Monday, September 12, 2011

Menjelang UPSR 2011

Menjelang UPSR 2011, kami ibu-bapa bersama dengan para guru sekolah menjalankan ikhtiar terakhir yang termampu dilakukan. Malam Jumaat itu kami bersama-sama menjalankan solat hajat dengan diimamkan oleh Ustaz Tramizi yang juga merupakan guru agama sekolah tersebut.

Para Ibu - Selepas solat maghrib kami bersama-sama membaca Yaasiin dan tahlil



Para bapa - Duduk di bahagian hadapan para bapa dan anak-anak lelaki.



Suapan kasih - Esoknya diadakan majlis bersarapan yang melibatkan semua pelajar yang akan menduduki UPSR bersama-sama ibu-bapa dan para guru. Aku tidak dapat hadir kerana Sabtu aku bekerja setengah hari. Papa saja yang pergi.


Yasmien - "Cuba papa rasa Mien pula suap untuk papa. Sedapkan....." Lihatkan gelagat mereka berdua ini.



Cikgu Fuziah - Suapan kasih seorang guru dan merupakan guru kelas Monitor, kelas Yasmien yang amat dikasihi. Nama guru ini selalu meniti di bibir kalangan muridnya menunjukkan betapa gigihnya dia mendidik anak-anak murid bagaikan anak sendiri. Bukan saja dikasihi anak aku bahkan oleh rata-rata anak muridnya dan kami ibu-bapa anak-anak sekolah ini.

Nurul Izzah - Teman Yasmein disuap oleh ayahnya Ustaz Kamarudin, Pengetua Maahad dan rakan kami duduk satu taman. Ibu Izzah juga tidak dapat hadir kerana ada kelas.


Muhd. Fikri - Teman sekelas juga di suap oleh ibunya Ustazah Hidayah yang juga teman aku sambil ayahnya imam taman surau perumahan kami, duduk di sebelahnya.



Cikgu Halijah - Guru comel ini juga amat dikasihi Yasmien. Boleh berkongsi makan dengan anak murid. Jangan dingka guru comel ini masih solo, sebab dia telah dipunyai dan mempunyai seorang puteri. Saiz badan sama dengan Yasmien.




~~~ Terasa rugi kerana aku tidak dapat bersama-sama menyaksikan majlis bersarapan pagi pada Sabtu itu kerana kekangan kerja. Namun aku sudah berjanji sepanjang 3 hari UPSR itu aku akan turut bersama-sama Yasmien berada di sekolah untuk melakukan apa yang boleh aku bantu. Hari ini di pejabat aku cuba membereskan apa yang perlu dulu. Semoga perjuangan esok berjalan lancar hendaknya.~~~





77 comments:

  1. Assalamualaikum kak.. Program motivasi utk para pelajar ni mmg menarik je saya tengok siap anak dan ibu ayah menunjukkan kasih sayang masing2 siap suap makan lagi yg mana jarang atau susah nak tgk zaman ni ada wat mcmtu lagi.. Selamat hari raya aidil fitri kak.. Maaf zahir dan batin.. :)

    ReplyDelete
  2. naper ai tetiber sebak baca dan tgk gambar2 dalam n3 ni

    gud luck pada mien dan semua pelajar yg akan menduduki peperiksaan ini.

    moga mien dan pelajar2 lain memperolehi kejayaan

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya... Anak buah saya pun ada yg bakal menduduki UPSR tahun ini.. :)

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya dalam UPSR buat Yasmien dan semua kawan-kawannya..

    ReplyDelete
  5. good luck untuk anak akak..semoga berjaya dalam UPSR esok..

    ReplyDelete
  6. good luck buat Mien...
    moga berjaya ye...

    ReplyDelete
  7. Kepada Yasmien,

    Selamat menempuh UPSR. Akak sampaikan pesanan sy pd die...

    "Gagal bukan bererti kalah ...Cemerlang jgn disangka menang"

    Good Luck sayang!

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya dalam UPSR.

    Sejak dari 29 sampai lah semalam(ahad) saya sangat sibuk, Pasal kerja.... Selesai pasal kerja pasal peribadi pula....

    Dah 2 minggu tak masuk ofis kat Penang..

    Kerja banyak... Tapi... layan Blog dulu sat.....He..he..he..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak..

    kami doakan semoga beliau dapat menjawab dengan tenang dan betul terhadap semua soalan itu kelak nanti..insyaAllah

    ReplyDelete
  10. assalam kak..
    good luck utk anak akak...
    kami semua doakan kejayaan yasmien juga semua yg menduduki UPSR tahun ni...

    ReplyDelete
  11. Baca yasin ketika anak sedang berada di dewan peperiksaan juga....mudah-mudahan beroleh kejayaan cemerlang.

    ReplyDelete
  12. gd luck yer dik.. doa akak dr jauh :)

    ReplyDelete
  13. nampak mcm sekolah yg penyayang...semoga yasmien dpt jawab soalan tu dgn baik....

    ReplyDelete
  14. semoga mendapat keputusan yg cemerlang..mesti debar2 kan

    ReplyDelete
  15. sama2 kita doakan yg terbaik buat budak2 nie kan kak ..
    saya x der anak yg nak UPSR tapi debar tuuu hari2 saya rasa sbb anak saya cuti masa pelajar tahun 6 periksa ...

    ReplyDelete
  16. hebatnya.. macam2 usaha pihak sekolah dan ibubapa demi kejayaan setiap anak-anak


    moga Yasmen berjaya dengan cemerlangnya

    ReplyDelete
  17. kakzakie..semoga yasmien berjaya dengan cemerlang

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...

    Moga mereka yang menduduki ujian UPSR esok dipermudahkan Allah SWT dan mendapat kejayaan yang cemerlang..

    ReplyDelete
  19. cikgu2 yang berstatus makwe2 takde ke kak? kalo ade teringin gak saye nak merasa disuap

    ReplyDelete
  20. nampak seronok jer... siap bersuap2 lagi....

    ReplyDelete
  21. semoga berjaya untuk Yasmien dan rakan2..
    first time tengok aktiviti bersuapan ni :)

    ReplyDelete
  22. alahai so sweet, suke tgk adegan suap2an itu, tgk anak akak, sejuk perut ibunya mengandung, baik je budaknya, gud luck dear!!!

    ReplyDelete
  23. selamat berperang minda didewan peperiksaan buat anak kakak :)

    gud luck

    ReplyDelete
  24. salam kak zakei,

    selamat menghadapi UPSR anakanda yasmin, mudahan dapat buat yang terbaik dan mncipta rekod kejayaaan..

    ucu turut mndoakan kejayaan mu.
    Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dgn agenda motivasi dan program disusun.. membuka satu laluan kejayaan.

    ReplyDelete
  25. semoga berjaya yasmein...

    mesti boleh punya tu....

    ReplyDelete
  26. program suap menyuap tu nampaknya idea yang bagus juga, bole memberi kesedaran pada studen tentang harapan iba bapa dan guru pada dorang

    insyaallah, moga berjaya dalam upsr kelak

    ReplyDelete
  27. salaam kakzakie...selamat berjaya buat yasmeen...InsyaAllah berkat usaha dan doa dari parents..guru2 dan org2 sekeliling dia akan berjaya mendapat keputusan yg baik..jawap baik2 ya yasmeen..aunty doakan yg terbaik utk yasmeen..:)

    ReplyDelete
  28. salam kakzakie..
    Anak sulung Hanna pun akan menduduki UPSR esuk..
    Hanna pulak yang berdebar debar...

    ReplyDelete
  29. seronok tgk mak ayah bersungguh2 demi utk kejayaan anak2.. (",)

    ReplyDelete
  30. Semoga yasmein berjaya di dunia, dan akhirat..insyaAllah...

    dan menjadi kebanggaan ayah dan ibu..

    ReplyDelete
  31. ada beberapa orang anak buah gak yang ambik upsr tahun nie. semoga kejayaan untuk mereka semua

    ReplyDelete
  32. syahdu pulak rasa tengok anak&ayah bersuapan tu kak..moga anak akak cemerlang dalam upsr esok...budak2 yang nak exam..guru2 pun yang berlebih debarnya huhu

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum kak zakie..

    Alhamdulillah....ikhtiar yang terbaik selain usaha anak-anak dan seterusnya selps ni tawakal...
    anak-anak nak periksa, pasti ibu bapa yang berdebar-debar dan measai kehangatannya...
    ayu doakan anak kak zakie dipermudahkan Allah dalam menjawb sume paper UPSR...^^

    ReplyDelete
  34. all the best utk anak dara kakzakie.
    anak saudara ayu di usj pun bersama2 berjuang,..
    moga berjaya

    ReplyDelete
  35. semoga berjaya yasmien....insya'allah berkat usaha yasmien.tunjuk ajar guru2 n doa dr mama n papa yasmien akak memperoleh keputusan yg cemerlang...amin.

    ReplyDelete
  36. Kak Zai doakan semoga Yasmein berjaya dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum kak.

    hmm, tak pernah pula tengok program macam ni demi kejayaan dan semangat anak2. macam best je.

    ReplyDelete
  38. GUD LUCK KAT BUDAK2 AMIK UPSR...KALAU TAK DAPAT JAWAB,JANGAN LUPA SKODEN SEBELAH..KIFIKFKIF

    ReplyDelete
  39. sekolah sekarang kreatif dan inovatif

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum Kakzakie,

    Semoga Allah permudahkan segalanya bagi anak2 yang akan menduduki UPSR ni. Selamat berjaya untuk anak kakzakie khasnya dan anak-anak yang lain juga.

    ReplyDelete
  41. bagusnya program dia..siap ada suapan kasih..

    goodluck kpd anak akak yg akan menduduki UPSR hari ini..moga dpt jawap dgn tenang..:))

    ReplyDelete
  42. Good luck ye yasmien...do your best!

    ReplyDelete
  43. Assalamulaikum kak zakie


    ooo yasmien UPSR tahun ni. semoga berjaya ye. mesra nya cikgu ngan anak murid. yasmien mesra ngan ayah. kak zakie mana?

    ReplyDelete
  44. upsr hari ni kan...anak buah sy pu ambik upsr...tahun ni...;d..semuga diaowg berjaya...;d

    ReplyDelete
  45. kepada anak akak dan semua calon upsr semoga dapat menjawab soalan dgn tenang. amin..

    jom bacer seket..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

    ReplyDelete
  46. slmt berjuang dan gud luck tuk yasmin =)

    ReplyDelete
  47. wish ank akak berjaya :)
    doa ibu sentiasa mengiringi kan Amin...

    ReplyDelete
  48. semoga anak akak mendapat keputusan yg cemerlang lg terbilang..:)

    ReplyDelete
  49. Begitu lahhh seorang ibu tak henti-henti buat yang terbaik pada anaknya.... doa seorang ibu juga makbul..... Moga anak akak mendapat keputusan yang terbaik... Insya Allah



    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

    ReplyDelete
  50. salam rindu ye kak..

    wah2 anak akak sama ngn adik bongsu dana,dia pun amik upsr gk...
    sonok tgk yg sapan sambil disuap tu... pnh ksh syg...

    apa pun gud luck utk yasmien..acik doakan yg terbaik

    ReplyDelete
  51. salam k zakie ..
    podo la ..
    anak aby, Jee pun UPSR jugak ..

    semoga dipemudahkan depa semua menghadapi UPSR ....

    ReplyDelete
  52. salam kak zakie,

    bari sempat nk online lepas
    lama bercoti

    bagus sekolah anak kak zakie ni
    alangkah bagusnya kalau sekolah
    anak ati pun mcm gini

    semoga anak kak zakie berjaya
    mendapat keputusan yg cemerlang ..amin!

    ReplyDelete
  53. baguslah kak sekolah buat program sebegini..saling suap menyuap.

    ReplyDelete
  54. takpe lah kak, tak dpt sarap yg pnting doa akak sntiasa mengiringi anak...

    semoga dia berjaya dgn cemrlang..

    ReplyDelete
  55. semoga Yasmien berjaya dengan cemerlang hendaknya..

    ReplyDelete
  56. Salam sahabat
    Selamat maju jaya buat puteri Kakzakie ya

    Terima kasih berkongsi kisah dan gambar yang menarik

    Umi

    ReplyDelete
  57. wah siap ada acara makan suap-suap..kalau sy dulu misti malu nk buat gitu dgn mak ayah hik hik..

    moga yasmien berjaya dlm UPSR ya :)

    ReplyDelete
  58. bagus diadakan macam ni.. mampu memotivasikan murid2 dalam mendapatkan kejayaan yang cemerlang..

    moga berjaya buat semua yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ni.. ;)

    ReplyDelete
  59. Semoga anak kakak akan dapat kejayaan yg cemerlang....

    ReplyDelete
  60. all the best wat yasmien..
    mana2 pun sama rutinnyer..wat solat hajat,baca yassin n tahlil utk para pelajar yg bakal amek peksa..sy sndr x sempat pun g wat solat hajat kat sklh..arina awal2 lg dah tdo..ayahnyer jer la yg dpt turut serta.sama2 kita doakan yg terbaik untuk ank2 kita

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. mudah2an anak2 yg dididik dgn penuh rasa kasih syg oleh guru2 mereka akan berjaya dgn cemerlang..insyallah

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum .. lama sungguh Ajeyy tidak berblog .. update pun dah lama .. blogwalking blog sahabat2 pun dah lama x buat ..

    hehe, jom baca dan komen 2 entry latest dari Ajeyy :

    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/09/diari-hari-raya-aidilfitri-2011.html


    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/09/nikon-get-together-at-kota-bharu.html


    have a nice day gengs :))

    ReplyDelete
  64. sedo tak sedo nak amik peksa dah yasmien ni kak..No doakan semoga yasmien dapat keputusan yg cemerlang...insyALLAH...

    ReplyDelete
  65. seronok kan suap2 makan ngan anak2..good luck semua..anak buah saya pun ada yg amik UPSR juga...:)

    ReplyDelete
  66. Terima kasih buat semua yang memberikan komen atas N3 ini. Kakak tidak berblog sepanjang minggu ini kerana selain ke sekolah, kami sekeluarga sambung beraya lagi setelah hampir 2 minggu kami berpuasa. Terima kasih buat: -

    wa kahirul onggon,NM02 Queen Teratai, Yus, anarmarza, missbby, miloais,mommy fara, Wuming, sahromnasrudin, sharifah nadzarah, ahmad humairi, nureen, Ila, aanie, Daddy Ziyyad, ssarah syazwani, ieda, ibuintan, Acik Erna, Abd. Razak, aimie amalina, ahmad orlando, dwaty, norh, ajumohit, makdara TERdiva, ainhany, wahida, cemomoi, atie, saniah, SuriHanna, fuad ansari, Afida Anuar, wanita2u, eelobor, suri solehah, Ayu, Citarasa Rinduan, Aida Ali, Mamamya, Zaitun, sar, bloghok, cikli, kunang-kunang, sweetmama, Maya Mayana, CIk Ina DDC, Run Away, L, Afika Aziz, Prince Halilintar, Cik Ecah, Papa Mifz, Afzainizam, missgee, norhidana, aby, ati masrif, Diana@bilakukatacinta, mamaNoriz, Zana Adieza, Umihoney, Rina Avail@Cik Betty, aizamia3, azi, iejamieja, ckLah, nyanyisunyi, AjiRawk, Norhafiza dan lienalinaz.

    Sungguh terima kasih tidak terhingga dan Yasmien sebenarnya telah membaca segala komen N3 ini malam tadi.... Terima kasih sekali lagi dari kakak dan Yasmien juga.

    ReplyDelete
  67. sebab itu selepas berdoa kepada kedua ibu-bapa, saya juga menyelitkan doa kepada semua guru2 yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya atas ilmu yang di berikan. sesungguhnya jasa pengorbanan seorang guru sangat mulia

    ReplyDelete
  68. salam kak,lama izan tak dtg sini..tak sempat..

    adik izan pun sama UPSR..tp skrg dah tarik nafas lega..hehe...

    biasanya bila anak exam,ibulah paling risau dan berdebar. serba tak kena jadinya bila tiba harinya..nanti turn izan smpai jugak nanti =)

    ReplyDelete