Monday, October 24, 2011

Sesak yang menyesakkan

Bila berada di negara sendiri tapi bagaikan berada di negara asing. Dalam kesabaran melihat kerenah manusia yang tidak sedar diuntung di hadapan mata tanpa boleh berabuat apa-apa. Kesabaran ada kalanya bagai setitik embun di hujung-hujung rumput yang kian hilang dipanah sinar matahari - sedikit benar yang tinggal. Memahami bahasa Melayu jauh sekali, bahasa Inggeris yang antarabangsa pun masih tidak difahami. Isyarat diguna bagaikan harimau dengan itik. Bukan lagi ayam dengan itik.

ATM... bayangkan kalau setiap seorang dari mereka membawa 5-6 kad kawan mereka dengan list nombor pin yang dibaca satu-persatu sedangkan yang beratur di belakang, mereka buat tidak nampak. Sambil itu masih boleh berbual-bual lagi. Hangat tak hangatnya aku. Sudahnya aku tinggalkan ATM ini dengan hajat yang tidak kesampaian.

Sabar.... itu kata hubby. Meneruskan perjalanan sebagaimana perancangan. Dari keadaan lancar tiba-tiba pemanduan semakin perlahan. Dalam kotak minda sudah terpatri "mesti ada kemalangan". Biasalah jalan di tempat kita bila ada kemalangan pasti banyak yang terlibat sama.

Singaporean... kesihan kereta hadapan aku ini untuk tiba di chekpoint Woodland entah pukul berapa agaknya.

Berderet-deret.... bukan satu-dua kilometer tetapi merentasi puluhan kilometer. Jalan yang tiga lorong menjadi satu lorong. Perjalanan yang selalu memakan masa tidak sampai setengah jam terpaksa mengambil masa 3 jam!!

Kesudahannya.... hanya kerana hendak menangkap pembawa motorsikal dua lorong laluan ditutup. Akibatnya dapatlah melihat scenario jajaran kenderaan yang bagaikan ular kena palu masing-masing mahu cepat berada di hadapan. Hairan, mengapa mesti ditutup jalan yang dua lorong lagi. Carilah alternatif bagi memudahkan rakyat bukan meyusahkan. Akukah yang tidak faham atau memang ini cara yang terbaik tidaklah aku ketahui.



~~ Perjalanan dari Pontian untuk balik ke rumah aku kalau memandu perlahan pun boleh sampai dalam masa setengah jam dan kalau lebih sikit pun 5-10 minit. Kalau lewat kerana kemalangan kami tidaklah terkilan tetapi ini gara-gara sekatan jalanraya ianya menjadi sesak.~~



84 comments:

  1. huh..pans dari setengah jam jadi 3 jam??hurm..

    ReplyDelete
  2. tak faham jugak.. nape smpi dua lorong ditutup hanya kerna nak check motor.. bkn check keta pun kan..hhhmmm.. mcm2 kan.

    ReplyDelete
  3. Kak, biasalah cam gitu. Kat parit raja nak balik batu pahat pun macam gitu. Perjalanan yang patut2 jadik 15 minit, kalau sebab accident dan roadblock boleh jadik sejam ditambah pulak dengan keadaan jalan yang teruk sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. Banyak kali juga terkena spt ini.. hangin je rasa hati.. mulut sy ni kalau drive suka membebel.. hehe..

    ps: tp tutup 2 lorong tu prosedurnya kut kak.. sbb dia nak menjarakkan kenderaan yg bergerak dgn polis yang bertugas utk mengelakkan kemalangan.. wallahua'alam. (sy teka je tu..)

    ReplyDelete
  5. lama tu kak,dari stgh jam jadi 3jam...kesesakan yg mcm disengajakan pulak oleh pihak tertentu huhu..tp mungkin ada sebab tertentu.err tp mcm tak masuk akal pun ye gak hehe

    memang menguji kesabaran betul ni kak...

    ReplyDelete
  6. lenguhnya rasa kaki kalau gitu nampaknya kat ATM...

    kat sini pun sama tak kira kemalangan atau pemeriksaan polis dan jpj dari 1/2 jam boleh cecah 3 jam, habis minyak kete dibuatnya..he..he.

    ReplyDelete
  7. kakak...beratur di ATM tu pasti jadi yg paling menggeramkan!

    ReplyDelete
  8. huhu... biasa kalo musim gaji ni... kat bank mmg pnjang la... sbb tu suka pegi mlm2.. tp tu pon..kena molek, still rmai org...

    kat sini pon slalu roadblock... kdg2 x kira wktu nk buat... cam x kna.. sabor j la.

    ReplyDelete
  9. yg pasti betul kata zefa
    memang itu sbb yg diorang buat, bagi mengelak kemalangan
    kadang kita memang tak faham sebab kita tak tahu dan tak rajin bertanya


    kalau di mesen atm sya pun panas hati kalau diorang tu reramai berkerumun dah lah ruang terhad penuh pulak dgn mereka

    ReplyDelete
  10. sy pun penah kena camni...beratur belakang org yg bwk kad atm byk2...

    yg psl roadblock tu sy komen dlm hati je la kak...hehe...

    ReplyDelete
  11. SALAM,
    SITUASI KAT MESIN ATM TU TAK PATUT BERLAKU !

    ReplyDelete
  12. Biar betul! Road black penyebab jln sesak! Smpi makan masa 3 jam?

    Adui kak. Ape ley bt kan? Sabar jelah kite.

    ReplyDelete
  13. Mengambil tindakan tanpa perancangan hingga menyusahkan pengguna ... hmmm...

    ReplyDelete
  14. road block tuk motor jer..kenapa sampai kena tutup jalan...haihhh...3 jam yg memenatkan tanpa alasan yg munasabah....

    ReplyDelete
  15. sabar jela kak.. nak buat mcm mana.. mereka sdg menjalankan tugas..

    ReplyDelete
  16. salam akak,


    cubaaaann...
    perlukan kesabaran

    Mesin ATM- adatlah 1Baris 1matlamat! Time gaji kan..

    Mengenai sekatan jalan raya ni.Jika di kotaraya, lagi menyusahkan rakyat..Kesudahanya berjalan di jalan yang luruslah kita..hihi

    "Jadilah kuasa dalaman kita mnguasai kuasa luaran...Kita adalah apa yang kita pikiqkan...teringat forum bersama prof Muhaya..

    ReplyDelete
  17. ni mesti road block kt pekan nenas ni kan kak.. memang kt situ selalu ader road block.. kdg smpai berjam2 hadap jammed.. kalau lalu sana sy pun tensen gak.. sng lalu je highway..

    ReplyDelete
  18. huhu sabojela..ek..kadang2 beratur punyalah..panjang..time turn kita..mesin tetiba rosak...senyum jela...huhu

    ReplyDelete
  19. tulah yang rakyat alami kak..

    yang saya tak faham waktu puncaklah diorang nak buat roadblock ni.. lagi2 time lunch.. mmg panas hati.. tapi sapelah kiter..

    ReplyDelete
  20. ucu pernah sound kuat2@marah kat minah2 vietnam n ada lah sorang dua mamat bangla ni pasal lama sangat kt atm...lepas kena marah baru diorang bagi kita guna...
    (sbb berani marah tu ada 3 org melayu lelaki@org kita, tu pasal berani..kalau tidak takut jugak..)

    ReplyDelete
  21. ada kes besar tuh yg tutup smpi g2 kot.. klau nureen pon geram haiyaaa.... jem berjam2 jd panas!!!..

    ATM plak g2.. mmm

    ReplyDelete
  22. semalam perjalanan agak jauh jugak..Alhamdulillah semua ok..yg dekat mesin ATM tu tak patut le gitu..tak pernah la pulak jumpa kat kl mcm tu..sabar je la ye..nak tak nak hadap jugak la..

    ReplyDelete
  23. kakzakie ku sayang..

    kak. senorio pic yang pertama tu mmg normal..
    sabor jerlah..
    kadangakala ayu nie ada kurang ajar sikit.. ayu akan minta depa bagi kat uncle2 yang tua2....
    atau ibu mengandung..
    depa nak marah sure tak boleh..

    selalunya kat bank sinilah..
    bank luor tak pernah

    part gambar yang jem tu...
    ayu dok pikir, itu kat kawasan pontian menghala ke rengit yang ada penjualan barangan lelong ker?

    ReplyDelete
  24. @ Mrs Eady: Tahankan hati nak buat macam mana


    @ mama maman: Kakak pun tak faham


    @ missbby: Dah jadi scenario biasa pulak kan. Kalau ada ambulan nak lalu macam mana agaknya ye


    @ Zefa NorAsmara: Tiga lorong bukan kecik ZN. Last yg satu itu jadi dua kereta lalu. Semakin sesak jadinya kan...


    @ izan:" Memang kena uji izan. Lagilah anak kakak nak terkencing pulak. Hmmm.... serba tak kena


    @ Qhaifa Nur: Kalau tempat kakak ATM tak boleh pergi tarikh 7hb & 21hb sebab ada kilang yg gaji keluar 2 kali. Itu yg jadi sesak


    @ Aku Ibu Muda: Tempat kakak ni dah ramai sangat pendatang asing. Boring pulak jadinya


    @ LYAfrina: kakak rasa mereka baru gajilah tu. Yg kita mula nak bercuti itu yg stuck lupa mereka gaji 2 kali tak macam kita hujung bulan

    ReplyDelete
  25. kak zakie..ganu skrg ni kuat betul roadblock nyer..sana sini..sangat menyesakkan huhu..

    ReplyDelete
  26. @ kasihibu: Tapi akibat tutup 2 lorong yg satu lorong jadi 2 lane juga sya. Berhimpit-himpit jadinya


    @ aanie: Menagih kesabaran tinggi kan aanie


    @ luahfikiran: Wa'alaikumsalam Dato'. Tempat kakak dah jadi macam selalu sangat sampai naik tension


    @ Fara: Itulah Fara apa yg boleh dibuat selain sabar, tapi dlm hati geraamm...


    @ kakcik: Agaknya mereka tak tahu kereta dah berderet-deret berjam-jam lamanya


    @ Eye_nee: Itu yg tak faham


    @ ainhany: Wa'alaikumsalam Ain. Bila mulut kata sabar tapi hati tidak. Lain dah jadinya.

    Kakak tak tinggal dengar Prof. Muhaya punya program di IKIM setiap pagi Sabtu... best kan


    @ ct rahani: Masa ini yg ekan Nenas tak teruk sangat. Kakak kena yg berhampiran simpang Taman U yg nak ke UTM kan 3 lorong tu jadi satu je...


    @ Tiramisu Fatiema: Kakak malas nak tunggu, pergi tempat lain


    @ Ratu Kebaya: Ini masa mula org nak bercuti sekolah kan sebab nak Deepavali


    @ Ucu Faridah: Kakak tak beranai nak marah Ucu Tapi mereka jenis tak faham cakap Melayu


    @ Nureen: Kakak tak tahulah Nureen, mungkin jugalah agaknya


    @ cinnamon.com: Betullah nak tak nak kena jalan juga


    @ Citarasa Rinduan: Tempat kita nie Ayu dah jadi macam biasa kan. Mereka dah besar kepala lagi ramai-ramai penuh dalam bilik ATM. Siap ada yg lepak-lepak lagi. Geram betul kakak

    Sekatan ini dekat simpang nak ke UTM Ayu. Masa tu kakak baru balik ambik anak dara yg besar dari Pontian nak balik rumah sebab nak cuti sekolah kan

    ReplyDelete
  27. @ bidadaririndu: Dahulukan yg begini ye. Hihi... ketawa kakak tau.

    ReplyDelete
  28. berturut2 panasnya ye kak..

    ini macam, aircond yg ada kat tempat mesin atm dan aircond dalam kereta sekali pun tak terasa sejuknya.. (",)

    p/s: pernah jugak masa nak gi kerja ada sekatan jalanraya.. dalam hati kata, aduyai, kot ye pun tolong lah buat waktu lain.. masing2 tgh nak cepat gi tempat keje ni.. (",)

    ReplyDelete
  29. hah?? lamanya kak...betul2 nyusahkan..ermmm

    ReplyDelete
  30. pasal foreigner yg tak reti bahasa tu mmg menyakitkn hatilah kak.. kite yg msian rasa xselamat kat negara sndiri kan..

    polis tu pon 1 hal menyakitkan hati..kot ye pon nk rodblok kat mat2 rempit jgnlah smp tutup sume jln..nyusahkn org je!huhu

    ReplyDelete
  31. kadang2 pihak berkuasa ni kurang sensitif bab2 macam ni.. nak buat roadblock masa peak hours..menyusahkan betul..yg pemandu pun satu hal..kadang2 nak tengok benda macam tu..kenderaan di perlahankan..habis semua org yg lambat makin lambat..

    ReplyDelete
  32. part ATM machine tu mmg saya pernah kena kak...sabo je la..ramai2 tolong cucukkan member punya duit...pas tu duk sembang2 mcm tak sedar ada ramai org tgh tunggu kat belakang..adoi la...nyampah...

    ReplyDelete
  33. lenkali kalo 'makhluk asing' tuh semer dok borak2, akak tepis ajer.peduli aper. sy dlu kat paso mlm, depa langgar, sy rempuh terus psl ckp pon mmg tarak paham. 'puak' berbaju biru tuh mmg rasa bangga n berkuasa dpt buat org susah mcm tuh. tmpt sy neh kwsn itam so selalu sgt jem psl mender2 bodo neh. anw, tqvm atas kunjungan akak ke 'umah' sy n silalah add fb sy if nk tgk more photos on gathering bloggers kt umah Kakcik tuh..:-)

    ReplyDelete
  34. lokasi: Maybank Pekan Kapar.. memang ramai orang asing (mungkin Bangla/Nepal) beratur panjang kat mesin ATM, yang tak sedap tak bestnya beratur rapat2, kita jeling pun tak reti bahasa.. penyudahnya takmo dah keluarkan duit kat Maybank tu kecuali en. Hubby teman..

    jalan jem sebab roadblock tu biasa tapi kenapa mesti nak tutup sampai 2 lorong.. kalau ada kes kecemasan nak salahkan sape tu..?

    ReplyDelete
  35. makin moden makin susah kita dibuatnya

    ReplyDelete
  36. aduii di mana2 pon sesak ye kak, kalau yg dgn anak kecik sume msti kelam kabut dibuatnya..hmmm dugaan

    ReplyDelete
  37. Saya hari2 ada jumpa patient warga asing ni..lagilah tension, sepatah haram Bahasa Melayu/Engliosh tak faham. Yang dia hendak, ialah MC !!!

    Tang Polis tu, memang dah lama saya menyampah. Buat bodoh aja sekat kereta/roadblock, padahal mereka nampak jem dah panjanggggggggggggg gila

    ReplyDelete
  38. Betul tuu... kadang-kadang mereka bawa kad member-member tu yang tak tahan tuu..

    Ya ini lagi satu kes... Tol kena bayar.. road tax pun kena bayar...

    Tapi.....sendiri fikir lah...

    ReplyDelete
  39. menyusahkan rakyat betulla...kan bila beratur je kereta tu kebarangkalian nak mencium kereta dpn tu lbh tinggi?huhu

    ReplyDelete
  40. kalau kat KL ni, tak jammed tak sah.. :)

    ReplyDelete
  41. ni lah masalahnya masyarakat kota..nk kemana2 pon guna kereta...hakikatnya perjalanan dekat tp ambil masa berejam2 nak sampai distinasi...xda pilihan lain, cuma bermonolog sorang2 dlm kereta menanti destinasi yg dituju...salah itu ini dah tak guna, masing2 ada kepentingan. Hakikat negara sudah maju tapi minda semakin mundur...nak buat itu ini kena pikir dulu la wahai pihak berwajib yg berkenaan!

    ReplyDelete
  42. bersihnya kereta akk.... ada hello kitty jer... hehehe

    ReplyDelete
  43. kakzakie..tak dapat nak elak..sekarang ni merata rata ada sekatan..

    ReplyDelete
  44. atm & pdrm. dua-dua mengecewakan

    ReplyDelete
  45. atm & pdrm. dua-dua mengecewakan

    ReplyDelete
  46. hehe, teringat masa sebelum perhimpunan bersih baru2 ni la kak...

    polis tu saje je...sekat dari 3 lorong jadi 1 lorong. Padahal tak buat apa2 pun, sekadar sekat. Hasilnya macam tu la...dari setengah jam jadi 3 jam lebih!!

    sabar je la..

    ReplyDelete
  47. Kak Zakie,
    5 ke-6 kad tue tak bulih
    nak tahan..
    Kadang harus ikir perasaan
    orang kat belakang..
    hurmmm

    ReplyDelete
  48. mesti sakit hati kan tgk org asing tu kat atm..huhuuh

    ReplyDelete
  49. bila la hajat nak ke kota singa nih tercapai. tengok jalan jem sebegitu nak ke check point, membuatkan berfikir 2-3 kali la pulak....

    ReplyDelete
  50. senario warga asing di mesin ATM ni mmg biasa kat Kota Tinggi ni kak...kdg2 lia takut tgk dia org...rasa mcm x selamat kat negara sndri... :(

    dan ttg kesesakkan jalan raya ni pun selalu jg mengalamni situasi yg akak hadapi ni...kat depan taman ni dah seminggu ada road block...ntah apa yg dia org check pun x tahu....jln jd sesak smpi ke PULADA....

    ReplyDelete
  51. Biasa berlaku walaupun kemalangan kecil sebab pemandu kita terlalu prihatin...

    ReplyDelete
  52. mesen atm kadang2 buat kita marah. ada yang kena beratur lama sebab mesen tak terima duit yang kita masukkan. asek rejek rejek rejek.

    beratur dan menunggu adakalanya memang menyeksakan..

    ReplyDelete
  53. @ IMANSHAH: Kalau berani cikgu:)


    @ fuad ansari: Panas dlm air-conditioner tak ada peluh En Fuad


    @ amirah: Nasib baik masa tu dah solat dulu Mira


    @ Sara: Susahnya dia tak faham bahasa kita, muka selamba toye je


    @ Rai: Kakak rasa tak ada masa nak tengok lagi Rai. Masing-masing dah tak tahan nak lepaskan diri sebab bukan accident pun


    @ Masalah besarnya wahida kita kata "one person one card please" tapi dia dok pandang kita buat bodoh. Geramnya wahida


    @ akuzle: Sentap yg terpaksa kita lalui selalu. Banyak foto yg kakak tengok dari blogger yg pergi rumah kakcik tu. Seronok betul:)


    @ aizamia3: Kalau kawasan yg ramai pendatang kakak rasa ramai yg hadapi masalah ini.

    ReplyDelete
  54. @ cemomoi: Betul cemomoi


    @ ajumohit: Usah kata yg anak kecik, anak kakak yg dah 8 tahun tu pun sibuk nak buang air.


    @ Daddy Ziyyad: Kakak rasa doc. lagilah terpaksa hadapai saban hari ye. Kakak tak bolehlah macam nak pitam bila sesak dgn org mereka ni


    @ WuMing: Dah kata jangan banyak-banyak kad utk setiap seorg tapi dia tak faham tau dik. Itu yg kakak malas nak tunggu


    @ Lydia Miza: Memeng dah ada pun yg tercium dik. Kereta Myvi tercium lori kecik, tapi dia settle sekejap je sebab dah tak tahan jem (boleh berlebih-kurang juga keduanya)


    @ makdara TERdiva: Kalau bandar lain MDT, tapi ini jalan penghubung daerah Pontian ke JB


    @ PCL n MMD: Cakap pun akan berlaku benda yg sama juga PCL


    @ dwaty: Hello Kitty tu anak kakak yg suka, boleh berjoget kan kalau kena cahaya


    @ Acik Erna: Betullah Acik. Naik pening kepala


    @ Mizz Erma: Kenalah sabar walau sebenarnya tak boleh tahan hihi...


    @ Cikli: Kecewa kita yg tidak diketahui olehnya


    @ Afida Anuar: Mereka mengikut perintah sebenarnya. Ada kawan hubby kata sebenarnya mereka malas tapi terpaksa ikut arahan


    @ missgee: Mereka bukan ada fikir macam tu. Dah sound pun buat bodoh juga


    @ Ila: Memang sakit hati


    @ eelobor: Kalau nak pergi ikut Tuas second link agak baik dan jarang jem ee. Kalau Woodland memanjang jem selalu sebab JB sebelahnya saja


    @ Mamamya: Lia pun macam kakak takut dgn mereka nie. Sebab dah banyak cerita kan. Jem jalan malas nak kata dah Lia


    @ Zaitun: Ini bukan kemalangan Kak Zai, tapi sekatan jalan yg buat jem


    @ ibundo: Betul kakpah. Macamlah duit kita duit palsu ye. Yg jem itu dah malas nak kata kakpah. Kat sini dah selalu sangat dah

    ReplyDelete
  55. aduh....mcm2 ye kak. klau sy pun bngang. prangai warga asing ni mmng mnyakitkn hati

    ReplyDelete
  56. apa motif polis tutup 2 lorong eh..hmmm...

    bab warga asing...sy tak pernh pula alami mcm ni...ada tu ada la yg dtg cucuk duit...tp ok la pula semuanya...

    cuma tang bau dia je la...kalau berdiri belakang dia...haih..boleh fengsan...!! huhuhu..

    ReplyDelete
  57. amboi2 melampaunyer kan kak.. kadang2 terpikir ni negara diaorang ke negara kite huhuhu

    ReplyDelete
  58. assalamu'alaikum kakzakie

    em.. memang sesak dan menyesakkan.. tapi kak dah tak guna ATM ataupun bawa kereta, legalah juga; namun kesihan kepada yang lain-lain yang jadi mangsa keadaan kan..

    ReplyDelete
  59. biasalah kak gaji dah masuk selalunya masa ni mmg penuh je org kat ATM tu.... time kereta banyak time tu lah polis nak buat road block

    ReplyDelete
  60. Berani pulak die org buat keluar list pin atm....

    ReplyDelete
  61. ayooooo
    mcm2 jadinye ye kak
    yg kat atm tu pulak mmg la x bole blah
    aduhaiiii..

    akak dok JOhor ye?

    ReplyDelete
  62. Kancil pernah belajar di Johor pada tahun 2009 hingga 2010...memang keadaan macam tu dah biasa...kekadang dorang sibuk nak tengok duit kita...muka ndak malu...yang bikin geram...kalau wangi ndak mengapa...bukan mahu menghina tapi sesiapa pun ndak tahan dengan bahu mereka...sal sekatan Jalan Raya...polis tidak akan buat sekatan tanpa arahan bertulis...lagipun memang menyusahkan kita tapi untuk kesenangan kita kemudian hari...jangan terjadi kes di Kuala Lumpur....semua anggota polis ndak turun kerja...apa jadi...jenayah meningkat...apapun sabar...itu tugas mereka...

    ReplyDelete
  63. betul tu kak...

    laluan kite tu mmg selalu je ada roadblock setakt utk cek motosikal

    geram je tengok.....


    sya klu ke atm nmpak ramai bangla, terus blah sbb confrim sakit hati...huhu

    ReplyDelete
  64. hmm, dah boleh agak kan, kalau jalan jem mesti either kemalangan atau sekatan jalan raya...

    sabar ajelah kak

    ReplyDelete
  65. tambah2 kalau tgh peak hour org nak gi keje atau balik - lagi hangin kan kak?

    ReplyDelete
  66. salam..

    saya pernah alami situasi mcm tu kak..seorang ambik duit untuk 7 orang member..kita nak cepat.ishh

    ReplyDelete
  67. dulu kalau balik raya mesti jem sebab ada sekatan..tahun ni je rasa cam ok skit huhu..banyak kena sabarkan kak...adui

    ReplyDelete
  68. rakyat didahulukan pencapayan diutamakan.... tapi tak faham pun selogan tu kak...

    ReplyDelete
  69. terpaksa sabar.. kalau nk mrh pun x leh buat ape2.. huhu

    ReplyDelete
  70. mm...menguji kesabaran betul..

    ReplyDelete
  71. alahai..sabo nye klo dalam keadaan mcm tu..ye la, puncanya yg agak temeh huhu..

    ReplyDelete
  72. insyaAllah, bila dalam kubur nanti kita sorang-sorang jer...

    ReplyDelete
  73. hurm..manusia2 yg membuat seperti itu tidak bertimbang rasa...

    yapada polis..nak buat roadblock pun agak2lah...

    ReplyDelete
  74. banayk2 sabar ye kak...cobaan...

    ReplyDelete
  75. salam k zakie ...
    itu la kehidupan seharian ..
    sesak dimana mana ..
    bukan saja di jalan dan mesin ATM ..
    nak membayar kt kaunter supermarket pun kena bersesak juga ,,,

    jwapan nya ..
    tetap berabar ..

    ReplyDelete
  76. @ So Shy Lady: Memang bengang SSL


    @ nabila_2908: Tak tahu motif kenapa. Yg org asing tu tempat kakak dah jadi perkara biasa yg menyakitkan dik


    @ NM02: Betullah


    @ norhidana: Dah besar kepala mereka sebab tahu 'org besr' tempat kita memerlukan mereka


    @ Werdah: Wa'alaikumsalam Kak Werdah. Ialah kakak dah rely dgn anak-anak kan...


    @ munna: Masa kita mula bercuti masa mereka ambil gaji itulah jadinya


    @ Ibu Lala: Terima kasih sudi berkenalan dgn Titisan Nurani. Salam bersambut dgn kebahagiaan di hati


    @ pena rozie: Tak tahulah PR


    @ aimie amalina: Dahlah sesak mereka bawa kad banyak-banyak lagi mimi. A'ah kakak duduk di JB.


    @ Kancil 8349: Begitulah cikgu. Hendak tak hendak kedua scenario seperti itu kena juga hadapi


    @ mamamNoriz: Kakak pun tak tahulah Noriz. Tengok tak ada apa pun yg dibuat oleh Polis tu sekadar cek motor je... Org bawa kereta tak pun mereka pandang


    @ yus: Tak sebar pun kena tungu giliran juga Yus


    @ gadisBunga: Betullah dik.


    @ Sekamar Rindu: Wa'alaikumsalam. Rasa geraaammmm sangat kan


    @ suri solehah: Tempat kakak nie dah tiap hari ada aje suri


    @ atie: slogan boleh dibuat atie tapi nak praktikkan tak berupaya


    @ Ladybird: Marah dlm hati hihi...


    @ Fatin Marz: Saban hari pulak tu nak uji kesabaran


    @ Norhafiza: Remah kita kata tapi tak pada mereka No.


    @ insan_marhaen: Beanr tu IM tak boleh elak


    @ Niena Pengembara Ilahi: A'ah kakak masih bercuti lagi nie


    @ lieynalinaz: Mereka mana ada fikir org lain dik. Janji duit dia dapat sudah. siap ambil utk kawan lagi huhu...


    @ ckLah: Terima kasih cikgu


    @ Santri TPINI: Kadang-kadang lupa dik


    @ aby: W'alaikumsalam. Memang betul aby. Tapi kalau sesak yg boleh bergerak taklah sakit sangat hati, ini sesak yg luarbiasa sebab perkara yg sengaja. Huhu...

    ReplyDelete