Monday, September 19, 2011

Hari Terakhir UPSR 2011

Tiga hari aku berkampung di sekolah bersama-sama berjuang dengan anak yang menduduki peperiksaan. Taklimat akhir para guru untuk murid-muridnya di hari akhir peperiksaan menjentik perasaan. Aku terharu sungguh dengan tumpuan penuh para guru hingga di saat akhir sebelum masuk ke dewan murid-murid masih diberikan peringatan. Aku yang jadi ibu pun boleh faham bagaimana besarnya harapan para guru tersebut seperti kami ibu-bapa mereka.

Tekun - Semua tekun mendengar butiran kata-kata cikgu Kasmah mereka


Sekali lagi - Cikgu ini pun sama juga


Selesai - Habis peperiksaan bagai tidak dapat di kawal kegembiraan mereka


Taklimat - Sebelum bersurai semua mendengar taklimat penerangan tentang borang kemasukan ke sekolah berasrama


Lega - Jelas terpancar kelegaan di muka masing-masing
Harapan - Borang kemasukan sekolah asrama berada dalam genggaman masing-masing
Bersurai - Selepas ini ada acara lawatan sambil belajar yang dianjurkan pihak sekolah untuk mereka pula.


Harapan cikgu - Insya-Allah segala usaha kita dimakbulkan Allah, terima apa sahaja apa yang akan diberikan olehNya kerana kita telah berusaha. Itu kata cikgu mereka Cikgu Fuziah - Guru kesayangan mereka ini. Yasmien, Izzah, Fathia, Aida, Alia dan Najwa masih mahu berbincang sesuatu dengan cikgu kesayangan sebelum balik.





~~ Menjadi harapan setelah segala usaha di curah kenalah redha apa juga keputusan yang diperolehi. Tambah berdebar-debar bila ada yang mengatakan pelajaran Mathematic ada soalan bocor dan mungkin peperiksaan akan diulang untuk matapelajaran ini membuat jiwa aku kacau. Harap-harap tidaklah terjadi hendaknya. ~~







49 comments:

  1. Semoga kejayaan menjadi milik anak2 itu. Dan bila berjaya, janganlah sombong kerana sombong itu hanyalah hak Allah SWT. :)

    ReplyDelete
  2. gd luck yerr... teringat plak zmn sek rendah dolu2... ;)

    ReplyDelete
  3. insyaallah mudah2an mereka berjaya..anak akak sekolah mana ye kak?

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya utk anak akak..doakan juga kejayaan anak sayur labu ni...namanya Nurul Huda.

    ReplyDelete
  5. Semoga semua membesar menjadi anak yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.Amin.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah semoga hari ni semua berjalan lancar dan gd luck tuk mereka yg menduduki exam tu..

    ReplyDelete
  7. Mereka-mereka ini lah harapan bangsa...Gud Luck Yasmien...

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah calon murid2 UPSR akan beroleh kejayaan cemerlang.

    ReplyDelete
  9. Boleh sahaja kita melakukan sujud syukur sebaik selesai menamatkan sesuatu aktiviti dengan sempurna....

    ReplyDelete
  10. setiap kali exam ade je isu soalan bocor :)

    ReplyDelete
  11. salam kak zakie,

    Tahniah , seorang ibu yang penyayang dan terus mmberi sokongan dan semangat buat anakanda yasmin..Mudahan ada kejayaaan dibalik usaha dan doa.

    Amin

    ReplyDelete
  12. Wow! Ms sy dulu tak ade pun cikgu2 bt mcm nie. Untung bdk2 kat sekolah anak akak tu...

    Semoga berjaya kamu semua! Tak cemerlang, jgn putus asa kerana perjalanan hidup masih terlalu jauh utk digapai! Yg penting, hargai pengorbanan org tua!

    ReplyDelete
  13. good luck semua yer...minta2 tiada ulang peksa...hilang semangat dibuatnya...mak yana dah buang ketulan tu,dan now ketulan tu tgh uji kat makmal utk tahu stage berapa dan sama ada dh merebak ke belum...sebelum ni doktor nk kasi buang je separuh sedangkan ketulan baru 2cm dan mereka sendiri tk tahu stage berapa..masa raya semua bincang n kata sepakat diambil utk buang cuma ketulan je...masuk harini dh seminggu mak kat spital..slps buang ketulan air bisa/cecair diambil dgn tiub letak diketiak..harap2 mak terus sihat...Amin.

    thanks kak coz perihatin...

    ReplyDelete
  14. Pengorbanan ibu mmg tiada harganya, smg calon2 upsr mdpt kptsn cemerlang!!! Sronok tgk reaksi diorg tu ;)

    ReplyDelete
  15. good luck pada mereka yang menduduki peperiksaan upsr..teringat pula zaman amy duduki peperiksaan dulu..

    ReplyDelete
  16. insyALLAH No doakan semoga mereka semua berjaya hendakNYA..amiiiiin...

    ReplyDelete
  17. tntg soalan bocor tu pun..sy ada dengar gak..

    ada satu sekolah..cikgu dia siap bekalkan skema jawapan tuk di hafal...so masa periksa...murid2 menjawab dgn senyuman...enth la..

    moga2 itu hanya la kabar angin...
    moga Yasmien dapat kejayaan yg cemerlang tuk UPSR nanti.. :)

    ReplyDelete
  18. aiyaaaaak
    bole ada soklan bocor ke ka
    cam mane la tuuu?
    haiyooo
    alhamdulillah semuanyeeee selesai jugak

    ReplyDelete
  19. semoga berjaya..
    kak..
    bila perhatikan pic diatas..
    nampak sangat2 guru penyumbang utama selain ibubapa kan?

    ReplyDelete
  20. dah abis peksa...bawalah si anak jalan2 cuti sekolah nanti sebagai upah...hehe..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah..UPSR dah berlalu..semoga ank2 kita dpt membuat yg terbaik dan kejayaan menjadi milik mereka kelak...

    ReplyDelete
  22. semoga mereka berjaya kan kak .. saya lak yg terlebey debar bila mereka2 nie periksa .. walau anak saya lambat lagi :)

    ReplyDelete
  23. salam
    anak ke 3 saya jugak sedang tunggu result UPSR ni...

    ReplyDelete
  24. - sebak & terharu...semangat btl cikgu2 tu...

    ReplyDelete
  25. moga kejayaan menjadi milik mereka semua. insyaAllah..

    ReplyDelete
  26. semoga anak2 semua mendapat keputusan yg membanggakan ibubapa dan pendidik mereka...

    ReplyDelete
  27. Salam Lebaran, maaf zahir batin. Tenang-tenang saja... eh, jangan lupa folo CM di blog baru tau

    ReplyDelete
  28. Setiap tahun kak...setiap tahun dari zaman saya ambik UPSR/PMR/SPM, pasti ada "soalan bocor".

    Di mana silapnya sistem kita?

    Kurang pemantauan kah?
    Atau kurang amanah?

    ReplyDelete
  29. semoga anak2 tu berjaya kan kak..soalan bocor ni ye ke kak?takut saja je mereka ckp camtu

    ReplyDelete
  30. betul punye merdeka anak2 tu da abes exam! =D

    ReplyDelete
  31. Aslkm

    Syabas kerana prihatin terhadap anak 2 yg periksa upsr. Doa dr ibubapa dan guru insyaallah berjaya.Amin

    ReplyDelete
  32. InsyaAllah berkat usaha guru, juang anak murid, doa ibu bapa....moga mereka semua berjaya!!

    ReplyDelete
  33. semoga apa yang diimpikan oleh anak2 akan jadi kenyataan..bagus akak pergi bg sokongan kat sek..tempat suri ni panggil jugak ibubapa datang sambil baca yasin time anak exam..tapi berapa kerat jelah...

    ReplyDelete
  34. kakzakie..harap2 semuanya hanya khabar angin..kesian budak2 nak kena periksa lagi kalau betul ada soalah bocor..

    ReplyDelete
  35. naper tiap tahun ada soalan bocor?
    pelikkan? kononnya soalan bocor pada anak2 org tertentu, pastu merebak lar.....betul ker?

    syabas pada kakzaki sebagai guru yg berdedikasi...salute.

    ReplyDelete
  36. Semoga berjaya hendaknya..
    harap2 takde periksaan ulangan..
    Kesian kat budak2 buat
    keja 2 kali..

    ReplyDelete
  37. dah lama tak ambik periksa..macam mana agaknya ya kalau kena duduk dlm dewan periksa lagi..he he he

    ReplyDelete
  38. "insyaallah..mesti dpt 5A tu.jgn risau kak..hehhe...boleh ckp jer jgn risau tp mak mana yg boleh rilek kan kak kalau ank2 nak exam,sure kita ni tidur tak lena makan tak lalu.."

    ReplyDelete
  39. Assalamulaikum kak zakie


    rajinnya kak zakie melayan anak-anak. Sanggup berkorban temankan dorang ambik UPSR. Semoga dorang mendapat kejayaan yang diimpikan.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum KAKZAKIE
    Semua murid + guru telah berusaha berhempas pulas. Sekarang berdoa terus semoga hasilnya baik. Nanti, selepas keluar keputusan, kena bersyukur dan redha pula, kan? InsyaAllah, hajat termakbul.

    ReplyDelete
  41. @ kakcik: Usaha dah dibuat kakcik, sekarang hanya berdoa dan tawakkal saja


    @ Nureen: Dulu masa kakak tak ada tusyen sebab keluarga susah


    @ missbby: Anak kakak Sekolah Keb. Senai Utama


    @ Idah: Doa kita untuk semua anak bangsa kita berjaya. Begitulah juga utk Nurul Huda


    @ Abah Khalisha: Amin... itulah hendaknya


    @ Prince Halilintar: Exam dah habis, hari ini ada lawatan ke Petroscience, I-City malam ini dan bermalam di UIA


    @ Eye_nee: Harapan ibu-bapa juga


    @ Zaitun: Insya-Allah kak zai itulah harapan semua yg terlibat


    @ ahmad humairi: Betul cikgu. Bersyukur diberi kesihatan baik sepanajang exam berjalan

    ReplyDelete
  42. @ fazrulnoor: Alhamdulillah nampaknya dah tak ada lagi angin bertiup


    @ ainhany: Wa'alaikumsalam ain. Terima aksih doakan anakanda ye...


    @ Mommy Fara: Masa kakak pun tak ada macam tu MF. Segalanya usaha sendiri saja.


    @ Maya Mayana: Doa kakak buat mak moga diberi kekuatan dan kembali pulih dengan segera utk terus membolehkan dia beribadat dgn selesa


    @ WuMing: Insya-Allah


    @ ajumohit: Walau badan maasing-masing besar tapi hakikat semuanya masih perlu dibimbing aju...


    @ Amy Syaquena: Tak ada bezanya Amy cuma sekarang lebih mencabar...


    @ Norhafiza: Terima kasih dokan ye No...


    @ nabila_2908: Rasanya macam isu dah tertutp. Soal mereka yg tak adil biarlah Allah yg menghukumnya

    ReplyDelete
  43. @ aimie amalina: Sekarang dah senyap tentang soalan bocor tu. Tak tahulah...


    @ Citarasa Rinduan: beanr Ayu, cikgu mereka begitu committed sekali. Sayu kita sebagai ibu


    @ lienalynaz: Habis exam Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad kami sekeluarga beraya sakan.. Hari ini ada lawatan sambil belajar bersama guru-guru sekolahnya


    @ ieja amieja: Sekarang tinggal berdoa dan pasrah apa juga keputusannya ieja


    @ ieda: Memang berdebar ieda. Kakak pun sama


    @ Kamsiah: Kita berdoa moga mereka berjaya...


    @ Al: Betul Al. Kakak memang salute dgn cikgu sekolah anak kakak nie


    @ NM02: Begitulah hendaknya Niez..


    @ Munna: Itulah harapan guru, penjaga dan mereka yg exam juga


    @ che mid: Salam lebaran CM. Kakak dah jadi follower ke 5 semalam hihi...


    @ Sharifah Nadzarah: Thank you


    @ Daddy Ziyyad: Pada kakak sistem yg longgar dan dua-dua sekali yg DZ katakan ada itulah jadinya. Tapi macam dah tutup dah senyap


    @ Lydia Miza: Mula tu memang rasa risau juga LM tapi dah senyap sekarang nie....

    ReplyDelete
  44. @ Fatin Mraz: Cikgu dia pun sama kata hoorey!! masa habis berucap


    @ My Little Diary: Terima kasih rima


    @ mama ju: Wa'alaikumsalam kak ju. Moga masin doa kak ju. Amin


    @ Afida Anuar: Insya-Allah Fida itulah harapan kami.


    @ suri solehah: Kalau tak ke sekolah kakak pun tak tenang juga di tempat kerja. Baik duduk di sekolah sama suri


    @ Acik erna: Kakak rasa mula-mula macam betul tapi biasalah di negara kita nie... angin yg bertiup dah berhenti


    @ Queenie: Itulah hakikatnya Q. Yg dapat sebenarnya anak pada org ada nama tapi tak pandai simpan rahsia. Bocor... tapi dah senyap balik


    @ missgee: Tak adalah nak periksa balik pun....


    @ norh: Kalau kita duduk lagi dewan periksa rasanya lain jadinya norh.


    @ Pia: Amin... pia moga impian jadi kenyataan. Tapi kenalah redha apa juga keputusan Allah


    @ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Kakak kalau anak periksa hati tak tenanglah Cik Ina. Itu yg ambil cuti duduk di sekolah sama. Masa mereka dlm dewan kakak baca Yasin/Quran/zikir/baca apa yg patut.


    @ Temuk: Wa'alaikumsalam cikgu. Benarlah apa yg cikgu kata. Usaha dah buat sekarang tinggal berdoa dah pasrah padaNya

    ReplyDelete
  45. kalu dah usaha betawakal dan doa ajerr buat terbaik baginyerrr Insya Allah mudahan berjaya

    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    air balang kawin

    ReplyDelete