Hari Khamis lepas, terpaksa membuat urusan ini kerana papa menghadiri seminar di Sofitel Hotel...
Aku ke Jabatan Agama dengan anak dara aku yang sulung. Matahari tegak atas kepala membuat aku jadi pening. Tiba di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar masih kedengaran tarbiah melalui corong mikrofon masjid. Aku belum bersolat zuhor kerana keluar dari pejabat tadi belum masuk waktu. Parking kereta di tempat parking masjid tetapi kaki masih perlu melangkah untuk ke pejabat Jabatan Agama Islam yang terletak bersebelahan saja.
Masuk ke dalam bangunan agak gelap, baru aku sedar masa untuk rehat. Aku tunaikan dulu tanggung-jawab yang belum tertunai. Kuak pintu surau, beberapa pekerja sedang bergelimpangan tidur dan baru teringat hari Khamis, mestinya masing-masing berpuasa, sementara rehat mereka melelapkan mata. Seronoknya kalau aku bekerja begini. Itulah yang terdetik di hati aku.
Sementara menanti waktu pejabat dibuka semula aku berdiri membaca beberapa paparan yang terpapar di papan kenyataan. Seronoknya mereka ada kelas fardhu ain, ada kelas mengaji setiap jumaat dan lain-lain lagi kegiatan. Sebaik ada pegawai yang masuk aku nyatakan hasrat aku mahu mengambil borang kemasukan sekolah agama berasrama buat anak aku.
Selesai urusan aku turun menuju ke kereta.
"Bagusnya kalau mama dapat kerja macam mereka itu. Taklah macam mama kerja tak ada rehat."
"Mama kena bersyukur berbanding dengan orang lain yang tidak ada kerja mama. Mama rasa pendapatan mereka macam mama ke?" Tukas anak aku. Aku sekadar senyum.
Selepas itu kereta aku meluncur untuk balik. Singgah sebentar di Plaza Angsana kerana Nurienne kata lama sudah dia tidak makan pizza. Tidak ramai orang kerana hari bekerja dan mudah mendapatkan tempat parkir kereta. Terasa pergerakan pun pantas kerana tidak perlu lama menanti.
Aku ke Jabatan Agama dengan anak dara aku yang sulung. Matahari tegak atas kepala membuat aku jadi pening. Tiba di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar masih kedengaran tarbiah melalui corong mikrofon masjid. Aku belum bersolat zuhor kerana keluar dari pejabat tadi belum masuk waktu. Parking kereta di tempat parking masjid tetapi kaki masih perlu melangkah untuk ke pejabat Jabatan Agama Islam yang terletak bersebelahan saja.
Masuk ke dalam bangunan agak gelap, baru aku sedar masa untuk rehat. Aku tunaikan dulu tanggung-jawab yang belum tertunai. Kuak pintu surau, beberapa pekerja sedang bergelimpangan tidur dan baru teringat hari Khamis, mestinya masing-masing berpuasa, sementara rehat mereka melelapkan mata. Seronoknya kalau aku bekerja begini. Itulah yang terdetik di hati aku.
Sementara menanti waktu pejabat dibuka semula aku berdiri membaca beberapa paparan yang terpapar di papan kenyataan. Seronoknya mereka ada kelas fardhu ain, ada kelas mengaji setiap jumaat dan lain-lain lagi kegiatan. Sebaik ada pegawai yang masuk aku nyatakan hasrat aku mahu mengambil borang kemasukan sekolah agama berasrama buat anak aku.
Selesai urusan aku turun menuju ke kereta.
"Bagusnya kalau mama dapat kerja macam mereka itu. Taklah macam mama kerja tak ada rehat."
"Mama kena bersyukur berbanding dengan orang lain yang tidak ada kerja mama. Mama rasa pendapatan mereka macam mama ke?" Tukas anak aku. Aku sekadar senyum.
Selepas itu kereta aku meluncur untuk balik. Singgah sebentar di Plaza Angsana kerana Nurienne kata lama sudah dia tidak makan pizza. Tidak ramai orang kerana hari bekerja dan mudah mendapatkan tempat parkir kereta. Terasa pergerakan pun pantas kerana tidak perlu lama menanti.
Air - kepunyaan Nurienne. Minum dulu baru teringat hendak ambil gambar.
Asam boi - Mama suka air ini. Tapi bila minum tekak rasa perit sebab sedang dilanda batuk. Akhirnya minta air suam. Air ini Nurienne juga yang habiskan.
Sup - Satu untuk mama dan satu untuk Nurienne. Cicah garlic bread dengan sup ini.
Pengaruh iklan - Ikut kehendak anak. Semua Nurienne yang order. Set ini lengkap dengan sup, garlic bread dan deliwings chicken. (chicken dan bread Nurienne tidak snap gambar tak tahu kenapa).
Satu keratan - Ini saja yang mampu aku telan kerana waktu itu kepala aku sudah berat dan meronta untuk baring. Baki pizza dan chicken bawa balik dan adik-adik yang menghabiskannya.
~~Benar memandang orang yang bekerja betul-betul mengikut waktu pejabat rasa cemburu. Namun rezeki yang Allah berikan pada kita sebenarnya itu yang patut disyukuri.~~
Takpe, mama kerja kuat untuk anak-anak jugak.Dapat makn sedap-sedap lagi, oklah tu.Alhamdulillah..
ReplyDeletekakzakie..alhamdulillah dengan rezeki kita..dan pekerjaan kita..ada lagi orang yang tidak mempunyai pekerjaan kan.
ReplyDeletebudak2 memang lagi pandai order kalau masuk ke pizzakan..kita selalunya mengikut je..
Semoga kita akan menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur.
ReplyDeletememang kena bersyukur..kalau rasa kita kurang baik..mngkin ade yg nasib nye xsebaik kita..sedap pizza,lama xmakan..huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah kerana kita masih ada kerja yang membawa kepada adanya rezeki. Bagaimana pula dengan mereka yang tiada apa2, lain pula pandangan mereka, kan? :)
ReplyDeleteBaru mlm tadi akak bebelkan anak, dia nak pizza yg mcm dlm iklan tu, katanya jarang dpt mkn pizza. Akak kata, kita kena bersyukur dgn apa yg Allah beri. Org lain langsong tak merasa, alhamdulillah kita ada juga walau tak selalu.
ReplyDeleteBila kita selalu bersyukur, kita takkan cemburu dgn org lain.
Allah swt Maha Adil.... di beri rezeki situ, Dia kurangkan kat sini. Di beri rezeki kat sini, Dia kurangkan pula kayt situ.Semuanya untuk kita berfikir supaya terus mensyukuri nikmat-Nya yang tak terhingga banyaknya ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah dikurniakan rezeki Dan dpt memenuhi permintaan anak2, sedap pulak tgk pizza tu, di kala ini sedang menyediakan mknan tgahari
ReplyDeleteKak Zakie, fida sedang belajar untuk bersyukur dengan kerja ni, walaupun tengok ada orang yang kerja lagi senang, gaji lagi banyak....tapi masih ramai lagi yang tak kerja kan? Masih ramai lagi yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang....
ReplyDeleteassalamualaikum kak...lama tak jengah sini...saya baru habis camping...sedapnya!!!terliur sesangat...
ReplyDelete@ cinnamon.com: Dah kerja mama macam ini nak macam mana. Tak buat tak ada org nak tolong.
ReplyDelete@ Acik erna: Itulah Acik samam macam anak kakak kata. Jadi natijahnya kena bersyukur dari tak ada kerja
@ Cikgu Tie: Kakak ni selalu lupa cikgu
@ Tiramisu Fatiema: Kalau tak ada kerja makan pizza pub belum tentu dapat kan dik...
@ kakcik: Betul kakcik. Kakak selalu lupa yg satu ini.
@ zanafahmi: Anak kita belum mengerti erti susah sebab biasanya apa yg mereka mahu mesti dapat.
@ eelobor: Betul ee. Kakak kena buka mata dan hati kakak lebih luas lagi atas nikmat Allah pada kakak nie
@ Ajumohit: wah.. best tak kerja hari ini ye Aju. Kakak kerja half-day hari ini.
@ Afida Anuar: Betul dik. Bayangkan karnival kerja semalam seramai 20K pengisian baru dibuat masih ada lagi yg belum ada kerja dik... So ironinya kita kena bersyukur, tapi kakak selalu lupa.
@ Cikgu Ma: Oh now wonder cikgu lama tak kelihatan. Seronok camping dgn anak murid ye cikgu:)
ReplyDeletebetul2...bersyukur kerana masih ramai yang tidak bekerja tetapi kdg2 mmg akan timbul juga rasa penat sbb tak cukup rehat tu =)
ReplyDeletepizza tu muak sikit cheese byk..huhu
lama tak makan pizza hut.... :) bestnya!!
ReplyDeleteTanggungjawab kan...
ReplyDeleteBudak-budak pandai makan piza saya x pandai :)
kalau ank yg masih kecik mmg tak paham apa yg ibubapa mereka buat keja...tggu besar sikit baru boleh share..moga mereka memahaminya...itulah hakikatnya, kerja cari rezeki untuk kebahagian bersama...setiap manusia ada habuannya masing2, redha. ..mudah2an lbh. beroleh keberkatan dari NYA.
ReplyDeletekeja ofis, 8am-6pm non stop dengan semua isu yang tak berkesudahan..bukanlah sesuatu yang menyeronokkan..
ReplyDelete*kata hati saya :P *
Assalamulaikum kak zakie
ReplyDeletepiza baru ye, cik ina belum dapat merasa lagi. betul tu cakap anak kak zakie, gaji org tu sama ngan mama dia. cik ina cemburu ngan surirumah yg tak bekerja, keh keh , nak buat cam mana nanti duk rumah boring plak.
lain keje, lain cara dan lain hasilnya kan kak...
ReplyDeletesya syukur dpt keje ofis hour wlupun selalu kena stayback utk siapkan claim2 urgent tpi tu lah yg sy minat dan itulah punca rezeki...
rezeki yang halal kak,....janji kita gembira dengan apa yang kita buat....
ReplyDeletesedap makan2 tu hah....
uihh...terliur tgk pizza dgn cheese yg bnyk sungguh!
ReplyDeleteBersyukur dgn ape yg ade...serba sederhana..
ReplyDeleteTadi saye pn temankan hanim mkn pizza jugak...lame x mkn ...
setiap kerja ada kelebihan tersendiri.. saya bersyukur dgn kerja yg saya ada skarang, walau tak mengayakan saya dgn harta tapi saya masih dapat membantu suami menyara keluarga
ReplyDeleteseronok tgk orang.... sampai terlupa nak tgk pada diri sendiri :(
ReplyDeletesalam kenal kak..sedapnya pizza akak makan tu..yummy..
ReplyDeleterasa nak makan la pulak
ReplyDeletesaya masa bekerja dulu seronok tgk wife yg x perlu kerja.. duduk di rumah dgn anak.. sekarang sy sdg merasai apa yg sy wish suatu masa itu.. ;)
ReplyDeletehya freelancer di rumah.. & syukur pada allah, sy senang dgnnya..
saya pulak bersyukur saya tak terikat ngan kerja pejabat...
ReplyDeletemasih ade kudrat untuk bekerja kak
ReplyDeletewah pndai anak mama :)
ReplyDeletexpe mama..janji kita bahagia bsm dgn org2 y kita sayang..
semua manusia takdirnya berbeza-beza..
alhamdulillah..
owh anak mama masuk kolah agama eeh. gudluck k.. n sedap nyer pzza tuhh..
ReplyDeletehuu
jom bacer sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html
Salam pekenalan ..aduh aduh sedapnya makanan tu ..buat umi lapar je hihi
ReplyDeletepizza baru belum merasa lg..bersyukur la kak berbanding dgn org yg x de kerja..mcm sy ni surirumah aje..hehee
ReplyDeleteckp jd menteri kewangan kat umah..
rezeki itu ketentuan dari Allah.. Bersyukurlah walau kerja kita tak tentu masa atau tiada rehat.. Akan tetapi pasti ganjarannya tak sama spt org lain yg bekerja boleh beristirehatkan kak...
ReplyDeleteSalam Kakzakie..
ReplyDeleteKakak..apapun pekerjaan kita..yg.penting ianya halal dan dapat membantu keluarga...kesiannnn kat orang yang tak ada keja...
p/s kakak, tak sihat ye...?..banyakkan rehat tau...
Yerlah, bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kalau kita banding dengan orang lain, sampai bila pun kita takkan puashati.
ReplyDeleterezeki seimbang dengan usaha dan pengorbanan:) alhamdulillah untuk rezeki hari ini kan? Rezeki anak2, rezeki akak sendiri dan untuk family juga pastinya! syukuri...
ReplyDeletekadang terasa mcm org gila ..org sibuk makan kita pula sibuk la nak ambik gambar utk blog...hehe
ReplyDeletedana ada sorang mkcik yg keje kt jab agama islam tu kak... ntah2 akak dpt borang dr dia sbb dia jaga kt kaunter..
ReplyDeletekite ni gitulah kak,selalu tak bersyukur ngn keje kite,sbenarnyer kadang2 bosan ngn keje kite...sama je
@ Mohamadazhan.com: Betul dik. Tapi kakak nie selalu lupalah
ReplyDelete@ Dalila Hamid: Hmm... pergilah cuti sekolah sekarang kan
@ Empayarutama: Tak pandai makan pizza? Hm... betul ke nie hihi..
@ PCL: Apa yg kita cari kebahagiaan keluarga kan PCL betul tu...
@ norh: Itulah yg kakak rasa norh.. tapi bila pergi seminar/kaunseling macam kena refrech balik kan
@ Cik Ina DDC: Itulah Cik Ina kadang anak pun boleh fikir utk kakak yg selalu lupa.. Kalau minta yuyi belanga anytime mesti dia bawa Cik Ina....
@ MamaNoriz: Noriz bagus tak ada rasa macam kakak.
@ eita: Betul tu tapi kakak nie selalu lupalah eita
ReplyDelete@ eiza: Hm... pergilah outlet pizza boleh pilh eiza
@ ainnoraini: Hmm.... ialah ain. Kita nie makan selalu ikut anak kan ain:)
@ ibuintan: Begitulah sebenarnya ibuintan. Sekurang-kurangkan kita dapat membantu ekonmi keluarga
@ Much Melo: Kakaklah itu MM selalu tengok org lain hihi... sindir kakak ye:)
@ Totie@tomie: Hm... kakak rasa sama ajelah cuma cheese memang banyak...muak
@ Cikli: Makanlah Cikli. Pergi mana-mana outlet...
@ Fatin Marz: Kakak rasa kakak kena buat macam FM buat tapi tak pandailah pulak
@ Queenie: Kerja Q sebab tidak terikat mesti seronok kan...
@ fazrulnor: lagi pula masih memerlukan lagi. Ekonomi tak kukuh dik
@ Juliet_Ira: Anak mama dah 15 thaun+ dah boleh menasihat mama walau masih banyak masih banyak memerlukan nasihat mama juga..
@ L: Anak mama yg sulung pun sekolah agama juga L...
ReplyDelete@ My Life's Journey: Hm... sorrylah ummi. Bukan nak papar pizza sebenarnya nak papar pasal seronok kerja yg relex je kelihatannya:)
@ ieja amieja: Kakak lagilah jelous dgn suri rumah yg serba boleh. Untung anak-anak kan.
@ Queen Teratai: Itualh Queen... kakak ni selalu pandang yg org dapat lebih sendri punya selalu lupa.
@ azi: Wa'alaikumsalam azi. Betul azi tapi entah kenapa bila nampak org kerja banyak rehat jadi macam seronoknya....
Kakak demam sebab penat agaknya urus anak-anak dan kerja tanpa abang yg sibuk ada seminar
@ Kunang-Kunang: Betul kak Ani.
@ fifiey laichee: Hm... kena syukurlah ye. Apalah kakak nie kan lupa selalu nikmat yg diberi...
@ Daddylicious: Kakak masa makan ini tak ambik gambar tapi anak kakak tahu kakak ada blog so biasany anak yg ambil gambar hihi...
@ norhidana: Ala...kakak lupa pulak nama dia tapi memang betul yg bagi borang itu perempuan Dana...
Betul kak Zakie. Kerjaya kita, adalah pilihan kita. Seronok atau tidaknya, bergantung kepada cara pembawaan kita. Kalau kita banding-banding dengan orang, memang nanti akan jumpa kekurangan itu dan ini....
ReplyDelete***Sekarang ni, ramai sedang mempertikaikan kerjaya guru di laman-laman web. Tapi, ckLah tak mau campur atau menyampuk. Biarlah mereka....(yang cikgunya pun sama naik, asyik dok merungut pasal tugas di laman sosial...haihhh...)
betul... rezeki yg allah bg memang ptt disyukuri....
ReplyDelete@ Xiiinam: Tapi pada kakak tugasan sebagai guru ibarat kata Prof. Dr. Muhaya adalah ladang pahala. Satu huruf diajar satu ganjaran, bayangkan kalau berjuta-juta huruf dan pendidikan yg baik diberikan. tak terbilang cikgu
ReplyDelete@ pena rozie: Setuju PR. Kakak tapi ada kalanya lupa
tiba2 rasa nak makan pizza lah kak zakie
ReplyDeleteeija dh try pizza ultimate 7 cheezy ni..mmg sgt cheezy..cepat muak kalau mkn byk
ReplyDelete@ munna: Ala munna pergi ajelah mana-amana outlet pizza tu. Malas sangat call dia hantar
ReplyDelete@ Sweetmama: Eija macam kakak kalau banyak sangat cheese pun muak. tapi anak-anak suka
lenkali berkesempatan ke JB lagi, teringin nak bertemu kakak & anak2 :D
ReplyDelete