Wednesday, November 16, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Tahun 6

Semalam hampir seluruh masa aku berada di sekolah. Pagi hingga tengahari berada di majlis anugerah cemerlang & konvokesyen. Petang pula ulang-alik menghantar dan mengambil anak untuk ke sekolah agama. Biasalah bila ada mama di rumah anak-anak tidak mahu menaiki van.

Surat dari pihak sekolah sudah kami terima awal. Tahun ini adik tidak tersenarai dalam kategori pelajar cemerlang. Adik dapat nombor tujuh. Ternyata dengan mendapat 92% adik tewas dengan 6 orang rakan yang lain, dimana murid cemerlang mendapat 95.4%. Peratus terlalu hampir antara satu sama lain. Dari sepuluh matapelajaran termasuk muzik dan pendidikan jasmani adik mendapat 2 markah tertinggi iaitu Bahasa Arab 100% dan Bahasa Melayu Pemahaman 98%. Lainnya adik tewas walau kesemua markah adik dapat A. Markah paling bawah adik dapat 88% iaitu Bahasa Inggeris.


Kenyataan .... Surat dari pihak sekolah, penyata keputusan peperiksaan adik yang jatuh sedikit dan surat perlantikan sebagai pengawas untuk tahun 2012

Atas pentas... tahun ini adik sekadar mampu naik 4 kali kerana adik sekadar mendapat mata pelajaran terbaik untuk 2 matapelajaran, pelajar drastik dan pelajar prestasi terbaik. Walau lapar tetapi adik masih gigih menanti nama dipanggil untuk naik ke pentas.

Semangat.... inilah dia hadiah adik semalam

Kak Yasmien.... kalau dulu mama sudah masuk Universiti baru boleh pakai jubah sebegini. Tidak bagi anak-anak mama, kerana dari usia 5 tahun lagi ketika tadika lagi sudah dapat menikmati hari konvokesyen. Majlis diserikan dengan persembahan murid-murid yang sungguh meriah.


Tahun hadapan adik masuk tahun tiga. Tetap gembira kerana daripada 36 orang pelajar hanya 4 orang sahaja yang dilantik sebagai pengawas untuk lantikan tahun hadapan. Tahun 3 merupakan tahun pertama lantikan diberi kepada murid-murid untuk menjadi pengawas. Tahun 2 belum lagi layak dipilih kerana mungkin masih kecil lagi. Kak Yasmien pula masih dalam penantian untuk menyesuaikan diri di sekolah baru yang masih belum diketahui akan ditempatkan di sekolah mana.

~~Perjalanan setahun belajar tiba dipenghujungnya. Tahun hadapan masing-masing akan bermula lagi melayari hidup sebagai murid di kelas baru dan ada juga berhadapan dengan sekolah, guru dan teman-teman yang baru. Aku berhadapan dengan ujian Allah kerana keputusan peperiksaan anak kurang memuaskan hati.~~



44 comments:

  1. tahniah... sungguh berjaya anak2 akak.. pasti gembirakan...

    ReplyDelete
  2. tahnaih tuk Adik...bnyk dapat hadiah.. :)

    berada di kelas pertama...mmg saingannya sengit...kadang2 cikgu pun pening nak mengira markah pelajar.. :)

    Tuk Yasimien..good luck tuk keputusan UPSR yang akan keluar nanti...moga meraih kejayaan yg cemerlang.. :)

    ReplyDelete
  3. takper kak, tahun ni kurang, nanti tahun depan oklah keputusannya kan..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akak.

    adik 4 kali naik? eh, rasanya semua orang kat bawah tu mesti kata. "eh, dia ni banyak sangat dah.." hee. tahniah for her kak. alhamdulillah.

    konvo. sekarang tadika pun dah ada konvo. bagus sekarang ni kan. konvo ni dah macam prepare awal itu masa depan. inshaAllah.

    ReplyDelete
  5. tahniah kak..sangta bangga dengan anak-anak akak


    anak akak ambil result upsr kan hari ni?

    ReplyDelete
  6. tahniah buat anak2 akak.... sbg ibu mesti gembira kan kak... good luck utk upsr buat Yasmien

    ReplyDelete
  7. tahniah untuk anak2 akak..bagi saya dah terbaik dah keputusan begitu..insyaAllah next time boleh cuba lagi..

    ReplyDelete
  8. tahniah buat anak2 akak.. walaupun ada pasang surutnya.. yg penting masih lagi cemerlang.

    ReplyDelete
  9. sejuk perut akak kan...
    ank2 naik stage utk amik anugerah :)

    ReplyDelete
  10. tahniah buat anak-anak... tahniah juga buat ibunya yang bertungkus-lumus mengasuh dan mendidik...

    ReplyDelete
  11. 4kali naek stage amek anugerah kak? wow~~~ tahniah untuk adik

    ReplyDelete
  12. hebat betul anak k'nor ya...tahniah dari SL.

    ReplyDelete
  13. Tahniah utk anak akak..dulu sekolah xmerasa nak pakai jubah time amik hadiah/anugerah...sekarang lain dah ek...tp aritu..masa konbo U baru dapat pakai..heheh

    ReplyDelete
  14. Kita tumpang bangga kan kakzakie lihat pencapaian anak2 ni...semoga anak2 akk cemerlang dlm pelajaran mereka...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  15. Tahniah untuk anak2 akak...

    Tahun 3 dah jadi pengawas ya. Kalau di sekolah anak yus, Tahun 4 baru boleh di lantik sebagai pengawas..:)

    ReplyDelete
  16. Tahniah buat anak akak naik pentas dan di lantik jadi pengawas...PRINCESS sy naik sekolah menengah baru merasa jadi pengawas sekolah.

    ReplyDelete
  17. pandai2 pelajar kat sekolah tu
    markah dah kira bagus dah utk
    adik..takpelah

    anak ati pun dpt 2 anugerah utk
    matapelajaran terbaik tapi
    ati tak pi sbb kamera pun rosak..huhu~

    ReplyDelete
  18. semua sekolah sibuk bergraduasi nampaknyer..tahniah..tahun depan boleh tingkatkan prestasi lagi

    ReplyDelete
  19. Salam Kak.
    Lama tak masuk sini. Hebat anak-anak semuanya...insyAllah akan berjaya satu hari nanti dan mama depa boleh berbangga!

    ReplyDelete
  20. Tahniah kak, keputusan yg membanggakan jgk tu...

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah...tumpang hepi dgn kejayaan anak2 akak...sgt membanggakan...

    sejuk perut ibu...

    ReplyDelete
  22. wow akak...tahniah..bestnye..alhamdulila..moga adik berjaya dan terus berjaya

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah....92% keseluruhan tu kira dah cemerlang dah kak...Tahniah buat akak juga. Moga mereka menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah...

    ReplyDelete
  24. tahniah..
    anak2 dara sya tahun ni tak naik pentas, walaupun peratus meningkat dan dapat 4a 1 b
    tapi saingan ramai, bukan rezeki mereka..

    ReplyDelete
  25. tahniah utk anak dan parents jugak...kurang memuaskan je..se krg krgnya anak tahu apa erti usaha dan keputusan..tahun cuba usaha lebih lagi ya..ibu jgn kecewa..:)

    ReplyDelete
  26. tahniah utk adik n parents juga.. sudah rezeki begitu, alhamdulillah... insyaAllah tahun depan akan dpt lebih lagi ya... <3

    ReplyDelete
  27. tahniah kak...zaman sekarang ni..ada mjlis penyampaian hadiah mcm hari graduation kat u kan? zaman kite dulu2 kak..tak dpt nak rase menda2 cam gini..walaupon dpt first dalanm tingkatan...

    ReplyDelete
  28. wahhh...hebatnye graduation sekolah anak akak...apa2 pon tahniah..bagus anak akak..

    ReplyDelete
  29. tahniah utk anak2 akak.. keputusan yg memang boleh dibanggakan.. semoga diorg terus cemerlang.. amin..

    ReplyDelete
  30. Tahniah utk adik...
    Selamat menyarung baju biru...
    Ucu pulak jenuh memujuk anis yg dah berangan2 thn depan 2012 x nak jadi pengawas...mungkin dia dah jemu sbb dari thn 3 lg dah jd pengawas...
    akhirnya anis kalah jugak dgn pujukan ayahnya...

    ReplyDelete
  31. Tahniah utk adik...
    Selamat menyarung baju biru...
    Ucu pulak jenuh memujuk anis yg dah berangan2 thn depan 2012 x nak jadi pengawas...mungkin dia dah jemu sbb dari thn 3 lg dah jd pengawas...
    akhirnya anis kalah jugak dgn pujukan ayahnya...

    ReplyDelete
  32. Salam Kakzakie,

    Tak pa...toksah dok susah hati...masih ada masa lagi untuk depa meningkatkan pretasi pelajaran depa...Kak Ros tengok keputusan depa,bukannya teruk pun..Bagi Kak Ros dah bagus,tahun depan tu usaha dan tingkatkan lagi.....

    ReplyDelete
  33. salam akak..lama tak singgah sini =)

    gembiranya baca n3 nie..anak akak pandai2 belaka... sejuk perot ibu.beratur molek piala bagai tu.peniup semangat utk tahun depan pula =)

    slmt becuti sekolah utk anak2 akak!~

    ReplyDelete
  34. tahniah..

    semoga anak akan lebih cemerlang lg di masa akan datang ..amin...

    ReplyDelete
  35. Tahniah... ok la jgk dpt byk hadiah

    ReplyDelete
  36. Tahniah...itu sudah satu pencapaian yang amat bagus.Mungkin dimasa akan datang lebih cemerlang.

    ReplyDelete
  37. tahniah buat anak akak...terang hati belajar...alhamdulillah..semoga terus cemerlang..

    ReplyDelete
  38. Sejak khamis lepas hingga hari ini baru kakak berpeluang membuka blog kakak. Mohon maaf kerana kakak busy menyelenggara keperluan anak yg baru dapat keputusan periksa.

    Terima kasih atas komen yg diberikan oleh teman-teman berikut: -

    Queen Teratai, nabila_2908, missbby, sar, mamaEma, munna, amirah, pB, ratu kebaya, Cik ecah, Amie, zara bakar, Idah, Tiramisu Fatiema, Eye_nee, Yus, CT Norarizah, Ati Masrif, Sarah Syazwani, uncle, PCL, wahida, cikceriacorner, daddylicous, Afida Anuar, Kasihibu, Saniah, Cik Gee, Diana @bilakukatacinta, Chichi, el-nur vivi, ct rahani, Ucu Faridah, Ros, izan, Tentang kita, cinnamon.com, pena rozie, zaitun dan Alisya.

    Terima kasih atas komen yg diberikan dan doa moga anak-anak kakak akan lebih berusaha dan berjaya di masa akan datang. Terima kasih:)

    ReplyDelete
  39. Hebat betul adik. Untung akak punya anak yang sebijak ini.Semoga akan terus meraih kejayaan di masa-masa akan datang.

    ReplyDelete
  40. Assalamulaikum kak zakie


    betul tu kak zakie , time kita tadika mana ada konvo, budak sekarang beruntung, konvo tadika ada yg buat kat hotel lagi. tahniah adik cemerlang dalam peperiksaan, pada cik ina semua budak yang rajin menuntut ilmu, cemerlang.

    ReplyDelete