Adik: Mama esok mama cuti boleh tak?
Mama: Eh... mana boleh kita dah rancangn cuti minggu depan. (Minggu depan sekolah bercuti seminggu sempena Deepavali)
Adik: Adik nak ajak mama tengok wayang di sekolah. Sekolah adik ada panggung wayang.
Mama: Ha... ada wayang di sekolah adik?
Adik: Kalau mama tak boleh datang adik ajak papa. Rugi mama tak mahu ikut.
Mama: Hmm... kita dah rancang cuti minggu depan, mana boleh mama cuti esok.
Kesudahannya hari ini kedua mama-papa adik tidak dapat pergi kerana tiada pemberitahuan dari awal. Kami merancang untuk bercuti pada 24hb hingga 26hb ini kerana bersempena cuti Deepavali. Sejak dilahirkan hanya sekali mereka aku bawa ke panggung kerana sudah berjanji. Sekadar mahu mereka tahu scenario dalam panggung sahaja. Kini mereka telah tahu cukuplah sekali itu.
Tiket wayang .... ada pop-corn dan air mineral dibekalkan pihak sekolah selama 2 jam menonton. Bayaran dikenakan RM2/- sahaja.
~~ Ada pihak ibu-bapa yang tidak setuju dengan anjuran wayang di sekolah anak aku, tapi buat aku dan hubby asalkan ianya tidak melanggar batas susila rasanya tidak salah pihak sekolah membuat anjuran seperti ini. Pihak sekolah lebih arif dan tahu untuk memilih tajuk yang sesuai untuk anak-anak seusia 7-12 tahun. ~~
Pastinya wayang yang dipertontonkan itu yang boleh memberi pengajaran kepada anak2. :)
ReplyDeletemenarik aktiviti mcm ni kak... mungkin ada juga dikalangan mereka yg tak pernah masuk panggung,jd dpt pengalaman ala2 panggung pun boleh =)
ReplyDeletesalam kakzakie,
ReplyDeletewayang gambar terlalu negatif bagi kita...kena tukar nama kot.
Tempat saya sedang kumpul tanda tangan nak protes kewujudan panggong yg bakal siap. Komuniti hampir semua melayu. Bahaya kpd perkembangan sosial.
kak zakie...
ReplyDeletesy belum pernah lg bawak muaz g tgok wayang...kesian adik....takpe, dia boleh tgok dgn kawan2 dia kak...hah, next week jom laa g gambang resort....heheheheh.....acik yan pun cuti jugakkkkk.....
sekolah ai dulu pun ada mcm ni
ReplyDeletedulu kat sekolah ada jgk macmnie...hiburan buat budak sekolah sekali sekala...huhu..tapi cerita yg tayang kena bersesuaian la...ade moral...
ReplyDeleterasenye cerita khas buat kanak2 jerkan...mesti seronok dia org tu..
ReplyDeletetapi kat sekolah anak saye tak de pulak...kalau ade mesti dia pun nak jugak pegi...
jarang ada sekolah buat program mcm ni ..selalunya menjurus lebih kepada melihat tempat2 bersejarah, ni first time dgr program mcm ni anjuran pihak sekolah..
ReplyDeleteAslkm KZ
ReplyDeleteWah seronoknya nak bercuti. Pegi ke mana cuti ni?
teringat dulu masa kecik2 ada gak tengok wayang kat sekolah..
ReplyDeleteduduk ramai2 kat atas tikar..hehe
alah kak..minggu depan sekolah cuti seminggu ya!!
Lupa saya, lagilah bertambah angin kuskus ni...huhu(akak baca entri saya nnti mesti tahu)
dulu kat sekolah saya pun ada buat tayangan. kami tak panggil wayang la. buat dalam library~
ReplyDeletecerita upin ipin pun baguskan kak
ReplyDeletesejak yg sulung tu lahir..saya tidak lagi pernah menjejak kan kaki ke Panggung wayang...namun tidak pula saya menghalang mereka menonton wayang...saya tidak menggalak kan...
ReplyDeleteAssalamulaikum kak zakie
ReplyDeleteCikgu tahulah buat yang terbaek tuk anak murid dia. Janganlah sebagai ibubapa kita membantah bila sebut wayang je. tak gitu kak zakie.cian adik, lenkali mama ngan papa adik teman ye.
Kakzakie..
ReplyDeletesaya rasa cikgu mesti tayangkan gambar yg.bersuaian dengan budak2 sekolah...:)
seronoknya kakak nak pegi bercuti...selamat bercuti ye kakak..:)
yana tk pernah ajak dan bawa mrk ke panggung wayang, encik ayah tk berapa suka...lg pun kat muar ni org kata panggung penuh dgn foreigner,seram nk masuk... so kalau ada aktiviti gini dapatlah yg tk tahu tu merasa jugak :)
ReplyDeletesetuju..serahkan pd pihak sekolah..mereka lebih arif....
ReplyDeletebetul tu..pihak sekolah mesti tau ape yg derang buat.. ade faedah ke tidak..serahkan saje pada mereka..:)
ReplyDeletekalau tayangannya memberikan manfaat dan pengajaran tak salah rasanya..
ReplyDeletemestilah pihak sekolah tayangkan cerita yang menarik, mungkin cerita yang ada pengajaran kan..aktiviti macam ni kan menarik..
ReplyDeletehehe..sian adik mama takleh ikut...munkin cikgu nak penuh kan aktiviti lepas exam sambil isi duit tabung pibg kot...
ReplyDeletehehe..sian adik mama takleh ikut...munkin cikgu nak penuh kan aktiviti lepas exam sambil isi duit tabung pibg kot...
ReplyDeletefilemnya mesti yang telah dipilih berdasarkan penerimaan pemikiran kanak2.. :).. bagus..salah satu sistem pembelajaran yang berkesan.. :D...
ReplyDeleteasalkan ceritayang ditayangkan menepati had usia anak2..ok la tu
ReplyDeleteada pengajaran....
"skolah ank2 saya pon tiap2 thn ada camni bila akhir2 thn dh lps peperiksaan akhir thn tu..sya tk kisah pon...janji budak2 enjoy...cgu pon tahu nak tayang citer apa2..bkn sebarang jer kan.."
ReplyDeletepihak sekolah mesti tau cerita yang macam mana sesuai ditonton oleh anak murid mereka.. mesti ada cerita yang memberi pengajaran buat mereka..
ReplyDeletesesekali kita bagi peluang dia terlibat dengan xtvt kat sekolah takde salahnya..
psstt: saya belum pernah bawa anak pergi tengok wayang lagi..
kat sekolah anak saya pun ada ..tapi anak saya tak tgok pun..entah le cerita yg sama je..boring agaknya..panggung yg kat luar tu ada la bawa..sethn sekali je kut..
ReplyDeletewow bestnya...
ReplyDeletemesti ada unsur pengajaran tu...klu tak takkan pihak sekolah buat mcm tu..
tapi kak..seumur hidup sy tak penah tgok wayang...caya tak???..
bagusnya sekolah ini... ibu bapa pun boleh tonton wayang sama2. aktiviti yang menarik.
ReplyDeletep/s: terima kasih ya kak. mia baru je nak follow blog ni..
aktiviti selepas bertungkus lumus menghadapi exam akhir tahun. anak2 tengok wayang cikgu bertungkus lumus periksa kertas exam...
ReplyDeletetringat zaman skolah dulu.. pnah gak sesekali ada program buat wayang.. padahal guna slid lcd tu jer.. hehe..
ReplyDeletesy lak x pnah bwk lg ank msuk wyg.. sy sndiri pon dh lma x jjk kaki kt wyg tu..last2 b4 kawin dulu.. 5 thn y lps... fuhhh,,, bkurun dah..
Terlalu byk pantang larang boleh menyekat minda pelajar dan buat mereka memberontak.
ReplyDeleteSy suka cara sekolah anak akak dlm memberi hiburan sihat pd pelajarnya.
=D
CERITA APA YG DITAYANGKAN TU KAK.... DULU MASA SEKOLAH SELALU CIKGU BAGI TGK TV PENDIDIKAN JE
ReplyDeleteseronoknya ada panggung kat sekolah...hehe...kalau dulu pas exam, cikgu bg tgk video kat sekolah...
ReplyDeletebiasanya cerita yg sesuai utk budak2...
ReplyDeleteok apa..lagi pun budak2 dah habis periksa kan???
kak,sy x pernah lak dgr kat sekolah ada p/wayang..siap ada tiket lg..kalau bilik pratonton tu adalah..
ReplyDeletekt sekolah sy dulu pun ada..
ReplyDeletebuka setiap hari khamis lepas sekolah.. 50 sen je..huhu..
tp wayang tu di tayangkan kt bilik tayang la.. :)
tul la kata akak..pasti pihak sekolah tahu jenis2 cerita yg sesuai tuk ditayangkan...tak perlu risau.. :)
zaman pcl dulu2 pon ada wayang2 ni...haha tu pon masa sambutan hari Merdeka..citer perang lagi U ..tu sbb la pcl suka sangat citer2 perang ni...terpengaruh agaknya...hehe.
ReplyDeletebagus gak aktiviti macam ni
ReplyDeletemungkin ada baiknya
ReplyDeletemengisi masa lapang dengan anak di sekolah
Buat apa nak serious sangat... Ini hanya aktiviti sekolah...
ReplyDeleteDulu masa WuMing sekolah rendah pun pernah pi tengok kat sekolah...
Best...
t'ingat masa mula2 masuk felda tu ada tayangan gambar secara terbuka kat padang sekolah...nak tgk mmg kene bawa ibu/bapa.... :)
ReplyDeletebtl tu kak..klu pihak sekolah yg anjurkan mesti tema cerita sesuai dgn umur anak2 yg menonton....
Kalau pihak sekolah anjurkan mesti yg bersesuain dgn usia mereka takkan nak bagi citer yg tak senonoh lak kan...kekadang kita sebagai ibubapa kena gak berfikiran terbuka dan positif.
ReplyDeletesaya ok je idea panggong tu....
ReplyDeletenak puaskan semua orang memang tak mampu
geram plak Kancil baca sal ibu bapa ndak setuju dengan anjuran macam tu...bukan sembarangan mahu anjur program macam nie kalau tidak minta kelulusan daripada PIBG dan PPD...kalau betul ia tidak bagus, memang ndak diluluskan...lagipun ia satu program yang membuat murid - murid minat datang ke sekolah...selain itu dapat berkenalan dengan ibu bapa dan rakan - rakan anak kita...bila laig..betul kata CT NoArIzAh Aris...kena berfikiran terbuka dan positif
ReplyDeletesesekali ok tp takut yg sekali tu jadi berkali2 sbb dah rasa seronok :)
ReplyDeleteweeeee
ReplyDeleteseronoknyeee
wayang betol2 ke kak
insyaAllah, okeh kan
asal sumenye molek2 je
isi cite pon mesti pihak sekolah dah amik kire =]
assalamualaikum
ReplyDeletekita setuju... pihak sekolah lebih arif tentang itu... seronok juga kalau ada aktiviti macamni kat tempat terbuka ~
Bagi saya, OK apa idea tu....jangan terlalu mengongkong kanak kanak sekarang..mereka boleh capai macam2 tanpa kita sedar..ada internet/TV....at least wayang kat sekolah tu terkawal cerita nya..
ReplyDeletesalams akak zakie,
ReplyDeleteucu nak tenguk jugak boleh?. sambil makan popcorn..bagus tuh..gerenti habis.
Syabas pada pihak sekolah yg mmbuat aktiviti seperti ini walupun hakikatnya semua rumah dah ade pangung wayang( kata ustaz2)sendiri.
Apapun semuga anak2 faham teknologi diujudkan untuk kemudahan dan keselesaan.
depends pd citer apa yg ditayangkan..kdg2 tv kat rumah pun tak bagus gak untuk anak2 klu tak dikawal :)
ReplyDeletetapi byk mmg pndg negatif pada wayang..sbb syahmi pnah tanya saya betul ke org kata bdosa tgk wayang ibu....saya jawab..wallahualam..kena tanya yg pakar
Assalam kakzakie..acik pun macam tu..tiada halangan bila pihak sekolah yang menganjurkan
ReplyDeleteHanna dulu, panggung wayang pun x tau rupanya cemana... skrg kat umah pun boleh nonton wayang.. TV skrg semua dah besar besar...
ReplyDeletemesti ceritanyer tak berkisar jauh dari memberi pengajaran..takkan cikgu nak tayang cerita yang bukan-bukan pulakk...
ReplyDeletetgk wayang tak salah rasenya tapi kalau buat wayang compom salahhhh...hahahaha
wah...bestnya sekolah mcm ni...saya pun nak jugak kak...dulu2 mana ada mcm ni.
ReplyDeletesetuju dgn akak.. pihak sekolah mesti lg tau kenapa diorang wat perancangan macam tu.. :)
ReplyDeletemgkn ade pro dan kontranya...tapi klu tayang cite yg dpt memberi motivasi kpd anak2 kite ape salahnya kan..
ReplyDeleteTengok cerita apa kak?
ReplyDeletedulu2 takde pun tengok wayang kat sekolah, tengok tv pendidikan ada lah.. ;)
hehehe...biasalah tu akak bila ada bantahan daripada ibu-bapa kerana masing2 mempunyai pandangan tersendiri. namun, ianya satu opsyen kan? bukan acara wajib yang mesti di sertai oleh semua murid2. oleh yang demikian, bagi ibu-bapa yang tak bersetuju, tidak perlu mengizinkan anak dia menonton wayang di sekolah. itu saja kan?.... bagi saya tak salah selagi tidak melanggar batas susila macam akak cakap
ReplyDeletepasti ada pengajaran buat anak2 tontonan tu kan.. :D
ReplyDeletesian dia..
ReplyDeletetulah, lambat sangat gitau kan..
ehhmm.. mesti best tgk ramai2.
dapat popcorn lagi..wahhh..
saya pernah beli pop corn masin. memang tak best dan menyesal.
ReplyDeletekalau tengok citer yang berfaedah, ok kut.
ReplyDeletetime saya sekolah asrama dulu, ada gak macam buat wayang. tengok Titanic, hmmmmm
Terima kasih atas komen-komen sahabat atas N3 tersebut: -
ReplyDeleteKakcik, izan, YB, NM02, azian, Tiramisu Fatiema, ainnoraini, ikatankasihku, mama ju, Yus, dhiera, mamaEma, Eye_nee, Cik Ina DDC, azi, Maya Mayana, sahromnasrudin, maya amir, Rai, missbby, suri solehah, LadyBird, Cheqna, Pia, aizamia3, cinnamon.com, Sharifah Nadzarah, Mia Liana, JunAina, LYAfrina, Fara, munna, aanie, miloais, ieja amieja, nabila_2908, PCL & mmD, Ila, Kasihibu, WuMing, MamaMya, CT Norarizah, gedek, Kancil 8349, makdara TERdiva, aimie amalina, manje, Daddy Ziyyad, Ainhany, Sisdee, Acik Erna, Suri Hanna, Hakak CNN, Santri TPINI, CT rahani, Prince Halilintar, Afida Anuar, eelobor, niena pengembara Ilahi, Cik Pulau dan Cikli.
Panggung adik sebenarnya adalah dewan yang ditutup dengan kain langsir dan menggunalan slide saja. Semalam balik kak Yasmien beritahu. Ramai ibu yang turut serta kerana tidak bekerja. Anak-anak kakak duduk dua beradiklah dia...
@ Cik Jatt: Ini wayang kanak-kanaklah CJ. Titanic best juga tu...
ReplyDeleteasalkan cerita wayang itu dapat memberi pengajaran kepada kanak2 ok la kan kak...
ReplyDeletemurah bayarannya...dapat pop corn lagi..ehhe
cikgu akan pilih citer yg ada unsur baik
ReplyDeletehebat sekolah sekarang ni..kalo dlu tgk kt pusat sumber je
ReplyDelete