Aku pernah berjanji dengan Cik Ina Do Do Cheng untuk menunjukkan buah yang daunnya Cik Ina ajar cara memasak untuk dibuat sayur. Manakala aku pula petik buahnya dan rebus untuk dibuat sebagai minuman. Anak-anak aku memang suka termasuklah aku mamanya juga. Namun tersebutlah sebuah alkisah apabila aku bertanya dengan makcik pasar malam dia membuat ceritera bahawa daun roselle yang diguna untuk dibuat sayur dan daun roselle yang buahnya diguna untuk dibuat minuman adalah pokok yang berbeza. Tetapi katanyabenar namanya sama pokoknya reselle juga. Benar atau tidak penjelasan makcik itu tidaklah aku siasat.
Menyusur melalui wikipedia dikatakan nama botaninya ialah Hisbiscus Sabdariffa. Nama lain yang biasa kita panggil termasuklah asam paya, asam susur, asam kundang atau roselle. Nama roselle itu yang selalu kita sebut sebab nampak macam kelas agaknya.
Menyusur melalui wikipedia dikatakan nama botaninya ialah Hisbiscus Sabdariffa. Nama lain yang biasa kita panggil termasuklah asam paya, asam susur, asam kundang atau roselle. Nama roselle itu yang selalu kita sebut sebab nampak macam kelas agaknya.
Daun roselle yang kelihatan lebih kurang sama seperti yang digunakan untuk buat sayur. Pada pendapat aku bentuk sama. Yang membezakan daun yang dibuat sayur lebih tirus berbanding yang ini agak lebar.
Sebiji - Buah roselle yang sudah cukup ranum untuk dipetik. Guna kamera biasa tidak ada dslr inilah jadinya.
Ini buah roselle yang telah dipetik untuk dijadikan air minum. Aku petik dai dua pokok saja sebab kalau banyak sangat pun tidak habis. Boleh biar dulu di pokok. Bila ada jiran yang hendak mudah sikit bolehlah kita sedekah.
Gula batu - Dipanggil gula batu mungkin sebab keras macam batu tapi mudah cair bila dimasak. Aku guna gula batu ini untuk dimasak bersama-sama dengan buah roselle.
Bila air hampir mendidih aku masukkan gula batu ini dalam periuk bersama-sama roselle tersebut.
Bila telah mendidih dan warna ala-ala ribena jelas di mata tutuplah api.
Tapis -Sebab panas tapis masuk dalam jug dulu. Lihatlah pekat sungguh kelihatannya. Tambahan pula menggunakan gula batu rasanya amat manis.
Bila hendak minum tambah sikit air masak sebab pekat lagi. Sebab itu selepas tapis dan sejuk aku bancuh terus dengan air masak dan masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais. Ini yang telah siap dibancuh.
Dulu mak sy pon ade tanam pokok roselle ni. Dan merase le minum airnye. Ala2 ribena gitu... :)
ReplyDeletesuka minum air rossele.. tp selalu beli yg patinya sbb takde pokok rossele tu kat rumah..
ReplyDeleteassalam kakzakie..rasanya pun lebih kurang ribena kan..sedap ada masam2
ReplyDeletesedapkah? saya tak ingat da macamana rasa rossele~lama amat tak minum~~
ReplyDeletejiran aju ada tanam pokok ni...tanam tepi2 umah jek subur jugak..nk je mintak anak pokok ni peh baca entri akak ni hehehe
ReplyDeletekakzakie,
ReplyDeletedulu saya pun suka buat air roselle, masam2 manis tapi sekarang pokoknya dah habis mati
sesuai diminum semasa hari panas, menyejukkan badan
dulu nyai@ nenek saya ada banyak tnm pokok nih... tp masa tuh tak tau sgt yg daun nyer pun blh bt syur...
ReplyDeletenyai suke bt mcm halwa sedap msm2 manis... org kata roselle nih banyak khasiat kn kak... dana pun suke gk ngn air nyer
nampak sedap air tu
ReplyDeleteyg rebus sendiri ni lagi sedap rasanya dr yg beli...wangi lak tu :)
ReplyDeletepokok selalu gak nmpk...
ReplyDeletetapi tak pernah pulak dpt minum air nya...
sedap2...dulu kat rumah pun ada tanam..skrg dah takde org nak jaga...huhuh
ReplyDeleteKakcik pern ah juga beli jus roselle ni, tapi rasanya tidak begitu memikat selera kakcik. :)
ReplyDeleteAs salam Kakzakie...
ReplyDeletePe khasiatnya air roselle ni..
pernah ternampak tp x beli..huhu
pokok ni ade jual kat nurseri x?
sy suka juga minum air ni...tp beli jer la...xpernh buat... pokok pun xde.. ;)
ReplyDeletehari tu sy try buat air bunga..ikut resipi kak Ina...sedap...
erm....buah roselle ni..sy tk perasan lak ada di jual or tak...kalau ada..nk juga try buat..sure puas minum... :)
assalamualaikum kak :)
ReplyDeleteakak, saya pernah jugak masak buah ni. tapi kan kak, saya tak rebus dulu, saya buang biji dulu, then blander sampai hancur. pastu baru masak dengan gula. jadi macam ibu sirap jugak sebab tinggal tambah air.
yang akak punya ni kan, lepas rebus ape jadi kat buah tu kak? jadi hancur eh? ke macam tu jugak.
kalau minum dengan ais lagi best kan...dah lama tak minum air ni...
ReplyDeleteohh camtu buat dia ya kak! kita suka air ni! ada 2 botol kat rumah suka punya pasa.. tapi kalo dapat minum yang fresh camni lagi best wooo
ReplyDeletedulu masa kami mula2 masuk Felda pokok roselle ni mmg byk sgt di tanam kat tepi2 umah...sampi dah jemu minum air roselle...tp skrg dah ssh nak jumpa pokok ni bila balik kampung...(rasanya dah xder pun org tanam lagi) teringin juga lah nak cari biji benihnya...klu dpat taman 5-6 pokok pun dah dapat byk buahnya kan kak....
ReplyDeletep/s: al-fatihah utk adik nuruldiana..semoga rohnya ditempatkan bersama dgn org2 yg beriman...amin.
kat kg saya banyak sampai tak termakan..bunga tu boleh buat halwa..heheheh
ReplyDeleteassalam kak dulu sy punye FIL.. ada tanam pokok roselle ni..dah puas da minum air nya..hihihi..mcm ribena..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak zakie,
ReplyDeleteooo itu ke buahnya. teringat masak kecik selalu makan buah tu ketepi jalan. baru tahu rosell boleh masak wat air. kat luar pun ada jualkan air rosell.terima kasih kak zakie keterangan pasal rosell.
abah yg paling rajin buat air ni..anak2 jer rajin minum jer..hihi!
ReplyDeleteskrg pokok dah pupus..kena tanam baru la nampaknye..sob..sob..
jiran iols kat kg ada tanam pokok ni... selalu gak dapat buah/bunga tu - rebus minum airnya...
ReplyDeletemasam2 manis kan?? cam ribena
kak di kebun ayahanda banyak pokok roselle nie , permintaan tinggi tue hehehe..air dia sedap amy suka minum..
ReplyDeletesaa suka minum air ni kak..
ReplyDeletebeli jus aje..
hendka buat sdiri..xberapa nk reti..padahal akak buat tu mudah ajo kan...
air rossele ni byk kahsiat nih..
dan saya xtau pulak yg bole masak2 daun dia tu..rupanya daun pokok lain eh?
tak pernah minum... sekali nampak cam tek o plak... mesti sedap kan coz banyak khasiat...
ReplyDeletekalau kt kampung byk pokok bunga ni....tapi kalo nak minum beli jus dah siap jer..al maklumle..malas nak ngutip rebus.....hari tu cik ina bagi try makan daun nye.....masam2 pedas...rasenye....
ReplyDeleteakak..
ReplyDeletedulu kecik2...saya selalu minum air ni...nenek yg. buat...skrg tak lagi sebab pokok dah tak ada....tambah aiscrim soda air tu ....sedappp kakkk...
akakkkk first time sy tgk yg versi live mcm ni, fresh2 lg ha bestnyaaaa nak jugakkk... mesti sedap kan air tu...
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletesaya tengah minum ni...air kosong je....saya belum pernah minum jus roselle ni...huuu
Ohh..itu caranya ya..
ReplyDeleteSaya selalu beli aja sirap ros atau kordial berperisa roselle...ekekeke..
Boleh try lepas ni..tapi kena cari pokoknya dulu!
ooo patut ain penah tenguk ade org jual ..terima kasih mmpromosi cara masak...bleh cuba rasa nnti.
ReplyDeleteagaknya apa khasiatnya kak???
hani pernah juga tanam pokok ni, tak habis nak d buat jus..mmg lebat tapi cepat mati pokok nya kan?
ReplyDeleteserius memang sedap... (dulu ade family saye wat bisnes jus buah ni)
ReplyDeletemcm sedap jew kak..apa ye khasiat nye? efa tak pernah try pun..huhu
ReplyDeletemcm teringin pulak nie...hihihi
EFA NUR
@ Penjejak Mimpi: Terkenang masa kecik ye PM...
ReplyDelete@ Hanis Azla: Kakak pun dah risau pokok tu sekarang kian membesar hingga melindung pokok bunga kakak
@ Acik Erna: Wa'alaikumsalam. Sikit masam memang ada acik...
@ Bujal X: Lama sangat ye. Mestilah dah lupa.
ReplyDelete@ ajumohit: Kakak tanam guna biji benih. Tak ada anak pokok pulak aju. Senang memang dia membesar tapi anak pokok tak adalah aju.
@ ibuintan: Kakak sebenarnya tak tahu khasiatnya. Tahu sedap di tekak je. Hehehe....
@ norhidana: Kakak tak buat sayur pun daunnya tak tahu. Buat halwa pun kakak tak tahu. Buat air minum tahulah :)
ReplyDelete@ Adinda Amy Sensei: Kalau suka sedap Amy...
@ Maya Mayana: Ikut selera masing-masaing yana. Kakak tak kisah.
@ My Little Diary: Rima boleh tanamlah senang nak tumbuh. Campak je benihnya.
ReplyDelete@ Sabihah: Betul kalau dan besar sangat kita jadi risau sebab tanah tak luas penuh dgn pokok ini saja.
@ Kakcik: Itulah selera tak sama kan kakcik. Tapi kakak sukalah...
@ Cik Shinju: Wa'alaikumsalam Yun. Pokok ini senang tumbuhlah Yun. Beli benihnya di nursery macam biji sawi je kenit-kenit. Khasiatnya kakak tak tahu.
ReplyDelete@ nabila_2908: Kakak pun tak tahu kalau ada jual buah ini. Cubalah cari dik disupermarket. Kakak tapi tak pernah nampak pulak.
@ sar: Wa'alaikumsalam. Kakak tak blend buahnya. Lepas cuci terus rebus dgn biji sekali. Bila dah lembik buahnya dan warna air dah jadi maroon kakak tapis. Buahnya yg lembik buang.
@ MamaEma: Hm... sedap dgn ais memang betul.
@ kella: Kakak sebenarnya sayang buah itu mengering kalau tak petik itu buat jus.
ReplyDelete@ Mamamya: Lia nak tahu ini kakak ambil dari 2 pokok je. Kakak ingat pun yg lain nak buang sebab lindung pokok bunga kakak. Dahlah tanah secoet aje... Lia cari benihnya di nursery. Kecik-kecik macam halba saiznya.
@ chichi: Buat halwa kakak tak pandailah pulak.
@ Sharifah Nazarah: Kakak rasa pun macam puas juga SN. Tapi sayang pulak nak buang pokoknya. Tapi bila tengaok besar sangat macam nak buang sikitlah. Tingglkan 1-2 pokok je..
ReplyDelete@ Cik Ina DDC: Itulah CIk Ina kakak tapi tak tahu samada daun ini yg dibuat sayur. Kalau boleh wah.... banyak sungguh rumah kakak daun ini. Hehehe....
@ makdara TERdiva: Bagusnya abah MDT kan. Kalau hubby kakak minum dia tahulah.... Cari benihnya MDT tapi semaklah bila besar.
ReplyDelete@ Amy Syaquena: Oh ye ke? Ayahanda Amy dah commersialkan utk business. Baguslah...
@ sarah-najwan: Entahlah cikgu kata makcik pasar malam yg daun pokoknya tak ada buah. Kakak kurang arif pulak. Tapi buah ini mememng kakak tanam sendiri dan daunya tak pernah kakak masak buat sayur. Sebab tak tahu. Huhu...
@ miloais: Milo buatlah sesekali air ini. Asuik minum milo ais je. Hahaha..... kakak gurau nie.
ReplyDelete@ dwaty: warnanya light maroon exactly like ribena colour.
@ Hantu Kak Limah: Untunglah HKL dekat dgn Cik Ina. Dia pandai masak dan tahu yg mana baik/boleh dimakan.
@ azi: Oh ye ke azi? Kakak tak pernah buat macam tu.
ReplyDelete@ Hanis MY: Alahai kesiannya. Bila balik M'sia nanti buatlah. Tapi kakak tak tahulah kalau pasaraya ada jual tak roselle ini. Kalau jus memang ada.
@ ahmad humairi: Wa'alaikumsalam cikgu. Air kosong minum banyak-banyak pun bagus cikgu. Carilah yg jus cikgu tinggal bancuh saja..
Rossele.....sedap tu....campur ais
ReplyDelete...pernah tanam juga....
ni...kena tanam balik....entahlah..benihnya ada lagi ke tak.....
aa..lupa nak simpan.......
@ Daddy Ziyyad: Kakak rasa kalau rumah doc banyak tanah, tabur je di belakang. Tak payah jagalah doc. Dia boleh tumbuh gitu dan confirm mesti buah punya walau pokoknya kurus.
ReplyDelete@ ainhany: Ain tak tahu juga ke? Ada yg rajin dia blend lagi boleh dapat fibrenya sekali kan. Tentang khasiat kakak memang zero. Tahu sedap minum je ain. Hehehe....
@ hani@debumelukut: Kakak punya masih belum mati lagi. Apa yg kakak tak suka dia melindung pokok bunga kakak. Kesian orkid kakak....
ReplyDelete@ JARI TERBARAI: Nak kata sedap sangat pun bergantung seseorang. Sebab bapak kakak tak suka walau kami sekeluarga suka.
@ efa nur: Kakak tak tahu khasiatnya sayang. Mainum sajalah untuk sedap tekak. Hahaha....
@ zul permatang badak: Kakak rasa zul mestilah expert. Kalau da tak benih cari saja di nursery. Pokoknya pun senang tumbuh kan zul.
ReplyDeletek.zakie...kalau dulu arwah mak ucu kata ni pkok rebina...sekrg dah komersial dipggl roselle la pulak....
ReplyDeleteucu suka jg buahnye makan gitu aje...
salam k zakie,
ReplyDeleteroso nyelap plak
arek ngombek sitik kono???
Salam,
ReplyDeleteWah sedapnya.... nak cari benihlah .. nak tanam. Bila2 masa blh b uat air jika mula berbuah...
Kak Zai pun tak tahu daunnya ada berbeza,dulu arwah mak selalu masak buat sayur.
ReplyDeleteAslkm KZ
ReplyDeleteTkasih kerana makluman, tak tau pun..
mamaju.
xpernah makan pulak sayur daun roselle nih
ReplyDeleteKalau guna gula Stavia pula macam mana pula yerr...
ReplyDeleteAir Asia diarah bayar ganti rugi
Gajah Sama Gajah Bertempur,Kancil Tersepit Di Tengah Tengah
Assalamualaikum kak zakie.. wahh senang je rupanya nak buat jus roselle ni. Jimat pun jimat kan? hari tu penah makan gitu je bunga dia..sedap jugak rasa dia..
ReplyDeleteemm.....dah lama saya tak minum air roselle ni....teringin pulak rasanya...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum kakZakie
ReplyDeleteTerliur menengoknya.. memang sedap jika masak roselle yang fresh begini kan.
Dulu pernah kawan bagi roselle rasanya produk HPA. Memang rasanya sedap juga.
@ Ucu Faridah: Ialah UCu, dulu keluarga kakak pun panggil rebina tapi sekarang nursery bagi nama komersial roselle.
ReplyDelete@ aby: Wa'alaikumsalam. Angger kepingin tuku wahelah aby. Kakak intok wenih he seko nursery.
@ Hajah Nafisah: Wa'alaikumsalam. Senang nak tanam pokok ini. Campak benih kalau sepuluh kakak rasa 90% boleh tumbuh.
ReplyDelete@ Zaitun: Itulah Kak Zai, kakak pun tak tahu tapi kata Makcik pasar malam tak sama. Entahlah...
@ namasayaaku: Wa'alaikumslam mamaju. Sekadar nak kongsi macamana kakak buat dgn roselle di rumah
ReplyDelete@ redza: Kakak pun tak pernah juga tapi di pasar memang ada jual redz. Kenalah kita mencuba kan.
kak zakie,
ReplyDeletekakpah baru tanam pokok rozel ni. Kecik banget lagi. Harap2 hiduplah dia dengan subur.
@ Miecyber: Kakak tak pernah mencuba la mie...
ReplyDelete@ Afida Anuar: Wa'alaikumsalam. Cubalah Fida. Memang macam anak saudara kakak dia makan cecah dengan garam. Anak dara suka kot...
Masammmmlah.....
@ Werdah: Wa'alaikumslam Kak. Produk HPA itu dah dikomersialkan dan boleh simpan lama. Kakak belum pernah beli produk ini. Tak nampak lagilah kak werdah. Nampak dalam iklan majalah....
kakpah,
ReplyDeleteTidak perlu bimbang kakpah sebab dulu kakak punya daun togel kena makan belalang. Tapi tumbuh juga dan bila dah besar lebih tinggi dari kita. Rumah kakak lagilah tanah secoet mungkin tak lama kakak nak buang sebahagiannya.
Salam kak,
ReplyDeleteizan pun suka minum air ni tp susah nak dpt fresh mcm akak buat..
tp halwa dia sedap,izan pernah mkn masa ayah pergi pameran MARDI kalau tak silap.. =D
air ni ada jumpa kat RFC.hehe
ReplyDeletemmg enak tu buk..hehe
ReplyDeleteminum waktu santai bersama keluarga..bestnye..mak kass selalu buat air tapi tak tau pulak yg daunnya boleh masak..
wauuu sdapnyee...kakak saya pun rajin buat jugakk..memang sedapp sangatt...ini minuman kegemaran sy nie
ReplyDeletesgt2 sedap kn lg2 kalo wat sdiri...lg terasa nikmatnyerrr....
ReplyDeleteair ribena byk pengawet,yg roselle ni fresh dri ladang...bgs minum roselle wat sdiri ni...byk kbaikan dari kburukan...
tp tp tp masalah yg nyata adalah mls nk wat sdiri...heheheh....
mcm air rebina pulak tngk..hmm..kalau jmpa bungalah leh la bwt.hehe..salam persahabatan
ReplyDeleteSedap yer kak air nya. Tak pernah minum pon lagi, nampak pon mcm sedap ☺☺. Buah pulak bley makan ker? Banyak khasiat air ni kan.
ReplyDeletesaya suka minum jus roselle...sedaaaaaaaaap!!
ReplyDelete@ ~izan~: Kakak pulak tak tahu macam mana nak buat jadikan halua. Kena rendam air kapur dulu ke?
ReplyDelete@ Mohamadazhan: Oh ye ke? Kakak tak tahulah.
@ nurkass: Oh ye mbak.. ibuk ngak tahu jugak kalau daunnya bisa dibuat sayur itulah Cik Ina sudah ajarin. Tapi kata ibuk di pasar mlm lain jenis pokoknya. Entahlah mbak...Hehehe jadi org Indon.
@ lalink7: Rajin kakak Husz ye. Kakak kalau tak kerana pokok paah kena ribut tak buat lagi agaknya :)
ReplyDelete@ Ieqa Rahim: Sebab itu kita tak boleh buat banyak-banyak sebab tak ada pengawet. Tak boleh simpan lama Ieqa.
@ pencinta_Islam: Anak kakak tetap panggil ribena juga.Sebab kakak masa kecik dulu pun panggil ribena :)
ReplyDelete@ fiza: Ada juga yg suka makan gitu je. Anak saudara kakak dia makan cecah degan garam. Kakak tak buatlah masam...
@ wahida: Suka sangat ke? Kakak biasa saja sebab dah selalu sangat agaknya.
Akak amy ddah berulang ke sini masuk ni dah 4 kali tapi akak x update pape , mungkin akak busy kot so amy hai2 kat sini ye hehehe~ take care kak
ReplyDeletenampak sedap.. ^^
ReplyDeletekat umah tok saya rasanya ada pokok ni. sedappppppppppp. penah minum tapi lama dah. hehe
ReplyDelete@ Amy Syaquena: Nak kata busy tak juga tapi dak ada apa nak katalah Amy...
ReplyDelete@ Ayie: Kalu suka sedap :)
@ NOOR FATIN: Rumah tok macam-macam ada kan Fatin. Tanamlah nanti boleh buat sendiri.
kakak...
ReplyDeletekhasiat roselle nie utk turunkan darah tinggi..
ibu ayu mmg amalkan.. di kampung ayu di senai (eik, heheheh.. kampung ayu, taman kakak....)
ada ditanam...
rasa mmg like ribena.. masam manis....
dulu masa kat rumah lama ada jiran tanam pokok ni...selalu juga dia bagi buah tu pada kami adik beradik..skrg ni dah jrg nampak sejak pindah rumah
ReplyDeleteakak makan macam tue aje pun sodappp
ReplyDelete@ Citarasa Rinduan: Ayu kakak betul tak athu khasiatnya. Cuma tahu utk sedap tekak je. Oh... di kg Jaya Sepakat dulu ada kebun dia kan
ReplyDelete@ Munna: Biasanya kalau dah besar sangat memang tak kuasa nak jagalah munna. Kakak pun sama juga.
@ Be Simple Beb: Itulah anak saudara kakak suka makan cecah dgn garam. Huh... kakak tak bolehlah BSB....
Assalam, khasiat Roselle yang paling baik ialah mengandongi vit C lebih kurang 20 kali ganda dari orange....warna merahnya menjelaskan Allah SWT menjadikan roselle ini sangat baik untuk darah......insyallah
ReplyDelete