Petang 31-12-2011 ketika sedang berkemas beg-beg baju untuk menuju ke rumah kakak aku, panggilan dari Ayu Citarasa Rinduan menjemput kami sekeluarga untuk makan malam bersama. Maaf sungguh kerana jemputan Ayu tidak dapat kami penuhi kerana 01-01-2012 ada majlis pertunangan anak gadis kakak aku. Petang itu kami bertolak dalam kegelapan mendung pekat tetapi terpancar sinaran mentari dan fenomena itulah yang membuat anak-anak teruja dapat menikmati keindahan alam. Lakaran pelangi indah di kaki langit terbentang jelas di Senai-Desaru Expressway. Tapi keindahan itu kemudian hilang ditelan hujan yang turun mencurah-curah hingga pemanduan terpaksa diperlahankan.
Maha besar Allah - Indah pelangi yang telah lama tidak dapat kami nikmati.
01-01-2012 - Majlis disempurnakan petang semalam. Perbincangan dibuat dan yang nyata tahun ini akan ada dua majlis pernikahan berlaku dalam keluarga kami. Satu anak bujang kakak Uda aku di Muar dan satu lagi anak gadis kakak yang ini.
Majlis - Beberapa gambaran ketika majlis pertunangan berlangsung.
Atuk dan nenek - Bapak dengan bibik juga gembira dihari pertuangan cucunya.
Atuk dan nenek - Bapak dengan bibik juga gembira dihari pertuangan cucunya.
Senja 01-01-2012 - Petang lebih kurang jam 6:30 petang kami bertolak pulang. Pemanduan lebih lancar kerana tidak banyak kereta di lebuhraya walaupun gerimis. Menyaksikan keindahan alam sekali lagi ketika berada di jambatan lebuhraya. Mentari yang hampir terbenam di ufuk barat menandakan menjelang maghrib jarang benar dapat dinikmati. Ketika lalu di surau taman perumahan kami kelihatan jemaah sedang bersolat maghrib. Kami sudah lewat....
~~Dalam kata segala keperluan sekolah anak-anak telah lengkap surat terbaru dari pihak asrama sekolah Yasmien tertera cadar dan sarung bantal ada dalam senarai. Esok aku bercuti kerana menghantar Nurienne ke asramanya dan petang bolehlah aku menjahit sekejap. Pendaftaran Yasmien pada 09-01-2012.~~
Selamat dah bertunang...
ReplyDeleteTahniah dapat keluarga baru...
selamat bertunang buat anak saudara akak ..
ReplyDeleteaah kak cuaca skrg memang x menentu , nak2 di pantai timur nie .. skrg nie tgh hujan lebat .. perut ashik lapoor je ;)
selamat bertunang pd anak saudara..lps ni sibuk dgn kerenah anak2 sekolah pulak..yg tggl di asrama,bercinta nak balik asrama..
ReplyDeleteselamat bertunang pada anak sedara akak tu..kak, tu jambatan yang besar tu kan kak..suami saya boleh gayat lalu kat jambatan tu tempoh hari masa nak ke desaru..
ReplyDeleteselamat bertunang utk ank buah kakzakie..tahniah,akan bertambah lagi ahli keluarga !!..esuk dah start sekolah semula..sibuknya kakzakie ya..
ReplyDeleteSelamat bertunang :)
ReplyDelete**saya dah lama tk tgk pelangi..
selamat bertunang...
ReplyDeletetahun 2012 ni bermulanya sesi sibuk sy menguruskan anak2 sekolah kak..
dah 2 org.mencabar jugak ekk...
lagi mencabar sy..transpoot tak nak ambik pagi coz katanya rumah sy jauh..dia malas nak pusing..boleh mcm tu..pastu harga ambik utk balik jer sama mcm pegi balik...geram betul sy...ini kira luahan perasaan la jugak ni..sori & tq kak...
Lepas ni dapat anak saudara baru la yer kak! selamat bertunang buat pasangan, moga dipermudahkan Allah segala urusan ke jinjang pelamin nanti, insyaAllah...
ReplyDeletetahniah mendapat ahli keluarga baru..semoga diberkati Allah swt
ReplyDeleteslmat bertunang.ala...nk jgk.wuuuu
ReplyDeletesubhanallah...pelangi dan reflectionnya jatuh di atas jalan - sangat cantik! saya tak pernah jumpa lagi!
ReplyDelete*
selamat tahun baru akak. harini keje eh? hihihi~
Selamat bertunang buat anak saudara kakzakie.
ReplyDeleteSelamat tahun baru buat kakzakie sekeluarga.
salam kenal kakzakie...kenal dari blog ieda :)
ReplyDeletesalam kakzakie,
ReplyDeletesalamat tahun baru....
selamat bertunang utk anak saudara,semuga dipermudahkan segala urusan pernikahan nanti.
Selamat bertunang buat pasangan ini, Kejap je anak2 nak mula bersekolah ye kak zakie, mmg rasa sunyi kalau mereka dh balik asrama, tp Bangga dgn pencapaian mereka
ReplyDelete@ xiiinam: Alhamdulillah. Terima kasih cikgu
ReplyDelete@ ieda: Kalau cuti cuaca sejuk itulah asyik nak ke dapur ye ieda:)
@ cinnamon.com: Kena kerah berkemas buat sikit-sikit memang nampak malas nak balik asrama
@ Huda: Terima kasih Huda... jambatan tu kecik sebab itu suami Huda gayat:)
@ mama aini: Esok pagi hantar yg sulung balik asrama masuk tingkatan 4. Petang jahit cadar/sarung bantal buat yg no.2 (baru dapat surat - nasib tarikh daftar pada 9hb)
@ Tihara: Terima kasih. Kakak pun sama sebab itulah siap ambil gambar lagi
@ Sharifah Nadzarah: Habis tu macam mana dia ke sekolah SN? Pagi bolehlah hantar, tapi sekolah agama petang macam mana? Kesiandia...
@ Afida Anuar: Doa kami begitulah. Jangkaan pertengahan tahun inilah mereka disatukan
@ Sarah Syazwani: Mudah-mudahan SZ...
ReplyDelete@ arelan: Hm... duit dah cukup, pasangan ada, apa nak tunggu lagi dik?
@ gadisBunga: Memang cantik GB. Masa itu gelap sungguh sebab nak hujan tau... tapi pelangi membahagi antara yg gelap dgn terang - cantik
Johor 1 Jan tak declare public holiday sebab itu kami kerja huhu:(
@ Zaitun: Terima kasih kak Zai
@ ZalinZalina: Nama sama dgn adik kakak. Terima kasih sudi ke sini. Salam kenal & tahun baru dari kakak
@ Rozila: Terima kasih Rozila, mudahan-mudahan hendaknya
@ ajumohit: Terima kasih aju. Anak kakak pun sederhana saja. Yg sulung tak dapat 9A pun sekadar 7A saja. Kesian dia... tapi kami redha.
tahniah...selamat bertunang
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteBaru masuk tahun baru, dah ambil cuti .....biasa lah tu dgn urusan sekolah anak2 ... Teringat cerita lama, masa dulu2 tunggu luar kelas semasa anak masuk darjah satu ... sekarang ini benda2 macam ni dah jadi sejarah utk LF dan isteri.
Syukurkah majlis berjalan lancar.. Di sek Nur baru selesai pendaftaran pelajar Tingkatan 1 pagi tadi.
ReplyDeleteseronok kan... dulu kecik, sekarang dah bertunang dah.
ReplyDeletekak zakie ku sayang..
ReplyDeletewahhhhhh..
bestnya tarikh pertunangan sama dgn hari ulang tahun kelaahiran en zalie..
hehehhe
en zalie kirim salam..
dia kata, thanks atas ucapan..
kak.. nanti syer ttg persekolahan budak ya..
pasti kak sibuk 2,3 hari ini
mudahan semuanya dipermudahkan
Selamat Bertunang...
ReplyDeleteBapak akak dah ade cicit belum?
seromok tgk org bertunang
ReplyDeletemengejar pelangi takan dapat
ReplyDeletemengejar cinta ati insyaallah diberkati... moga ke jinjang pelamin
selamat menempuh alam pertunangan yang agak2 mencabar jugak...semoga banyak bersabar ye
ReplyDeleteSelamat bertunang kepada anak2 saudaranya...
ReplyDeleteselamat menghantar anak ke asrama..kita sebagai ibu bapa memang sgt prihatin dgn keperluan anak2 yee..apa je yg dikehendaki pasti ditunaikan sebelum balik asrama..moga mereka menghargai kepayahan kita menyediakan itu dan ini demi kasih syg kita..begitulah juga saya yg balik asrama pagi ni..
salam kak zakie.
ReplyDeleteseronok kak zakie ramai saudara mara. selamat bertunang anak saudara akak zakie. meriah majlis tunang, hantaran pun banyak.tak lama lagi anak kak zakie semua dah bersekolah , mesti kak zakie sibuk sikit, sama cam cik ina dah terasa kesibukannya firdaus sekolah.
selamat bertunang bt anak sdara akak...
ReplyDeleteseronok kn nk tmbh ahli kuarga...
lmbt lg yek kak nurienne msk sekolah.. utk akak selamat mengurus2kan sume ye..
salam....kak,
ReplyDeleteselamat bertunang buat Nurawirda dan Joe...
moga Allah swt memudahkan semua urusan..:) amin.
terima kasih kak atas pandangan akak kat komen entri ema...ema hargai sangat...
ReplyDeletesungguh indah panorama itu..
seronok sgt bila dpt menikmati keindahan ciptaan Allah.. selamat bertunang utk anak buah akak.. selamat tahun baru utk akak sekeluarga..
ReplyDeletepelangi tu cantek..
ReplyDeletetahniah nak dapat anak buah.. semoga ikatan pertunangan berakhir ke jinjang pelamin.. aminnn..
selamat bertunang..
ReplyDeletesungguh cantik pelangi..
7 warna..dulu2 ingat time kena hfl warna plangi
cantiknya pelangi... :)
ReplyDeletehmm...tul kata akak...jarang nak nampak pelangi sekarang ni... :)
selamat tahun baru.. :)
tahniah buat bakal pengantin...
ReplyDeletenomi pun baru balik dr majlis pertunangan sepupu di marang tengganu...
tahniah utk mereka berdua....
ReplyDeletemasa mula-mula baca td ingatkan ayu tu kakak kak zakie..hehe...
sedapnye nama yasmien =)
ReplyDeleteeh, slmt btunang utk anak sedara.. =)
Assalamualaikum kakzakie..Tahniah! nak terima anak sedara menantu baru lah ye...
ReplyDeletesempat lg capture gambaran menarik ciptaan Tuhan yg Maha Esa...bagus tu , sambil duduk sesaja..perhatikan kebesaranNYA dan sentiasa bersyukur ttg kebesaranNya.
gambar2 ohsem..pndai akak snap gambo dr dlm kete..yana tk pndai...
ReplyDeletetahniah buat bakal pengantin..semoga berbahagia...
alhamdulillah :)
ReplyDeleteselesai majlisnye ye :))
seronoknye dismping melihat keindahan DIa kan kak :)
@ My Little Diary: Terima kasih rima
ReplyDelete@ luahfikiran: Begitulah Dato'. Akan tiba masanya kakak pun jadikan semua ini sebagai nostalgia dlm hidup kelak
@ Nur-nba: Tapi anak kakak pendaftaran tingkatan satu minggu depan nur
@ Mak Su: Itulah menandakan kakak pun dah semakin tua hihi...
@ Citarasa Rinduan: Sibuk benar kakak sekarang nie Ayu. Lain di pejabat, keluarga dan anak-anak sendiri. Itulah dia hidup kan Ayu...
@ Cik Shinuju: Kakak sekarang dah jadi nenek Yun... tentulah bapak dah ada cicit.
@ Imanshah: Sabar cikgu... akan tiba masanya cikgu pun juga
@ cemomoi: Cinta hati telah digapai tinggal menanti saat diijabqabulkan. Mencari sinar pelangi itu yg jarang kelihatan
@ Ann Ishak: Tak boleh lama-lama Ann. Itu yg semua pihak setuju disatukan segera
@ sal: Heee... sal pun balik asrama juga ye. Mesti penuh bonet kereta dgn barang keperluan:)
selamat bertunang....
ReplyDelete@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Keluarga kakak memang ramai sebab adik-beradik pun dah 8 Cik Ina... Anak-anak sekolah mula minggu depan tinggal satu di rumah. Macam Cik Ina tinggal Firdaus yg tinggal sama
ReplyDelete@ norhidana: Nurienne dah sekolah hari ini. Semalam dah balik. tapi Yasmien minggu depan baru pergi daftar dan terus sekolah
@ Sekamar RIndu: Wa'alaikumsalam SR. Terima kasih ucapan diberi.
@ MamaEma: Sekadar memberi contoh anak kakak Ema. Panorama alam yg jarang dapat dilihat Ema
@ Hanis Azla: Terima kasih Hanis. Selamat tahun baru juga buat Hanis
@ eda_ej: Moga-moga begitulah yang dikehendaki
@ noor: Dulu kakak guna singkatan Mad Jenin Ke Hutan Bawa Nasi Ulam (merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu) pandai kan cikgu kakak:)
@ nabila_2908: Betul kan susah nak nampak pelangi sekarang.
@ adarnadzmie: Masa cuti mesti kalau tak majlis nikah ada majlis tunang
@ aanie: Terima kasih aanie. Hihi... ayu yg adik kakak (adik dlm alam maya aanie)
@ Munnafenddy: Alahai munna biasa je. Terima kasih ucapan diberi
@ PCL: Anak sedara menantu hihi... moga tercapailah tahun ini PCL.
Nikmat panorama indah Allah beri pada kita PCL
@ Maya Mayana: Alahai Yana... kakak pakai camera cokia je janji ada gambar sebab kakak tak ada skill macam Yana.
@ aimie amalina: Selesai sudah tinggal menangi masa mereka utk disatukan mimi.
Salam kak zakie..slmt bertunang kpd anakbuah akak.semoga bahgia hingga ke jinjang pelamin
ReplyDeleteSELAMAT TAHUN BARU 2012!!
awal awal tahun ni sibuk tak hengat la akak ye?
ReplyDeletesubhanallah~ cantik sangat!
ReplyDeletebertambah besar la keluarga akak~
@ eelobor: Terima kasih ee
ReplyDelete@ azatiesayang: Wa'alaikumsalam zatie. Itulah haraan keluarga kami
@ Orlando Ahmad: Awal tahun kakak memang busy sesangat. Banyak minit meeting kena compile dan report utk sykt sebelum pengagihan bonus
@ dhiera: Keindahan pelangi dan mentari difuk barat amat indah kan dhiera