Sekadar menitiskan beberapa kisah yang agak membekas dalam jiwa penduduk Islam di taman perumahan kami pada tahun 2011 yang akan kita tinggalkan.
Peristiwa pertama:-
Seorang anak lelaki Cina berusia 16 tahun. Bersekolah di sekolah aliran Melayu. Pergaulan tetap menjurus pada teman-teman sebangsa. Namun ketika di dalam kelas apabila matapelajaran Agama Islam dia lebih suka duduk sahaja di kelas. Tanpa pengetahuan teman Melayu dan ustaz yang mengajar sambil mata membaca buku lain tetapi telinga dipasang untuk mendengar. Hidayah datang pada awal tahun ini. Bertemu dengan ustaznya mahu memeluk agama Islam tetapi mohon jangan diberitahu kepada ke dua orang tuanya. Melafazkan syahadah di surau kami tanpa keraian bimbang ketahuan ibu-bapa. Rumahnya di hadapan surau taman perumahan kami. Setiap kali solat maghrib dan isya' kata hubby mesti dia akan berada di luar pagar rumah memerhati jemaah yang masuk ke surau. Minggu lepas bertemu hubby dan katanya mohon jemaah surau mendoakan agar dia berjaya SPM tahun 2012 bagi membolehkan dia keluar dari rumah dan mengamalkan cara hidup Islam sebenar.
Peristiwa ke dua: -
Lelaki juga dan telah memeluk agama Islam setahun lepas. Baru berpindah bersebelahan taman perumahan dan bersolat di surau kami. Merupakan anak angkat kepada keluarga Cina tetapi sedari kecil terasa disisih kerana keluarga telah mempunyai anak sendiri. Akibatnya dia melarikan diri sebaik habis sekolah dan menuju salah satu perkumpulan Tabligh. Melafazkan syahadah atas pimpinan kumpulan Tabligh ini. Mengenang dia tiada keluarga, salah satu keluarga Tabligh mengambil dia sebagai anak angkat. Setelah dididik asas-asas agama keluarga ini mahu menghantar dia ke Kelantan untuk tujuan mendalami agama. Namun kerana menganggap keluarga Tabligh ini juga sama seperti keluarga angkat Cinanya dulu - tidak sayangkan dia lagi, dia telah keluar dan menetap di rumah sekarang. Atas nasihat dan penjelasan penduduk taman perumahan kami kini dia kembali berbaik semula dengan keluarga angkat Islam ini dan dijangkakan akan memulakan pembelajaran yang dibiayai keluarga Tabligh ini di Kelantan mulai tahun hadapan.
Peristiwa ke tiga: -
Kejadian masih baru dan panas lagi. Menjelang maghrib 29-12-2011 semalam seorang lelaki Cina, telah mempunyai dua orang cahayamata dengan berseluar bawah lutut dan berkemeja ringkas bertemu hubby yang baru mahu masuk pagar surau. Senyuman hubby disambut dengan huluran tangan mahu berjabat tangan. Sebaik tangan berjabat dia menyuarakan hasrat mahu menjadi saudara kita. Bergegar jantung hubby. Azan sudah mahu berkumandang, hubby membawa dia masuk ke dalam perkarangan surau dan mengarahkan dia membersihkan muka, tangan dan kaki lalu di ajak masuk. Memandangkan solat maghrib sudah mahu bermula semua jemaah memberitahu dia duduk sahaja di belakang. Usai solat hubby bawa dia duduk sebelah, walau dia kelihatan kurang selesa sebab berseluar bawah lutut, namun masih mampu untuk turut tadah tangan mengaminkan doa. Malam tadi selepas solat maghrib seorang lagi hamba Allah pasrah menjadi umat Muhammad. Syukur.... Malam tadi juga AJK surau yang boleh berbahasa mandrin memberitahu perkara asas dan permulaan yang akan diberikan mulai malam ini. AJK surau kami telah mengundang seorang pensyarah dari UTM Skudai yang boleh berbahasa mandarin mengajar perkara asas sebelum akan disalurkan ke Perkim di Johor Bahru.
Peristiwa pertama:-
Seorang anak lelaki Cina berusia 16 tahun. Bersekolah di sekolah aliran Melayu. Pergaulan tetap menjurus pada teman-teman sebangsa. Namun ketika di dalam kelas apabila matapelajaran Agama Islam dia lebih suka duduk sahaja di kelas. Tanpa pengetahuan teman Melayu dan ustaz yang mengajar sambil mata membaca buku lain tetapi telinga dipasang untuk mendengar. Hidayah datang pada awal tahun ini. Bertemu dengan ustaznya mahu memeluk agama Islam tetapi mohon jangan diberitahu kepada ke dua orang tuanya. Melafazkan syahadah di surau kami tanpa keraian bimbang ketahuan ibu-bapa. Rumahnya di hadapan surau taman perumahan kami. Setiap kali solat maghrib dan isya' kata hubby mesti dia akan berada di luar pagar rumah memerhati jemaah yang masuk ke surau. Minggu lepas bertemu hubby dan katanya mohon jemaah surau mendoakan agar dia berjaya SPM tahun 2012 bagi membolehkan dia keluar dari rumah dan mengamalkan cara hidup Islam sebenar.
Peristiwa ke dua: -
Lelaki juga dan telah memeluk agama Islam setahun lepas. Baru berpindah bersebelahan taman perumahan dan bersolat di surau kami. Merupakan anak angkat kepada keluarga Cina tetapi sedari kecil terasa disisih kerana keluarga telah mempunyai anak sendiri. Akibatnya dia melarikan diri sebaik habis sekolah dan menuju salah satu perkumpulan Tabligh. Melafazkan syahadah atas pimpinan kumpulan Tabligh ini. Mengenang dia tiada keluarga, salah satu keluarga Tabligh mengambil dia sebagai anak angkat. Setelah dididik asas-asas agama keluarga ini mahu menghantar dia ke Kelantan untuk tujuan mendalami agama. Namun kerana menganggap keluarga Tabligh ini juga sama seperti keluarga angkat Cinanya dulu - tidak sayangkan dia lagi, dia telah keluar dan menetap di rumah sekarang. Atas nasihat dan penjelasan penduduk taman perumahan kami kini dia kembali berbaik semula dengan keluarga angkat Islam ini dan dijangkakan akan memulakan pembelajaran yang dibiayai keluarga Tabligh ini di Kelantan mulai tahun hadapan.
Peristiwa ke tiga: -
Kejadian masih baru dan panas lagi. Menjelang maghrib 29-12-2011 semalam seorang lelaki Cina, telah mempunyai dua orang cahayamata dengan berseluar bawah lutut dan berkemeja ringkas bertemu hubby yang baru mahu masuk pagar surau. Senyuman hubby disambut dengan huluran tangan mahu berjabat tangan. Sebaik tangan berjabat dia menyuarakan hasrat mahu menjadi saudara kita. Bergegar jantung hubby. Azan sudah mahu berkumandang, hubby membawa dia masuk ke dalam perkarangan surau dan mengarahkan dia membersihkan muka, tangan dan kaki lalu di ajak masuk. Memandangkan solat maghrib sudah mahu bermula semua jemaah memberitahu dia duduk sahaja di belakang. Usai solat hubby bawa dia duduk sebelah, walau dia kelihatan kurang selesa sebab berseluar bawah lutut, namun masih mampu untuk turut tadah tangan mengaminkan doa. Malam tadi selepas solat maghrib seorang lagi hamba Allah pasrah menjadi umat Muhammad. Syukur.... Malam tadi juga AJK surau yang boleh berbahasa mandrin memberitahu perkara asas dan permulaan yang akan diberikan mulai malam ini. AJK surau kami telah mengundang seorang pensyarah dari UTM Skudai yang boleh berbahasa mandarin mengajar perkara asas sebelum akan disalurkan ke Perkim di Johor Bahru.
~~ Hidayah mereka baru tiba tetapi melihat cara mereka amat istiqamah membuat kita terasa betapa banyaknya ilmu agama yang perlu kita timba. Kita tahu tetapi untuk menjadi pendidik mereka yang masih baru terasa masih cetek ilmu.~~
Saya sangat terharu..terharu bila baca cerita akak ni..alhamdulillah,moga mereka terus diberi hidayah dan dapat melaksanakan tugas sebagai umat Islam..
ReplyDeletealhamdulillah...Allah maha kaya maha pnyayang. Sptutnya kita sebagai umat islam bersyukur dan terus mgambil ini sebagai pnduan. Mereka masih tercari2 hala tuju (dalam agama) tapi kita yg dah sedia maklum tak nak terus mdalami agama.wallahualam (peringatan diri saya sebenarnya) :(
ReplyDeleteSubhanallah. Alhamdulillah, terkesan sungguh membaca cerita akak ni. ramai yg mula mendapat hidayah Allah. tp kita yang sedia Islam ni yg makin alpa dan hanyut. moga sinar hidayah akan menyinari hidup kita semuaa.
ReplyDeleteentri akak menyentuh hati. Sungguh terharu..Alhamdulillah mereka di berikan hidayah.
ReplyDeleteBetul kata akak, kita ni yang dah memang lahir sedia Islam ni, masih belum Istiqamah dan masih ramai yang alpa kan kak. Peringatan untuk diri sendiri....
Allahhuakbar..diam seketika.3 peristiwa yang buat saya tersedar,kita yang dilahirkan sbg org ISLAM..hanya ikut je apa yang dah mak ayah kita buat.kdg2 tak de semangat nak perbaiki apa yg kurang tapi org yg baru masuk Islam..mereka kaji dulu dan betul2 menghayati Islam dan yakin barulah mereka mengucap kalimah 2 syahadat itu dgn penuh yakin
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteMereka terpilih menerima hidayahNya...
Moga dipelihara keimanan mereka...Amin.
subhanallah... alhamdulillah... allahuakbar...
ReplyDeletesaya yakin contoh yang baik yang ditunjukkan org islam kat tempat akak tu pun mungkin jadi pemangkin utk mereka tertarik dan seterusnya hidayah pun sampai. semoga mereka terus menjadi muslim yang baik. amin. :)
pasal komen akak ttg org islam singapura - mmg saya pun amazed. org islam sana sgt berusaha.
subhanallah...moga mrk akan trs mendapat hidayah..
ReplyDeletetersentap seketika krn kita yg dilahirkan islam...hanya ikt shj...islam keturunan
Sykur alhamdulillah, sgt terharu membaca semua kisah2 tu terutama yg pertama.. semoga hidayah Allah terus bersama mereka..
ReplyDeleteYA ALLAH, Besar sungguh hidayahmu kepada orang-orang yang baru emmeluk Islam...besar juga pahalanya...
ReplyDeleteAlhamdulilah..Allah buka pintu hatinya nak peluk islam..moga dia dirahmati Allah...
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga nur itu akan terus bersinar di hati mereka. Kita membantu setakat yang mampu.
ReplyDeletesubhnallah...kuasa allah mengatasi segalanya...
ReplyDeletesedih sy membaca cerita akak ni..
mudahan mereka dirahmati...terutama budak sekolah verita yg pertama tu..betapa besar jihadnya utk melaksanakan tuntutan allah hingga sanggup minta didoakan berjaya dlm peperiksaan sekaligus boleh keluar dari rumah semata2 utk allah..
Alhamdulillah! Semoga pegangan mereka tak goyah dek kerana kealpaan dan kesombongan kita dlm membantu mereka mendalami ISlam yg sewajarnya!
ReplyDeleteAlhamdulillah hidayah Allah tak mengira siapa, Moga kurniaan ini dihayati semua Umat islam di dunia
ReplyDeletealhamdulillah..ramai org berebut2 masuk islam..tapi orang islam sendiri alpa dengan nikmat islam mereka...insaf..
ReplyDeleteterharu...mereka insan terpilih untuk menerima hidayah, semoga mereka sentiasa dilindungi oleh rahmatNya...
ReplyDeletealhamdulillah.. moga iman mereka senantiasa mekar dihati... moga2 kita pun tetap berpegang dijalan allah..
ReplyDeleteDalam cerita gembira, ada kisah duka.. kisah berlaku gara-gara hospital tertukar bayi. Bayi Melayu diberi kpd keluarga Cina dan vice versa. Apa bila sdh dewasa, kebetulan byi berbangsa Cina telah berkunjung ke kedai keluarga asalnya. Terkejut melihat rupa sianak sebiji muka ayahnya, mereka lakukan ujian DNA. Memang sah, itu anak mereka. Sekarang anak yg dibesarkan oleh keluarga Melayu itu mahu kembali kepada keluarga sebenar sementara anak melayu yang telah dibesarkan sebagaimana oleh keluarga Cina tetap dalam keluarga itu.
ReplyDeleteNak tahu sebabnya?
keluarga Cina telah memberi kasih sayang kepada anak melayu walaupun menyedari ada kelainan. sebaliknya keluarga Melayu telah menyisihkan anak Cina sehingga menyebabkan mudah benar dia ingin kembali kepada keluarga sebenarnya...
Kalau anda jadi Hakim bagaimana anda mahu membuat keputusan?
Salam kakzakie,
ReplyDeletealhamdulillah...
semuga mereka berjaya didunia
dan di akhirat.
Syukur Alhamdullillah mereka diberikan Hidayah..sesungguhnya Islam agama yg Indah.
ReplyDeletealhamdulillah~ bertambah lah umat islam.
ReplyDeleteayat terakhir dari entri akk buat sy bergenang air mata..Alhamdulillah mereka dapat taufik dan hidayah dr Allah..
ReplyDeletesyukur...moga hidayah Allah ni terus tersebar ...insyaAllah
ReplyDeleteSaya pasti akak selalu dgr slot "Islam AgamaKu" di radio Ikim kan? Yang menjadi masalah/kesiannya buat saudara2 baru kita ni, especially yg masih muda & tinggal dgn makbapak, nanti SIJIK MASUK ISLAM di pos ke rumah!!
ReplyDeleteMereka kantoi di situ!!!
Harap pejabat agama boleh ambil inisiatif lain..
@ Huda: Kita masih kena bimbing mereka dgn perlahan-lahan.
ReplyDelete@ sisdee: Itulah kakak kata mereka kelak akan dibimbing PERKIM dan biasanya akan jadi lebih warak
@ aliha kirana: Betul sebab macam yg no. 3 tu kontraktor yg kaya tak sangka dapat hidayah
@ Yus: Cuma yg kita harapkan mereka kekal dan cekal. Sebab yg no. 1 tu masih terlalu muda
@ Irfa: Setuju sekali apa yg Irfa katakan. Mereka sangat istiqamah
@ Pn. Kartini: Kami penduduk sekadar membantu mereka selainnya Jab Agama yg memberi didikan yg lebih terperinci. Kalau kita tak ada tauliah pun kena tangkap susah kat Johor nie...
@ gadisBunga: Pada kakak hidayah dan nur Islam sudah sampailah pada mereka ini dik. Kalau ikutkan penduduk tempat kakak rata-rata bekerja dan surau hanya dipenuhi pada waktu malam saja.
@ noor: Moga pengilaman mereka membuka mata kita utk lebih muhasabah dan istiqamah
@ Zefa NorAsmara: Org surau kakak rata-rata dah tahu tapi syukur mak-ayahnya tak tahu. Pada anak-anak pun kami tidak khabarkan bimbang juga sebab mereka berkawan di sekolah
ReplyDelete@ MamaEma: Malam tadi juga kawan hubby yg boleh berbahasa mandarin bawa dia ke warung kepunyaan seorg muallaf untuk berbincang cara utk membawa anak-anak turut serta (anak masih kecik belum sekolah pun)
@ fieda: Inilah kebesaran Allah fieda
@ Tiramisu Fatiema: Kita mendoakan yg terbaik buat mereka
@ JunAina: Benar kita sekadar mampu mendoakan yg terbaik
@ Sharifah Nadzarah: Itulah SN hubby kata jangan takut kami semua tutup mulut. Dia belajar tapi tak pandai sangat (sederhana saja) moga dia boleh keluar juga hendaknya
@ Pok Amai-amai: Insya-allah tetap akan ada yg baik dalam ramai yg dlm kesombongan
@ ajumohit: Benar aju... sebab itu kita tidak boleh pandang rendah org
@ Rai: Ramai yg dah kita nampak yg muallaf lebih baik dari yg Islam dari lahir
@ eiza: Tidak sangka ianya terjadi hampir dgn kehidupan kita kadang-kala
@ mama maman: Itulah yg diharapkan kami semua Yana
ReplyDelete@ MOkcik Azwa: Baca kisah ini kalau kakak pun dah tak terkata, Azwa handle kes ini ke? Pening juga kan...
@ Rozila: Kelihatannya yg pertama masih mencari arah tapi yg kedua dan ketiga berjaya di dunia moga di akhirat juga
@ Sweetmama@Eija: Tak disangka-sangka kan eija
@ dhiera: Syukur... kudrah & iradah Allah
@ Puan Kutu: Kita jadikan iktibar bersama mencari lebih baik
@ amirah: Moga-moga terus berkembang amie
@ Daddy Ziyyad: Betul setiap khamis petang ada. Semalam pun kakak dengar kisah gadis cina masuk Islam mula-mula nak pilih nama Muhammad kelakar tapi seronok.
Insya-Allah kes budak ini sebab tempat kakak ada pegawai jab agama dia dah maklum dan tak issue pun sijil itu lagi pada dia. Segala pembelajaran melalui ustaz sekolah lagi...
terharunya cerita akak ni..
ReplyDeleteAllah berkuasa atas segalanya..
ANak kawan saya (cina) bersekolah di asrama penuh..kerana hidup bersama kawan2 ISlam akhirnya terbuka hati emmeluk islam. Ibu bapa xdapat terima, di rumah paksa makan babi. Terpaksa makan. Menunggu cukup umur supaya boleh keluar dari rumah
ReplyDeletesubhanallah, sesungguhnya islam itu indah... nmpak begitu mudah mereka terpikat n memeluk agama islam...
ReplyDeletesyukur alhamdulillah, semoga mereka di berikan hidayah juga di kuatkan iman dlm menjalani kehidupan sbgai muslim
KakZakie,
ReplyDeleteKawan Azwa yang handle. Memang serba salah dibuatnya kan..gara2 kesilapan (mgkn disengajakan) kita 'kehilangan' dua org sekaligus.. sedeyy sangat..
terharu kak
ReplyDeletesemoga kita sama2 mendapat hidayah dan keberkatan dalam melalui tahun baru ini .. insyaallah kak ..
@ norh: Benar kekuasaan Allah tak siapa dapat menyangkal
ReplyDelete@ Imanshah: Kalau duduk asrama ok lagi. tapi sayangnya family dah tahu susah. Namun insya-allah nur sudah ada ia akan mudah bila dia dah keluar
@ norhidana: Moga dipermudahan but mereka ini
@ Mokcik Azwa: Silap org kita Azwa. Ada anak kasih diberi tak sempurna. Lihatlah yg siMelayu dah ikut dia mana nak balik pada si Melayu tu... memang sedih.
@ ieda: Bersama kita berdoa moga yg baik-baik berpihak pada kita ieda..
Alhamdullilah.... terharu baca berita macamni...
ReplyDeletesubhanallah :)
ReplyDeletetaufik dan hidayah datang tnpa diduga
dgn siapa2 pon boleh kan
seronoknye mmbca :)
saya rasa seronok n terharu sgt ,Alhamdulillah,saya ada juga buat n3 mengenai mualaf,boleh baca juga nnti ye,rasanya baru seminggu lps..
ReplyDeleteterharunya baca cerita akak nih..rs nk menitis air mata..
ReplyDeleteTersentuh hati sy membaca kisah akak kali ni..Syukur mereka terpilih dan dipilih, diberi hidayah oleh Allah ye.
ReplyDeleteMoga mereka jd muslim yg baik..kdg kita yg asal muslim ni pun tak sebaik sesetengah yg baru memeluk islam kan..
alhamdulillah.. terharu dengan cite kakzakie. muge dowang istiqamah dalam meneruskan perjuangan mengekalkan agama baru. kite yang dilahirkan islam pon terlalu banyak mende nak kene improve..
ReplyDeleteAlhamdulillah, mereka2 ini sangat bertuah..kerana memperolehi nur hidayah dari Allah..biasanya mereka2 ini lebih terkesan hidayah di hati..moga peristiwa ini lebih menginsafkan kita..tq for sharing kak :)
ReplyDeleteAllahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar... moga2 Allah tetapkan iman mereka, dan kita semua pada jalan Allah sehingga akhir hayat kita, aminnn insyaAllah..
ReplyDeleteBegitulah apabila di pilih oleh Allah. Ada yang berkereta besar, tapi berjemaah di masjid jarang2, ada yang bergaji besar, namun untuk mengeluarkan zakat & sedekah amat berat hati, ada yang boleh makan angin ke seberang laut, tapi masih belum menunaikan Rukun Islam.
ReplyDeletesalam kakzakie..syukur alhamdulillah bertambah lagi umat nabi muhammad..
ReplyDeletealhamdulillah, bertambah lagi bilangan umat islam di muka bumi ini...syabas kak dengan keluarga serta masyarakat sekeliling
ReplyDeleteAssalam...
ReplyDeleteBertambah saudara baru kita ya, Alhamdulillah. Allah mencampakkan hidayah pada mereka yang terpilih. Moga2 ramai lagi yang akan mendapat hidayah...
Teratak Usang
kakzakie..alhamdulillah..
ReplyDeletesungguh terharu membaca kisah pertama..semoga dia dilindungi dan akan mendapat yang terbaik dalaam hidupnya
yg 1st tu kesian...smoga dia dapat buat SPM dengan baik...dpt masuk u..duduk kolej dengan muslim..dan dapat amalkan Islam sepenuhnya...
ReplyDeletealhamdulillah..bertambah saudara baru, tersentuh hati saya baca entri akak......
ReplyDeleteAlhamdulillah .. terharu lady membaca kisah ini.. semakin ramai mendekati Islam.. tetapi sedih orang Islam sendiri semakin menjauhi tatacara Islam.. :(
ReplyDeletedi sekolah mama pun, budak tu masuk islam tanpa pengetahuan ibu bapa, ambil subjek agama dalam spm,.. lepas spm masuk U duduk dengan klrga angkat mendalami islam.. betapa indahnya islam, so umat islam mestilah rasa terpanggil untuk jd model agar orang lain tertarik dengan keindahan islam, insy..
ReplyDeleteAlhamdulillah...terharunya kak Zai baca.
ReplyDeleteKenapalah umat islam khasnya budak2 sekolah selalu menyepikan diri dari kuliah atau ceramah2 yang diadakan di masjid atau disurau.Ramai juga dikalangan kita yang tak menjalankan kewajipan sebagai orang islam.
@ Hidayah Allah telah diterima mereka milo
ReplyDelete@ aimie amalina: Mereka atelah dipilih oleh Allah, beruntung mereka kan mimi
@ cinnamon.com: Kehidupan meeka berubah tanapa kita duga. Syukur dgn hidayah itu
@ Rina Avaiol: Dalm keterharuan kita jua bersyukur kan rina
@ ariana: Melihat istiqamah mereka kita akan terharu dan mohon moga melihat mereka iman kita bertambah kental
@ Penjejak mimpi: Itulah Sue... kmereka yg baru mengenal Islam berusaha bersungguh-sungguh, harap kita gandakan keimananan kita
@ Tihara: Mengharap begitulah moga kita jadikan ia sebagai pengajaran
@ Afida Anuar: Terjentik hati kita bila melihat situasi begini kan Fida..
@ eelobor: Kita doakan saudara kita yg sedia Islam dan belum terbuka hati kembali segera mencari sinar yg lebih baik
@ mama aini: Alhamduulillah
@ Ann Ishak: Menjadi tanggung-jawab kita pula menberi contoh terbaik Ann
@ Iza Teratak Usang: Kalau ikutkan yg no.3 tu kaya tanpa diduga nur dan hidayah diterima olehnya Iza
@ Acik Erna: Hingga kini pengislaman dia belum di register Acik. Sebab dia perlu ibu-bapanya lagi utk support pembelajarannnya
@ Munnafendy: Itulah yg dia dan jemaah tempat kakak harapkan
@ Aein not Alien: Menjadikan semua ini utk kita lebih bermuhasabah dik
@ Ladybird: Moga tidaklah kita menjadi semakin lalai sebaliknya semakin kuat
@ aimaniman: Kakak harap cikgu budak yg kakak kisahkan juga dapat seperti yg cikgu perkatakan itu
@ Zaitun: Sebab itulah kak zai menjadi tanggungjawab ibu-bapa didik anak sedari kecik. Kalau dipupuk dari kecik kakak percaya ia akan jadi amalan hidup...
Alhamdulillah syukur..moga hidayah itu akan berpanjangan sepanjang hayatnya..
ReplyDeletememang terharu..
alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah....
ReplyDeletepernah jugak ada pengalaman sedang buat ziarah rumah ke rumah orang islam, tiba2 ada orang beragama hindu menyerah diri kata dia nak masuk islam..
bagi saya, bila seorang muallaf masuk islam, kena ada follow up atau bimbingan yg sewajarnya.. supaya dia benar2 dapat menghayati islam dan kekal dalam agama islam..
sungguh, mahal harga sebuah hidayah..
asslamualaikum kak...
ReplyDeleteterkedu bila baca... orang lain terpaksa mencari hidayah, kita pulak slalu anggap kita dah dapat hidayah
alhamdulillah..terharu ati kak
ReplyDeletetapi memang bab nk mengajar ini kena
serah pada yg lebih mahir
ati pun masih banyak yg kurang
selamat menyambut tahun 2012 kak zakie sayang!
jumpa lagi tahun depan di maya :)
alhamdulillah....
ReplyDeletehttp://tunzhotspot.blogspot.com/2012/01/dekatkah-kita-kepada-pencipta.html
Allah maha besar.. semoga mereka ditetapkan iman.. aminnn..
ReplyDelete@ sal: Membuka hati dan mata kita juga betapa besarknya kekuasaaan Allah sal..
ReplyDelete@ Mak Su: Syukur padaNya
@ fuad ansari: Betul fuad... hidayah Allah diberikan jauh dari jangkaan kita.. ALhamdulillah tempat perumahan kakak masih ramai lagi yg berusaha menjadi pembimbing selain menyalurkan ke pihak yg dipertanggung-jawabkan. Tanpa tauliah kita pun akan didakwa... oleh itu kemampuan penduduk sekadar membuat follow-up dan membantu apa yg patut
@ cemomoi: Wa'alaikumsalam cemomoi. Bila merasa seolah-olah ilmu dah penuh di dada selalunya membuat kita lupa... moga tidak pada kita
@ Ati Masrif: Walau mahir pun ati negara kita ada undang-undang tidak membenarkan kalau tanpa tauliah diberi... Selamt tahun baru juga Ati
@ eda_ej: Sungguh kehendak Allah tanpa kita ketahui. Maha besar Allah..
syukur alhamdulilah..sangat menyentuh perasaan bila dengar cerita2 mcm ni
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteSeronok baca kisah ni..
terasa diri cukup hina..
ReplyDelete@ Sarah Syazwani: Boleh menjadikan diri kita lebih bermuhasabah sarah
ReplyDelete@ Cik Shinju: Perubahan umat manusia menjadi lebih tawadhuk Yun
@ Mimi Jazman: Insya-allah jadi pemangkin menjadi lebih baik...