Wednesday, July 6, 2011

Majlis Bertandang


Majlis pihak perempuan telah berlangsung pada minggu akhir cuti sekolah yang lepas di Pahang. Tiga hari lepas baru majlis bertandang ke rumah pihak lelaki iaitu di rumah Kak Long aku. Kami sekeluarga menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak bujang dan juga merupakan anak ke empat Kak Long di Kota Tinggi. Seorang guru matematik bertemu dengan pasangannya yang bekerja di Sunway Kolej. Isterinya akan berpindah ke Sunway Kolej di Taman Mount Austin, Johor Bahru bermula dari 2 Ogos ini.

Malam - Majlis khatam Al-Quran, berzanji dan marhaban. Ramai wanita yang hadir pada malam itu

Khatam Al-Quran - Ini entah kali ke berapa sudah setiap ada majlis khatam Al-Quran mesti Nurienne kena membaca. Malam itu sekali lagi oleh kerana adik pengantin uzur, Nurienne kena jadi pengganti.


Anak dara mama - Pengantin belum bersanding lagi, malam itu mereka berdua sudah menggayakan dulu


Pengantin - Inilah dia pengantin yang sebenar


Pelamin - Direkacipta oleh Mak Andam tempahan. Siap untuk bilik juga (lupa hendak memfoto hiasan bilik)


Datuk & nenek pengantin - Bapak, bibik (isteri bapak) dengan paman & bibik (pak & mak saudara ) kami yang tinggal di S'pore


Sepupu pengantin - Semuanya masih belajar lagi. Dua bakal engineer, 1 bakal doktor, 1 baru masuk UITM Shah Alam dan 1 anak dara mama masih mentah lagi. Saiz badan semua lebih kurang sama.


Satu hati satu keluarga - Lapan beradik yang merupakan mak dan pak saudara pengantin.


Adik - Walaupun berpeluh-peluh dengan rambut serabai kerana bermain dengan sepupu masih ada hati untuk mengepit pengantin sebelum pulang ke JB.


Kemeriahan bukan sahaja kerana majlis pengantin tersebut tetapi juga kerana pertemuan dengan adik-beradik, saudara-mara baik yang jauh mahupun yang dekat. Masa inilah pelukan dan laga pipi hingga make-up pun pudar dek lagaan pipi setiap kali bertemu. Seronok dengan pertemuan walaupun bercampur rencah rasa penat kerana tenaga juga digunakan untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain.



serangkap pantun dititip buat anakanda pengantin baru:-

Kakak tersenyum adik ketawa
Mummy & Daddy puas majlis selamat
Buat anakanda Faiz dan Oja
Moga ikatan dilimpahi rahmat



108 comments:

  1. Assalam kakzakie..tahniah dan selamat pengantin baru.
    acik pun rasa macam tu bila ada kenduri..yang paling seronok bila sedara mara jauh dan dekat berkumpul beramai ramai.

    ReplyDelete
  2. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga..amin.. seronok kalau ade mjlis kawen...dapat jumpa sedara mara..


    minat plak tgk pelamin tuuu :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, akan berpanjangan jodoh mereka ke akhir hayat dan hidup dalam rukun damai serta berkasih sayang sentiasa. Sedangkan lidah lagi tergigit, tapi janganlah sekali tergigit sengaja dikuatkan lagi gigitan itu!

    ReplyDelete
  4. hadui kak mcm2 pesen pelamin skrg ni kan...cantik2 giler, tingin nk naik pelamin lagik...ehh??? hehehhe..tahniah kpd pengntin smg berkekalan ke akhir hayat

    ReplyDelete
  5. mesti seronok kan berjumpa kaum keluarga

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Daun semalu berbalik-balik,
    Gugur ke tanah berderai-derai;
    Pengantin baru masuk ke bilik,
    Orang ramai mula bersurai.

    ...jawab kazakie, jawab..

    ater bolehle join kontes Al Lavendari tuh!

    ReplyDelete
  7. semoga masjid yg didirikan tdk akan runtuh di tgh jalan

    ReplyDelete
  8. salam kak zakie. Semuga pengantin dikurniakan kebahagian aabaadi di dunia dan di akhirat.
    Cantik pelamin tu. Kerusi pengantin macam kerusi king and queen.. kak zakie tak bergambar sama?

    ReplyDelete
  9. pengantin seronok nya lain..saudara mara seronok nya lain..bebudak seronoknya lain...walau pn memasing penat tp msg2 ada keseronokannya sendiri :P

    ReplyDelete
  10. tahniah kpd pengantin..

    buat majlis kawin ni mmg seronok sb dpt berkumpul sedara mara...tapi yg xbest..kene ngemas dan penat..huhu

    ReplyDelete
  11. saya suka suasana kenduri. sebab time tu kite boleh tgk org berfesyen macam hari raya. hihi~

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumsalam Acik Erna,

    Jemputan undangan tak ramai tapi saudara-mara yg ramai Acik. Seronok...

    ReplyDelete
  13. Cik Shinju,

    Mudah-mudahan Yun. Kakak sebagai ibu saudaranya pun mendoakanyg sama.

    Bila kumpul banyak cerita Yun:)

    ReplyDelete
  14. kemeriahan majlis kahwin kerana berkumpul sanak saudara yg dtg jauh dan dekat..

    rasa2 kalau majli saya nanti, kakzaki datang tak?? :)

    ReplyDelete
  15. semoga mereka kekal ke akhir hayat. amin..

    cantik baju perantin

    ReplyDelete
  16. Kakcik,

    Moga tidaklah gigit menjadi parah. Gigit sebagai pedoman dan panduan dalam meniti rumahtangga menuju kearah lebih sempurna tak apalah kan...

    ReplyDelete
  17. salam kak,

    muga bahagia pasangan pengantin yang diraikan..

    Kenduri satu pertemuan family dalam kejauhan, silaturahim dieratkan..makna kenduri amat terkesan bgi jiwa2 yang mnghargainya..

    ReplyDelete
  18. ajumohit,

    Itulah aju nak tahu apa hubby kakak kata kalau sofa rumah guna macam itu cantik tak? Kelakar je bunyinya...

    ReplyDelete
  19. Ila,

    Seronok hingga tidur malam mencecah hampir subuh tidak terasa Ila:)

    ReplyDelete
  20. Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

    Cikgu kakak jawab ye: -

    Pengantin baru masuk ke bilik,
    Orang ramai mula bersurai
    Doa kami setiap detik
    Beroleh kebahagiaan, anak yg ramai.

    Esok kakak akan join cikgu:)

    ReplyDelete
  21. redza,

    Moga ada persefahaman anata mereka. Teman belajar satu U mereka nie Redz, kekal sebagai pasangan...

    ReplyDelete
  22. ibundo,

    Amin... moga tujuan mendirikan rumahtangga mereka tercapai mengikut kehendak agama kakpah. Ada juga kakak bergambar kakpah...

    ReplyDelete
  23. Aku HIV Positif,

    Insya-Allah AHP itulah harapan. Amin...

    ReplyDelete
  24. Bujal x,

    Lawa ye. Tapi mahal la bujal...

    ReplyDelete
  25. Maya Mayana,

    Betul Yana... tapi yg nyata semua seronok. Penat, letih dan tak cukup rehat buat kami mak-ayah. Budak penat main:)

    ReplyDelete
  26. sarah-najwan,

    Kakak tak sempat tolong kemas cikgu. Sebab kena hantar anak balik asrama. Balik bawa berkat adalah. Hehehe....

    ReplyDelete
  27. gadisBunga,

    Anak gadis memang begitu GB. Sama macam anak-anak dara dan bujang-bujang (anak saudara kakak) juga, mereka yg banyak bergaya...

    ReplyDelete
  28. makdara TERdiva,

    Bila majlis begini mesti kena peruntukan masa kan MDT.

    Kalau MDT buat majlis di S'pore ke? Dekat sikit kalau nak undang kakak:)

    ReplyDelete
  29. ratu kebaya,

    Terima kasih doakan.

    Baju pilihan mereka berdua. Kami lihat saja RK...

    ReplyDelete
  30. Wa'alaikumsalam ainhany,

    Sesekali bertemu hati rasa gembira, kemeriahan pun terasa sama. Tidak kira yg kecik mula-mula malu lama-lama mesra:)

    ReplyDelete
  31. sekarang memang trand pelamin kerusi tinggi kan... member saya pun sama kak z...

    ReplyDelete
  32. Selamat Pengantin Baru..moga jodoh berkekalan sehingga ke dalam syurga.

    ReplyDelete
  33. seronok tgk pengantinnya, kak..dua2 chubby heheheehhee

    ReplyDelete
  34. selamat pengantin baru tuk anak sedara akak tu..ehh mengajar kat sunway kolej..dah dekat dgn umah sy tu..hihihi
    cantik laa pelamin tu..

    ReplyDelete
  35. kenduri memang best bila dapat berkumpul semua ahli keluarga jauh dan dekat. masa tu lah paling sesuai nak kenalkan pada anak2 sedara mara mereka...
    paling best saat menyingkap kisah silam... menitis airmata gembira dan terharu pastinya :D

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum Kakzakie,

    Didoakan bahagia selamanya, dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  37. tahniah....semoga jodoh pasangan pengantin berkekalan hingga akhir hayat......kerusi kt pelamin tu...cantik.....

    ReplyDelete
  38. semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat..
    seronok sekali sekala berkumpul dgn kaum keluarga..bukan senang nak jumpa kan kak zakie..

    ReplyDelete
  39. selamat pengantin baru..semoga berbahagia sehingga keakhir hayat dan dikurniakan anak yg comey...

    mesti seronokkan kak zakie bile berkumpul ramai2 mcm tu...

    suke tengok pelaminnye tu...

    ReplyDelete
  40. selamat pengantin baru buat kedua mempelai :)

    ReplyDelete
  41. ramai anak dara, kenalkan sorang kak

    ReplyDelete
  42. Waktu yang paling seronok bila ada kenduri kendara boleh jumpa ramai saudara mara baik yang jauh atau pun yang dekat.

    Selamat pengantin baru buat anak buah kakzakie.

    ReplyDelete
  43. moga bahagia ke akhir hayat.. :)

    ReplyDelete
  44. dwaty,

    Kerusi tinggi agar pengantin kelihatan nampak tinggi walau sebenarnya tak tinggi, hehehe...

    ReplyDelete
  45. Daddy Ziyyad,

    Terima kasih atas doa itu doc.

    ReplyDelete
  46. sahromnasrudin,

    Pengantinnya memang chubby. Mesti dapat baby kelak chubby juga kan hehehe....

    ReplyDelete
  47. Sharifah Nadzarah,

    Oh ye ke SN tinggal dekat sana ye. Dia bukan mengajar tapi bahagian admin...

    ReplyDelete
  48. bersama Kak Es,

    Itulah Kak Es, masa dah berbaring pun mulut masih bercerita lagi. Lagi kami adik-beradik nie semua kan perempuan cerita masa kecik-kecik dulu. Huh.... tak mengantuk sampai larut malam.

    ReplyDelete
  49. Wa'alaikumsalam Kunang-Kunang,

    Mudah-mudahan begitulah Kak Ani. Masing-masing masih muda dan baru belajar membina hidup sendiri...

    ReplyDelete
  50. Hantu Kak Limah,

    Tapi sewa HKL. Lepas majlis kena ambil semula. Hubby kakak pun suka kerusi itu:)

    ReplyDelete
  51. nurkass,

    Betul Kass. Bila jumpa ada hingga keluar airmata gembira. Lagi macam mak-pak saudara yg jauh dgn anak-anak yg belajar susah nak jumpa. Masa inilah dia kata "wah... dah besar, belajar kat mana?"...

    ReplyDelete
  52. seronoknye sekali sekala berkumpul..

    ReplyDelete
  53. ainnoraini,

    Terima kasih atas ucapan itu ain... Dulu masa kita ain mana ada kerusi tinggi macam tu. Bunga pahar pun dua dah cukup. Sekarang kena ada dua set sebab nak bagi-bagi dekat saudara & kawan.

    ReplyDelete
  54. Mak Su,

    Terima kasih Mak Su:) Itulah doa kami juga....

    ReplyDelete
  55. JARI YG TERBARAI,

    Alahai dik... anak dara memang ramai. Tapi semuanya masih belajar. Belum berpunya semuanya. Tapi kalau yg lelaki majoriti sama baya, semua dah ada GF...

    ReplyDelete
  56. Zaitun,

    Masa berkumpul tu Kak Zai macam-macam cerita terluah. Seronok.

    Terima kasih atas ucapan itu Kak Zai.

    ReplyDelete
  57. NM02,

    Eh... nieza tak kan nak naik lagi. Terkenang tak apa:)

    ReplyDelete
  58. norh,

    Harapan mereka, keluarga dan semua bila dah ada ikatan biarlah kekal...

    ReplyDelete
  59. chichi,

    Keseronokan yg tidak terucap. Sana-sini ada saja yang berlonggok membuat cerita. Berderai dgn ketawa dari jauh dah didengar:)

    ReplyDelete
  60. salam singgah sini...
    TQ jengah blog saya..
    dah besar da anak dara akak...

    pose tunjuk langit tu comel..hehehe

    ReplyDelete
  61. "salam kak..wahh tahniah bertambah lagi sorang ank sedara..smga ikatan antara mereka kukuh ke hujung nyawa..Amin!"

    ReplyDelete
  62. cantik pelamin .. skrg dah ramai org ambil pelamin yg kerusi tinggi mcm tu kan .. mcm2 skrg nie .. :)

    ReplyDelete
  63. selamat pengantin baru kepada pasangan faiz & oja. sesungguhnya apa yang di harapkan oleh setiap pasangan adalah kekal berbahgia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  64. selamat pengantin baru untuk pengantin..No pun dh lama tak p majlis kenduri ni..teringin nak amkan gulai kawah la kak huhu..

    mmm time ni la nak kenal ngan sanak saudara kan..meriaaahnyeee

    ReplyDelete
  65. Selamat pengantin baru buat anak menakan kak zakie...insyaAllah moga kekal bahagia hingga ke alam syurga..:)..

    mana satu kak zakie dalam gambo tu? yang gamba mak dan pak saudara pengantin?;)

    ReplyDelete
  66. eh cantiklaa pelamin die..simple tapi saya suka:)

    ReplyDelete
  67. selamat pengantin baru tuk mempelai..masa kendurilah nak berkumpul ramai2kan kak,,seronok

    ReplyDelete
  68. pelamin dia simple but elegant.....

    ReplyDelete
  69. moga kekal bahagia hendakNYA pasangan mempelai tuh :)

    wane ijo itam tuh sangat menawan!
    maybe akan jd wane hantaran for him hihi~~~

    ReplyDelete
  70. salam kak za..emm memang seronok bila tgk anak2 buah berumahtangga..sebelah suami baru seorg yg kawin..sebelah saya belum ada..tp experience tu tak blh lupa nak menangis bila tgk diaorg akad nikah kan..tangis gembira..:)tahniah buat anak saudara akak..semoga berkekalan berbahagia hgg kehujung nyawa..

    ReplyDelete
  71. Salam kak zaki, cantiknya pelamin, majlis pun meriah, saya tumpang gembira jga semoga pasangan berbahagia dunia akhirat, insyaAllah...

    p/s: terima kasih atas nasihat kak zakie, itulah kadang terpaksa diabaikan blog tu, terima kasih tak terhingga sebab selalu sudi berkunjung...

    ReplyDelete
  72. tahniah n selamat pantin baru untk pantin...sonok tgk adik ngn akak kt majlis tuh...
    skrg mmg dh trend kusi pantin besar2 tu kan... suke..

    ReplyDelete
  73. Salam Akak..
    Akak...komen saya tak masuk..ngape ye?..
    Akak..selamat Penganti baru buat pasangan bahagia tu...semoga bahagia hingga anak cucu...seronok tengok akak dgn saudara mara..time mcm tulah nak berjumpa dan bermesra dengan saudara jauhkan..

    ReplyDelete
  74. tahniah buat pasangan pengantin... moga bahagia selamanya..

    seronokkan bila majlis gini, dapat kumpul bersama sanak sedara yg jauh dan dekat

    ReplyDelete
  75. salam...

    suka la pelamin design macam tu...nak buat kawin nanti la..aheh

    **sis...jom join 1st Giveaway sifu & ila..hehe

    ReplyDelete
  76. rahmat dan berkat keakhir hayat hendaknya

    ReplyDelete
  77. Assalamulaikum kak zakie,

    Semoga Faiz dan Oja kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.Amin .

    cantiklah pelamin tu kak zakie. moden.cik ina tersenyum biarpun kak zakie kata adik berpeluh dan rambut berserabai, nampak tak senyuman dia yang meleret tu. sporting.

    ReplyDelete
  78. ikatankasihku,

    Anak sekarang cepat besar walau usia masih kecik.

    Tunjuk langit kami katakan satu ikatan satu keluarga:)

    ReplyDelete
  79. Piasara,

    Bila usia kita menginjak masa itu anak-anak buah pun kian membesar. Tambah tiap tahun satu-satu Pia:)

    ReplyDelete
  80. ieda,

    Ikut apa yg ada di kedai Andaman Ieda. Kalau yg ditunjuk semuanya tred begitu itulah yg dipilih:)

    ReplyDelete
  81. eelobor,

    Sebuah pengharapan bila ikatan telah disimpul Ee...

    ReplyDelete
  82. Norhafiza,

    Dah balik semenanjung No lihatlah nanti tak menang tangan nak pergi tiap minggu kenduri makan gulai kawah:)

    ReplyDelete
  83. Afida Anuar,

    Moga doa Fida makbul hendaknya.

    Cekap juga minda Fida tangkap mak-pak saudara punya gambar. Adalah kakak di situ. Hehehe....

    ReplyDelete
  84. maya amir,

    Pelamin sekarang banyak yg simple. Bunga hiasan pun dah siap tinggal letak saja...

    ReplyDelete
  85. suri solehah,

    Majlis yg lebih kepada perkumpulan saudara untuk sama menikmati kebahagiaan menerima ahli baru suri...

    ReplyDelete
  86. IMANSHAH,

    Sebak tapi suka. Cikgu bila agaknya ye?...

    ReplyDelete
  87. Fasihah Supian,

    Pilih saja FS. Kelak bila FS punya giliran lagilah entah pattern macam mana pulak agaknya:)

    ReplyDelete
  88. Cik Ecah,

    Bukan ijo item Cik Ecah. Tapi ijo ireng. Kalau nak tahu kena masuk butik andaman. Cik Ecah tal lama lagi kan:)

    ReplyDelete
  89. saniah,

    Kakak masa majlis di Pahang (akad nikahnya) kakak tak dapat pergi sebab kakak ada tugasan tak dapat nak elak. Kalau ikutkan masa tu cuti sekolah.

    Suka sebab pilihan boleh serasi dgn keluarga kami

    ReplyDelete
  90. Hanis MY,

    Dalam busy semapat juga dtg rumah kakak ye. Syukurlah dan terima kasih atas doa itu Hanis.

    p/s: utamakan yg perlu barulah ke blog...

    ReplyDelete
  91. norhidana,

    Masa kita semua dah berlalu. Kakak rasa dana belum lama sangat dan lebih kurang sekarang juga.

    ReplyDelete
  92. Wa'alaikumsalam azi,

    Tak tahulah kakak azi. Sekarang blog nak masuk satu-satu rumah pun menagih kesabaran betul:(

    Masa berkumpul memang seronok azi:)

    ReplyDelete
  93. ibuintan,

    Terima kasih ibuintan.

    Perhubungan sesekali yg selalu sekadar melalu fb atau telefon bila bersua muka mestilah panjang ceritanya:)

    ReplyDelete
  94. Wa'alaikumsalam Honeybunny,

    Eh... dah dekat masanya ke honey? Kalau gitu pergilah saja butik andaman. Macam-macam pilihan boleh dibuat.

    p/s: nanti kakak lihat dulu ye sayang...

    ReplyDelete
  95. SUD@IS,

    Insya-Allah itulah juga harapan kami sebagai ahli keluarga

    ReplyDelete
  96. Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,

    Terima kasih atas ucapan yg diberi:)

    Masa itu kami dah bersiap nak balik JB Cik Ina. Dia bersama sepupunya boleh cabut semua bunga manggar dan bagi sesama mereka. Lepas itulah dia sibuk nak bergambar.

    ReplyDelete
  97. Salam..
    tahniah dan selamat pengantin baru semoga kekal selama2 nya...
    Meriah dalam gamba tu.. sonok kan majlis mcm ni.. membawa seribu erti ;)

    Zu
    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  98. warna hijau bj pengantin tu mcm bj malam berinai sy dulu..cantek..

    skang trend kosi pengantin tinggi kan bck seatnya..teringat zzaman ct nurhaliza dulu pesen bangku takda penyandar..sian pengantin lenguh belakang..

    ReplyDelete
  99. cantik pelamin tu..
    putih suci je.. hehe..

    slamat pngatin baru buat psgn mempelai..
    smoga bahagia dunia akhirat.. amin..

    ReplyDelete
  100. tahniah kepada pengantin..
    memang sama cantik sama padan..
    semoga kekal ke akhir hayat..
    nampaknya akak busy le akhir2 ni yer..

    ReplyDelete
  101. bobhandbury,

    Seronok bergambar hingga ada juga yg lupa makan. Kenyang sebab malamnya makan tak henti-henti...

    ReplyDelete
  102. Rina Avil,

    Oh... terkenagn masa dululah ye...

    Kerusi tinggi cantik ye Betty. Nak bersandar pun tak sampi pun sebab kerusinya besar sangat:)

    ReplyDelete
  103. Solihin Zubir,

    Pilihan pengantin SZ. Mak-ayannya ikut saja. Duit dia yg keluar:)

    Terima kasih doakan...

    ReplyDelete
  104. Life Kami,

    Pengantin dah selamat pun LK. Dah datang pun rumah akak malam semalam. Kena hormat mak saudaranya:)

    Sibuk biasalah LF...

    ReplyDelete