Monday, July 18, 2011

Lapar....

Hari sabtu seperti biasa aku bekerja setengah hari. Anak-anak tidak ada di rumah kerana kegiatan sekolahnya. Kakak ada pertandingan memasak di sekolah luar bersama cikgunya dan adik pula ada kem bestari solat di sekolahnya. Aku bersama pasangan yang telah 16 tahun hidup bersama rasa kesunyian seketika. Walau perut lapar tapi makan pun kurang selera bila tidak cukup bilangan. Bincang-bincang makan sajalah di luar. Dekat saja, di depan kawasan perumahan kami.

Kopitiam Cawan - Inilah destinasi kami berdua. Suasana di dalam agak romantik kerana lampunya suram.

Air kiwi - Ini aku punya dan siap berpesan tidak mahu manis.


Hot Cappucino - Pasangan aku punya favourite

Wantan soup - Semangkuk saja, tapi banyak boleh makan berdua.


Nasi goreng - Sepinggan juga. Telur itu cantik tapi aku jenis kurang gemar makan telur. Siapa lagi yang makan kalau bukan pasangan aku kena habiskan.

Persinggahan - Selepas makan pasangan aku boleh singgah di sini untuk bergunting rambut. Mulanya aku turut masuk, bila semakin ramai lelaki yang masuk aku tunggu di dalam kereta. Gambar ini aku snap dari dalam kereta.

Adik - Habis bergunting rambut terus ke sekolah ambil adik di sekolah.


Seronok melihat anak-anak 7-9 tahun keluar berlari-lari mencari ibu-bapa masing-masing selepas usai kem tersebut. Ia bertujuan mendidik anak-anak kecil cara-cara bersolat dengan lebih tertib. Menjadi tanggung-jawab kita selain duniawi kenalah juga kenalkan mereka tiang agama agar tidak pincang hidup di dunia selain menjadi bekalan di akhirat kelak. Kalau perut pun hendak makan rohani kita pun pasti lapar jika hal-hal sebegini tidak diambil berat.





97 comments:

  1. wah dah 16 tahun,lame dah hehe..pasangan bahagia insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. pasangan bahagia ni.... kalau tak cukup ahli keluarga mmg kurang selera nak makan kak... tapi klu berkumpul ramai2 mana semuanya jadi tak cukup je...

    ReplyDelete
  3. tak cukup korum memang kadng2 tak selera kan kak..

    ReplyDelete
  4. Si kecik join Kem Bestari Solat eh..? :)

    ReplyDelete
  5. anak akak join sekali eh???
    sekolah my son buat hari persekolahan biasa - lepas habis sekolah - terus bersambung sampai ke petang!

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, bulan 12 nanti kakcik dan suami akan tiba ke tahun 25 perkahwinan kami. Rasanya macam masih baru sahaja berkenalan, berkawan, bergaduh dan sebagainya - tahu2 rupanya kami dah punya anak yang meningkat dewasa. :)

    ReplyDelete
  7. betul tu, anak2 umpama kain putih...
    ibubapalah yg perlu mencorakkan mereka...

    romantik jugak sekali sekala makan berdua.. :)

    ReplyDelete
  8. kak, ayu baru balik dari hospital...mesti lalu senai.. sbb ayu suka pandang kampung halaman di kampung jaya sepakat, tadi pandang2 gak cawan kopitiam tu..

    heheheh..

    kak....... ayu mendoakan kak dan abang bahagia selamanya..amin

    ReplyDelete
  9. Pehhh romantic sungguh pasangan ini, mkn berkongsi mknan Dan cerita... Kmdn jmpt Anak di skolah... Indahnya kak hehe

    ReplyDelete
  10. kat mana Cawan Kopitiam tu kak?

    ReplyDelete
  11. bahagia rasanya bila ada pasangan..

    tsk..tsk!

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera,
    Nampak sungguh sedap..rasa pun sedap agaknya.

    Thanks for sharing.Lovely pix.

    ReplyDelete
  13. dating erk???? wah seronoknya dating dibawah sinaran lampu suram... hehehehe... kalau dibawah sinaran lampu minyak tanah mesti teringat zaman dulu2 kan???? hehehehe

    ReplyDelete
  14. kak..kalu dah tinggal berdua gtu..mestilah pi honeymoon jap..mkn2 kat luarkan..eratkan hubungan mesra gtu..

    ReplyDelete
  15. Telor mata yang kuningnya lembik tu adalah kegemaran saya!

    ReplyDelete
  16. Terliur tgk mee wantan tu kak...
    Bergelora dalam perut yun ni..heheh

    ReplyDelete
  17. 16 tahun bersama, alhamdulillah ya kak...

    air kiwi dan wantan sup tu buat saya terliur kak...

    selalu menjadi ingatan saya untuk mendidik anak2 dengan baik, tapi selalu juga takut mereka lupa bila mereka dah dewasa nanti kan kak...

    Mungkin di situ, hikmah doa dari seorang ibu tu yang paling penting, betul kan kak?

    Pos Terkini ~yus~ .::Ahmad Nisfu??::.

    ReplyDelete
  18. wantan soup tuh nampak cam best. boleh di jadikan menu makan malam nanti sambil teman wife berbuka puasa

    ReplyDelete
  19. mmg sedap macamana pon lauk dimasak kalau korum tidak cukup..bagaikan tawar semuanya...bagus ada kem sebegitu..mendidik2 anak2 sedari kecil mengenal asas Tiang agama itu..SOLAT...

    ReplyDelete
  20. amboi..aedapnye tgk wantan mee tu..
    haihhh..terliur dibuatnya..

    ReplyDelete
  21. seronokkknyer..
    udah 16tahun ropenyer..:)
    siap mkn2 dating ber2 pastu amik ank plak balik sekolah..
    moga kekal bahagia kak..:D

    ReplyDelete
  22. 16 tahun...udah banyak pahit manis yang di lalui moga bahagia sehingga ke penghujung!

    ReplyDelete
  23. kak kalau telur mata yg kuningnya goyang camtu perghh sy mmg x leh thn..

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum kak

    suka kem2 ni. tapi kalau dulu bila dah sampai kem, rasa nak balik rumah cepat sebab ketat sangat undang2 nya. :D

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah moga terus bahagia dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  26. Kak Zaki,

    Romantik gitu.. ;o)

    Cawan kopitiam tu memang di mana-mana. kan kak..?

    ReplyDelete
  27. saya pun tak suka air manis. biasanya pesan fresh orange no sugar. tekak tak boleh terimalah..

    ReplyDelete
  28. Setahun lagi genap lah 30 usia rumah tangga saya ni...suka duka kalau di tulis entah berapa jilid tah...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum,

    bila lapar, makan apa pun ok, sedap!,
    saya tak makan kat luar...balik umah makan, isteri masak.

    ReplyDelete
  30. kakzakie..acik pun sama..kalau anak2 tak de..dirumah..mood masak pun hilang..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum kak zakie, wahhh romantik jugak yer kak zakie dan suami, macam mak fida dan ayah fida jugak;)

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah..akhirnya dapat juga meninggalkan jejak di sini stlh sekian lama x b'tandang....

    umah kak xakie dekat ke dgn kopitiam ni kak?lia selalu klu nak ke skudai ikut h.way senai mmg selalu lalu depan kopitiam ni (rasanya lah..klu x silap...mcm ingat2 lupa plak...)

    ReplyDelete
  33. sedap ye air itu.. ^^

    ReplyDelete
  34. Assalamulaikum kak zakie,

    sesekali berdua lebih baik. cam lirik lagu plak. rasa lapar plak malam ni bila nampak wantan sup kak zakie. cik ina suka sangat bersup ni bila dah berumur ni. bila lah cik ina nak ke johor balik, last pegi tahun 1989. lamakan, mesti johor dah banyak berubah.

    ReplyDelete
  35. semua makanan dan minuman tu menguja ehh!!!!
    siap dimasak sedap ditekak

    ReplyDelete
  36. cappuccino pun feberet sy jugak kak zakie.. ha ah betul tu sejak dr kecil lg dah kena dedahkan dengan perihal agama ni...

    ReplyDelete
  37. salam kak,

    maaf lama tak dtg sini..

    16thn lama tu kak..semoga terus berkekalan ke akhir hayat..

    dan,izan silap time masuk blog akak ni sbb time tgh lapar huhu..

    ReplyDelete
  38. salam kak...cam sedap je air kiwi akak tu...

    ReplyDelete
  39. @ Afika Aziz: Doakan kakak ye dik...seseungguhnya itulah harapan kami


    @ munna: Benar munna. Kalau makanan dah ada mungkin tak keluar tapi sebab nak masak utk berdua itu yg malas

    ReplyDelete
  40. @ amira: Kurang selesalah amira. Sebab selalu makan dgn anak-anak rasa lain


    @ nabila2908: Semua murid 7-9 tahun diwajibkan. Walau ramai yg dah tahu tapi ramai juga yg belum tahu solat yg lebih tertib

    ReplyDelete
  41. @ miloais: Ya milo walau dah pandai kakak lebih suka dia mendpat pendedahan lebih mendalam besama-sama kawan-kawan dia...


    @ kakcik: Tahniah lah kakcik. 25 tahun lama tu. Memang betul kita selalu rasa anak kita masih kecik dan masih perlu kita pantau walau hakikatnya dia dah besar...

    ReplyDelete
  42. @ ikatankasihku: Semasa kecil inilah kita mudah nak asuh dan dia ingat. Kalau dah biasa amalkan tak payah kita susah-susah kan...


    @ citarasa rinduan: La dah lalu depan rumah kakak Ayu... nampak benar tempat kita dekat tapi belum ada rezeki nak berusa muka...

    Terima kasih Ayu atas doa itu. Moga Ayu+Zalie juga bahagia.

    ReplyDelete
  43. @ ajumohit: Tak ada mananya romantik aju. Hubby tu bukan jenis yg romantik-romantik. Yg penting kami tahu isi hati sesama kita...:)


    @ Daddy Ziyyad: Kedudukan dia di depan Balai Polis Senai doc. Main road Senai-JB. Makanan taklah special sangat tapi kalau utk kami isi perut makan tengahari oklah...

    ReplyDelete
  44. @ makdara TERdiva: Alahai MDT bukan apa sekadar isi perut makan tengahari saja. Tak ada special apa pun...


    @ umiehoney: Salam sejahtera juga dari kakak. Kami makan kerana kakak malas nak masak sebab anak-anak tak ada.... Bila lapar apa pun sedap kan:)

    ReplyDelete
  45. @ dwaty: Masa makan tak terfikir pun suasa suram itu dwaty. Sekadar nak isi perut yg lapar. Hehehe.... dah kenyang bayar.


    @ sarah-najwan: Biasalah cikgu. Kalau masak rasanya macam buang masa bila makan berdua. Nak masak, cuci lagi. Baik makan ala kadar di luar (sebenarnya malas cikgu hehehe....)

    ReplyDelete
  46. @ gedek!: Kakak tak suka makan telur gedek.


    @ Cik Shinju: Mee wantan memang kegemaran abang Yun. Tapi kakak makan juga sebab banyak. Share-share dapat rasa dua-dua....

    ReplyDelete
  47. @~Yus~: Inya-Allah apabila kita telah didik dia sedari kecik dan jadi amalan harian dia tak akan lupa. Macam juga mak-bapak kita ajar kita. Rasanya dah jadi amalan sedari kecik rasa tak selesa kalau belum melakukannya.

    Keampuan kita berdoa setelah berusaha Yus. Selainnya serah pada Allah...


    @ eelobor: Sup-sup memang favourite family kakak Ee...

    ReplyDelete
  48. @ Eye-Nee: Kalau makanan dah ada sedap-tak sedap kami makan E-nie. Tapi sebab nak masak itu yg kakak malas.... Tiang agama tunggak amalan yg lain-lain kenalh kita kukuhkan dulu...


    @ nurkass: Sorrylah dik... bukan sengaja nak tayang. Kass carilah di sana ye....:)

    ReplyDelete
  49. @ Cik Ecah: Dah 16 tahun Cik Ecah dah tak ada dating-dating macam dulu lagi. Sekarang tiap hari dah dating so makan luar ke makan di rumah rasanya sama. Cuma tak perlu ke dapur je....:)


    @ JunAina: Alhamdulillah 16 tahun Aina. Rasanya lebih kepada yg manis dapat kakak rasai....

    ReplyDelete
  50. @ Rina AVAIL: Oh ye ke? Kakak tak gemar sangatlah telur. Kalau dlm sandwich oklah...


    @ sar: Sekarang kem mereka siap ada sarapan pagi, makan tengahari, minum petang manalah budak-budak tak suka....Tapi yg penting pendedahan buat anak-anak sar...

    ReplyDelete
  51. @ Aku HIV positif: Terima kasih AHP. Moga AHP begitu juga...


    @ Azrina 0307: Tak adalah romantiknya reen.... Oh kakak tak tahulah kalau tempat lain ada. Kakak lihat pengusahanya org Melayu-Islam...

    ReplyDelete
  52. @ gadisBunga: Mesti GB pun sama dgn rumah kakak sekilo gula sebluan pun tak habis kan...


    @ hani@debumelukut: Wah... 30 tahun lama kan cikgu. Mesti cara hidup pasangan semuanya dan arif benar...

    ReplyDelete
  53. @ ahamd humairi: Wa'alaikumsalam cikgu. Tinggal makan apa susah kan cikgu.Makan di rumah lagilah terjamin (tapi kakak bila malas masak makan luarlah hehehe)...


    @ Acik Erna: Samalah kita acik...Malas nak mengemas selapas masak sebenarnya....

    ReplyDelete
  54. @ Afida Anuar: Nak kata romantik tu tak adalah dik. Tapi kalau tak romantik macam mana nak ada zuriat kan. Hahaha....


    @ Mamamya: Betul Lia kalau Lia ikut jalan Kulai dari Kota Tinggi utk ke JB mestilah lalu sini. Depan Balai Polis senai Lia. Sebelah kiri kalau ke JB...

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum kak..lama tak ke sini..semoga kak sihat sejahtera ya...

    ReplyDelete
  56. @ She's Gee: Sedap dik.... sebab tak payah nak buat sendiri:)


    @ Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC: Kakak pun suka sup-sup. Kalau CIk Ina nak dtg JB berithau kakak. Bawa Firdaus dgn Yuyi ye....

    ReplyDelete
  57. @ SUD@IS: Kalau dah siap dan tinggal makan ketiak lapar mestilah sedap kan....:)


    @ Hanis MY: Abang yg order tu Hanis. Kakak tak berapa suka cappucino....

    ReplyDelete
  58. @ ~izan~: Tak apalah izan. Gunakan masa terbaik mana yg perlu dulu. Kalau lapar kenalah buat izan... kakak tak ada resepinya:)


    @ Lydia Miza: Kakak memang suka air buah tak kiralah buah apa LM...

    ReplyDelete
  59. @ sahromnasrudin: Wa'alaikumsalam shah. Alhamdulillah kakak sihat. Dah balik outstation ye shah....

    ReplyDelete
  60. kak.. cawan kopitiam kat mana eh kak?

    ReplyDelete
  61. eh, cam penah nampak je Cawan Kopitiam tu... kat mana ek?

    ReplyDelete
  62. wahh..samalah kita, 16thn tu rasa mcm baru lagi kan..tup2 anak dah besar2...

    ReplyDelete
  63. salam akak,

    eheeemmmm romantiklaa akak dan abang. ..kalau lagu nie lagi 160 tahun pun tak paaa...damai dunia semarak kasih sayang..:)

    Berbahagilah anak2 yang memiliki ibu ayah yang bertanggungjawab...memimpin ke jannah..insyaALLAH

    ReplyDelete
  64. sempoinya kedai tu...tgk makanan pun cam sedap da.hehe


    Jemput akak ke Contest AKu berpuisi =)

    ReplyDelete
  65. sekali skla keluar berdua saja seronok juga, tp ble dh ada anak2 pasti akan rindu bila anak2 x ada di sisi kan..hehe

    ReplyDelete
  66. telah merasa semakin lapar..(urut dada...heehee..kate pose..)

    ReplyDelete
  67. dah 16 tahun....semoga hubungan kami pun dapat bertahan lama macam ni...

    ReplyDelete
  68. tahniah kak..jangan minum air manis selalu tak elok untuk kesihatan

    ReplyDelete
  69. teringat time skolah dulu, suke ikut kalau cikgu buat kem motivasi ke Qiamulai ker..syoknyerr....

    ReplyDelete
  70. Salam kakzakie - Dah 16 tahun, maknanya CM kawen dulu ni...memang bagus sesekali dapat dating berduaan, CM tak dapat buat mcm tu sejak ada deeja, tak boleh nak tinggal la...

    ReplyDelete
  71. Kak Zai pun macam kakzakie kalau nak makan besar mesti tunggu anak2 balik.

    Tahniah dah 16 tahun bersama semoga berkekalan hingga keakhir hayat.

    ReplyDelete
  72. ar.... kite suker wantan sup!

    ReplyDelete
  73. alhamdulillah, bahagia dan masih romantik lagi kak zakie dan pasangan..terbaek laa..salute!!hehe

    ReplyDelete
  74. makan berdua je ek? bestnya! hehe romantik!

    sedapnya makanan dan minuman tuuu

    ReplyDelete
  75. seronok juga sesekali dating berdua yer kak.. mmg bagus kem bestari solat ni.. seronok sgt bila lihat anak2 skrg, seawal umur 7 tahun dah mula mempraktikkan solat 5 waktu..

    ReplyDelete
  76. Kak 16 tahun satu jangka masa yang cukup lame , amy baru nak merangkak2 dalam membina kebahagian rumahtangga..banyak lagi yang perlu di pelajari...

    ReplyDelete
  77. Wah kakzakie terliur laa..sampai telan air liur ni..air kiwi tu tak boleh tahan laa..

    Semoga kakzakie dan pasangan bahagia hingga akhir nyawa..tumpang gembira utk kakzakie jua.

    Anak2 penghibur dikala sunyi...betul tu..

    ReplyDelete
  78. lebih kurang dgn saye jer usia perkahwinan tu...sekejap sgtkan mse berlalu...mcm baru semlm jer kenal dgn pasangan kite tu kann...

    mintak2 biar la perpanjangan hingga keakhir hayat dgn izin dari allah.. bahagia disamping anak2

    ReplyDelete
  79. aduh gambar air kiwi tu sgt mnyelerakan!



    * i6 tahun sudah? wahh :)

    ReplyDelete
  80. bila anak2 dah besar mesti
    kita akan kesunyiankan...

    ati ada anak dah besar tapi ada lg
    anak yg kecik pula...hehe

    ReplyDelete
  81. @ maya amir: di Senai, depan Balai Polis. Cubalah maya..


    @ mamaNoriz: Tempat yg kakak pergi nie di Senai. Tempat lain kakak kurang pasti...

    ReplyDelete
  82. @ Ahmad Orlando: Kakak makan tapi tak suka so selalu bagi siapalah yg suka...


    @ Ucu Faridah: Suatu jangka masa yg kita rasa masih baru. Sakit melahirkan zuriat masih terasa tapi nampak dah besar dah anak-anak

    ReplyDelete
  83. @ ainhany: Wa'alaikumsalam Cu Ain... Terima kasih doakan kami. Mohon pada Allah jua atas segala kebaikan yg diharapkan.... Anak adalah amanah Allah yg perlu kita tunaikan kewajipan.


    @ Miecyber: Semuanya kepunyaan Islam-Melayu. Origin M'sia Mie tak perlu bimbang:)

    ReplyDelete
  84. @ Mohamadazhan.com: Nampak diluar kurang menarik tapi hiasan dalam oklah. Makan pun kalau untuk mengalas perut bolehlah...

    Inysa-Allah kakak join contest tu sebab cikgu Humairi dah tag kakak nie:)

    @ alisya kirana: Itulah alisya walaupun makan berdua lepas makan kakak masih bungkus dua mee wantan utk anak-anak.

    ReplyDelete
  85. @ Diana @bilakukatacinta: Kalau lihat gambar makanan selalu rasa begitukan Diana. Nasib yg ini mana-mana pun ada kan...


    @ aanie: Insya-Allah bila hidup berlandaskan iman dan taqwa apa juga pasti boleh diatasai aanie...

    ReplyDelete
  86. @ IMANSHAH: Terima kasih cikgu. Kakak memang jarang minum air manis.


    @ KunangKunang: Bukan datinglah sayang. Makan tengahari saja...:)

    ReplyDelete
  87. @ Hantu Kak Limah: Sesekali memang seronok tambahan pula makan sedap-sedap dan ada ramai kawan-kawan kan HKL...:)


    @ Che Mid: Walau berbelas tahun tapi kita rasa macam baru kan CM. Ala... kakak nie sebab semua ke sekolah kalau tidak akak jenis tak pandai pisah dgn anak-anak la CM...

    ReplyDelete
  88. @ Zaitun: Kalau ada anak depan mata rasa lega kan Kak Zai. Sebab dah jadi ibu nie baru kita faham kan... Terima kasih ucapan itu..



    @ NM02: Keluarga kakak memang suka apa saja sup Nieza...

    ReplyDelete
  89. @ Prnce Halilintar: Hm... terima kasih Prince. Moga Prince akan bertemu dgn pasangan yg baik...


    @ Noor Fatin: Berdualah Fatin sebab anak-anak ada hal. Tak adanya romantik Fatin... Abang bukan jenis macam tu. Hehehe...

    ReplyDelete
  90. @ Hanis Azla: Dah anak tak ada di rumah berdualah kakak, kalau tak mesti kakak bawa anak-anak.... Ialah di sekolah ada cara tersendiri dan kita cara kita dlm mendidik anak utk bersolat...


    @ Amy Syaquena: Tapi selalu kakak rasa macam baru tau Amy. Tapi bila lihat anak-anak dah besar terasa juga kebahagiaan itu.... Insya-Allah Amy pun sama juga..

    ReplyDelete
  91. @ Idah: Terima kasih Idah. Kalau nak rasa jemputlah dtg nanti kakak belanja. Murah saja Idah tak samapi puluh-puluh ringgit pun...:)


    @ ainnoraini: Betul la ain apa yg ain rasa sama macam yg kakak rasa. Rasa macam baru dan tahu-tahu anak dah besar kan... Moga bahagia kita berpanjangan ye ain...

    ReplyDelete
  92. @ Mutaiara Bernilai: Datanglah sini MB... nanti kakak belaja berpa gelas pun boleh...:)


    @ Ati Masrif: Kalau tak ada anak-anak memang rasa sunyi Ati...

    Bagus juga ada yg kecik masih dapat nak peluk-peluk dan cium-cium lagi kan....

    ReplyDelete
  93. seronoknya..walaupun usia perkahwinan dah belasan tahun.. masih betsweet couple lagi..hehe

    ReplyDelete
  94. dah 16 tahun pasti banyak kenangan dan pengalaman ..
    sekali sekala berdua mmg best kan

    ReplyDelete