Thursday, March 8, 2012

Kasih yang datang dari Christchurch

Semalam aku bercuti kerana follow-up masalah sakit perut aku yang berlanjutan. Namun pada hari semalam jugalah aku mendapat perkhabaran gembira kerana sebaik pulang dari hospital aku menerima sepucuk warkah indah dari Christchurch hingga membuat hati benar-benar terharu.

Ungu sampul indah sekali
titipan pengirim sahabat maya
terharu sungguh hati ini
kerana ku tahu siapa pengirimnya

Mieza-POSCODE 7647 bagaikan tahu diriku ini
ciptaan Allah diaplikasikan
menjadi potret indah sekali
di dinding pejabat ingin ku abadikan

Pink, kuning dan putih warnanya
menambat hati yang melihat
walau sekadar di alam maya
kasih terpaut hati tertambat

Jazakumullah itu yang terucap
moga ada balasan Allah
dikejauhan ini kakak berharap
Mieza mendapat mawaddah wa rohmah



~~Bila mendapat sesuatu dari teman alam maya hati akan diusik rasa terharu yang sukar digambarkan. Biar jauh di mata namun ingatan bagai pernah bersua muka.~~


53 comments:

  1. besnyer... indahnya sebuah ukhwah (^___^)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Persahabatan tanpa sempadan.

    ReplyDelete
  3. x sihat lagi ek kak...smoga cepat smbuh dan dipermudahkan apapun yg akan dilakukan hari nie..

    wah bestnya...mmg betul kak..kdg2 rakan alam maya lebih mmahami dan lebih ikhlas dgn kita :)

    ReplyDelete
  4. seronoknya kak... semoga persahabatan berkekalan...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..kakzaakie tak sihat lagi ke....ida doakan mudah2an saat ni kakzakie dah ok...

    kecil atau besar hadiah daripada sahabat tetap memgembirakan hati kita kan...

    ReplyDelete
  6. indahnya sebuah persahabatan...:)

    ReplyDelete
  7. semoga akak cpt sembuh yer

    mmg rasa terharu bile kwn alam maya mengirimkan sesuatu... rasa persahabatn itu sgt i ndah

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah
    mesti senyum je ni =)

    ReplyDelete
  9. saya nak pegi christchurch. teringin!

    *sakit perut dah ok ke kak?

    ReplyDelete
  10. wah jauh dtgnya kak dr obersi hehehhe...
    cantik bunga tuh kan!

    ReplyDelete
  11. Seronokkan kak dpt kiriman dr sahabat maya,dulu2 waktu sklh selalu jugak bertulis2 surat berkenalan dlm majalah ke apa tp skrg dlm alam maya jekan....

    ReplyDelete
  12. bestnya kak....jauh terbang tu....

    akak dah sembuh ke?

    ReplyDelete
  13. wow...best best..akak dh masuk keje ke? mcmana dgn perut akak tu?

    ReplyDelete
  14. sya suka kumpul stem, sampai sekarang masih lagi di hobi yang satu tu ;p

    ReplyDelete
  15. wah kak! bestnyeeee... indah sungguh persahabatan ni. kan!

    ReplyDelete
  16. semoga cepat sembuh kakzakie ya..

    seronok mendapat buah tangan dari orang jauh kan..

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum kakzakie

    Semoga kakzakie segera sembuh daripada sakit.

    Kak werdah sering jengah kakzakie di sini membaca setiap N3 namun kekangan masa (pinggang) hanya sesekali drop tanda kat sini..

    Keindahan alam ciptaanNya menggambarkan betapa jamal, kamal dan jalal Allah SWT.. dimintaNya kita memerhati, bertafakkur dan bertazakkur.. dijadikanNya tidak sia-sia..

    Indahnya hubungan ukhwah maya ni kan!

    ReplyDelete
  18. ALLAHUAKBAR...Besarnya erti sebuah persahabatan di alam maya

    ReplyDelete
  19. saya doakan akak sihat seperti biasa..aminn

    alhamdulillah seronoknya kak dapat hadiah dari jauh :)

    ReplyDelete
  20. Nilai Persahabatan itu tiada jisim ukuran kan kak...tumpang seronok dgn ukhuwah ini....

    ReplyDelete
  21. semoga ikatan persahabatan alam maya tu kekal kan kak...:)

    ReplyDelete
  22. wah bestnya kak..semoga ikatan persahabatan di alam maya akan terus berkekalan..ada rezeki leh jumpa di alam realiti pulak kan..

    ReplyDelete
  23. waaahhh...rajinnya akak poskod (lupa nama) pos gmbr2 ni kat kawan2 blogger kan...bertuah kak zakie dapat =)

    ReplyDelete
  24. berada beribu batu tak bermaksud kita tak boleh bersahabat kan kak??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. betul la kak.. setuju ngan akak.. walau x pernah bersua muka tp bila berblog nih terasa kawan2 sumer dekat di hati.. :)

    ReplyDelete
  26. bestnya akak..misti hadiah tu blh buat akak lupakan seketika sakit perut akak kan

    ReplyDelete
  27. alahai... syukur.... =')
    begitu ukhwah yang terjalin di alam maya.. terkesan lubuk hati...

    ReplyDelete
  28. moga akak cepat sembuh..alhamdulilah..moga jalinan ukhwah kekal berpanjangan..

    ReplyDelete
  29. seronoknya kak..jauh datang tu.. :)

    ReplyDelete
  30. alhamduillah...tumpang gembira :) sejak jd blogger ni sahabat2 lia pun makin bertambah..rasa seronok sgt wlu pun ramai yg x penah bersua muka...

    ReplyDelete
  31. Bestnya kak..syukur atas ukhwah ini...

    ReplyDelete
  32. memang terharu kan kak
    bila dpt hadiah dari kawan .. nak2 kawan di alam maya nie .. terharu toksah cakap lahh ;)

    ReplyDelete
  33. bagus kan blogging nie?
    acu pun dapat kawan dari sempadan luar juga...seronok sangat :)

    ReplyDelete
  34. bestnya...nak jenguk blog dia lah..

    ReplyDelete
  35. Salam kakzakie :)
    Jom kita pergi tempat Mieza..

    ReplyDelete
  36. pernah gak mendapat beberapa hadiah kenangan seperti key chain atau juga FM dari teman blogger.... terharu kerana di hargai persahabatan walau secara maya

    ReplyDelete
  37. semoga akak cepat sembuh ye..Amin..

    bertuahnya badan akak...ramai kawan :)

    ReplyDelete
  38. Salam.
    Canteknya setem2 dia...dulu mama kumpul setem2 merata negara.
    Mama memang teringin dgn NZ, negeri yg sgt cantik alamnya. Dia dr blog mana ya?

    ReplyDelete
  39. Mcmmana nak hilangkan tulisan2 yg berbagai kat ruangan komen di blog mama?

    ReplyDelete
  40. Seronoknya....semoga prshbatan yg dibina berkekalan..

    Semoga akak cepat sembuh.....

    ReplyDelete
  41. dari jauh tu. bestnya kak zakie, ada orang jauh yang masih mengingati kak zakie. Semoga kak zakie cepat sembuh ye, jangan lupa makan ubat.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum kakzakie,

    Alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdullilah.

    Semuanya dari Allah tiada satupun dari saya...semoga kakzakie dan keluarga sentiasa dirahmati Allah sentiasa. Senyum saya melebar di pagi Jumaat ini:)

    ReplyDelete
  43. satu jek yang sy suke dalam entri kak zakie ni.. stem... :)

    p/s muge da ok sakit perut tu..

    ReplyDelete
  44. Begitulah perasaan terharu bila mendapat apa jua dari teman sesama blogger. Terharu dan gembira bukan kepalang.

    Terima kasih kakak ucapkan pada eeiyss, huda, kakcik, sisdee, Hanis MY, Nini D, Nyanyisunyi, norhidana, Arif Fazdilah, cheqna, gadisBunga, noor, Nazayiena, wahida, aanie, miloais milo (kakak tak boleh masuk blog milo - sedih), amirah, kasihibu, aliesha kirana, Mokcik Azwa, Werdah, Sahromnasrudin, Tihara, Cikgu Ma, Eye-Nee, Amy Syaquena, Papa Mifz, Munnafendy, Azhan Strider, ct rahani, Rina Avail, Kella, Tiramisu Fatiema, Aien not Alien, Mamamya, Ladysirna FA, ieda, @cu Sayang, Fatin Marz, Deru Ombak (jauh nak ke sana Kak Ya), eelobor, Maya Mayana, Mama Ju (Kak Ju kena pergi setting and masuk ke pop-up buang word verification tu), Mulut Payau, Cik Ina DDC, Mieza (sungguh ingatan itu akan kejap dalam ingatan kakak Mieza) dan Penjejak Mimpi (dah banyak setem sue mestinya).

    Terima kasih semuanya atas segala komen yang diberikan. Moga ikatan ukuhwah sesama blogger akan berkekalan...

    ReplyDelete
  45. Tertinggal keretapi komen sy ni kak, dah komen yg 50++ dah. Hebat blog kak zakie ni..

    Apapaun kak, mmg terasa manisnya ukhuwah antara kita walaupun hanya di alam maya.. Semoha jalinan berpanjangan.. :D

    ReplyDelete
  46. seronoknya..
    beginilah indahnya persahabatan!!!

    ReplyDelete
  47. Kalau ikhlas, tak bersua muka pun boleh rasai indahnya ukhuwah tu kan kak..:)

    ReplyDelete