Friday, June 3, 2011

Doa dan Harapan

Semalam dalam kesibukkan menjalankan rutin di pejabat telefon bimbit di atas meja menyanyi Ya-Makkah.... Ya-Makkah. Itu nada dering telefon bimbit aku. Melihat nombor tertera di skrin teramatlah asing. Tapi aku pasti nombor tertera datang dari bandar Johor Bahru. Salam bersambut bersama rasa ingin tahu siapa gerangan suara di hujung talian sana. Kurang jelas kerana perkenalan diri diberi berbaur dengan esakan yang berat.

Masnida: Kak ini Mas. Nak minta tolong kakak. (Esakan dan tangisan kian jelas).

Aku: Kenapa Mas, bertenanglah cerita satu-satu kalau kakak boleh tolong.

Masnida: Adik Mas dah tak ada harapan lagi. Cancer dia doktor kata sudah stage 4. Seminggu sudah tidak buat treatment lagi. Doktor suruh bawa balik.

Aku: Astaghfirullahal'azim.... sabar Mas kakak faham macam mana perasaan Mas.

Sebaik habis berkomunikasi pantas aku telefon sahabat satu taman yang telah bersara untuk pukul canang malam Jumaat untuk berkumpul bagi mengadakan majlis Yaasin dan doa selamat. Harapan kami sebagai teman semoga dipermudahkan perjalanan samada hidup atau mati buat Nuruldiana Binti Mohd Din (adik Pn. Masnida). Masih terlalu muda baginya menanggung ujian ini. Malam tadi aku mengetuai majlis tersebut sarat dengan sebuah harapan moga doa kami dimakbulkan Allah.


Selesai - Setelah selesai doa selamat kami bersama makan juadah yang sederhana saja persediannya. Gambar sewaktu membaca Yaasin tiada sebab semuanya membaca.


Habis - Oleh kerana semalam aku bekerja persediaan sederhana saja dapat aku berikan. Ketupat adabi segera, roti jala, kari ayam (sebagai pencecah roti jala dan utk makan dengan ketupat), sandwich sardin, sambal tumis, lepat pisang dan sedikit buah melon. Itu saja.


Bersalaman untuk pulang - Kerana majlis bermula selepas solat maghrib, majlis selesai lebih kurang jam 9:30 malam tadi. Alahmdulillah....



Nota: Masnida adalah salah seorang hamba Allah yang kini menjadi pelapis ketika keuzuran aku untuk mengetuai majlis Yaasin dan Tahlil di taman perumahan kami. Atas rasa tanggung-jawabnya yang tinggi terhadap masyarakat dia rajin bertamu ke rumah aku untuk mempelajari tajwid dan cara-cara mambaca Yaasin dan tahlil dan dia kini boleh diketengahkan. Alhamdulillah berkat rajin, sabar dan muhasabah yang tinggi kini dia boleh membacanya dengan baik.



93 comments:

  1. harap kak mas dan keluarga tabah~~

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    Allah ada untuk kita sandarkan harapan. Didoakan moga dipermudahkan segala jalan buat Nuruldiana.

    Baca yaasiiin dengan harapan terbaik buatnya.

    ReplyDelete
  3. moga adik Mas dipermudahkan perjalanan hidupnya

    beruntung ada jiran yang mempunyai semangat kejiranan dan sifat tolong menolong yang tinggi... syabas kakzakie

    ReplyDelete
  4. semoga mas dan adiknya tabah..

    syabas buat akak dan teman setmn atas majlis itu..

    ReplyDelete
  5. bila mendengar berita sedemikian terasa sayu hati.

    semoga adik mas tabah menghadapinya..semuanya itu adalah ujian dari Allah.

    ReplyDelete
  6. semoga Mas tabah menghadapi ujian Allah swt. Semoga ada ganjaran yang setimpal dgn tiap ujian yg dikurniakan ini

    ReplyDelete
  7. semoga adik kak mas dan kak mas sekeluarga tabah menempuh dugaan nih.banyak-banyakkan berdoa pada Tuhan.

    ReplyDelete
  8. dlm hidup ni, mcm2 dugaan kan yg kita hadapi....kdg2 sy rasa mcm tak berdaya nak harungi semua tp tak tau di mana dtgnya kekuatan....

    utk kak mas...
    semoga tabah dan redha dgn ketentuan Ilahi...kita hanya berserah padaNya,setelah kita berusaha...

    ReplyDelete
  9. semoga kak mas sekeluarga tabah menempuh ujian darinya..alhamdulillah dikurniakan teman2 yg sangat memahami..tahniah buat kak zakie dan teman2 yg lain..

    ReplyDelete
  10. sedihnya kak... besar dugaan tu, sama2 kita doa, hanis pun doa dr jauh, semoga kak mas sekeluarga tabah...insyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Zakie.
    Makanan sebanyak itu di kategorikan sederhana?? Berdecak kagum Ate.

    Apa pun di doakan moga Masnida sabar dan redha dalam menghadapi apa juga takdir Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat adik Nuruldiana.

    ReplyDelete
  12. kesiannya..harap kak mas n family tabah hadapi ujian ini..
    banyak2 support dia ok kak..

    ReplyDelete
  13. tersentuh hati baca..harap tabah menerima dugaan ini..

    ReplyDelete
  14. semoga adik Mas tabah dan kuat..

    ReplyDelete
  15. dugaan Allah SWT tak sapa yang tahu kak!
    semoga beliau tabah menghadapi ujian dariNya...

    ReplyDelete
  16. semoga allha mempermudahkan segala urusannye...

    setiap org pasti ade dugaan...itu dinamekan cabaran hidup...

    kakzakie mmg baik hati dan prihatinkan...dgn adenye doa selamat ini sekurang2nye dapat lah meringankan masaalah yg dihadapi olehnye...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kak

    ya Allah. macam terasa pulak apa yang kak mas tu rasa. pernah rasa bila orang yang disayang takda harapan untuk teruskan hidup. SubhanaAllah

    semoga dia kuat dan tabah,. maybe itu yang terbaik buat adik dia. Allah tu Maha Merancang kan :)

    ReplyDelete
  18. sALAM..
    Sungguh tiap dugaan itu merapatkan lagi tali siratulrahim, biar pun hanya doa yang termampu namun lebih hebat ganjaran dari wang ringgit. Tiap dugaan itu terselit hikmah yang Hanya DIA yang tahu

    ReplyDelete
  19. salam kak,

    kembalilah kita kepada ALLH sebaik2 tempat munajat...
    salam simpati atas kesakitan yang dialami oleh adik Pn Mas, Mudahan ALLAH mmberikan kebaikan untuk mengurangkan penderitaannya..sabarlah..redzalah..dan kita yng masih sihat ni turut mndoakan..InsyaALLAH mudah-mudahan dipermudahkan.

    ooo baru ain tau..akak ni bukan calang2 org jugak ye..ustazah laa nie..amin

    ReplyDelete
  20. semoga nurulhuda adik kepada kak mas, tabah dan diberi laluan yang sebaiknnya dariNYa..


    kak...........
    tang, majlis diatas tu.. syukur semuanya berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  21. Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya...jika hidup lebih baik utk dirinya..insyaAllah dia akan sembuh

    ReplyDelete
  22. semoga teman kakzakie tabah.
    acik sama mendoakan yang terbaik..

    ReplyDelete
  23. bujal x,

    Itulah juga yg kami harapkan bujal

    ReplyDelete
  24. Wa'alaikumslam ahmad humairi,

    Bila tiada cara lain itulah kepasrahan yg termampu buat kami sebagai temannya. Titipan doa...

    ReplyDelete
  25. ibuintan,

    Sedih juga ibuintan bila dalam usia yg terlalu muda telah diuji sebegini hebat.

    Kami sekelompak umat Islam di taman tidak ramai, tambahan yg rumah low-cost ramai kalangan tidak bekerja dan balik kg. Jadi yg hadir adalah dalam 30 org saja...

    ReplyDelete
  26. sarah-najwan,

    Itulah cikgu yg termampu oleh kami sebagai teman dan jiran...

    ReplyDelete
  27. zue,

    Kalau kita yg mendengar dan membaca pun sayu apa lagi keluarga mereka kan...

    ReplyDelete
  28. ~asfaliza~,

    Kakak pun harap dia redha dengan ujian Allah ini...

    ReplyDelete
  29. eiela,

    Itulah yg dilakukan. Bila keadaan begini hanya Allah tempat mengadu...

    ReplyDelete
  30. azian,

    Betul Yan, dalam kita merasa kita kena uji tapi ada org lain lagi besar ujiannya.

    Balik muhasabah diri mesti ada yg ALlah mahu tunjuk pada kita atas setiap yg berlaku.

    ReplyDelete
  31. nurkass,

    Kalau dilihat memang jelas yg keluarga mereka redha dan itulah juga yg termampu kami sebagai teman lakukan...

    ReplyDelete
  32. Hanis MY,

    Terima kasih Hanis atas doa itu....

    ReplyDelete
  33. Ann Huda (Ate),

    Kakak tak dapat nak sediakan apa sebeb nak kejar hari jumaat. So balik kerja terus sinsing lengan. Mujur anak-anak tak sekolah boleh tolong potong ketupat dan kopekkan buah. Kemaskan apa yg patut.

    Terima kasih doa itu...

    ReplyDelete
  34. Ayuraza,

    Benar sungguh kesian, lagi bila lihat wajah-wajah sugul....

    Kami sebagi teman memang sentiasa bergilir dtg menziarahinya dgn membaca suroh Yaasin....

    ReplyDelete
  35. wahida,

    Kami harap yg sama juga ida..

    ReplyDelete
  36. My Little Diary,

    Itulah Rima bila kena uji rasanya takut dan tak tertanggung...

    ReplyDelete
  37. semoga kak Mas sekeluarga tabah...

    ReplyDelete
  38. ainnoraini,

    Harapan terlalu tinggi ain buat mereka. Hingga ibunya kata kalau nak pergi, emak redha yana. Kami semua luruh hati....

    ReplyDelete
  39. Wa'alaikumsalam sar,

    Kalau lihat emak-ayah dia lagilah hati kita sayu. Bagai tahu itulah seolah-olah anaknya akan dijemput Allah bila-bila masa...

    ReplyDelete
  40. zanna rohim,

    Beanr zana kami dapatlah bertemu kerana ada majlis ini kalau tidak selalu sekadar menyapa dari dalam kereta....

    Allah maha mengetahui apa yg kita ktak tahu.

    ReplyDelete
  41. wa'alaikumsalam ainhany,

    Itulah doa kami moga dipermudahkan buat Nuruldiana samada utk terus sembuh atau sebaliknya....

    ReplyDelete
  42. Citarasa Rinduan,

    Terima kasih doa itu Ayu. Kami mohon ada sedikit doa yg diterima pun kami redha...

    Alhamdulillah majlis memang tersusun dan lancar.

    ReplyDelete
  43. redza,

    Telah lama pasrah redz. Tunggulah kesudahannya dan kami terus berdoa.

    ReplyDelete
  44. Acik erna,

    Harapan kami juga Acik.
    Terima kasih doa sama.

    ReplyDelete
  45. ~Yus~

    Insya-Allah ikut mata kakak mereka memamng tabah dan redha...

    ReplyDelete
  46. Semoga kak mas tabah...
    Semoga ALLAH merahmati Nuruldiana wlu apa pun kesudahannya nt...

    Kak,cekap betul akak yer...dlm masa singkat boleh aturkan majlis bacaan yasin / tahlil siap ngn jamuan lagi..

    ReplyDelete
  47. insyaallah di permudahkan Nya...
    moga nuruldiana tenang
    dan masnida tabah ye dengan dugaan ini...

    ReplyDelete
  48. Cik Shinju,

    Itulah Yun keluarga mereka redha pa juga sekarang.

    Sebaik dapat call dan confirm dgn kawan taman, kakak suruh anak kakak rebus dulu ketupat, kentang rebus dulu, ayam keluarkan dulu dari fridge. Balik tinggal tumis apa yg patut. Itulah yg dapat.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum kak zakie,


    Semoga nurul diana cepat sembuh. Doakan yang terbaik wat dia. Kita sebagai hambanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Yang lain kita serahkan padanya .

    ReplyDelete
  50. semoga diana cepat sembuh... amin..

    ReplyDelete
  51. Hanya kepadaNye kite berserah dan memohon pertolongan..

    ReplyDelete
  52. salam kak,

    saya sangat bersimpati...sakit tidak mengenal usia sekarang

    moga beliau cepat sembuh kembali....jika pergi, biar pergi dalam husnul khtimah amin...


    Perbahasan Puasa Bulan Rejab | Amalan Doa Bulan Rejab

    ReplyDelete
  53. moga Masnida sekeluarga tabah lalui hari2 yg mendatang... :(

    ReplyDelete
  54. assalam kak..da lma saya xjenguk page akak..maaf la yer...saya turut doakan dia akan sihat semula kak..saya pon ade alami 1 penyakit..tp saya reda & terima penyakit tu..saya anggap penyakit saya ni 1 anugerah kak..doakan saya sihatjuga ye!!!hehe

    ReplyDelete
  55. MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA...AMINNNNNNNN

    NOTE:FARISYAH BARU LEPAS OPERAT TELINGA N ANTARA HIDUNG DENGAN TELINGA....HARI SELASA BARU NIE...ALHAMDULILAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR

    ReplyDelete
  56. dwaty,

    Kami sekadar mohon dipermudahkan buat diana samada perjalanan yg Allah pilih...

    ReplyDelete
  57. Penjejak Mimpi,

    Benar PM itulah ikhtiar akhir kita setelah doktor pun tidak dapat berbuat apa lagi.

    ReplyDelete
  58. Mohamadazhan,

    Itulah harapan kami dan juga keluarganya.

    ReplyDelete
  59. nabilah_2908,

    Lama sudah mereka tabah dan harap redha apa juga yg Allah berikan..

    ReplyDelete
  60. YATZAKIE,

    Disamping berdoa, Yat usahalah mengubatinya. Sedih kakak dengar. Dari jauh kakak doakan yg terbaik....

    ReplyDelete
  61. Cik Jue aka Ibu Farisyah,

    Terima kasih Jue doakan.

    Kesiannya farisyah. Moga beransur sembuh ye.

    ReplyDelete
  62. salam kak zakie....

    moga yang sakit tu disembuhkan Allah, amin

    ReplyDelete
  63. penyakit dtg x kira tua atau muda..semoga kita diberi ketabahan menghadapi ujian, biarlah yg mampu kita tanggung..Allhuakbar

    ReplyDelete
  64. Semuga Nuruldiana kuat semangat dan segera pulih...


    E.coli kebal

    ReplyDelete
  65. smg adik mas tabah, bagusnya Ada smgt kejiranan yg kuat

    ReplyDelete
  66. Ya Allah.. sedihnya.. semoga kak Mas tabah..
    adik sy pun pernah kna kanser.. tp Alhamdulillah masih di peringkat awal.. dan dia dh pun slamat menjalani pembedahan..

    ReplyDelete
  67. salam k zakie,
    firman allah swt,

    surah al isra'
    [67]
    Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

    di waktu dalam keadaan dah tiada siapa yg kita boleh bergantung harap, allah swt la sahaja yg
    kita pinta pertolongan supaya dapat kita keluar dari keadaan yg tidak dapat di rungkai.
    semoga berkat bacaan yassin k zakie, adik nuruldiana kembali sihat dan jgn lupakan allah swt sekiranya kita diberi kesihatan spt sedia kala ...

    semoga

    ReplyDelete
  68. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??

    jumlah claim insuran kereta kemalangan

    DOA SELAMAT
    Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera..

    Ya Allah permudahkan lahh segal urusan adik nuruldiana mudahan kembali sihat... Amin

    ReplyDelete
  69. semoga kak mas tabah hadapi semua ini.....

    ReplyDelete
  70. ujian hidup ini allah beri kepada hambaNya mengikut tahap mereka.

    muga yang menerima ujian itu terus sabar dan reda..

    ReplyDelete
  71. semoga beliau tabah dan dipermudahkan segala urusan. doakan yang terbaik. amin.. :)

    ReplyDelete
  72. Wa'alaikumsalam JARI TERBARAI,

    Terima kasih atas doa itu. Mudah-mudahan...

    ReplyDelete
  73. Adinda Amy Sensei,

    Terima kasih adinda amy

    ReplyDelete
  74. SUD@IS,

    Melihat ketabahan keluarga mereka rasanya Allah tahu tahap kemampuan mereka utk diuji. Tapi kami kesian benar....

    ReplyDelete
  75. Miecyber,

    Kalau melihat diana macam dah pasrah dia. Kita yg melihat yg rasa betapa sakitnya...

    ReplyDelete
  76. ajumohit,

    Terima aksih dari kakak. Alhamdulillah kelompok yg kecil tapi masih sepakat lagi...

    ReplyDelete
  77. Solihin Sabirin,

    Bersyukurlah dik kerana adik solihin dapat diselamatkan. Tapi dulu diana pun semacam dah boleh pulih tapi ianya dtg kembali. Kena kimotrapi selalu tapi nampaknya semakin teruk. Sedih kan dik...

    ReplyDelete
  78. Bigdaddyz,

    Ya... kami faham tapi tetap mahu berusaha selagi diberi peluang

    ReplyDelete
  79. Wa'alaikumslam aby,

    Sebab itulah bila doktor pun dah tak boleh buat apa keluarga mereka dan kami sebagai teman sekadar mampu menadah tangan kepada Allah mohon yg terbaik dan redha apa jua yg diberi olehNya....

    ReplyDelete
  80. Afzainizam,

    Amin... ya robbal'alamin..

    Terima kasih Az....

    ReplyDelete
  81. Insan Marhaen,

    Benar IM... ujian Allah beri kepada yg mampu menggalasnya. IM lagi mengerti hal-hal sebegini kan...

    ReplyDelete
  82. ~F-CiCak,

    Terima kasih sudi berkunjung dan kami juga mohon Allah beri yg terbaik buat mereka.

    ReplyDelete
  83. as salam kak...

    semoga kak masnida n adiknya tabah menfhadapi dugaan dariNya... org kata berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul....

    ReplyDelete
  84. Assalamualikum kakzakie..
    salam kenal..terimaksih berkunjung di rumah sy....
    seorg teman ofis bakal menjalani pembedahan breast cancer minggu depan..mudah2an adik nuruldiana diberi kekuatan dn masih ada peluang dan harapan untuk pulih..insyallah doa dr kita semua buat beliau.

    ReplyDelete
  85. semoga beliau sekeluarga sentiasa tabah! amin..

    ReplyDelete
  86. Wa'alaikumsalam sahabat:

    @ Mamamya: Kakak baru balik dari menziarahi keluarga beliau. Terima kasih doa dari Lia. Namun nyata Allah lebih menyanyaginya. Dia telah pergi menghadap Illahi tengahari tadi.

    @ Nyanyisunyi: Terima kasih juga atas doa itu dan sudi berkunjung.

    @ NOOR FATIN: Keluarga mereka memang tabah menerimanya.

    Untuk pengetahauan semua teman adik Nuruldiana telah selamat disemadikan baru sebentar tadi. Kakak punbaru balik dari rumah beliau.

    Moga rohnya dicucuri rahmat.

    Khususan Ilaruhi Al-Marhumah Nuruldiana Binti Mohd Din Alfatihah.....

    ReplyDelete