Mesti suatu yang mengujakan bila anak dara yang tidak pernah memasak tiba-tiba dipilih oleh cikgu dia menjadi wakil sekolah untuk pertandingan memasak. Malam sebelum pergi ikan bilis tumbuk, bawang tumbuk, hiasan cili dan timun, daun pisang untuk alas pinggan, alas meja, bunga hiasan, mudah kata segala peralatan untuk set minum petang selengkapnya aku dan Mak Zah dia sediakan. Tidak ada rehearsel di rumah.
Pagi itu dengan penuh debaran sebelum melangkah keluar rumah siap memohon doa penuh restu mama-papa. Dia pergi bersama cikgunya ke Sekolah Kebangsaan Seri Pulai. Sempena Karnival Unit beruniform Pandu Puteri, diadakan pertandingan memasak jemput-jemput semua warga sekolah yang terlibat. Kedengarannya mudah tetapi memandangkan ia melibatkan 18 buah sekolah mestilah debaran ada bersarang di hati.
Balik petang itu kelihatannya muka berseri-seri. Tidak kurang juga guru mereka yang senyum-simpul ketika berjabat tangan dengan aku. Sambil menjinjing peralatan yang pagi tadi dibawa terus masuk ke dalam perut kereta.
Yasmien: Mama rasa Yasmien dapat nombor berapa?
Mama: Dapat jadi jemput-jemput pun mama dah bersyukur Mien...
Yasmien: Mama tahu tak Mien pun tak sangka Sekolah kita dapat Johan tau.
Sebagai mama aku memang tidak menduga langsung kerana ketika di rumah kalau sekadar membantu membancuh adalah tetapi menggoreng belum pernah lagi. Pertandingan hari itu semunya dikehendaki membuat jemput-jemput/cucur. Yasmien dan temannya Sofea membuat jemput-jemput ikan bilis dihidang bersama dengan air teh lemon, tempat kedua sekolah jenis kebangsaan Cina membuat jemput-jemput nangka dan tempat ketiga membuat jemput-jemput pisang.
Pagi itu dengan penuh debaran sebelum melangkah keluar rumah siap memohon doa penuh restu mama-papa. Dia pergi bersama cikgunya ke Sekolah Kebangsaan Seri Pulai. Sempena Karnival Unit beruniform Pandu Puteri, diadakan pertandingan memasak jemput-jemput semua warga sekolah yang terlibat. Kedengarannya mudah tetapi memandangkan ia melibatkan 18 buah sekolah mestilah debaran ada bersarang di hati.
Balik petang itu kelihatannya muka berseri-seri. Tidak kurang juga guru mereka yang senyum-simpul ketika berjabat tangan dengan aku. Sambil menjinjing peralatan yang pagi tadi dibawa terus masuk ke dalam perut kereta.
Yasmien: Mama rasa Yasmien dapat nombor berapa?
Mama: Dapat jadi jemput-jemput pun mama dah bersyukur Mien...
Yasmien: Mama tahu tak Mien pun tak sangka Sekolah kita dapat Johan tau.
Sebagai mama aku memang tidak menduga langsung kerana ketika di rumah kalau sekadar membantu membancuh adalah tetapi menggoreng belum pernah lagi. Pertandingan hari itu semunya dikehendaki membuat jemput-jemput/cucur. Yasmien dan temannya Sofea membuat jemput-jemput ikan bilis dihidang bersama dengan air teh lemon, tempat kedua sekolah jenis kebangsaan Cina membuat jemput-jemput nangka dan tempat ketiga membuat jemput-jemput pisang.
Label - Kertas ini digantungkan pada meja sewaktu pertandingan
Hadiah - Selain sijil piala ini juga diberikan kepada mereka berdua
Semasa dalam kereta juga Yasmein ada bercerita. Soalan yang diberikan oleh ketua panel juri pada Yasmien sewaktu merasa apa yang dimasaknya, "Apa beza antara cucur dengan jemput-jemput?" Jawapan yang diberikan oleh Yasmein, " Ejaan dia yang berbeza". Aku sekadar senyum.
hehe..buat lawok lak si yasmeen ni..
ReplyDeleteada juga pertandingan buat jemput-jemput ya..seronoknya..
Sebutannya pun berbeza - tapi bendanya adalah sama. :)
ReplyDeletehahaha... betul jugak jwpn mien tu ek. hamboi, buat jemput2 dah dapat pingat! caiyokkkkkkk
ReplyDeletecucur = curah
ReplyDeletejemput = mempersilakan
saya makan keduanya.
Tahniah yasmien
...jemput ke pertandingan ajuran sekolah saya pulak nanti!
WAH.TAHNIAH KAT YASMIEN
ReplyDeleteDAH PANDAI MASAK DAH ANAK DARA AKAK TU..
MMG BTUL LAH KATA YASMIEN..YG BEZANYA EJAAN JER...KIKIKI..
APALAH AGAKNYA YG JURI TU CAKAP EKK BILA YASMIEN JAWAB MCM TU....SAMPAI BOLEH JADIK JOHAN..
ADA SESETENGAH ORG ANGGAP JWPAN MCM TU HANYA UTK MELAWAK...
SUKE3
tahniah utk ysmien..
ReplyDeleteni berkat dr ibu dia yg rajin masak2..hehe
Wahhh happy for u yasmien!!!! Dh nmpk bakat memasak ni hehe
ReplyDeleteheeee..pandai dier bagi jawapan ek..ekeke :p pastu judges cakap apa???
ReplyDeletejwapan yang bernas tu kak..
ReplyDeleteKeman tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, mesti bakat terpendam tu kak, bakat dapt dari mamanya..hehe
tahniah utk akak dan anak akak hehe..ika baru lps mkn jemput2 ahaks :p
ReplyDeleteTahniah yasmeen...
ReplyDelete1st time dengar pertandingan masak jemput2 ni..
jawapan pandai~haha~~
ReplyDelete*akak da dapat botol da?
Salam Kak Zakie..
ReplyDeleteBetul jawapan Yasmien tu kak...beza pada ejaan kan..he..he..
Akak..bertuah akak..anak akak, kecik2 dah pandai masak..Jadi Johan lagi, anak saya..Yasmin jugak...pandai makan saja.:)
asalkan rasanya sama..tak kisahlah cucur ke jemput-jemput :)
ReplyDeletetahniah buat Yasmien..
hahahaha...SETUJU SANGAT jawapan tuh hahaha..
ReplyDeletesekalung tahniah untuk Yasmein ya dr cikNo dan juga tahniah untuk kakZakie..tahniah tahniah tahniah,,
wah..wah... teringat lak masa mama dulu... konon2 resepi pancake.. tp last2 kawan mama msk cam lempeng.. hhhaaa... mama layan kan je.. psl mama mmg tak tau apa2 pun... tau mkn je... hhhiii..
ReplyDeletecucur tu mcm bahasa standard kan kak. kalau org jhr mmg panggil jemput2. huhuhu
ReplyDeleteAkak..Saya datang lagi :)
ReplyDeleteNak tanya...saya rasa kita sebaya le kak...bila tengok gambar akak betul2..nampak muda lagi...akak bahasakan diri akak..saya pun panggilll aje..jangan marah ye..
Akak pun dah 16 tahun kawin, anak sulung 15 tahun...saya pun..jadi saya rasa...umur kita pun mesti dekat2 ni...
- cekodok pon geng jemput2 & cucur kan?
ReplyDeleteRina AVAIL,
ReplyDeleteKakak pun tak sangka Cik Betty Yasmien ini boleh buat:)
kakcik,
ReplyDeleteJuri itu pun satu tanyalah soalan lain. Yasmien ni jenis selamba budaknya kakcik...
NM02,
ReplyDeleteTak tahulah nieza boleh ada pulak pertandingan masak buat jemput-jemput....
ahmad humairi,
ReplyDeleteKalau satu perkataan dgn berganda akan lain dah jadinya cikgu.... kakak pun makan apa saja janji halal.
Sekolah cikgu pun buat pertandingan masak ye:)
Sharifah Nadzarah,
ReplyDeletePihak penganjur pun pandai juga SN. Budak-budak bawah 12 tahun mestilah masak yg mudah. Kakak takut kena minyak panas je....
sarah-najwan,
ReplyDeleteTak adalah cikgu. Kakak rasa kerjasama dgn kawan dia juga. Kakak nie bukan jenis pandai masak cikgu. Buat jemput-jemput bolehlah...
ajumohit,
ReplyDeleteGoreng jemput-jemput bolehlah aju sebab dah selalu nampak kita buat lainnya hahaha.... ketawa besar kakak aju...
salam kenal...
ReplyDeletejemput2 dan cucuq tak de bezanya... sama2 sedapppp rasanya...
pandai masak anak dara kakzakie...
Ayuraza,
ReplyDeleteJuri itu India... dia ketawa dan angguk kepala kata Yasmien. Ini juga yg kakak tanya pada dia bila dia jawab begitu.
~Yus~,
ReplyDeleteTak adalah Yus. kakak bukan panadi masak. Setakat jemput-jemput kakak rasa budak 9 tahun un boleh cuma bimbang minyak panas kan... Mungkin nasib dia kali ini:)
Afikah Aziz,
ReplyDeleteTerima kasih Ika. Jemput-jemput paling mudah nak buat kan...:)
jemput pisang kan?? cucur udang kan??
ReplyDeleteRatu Kebaya,
ReplyDeleteKakak pun bila dia kata pertandingan buat jemput-jemput kelakar. Mula kakak nak suruh buat jemput pisang tapi cikgu dia dah hantar jemput ikan bilis. Nasib dialah RK...
jemput pisang kan?? cucur udang kan??
ReplyDeletebujal x,
ReplyDeleteJawapan spontan agaknya sebab tak tahu laig nak kata apa.
* dlm perjalanan agaknya dik...
azi,
ReplyDeleteAlahai azi bukan pandai tapi kakak pesan buat macam selalu Mak Zah buat. Semuanya kakak dah sedia tinggal dia adun dgn air panas dan tepung je....
kakzakie..tahniah buat yasmien.
ReplyDeletepandai dia menjawab..tak de beza pun bagi sesetengah negeri kan..
Chik Na,
ReplyDeleteKakak rasa juri pun letih nak merasa samapi 18 sekolah. Tinggal nasib Yasmien baik kan...
Norhafiza,
ReplyDeleteKakak pun keliru No.... Terima kasih dari kami:)
mama maman,
ReplyDeleteSatu sekolah kan berdua. Nasib Yasmien baik sebab dah selalu lihat kakak buat jadi selepas dia buat kawan dia tolong goreng. Sementara itu dia buat teh lemon (bawa dari rumah juga - kakak dah sediakan tinggal bancuh je)...
~asfaliza~,
ReplyDeleteKalau kami di Johor memang panggil jemput-jemput jarang guna cucur...
aduhh jawapan tu ke dia bg?hehehe
ReplyDeletetahniah buat yasmien krn menang ye kak
azi,
ReplyDeleteTak ada masalah azi. Jangan tak tahu kakak memang bahasakan diri kakak walau dgn kakak/abang/bapak dan mak-mak saudara sekalipun. Semua pekerja tempat kakak tahu. Driver lori yg 50 tahun pun panggil kakak...:)
Al,
ReplyDeleteHehehe... entah kenapa juri itu tak tanya cekodok ye. Pada peserta lain agaknya Al...:)
adarnadzmie,
ReplyDeleteSama pun sebenarnya kan.
Bukan pandai tapi nasiblah agaknya...
tahniah yasmien..
ReplyDeletewalau kamu tak pernah cuba dirumah.... sah...kamu ada bakat!!
suka ayu menbaca entry kemenangan ini..
kak.........
sekolah yasmien kalahkan sekolah jenis kebangsaan cina??
hebatnya
IMANSHAH,
ReplyDeleteOh ye ke cikgu. Entahlah kakak makan cucur, jemput atau cekodok tak kiralah...
Acik Erna,
ReplyDeleteSebenarnya sebab pada sticker meja setiap sekolah ada yg tulis cucur, ada yg jemput-jemput itu yg dia kata sama Acik...
Lydia Miza,
ReplyDeleteDia dah tak tahu nak jawab sebenarnya LM.
Kemenangan buat sekiolah dia juga LM.
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteBanyak sekolahlah Ayu. Sekolah dari Kulai pun ada juga. Sekolah jenis kebangsaan pun banyak memang. Nasiblah tu....:)
Terima kasih ucapan Ayu....
assalamualaikum kak.
ReplyDeleteeheh. dua2 pun sedap. :D
wahh..seronok tuh!!
ReplyDeletetahniah mien...ucu dulu pandai buat jemput2 pun bila dah kawin dgn paksu...kesian kan ucu ni...tp skrg dah berubah...
ReplyDeletealhamdulillah n tahniah yasmein....
ReplyDeletet'ingat dulu2 penah masuk pertandingan buat nasi grg masa perkhemahan pandu puteri....tp dah x ingat kump.lia dapat no brp.... ;)
Assalamualaikum kak zakie
ReplyDeletecik ina suka je ngan jawapan Yasmeen . cerdek. cik ina yang dah tua pun tak dapat bezakan cucur ngan jemput-jemput. rasa cik ina sama je. mesti orang yang soal tu senyum dalam hati.good job yasmeen.
kebetulan tadi saya ada buat entri di laman puec saya pantun ini ..
ReplyDeletetimang tinggi-tinggi
sampai cucur atap
sudah tak ada gaji
makan lauk kicap.
timang tinggi-tingi
sampai cucur atap
dulu mesyuarat pagi
sekarang mesyuarat tinggkap.
nak buat cucur/jemput2, senang .. tapi nak bagi rasa sedap, susah.
bagusnya jwpn mien..acik pun tak terfikir apa jawapannya mien..huhu..tahniah mien,..
ReplyDeletealahai bertuahnya Mien..dah dpt piala dah..berbunga2 hati mama & papa dia..hehe
ReplyDeleteWa'alaikumsalam sar,
ReplyDeleteTak sama keduanya ke sar?
::Mrs Eady::
ReplyDeleteMemang seronok dia walau balik bawa pinggan dgn teko kosong je:)
Ucu Faridah,
ReplyDeleteKalau dah nama Ucu mestilah segalanya Long/Angah yg buat. Mahu tahu sekaranglah kek siapa yg menggebu kalau bukan Ucu punya:)
Mamamya,
ReplyDeleteEntah tuah dari mana dia boleh menang Lia....
Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,
ReplyDeleteSebenarnya dah takatahunak kata apa jawablah begitu Cik Ina. Memang betul org tu senyum...
al-lavendari,
ReplyDeleteyang tinggi cucur atap
cucur Yasmien katanya sedap
betullah tuan nak buat senang
tapi nasiblah Yasmien dah menang
amirah,
ReplyDeleteKalau kita taklah kata ejaannya tapi dia dah tak tahu kata begitu Mira...
nurkass,
ReplyDeleteKalau dapat buku resepi kan ke bagus ye Kass. Tapi Kementerian bagi piala simpanlah dalam almari...
takde beza..dua2 saya masuk mulut heheeheeee
ReplyDeleteSalam sejahtera
ReplyDeleteTahniah..semoga lepas ni boleh masak untuk mama dan papa
Have a great day.Thanks for sharing
Siapa sangka dengan jemput-jemput boleh menang. Tahniah !
ReplyDeleteBoleh jadi semangat untuk Yasmien minat memasak nanti.
*Senyum dengan jawapan Yasmien.
Tahniah Yasmien...
ReplyDeleteBakat semulajadi tu..
Yun panggil jemput2..
kalau cucur udang baru pggil cucur..
ok,sebut cucur udang tetiba terliur..
harus gi beli ptg ni... :P
Assalamualaikum kakzakie,
ReplyDeleteKak ni punya feveret tu jemput2.
Beza dengan cucur, tak taulah pulak, rupa sama nama berlainan kot.
eiii terasa bangga pulak dpt johan, padahal org lain yg dpt...tak pe lahh tumpang happy yasmeen tu..bangga jugak sebab anak kakzakie bijak dan spontan jawabnya...kalu kita mesti tergagap-gagap nak jawap kan...
ReplyDeleteboleh ler pamerkan piala tue kat atas tv...
ReplyDeletepertandingan buat jemput2 pun ado yer...hehe
ReplyDeleteanyway tahniah utk yasmien...:)
teringat dulu2 masuk pandu-puteri, camping dlm hutan, balik demam sminggu..hehehe
ReplyDeletejemput2 ni, kitorang anak-beranak pggl cekodok! :)
salam kak zakie,
ReplyDeleteTahniah buat anak sedara ucu niee..kira Mein dah ade ciri2 mewarisi air tangan bondanya. Jagn lupa nooo....nanti boleh buat hdangan berbuka..mngncam tuu
Hai pasni,akak tak perlu risau laa..anak2 dah boleh buat, akak jadi pengadil pulak nooo...
Alhamdulilah dan tahniah..maafla ye jika ucu terlebih...hihii
assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya tanya pada anak-anak. Jawapan yang paling baik yang saya terima ialah, cucur nampak isinya sama ada pisang, ubi dan sebagainya. Tapi jemput-jemput ni dah tak nampak lagi sama ada ia pisang, ubi dsb.
Anak-anak seronok kalau nenek mereka ada kat rumah. Selalu dapat makan cucur pisang panas waktu petang.
TQ
wah,tahniah yasmien..jadi johan tu
ReplyDeletehaha!! betul la tu jwpn yasmein tu kak..pandai dia jwb...
ReplyDeletepandai jugak buat jemput2...
cayalah!!
tahniah yasmein!!
"tahniah2..bakat terpendam rupanya Yasmien..byk sekolah yg masuk tu tp boleh menang,alhamdulillah..."
ReplyDeletewah menang buat jemput...nasib dia tak tanyer, ape beza jemput2 ngan cekodok...hehehe
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDelete:) Debat umum ni!
Setahu Kak G:
- Cucur tu adalah juga BM standard untuk kueh2 or kueh-mueh; orang utara sebut sebagai cucoq.
- Jemput2 tu BM standard bagi kueh yang dibancuh dengan bahan bercampur tepung menjadi separa cair & dijemput-bulat & digoreng; orang utara sebut sebagai coqkodoq/ceqodoq.
clever....
ReplyDelete(dua-dua boleh makan)
tahniah tuk Yasmien... :)
ReplyDeletejawapan yg diberikan..tepat dan padat.. :)
Tahniah Yasmin...tak terfikir saya
ReplyDeletewah..tahniah la..
ReplyDeleteprince pun dah lame xwat jemput2 ni..xde mase, selalu ptg2 je rajin buat tuk santapan ptg..
tahniah buat yasmien...
ReplyDeleteboleh dah memasak tu!
sahromnasrudin,
ReplyDeleteBetullah shah. Kakak lagi jenis tak kisah...:)
Umihoney,
ReplyDeleteTerima kasih. Tapi masak di rumah entah bilalah agaknya nak pandai. Makan bolehlah...
azrina0307,
ReplyDeleteSemua buat jemput-jemput reen... Idea dari pihak kementerianlah...
Cik Shinju,
ReplyDeleteSelalu kalau kakak buat kek dia suka ikut tapi jemput-jemput tak pernahnya Yun. entah nasib apa boleh menang....:)
Wa'alaikumsalam kunang-kunang,
ReplyDeleteEntahlah Kak Ani, tak tahulah tapi rasanya sama tak? Ala... budak-budak semuanya bawah 12 tahun tanpa bantuan guru, nasib mungkin menyebelahi dia
Idah,
ReplyDeleteJawapan sebenarnya dia tak tahu so... mudah dia jawab begitu. Kelakar kan...
Be Simpe Beb,
ReplyDeletePiala anak-anak dah satu almari BSB. Kakak lebih suka dapat buku boleh dibaca ulang-ulang....
Papa Mifz,
ReplyDeleteItulah masa dia beritahu kakak pun kakak gelak juga...
makdara TERdiva,
ReplyDeleteAgaknya juri itu tanya peserta lain pulak tentang cokodok tak MDT...:)
Wa'alaikumsalam ainhany,
ReplyDeleteKelakarlah Cu. Entah tuah apa dia boleh menang. Bancuh tepung pun tak pernah. Mungkin nampak adalah...
Bila Cu dtg rumah suruh dia tunjuk boleh tak agaknya. Hehehe.... confirm tak buat!!
Wa'alaikumsalam Admin P@P,
ReplyDeleteKakak kelirulah cikgu. Mungkin lain tempat lain. Bagus juga cikgu tanya anak cikgu. Kakak pun suka jemput pisang. Jemput? Hehehe....
Ila,
ReplyDeleteNasib dia baiklah Ila...:)
Wahida,
ReplyDeleteMasalahnya juri itu tak bagi jawapan hanya senyum....
Terima kasih wahida.
Piasara,
ReplyDeleteKakak rasalah Pia dlm usia macam mereka lebih-kurang aje. Cuma nasib ada padanya. Hiasan dan air minum dia special...
ikatankasihku,
ReplyDeleteKakak rasa dia tanya pada peserta lain agaknya...:)
Wa'alaikumsalam DDrfauziah,
ReplyDeleteBetullah agaknya yg Kak G explain. Kakak manalah tahu macam anak juga....:)
Thanks Kak G kakak rasa macam sesuailah jawapan Kak G.
gedek!
ReplyDeleteunpredictable!! (dah habis pun)
nabila_2908,
ReplyDeleteJuri tak kata gitulah dik. Tak tahu betul atau salah...:)
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteTerima kasih doc. Macam-macam ada:)
Prince Halilintar,
ReplyDeleteEh... pandai juga buat ye prince. Tahniahlah... dah sesuai duduk berdua nie...:)
miloais,
ReplyDeleteThanks milo...
Kalau buat utk sekolah dia pandai, dirumah makan bolehlah...:)
Tahniah kak..
ReplyDeletetak sangka masak jemput-jemput pun boleh buat pertandingan
Pandai Yasmien beri jawapan spontan tu. hehehe...
ReplyDeleteAlhamdulillah..johan..
ReplyDeletekak zakie, dia saje tak nak tunjuk skill masak depan mak dia tu....hehe
kalau fida la orang tanya lagu tu, mesti fida jawab, cucur...besar, jemput2 kecik.;)
cekodok??
ReplyDeletekalau di tempat sya cekodok pun ia jugak ;p
ReplyDeletetahniah Yasmeen.. permulaan yg bagus
ReplyDeletecucur, jemput2, cekodok dan satu lagi kue copot...
tahniah yasmeen, tapi saya lebih suka sebut jemput-jemput...:)
ReplyDeleteMamaema,
ReplyDeletePihak kementerianyg kreatif dan mungkin yg termudah buat budak seusia itu...:)
Cikgu Tie,
ReplyDeleteBukan pandai cikgu, tapi dah tak tahu nak jawab apa:)
Afida Anuar,
ReplyDeleteKalau jawab macam Fida ok juga kan. Tapi tak terlintaslah dia Fida...
ORLANDO AHMAD,
ReplyDeleteCokodok sama jua kan?
sayangsayangibu,
ReplyDeleteDah macam-macam istilahlah sya.... Pada kakak sama aje:)
ibuintan,
ReplyDeleteKue copot kakak tak pernah dengarlah ibuintan. Macam kelakarlah pulak. Hehehe...
missby,
ReplyDeleteKakak pun selalu sebut jemput-jemput:)
bestnye anak dara dah pandai masak..
ReplyDeletelepas ni boleh relax2 dah tunggu minum petang dari anak dara je :D
bersama kak Es,
ReplyDeleteKalau di rumah makan dia tahulah kak Es... Kakak pun tak sangka sungguh tak tipu...:)
ahah. bagi saya sama je kak. dua2 pun sodap.. :D
ReplyDeletesalam Jumaat, Kakzakie. segala puji bg Allah dgn kenikmataNya jualah menjd sempurna semua kebaikan..
ReplyDelete---Tak sabar nak komen cik Yasmeen awak tuh.. alah2 comelnya jawapan dia. mesti dgn penuh confident dia menjawab. ia la nk convince tuan juri.. kat P.Alam ni doter ai kena buat sandwich pulak. kalau kena buat cekodok??
sar,
ReplyDeleteKakak biasa panggil jemput-jemput sar...
leeya abdul,
ReplyDeleteSalam jumaat juga Leeya... Buat sandwich ye. Dapat nombor berapa? Pertandingan atau kem pandu=puteri?
wahhh..ade pertandingan memasak ye kak? bestnye.. i loikee:)
ReplyDeletehehe, ha'ah, beza jemput dan cekodok. lain negeri lain panggilan kot. tapi yang biasa dgr, kalau pisang, akan bunyinya cekodok pisang, mana ada panggilan jemput pisang, tapi kalau jemput2 manis, and jemput2 bawang ok lah jgk:) haha...
ReplyDeleteanyways, congratez utk ur daughter:)
salam ziarah kak!