Monday, June 20, 2011

BBQ

Lama sudah dibuat BBQ ini tapi masa hendak upload gambar ke picasa pun rasa tidak kecukupan. Bila Yasmien kata gambar itu sudah disimpan barulah aku buat N3 ini. BBQ ini ketika cuti sekolah yang telah berlalu. Sos sudah dibeli. Tujuan asal untuk dibawa ke destinasi perjalanan percutian dirancang. Tetapi kerana minggu pertama kakak Nurienne mereka ada kelas dan minggu kedua pula adik mereka menghadiri kem motivasi maka percutian dibatalkan. Maka berBBQlah mereka di verandah rumah dengan teman-teman jiran.

Anak-anak - Selepas solat maghrib mereka sudah memulakan bakar-membakar. Papa sudah sediakan 3 tempat untuk membakar. Daging lembu dan kambing, ayam, sotong, udang, sosej semua telah siap diperap seharian. Kipas - Lihatlah Nurienne punya kipas guna polystrene. Ramai sangat yang hendak pegang kipas. Sebagai kakak kenalah mengalah. Kipas yang ada cuma tiga.
Udang - Mak Zah mereka tolong cucuk udang dan sotong . Bimbang tangan mereka terkena api kalau membakar seekor-seekor jadi cucuk pada lidi satey mudah sikit mereka hendak membakar. Takut juga balik rumah tangan melecur gara-gara berBBQ di rumah aku.

Layan - Mak Zah melayan bibik jiran yang datang dengan anak-anak jagaan mereka. Ibu mereka menghadiri seminar belum balik. Expert juga bibik ini tolong buatkan burger anak-anak. Ada yang minta tolong walau bukan bibik mereka. Baik bibik ini.... Fauzan - Lihat anak kecil ini kalau datang rumah aku pasti tak mahu balik. Tinggal berjiran sebelah betul rumah aku. Pantang nampak muka papa mesti minta dukung. Selalu kami colek dia bawa balik rumah. Ayahnya bekerja di Indonesia sebab itu dia manja dengan kami. Panggil aku mama Mien dan hubby papa Mien. Lihat di belakang papa baru balik masjid terus betulkan arang yang kurang.






Kumpul - Masing-masing membakar apa yang digemari. Ada juga yang makan dengan roti burger kerana aku memang telah sediakan roti burger, roti gardenia, daun salad, timun dan tomato. Sos pun cili, tomato, thousland island, mayonis semua masuk botol, tinggal picit saja.

Jilat jari - Sebab musim budak batuk aku tidak sediakan air sejuk. Air mata kucing dan air oren tanpa ais buat mereka. Kebanyak mereka lebih suka air mata kucing. Mungkin sebab ada buah mata kucing yang boleh dikunyah dan dimakan.





Lebih kurang jam 10:00 malam semua selesai. Mana yang tidak habis kami bungkuskan pada anak-anak yang datang. Puas jugalah anak-anak aku ber BBQ walaupun bukan di tempat perancangn asal.









96 comments:

  1. Kakcik ingat tadi air tu, air kopi O. :)

    ReplyDelete
  2. teringgat cuti sekolah bulan mac dulu, anak anak tak kemana sya pun pasang khemah dekat parking kereta, berseronoklah diorang adik beradik di depan rumah.

    anak2 dah cukup puashaati walaupun sekecil hama kita buat untuk hiburkan hati mereka kan?

    ReplyDelete
  3. Teringin nak buat macam tu... Tapi rumah saya kecik, tiada kawasan.

    Takot jiran marah...

    ReplyDelete
  4. bestnyer kak, walaupun bt kt beranda je tp ckup happening, utk bdk2 tu nmpak seronok sgt mereka...

    di tambah ngn makanan yg mcm2 alahai best2, dana lama nk tanya... mak zah tu sapa ye kak?

    ReplyDelete
  5. wahhh ni satu kampung terbau daging bakar nih

    ReplyDelete
  6. Nak tunggu rayer la nanti ramai makcik2 buat bbq...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kakzakie

    Ermmm seronok sesekalinya dapat berkumpul dan makan-makan..:)

    ReplyDelete
  8. best nyer kak... siap jiran2 datang skali,,

    ReplyDelete
  9. kak zakie...

    best jugak dapat berkumpul reramai & berBBQ macam tu. Tiba2 teringin nak berBBQ kat sungai congkak...

    ReplyDelete
  10. Seronok ber BBQ,keluarga kak Zai pun suka buat kalau kumpul ramai2.

    ReplyDelete
  11. salam k/zakie...sampai hati tak ajak ucu...terbau2 tau bau udang + sotong...ni yg kena buat jugak ni ...

    ReplyDelete
  12. sedapnye...mcm ni saya pon kalau datang tanak blik2..hehehe

    ReplyDelete
  13. ok ape BBQ kt citu..yg penting, soru tak miss heheheheee

    ReplyDelete
  14. bagusnya akak neh..seronok bebudak..

    ReplyDelete
  15. seronoknya dpt kumpul ramai2 makan bbq..
    xsabar nak blk kg..

    ReplyDelete
  16. Meriahnya kak ! Bulan 4 hari tu baru berkumpul sempena harijadi emak.Itu pun tak puas. Rasa macam sekejap aje.


    Kami adik-beradik dah rancang untuk buat bbq jugak tapi tarikh belum tentu lagi..

    ReplyDelete
  17. kalau balik kg jer dpt merasa bbq sume sbb space besar!

    kalau buat kat rumah flat..alamatnye bomba dtg pun berlumba2..hehe

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum kak :)

    alahai.. rasa macam dah lama je tak main bakar-bakar ni. last tahun 2004 kot. adoi! teringin tetiba. akak ni saja buat jeles pulak. uhuu..

    ReplyDelete
  19. Salam Kakzakie..
    akak..seronoknyer berBBQ...saya dan keluarga pun suka kalau berkumpul ramai2...emmm..sedapnyer air mata kucing...

    ReplyDelete
  20. seronoknya bila dapat ramai2 cam gini. saya dah banyak kali buat plan nak berkumpul adik beradik nak buat family day, tapi tak pernah menjadi. Insya Allah....hari raya kali ni nak cuba rancang lagi sekali

    ReplyDelete
  21. seronoknya tgk budak2 tu..meriah..
    mesti sedap tu sbb ada yg menjilat jari..:)

    ReplyDelete
  22. asalkan seronok..pasti budak2 tak kisah kat mn pun kan.. ;)

    bestnya..... :)

    area rumah sy...ada bape kerat ju budak2...yg lain semua warga2 senior..huhu.. :)

    ReplyDelete
  23. seronok kan kak buat majlis makan2 macam ni... budak2 lagilah seronok...

    ReplyDelete
  24. salam k zakie,
    mangan, mangan, magan ..
    ojoh orak mangan,
    panganan wes neng ngarip moto ..

    weteng warek pun mangan meneh ..

    hu..hu..

    ReplyDelete
  25. nak buat BBQ macam aktiviti family kak zakie buat!!!
    sangat2 happy

    akan laksanakan 1 hari jika kami kumpul satu hari nanti,,

    ReplyDelete
  26. best nyer dpt buat BBQ...huhuuu rumah saya atas kayangan.kalau nak buat kena g kelah mana2 lerrrr

    ReplyDelete
  27. @ Kakcik: Ada yg ingat air sarsi kakcik... Budak air apa pun mereka tak kisah.


    @ sayang-sayangibu: Kakak ada baca N3 sya itu. Bentul anak-anak suka kalau dapat apa yg dia hajatkan. Yg ini kakak saja panggil anak-anak jiran sekeliling saja. Kakak suka bduak-budak

    ReplyDelete
  28. @ gedek: Kalau buat kena jemput jiran sebab baunya merebak satu kawasan. Bila jemput mesti tak marah :)


    @ norhidana: Budak-budak sangat gembira bila mereka bebas buat yg dia suka.

    Mak Zah yg jaga anak-anak kakaklah...

    ReplyDelete
  29. @ redza: Kakak jemput semua anak-anak yg berhampiran saja. Cuti sekolah ramai anak-anak yg balik kg juga. Jadi yg tak balik dapatlah dtg.


    @ pena rozie: Kakak selalu juga buat sebab anak kakak suka berbbq.

    ReplyDelete
  30. @ bujal x: Ialah bujal sebab itu kena jemput yg hampir dan agak yg boleh tercium bau. Kena bagi mereka tu...


    @ Abdul Razak: Wa'alaikumsalam ustaz. Anak-anak suka bila ada kawan-kawan.. Seronok sebab boleh buat sendiri sesekali.

    ReplyDelete
  31. @ JARI YG TERBARAI: Kalau tidak anak kakak cuma bertiga. Sebab itu kena panggil anak-anak jiran. tak baik kalau mereka bau kita tak panggil kan...


    @ JunAina: Kakak ikut saja kehendak anak-anak janji ada depan mata kita taklah bimbang.

    ReplyDelete
  32. @ Zaitun: Kakak buat utk anak-anak dgn kawan-kawan mereka Kak Zai. Sebab perancangan asal dah tergendala. Hehehe....


    @ Ucu Faridah: Kenalah but Ucu. Kita sediakan saja peralatn dan makanannya. Ajar sekali semuanya dah tahu. Cuma kena tengokkan takut kena api

    ReplyDelete
  33. @ Chichi: Memang ada yg lalai lupa nak balik. Hubby kakak malam itu tugasnya kena tengok budak-budak betul sampai rumah. Takut juga ada yg hilang kan.


    @ sahromnasrudin: Memang ok... cuma sliding door kena tutuplah kalau tak boleh masuk dlm rumah, lansir semua bau bbq. Hehehe...

    ReplyDelete
  34. kak..x ajak kite pun...nak jugakkk!!!

    ReplyDelete
  35. @ Rina Avail: Kakak suka bila lihat anak-anak happy. Mereka bukan ada mengumpat-ngumpat. Ceria mereka katun, basikal, fb masing-masing dan sekolah. Best kan...


    @ Hamizah: Di sana tak boleh buat ke Mizah? Or Mizah duduk di apartment ye?

    ReplyDelete
  36. @ azrina 0307: Kalau family lagi seronok kan masing-masing boleh agih apa yg hendak dibawa. Tiba masa hanya memabakr saja.


    @ Makdara TERdiva: Oh... pleaselah MDT jangan buat diflat / condo / apartment...

    ReplyDelete
  37. @ sar: Wa'alaikumsalan dik. Kalau dekat mesti kakak dah panggil sar dtg join sama. Jauhlah...


    @ Azi: Kalau kita tak seberapa seronok Azi... tapi anak-anak sebab sambil mereka bermain itu yg meriah. Kaka pun tak sangka air mata kucing budak-budak suka ye...

    ReplyDelete
  38. Bukan BBQ yang mengenyangkan, tapi bila melihat telatah ahli keluarga dgn bermacam2 peel tu lah yg buat seronoknya..kadang tu sampai lupa nak makan kan?

    ReplyDelete
  39. @ eelobor: Kalau buat family day Hari Raya lagi susahlah Ee sebab memasing ada keluarga mertua. Kalau kakak buat masa birthday bapak ke...baru semua ada. Hari Raya sure tak boleh kalau keluarga kakaklah


    @ nurkass: Budak-budak Kass... mana ada complaint. Janji jangan mentah sudah. Semua mereka sapu semacam....

    ReplyDelete
  40. @ nabilah_2908: Budak-budak memanglah seronok apalagi jumpa kawan-kawan ZN:)

    Kita yg tengok pun sukalah ZN...Tak sama tengok org yg dah berusialah...


    @ munna: Betul lah munna mereka sungguh gembira...

    ReplyDelete
  41. @ aby: Wa'alaikumsalam. Mangan karo bocah-bocah. Kakak sukak angger bocah-bocah teko mangan-mangan nang omah kakak.


    @ Citarasa Rinduan: Moga harapan Ayu itu akan kecapaian. Seronok bila ada yg makan dari apa yg kita usahakan....

    ReplyDelete
  42. @ Be Simple Beb: tak apalah BSB. Kakak sebenarnya pun perancangn asal bukan nak buat di rumah tapi sebab tak jadi itu yg buat di rumah..


    @ brutalsolo: Buatlah sesekali. Lagi ramai budak-budak lagi kita seronok. Budak tak ada cerita org lain dia makan-mimum-ketawa saja...

    ReplyDelete
  43. @ Sharifah Nadzarah: La... jauhlah SN. Kalau jiran kakak dah tentu ada dlm team itu:)


    @ hani@debumelukut: Budak-budak lagi ada yg kerjanya suka membakar saja. Ada juga yg suka makan saja. Ada lagi yg dtg makan sikit tapi nak main komputer. Hehehe....macam-macam.

    ReplyDelete
  44. Kak Zakie... mmg seronok kan bbq ramai2 mcm ni, hilang rindu hilang penat, wah dah lama tak makan buah mata kucing, teringat la...

    ReplyDelete
  45. mmg best BBQ gtu..
    last sekali saya rasa BBQ
    masa lepas raya thun lepas..
    kami buat lorong terbuka..hehee

    ReplyDelete
  46. Aslmkm.
    Hmmm, seronoknyer!
    Kak G anak beranak pun suka juga berbbq. Tapi sejak cousin-in-laws suami isteri meninggal tahun lepas, tak boleh bawa berbbq lagi ... amat sedih terbayangkan masa2 bersama mereka di mana kami semua ceria suka. Tak tahu la sampai bila!

    ReplyDelete
  47. wah seronok nampaknya kak zakie...

    best juga ya berbbq bersama jiran seperti ini, mengeratkan ikatan sesama jiran juga...

    ReplyDelete
  48. seronoknya kak. hehe dah lama xkumpul ramai2 mcm ni..

    ReplyDelete
  49. BBQ kat rumah pun best jugak...kan?

    Yg penting ahli keluarga datang memeriahkan majlis

    ReplyDelete
  50. seronoknya dapat buat BBQ mcm tu kan kak...nampak meriah sgt...

    lia rajin juga buat BBQ mcm ni...kumpul2kan adik beradik..biasanya lia buat masa sambutan hari jadi anak2....

    ReplyDelete
  51. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip beli kereta terpakai

    sesekali buat BBQ camni masti meriah dan saling rapat antara family.. teruskan usaha tersebut dimasa akn datang

    ReplyDelete
  52. Tak kira lah di mana pun. Acara sebegini tetap meriah dgn jiran2 dan makanan yang best best!

    BBQ nih, selain makan2 borak borak usik mengusik pun dah cukup melengkapkan majlis.

    Tanggang Leste: CINDY LAUPAR akhirnya kabur...!

    ReplyDelete
  53. Wahh bestnyer kak zakie, buat bbq ramai2..sesekali dapat berkumpul...

    ReplyDelete
  54. seronoknya...meriah tu.hehe. dapat makan, dapat juga erat silaturahim =)

    ReplyDelete
  55. seronokkan kakzakie..bile berkumpul ramai2 mcm tu...pernah gak buat mcm tu...tapi tak buat bbq buat stimboat jer...

    ReplyDelete
  56. Amy selalu berbq nie kak , setiap kali balik rumah bonda mesti bakor ayam.. dah jadi rutin lak kalau x buat bbq macam x sempurna balik tue hehehe...

    ReplyDelete
  57. "wow..meriah nya segala macam ada..dpt kumpul ramai2 lagi tu yg best.."

    ReplyDelete
  58. memang seronok bila sesekali berkumpul buat BBQ camni.... meriah nampaknya

    ReplyDelete
  59. banyak mengukuhkan ikatan silaturahim antara keluarga maupun saudara mara atau sahabat taulan....

    happeningnyer....

    ReplyDelete
  60. memang seronok makan ramai-ramai ni. tambahan pula kalau masing2 mengambil bahagian untuk memasak.
    Ooo.. kakpah pun nak buat bbq lah..

    ReplyDelete
  61. Assalamulaikum kak zakie,


    bestnya bbq, dulu cik ina masa family ada lagi selalu gak wat aktiviti cam ni. cam ni boleh merapatkan silaturahim bersama family.

    ReplyDelete
  62. Bestnye berBBQ. Ade gak buat dengan family. Yang letihnye tukang bakor tu. Letih mengipas dan letih membakor. Tapi enjoy. Makan reramai.. :)

    ReplyDelete
  63. @ Hanis MY: Anak-anak bila tertemu kawan-kawan memang suka Hanis. Sambil tunjuk bakat membakar, mereka juga bermain


    @ sarah-najwan: Kalau ada lorong terbuka lagi best kan cikgu. Kakak susah sikit sebab rumah kakak jalan utama jiran pulak kebanykannya Cina.

    ReplyDelete
  64. @ DDrfauziah: Benar Kak G bila sesuatu majlis gembira yg biasanya ada org yg dekat dgn kita jika hendak melakukan lagi hati akan terasa sayu dan teringat-ingat.


    @ ~yus~: Anak-anak sajalah Yus. Cuma yg ada anak belum pandai berdikari kenalan mak dia ikut sama. Ada yg dtg dgn bibik mereka

    ReplyDelete
  65. @ NOOR FATIN: Memang seronok kakak bila anak-anak gembira dan makan apa yg kita beri.Puas hati


    @ Daddy Ziyyad: Kakak tak jemput saudara-maralah Doc. Saja panggil kawan-kawan anak kakak sebab barang makanan dah beli tapi perancangan hendak berjalan tergendala so inilah jadinya

    ReplyDelete
  66. @ Miecyber: Sesekali mie...


    @ pB: Nampaknya begitulah pB anak-anak maha tahu susah


    @ Mamamya: Anak-anak suka berBBQ sebab inilah saja memasak paling mereka tahukan Lia. Kalau nak suruh masak lain manalah dia tahu.

    ReplyDelete
  67. @ Afzainizam: Bansa Melayu di Taman kakak tak ramai so inilah satu cara anak-anak dapat mengenal. Tambahan bila sekolah berlainan tempat


    @ Azieazah: Benar AA walau makanan tak sedap pun tetap selera juga mereka kerjakan. Anak-anaklah katakan. Mak-mak sekadar melayan anak-anak saja

    ReplyDelete
  68. @ Afida Anuar: Selalu juga kumpul kalau berjumpa di surau tapi tak adalah makan-makan. So kebetulan apa salahnya kan...


    @ Mohamadazhan.com: Begitulah harapannya selain makan dapat bertemu jiran-jiran

    ReplyDelete
  69. @ ainnoraini: Dulu kakak pernah buat stemboat tapi sebab alat hanya ada satu rasa macam kurang meriah sebab kena tungu lama. Nantilah kakak beli 2-3 lagi boleh buat juga


    @ Amy Syaquena: Ilah AMy bila balik dan dgn ramai keluarga lagilah meriah. Masing-masing ada tugasan kan...

    ReplyDelete
  70. @ Piasara: Kakak tengok tapi kan Pia kebanykannya lebih suka sotong dan udang. Daging mereka suka buat burger style. Kalau budak lelaki bagus semua mereka makan


    @ Masa cuti sekolah ibuintan... sebab itu tak ramai sangat juga yg dtg sebab ramai yg bercuti. Kalau tidak mesti penuh anak-anak sebab merka tahu kami sukakan budak-budak

    ReplyDelete
  71. @ SUD@IS: Erat persahabatan sambil makan-makan. Anak-anak main banyak dari makan. Ada juga yg rajin nak bakar sendiri


    @ ibundo: Kakak rasa kalau Kak Pah buat di rumah kg mesti best. Lihat persekitaran rumah kg Kak Pah luas. Mesti best:)

    ReplyDelete
  72. @ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. BBQ kalau tak ramai memang kurang seronok ye Cik Ina. Sebab bila tak ramai yg makan sayang


    @ Penjejak Mimpi: Ini BBQ budak-budak PM. Mereka mana ada malas-malas malah berebut-rebut nak buat. Kita saja yg bimbang ada yg kena api. Seronok mereka tak ada yg malas-malas....

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum,

    ...nanti la, pasni giliran kuarga saya plak ber BBQ...

    ReplyDelete
  74. morning sis ,

    kak tiba2 amy teringin nak lihat wajah akak , kat ner erk leh dapat lihat huhuhu...

    ReplyDelete
  75. salam kak,

    kat jalan ati ni pun
    kami ada buat BBQ bersama
    5 jiran yg rapat kongsi rm60
    then bawa lagi makanan dari
    rumah masing2 ...mmg meriah :)

    ReplyDelete
  76. akak ...best nyer ber BBQ.tpo naper tak ajak adi?huhu

    ReplyDelete
  77. idea menarik ni... sesekali rehlah (berkelah) dengan jiran-jiran pon bagus gak

    ReplyDelete
  78. meriahnya.... seronkkan bbq sambil gather semua family... balik kg nanti cam nak buatla...

    ReplyDelete
  79. lain klu klu bt bbq lg sila jmput liza okey,ngeh3...

    ReplyDelete
  80. bestnya buat BBQ...
    gamaknya kalo iols buat BBQ kat umah iols ni
    dulu kendian kot bomba mai umah
    hahahaha

    ReplyDelete
  81. Syioknye dorg BBQ ngn kawan2..
    Kat verandah pun xpe janji enjoy..heheh

    ReplyDelete
  82. kita ingt kita dh folo akak rupanya belum ~heee

    ReplyDelete
  83. Salam, hai.. bila lah Che Mid boleh berbbq kat rumah SP ni.. jiran pun takde..

    ReplyDelete
  84. salam kakkkkk!

    rindu!

    hu, mutiara jadi tergoda pulak tengok,

    hu, next week balik kampung, mutiara nak wat bbq jugalk la,,

    ahaha

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum Kakzakie,

    Wau mesti seronok budak2 ni. Buat BBQ berkumpul ramai2.

    Kami sekeluarga pula selalu buat BBQ bila balik beraya di kampong. Kira macam acara tahunanlah.

    ReplyDelete
  86. @ cikgu humairi: satu petanda yga amat kakak suka dan nantikan selepas cikgu bersunyi-sepi seketika....


    @ Amy Syaquena: Setiap kali komen kan ke ada gamabr kakak dgn abang tu. Hehehe....

    ReplyDelete
  87. @ Ati masrif: Kakak selalu buat dgn keluarga tapi kali ini anak-anak dgn teman dia sebab tak jadi nak berjalan-jalan kerana anak-anak ada hal lain


    @ Lydia Miza: Kalau dekat mesti akak dah panggil Lm dgn anak-anak. Kakak suka anak-anak ramai dlm rumah akak.

    ReplyDelete
  88. @ cemomoi: Ialah sesekali makan-makan dgn anak-anak jiran terasa mesra.


    @ dwaty: Buat dgn family lagilah happening sebab masing-masing ada tugasan.

    ReplyDelete
  89. @ Umi Alesya Sofea: Liza boleh datang betul ke? Kalau betul kakak no hal punya :)


    @ miloais: oh... ini mesti rumah milo duduk atas. Kalau gitu tak bolehlah sayang...

    ReplyDelete
  90. @ Cik Shinju: Anak-anak kalau bersama nampak sangat gembira. Makan pun ramai-ramai mestilah mereka suka...


    @ Rina AVAIL: Alahai kesinnya dia Tahanks a lot


    @ Che Mid: Kalau gitu kena buat masa keluar dgn anak-anaklah Che Mid.

    ReplyDelete
  91. @ Mutiara Bernilai: Amboi!! nak balik kg. Lagi best kalau di kg bolehlah ramai-ramai membakar.


    @ Kunang-Kunang: Ini pun kali pertama kakak buat di rumah Kak Ani sebab barang semua dah beli nak buat berjalan perancangannya tapi tak jadi sebab anak-anak ada kelas. Itulah jadinya....

    ReplyDelete