Wednesday, June 1, 2011

Pertunangan - 28-05-2011

Betapa putaran alam ciptaan Sang Pencipta yang tidak kelihatan sebenarnya terlalulah pantas berputaran. Bayangkan saja anak sulung Kak Uda aku yang belum lama dulu bersama-sama anak aku bermain kejar-kejar kini telah sedia menjadi seorang pemimpin keluarga. Malam itu persiapan dibuat di rumah Kak Uda oleh kami mak-mak saudaranya kerana majlis pertunangannya. Majlis ini jatuh pada tarikh yang sama 16 tahun dahulu aku telah diijabkabulkan menjadi seorang suri rumah kepada papa kepada anak-anak aku.



Hantaran - Keseluruhan ada sembilan dulang. Barangan meliputi telekung, sejadah, peralatan solek, buah-buahan, kuih dan manisan, kek, sirih junjung+tepak sireh, cincin dan duit 1% (sebagai menunjukkan wang hantaran kelak), Kek tidak kelihatan di sini sebab belum diambil lagi dari tempat tempahan.



Tepak sireh - Aku pun tidak tahu apa motif mesti setiap kali majlis pertunangan mesti pihak lelaki perlu menyediakan tepak sireh ini. Setiap balang kecil itu diisi dengan bahan seperti kapur, gambir dan pinang. Siapa yang makan sireh ini katanya akan cepat dipinang orang. So.... siapa yang mahu cepat kahwin makanlah sireh ini. Heee.... karutlah usah dipercaya.


Kek - Inilah dia kek coklat blueberry daripada anak buah aku untuk pihak perempuan. Mak-mak saudara tak sempat nak membuat sebab masing-masing sibuk mana hendak ambil anak balik dari asrama dan kerja lagi. Tempah orang buat lagi mudah.


Menuju destinasi - Baru keluar rumah untuk menuju ke rumah pihak perempuan dengan membawa segala barang hantaran. Adik dengan sepupunya tak mahu ketinggalan menyibuk sama.


Panjat tangga - Rumah pihak perempuan di Kuarters Polis Jalan Bakri, Muar. Nasib tingkat 1 saja. Kalau tidak boleh aku berhenti separuh jalan. Mengah heh.... menapak dengan tumit tinggi lagi.....


Termeterai - Cincin disarung dijari sebagai tanda Linda telah ditempah untuk dimiliki oleh anak buah aku Mohd. Abd. Halim. Pakai inai juga si Linda ni. Dulu masa aku bertunang tak ada inai-inai.

Bersalam - Pertemuan dengan bakal ibu mertua. Harap boleh mendengar nasihat bakal ibu mertua dan kasih sayang seperti ibu sendiri. Kak Uda memang cool orangnya. Anak-anaknya semua menjadi. Halim ini kontraktor - menyambung karier arwah ayahnya. Manakala 3 adik semuanya engineer.

Hidangan majlis - Aku bertemu dengan kuih koci pulut+labu dirumah pihak perempuan. Sedap sungguh kuih tradisi ini hingga membuat kamera pun snap pada kuih yang satu ini. Makanan lain seperti nasi ayam, pulut kuning, kuih-kuih moden teralulah banyak hingga tidak termakan oleh kami. Aku tidak snap itu semua sebab sudah biasa nampak.


Dari pihak perempuan - "Abang Long kata potong dan bagi-bagi" itu kata Yasmien. Penat orang menggubah akhirnya reben kemana-bunga kemana. Apa yang pasti kebahagiaan dinanti untuk tahun hadapan. Insya-Allah moga tiada aral melintang yang membolehkan mereka dapat disatukan dan menjalin ikatan halal sebagai suami-isteri. Insya-Allah.




139 comments:

  1. assalma kakzakie..tahniah untuk anak sedara yang dah pun selamat bertunang.
    sekarang ni memang akalu bertunag pun siap pelamin dan berinai bagi..
    dah zaman sekarang kakzakie..memang le zaman acik dulu pun..tak de tu semua..

    ReplyDelete
  2. kak...
    tunang pun pakai inai yek???
    skrang ni kl bertunang pun dah grand mcm nak nikah....hehehhe...

    sy biasa2 aje...

    ReplyDelete
  3. Seronk tengok orang bertunang ni kan kakak...


    Alahai...kesian makcik2 kena bawa barang hantaran naik tangga tu. Tak apa, demi anak saudara...

    ReplyDelete
  4. ish berasa nak buat skali lagik la pulak... moga yang terpatri akan termetri

    ReplyDelete
  5. ingatkan akak yang bertunang~~haha~

    ReplyDelete
  6. semoga selamat disatukan dan kekal hgga akhir hayat

    ReplyDelete
  7. betul tu kakzakie...dah gubah cantik2 pas tu hancur berkecai segala hiasan bunga kat gubahan hantaran tu...
    mcm tu la jugak masa anak saudara ain bertunang hari tu...

    ReplyDelete
  8. inai si bakal pengantin kat jari aje ye. besenyer kat tangan kan? ni trend baru ke kak? eh tanye akak lak, macam la akak ni mak andam inai yek hehehe

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..

    tahniah kakzakie..akan dapat ahli keluarga baru kan..

    p/s: koci tue memang sedap...labu jarang sangat jumpa huhuhuhhh

    ReplyDelete
  10. cantik hantaran... tahniah ye bakal dpt anak buah br...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dah selamat bertunang.. selepas ini sibuk dengan majlis perkahwinannya pula.. semoga segalanya berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  12. itulah kak..cepat sungguh masa berlalu kan..

    tahniah kpd anak sedara akak..
    musti sebualan dua lagi..sibuk pulak buat persiapan kawin..

    semoga segalanya berjln lancar

    ReplyDelete
  13. aah la..tunang pun pakai inai kan..cantekkk..tapi saya atak suker inai sebab busuk..hehehe

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak :)

    kek tu macam sedap ~eheh

    hmm, tepak sireh. yup, pelik sungguh. bukan nak membelakangkan adat, but saya sendiri rasa benda tu tak perlu. pernah pergi majlis tunang ni, but saya tengok takda pun dorang guna benda alah tu. just letak untuk ambik gambar je. erk? tak payah pun takpe.

    kuih tu feveret saya gak kak. tapi lagi suka pulut hitam punya.. huuu..sedap! nyum!

    ReplyDelete
  15. iols first time tengok kuih koci labu ni...
    teringin pulak nak rasa!

    ReplyDelete
  16. masa tuh mmg cpt berlalu ye kak... kejap je dh beso2...

    seronok kan kalu bt psiapan utk majlis gini, zmn skrg kalu tunang pun dh gaya mcm nikah... lawo2... suke kadang nengok... makin meriah

    kuih koci dana paling suke yg pulut itam... suke sbb kaler dia pepel2 gitu hehehe...

    ReplyDelete
  17. moralnya tak yah gubah2 sangat..nanti dibuang juga..hehe
    kuih koci tu kalau masuk peti lg best..erkk..kalau kass la kan..:)

    ReplyDelete
  18. ooo pertama kali tengok kuih koci labu..bg resepi kak...

    ReplyDelete
  19. meriah majlis, sedap nampak kek untuk perempuan tu
    kueh koci..perggg sedap sya suko;p

    ReplyDelete
  20. meriah majlis, sedap nampak kek untuk perempuan tu
    kueh koci..perggg sedap sya suko;p

    ReplyDelete
  21. bertunang zaman sekaang dah mcm kawen kan kak...siap berinai, pelamin bagai...hehe...

    ReplyDelete
  22. tahniah buat anak saudara kak zakie.. cantik2 gubahan tu...tak pernah lagi makan kuih koci labu tu kak...

    ReplyDelete
  23. wah....majlis pertunangan kat kuarters polis jalan bakri muar ek?
    org rumah saya kat sg balang kecil..dekat dah tu...

    tahniah buat anak sedara kakzakie...

    kuih koci labu ni terbaikla....susah nak jumpa sebab org jarang buat...nak jumpa pun time bulan pose...hehehe

    ReplyDelete
  24. salam kenal kak..

    wah,tgk rombongan bertunang macam ni teringat memori kena risik dulu.actually saya kena risik cum bertunang terus.senang sekali harung.haahahaha..

    silalah jengah teratak saya yg tak seberapa ni ek.:-)

    ReplyDelete
  25. Acik Erna,

    Itulah bila masuk rumah dia macam nak ada majlis kahwin. Bilik pun berhias macam pengantin juga.

    ReplyDelete
  26. azian,

    Masa kakak dulu lagilah cuma duduk dalam bilik. Mana ada duduk pelamin masa tunang....

    ReplyDelete
  27. ckLah,

    Seronok cikgu...

    Mata tangga pulak cikgu kecik-kecik cikgu. Tapi tingkat satu saja.

    ReplyDelete
  28. cemomoi,

    Amboi... nak lawan Salleh Yaakob dah...terima kasih doakan.

    ReplyDelete
  29. bujal x,

    Nakal bujal nie... kakak dah tualah sayang...

    ReplyDelete
  30. ainnoraini,

    Budak-budak yg dikejar kek dan coklat. Ferero tak menjamah kami satu balang mereka kerjakan sesama mereka....

    ReplyDelete
  31. Ija Zambry,

    Entahlah Ija. Kakak bab-bab ini tak belajar dan tak tahu.Hehehe....

    ReplyDelete
  32. sahromnasrudin,

    Tahun depan rasanya jadilah dia anak saudara ipar kakak.

    p/s: koci dia buat sedaplah shah...

    ReplyDelete
  33. mama maman,

    Bakal jadi anak saudara kakak. Terima kasih...

    ReplyDelete
  34. Hanis Azla,

    Begitulah Hanis bila dah bertunang kena siap sedia pula utk majlis kahwin pula.

    ReplyDelete
  35. sarah-najwan,

    Kalau ikut kak uda kakak nak cepat sebab si angannya pun dah ada calon juga dan kalau boleh nak cepat juga, tapi pihak perempuan sebab ada kakak dia minta lambatkan pulak...

    Tak tahulah kot nanti abang tunang dulu tapi adik yg nikah dulu.

    ReplyDelete
  36. Ayuraza,

    Hm... kalau inai yg dlm tube tu tak busuklah Ayu. Tapi entahlah kakak tak cium pun. Heeee......

    ReplyDelete
  37. Wa'alaikumslaam sar,

    Sekali lalu kek kena sapu bebudak sar.

    Tepak sireh tu memang kakak rasa tak dibuat apa pun. Just display tapi tak tahulah kalau ada yg makan sireh zaman moden nie. Kena cari org india kot. Hahaha.....

    ReplyDelete
  38. miloais,

    Betul milo memang sedap sungguh. Nak makan banyak malu. Tapi masa nak balik siap anak kakak dua-dua tangan dia pegang koci ini. Hehehe...

    ReplyDelete
  39. norhidana,

    Majlis macam pengantin Dana. Dari solekan, pelamain dan bilik semuanya ada tapi majlis berlangsung beberpa jam saja...

    ReplyDelete
  40. nurkass,

    Bila tak gubah tak cantik pulak kass.

    Koci tu tak sempat masuk peti ais dah sampai perut sayang....

    ReplyDelete
  41. chichi,

    Alahai kakak pun makan di rumah pihak perempuan. Tapi kakak rasa tepung tu dia uli dgn labulah chichi. Cubalah chichi buat dah tu masuk N3....:)

    ReplyDelete
  42. as salam kak...

    zaman skrg ni kak...majlis b'tunang dah sama mcm majlis kawin...zaman lia dulu ringkas jer...mengikut p'edaran zaman kan....

    ehh..anniversary kak zakie selang beberapa hari jer dgn anniversary lia kan....:D

    nak juga wish selamat menyambut ulang tahun perkahwinan utk kak zakie n suami...semoga r/tangga yg dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..amin.

    ReplyDelete
  43. sayangsayangibu,

    Kek itu anak-anak yg makan habis. Kakak tak begitu minat.

    Koci memang kakak suka. Rasanya lagi susah buat koci ni sebab nak bungkus satu-satu dan kena ada inti lagi. Makan senanglah sya hahaha.....

    ReplyDelete
  44. 1st time saya dengar pasal kuih koci pulut+labu..tengok warnanya kuning..ingatkan guna isi durian...:)

    ReplyDelete
  45. wahida,

    Itualh kakak kata macam org kawin tapi majlis berlangsung sekejap je. Makan yg lama....

    ReplyDelete
  46. munna,

    Terima kasih ucapan munna.

    Kakak rasa munna mesti boleh buat kalau dah merasa. Mungkin labu lenyek dicampur dengan tepung pulut kot....

    ReplyDelete
  47. selamat menerima anak saudara baru

    ReplyDelete
  48. nukilaniffiza,

    Fen... mungkin fen tahulah tempatnya. Quaters ini baru lagi dibatu 6 dekat dengan kubur Jln Bakri. Ok juglah qaatersnya. Bersih...

    ReplyDelete
  49. ct shah,

    Kalau jauh biasanya macam ct. Risik terus tunang dan nikah. Adik kakak yg duduk selayang dulu pun begitu. Kami dari Johor rombongan ke Kedah. So perbincangan dibuat sekali pinang terus nikah.... Jadi saudara-mara sekali jalan je....

    ReplyDelete
  50. wahh..dah nak dpt menantu anak saudara (betul ke ni??) hehe..bila nak terima menantu k.za? :)

    ReplyDelete
  51. Daddyziyyad,

    Itulah doc. Bila makan kami bertanya dgn makcik tu dia kata pulut+labu. Sedap tau doc...

    ReplyDelete
  52. Hmmm... bila la turn sy lak nie?...

    ReplyDelete
  53. Mamamya,

    Itualh Lia kakak dulu duduk bilik tak keluar. Sarung cincin mana ada pelamin sakan. Inai jauh sekali....

    Terima kasih Lia. Tahun depan kita sambut sesama ye. Hehehe....

    ReplyDelete
  54. saniah,

    Anak saudara menantu. Heh.... betul tak sanian nie? Anyway terima kasih.

    ReplyDelete
  55. Penjejak Mimpi,

    Akan tiba masanya PM kena bagitahu kakak....:)

    ReplyDelete
  56. salam kak,

    amboi2 mcm tu.tahniah dah nak dapat bakal menantu lagi....semuga selamat ke jinjang pelamin..cantik laa bakal pengantin tu..

    selamat bertunang dan selamat mmelihara adab2 pertunangan. gamaknya bila nak langsung nye kak??

    ReplyDelete
  57. salam kak,

    amboi2 mcm tu.tahniah dah nak dapat bakal menantu lagi....semuga selamat ke jinjang pelamin..cantik laa bakal pengantin tu..

    selamat bertunang dan selamat mmelihara adab2 pertunangan. gamaknya bila nak langsung nye kak??

    ReplyDelete
  58. salam kak,

    amboi2 mcm tu.tahniah dah nak dapat bakal menantu lagi....semuga selamat ke jinjang pelamin..cantik laa bakal pengantin tu..

    selamat bertunang dan selamat mmelihara adab2 pertunangan. gamaknya bila nak langsung nye kak??

    ReplyDelete
  59. tahniah2 ye akak..dpt lg tahun depan anak sdara baru..hmm..ehh..tunang pun pkai inai di tgn..hmmm..

    ReplyDelete
  60. dah selamat bertunang...bila langsung nya..? :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    BUTTERSCOTCH ANYONE??

    ReplyDelete
  61. Alhamdulillah..semoga panjang jodohnya..dan dipermudahkannya...

    ReplyDelete
  62. wah bertunang sekarang nie semua grand2.. tunang pun dah nampak macam menikah , tue la dunia dah semakin ke depan..kan kak

    ReplyDelete
  63. Urmm... ingat time aku bertunang dulu... indahnya...

    ReplyDelete
  64. "a'ah kak,saya pun perasan org skrg ni bertunang pun berinai kan...yer la zmn dah berubah..~sedapnya kuih koci labu.."

    ReplyDelete
  65. eh meriahnya, macam kawin.. baju tunang tu pun macam baju kawin kan kak zakie?

    he he, kalau akak bagitau makan sirih cepat dipinang orang, dan dan fida cari sirih ni kak..hehe gurau je la;)

    ReplyDelete
  66. As-Salam KAKZAKIE
    Tahniah utk seluruh keluarga besar kakzakie! Tepak sirih tembaga tu nampak hebat, tebal & berat. Kek Halim utk Linda sangat ayu rupanya. Dan bersemangat sungguh pasukan pembawa dulang mendaki tangga. Siapa suruh bertumit tinggi... Kakzakie bila nak lawan Kak Uda? Ceria selalu.

    ReplyDelete
  67. salam kak...

    menarik tu kak...kueh tu macam sodap ja.hehe

    bila la nak sampai seru saya ni...hehe


    Info Sihat: Kebaikan Epal Hijau

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum kak zakie,


    Masa cepat beredar, tahun demi tahun. Meriahnya majlis tunang tu. best pulak dapat makan koci labu, sedap, cik ina suka. part yang paling best lepas tunang, mesti kek, buah dan cokelat, dibagi pada sanak saudara yang terdekat.Selamat bertunang linda, semoga berbahagia.

    ReplyDelete
  69. kakzakie,
    temengah2 makcik2 tu naik tangga hehe..

    Tahniah pada anak buah dan keluarganya. Zaman sekarang ni bertunang pun meriah. Tak macam kita dulu menyuruk dalam bilik je.

    ReplyDelete
  70. ainhany,

    Kalau boleh keluarga kakak nak cepat sebab adiknya dah punya pilihan juga. Tapi pihak sana minta setahun, kena sabarlah nampaknya ain...

    ReplyDelete
  71. lalink7,

    Itulah Husz, kakak pun hairan, siap berinai tapi majlis berinai tak ada.

    ReplyDelete
  72. nabila_2908,

    Kami kena ikut pihak perempuan saja...

    ReplyDelete
  73. Maya Mayana,

    Terima kasih yana. Doakan yg terbaik ye...

    ReplyDelete
  74. kak Es,

    Inysa-Allah moga Allah makbulkan...

    ReplyDelete
  75. Amy Syaquena,

    Terpulanglah Amy pada pihak masing-masing punya kehendak. Ada pelamin tapi sanding sendiri, ada bilik berhias pun tidur sendiri. Hahaha....

    ReplyDelete
  76. MindaMalay,

    Hmmmm... mesti ada kenangan terindah yg sukar dilupa

    ReplyDelete
  77. Piasara,

    Aha la pia.... berinai sakan tapi majlis berinai tak ada sebenarnya. Dia just pakai suka-suka saja.

    Koci itu teramatlah sedap pia....

    ReplyDelete
  78. Afida Anuar,

    Kakak rasa dia sewa mak andamlah Fida. Sebab masa masuk bilik ada mak andam yg buat.

    Kalau 'mat saleh' bunga yg dipegang pengantin dicampak siapa dapat mean the next will be the person who manage to grap the flower. Tapi org kita percaya yg ini. Entahlah karut tu....

    ReplyDelete
  79. Wa'alaikumsalam TEMUK,

    Tepak sireh itu kami sewa tau cikgu. Memang tembaga dan berat. Kalau dah nama pun perempuan cikgu mestilah nak lawa. Tumit tinggi kan ke cantik... Mengah bawa barang naik tangga. Hahaha......

    ReplyDelete
  80. Mohamadazhan,

    Kuih memang sedap. Azhan punya turn bila? Eh... Azhan kena meminang bukan dipinang tau. Heee......

    ReplyDelete
  81. Cik Ina DDC,

    Sedap Cik Ina ada kuih koci di reumah mereka. Sebab sebelum pergi kami dah makan-makan juga jadi sampai sana dah tak lapar sangat. Makan ala kadar je. Tapi kuih koci itu kami makan banyak...

    Balik barang hantaran pula yg bebudak makan lagi...

    ReplyDelete
  82. kakpah,

    Nasib baik cuma tingkat satu kakpah.

    Kakak dulu pun sarung cincin dalam bilik, pelamin mana ada masa tunang.

    ReplyDelete
  83. salam akak sayang..

    wah, btul2, kdg2 rase mcm masa sgt2 cepat berlalu..
    sedar2 ramai yg dah kahwin ..btunang n dah ade anak..

    ^__^

    nway tahniah ye buat anak kak uda tu :)

    ReplyDelete
  84. semoga kekal bahagia dunia akhirat.. amin
    :)

    ReplyDelete
  85. TAHNIAH...semoga smpai ke penghujungnya...amin....

    ReplyDelete
  86. Tahniah buat Halim & Linda...
    Kak...terliur tgk kuih koci labu tu..huhuh..

    tepak sireh tu akak punya ker? susah nak jumpa dah..

    ReplyDelete
  87. Sedap kuih koci labu tu kak Zakie....meleleh ayaq liuq...

    ReplyDelete
  88. Salam kakzakie

    Tumpang cuci mata.

    Moga dipanjangkan jodoh bakal pengantin.

    ReplyDelete
  89. jari merah dengan ukiran inai...meriahnya pertunangan ini...

    ReplyDelete
  90. kak zakie..cantik kek tu...suka tgk.tiba2 mata terhenti menatap kuih koci labu tu..aduhhhhhhhhh terliurnya.sbgt2 terliur..huhuhu

    ReplyDelete
  91. MERIAHNYA...KAK... cantik jari si cik gadis... congrats

    ReplyDelete
  92. Mutiara Bernilai,

    Anak saudara kakak lelaki jadi start kerja saja mak-ayah dah sound saving duit kalau nak kahwin. Girl friend ada tak kan nak tayang saja.

    Kalau lelaki senang pergi meminang, perempuan kena tunggulah MB. Sabarlah....

    ReplyDelete
  93. My Little Diary,

    Terima kasih Rima. Itulah harapan kami juga.

    ReplyDelete
  94. Cik Shinju,

    Kakak pun teringain nak makan lagi koci tu Yun.

    Kak Uda kakak sewa dari kawan dialah Yun. Itu tembaga betul tau Yun, berat lagi....

    ReplyDelete
  95. Cikgu Nurin,

    Jangan kata cikgu, kakak pun terliur lagi. Pandailah mereka buat...

    ReplyDelete
  96. Dang Tari,

    Terima kasih dari kakak. Mudah-mudahan terlaksana utk disatukan.

    ReplyDelete
  97. MamaEma,

    Anak kakak pun kata begitu. A'ah memang meriah walau letih.

    ReplyDelete
  98. Lydia Miza,

    Alahai LM kan tengah rajin membaking. Buatlah LM. Tak lama sampai M'sia boleh buat kuih koci. Dekat Qatar ada daun pisang tak? Hehehe.....

    ReplyDelete
  99. tahniah kak zie semoga ceria dgn pertambahan ahli keluarga akan dtg :)

    ReplyDelete
  100. kak zakie, tahniah utk halim ya, (anak saudara yang berapa?). pejam celik. sekejap sahaja masa berlalu.. anak saudara ayu dan tingkatan 2....
    perempuan.. entah2 kawin awal.. heheheh


    bab koci tu.. opss... jgn tatap lama2 ayu posa.. heheheh

    windu kak zakie

    ReplyDelete
  101. bila baca entry nih teringat lak zaman saya bertunang dulu...hehe

    ReplyDelete
  102. assalamualaikum,


    selamat bertunang...lepas ni timang cucu plak.

    anak saya kahwin 30.10,11 nanti, insyaAllah. Jemput datang!

    ReplyDelete
  103. Mrs. Eady,

    Harap begitulah tambah ahli tambah ceria...Terima kasih

    ReplyDelete
  104. Citarasa Rinduan,

    Ayu kalau nak kira dah terlalu ramai anak saudara kakak yg telah berumah-tangga. Dah jadi nenek pun...:)

    ReplyDelete
  105. Papa Mifz,

    Amboi... terkenang pulak dah...

    ReplyDelete
  106. Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

    Begitulah yg selalu.

    Kakak dah jadi nenek tau cikgu. Ramai anak saudara kakak yg telah punya anak baik sebelah kakak mahupun hubby.... Dah bias kena panggil nekma zakie. Hahaha....

    ReplyDelete
  107. assalamualaikum k.zakie...

    rasenye kita ni mcm sebaya jer...tet..

    ReplyDelete
  108. tahniah! mcm best je kuih koci tu, hanis tak pernah jumpa lg, kuih koci versi tu...

    p/s: terima kasih sudi berkunjung..

    ReplyDelete
  109. wahhh...tergoda tgk kek tu..

    buat yg bertunang, tahniah ye!

    ReplyDelete
  110. slmt ulangtahun prkahwinan yg ke 16 thn.
    mmg cepatkan masa brputar..kejam celik..tup2 anak kakzakie lak brtunang.

    ReplyDelete
  111. salam. nak kueh koci labu tu.....
    ok. kul 4 pagi sok dah nak bertolak ke KLIA.

    ReplyDelete
  112. BSB tak pernah jumpa lagi koci labu...mesti sedap kan?BSB pun sok balik kg gak ada saudara kawin.

    ReplyDelete
  113. assalamualaikum.
    Tahniah dari saya.
    Semoga ikatan pernikahannya nanti akan kekal bahagia ke akhir hayat.
    Tunaikan tanggungjawabnya nanti berlunaskan al-quran dan al-hadis.

    TQ

    ReplyDelete
  114. Aslmkm.
    Tahniah!
    Bertunang sudah begitu banyak hantarannya. Nanti masa majlis pernikahan -> persandingan mahunya berderet-deret!
    Setiap kali bila melihat majlis sebegini, kita nostalgia juga kan? :)

    ReplyDelete
  115. Syantik hantaran warna poteh. Agaknya tahun ni warna tema hantaran mmg putih ya? Adik Ate ms nikah last week pun buat hantaran warna putih.
    Tentang tepak atau sireh junjung tu adat aja. Tapi dulu ms arwah abah Ate ada, dia suka permudahkan segala. So semua ank pompuan dia, tak de dia minta tepak atau sireh junjung tu psl dia kata membazir jerr, mana menggubahnya mahal lagi..pas tu tak bole buat apa2. Bkn ada yg nk mkn sireh tu mcm org dolu dolu. Arwah abah mmg seorang yg very practical.

    ReplyDelete
  116. Ucu Faridah,

    Sebaya keana ulangtahun perkahwinan ke ucu? ...

    ReplyDelete
  117. Angah pun sama. rasa macam baru semalam je lahir.. tau-tau minggu depan dah nak bikin 'masjid' sendiri...

    ReplyDelete
  118. Hanis MY,

    Mas maakan kakak bertanya itulah kami tahu koci labu+pulut. Memang sedap...

    ReplyDelete
  119. Dilla Ady,

    Kek tempah Dilla...

    Terima kasih dari akak atas ucapan itu.

    ReplyDelete
  120. zue,

    Terima kasih zue. 16 tahun penuh warna-warni. Tunggu anak kakak baru 15 tahun la....

    ReplyDelete
  121. Hajah Nafisah,

    Kakak pun makan org yg buat.

    Selamat bertolak makan angin. Jgn lupa kakak ye. Hehehe....

    ReplyDelete
  122. IMANSHAH,

    Terinagin kuih ke teringin nak meminang? :)

    ReplyDelete
  123. Be Simple Beb,

    Kakak pun baru makan kali pertama di sana. Balik kg. bestnya...

    ReplyDelete
  124. Admin P@P,

    Terima kasih cikgu. Insya-Allah pesan cigu kami ingat.

    ReplyDelete
  125. Wa'alaikumsalam DDrfauziah,

    Terima kasih Kak G. Sekarang trend bertunang dah macam nak kahwin Kak G.

    Hahaha... Kak G teringat juga ye:)

    ReplyDelete
  126. Ann Huda (Ate),

    Kami berada di pihak lelaki bimbang melanggar adat walau pihak sana tidak meminta. Memandangkan ianya mudah disediakan kami buat juga.

    Light green dan hitam sebenarnya...

    ReplyDelete
  127. Insan Marhaen,

    Mesti sibuk sekarang IM ye. Tinggal seminggu saja lagi Angah nak menikah. Insya-Allah dipermudahkan...

    ReplyDelete
  128. wahhh...
    simple but nice sgt hantaran2 tu sume.. best2..

    ReplyDelete