikan masing-masing order apa yg dia suka. Kakak makan saja :)
Be Simple Beb,
ReplyDeleteBila hari sekolah anak-anak dah susah nak kumpul BSB itu sehari sebelum sekolah kami makan bersama. Esoknya kakak sulung dah balik asrama...
hani@debumelukut,
ReplyDeleteHurm.... dah hilang niat nak berdiet ye:) Makan sikit sebagai alas perut saja tak apa
Wa'alaikumsalam Suri solehah,
ReplyDeleteAlahai kesiannya. Sorry ye suri tak terniat nak mengecurkan tau:)
kakpah,
ReplyDeleteNasi kandar wow, kakak pun suka juga lagi kalau kena kari kambing dia best...
Afida Anuar,
ReplyDeleteSesat-timur hehe... kita cipta sendiri boleh tak?
Kalau anak-anak kakak dah besar panjang macam Fida mesti boleh habis agaknya. Tunggu 5-6 tahun lagi...
eelobor,
ReplyDeleteBerdepan dengan Danga Bay Ee... Kalau hendak ke JB letaknya di sebelah kiri jalan....Hanya dibuka pada waktu malam saja.
Ucu Faridah,
ReplyDeleteStim nyonya memang kami sukalah Ucu. Kalau makan mesti order ikan stim... tak boleh miss
ibuintan,
ReplyDeleteItulah ibuintan... selalunya begitu. Tapi kali ini kwee teow itu kakak ubah-suai dan kakak makan dgn hubby. Lainnya tahu sendirilah...
herumi,
ReplyDeleteTerima kasih sudi bertandang :)
kak..terliur sungguh bila tgk gbr mkanan nih huhuhuh
ReplyDeletewahh kemain lagi makan..
ReplyDeletemakan besar ni yer kak..
bestnya... ^^,
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Sejarah mitsubishi lancer dan enjin mivec
udang butter tu mmg my feveret kalau takat 20 ekor saya sorang aje ngadap... tang syisha tu mmg ramai yang masih hisap walau pun amat berbahaya ngalahkan hisap rokok
Aslmkm.
ReplyDeleteKita ni memang cenggitu kan?
Bila keluar berjamu selera, rasa macam semua nak makan.
Hujungnya, macam2 tak habis. Kalau sedap pun, perut bukannya besar sangat!
Jika bungkus bawa balik, selalunya nanti beri pada 'cik nah' juga! Tak gitu? :)
butter prawn! best2..
ReplyDeletemutiara suka sangat,,
restoran singgah selalu tu, ade 3-4 kali mutiara p mase belajar kat utm skudai dulu :)
aritu saya makan kat situ...
ReplyDeleteboleh tahan sedaplah jugak..
wah sungguh menyelerakan makanan2 itu...
ReplyDeleteya ampunnn..byknyer lauk! yg pling best udang mentega tu..kecur air liur tgk gmbr udang tu. :)
ReplyDeletebyknya makanan! nyum2
ReplyDeletenoor,
ReplyDeleteSesekali kakak tunjuk noor, bukan selalu:)
cik pulau,
ReplyDeleteBukan makan besarlah sayang.... Saja sebab anak-anak nak naik sekolah dah tak boleh jalan malam lagi...
Afzainizam,
ReplyDeleteKakak pun suka udang butter juga. Kakak suka serunding butternya
hai sis
ReplyDeletesalam perkenalan
follow me back
Wa'alaikumsalam DDrfauziah,
ReplyDeleteTapi at least tak buang terus Kak G. Ambil bungkus dulu. Dah betul-betul tak nak barulah ke cik nah :(
Mutiara Bernilai,
ReplyDeleteKenapalah dulu kita tak kenal ye? Kalau dari dulu kan ke bagus MB. Mesti tiap kali nak pergi kakak ambil MB dulu keluar sama:)
Queenie,
ReplyDeleteOh ye ke? Ramai org sentiasa kan.
Queenie,
ReplyDeleteOh ye ke? Ramai org sentiasa kan.
salam kak zakie..kenyangg perut saya baca entri akak niee..alahaii..hehehe
ReplyDeletePapa Mifz,
ReplyDeleteJom datang sini sesekali ubah selera...
Ummi Aleysa Sofea,
ReplyDeleteMasa makan tak ingat kolestrol dah. Masing-masing ikut selera....
NOOR FATIN,
ReplyDeleteNak cuba Fatin datanglah sini :)
Anum,
ReplyDeleteHai... anum terima kasih dari kakak.
lalink7,
ReplyDeleteNampak makanan kalau tengah lapar mesti geram kan. Tak apa Husz carilah disana lagilah banyak kan...
alhamdulillah kenyang..masih diberi nikmat makan oleh Allah
ReplyDeletewah....seronoknya makan besar dgn family....
ReplyDeletebestnya... kumpul 1 family... makan2...
ReplyDeletekalo pesen iols... yg iols bawak balik bila ada lebih - sokmo iols akan tambah apa2 yg kurang bila di panaskan balik...
ReplyDeletehiks
amboi kak, pose2 nie terasa terancam dengan hidangan mavelos nie...
ReplyDeletep/ssst...kat mana lokasi nie????
Assalamualaikum.
ReplyDeleteDalam cuti sekolah ini tadi saya juga berkesempatan bawa keluarga makan-makan di restoran. Biasalah tu, anak-anak yang sibuk memilih menu dan semuanya nak dicuba.
Mama dan abahnya terpaksa bertungkus lumus pula membantu 'melicinkannya'.
Anak-anak minum air sahaja dah kekenyangan...
Walau selalu diingatkan bahawa 'pembazir itu bersaudara dengan syaitan', tapi tetap berulang kerana tak dapat kawal nafsu melihat menu yang 'luarbiasa'.
Memang seronok kalau sekali sekala, terutama masa cuti.
TQ
As-Salam KAKZAKIE
ReplyDeleteAda orang Jember (Jawa Timur) pernah kata kat saya, masyarakatnya pegang nilai "Mangan orak mangan, asal kumpul". Kita lain sikit ya, Kakzakie? - "Mangan mesti mangan, angger kumpul!" Hihihi.
Walau apa pun, boleh kumpul & mangan adalah rezeki Allah. Dan kita tetap bersyukur kepada-Nya.
salam kak,
ReplyDeleteshisha tu sedap gak sebenarnyer, cuma bau die jadi lain mcm pasal kadang2 kite campor perisa macam2... lagi best hisap rokok hahahha
Hoih!
ReplyDeleteMahal ni...
berapa habis?
Tengok gambar pon da menyelerakan apatah lagi bile merasanye.. Hehehehehe
ReplyDeleteTapi dalam sume tu hanye kueytiow dan udang butter menjadi pilihan.
redza,
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah redz...
@ munna: yalah munna anak-anak kumpul dapatlah bersama. sekarang dah sekolah susah sikit
ReplyDelete@ dwaty: kumpul 1 family tuk makan-makan :)
@ miloais: itulah milo, kwee teow itu kakak modified sebelum makan
@ ainhany: Apapun dah berlalu ain. Masa ini sehari sebelum naik sekolah
ReplyDelete@ Admin P@P: Wa'alaikumsalam cikgu. Biasa kan cikgu kita nie makan saja apa yg mereka order. Kalau tak sayang kan. Bawa balik pun kita juga yg kena ulang. Mereka nak yg baru saja :)
@ Temuk: Wa'alaikumslaam cikgu. Macam betul kata cikgu "angger kumpul mangan arek enak & akeh" Namun itulah satu cara pengerat kasih sayang cikgu
ReplyDelete@ JARI YG TERBARAI: Heh... kalau kakak JYT baik rokok mahupun yg ini memang tak boleh nak bau. Namun yg ini amat meloyakan!!
@ gedek: Hurm... kakak ak bayarlah gedek. Papa mereka swap card manalah kakak tahu :)
ReplyDelete@ Penjejak Mimpi: Selerea PM sama dgn anak sulung kakak :)
kak, sepertinya makan besar tu..
ReplyDeletebest nya kak..tggu akak belanja efa makan besar pulak laa..hehe ;D
ReplyDeletesalam akak...banyak tul menu...sedap2 semuanya...kat mana tempatnya tue???
ReplyDelete