Bloggers sekelian marilah dengari
Ku canang berita dengan santun
Wahai Tuan Al-Lavendari
Kakzakie datang membalas pantun
Ku canang berita dengan santun
Wahai Tuan Al-Lavendari
Kakzakie datang membalas pantun
Komensen menjual: -
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?
Titisan Nurani membeli: -
Sungguh indah lagu langgam
Lagu mendayu sedap didengari
Gading bertuah sudah digenggam
Tanduk khazanah dalam almari
Sungguh indah lagu langgam
Lagu mendayu sedap didengari
Gading bertuah sudah digenggam
Tanduk khazanah dalam almari
Komensen menjual:-
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?
Titisan Nurani membeli:-
Larut mimpi dibuai lagu
Membara terkesan hati gerhana
Memang dikesali hanyutnya perahu
Angkara dilerai insan durjana
Larut mimpi dibuai lagu
Membara terkesan hati gerhana
Memang dikesali hanyutnya perahu
Angkara dilerai insan durjana
Komensen menjual: -
Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?
Titisan Nurani membeli: -
Sejengkal mimpi dibuai lena
Tamat lagu tanpa disedari
Si bakal isteri mestilah sempurna
“Experiment’ sendu yang kesana-kemari
Sejengkal mimpi dibuai lena
Tamat lagu tanpa disedari
Si bakal isteri mestilah sempurna
“Experiment’ sendu yang kesana-kemari
*****************
************
*******
***
*
Titisan Nurani belum puas berpantun khas untuk teman blogger semua: -
************
*******
***
*
Titisan Nurani belum puas berpantun khas untuk teman blogger semua: -
Hang Tuah termasyhur di Melaka
Pusaranya tiada di Sri Menanti
Pantun, gurindam dan seloka
Sesungguhnya amat aku minati
Sarang rendah milik tempua
Menganyam ia buatan sendiri
Apa lagi kawan blogger semua
Balaslah pantun Tuan Al-Lavendari
Pusaranya tiada di Sri Menanti
Pantun, gurindam dan seloka
Sesungguhnya amat aku minati
Sarang rendah milik tempua
Menganyam ia buatan sendiri
Apa lagi kawan blogger semua
Balaslah pantun Tuan Al-Lavendari
tak terjangkau saya nak berpantun ni kak..hehehe
ReplyDeletePasti Kanda AL dah mula pening kepala menerima balasan yang hebat2 belaka. Kakcik suka pantun2 Kakzakie ni. :)
ReplyDeleteDaddy Ziyyad,
ReplyDeleteDoc sesekali cubalah mesti dapat rasakan seninya bila berpantun:)....
wahhhh..
ReplyDeletecantik bunga2 pantun kak zakie tu..
mmg berbakat..kata2 pun menarik..
kakcik,
ReplyDeleteKanda AL tu bukan sebarangn org kakcik. Dia ada cara tersendiri dlm penilaiannya. Kakak pula suka bahasa kakcik:)
nurkass,
ReplyDeleteKenapa tak Kass ikut sekali membalas pantun itu. Cubalah dik...
TERIMA KASIH BANYAK ATAS KESEDIAAN MENGAMBIL BAHAGIAN. SAYA TAHU BUKAN HADIAH YANG JADI IDAMAN TETAPI KECINTAAN KEPADA PANTUN MELAYU MENJADI DORONGAN.
ReplyDeleteBETUL KATA KACKCIK TU, SAYA SUDAH MULA PENING KEPALA DI CAMPUR PULA DENGAN SAKIT BELAKANG.
baca pantun kakcik dan kakzakie, dua2 sama hebat, memang berbakat dalam berpantun...
ReplyDeleteMacam ni confirm malaslah nak masuk contest pakngah kali ni, sbb saya mmg takde bakat berpantun...hehe
memang indah bahasa kakzakie
ReplyDeleteindah sungguh pantun dijual...
ReplyDeletelagi indah pantun dibeli...
saya datng nak ajak kak z berbual...
terlupa yg kita tak pernah bersua walaupun sekali...
hehehehe... ok tak???
walaupun pantun akak hebat, saya tetap nak cuba nasib juga.
ReplyDeletetapi jgn risau, peluang tetap di tangan akak. sebab pantun saya jenis mengarut2. heheh~
serbuk kunyit dikatakan kari
ReplyDeleteingin disalut si ikan keli
bukan tak ingin dibuat isteri
duit dah habis pergi berjoli
serbuk kunyit dikatakan kari
ingin disalut si ikan sepat
bukan tak ingin dibuat isteri
apa yang mintak semua dah dapat
serbuk kunyit dikatakan kari
ingin disalut si ikan kembung
bukan tak ingin dibuat isteri
duit hantaran tinggi melambung
(",)
aduh saya xpandai la berpantun ni. kering idea. hehhe. :)
ReplyDeleteal-lavendari,
ReplyDeleteHarp ramailah yg turut serta. Kakak lagi suka kalau yg turut serta anak-anak muda kita kan tuan:)
semai padi tumbuh nya lalang,
ReplyDeletebendang kontang pesawah bermuram,
pantun hebat bukan kepalang,
tersusun indah makna tersulam..
syabas kak!
~Yus~,
ReplyDeleteMana boleh kata begitu Yus. Kita sekadar meriahkan saja. Kakak memang suka blog Komensen tu. Maklum org berpengalaman...
Ok yus... kali ini cuba berpantun.
sayang-sayangibu,
ReplyDeleteTerima aksih sya... masuklah gelanggang Komensan sya:)
dwaty,
ReplyDeleteBerbalas kata sudah selalu
sekadar melalui N3 dibaca
dwaty buat oklah begitu
ha... apa lagi marilah mencuba:)
gadisBunga,
ReplyDeleteAlahai dik, kakak sekadar memeriahkan saja. GB suka benar merendahkan diri. Sesekali tak apa dik jgn merendah asal jangan hingga kena pijak.
fuad ansari,
ReplyDeleteRumah dipacak telah roboh
mana tidak tiada tiang
Amboi cikgu cantik sungguh
mengapa tak masuk gelanggang
NOOR FATIN,
ReplyDeleteMasih ada masa dik... kakak suka kalau blogger macam fatin turut serta. Tunjukkan anak muda pun hebat
Salam Akak..
ReplyDeleteAkak..bab pantun dan bahasa puitis ni , memang serah kat akak le...saya harap mudah-mudahan akak akan menang ye..
* Kak zakie pandai berpantun
Pantun dijual kepada Al-Lavendari
Saya tahu,bkn hadiah jadi Taruhan
Cintakan warisan tersemat dihati*
he.he..akak saya tak pandai :)
toyolkiut,
ReplyDeleteBelalang melompat di atas padang
mati terpijak budak sekolah
serlahkan bakat TK di gelanggang
sesekali mesti tak salah
Jomlah TK...:)
Wa'alaikumsalam azi,
ReplyDeleteAskar berderet satu platun
senapang terselit kemas di pinggang
bukan tak pandai berpantun
tunjukkan dulu bakat di gelanggang
Tak kisah azi cubalah...
good luck la k.zakie,pantun akak pn best..kalau yana jd AL tentu pening nk pilih pemenang :)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah Kakzakie,
Rangkap yang mantap.
AL memang pening sebab tak tahu nak letak tanduknya, sampai hanyut dek kerana mengusung 'bakal isteri' ke sana ke mari...hehe....jangan marah AL...usik mengusik bawa bahagia. Kita rakan blogger pasti tolong jawabkan....ya kan kakzakie?
hebatlah kakak :)
ReplyDeleteada chance menang nih
kalau saya pantun merapu bolehla..
Pergi ke kedai membeli kaya,
ReplyDeleteKaya di beli si anak nyonya,
Pantun gurindam warisan budaya,
generasi muda harus mengekalkannya..
.ok kak?? Hehe
bestnya berbalas pantun
ReplyDeleteteringat segmen yang pernah saya buat dulu... hehe
Maya Mayana,
ReplyDeleteYana mehlah sama-sama kita rancakkan suasana. Seronok kan:)
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
ReplyDeleteAlahai cikgu, Tuan Hamzah tu bukan calang-calang orangnya. Kalau macam kakak ni dia dah tahu mana kelemahannya.... Sekali lalu saja dia baca...
makdara TERdiva,
ReplyDeleteJangan merendah diri MDT. Cubalah dulu soal hadiah tolak tepi. Kita bergembira berpantun :)
ajumohit,
ReplyDeleteayam, itik dan angsa
duduk dalam reban yang sama
generasi muda menjana bangsa
punah jika tiada kasihnya
Ok aju cantik....:)
My Little Diary,
ReplyDeleteMengimbau nostalgia Rima. Kakak pun turut serta masa tu kan. Kakak memang suka berpantun. Jomlah rima...:)
MANA 1 CLOROX, MANA 1 CUKA
ReplyDeleteDAH CUCI BAJU, LEPAS TU NAK SIDAI
SUNGGUHPUN SAYA DTG DARI MELAKA
PANTUN2 NI, SAYA TAK BERAPA PANDAI .. :)
salam kak zakie sayang,
ReplyDeletebab2 ni mmg akak hebat
ati ni tak reti langsung :)
terer gak akak berpantun...cuba bersajak pulak kak
ReplyDeleteterasa mcm tgk siaran langsung majlis berbalas pantun kat tv lah kak zakie
ReplyDeletetahniah dapat botol air dari bujal encem... *__*
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletebaru ada kesempatan ayu nak ziarah blog kawan2..
bila masuk sini.. di hidangkan dengan balasan pantun yang sangat indah..
perasaan ayu terus ditusuk dgn kata2 yang kak susun itu
tahniah kak.
sebagai menjawab pantun kak zakie.. (",)
ReplyDeleteanak muda masuk gelanggang
tahniah kakzakie...indah pantunnya moga berjaya
ReplyDeletesalam kak zakie,
ReplyDeleteKuning itu warna diraja
Indah terletak buat mahkota
awat pulak dok saja
mai la buka fakta
maaf ye kak, ucu pun tak tau berbahasa....hihii
Assalam...
ReplyDeleteTerer kakzakie berpantun...
ade chance menang lagi ni.. :)
Yun x bape reti pantun2 ni..tp minat tu ada..
fuh!!! x mampu nk jawab..haha
ReplyDeleteselamat malam kak zakie, macam pesta pantun pulak ni....amie mara ke dalam gelanggang ye:
ReplyDeletehendak daun diberi daun,
dalam daun ada bidara,
hendak pantun diberi pantun,
dalam pantun ada bicara.
cantiknya bahasa...
ReplyDeletesaya ni fail lah bab berbahasa yang indah2 ni..
Wahhh kak zakie, terrer la kak zakie berpantun... fida tak pandai kak bab2 pantun ni...pantun merapu je pandai la... hik~
ReplyDeletesangat suka baca pantun, tapi tak pandai la pulak nak berpantun bagai. salah satu suka baca pantun kakcik
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteTerlebih dulu, maaf ya. Berganti hari baru la Kak G dapat berkunjung.
Kak G tak dapat masuk blog rakan2; terus sistem beri warning & auto revert.
Rupanya anak Kak tinggikan tahap sekuriti sebelum dia travel. Jadi, sudah la amat sensitif.
:)
Kak G turut senyum bersama
Pantun dilentuk bak jari jemala
Tapi Kak G tak boleh pula lama
Nak kunjungi rakan lain pula.
Dua tiga kucing berlari
ReplyDeleteSaya tak berapa reti.
ikatankasihku,
ReplyDeletePuas sudah dia menuba
Berkolek muara dalam perahu
Mengapa ikatakankasihku tak mencuba
belum cuba belum tahu :)
Ati Masrif sayang,
ReplyDeleteSesekali main berbalas pantun
seronok mengimbau zaman sekolah Ati:)
redza,
ReplyDeleteDulu masa kakak belajar salah satu cara mencari wang saku dengan bersajak dan mencipta cerpen hantar mana-mana majalah redz.... Sekarang dah ada kerja cukuplah:)
munna,
ReplyDeleteSesekali kita berbalas-pantun. Kanda AL yg menjadi penajanya. Hehehe....
NM02,
ReplyDeleteKakak pun tak sangka niezza. Rezeki dari bujal x. Alhamdulillah:)
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteKakak faham kesibukan melanda org business macam Ayu. Tak kisah.
Jom Ayu kita meriahkan majlis berpantun Kanda AL....
Fuad ansari,
ReplyDeleteHebat cikgu
itu yg akak tunggu
kakak dah masuk dan baca
indah tidak terkata
ibuintan,
ReplyDeleteAlahai ibuintan mengapa tidak turut serta. Cikgu-cikgu hebat mestinya:)
Wa'alaikumsalam ainhany,
ReplyDeleteSiap menanam letak di bucu
Tanamlah juga pokok lada
Jangan takut masuk gelanggang Ucu
Tunjuk pada anak murid yg ada
Cik Shinju,
ReplyDeleteYun... bukan nak menang. Ikhlas kakak berkata kalau hadiah duit biasanya kakak tak ambil....
So.... cubalah kali ini Yun:)
AzwanRamli,
ReplyDeleteHmmm.... mana boleh kata begitu dik. Bila jejari menyentuh keboard pasti idea automtic keluar:)
alamak kak..mati kutu sy nak jawab pantun....heheheh..kering idea la kite huhuhuhhh
ReplyDeleteAmie,
ReplyDeleteTelah dihalang usah bersuara
Masih hendak berebut harta
Dalam pantun ada bicara
jomlah Amie turut serta
norh,
ReplyDeleteKakak pasti boleh cuma norh tidak mahu. Cubalah dulu norh...:)
Afida Anuar,
ReplyDeleteAmboi adik kakak belum masuk gelanggang dah nak mengalah. Cuba dulu dik.... bukan utk menang, sekadar memeriahkan saja:)
eelobor,
ReplyDeleteSesekali berpantunlah ee....
Seronoklah kakak kali ini:)
DDrfauziah,
ReplyDeleteKakak rasa anak Kak G mahu jaga dari terus kena virus yg dtg tak tentu masa sekarang nie. Bagus juga:)
Kaduk sudah naik junjung
Jangan sampai naik kepala
Terima kasih sudi berkunjung
Jomlah berbalas pantun sekali-sekala
hani@debumelukut,
ReplyDeleteKalau dua kerat dah jadi
apa nak tunggu lagi
Assalamualaikum kak zakie
ReplyDeleteSemoga kejayaan tu milik kak zakie. Amin. Cik ina memang salute sapa yang pandai berbalas pantun ni. pantun yang cik ina tahu masa sekolah je pantun biasa-biasa tu.
baca kepuitisan bahasa orang memang teruja..tapi suri sangat gagal dalam bab ni huhu
ReplyDeleteRAP pandai, tak?
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Cik Ina DDC,
ReplyDeleteSuka-sukalah Cik Ina. Kakak tahu sebenarnya Cik Ina boleh berpantun tapi saja tak nak buat. Baca N3 Cik Ina kakak tahu Cik Ina pandai sebenarnya....:)
suri solehah,
ReplyDeleteSuri tak nak mencuba ke? Sesekali apa salahnya kan.
Bab2 pantun dan puisi ni kak Zai tak boleh nak masuk.
ReplyDeletegedek!
ReplyDeleteKakak rasa kalau dgn gedek mesti boleh:)
salam jumaat...
ReplyDeletewah2...berpantun pula..datang membaca pantun...nak berpantun tak pandai..hehe
saya tak reti nak berpantun kak, pernah try buat, tapi asyik la tak menjadi...sayang jugak, sbb pantun warisan melayu...
ReplyDeletesalam kak saya pun suka berpantun tapi nak buat pantun tu haish punya la lama hehe... kalau masuk pertandingan tu confirm kalah kalau untuk suka2 bolehlah... nanti boleh belajar dgn kak zakie... :)
ReplyDeletewahh kak..kalau bab pantun nie mmg serah kat akak lah bab nie..hehehe
ReplyDeleteSalam Jumaat Honeybunny,
ReplyDeleteTak apa HB, mula membaca, lama-lama mencuba:)
wahida,
ReplyDeleteEm... kakak pun sebenarnya pakai tiabi je wahida. Masa dah depan monitor mesti idea automatic keluar:)
Wa'alaikumsalam Hanis MY,
ReplyDeleteCubalah buat pantun style Jepun
Biar Al-Lavendari pusing. Hehehe...
(Jangan marah Tuan Al-Lavendari)
Zaitun,
ReplyDeleteAlahai Kak Zai sesaja nak meriahkan N3 teman sesama blogger. Best kakak suka pantun:)
lalink7,
ReplyDeleteKelak ada org nak pinang anak kakak guna pantun tak ye? (anak baru setahun jagung dah berangan) Hehehe....
Pusaranya tiada di Sri Menanti
ReplyDeleteNtah dimana tempat bersemadi
Sesungguhnya amat aku minati
pantun sajak dan juga puisi
KAK ZAKIE:
ReplyDeleteMemang hebatlah boleh berpantun begitu indah sekali. Kata orang, jika tak diasah bakatnya, manakan tahu hebat dan kreatifnya, kan?
Tahniah!
Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...
salam k.zakie...
ReplyDeletebukan calang2 org yg bisa berpantun...ucu pandai pantun 2 kerat je..itupun ikut guna bahasa pasar je...
nak berguru boleh...
SUD@IS,
ReplyDeletePuan Midah pergi ke kota
tersesat jalan tercari-cari
Kalau sudah bagai dikata
belilah pantun Al-Lavedari :)
azieazah,
ReplyDeleteAA sesekali mengasah bakat bila Tuan al-lavendari membuka gelanggang. AA tak nak join sama ke? Jom sesama kita meriahkan:)
Ucu Faridah,
ReplyDeleteEh.. eh... Ucu nak menguji kakak pula. Kakak tahu Ucu hebat berpantun namum taring tak nak tunjuk keluar. Malu kakak dengan Ucu....:)
BAPAK LEMAN PERGI SCUBA
ReplyDeleteSCUBA DEKAT PULAU PUAKA
BUKAN DIRIKU TIDAK MAHU MENCUBA
NANTI PANTUN KU REKA, JADI JENAKA.. :)
Petik gitar ada bunyinya,
ReplyDeleteNyanyikan lagu untuk si dia,
Mahu mencuba takut rasanya,
Tengoklah nanti apa cerita..
apapun , pantun aka sangat bestt :)
Sudah kemas perahu ku ikat
ReplyDeleteKenapa hanyut di bawa arus
pengikat kena gigit dek anai2
wah meriah sekali di sini !
ReplyDeletesaya suka baca komen2 dan jawapan kakzakie. saya ingin ucapkan terima kasih kerana usaha kakzakie tolong mempromosikan kontes saya itu.
ikatan kasihku,
ReplyDeleteSesekali datang menyapa
belum dijentik sudah melenting
jenaka pun tidak mengapa
motif jawapan itu yang penting
Ini Kisah Tia,
ReplyDeleteUtamakan makan buah tempatan
jangan lupa denan papaya
apa yg Tia hendak takutkan
di sana mana ada buaya :)
JONY Al BUAYAK,
ReplyDeleteHahaha..... kelakarlah Jony. Mesti jenis anai-anai pendengki.
al-lavendari,
ReplyDeleteMeriah rumah kakak kali ini dengan idea tuan mahu kita berpantun.
Kakak suka juga bila komen yg datang dlm bentuk pantun. Best macam masa sekolah:)
salam k zakie
ReplyDeletedapat juga aby join..
meriah juga reply2 yg dibuat ..
tp aby tk pandai berpantun ..
sekadar,
iwak kotok iwak leleh,
moto ne ngantuk wetengnye ngeleh ..
hu..hu..
saya bab2 nak menjual or membeli pantun nih mmg fail...hehe
ReplyDeleteOrang melayu memanjat kelapa
ReplyDeleteUntuk jualan di hujung tanjung
Khazanah Melayu tidak kulupa
Pasti bertahan tetap kujunjung
Wa'alaikumsalam aby,
ReplyDeleteBagus... kakak suka sangat.
iwak kotok iwak lele
managan karo sego sepiring
moto ngantok weteng ngeleh
lepas pantun turu ngiring:)
Papa Mifz,
ReplyDeleteHuh... kena cuba juga. Kakak gerenti lepas ini mesti boleh. Come on try once....:)
IMAHSHAH,
ReplyDeleteJanganlah curiga dan ragu
kalau cinta sudah membara
siapa tidak kenal cikgu
dj sekolah setiap acara
kakzakie.acik memang tak pandai nak berpntuin pantun ni.
ReplyDeletesemoga kakzakie berjaya.
Acik Erna,
ReplyDeleteAlahai acik... bukan soal nak menang Aci... kita suak-suka berpantun macam zaman sekolah dulu. Jomlah Acik...
fuhhh hebat akak berpantun!!!!! boleh masuk pest pantun ni kak....
ReplyDelete