Wednesday, June 22, 2011

Mengapa Hari Ini?....

Sebaik perbualan berhenti terus saja aku mendail nombor telefon hubby. Hati bukan lagi kacau-bilau, otak aku seakan-akan tidak tahu yang mana satu harus aku mulakan. Jam sudah menunjukkan 11:45 pagi. Banyak lagi tugsan hari ini belum aku bereskan. Ada shipment hendak keluar ke Singapura dan shipment masuk pelabuhan Pasir Gudang hari ini juga. Petang jam 2:00 ada temujanji. Manakala jam 3:30 pula ada mesyuarat. Walau dalam kebuntuan satu-satu aku batalkan semuanya. Aku bukan ada setiausaha macam boss aku segalanya aku kendalikan.

Hubby pula sewaktu aku telefon katanya masih berada di Volvo. Ada temujanji di Tebrau II dengan seseorang. Kerja dia aku tidak tahu. Pergi pula dengan kawan sepejabat. Kena patah balik ke pejabat kerana keretanya di sana. Pada waktu hubby patah balik ke pejabatnya aku sudah dalam perjalanan pulang. Dalam hati mahu saja aku terbang terus melihat apa terjadi pada Nurienne. Begitu-begini selepas solat Zuhor baru aku bertolak.



Destinasi - Sampai sini aku terus bertanya seseorang yang aku rasa sudah biasa berada di hospital ini. Aku tidak tahu di wad mana anak aku berada. Menuju kaunter receptionist barulah aku dapat menemui wad di mana Nurienne ditempatkan.
Sedih - Sayu aku melihat anak aku duduk di atas katil. Jarum masih lagi melekat di tangan. Menangis melihat mamanya datang. Tidak mahu duduk di wad ini kerana tidak selesa katanya. Aku pun hairan mengapa anak aku dimasukkan ke dalam wad bersalin. Bila hubby aku masuk bertanya dengan pihak pentadbiran tidak sampai 15 minit Nurienne dipindahkan ke dalam bilik yang lebih selesa. Kekurangan katil katanya. Kami maklum memang ramai pesakit yang terlantar. Mujur waktu itu Hubby masih berpakaian kerjanya sekurang-kurangnya penyelenggaraan lebih mudah.

Selesa - Barulah Nurienne lebih tenang. Bilik sendiri, ada airconditioner dan tv. "Ada makcik kata Nurienne mengandung mama, Nurienne malulah.". Na'uzubillah... itulah yang aku katakan. Bila diterangkan oleh doktor dengan mama-papa bersama nampak ada kelegaan diwajahnya. Perkara biasa sewaktu "menstrual" bila terlalu aktif ianya juga menjadi banyak. Itulah yang menyebabkan dia kelihatan pucat dan hendak pitam. Doktor memberikan Nurienne cuti sakit dan perlu berehat sedikit.
Sedia - Menanti Doktor datang untuk dibuka jarum yang masih melekat di belakang palm. Tidak pernah kena mestilah rasa sakit. Memang dari dulu anak aku yang seorang ini paling gerun melihat darah sama seperti mamanya juga. Aku dulu setiap kali "injection" anak mesti hubby yang pegang kerana aku amat ngeri dan ngilu apabila melihat anak aku hendak kena cucuk jarum.

Pulang - Alahmdulillah sudah boleh keluar wad. Boleh balik asrama semula. Minggu ini minggu gerak gempur peperiksaan yang akan dihadapi olehnya. Mudah-mudahan kejayaan dapat diraih.....


Ubat - Bekalan yang diberikan pihak Hospital. Ada pil, memo sekiranya ingin ke hospital lain dan surat cuti. Hari ini Nurienne sudah boleh ke sekolah semula. Hanya bermalam satu malam saja di Hospital. Namun hati aku masih kurang selesa dan yang pasti hari Sabtu ini pasti aku akan ke asramanya lagi.


"Mesti ada sebab kenapa hari ini Allah beri ujian ini pada kita. Adik baru sihat kakaknya pula tak pernah-pernah kalau mens biasa tetiba begini jadinya. Hari ini semua kerja abang tergendala". Hubby aku bersuara.



"Ala.... kalau setakat kereta boleh buat lain hari. I punya kerja entah apalah jadi. Esok baru fikirlah." Itu pula yang aku katakan.


Mengapalah hari ini kami diuji lagi.

106 comments:

  1. Ujian itu tandanya Allah sayangkan kita dan menduga sejauh mana kuatnya iman kita...Banyak sabar dan semoga tabah ye :)

    ReplyDelete
  2. Itu maknenye Allah sayangkan kite tu kak..

    ReplyDelete
  3. assalam kak- sedikit ujian dari allah.. utk menduga kita..
    semoga anak akak cepat sembuh..
    tapi hari ni sy x brape sihat..tekak dah sakit..badan teras lemah..mungkin sedang diuji juga.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah xserius

    ReplyDelete
  5. ujian dari Dia tu kak... sabar ye

    ReplyDelete
  6. setiap manusia yang bernyawa, pasti akan diduga

    ReplyDelete
  7. moga anak akak - Nurienne sembuh segera... dan sihat seperti biasa...

    banyak2 bersabar ye kak...

    ReplyDelete
  8. sabar ya kak..

    setiap sesuatu yg berlaku ada hikmah yg mungkin kita tak nampak...

    ReplyDelete
  9. kakcik

    kesiannya anak kakcik..
    di tuduh mengandung

    sangat2 memahami hati kakcik saat ini

    dahulu ayu pernah diuji

    tabah ya kak....ayu tahu kakcik kuat

    ReplyDelete
  10. semoga anak akak cepat sembuh ye. saya doa kan yg terbaik. semua org pun ditimpa ujian. cuma boleh dgn tak je kita nak hadapi nya. harap semuanya akan elok2 je. amin

    ReplyDelete
  11. Semoga Nurienne segera sembuh.




    *Siapa yang yang bermulut cabul tu kak. Tu lah orang kita ni, cepat melatah dan menuduh tanpa usul periksa.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Kakzakie,

    Alhamdulillah Nurienne dah sihat.

    Kita bila anak sakit macam kita sakit sendiri rasanya. Semoga kakzakie tabah.

    ReplyDelete
  13. sabar ye kak pape pun bersyukur kerana anak akak x serius mane.semua nie dugaan kak...

    ReplyDelete
  14. sampai blh pitam ye..kasihan anak kak..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Sabar, itu yang mampu saya katakan. Ujian Allah bukannya hal-hal 'sengsara' sahaja dan ujian Allah pada hal-hal 'nikmat' juga.

    ReplyDelete
  16. sesuka hati jer..makcik tu ye...tanpa usul periksa nak ckp mcm tu..

    sabar ye kak zakie...Semoga Nurienne cepat sembuh dan ceria selalu...

    ReplyDelete
  17. Salam kakzakie..lama saya tk bersiaran dan akhirnya dpt gak...alhamdulillah segala ujian dari Allah kita masih mampu harunginya...Allah Maha Mngetahui...

    ReplyDelete
  18. Salam kak.. semoga anak akak semakin sihat.. Saya pun klu tgk darah saya rasa mcm nak pitam hehehe.. :P

    ReplyDelete
  19. Adess...masuk wad bersalin..

    Yun pun mcm akak..
    takut tgk jarum..huhuh..
    Semoga tabah menghadapi ujian..

    ReplyDelete
  20. semoga anak akak sihat seperti biasa.... apalah perasaan dia bila org tanya dia mengandung kak?

    ReplyDelete
  21. Allah uji sebab die sayang kan kak..semoga die cepat sembuh..saya doakan

    ReplyDelete
  22. ya Allah kesiannya anak akak, sabar byk2 ye kak, insyaAllah ada hikmah yg kita tak tahu, semua dalam perancangan Dia..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum kak :)

    get well soon for her kak :)

    hmm, biasala manusia. mereka ni memang suka judge orang by a cover.

    Setiap musibah yang DIa beri pada kita memang untuk menguji ketahanan diri kita kan. InsyaAllah. Dia tidak akan memberati kita seandainya kita tak mampu.
    (Al-baqarah:286)

    buktinya, akak n family dapat selesaikan dengan baik kan.

    ReplyDelete
  24. Salam kakzakie...
    Semoga akak tabah dalam menghadapi dugaan ni ye...dan mudahan2 anak akak akan cepat sembuh..!
    Akak..sebenarnya Allah sayangkan akak , sebab itu akak diberi dugaan ini, Allah tahu kakak mampu dan sabar menghadapinya..

    ReplyDelete
  25. Salam kakzakie...
    Semoga akak tabah dalam menghadapi dugaan ni ye...dan mudahan2 anak akak akan cepat sembuh..!
    Akak..sebenarnya Allah sayangkan akak , sebab itu akak diberi dugaan ini, Allah tahu kakak mampu dan sabar menghadapinya..

    ReplyDelete
  26. alahai, ciannyer anak akak, moga cepat sembuh, amiin

    p/s: saya pon gerun tengok jarum kak, rasa nak pengsan huhuhu

    ReplyDelete
  27. @ Maya: Benar Maya. Sebenarnya dah selalu anak kakak kalau mens ambil masa panjang sebab itu doktor takut fibroid. Kakak lagilah takut...


    @ Penjejak Mimpi: Itulah yg kami harapkan PM.

    ReplyDelete
  28. @ Sharifah Nadzarah: Kalau duduk dekat dgn kita taklah bimbang sangat. Tapi bila cikgu beritahu mestilah kita rasa bimbang sebab jauh kan.... SN pun kena cepat dapatkan ubat...


    @ Redza: Betul redz, tak ada pa yg serious cuma sebab bila dapat berita masuk wad mestilah sebagai mama kakak terkejut dan risau teramat sangat

    ReplyDelete
  29. @ NM02: Benat ujian sedikit yg perlu direnung


    @ My Little Diary: Bila dah settle baru tersedar Rima. Masa dapat berita macam terpempan juga kan.


    @ bujal x: Syukurlah bujal...

    ReplyDelete
  30. @ ~yus~: Bila dah bertemu dgn dia tak ada rasa apa Yus. Sebab dia kalau mens memang memanjang hingga 11-12 hari. Pernah jadi istihadah. Itu yg doktor cek bimbang fibroid katanya.


    @ Citarasa Rinduan: Kalau dah depan mata kita rasa risau hilang tambahan doktor dah bagi penerangan. Cuma sedikit terkilan bila dia kena duduk wad bersalin. Dia dan cikgu dia pun tak terima tapi tidak diluahkan. Mereka tak mahu persepsi -ve org yg ada dalam wad. Tapi bila abang datang tanpa banyak bicara terus alih. Inilah dunia Ayu....

    ReplyDelete
  31. @ ~aSFaLiZa: Alhamdulillah tak ada apa pun. Setelah makan ubat pucat dia dah tak ada lagi.


    @ azrina0307: Tapi tak boleh salahkan juga yg bertanya sebab itu wad bersalin. Sepatutnya yg masuk situ mestilah org nak bersalin. Yg bertanya itu baik orgnya. Prihatin dan siap bagi petua suruh minum air kunyit kalau selepas mens. Katanya itu amalan keluarga dia.

    ReplyDelete
  32. @ Kunang-Kunang: Wa'alaikumsalam Kak Ani. Rasnya kalau dapat berita dari org lain kita tak puas selagi belum melihat apa sebenarnya yag terjadi. Alahmdulillah dah ok.


    @ Amy Syaquena: Ialah Amy. Doktor kata perkara biasa cuma dia nak diagnos bimbang ada simptom penyakit lain.

    ReplyDelete
  33. kak harap bersabar ye, betul org kata berat mata memandang berat lg bahu memikul..moga ada hikmah di sebaliknya kak...

    ReplyDelete
  34. @ Rina AVAIL: Kalau ikutkan masa itu dah hari ke tiga tau Rina. Tapi sebab dorm asrama dia di tingkat 4 itu yg mengah dan kelas dia pula di tingkat 3. Sekarang kan musim latihan sukan lagi...


    @ ahmad humairi: Wa'alaikumsalam cikgu. Mengerti akan apa yg cikgu katakan. Kakak pun tahu ada org lain lagi besar ujiannya

    ReplyDelete
  35. @ ainnoraini: Sebenarnya tak boleh salahkan org yg bertanya kerana itu wad bersalin. Tempat org bersalin, mestilah curious budak sekolah masuk wad. Lagilah sekarang macam-macam kejadian. Na'uzubillah... Tapi dah ok dah Nurienne...


    @ nukilanaffiza: Ialah kakak amat maklum Fen. Kalau itu yg Allah beri kita kena redha lagipun taklah sebesar mana pun

    ReplyDelete
  36. @ wa khairul onggon: Dah sihat pun khairul. Tapi doktor dah bekalkan ubat-ubat utk dia makan. Ngeri kan tengok darah....


    @ Cik Shinju: Ialah Yun masuk wad bersalin. Itu yg dia malu ditambah org bertanya.

    Alhamdulillah tak ada apa doktor kata.

    ReplyDelete
  37. Ujian Allah..sabar ye kak. moga anak akak cpt sembuh..

    ReplyDelete
  38. @ munna: Dia jawab - tak adalah auntie. Kalau mengandung mestilah dah kena buang sekolah. Tapi bila kena tanya itu baru dia sedar itu wad org bersalin dan malu duduk wad itu.


    @ maya amir: Terima kasih maya. Tapi kata doktor tak ada apa pun. Ramai yg macam ini katanya bila hormon tidak balance

    ReplyDelete
  39. @ Hanis MY: Benar Hanis Allah merancang segalanya. Kita kenalah pasrah. Namun syukurlah hakikatnya sekadar mens biasa saja.


    @ sar: Wa'alaikumsalam sar. Kena uji sikit dah gelabah ye sar. Itulah kakak. Kalau abang dia cool je. Kakak tengaok anak menangis kakak pun nangis sama. Padahal tak ada apa yg serious pun

    ReplyDelete
  40. @ azi: Wa'alaikumsalam azi. Dia bukan sakit pun sebenarnya cuma pitam kerana turun-tangga-naik-tangga dlm masa mens dan ada aktiviti lagi. Itulah kata doktor. Kena tahan sebab doktor takut ada simptom penyakit lain.


    @ JARI YG TERBARAI: Kesian sebab tak pernah duduk wad. Sejak lahir dulu inilah pertama kali dia kena duduk wad. Mana tak mengongoi dia bila nampak mamanya.

    p/s: oh... samalah kita.

    ReplyDelete
  41. @ ajumohit: Namun bila dah tahu keadaaan sebenar rasa benda yg memberat itu terlepas redanya aju...


    @ KuNanGKuNang: Alahmdulullah tiada lagi kebimbangan seperti sebelumnya. Kakak sampai terfikir kalau kena duduk wad lagi kakak nak pindahkan ke JB senang kakak nak lawat kan. Tapi Alhamdulillah dah ok dah...

    ReplyDelete
  42. kakzakie,

    apa yang penting anak akak dah sihat..syukurlah

    ReplyDelete
  43. kakzakie..memang terkejut sangat kalau dapat perkabaran macam tu kan..
    Alhamdulillaha anak dah kembali semula keasrama..semoga terus sihat..

    ReplyDelete
  44. kakak belajar kt mana ek kak? sbb tgk hospital pontian tuh kg dana tu kak...
    sian anak akak,dh la kene duk wad bersalin, tak ptt btl lah letak studnt kt situ, sian dia malu pd yg lain2...

    kt hospital ni kn selalu jns yg suke tgk pengaruh kn, kalu kite pg sana pakai baju lawo2, uniform semacam baru lyn elok2, kalu dtg simple2 diaorang mcm tak pndang pun... kt mana2 ada je bias nih

    ReplyDelete
  45. ~eheh. biasalah tu kak. ibu mana tak sedih bila anak sakit. ala kak, saya pun sama je. tak boleh tengok orang lain sedih, mesti nak touching sama. ~uhuu.

    ReplyDelete
  46. Assalamulaikum kak zakie,

    oo Selalu ke Nurin kalau period cam nak pitam. kak zakie pantau ye bulan depan kalau keadaan di masih sakit dan pitam waktu period buat pemeriksaan lanjut ye. yuyi dulu cam tu setiap kali datang period, masa dia operate sebab appendix, doktor beritahu dia ada sis. sampai sekarang kalau dia period kesian sangat. Semoga Nuri tak jadi macam yuyi ye kak zakie.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum k.zakie...kita sbagai mestilah sedih n terperanjat bila ank msk wad..lebih2 lg wad b'salin ...
    didoakan nureen segar kembali n tenang menghadapi exam...

    ReplyDelete
  48. @ Anitare: Ya anita da sembuh pun. Tapi kakak takut jugalah bulan depan nak kena monitor lagi


    @ Acik Erna: Doktor dah bagi surat untuk rujuk lagi ke sana bulan depan masa dia mens. Sekarang dah ok nampaknya

    ReplyDelete
  49. alhamdulillah..
    dah bersekolah pun dia..
    ada hikmah disebalik ujian yg diberikan..hanya dia yg mengetahui..

    ReplyDelete
  50. @ norhidana: itulah Dana dia kalau tak kena tanya tak ada rasa apa sebab tak tahu dan ini kali pertama masuk wad. Bila kena tanya baru dia rasa lain macam. Mujur kami dtg...


    @ pena rozi: Terima kasih rozie

    ReplyDelete
  51. @ sar: Mula jumpa biasalah nak luah perasaan dgn amam dia. Sebenarnya ini kira pengalaman pertama dia. Macam rasa teruklah pada dia. Tapi bila doktor terangkan baru dia faham. Mamanya juga sebenarnya sama :)


    @ Cik Ina DDC: Kakak dapat penerangan panjang dari pihak hospital. Banyak sebab yg boleh menyebabkan darah haid banyak keluar. Tapi katanya kalau early stage memang sukar utk dilihat. Itulah kena pantau lagi next month.

    Oh... yuyi pun dulu gitu ye Cik Ina...

    ReplyDelete
  52. Ngilunya tengok tangan berjarom!

    ReplyDelete
  53. period pains ek..mmg sakit...kalu silap haribulan mmg pitam kak sb darah byk kuar..dah la nk kuar darah tu..sakit..

    harap2 anak akak da elok..

    ReplyDelete
  54. setiapa dugaan yg dtg pasti ada hikmahnya kan kak...

    moga nurienne semakin sihat arini..klu akak jumpa dia ari sabtu ni sampaikan salam pada dia yer....

    ReplyDelete
  55. setiap ujian & dugaan yg datang pasti ada hikmah kan kak??


    kata2 keramat itulah yg selalu mengubat rawan dihati selama ini :)

    ReplyDelete
  56. ujian itu mengngatkan kita agar tak pernah lalai mengingatiNYa...disebalik ujian pasti ada hikmah kak :)

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum...

    Terima ujian dengan tenang dan sabar

    ReplyDelete
  58. Allah hanya menguji pada hambanya yg sabar..insyaAllah akak akan diberi kekuatan utk menempuhinya...:)

    ReplyDelete
  59. Assalamulaikum kak zakie,


    ye yuyi dari dulu sampai sekarang camtu. kalau period je mesti tak keja. lepas tu period dia memang tak tetap. hari tu dia jumpa pakar, doktor cakap ada benda yang menghalang kat tempat period tu lebih kurang cam tulah .pernah dia pitam dalam bilik air, masa period. kak zakie jangan runsinglah, pantau je nuri next month.

    ReplyDelete
  60. setiap ujian yg datang pasti ada rahmat yang tersembunyi..bersyukur kerana terpilih menerima ujian dariNya,itu tandanya mereka yg dikasihi..

    ReplyDelete
  61. Allah nak bagi pahala tu kak...sebab itu Dia uji...heee

    ReplyDelete
  62. Insya Allah, semoga semua ujian dapat di tempuhi jua. Begitulah apabila di beri ujian, tandanya menguji keimanan seseorang.

    ReplyDelete
  63. Alhamdulillah.. anak akak dah sembuh.. pastinya ada hikmah disebaliknya.. semoga kerja2 akak yg tertangguh dan tergendala dapat diselesaikan dgn sempurna esok.. ssblm ini, 15 tahun saya terlibat dalam bidang shipment ni.. mmg tahu sgt kesibukkannya..

    ReplyDelete
  64. semoga anak kakzakie cepat sembuh....insyaallah tiada apa2 tu, mungkin dia stress juga

    ReplyDelete
  65. Allah pilih kita sbb Allah sygkan kita dan dia tahu kemampuan kita menghadapi ujian dari Dia..

    ReplyDelete
  66. Alhamdulillah..selamat semua...

    adehh kesian kat anak kak zakie dituduh mengandung pulak.. takpe la kak, biarlah orang nak fikir buruk pasal kita. Asalkan kita tak buat...Allah ada bersama kita kak, insyaAllah..

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum.
    Alhamdulillah, semua selamat.
    Ujian itu tanda Allah menyayangi hambanya. Jika kita tahu yang Allah menyayangi kita, sudah tentu segala ujian itu dapat ditempuhi dengan lapang dada.

    Semoga hari-hari yang mendatang lebih menceriakan lagi keluarga kakak.

    TQ

    ReplyDelete
  68. Ujian ini kecil sahaja daripada ribuan ujian yang bakal ditempuh.

    Hidup akan sunyi dan boring tanpa ujian!

    ReplyDelete
  69. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    balut sarung seat door trim dan dashboard kereta

    kadang kala mmg begitu kita kena buat benda yang sukar..... menghadapinya perlu tenang... tapi selalunya kita mesti kelam kabut dibuatnya... kesiannya anak akak tu..... harap akak bersabar yerrrr.... mungkin dugaan untuk kita terus matang menghadapinya

    ReplyDelete
  70. Syukurlah anak akak dah keluar wad.diuji tanda Allah sayang kita kan kak?sabarlah.Terima kasih atas segala nasihat akak pd saya selama ni.sayangggggggggggggg akak.

    ReplyDelete
  71. salam kak zakie,
    kalau anak sakit memang menggelabah kita. tambah2 lagi jatuh sakit bukan di depan mata. Macam tak cukup tanah nak mengejarkan tempat dan masa.
    ujian Allah bagi pada yang DIA sayang..

    ReplyDelete
  72. Alhamdulillah Nurienne dah sihat dan boleh ke sekolah semula.

    Kalau anak sakit memang kita akan risau tambah pula dengan tiba.

    ReplyDelete
  73. @ gedek: La... sama macam kakak. Tersa ngilu kan...


    @ sarah-najwan: Entahlah cikgu. Masa dia form 1 dulu tak teruk sangat. Sekarang tambah teruk. Dah pergi berkali-kali tapi penyelesaiannya makan ubat itu saja.

    ReplyDelete
  74. @ Mamamya: Susahnya dia tinggal di asrama Lia. Selalu dia call kakak dan hari sabtu/ahad kakak akan pergi bawa ke klinik. Kali ini tak boleh tunggu dah masuk wad.

    Insya-Allah kakak sampaikan salam Lia..


    @ makdara TERdiva: Betul MDT tapi kita mudah lupa dan hanya tersedar itu adalah ujian setelah selesai masalah.

    MDT pun kenalah sabar ye...

    ReplyDelete
  75. @ FasiHAH SupiaN: Insya-Allah moga kami dikuatkan iman dan mohon perlindungan Allah. terima kasih dik...


    @ Abdul Razak: Insya-Allah ustaz. Moga dikuatkan iman kami

    ReplyDelete
  76. @ Nieza: Terima kasih nieza. Moga kakak tidak diuji dgn yag berat-berat.


    @ Suri soleheh: Anak kakak dah selalu dan boleh katakan tiap bulan tapi tak pernah masuk wad. Masuk wad baru kali ini

    ReplyDelete
  77. @ Cik Ina DDC: Terima kasih Cik Ina. Kakak takut pulak bila kata macam itu. Nurienne setiap bulan bila mens memang pucat, org baleh tahu punya. So tiap bulan mesti kena makan pil yg doktor bagi. Tapi kali ini entah kenapa boleh dia pitam di kelasnya.

    Kalau ada perkembangan Yuyi bolehlah Cik Ina buat N3 kakak nak tahu juga.


    @ cleverspider55: Pasrah dan redha atas ujiannya tapi sebagai manusia biasa kakak tak dapat lari dari sifat bimbang dan risau

    ReplyDelete
  78. @ Sham: Mungkin juga sham. Tapi kalau boleh nak cari pahala cara lain.


    @ eelobor: Kakak harap ee kalau boleh janganlah kakak diuji dgn anak-anak yg menjadi buah hati kakak.

    ReplyDelete
  79. @ Hanis Azla: Kalau sebab anak kakak tak akan toleh lain Hanis. Kakak tolak tepi semua hal kerja. Sibuk sikit kemudiannya tak apa.


    @ ibuintan: Dah sihat dah ibuintan. Dah boleh ke sekolah juga. Biasanya dia begitulah. Sehari hingga 3 hari teruk sangat. Masuk hari ke 4 dan seterusnya ok...

    ReplyDelete
  80. @ hani@debumelukut: Seharusnya ktia fikir begitu cikgu. tapi masa dapat berita semuanya lupa dah...


    @ Afida Anuar: Dia bukan tuduh Fida. Dia bertanya. Yg bertanya pun berhemah. Dia pun hairan sebab budak lagi dah masuk wad bersalin. Tak apa bukan salah dia pun....

    ReplyDelete
  81. @ Admin P@P: Kakak masih kena belajar lagi cikgu. Sungguh kalau hubby kakak memang cool selalu tapi kakak cepat benar jadi gelabah dan bingung. Terima kasih nasihat cikgu itu.


    @ Miecyber: Benar mie Allah tahu atas setiap apa yg dia kehendaki pasti ada hikmah

    ReplyDelete
  82. @ insan marhaen: Tapi kakak amat takut bila diuji IM. Masih belum kuat dan kena belajar lagi


    @ afzainizam: Alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik walau pada awalnya kakak sungguh bingung hingga makan pun tak lalu selagi belum dapat melihat wajahnya

    ReplyDelete
  83. @ Lydia Miza: Allah nak lihat sejauh mana kakak sabar tapi kakak jadi tak keruan hanya dgn panggilan telefin itu. Malulah kakak LM kalau banding dgn mereka yg tabah. LM jaga kesihatan diri & baby...


    @ ibundo: Kata-kata kakpah amat benar. Masa kereta dipandu org lain rasa tak laju dan kalau ada kereta lain didepan macam tak sabar nak suruh dia ketepi bagi laluan. Baru diuji begini pun dah kalut kakak nie kakpah...

    ReplyDelete
  84. @ Zaitun: Syukur Kak Zai. Kakak sangka mestilah serious sanat sebab masuk wad. Padahal dah selalu dia pitam kalau mens. Tapi sebab kena dalam kelas mestilah cikgu bimbang...

    ReplyDelete
  85. apa lah makcik tu ckp nuriene ngandung lak? ish...tak baik punya mulut tau!!

    harap dia terus sihat seperti sedia kala kak...

    ReplyDelete
  86. sabar la kak...

    itu tandanya Allah syg...sbb tu diberikan ujian...

    hari ni mcm mana..? hope semuanya ok... :)

    ReplyDelete
  87. Insyallah semuanya akan baik2 saja...

    Cakap kat anak akak supaya jaga diri..

    ReplyDelete
  88. Anak Kakzakie hilang darah banyak ke masa period ? (menorrhagia)

    Kalau masalah ini berulang ulang setiap kali dia period, kena buat rawatan susulan dgn Gynae..sebab kalau dibiarkan, nanti haemoglobin dia rendah

    ReplyDelete
  89. mesti dia malu ditempatkan kat wad bersalin...masalah juga hospital ni....

    ReplyDelete
  90. @ wahida: Ibu muda itu tak salah wahida. Dia baik orgnya. Cuma mestilah dia curious kenapa masih budak dah masuk wad bersalin? Sekarang kes budak diluar batasan kan banyak. Na'uzubillah....


    @ Nabila_2908: Dia selalu beegitulah dia. Kalau masuk hari ke 4-5 dah ok. Tapi pucatnya da lagi. Setiap kali mens mesti kena jumpa doktor

    ReplyDelete
  91. @ AnneRaini: Hal ini susah nak cakap la Anne sebab mes dia tetap setiap bulan. Kalau beza pun sehari dua. Tapi masalah dia bila kena teruklah sikit...


    @ Daddy Ziyyad: Alahai kalau kakak tahu kakak snap surat & ubat yg doktor tu bagi mungkin doc boleh explain. Kakak ingat bila dia cuti memang nak bawa ke Gynae. Bimbang jugalah doc.

    ReplyDelete
  92. @ Mohamadazhan: Kalau org tak tanya dia sebenarnya tak tahu tapi bila org tanya baru dia perasan yg sekeling dia semuanya ibu bersalin dan ada yg menanti masa utk bersalin. Tapi syukur juga kerana tidaklah terbiar kerana katanya kekurangan katil. wallahu'alam....

    ReplyDelete
  93. hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
    i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

    ReplyDelete
  94. bila seorang ibu tengok anak menangis
    hati ibu mana yg tak luluh kan kak?
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  95. sabar sahaja apa jua yang diberikan...

    ReplyDelete
  96. Allah menguji hambanya setakat yang termampu oleh hamba-Nya

    banyak bersabar

    ReplyDelete
  97. salam k zakie,
    kita tk boleh layan hati sangat,
    kesakitan adalah satu benda yg harus dirasai oeh mereka yg sedang membesar.
    tu yg boleh membuat mereka tough guy .. dan berani dgn cabaran ..
    sesekali kena terima ujian yg diberi dgn hati terbuka ,,

    ReplyDelete
  98. "syukur alhamdulillah takde yg serius..cuma smlm saja nurienne kat wad.."

    ReplyDelete
  99. @ Andrik McVean: It's great to know you and thanks a lot being friendship tied just thru this blog.


    @ Sayang-sayangibu: Hati seorg wanita tak kira ibu atau siapa juga memang terlalu rapuh sya...

    ReplyDelete
  100. @ Bigdaddyz: Alhamdulillah kakak sekarang dah redha dan sedar sedkar ujian kecil saja


    @ IMANSHAH: Masa baru terima berita kalut cikgu tapi bila dah settle baru sedar. Masih banyak kena belajar kakak nie...

    ReplyDelete
  101. @ aby: Pengalaman pertama buat dia mestilah sedikit gundah tambahan jaun dari mama-papa dia. Ikut mamam dia la tu aby sebab tu mudah gelabah


    @ Piasara: Alhamdulillah Pia hanya 2 hari satu malam saja. Dah ok pun sekarang nie...

    ReplyDelete
  102. setiap masa dan saat ada panas ada sejuknya

    ReplyDelete