Saturday, June 4, 2011

Tengkorak Panjat Pokok

Suasana petang kian suram. Kiri-kanan jalan ditumbuhi lalang liar tanpa penjagaan sempurna. Mata masing-masing mencerlang cerah kerana sebelum perjalanan telah puas merehatkan mata. Perjalanan pulang dari rumah kakak aku di Bakri, Muar walau agak lambat tetap tidak mematahkan keinginan mencari daging lembu baru . Oleh itu kenalah kami menyusuri jalan persekutuan sebelum menuju ke lebuhraya. Seronok kerana dapat menikmati keindahan kampung-kampung.

Tiba di satu kampung akhirnya dapat juga berjumpa warung menjual daging. Kereta kami berhenti dan berhajat untuk membeli. Ketika si papa menuju ke warung, mata adik boleh menyorot ke arah sebatang pokok. Banyak tengkorak bergayutan. Bergegar MPV aku kerana kekecohan tiga anak dara hanya kerana benda itu. (Maaflah bukan cerita seram sebenarnya). Aku pun sebenarnya hairan juga mengapa tengkorak digantung begitu banyak sekali di batang pokok tersebut. Jadi paparan aku bukanlah kerana isu membeli daging, tetapi tengkorak dijadikan hiasan batang pokok.

Mencecah bumi - Dari bawah hingga ke atas disusun

Tanduk - siap dengan tanduk lagi tengkorak itu digantung


Warung - Tuan punya warung melayan hubby membeli daging.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwa suatu ketika Nabi Saw membawa sebelanga air untuk berwhudu dan berhajat. Ketika ia [Abu Hurairah] mengikutinya, Nabi Saw bersabda, “siapa ini?” ia berkata, “aku, Abu Hurairah”. Nabi Saw bersabda, “bawakan aku batu, jangan tulang atau kotoran haiwan”. Abu Hurairah selanjutnya berkata; maka dengan ujung bajuku aku membawakan sejumlah batu dan setelah itu pergi menjauh. Setelah selesai, aku berjalan bersamanya dan bertanya, “Rasulullah mengapa kau melarangku membawa tulang atau kotoran binatang?” Rasulullah saw bersabda, “itu makanan jin”.


~~ Ingin memberitahu kepada teman yang membaca N3 sebelum ini Adik Nuruldiana Bt. Mohd Din telah pulang ke rahmatullah tengahari tadi. Aku mengucapkan jutaan terima kasih atas doa yg dititip. Khususan Ilaruhi Al- Marhumah Nuruldiana Binti Mohd Din, Al-Fatihah....~~

52 comments:

  1. innalillah..smg rohnya dicucuri rahmat, meremang bulu roma saya kak...

    ReplyDelete
  2. AL-FATIHAH BUAT ARWAH... SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT

    ReplyDelete
  3. 1) al fatihah utk arwah...

    2) tengkorak lembu ke tu kak? hmm kalo kat tempat saye kalo kambing punye kepala kami buat masak kari, balut ngan tali perut... perg sedap... ni kalo tengkorak kambing terliur gak saye menengoknyer

    p/s:kak, kali ni saye datang blog akak ngan nama lain, gambar profile lain dan blog lain ;)

    ReplyDelete
  4. al fatihah utk arwah....

    tengkorak pun dorang wat hiasan mcm tuh eh...jgn tengkorak manusia dah la..huhu

    ReplyDelete
  5. kalau saya ada disitu...

    sah-sah jadi latar belakang entry saya...!

    ReplyDelete
  6. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    اسلام عليكم

    Jom Terjah entry terbaru ??
    modifikasi proton satria

    uihhhhh banyaknya yang terkorban di pangkal pokok.... ishhhh tengkorak bersusun nampaknya...


    AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

    Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
    4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
    7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

    ReplyDelete
  7. ajumohit,

    Inilah jalan terbaik yg Allah pilih sebenarnya dan tidak kita ketahui.

    ReplyDelete
  8. JARI TERBARAI,

    1- Dari Allah dia dtg kepadaNya jua dia kembali.

    2- Oh ye ke? kakak belum pernah makan lagi.

    p/s: nanti kakak lihat ye.

    ReplyDelete
  9. Papa Mifz,

    Dal selamat dia bersemadi..

    Kalau tengkorak manusia tak adalah warung itu :)

    ReplyDelete
  10. gedek,

    Kakak tahu gedek memang kreatif...

    ReplyDelete
  11. Afzainizam,

    Tengkorak dijadikan perhiasan tuannya.

    ...Kita pun akan menyusul jua dan kena bersedia selalu

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak zakie,


    Sayu rasa hati, baru je baca kisah dia yang kak zakie tulis. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-oang beriman. takziah pada keluarga arwah.

    cik ina cam tak setuju kalau dia gantung cam tu, bukan takut, tapi cam tak kena je .

    ReplyDelete
  13. kak, kenapa dia gantung tengkorak mcm tu kak...scary saya tgk...huhu...

    alfatihah utk arwah...semoga rohnya tenang di sana...amin...

    ReplyDelete
  14. Takziah.. muge adik tu dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman. amin.. :)

    ReplyDelete
  15. takut pula tengok tengkorak haiwan bergantungan begitu ya kak..

    Takziah buat keluarga Diana....al-Fatihah!

    p/s: salam akak pada pakngah telah saya sampaikan. Dia ingat kita pernah jumpa kak..hihi

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum,
    ingatkan tengkorak manusia... rupanya tengkorak lembu, kesian jugak binatang sembelihan dibuat begitu...salam kenal dr amie.

    ReplyDelete
  17. menakutkan tengok haiwan2 yg tergantung tu...eee

    al-fatihah buat adik nuruldiana

    ReplyDelete
  18. salam k.zakie...kalau saya pun dah tak nak pandang kali ke 2 dah pokok tu...walaupn sebenarnye x seram..tapi saya memang x suka tengok benda2 mcm tu...

    Takziah buat keluarga adik nuruldiana, semoga rohnye berada dikalangan org2 yang beriman...

    ReplyDelete
  19. salam takziah untuk keluarga arwah..

    ya allah kepana la gantung tengkorak lembu mcm tu...patutnye kene tanam kan..

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum kak zaki..lama dah tak bertandang kesini..rindu rasanya :D

    saya kalau balik kg, suka lalu jalan dalam sbb suka tengok rumah2 kampung..biarlah lama dan lambat sampai asal dpt tengok pemandangan cantik2..

    ReplyDelete
  21. innalillah...moga rohnya dicucuri...eeii yang pasal tengkorak tu ngeri gak ek...

    ReplyDelete
  22. Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,

    Masa dia nazak kakak ada di rumah mereka bertujuan nak ziarah sakit tapi akhirnya ziarah kerana dia pergi selama-lamanya.

    Kakak pun sama juga macam Cik Ina tapi apa motif dia kakak pun tak tanya.

    ReplyDelete
  23. Wahida,

    Kakak pun tak tahu juga. nak tanya takut dikata kepoh sebab kg org kan..

    Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

    ReplyDelete
  24. Penjejak mimpi,

    Terima kasih PM. Amin...

    ReplyDelete
  25. ~yus~,

    Mana tak seram Yus. Kakak mula-mula nampak pun rasa lain macam.

    Terima kasih doakan. Amin..

    p/s: Dah sampai JB kenapa tak beritahu kakak.

    ReplyDelete
  26. My Little Diary,

    Banyak sangatlah Rima. Hairan kan...

    Terima kasih doakan...

    ReplyDelete
  27. Ucu Faridah,

    Kakak dah suruh anak-anak tak payah tengok lagi tapi mereka kecoh UCU. Bila kata biar mimpi nanti baru mereka takut. Hehehe...

    Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat ye Ucu...

    ReplyDelete
  28. chichi,

    Terima kasih ucap dan doa itu.

    Itulah hubby kakak kata selalunya org tanam bagi tak nampak. Entahlah...

    ReplyDelete
  29. makdara TERdiva,

    Ikut jalan kg pun dapat menjamu selera dgn macam-macam jenis kiuh yg dijual kan MDT...

    ReplyDelete
  30. Amie,

    Kalau tengkorak manusia tak sempatla kakak beli daging mesti tuannya dah kena penjara dulu :)

    ReplyDelete
  31. Sham,

    Terima kasih atas doa diberi sham...
    Bukan geli lagi sham tapi juga menakutkan....

    ReplyDelete
  32. innalillah al fatihah buat adik Nuruldiana...Allah lebih sygkan dia..

    akak...unik tapi terkejutlah juga masa mula2 tgk tu hehe...

    p/s: takde shopping2 pun kak, cuci mata je, hanis nk g kedai kain dan tudung tapi tak sempat pula...lebih suka shopping yg tu hehe maklumlah kat mall tu mahal2 semuanya huhu...tapi cuci mata pun sronok juga

    ReplyDelete
  33. Al-fatihah...semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan hamba2 yg beriman...Amin...


    Lama x beli daging segar...sana bape sekilo? aritu beli kat pasar Pekan rm20/kg...

    Kalau malam2 mesti ngeri lalu kat pokok ade tgkorak tu..huhuh

    ReplyDelete
  34. aduhai kak, kalu tertengok mlm2 mau tergugat gk iman ni,yelah tgk tengkorak begayut2 kt pokok... aduhai

    al fatihah utk arwah nuruldiana...

    ReplyDelete
  35. Al-fatihah.... untuk arwah...moga rohnya tenang di sana...

    ermm...takpe ke gantung tergkorak haiwan macam tu...?

    ReplyDelete
  36. ayah saya juga penjual daging dahulu

    ReplyDelete
  37. semoga arwah DIANA mendapat tempat disisiNYA... alfatihah...

    sebelum ni pergi rumah2 yang menyembelih lembu pun sama juga... kepala lembu digantung di gerbang pintu pagar... seram plak...

    ReplyDelete
  38. Hanis MY,

    Benar Allah sayangkan Nurul. Lama dia sakit...

    Kakak mula nampak tengkorak itu pun terkejut Hanis...

    ReplyDelete
  39. Cik Shinju,

    Amiinn... terima kasih doakan Yun.

    Kakak tak tanya pulak dgn huby berapa harga Yun. Jgn kata malam Yun, petang itu pun dah rasa lain :)

    ReplyDelete
  40. norhidana,

    Ialah dana... siapa yg dah biasa tak rasa apa kena kita baru pertama kali mesti terperanjat kan.

    Terima kasih doakan arwah nurul itu.

    ReplyDelete
  41. nabilah_2908,

    Mudah-mudahan nabila. Kita doakan dia.

    Sepatutnya tak eloklah buat begitu tapi entahlah....

    ReplyDelete
  42. IMANSHAH,

    Kalau sekarang mesti lagi hebat cikgu. mahal kan...

    ReplyDelete
  43. dwaty,

    Mudah-mudahan begitulah hendaknya. terima kasih.

    Oh ye ke dwaty... kakak baru ali ini nampak tau. Takut pulak...

    ReplyDelete
  44. kak zakie,ika mcm first time jer tgk tengkorak 2 sume...seramnyer kalo jumper....

    ReplyDelete
  45. Aslmkm.
    Al Faatihah.
    Sudah sampai ajalnya, semoga dicucuri rahmat. Amin.

    ReplyDelete
  46. Ieqa Rahim,

    Itulah yg kami rasa pada masa itu Iqa....

    ReplyDelete
  47. Wa'alaikumsalam DDrfauziah,

    Amin... Terima kasih Kak G.

    ReplyDelete
  48. takziah utk keluarga arwah & alfatihah utk arwah..

    seram lak tgok tegkorak tu..

    ReplyDelete
  49. kak, mcm seram je efa tgk tengkorak byk2 tu..huhu


    Al-fatihah dan salam takziah buat keluarga nuruldiana...

    ReplyDelete
  50. haha... seram plak tgok.. sib baek bkn tgkorak manusia.. hehehe...

    ermm.. takziah kpd adik nurul diana..
    AL-FATIHAH...

    ReplyDelete
  51. uishh bahayaanyeee..tq utk info..

    takziah ye kak zakie..

    ReplyDelete