Apabila tiba bulan Zulkaedah hubby akan mula sibuk menempah lembu untuk di jadikan qurban pada Hari Raya Haji dan hari-hari tasyrik. Minggu lepas hubby pergi dengan kawan dia ke ladang kepunyaan seorang Doktor bersara (bukan bersara tua tetapi meninggalkan kerjaya dan berkecimpung dalam dunia penternakan). Menurut kata hubby semakin besar ladang ternakannya.
Tanda... tahun ini hubby menempah 5 ekor untuk dikorbankan. Tapi seekor lagi untuk dikongsi 5 bahagiannya dengan kariah luar dari taman perumahan kami. Tempahan 2 ekor juga dibuat untuk CIQ Gelang Patah tempat hubby bertugas.
TD... huruf itu menandakan kepunyaan Taman Damai. Ini untuk taman perumahan kami. Untuk taman kami jumlah keseluruhan RM15K dan 2 ekor untuk CIQ masih belum dapat dipastikan kerana menanti kedatangan lembu baru. Minggu hadapan balik dari bercuti hubby akan pergi ke sana lagi.
Banyak.... hubby kata tahun ini doktor itu terpaksa mengimpot lembu dari Thailand kerana lembu di ladangnya tidak mencukupi. Bayangkan dalam kandang yang hubby jangkakan melebihi dari ratusan ekor (ribuan) masih tidak mencukupi (kerana belum cukup umur pun ada). Berapa banyak wang masuk dan modal diperlukan untuk perniagaan ini.
Dapat lagi award..... kali ini dari Liza Sebab ini kali kedua kakak menerimanya tidak perlulah kakak buat lagi sebagai N3. Terima kasih Liza.
~~ Terasa bangga juga bila melihat ada bangsa kita yang kuat pegangan agamanya menceburkan diri dalam bidang usahawan dan berjaya pula. Kami turut mendoakan moga perniagaan doktor itu bertambah maju.~~
Dapat lagi award..... kali ini dari Liza Sebab ini kali kedua kakak menerimanya tidak perlulah kakak buat lagi sebagai N3. Terima kasih Liza.
~~ Terasa bangga juga bila melihat ada bangsa kita yang kuat pegangan agamanya menceburkan diri dalam bidang usahawan dan berjaya pula. Kami turut mendoakan moga perniagaan doktor itu bertambah maju.~~
berniaga, kalau jujur mmg senang nak berjaya :)
ReplyDeleteRasullullah SAW juga seorang peniaga yang berjaya. :)
ReplyDeletemak & abah kat kg pun skrg sdg berjinak2 dengan penternakan kambing..seronok bila sesekali main2 dgn kambing2 tu semua :)
ReplyDeleteseronoknya kak berniaga macam ni..mudah2an perniagaannya terus maju..
ReplyDeletemudah2an rezeki mereka melimpah ruah pabila sentiasa mengamalkan konsep berniaga sambil bersedekah..
ReplyDelete*harga kambing & lembu semakin meningkat ikut harga pasaran..
99 rezeki tu dr berniaga kan kaK? tumpa bangga juga bila bangsa kita berjaya
ReplyDeletetp ada juga bangsa kita yg tk jujur bila berniaga ni...
moga terus maju perniagaannya..
ReplyDeleteberniaga pun bnyak cabarannya... Hanna pun ada bela kambing kt kg..kongsi dengan abg Hanna.. memula Hanna beli 12 ekor.. lps tu ada yang mati, ilang la..kena curik la.. sedih tau sobs sobs..
ReplyDeleteKakzakie..
ReplyDeleteSemoga perniagaannya terus maju...berniaga ni kalau pandai caranya..memang maju dan berjaya....
zaman sekarang pertanian adalah perniagaan, bukan macam org dulu2 menjadi petani dan perternak setakat utk menyara diri sekaran boleh jadi jutawan...
ReplyDeleteSeorg doktor ke penternak jaya..kagum saya...asal saja ada kemahuan kan kakzakie..pasti akan terbentang jalan yg luas....
ReplyDeletesemoga terus berjaya & diberkati Allah dalam setiap apa yg dilakukan..
ReplyDeletehebat..cemburu tengok kejayaan org lain..semoga doktor tu terus berjaya..insya allah.
ReplyDeletebangga sangat..jadi contoh ni..
ReplyDeletebidang ternakan mmg menguntungkan kan kak....sy kalau ada modal, teringin juga buat...
ReplyDeletemmg besar modal utk perniagaan p'tenakan lembu ni kak sbb ayah lia mmg dah lama buat n alhamdulillah sekarang di tambah lagi dgn ternakan kambing boer n janapari..
ReplyDeleteFIL munna pun banyak bela lembu ...dia kata musim raya haji dan kahwin banyak juga lembu dia dah org booking
ReplyDeleteteringt pada pakcik sy...
ReplyDeleteelok2 kerja..nk ambil VSS..racangnya nak bela lembu..mcm ni..
sebelum nak berhenti..dia dah mulakan dulu business ni..and minta abng iparnya uruskan...
syng.....lembu terjual..tapi duit takde...nak buat modal pusingan pun xde..sebab dah disalah gunakan oleh abg ipar dia....
sudahnya dia tak jadi nak berhenti kerja... perniagaan tutup...
dulu ada gak lembu la ni dah jual, susoh nak cari orang jaga...
ReplyDeleteuntung jadi penternak macam ni~
ReplyDeleteberniaga dengan jujur .. insyaallah akan berjaya..saya pun sedang berusaha ke arah tu .. semoga Allah membantu saya..
ReplyDeletejujur aje pokok pangkalnya... InsyaAllah murah rezeki...
ReplyDeletetauke lembu mmg sibuk raya aji ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah...murah rezeki akan sekeluarga!
ReplyDeleteyer tak yer, raya haji dah dekat..lembu2 dah mula gelisah..
ReplyDeleteDah dekat nak Raya Haji. Masa kecik2 dulu jarak antara Raya Puasa dan Raya Haji jauh sangat.
ReplyDeleteadk ipar sy usahakan ladang kambing..dulu beribu ekor jgk..sekarang sebahagian kandang dah jual ..x cukup pekerja katanyer..
ReplyDeletemmg kagumlah..dari bidang kedoktoran jadi usahawan ternak pula..kat mana-mana pon boleh berjaya kalau rajin kan..
ReplyDeleteassalamualaikum akak.
ReplyDeletetak silap saya kak, last year pun akak ada kesah pasal lembu qurban kan.
one of the sunah nabi kan :)
Dah nak raya haji dh kita yea rasanya syawal baru je lepas....seronok tgk bangsa kita maju dgn bisnes ternakkan lembu tu teringat lak kat arwah pak mertua yg pernah bela berpuluh2 ekor lembu sewaktu hayatnya dulu...Al-fatihah buat arwah.
ReplyDeletesalam akak...
ReplyDeletebila time raya qurban ni, murah rezeki penternak seperti kawan hubby tu...
kakzakie..tiap tahun buat korban...syukran murah rezeki.
ReplyDeleteladang lembu tu kat mana ek..
9/10 rezeki dtg dr berniagakan kak.. tp berniaga ni kena kuat mental n fizikal.. :)
ReplyDeleteSalam kakzakie, dah jadi trend sekarang, jemaah surau dah tak beraya sangat raya haji ni. Lepas balik solat raya, dah kena bersiap utk buat ibadah korban pulak. Ada yang sanggup tak balik kampung sebab mendahulukan program surau sendiri..ibadah juga kan, walaupun bukan diri sendiri yang tunaikan korban..
ReplyDeletesalam kakzakie.. sib baik dia tanda TD, bukan KZ (kakzakie).. hehe..sori kak, gurau jer...
ReplyDeleteterima kasih kak sudi datang 'umah' saya.. :)
berniaga ikut sunnah Rasulullah dgn jujur ikhlas pasti membuahkan pulangan lumayan..
ReplyDeleteseronok tenguk jumlah korban yg banyak..tentu ramai yg dapat merasa nikmat korban.
bangga dgn ksungguhan bangsa sndiri..moga beliau terus bjaya dgn kerjaya barunya..
ReplyDeleteyelah kak..hari raya Qurban juz around a corner...
tengok lembu... tak sabar nak sambut raya haji...
ReplyDeleteSelamat berkorban kepada yang berkorban tahun ini...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya nak wat bisnes ni juga laa..:)
assalamualaikum..
ReplyDeletekak zakie.. ayu singgah malam2 nie..
tu dia... dah beberapa hari menyepi dan buat hal sendiri. kembali nak menyapa dan singgah berkirim berita..
syoknya bila taman kak buat sama2..
sure meriah raya haji nanti..
kak, doktor tu di g,patah eik, mmg berjaya ya ternakan doktor tu.. tahniah buat beliau..
gemuk2 hasil ternakan beliau.. kan
kakzakie..alhamdulillah..kakzakie dapat tinggal ditaman perumahan yang sentiasa ada xtvt.
ReplyDeletedikampung acik ada jugak sorang dr.yang pencen awal untuk membela ternakan begitu.tapi acik lupa dia buka dimana.
salam
ReplyDeletesungguh saya terkenang pada arwah ayah..tukang sembelih yg sangat dihormati
alhamdulillah suka dgr bangsa kita berjaya...semoga terus berjaya lagi:)
ReplyDeletedoktor haiwan pun belum tentu berjaya jadi penternak. hebat doc ini
ReplyDeleteKak Zakie, teringat pula fida kisah doktor yang berhenti menjadi doktor semata2 nak ternak ayam organik. ayam tak cucuk tu...
ReplyDelete@ Aku Ibu Muda: Setuju dgn kata Wani
ReplyDelete@ Kakcik: Rasullulah contoh yg terbaik umat sejagat
@ makdara TERdiva: Kakak ingat bila kakak pencen pun nak buat jugalah MDT:)
@ missbby: Memang dah maju Huda. Dia buat dekat estet kelapa sawit dan hubby kata semakin banyak kandang dibuat
@ ikatankasihku: Harga memang semakin mahal. Ada yang dia ambil dari Kelantan agak murah sikit
@ Maya Mayana: Berniaga disamping pegangan agama yg kukuh insya-allah semakin murah rezekinya
@ amira: Doa utk saudara seagama
@ SuriHanna: Risiko memang tinggi Hanna. Sebab itu doktor ini employed ramai pekerja siap pakai shift lagi. Disediakan rumah di kawasan ladangnya. Pintu masuk ke ladang pun satu saja.
@ azi: Kakak nampak dia memang pandai macam azi berniaga chalet
@ JunAina: Kalau tengok cara doktor itu kakak rasa dah jutawan Aina cuma dia jenis yg low profile
@ Eye_nee: Ilmu dia pun tinggi juga eye_nee kalau tak mana boleh di injek sendiri dan buat a/c sendiri untuk ladang lembu dia.
@ Zana adieyza: Tahun depan boleh beli lagi dengan dia kan
@ Rai: Tumpang seronok rai.
@ cinnamon.com: Suka kan
ReplyDelete@ aanie: Berkat rajin dan punya kesungguhan aanie.
@ Mamamya: Macam itu Lia pun boleh buat sambung kerja abah Lia
@ munna: Baguskan munna. Belilah beberapa ekor tumpang FIL munna jadikan asset business sama
@ nabila_2908: Kalau tak jujur susah jadinya. Sayang betul
@ cemmomoi: Kalau tengaok doktor ini semua pekerjanya org Indonesia dan satu adiknya sebagai penyelia
@ dhiera: Suka kan
@ halila Ibrahim: Moga business halila berjaya. Suka bila ada org kita pandai business
@ Queen Teratai: Disamping anadi juga Queen.
@ Prince Halilintar: Ramai yg berkorban
@ Fara: Lembu ini hubby tukang cari saja Fara. Org lain punya kami hanya 2 bahagian saja
@ hani@debumelukut: Ramai yg pilih lembu. Kambing senyumlah sikit
@ Kunang-Kunang: Sebenarnya sama aje Kak Ani, tapi sebab peredaran masa sekarang terlalu cepat dirasa walau Syawal dgn Zulhijjah tetap cuma diapit dgn Zulkaedah
@ ieja amieja: Sayanglah ieja. Masalah kita betul mesti hal pekerja
@ Rina Avail: Mesti macam tak sangka kan. Kalau tak kerana ada pernah jadi patient dia mesti tak tahu dia tu doktor sebelum ini
Insya Allah.... tahun nie berhajat juga nak ambil 1 bahagian....
ReplyDelete@ sar: Wa'alaikumsalam sar. Betul sar dan ini adalah tempat yg sama juga tapi dah semakin luas ladangnya
ReplyDelete@ CT Norarizah: Sayang kenapa tak ada yg nak teruskan arwah punya ternakan tu
@ Qhaifa Nur: Wa'alaikumsalam. Rezeki sebagai penternak di musim qurban
@ zue: Selagi diberi peluang zue. Ladang in kat Simpang Renggam
@ ct rahani: Kakak rasa pun begitulah
@ che mid: Keluarga kakak tahun ini kumpul di rumah kakak sebab ada sepupu kakak (sekarang dah jadi adik-beradik - sebab mak dia dah jadi isteri bapak) mereka buat qurban seekor di taman kakak.
@ Anaa: Tahun lepas ikut huh... tak boleh tahan bau dia Anaa. Kalau kakak ikut kakak nak tanda KZ hihi....
@ Nyanyisunyi: Bila banyak kena ada carta tanggung-jawab supaya semuanya selesai dalam masa yg ditetapkan
@ Greenjade: Sekejap dah nak raya haji kan GJ. Terima kasih sudi berkunjung sini:)
@ dwaty: Dwaty tak balik raya haji kan. Cuti rehat badan tunggu org dtg bagi dagaing:)
@ ckLah: Moga amal diterima Allah ye cikgu
@ Sekamar Rindu: Kakak sokong. Kakak pun dah fikir juga tapi nampak betul turn-over besarlah SR
@ Citarasa Rinduan: Yg hubby kakak pergi tempah ini di Simpang Renggam Ayu
@ Acik erna: Berani bila ilmu dah cukup Acik kalau calang-calang susah juga
@ IMANSHAH: Hubby kakak pun tukang sembelih cikgu
@ Nieza: Sukakan sebab dia dah tunaikan satu fardhu tuk memudahkan umat Islam mendapatkan yg halal
@ Cikli: Memang doktor ini hebat. Lagi org suka sebab dia tak sombong
@ Afida Anuar: Kalau ramai yg berjaya kita suka Fida. Fardhu dia buat kita menikmati sama.
@ eelobor: Baguslah ee. Moga ibadah diterima Allah
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletelya pon ambik bhagian korban setiap tahun.. sbb kat ofis lya dah sediakan setiap sorang pekerja dapat satu bhagian utk korban/aqiqah... thn ni thn ke-3 korban.. thn pertama dulu aqiqah utk asya..
alhamdullilah.. ofis prihatin dlm hal2 macam ni utk pkerja2..
wow... banyaknya lembu....
ReplyDeletesnangla bila dah tandakan lembu gitu.. sy sblm ni xpnh pulak nampak lembu tanda gitu kt kulit dia.. hihii
ReplyDeleteBerniaga dengan ikhlas dan jujur,Insyaallah mendapat berkah dan semakin maju.Sy berhajat nk tumpang akikah kat negara jiran, Kemboja thn ni, melalui kwn adik sy yg menguruskan..kat mana pun x kisah, asal dpt membantu setakat yg boleh kan.lg pun kat sana ramai yg susah..sian tgk..
ReplyDeleteAssalamulaikum kak zakie,
ReplyDeletebetul apa yang kak zakie kata, cik ina pun kekadang nak menitiskan air mata kalau baca kisah bangsa kita berjaya dalam bidang yang diceburi. tumpang bangga. sekejapnya dah dekat raya haji,rasa baru je syawal berlalu.
orang yg bisnes lembu, jualan utk raya korban rasanya sudah mampu menampung kehidupan sepanjang satu tahun sehinggalah raya korban yg berikutnya.. tak gitu?? insyaAllah.. (",)
ReplyDeletemeniagakan 9 dari 10 punca rezeki...
ReplyDeletealhamdulillah aju pon tahun ni join korban 2 bahagian dgn hubby, sebenarnya ramai org melayu berjaya dlm perniagaan hari ini kak, kaya raya semuanya, saya hari2 jumpe mereka ini, dan saya bangga dgn kaum seagama saya...alhamdulillah
ReplyDeletebagus2. berniaga mmg sgt digalakkan dan best.
ReplyDeletewaaaaa
ReplyDeletedari seorang dr jadi usahawan dlm penternakan
sgt bagusss la kak!
sebab x ramai nk ceburi bidg ni kan..
emm3
dah berjaya pon...
bagusnyeelaaa..
salam k zakie ..
ReplyDeletesemoga kemurahan dalam membuat ibadat korban mendapat ganjaran pahala dari allah swt ..
aby njekok sebahagian wae ..
perhhh...siap tanda bagai.. hebatt~~~~~~~~
ReplyDeleteBanyak untung kalau kite berniaga dengan ikhlas....
ReplyDeletesekali lagi kita akan di hidangkan dengan sirah nabi ibrahim dan ismail..
ReplyDeletekalau saya ada kat situ....
ReplyDeletedah sah-sah saya bergambar degan lembu yg kena conteng tu....
rezeki di bulan zulhijjah...
ReplyDeletemmg untung yg ada bela lmbu kan... mmg tak ckup tgn
semoga ibadah korban tahun ini mendapat keberkatan utk akak sekeluarga...insyaAllah
ReplyDelete@ Lyafrina: Bagusnya sykt tempat Lya kerja
ReplyDelete@ Mia Liana: Lembu org punya hihi...
@ intanberlian: Kakak rasa banyak yg bertanda. Memang masa order ada tag kat telinga (ada no. siri) tapi tanda macam tu lagi jelas
@ ariana: Kalau dapat berkorban di sana kakak rasa amat beruntung kerana memang daging diagih pada yg amat memerlukan
@ Ci Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Kita doakan utknya CIk Ina. Masa cepat berlalu kan
@ fuad ansari: Tapi turn-over tinggi juga. Makanan dan keperluan harian lagi.
@ Santri TPINI: Betul tu
@ ajumohit: Sykurlah aju, dapat sama membuat korban ye
@ Ekmi Rabat: Terima kasih sudi berkunjung.
@ aimie amalina: Susah nak cari org berjaya macam ini kan mimi
@ aby: Wa'alaikumsalam aby. Begitulah hendaknya aby. Kakak pulak njekok rong bagian wahe... kongsi karo wong lain
@ cik pulau: Tanda itu pekerja mereka yg buat
@ pena rozie: kalau lihat dari kemajuan nampak amat di mata kita
@ insan_marhaen: Itulah sebahagian dari ibadah tahunan kita IM
@ gedek: Kakak masuk pun dah sanggup. Bau busuk!!
@ norhidana: Nampaknya begitulah Dana. Kita nak membela tak mampu - belilah sahaja
@ My Little Diary: Insya-Allah...
bila kejujuran tu ada pasti hasilnya berlipat kali ganda.. ;)
ReplyDeleteihi, ado cop mohor. tengkiu lagik, kak coz sudi lawat2 kiter lagik...eheheheh
ReplyDelete