Majlis maulidurrasul di surau taman perumahan kami berlangsung pada 03-03-2012. Ada yang menyebut maulud dan ada juga yang menyebut maulid. Kalau mengikut bahasa arab maulud sebenarnya bererti bayi atau anak dan maulid adalah hari kelahiran. Tidak mengapalah apa yang penting kita faham maksud sambutan adalah tanda kasih dan sayangnya kita pada baginda. Selepas solat maghrib hari itu masing-masing mengisi perut dengan nasi beryani lengkap dengan segala lauk-pauk. Kehadiran kariah bukan setakat taman perumahan kami tetapi melewati beberapa buah taman bersebelahan
Anak tadika - Inilah acara paling aku sukai. Persembahan nasyid dari anak-anak tadika. Anak lelaki berbaju maroon yang berdiri di tengah itu sangat keletah. Kerana terlalu bergaya hingga lace biru di songkok pun boleh tertanggal. Tapi suaranya amat merdu mendayu-dayu sebab itulah dia dipilih mengetuai kumpulan tersebut.
Uztaz Mohamad Rifqi - Berasal dari Kelantan. Menjadi imam solat isya' kami malam itu. Bersuara lantang, bijak menarik pendengar sehingga anak-anak yang sibuk berlari pun boleh terdiam dan turut masuk ke dalam untuk mendengar syarahannya. Aku puji segala intipati syarahannya meliputi segenap golongan dari bayi hingga golongan tua. Banyak sunnah-sunnah rasulullah dibentangkan malam itu untuk diaplikasikan dalam hidup kita.
Jam 11:00 malam - Majlis bersurai. Sedih sahabat sebelah taman perumahan aku kehilangan selipar. Ustazah Alawiyah mulanya berkata tidak mengapa dia bersetokin saja. Namun aku tidak sampai hati. Mahu diberi selipar aku tidak muat sebab kaki aku sedikit kecil lalu aku beri selipar hubby kepadanya. Masih ada lagi kes begini di malam mencari amal namun kami menganggap mungkin tidak sengaja
~~ Ada petua buat para suami untuk menghilangkan stress kata uztaz Rifqi. Ini juga merupakan sunnah rasulullah. Berbaringlah di peha isteri seketika. Selain mendapat kelegaan dapat ganjaran pahala. Mudah bukan? Tetapi janganlah si isteri membebel sewaktu suami merebahkan kepala kerana ia akan menambah lagi serabut di kepala.~~
~~ Ada petua buat para suami untuk menghilangkan stress kata uztaz Rifqi. Ini juga merupakan sunnah rasulullah. Berbaringlah di peha isteri seketika. Selain mendapat kelegaan dapat ganjaran pahala. Mudah bukan? Tetapi janganlah si isteri membebel sewaktu suami merebahkan kepala kerana ia akan menambah lagi serabut di kepala.~~
saya pelik mmg perkara hilang selipar blaku tiap kali ke masjid atau surau..sedih kat umah Allah masih ada pnjg tangan :(
ReplyDeleteoh asben suka baring atas riba saya klu letih hehehehe
seronoknya sambutan maulud kan..samalah ngan sisdee suami pun suka baring kat riba saya..hehe
ReplyDeletecomelnyaaa cik abg tu kak..dh terbayang dah suara yg comei menyanyi nasyid..hai la, mesti ada je lagi yg hilang selipar kalau ke surau/masjid...meriah sambutan nya ye..moga usaha2 mcm ni dpt terus kukuhkan kecintaan kita pd Rasulullah..
ReplyDeletebahasa arab...kekadang jumlah perkataan sama cuma baris yang berbeza pun boleh memberi makna yang berlainan. selain daripada maulid & maulud, antaranya seperti rojulun & rijal, waladun & walid, dan byk lagi....
ReplyDeletekepala saya berat peha bini saya kecik~~camna? he~~
ReplyDeletemeriah sngt nampaknya tu kak zakie. Kpah suka tengok keletah anak anak buatnpsembahan. Tak sempurna tapi amat mghiburkan
ReplyDeleterindu nk join acara maulidur rasul kt kg...seronok nyer...
ReplyDeleteaduh la sampai boleh ilang selipar...agaknye ada budak2 bt main kot hehehe
wewewe...akan dipraktikkan satu hari nanti insyaAllah....hihi
ReplyDeleteagknya ada yg tertukar selipar kot, mungkin design lebih kurang sama...
Assalamualaikum kakzakie..
ReplyDeleteMeriah sungguh majlis penuh dgn aturcara. Alhamdulillah.
comel nya group nasyid tu
ReplyDeletenampak meriah je majlis :)
As-Salam KakZakie...
ReplyDeleteAlhamdulillah...meriah acara sambutannya yer kak..telatah anak2 seumur itu mmg menghiburkan...selalunya saya yg suka berbaring dipeha suami....
kalo mcm tu bila Nini stress nak tumpang baring natas peha dobot kejap...mana tau kot boleh ok.. :)
ReplyDeleteTak penting apa bunyinya. Asalkan sambutan nya dapat dijalankan..
ReplyDeletesuka betul tgk kids yang tome2 tu..he
msti thibur tgk anak2 nyanyi nasyid tu..comel jer
ReplyDeleteMeriah sambutan maulud di Taman kakzakie...
ReplyDeleteElok2 suami nak bermanja, bila isteri berleter terus bertambah sakit kepala! :)
ReplyDeletealhamdulillah...minggu lps pun ada majlis sambutan maulud nabi dibuat di tempat keje suami.. seronok mendengar syarahan dari uztaz jemputan n kebetulan dia juga ada menyebut ttg petua hilangkan strees tu.. :) katanya di ambil dari sebuah buku yg bertajuk "romantiknya rasulullah" (lia nak cari buku ni... :D)
ReplyDeleteRebahkan kat paha je dah hilang stress... hehehe...
ReplyDeletekat tempat macam ni pun ada lagi yg panjang kaki duk curi selipar org....
ReplyDeletekak, thanx...baru tahu pasal petua tu...nanti blh la amalkan....
yang hilang stress tu memang betul kot sebab TGNA pon cakap dia slalu wat gitu.hehehe...lama tak join sambutan maulidur rasul ni.hmmm
ReplyDeletealhamdulillah semoga majlis maulud seperti nie akan berterusan.
ReplyDeletesemoga majlis ini mendapat berkat dan inspirasi untuk generasi muda meneruskan hingga akhirnya..
ReplyDeletemeriahnya...makanan pon sedap tu
ReplyDeletemeraih sambutan maulud nabi kat surau tempat akak yer...ramai pulak tu...:)
ReplyDeletesian akak yg ilang kasut...
ala....saya takdek asben la nak dimanja-manja....kihkihkih!
ReplyDelete*meriah betul sambutan maulid nabi kat tempat akak.
untung sapa dah kawin, senang nak hilangkan stress.hehehehehe
ReplyDeletecomel betul budak2 tu kan kak zakie
meriahnya maulud kat tmpt kakzakie ni...nasi berani gitew...
ReplyDeletehilang selipar perkara biasa...suami gak selalu trkena...padahal selipar buruk je.
Ustaz Rifqi tu ialah kawan satu sekolah mak saya (masa mak saya mengajar dulu di Tmn Universiti, Skudai). Dia imam no.3 kat Masjid Tmn U...mmg selalu jugak saya dengar ceramah/tazkirah dia yg selalu buat kat masjid Tmn U ni..mmg best..
ReplyDeletebanyakkan sunnah nabi yang kita dah buat tapi tanpa disedari.. hurmm ..thanks kak, nice entry :)
ReplyDeleteSelain dr kehilangan duit tabung, kehilangan selipar disurau/masjid ni satu lg fenomena..huhu
ReplyDeletePetua hilangkan stress suami tu..tak silap sama mcm tok guru Nik aziz kita cakap..mmg elok diamalkan ni..biasanya, Insyaallah wife tak marah..malah sukaa...:)
menarik tips ustaz tu kak..terima kasih
ReplyDeleteSalam Kakzakie,
ReplyDeleteBetul tu isteri patut kurangkan berleter bila suami di rumah. Kita penat dia bosan...
MERIAHNYA SAMBUTAN MAULID KAT SANA YE KAK....
ReplyDeletebesnya... sy suka mcm ni. Lama da x menikmati macam ni, dulu selalu ikut mak. Tunggu anak besarlah, nak bawak anak-anak sekali. InsyaALLAH
ReplyDeleteoo br nor tau maksudnya kak...meriahnya sambutan alhamdulillah. blk nanti xsbr nk bgtau petua nih hehehehhe
ReplyDeletemacam meriah jer majlis tu kak..beruntung sape yang datang..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
kakzakie..kehilang selipar macam dah jadi tradisi pulak kan..dimana2 saja negeri dalam negara kita ni..ade aje yang tersalah sarung selipar..ank2 acik dan suami pun kerap balik tanpa selipar.
ReplyDeleteseronoknya ada majlis macam ni kan..mungkin tak sengaja terambil kot
ReplyDeleteacara yang elok tapi masih ada berperangai tak elok, kalau yg betul2 mencuri semoga insaf, tapi kalau kes tersalah pakai, lain kali cek2 betul2 selipar yang dipakai tu agar tak menyusahkan org lain huhu...
ReplyDeletemajlis yg merapatkan silaturahim...
ReplyDeletetips tuh sy penah baca.. hehee
seronok la tgk aktiviti gini..
ReplyDeleteJadilah seperti kekasih..Allah...tak seperti pun..seakan-akan pun jadilah...mantop..
ReplyDeleteisteri akan berleter bila dia penat..tanpa dibantu oleh suami...
ReplyDeletejd suami kena ringan tulang..betul x akak..
wah meriahnyer kak...
ReplyDeleteseronok dengar ceramah ye, nak nak kalau suami pon ada sama sekali mndengarnya.. :)
sama plak hari sambutan maulidur rasul kt tpt saya kak.. lg best kalau ader perarakan kan kak..
ReplyDeletecomeila budak2 tecik nyanyi... suara menusuk jiwa... (^___^)
ReplyDeleterespon untuk n3 'terharu...' :hehe
dia baru nak blajaq... tolong support dia, kenaikan dengan kawan2 bloggers yang best2 kat dia (^___^)
aktif jugak surau taman akak ye..seronok tengok...
ReplyDeletekakzakie:
ReplyDeleteTang baring kat pangkuan isteri tu memang betul....
Dan ckLah pula, selalu cari lengan dan siku ckZahan kalau rasa stres...hehe
kakzakie... saya pulak yg selalu baring kat pangkuan suami, hilang penat bila suami usap rmbut dan kepala
ReplyDeletemeriah dan mewah menunya
cute je kak budak2 nie .. sehingga ke remaja lak tuu ada nasyid .. sure sedap nie ;)
ReplyDeletemajlis macam nie memang harus diteruskan , nak2 dlm bulan kelahiran nabi nie kan ..
salam k zakie ..
ReplyDeleteaby pun tertarik kt barisan adik2 kecik tu ..
psl selipar hilang tu ..
balik ke rumah berkaki ayam jer la ..
klu ambik org lain punya bermakna kita pun rupa juga ..
anak2 tu comel......
ReplyDeletekan best kalau dapat menghadiri majlis ilmu ni selalu kan kak
ReplyDeletewahh meriahnya.. siap persembahan.. emm baguslah kat tempat akak ni..
ReplyDeleteMeriah...ada nasyid bagai.
ReplyDeleteKak Zai pun pernah hilang kasut kat masjid,balik berkaki ayam,nasib baik naik kereta.
Sekolah anak saya tahun ni takde sambutan pun, kalau bab2 mcm ni susah nak buat, cuba kalau hiburan....laju je.
ReplyDeleteAbe zana payah nak baring kat riba sebab bini dia sibuk kehulu kehilir kt dapur. Tp nak cuba gak praktis sb dia selalu stress, cikgu la katakan.
suka dgr suara budak-budak bernasyid...
ReplyDeleteowh..sangat mudah caranya..
kalaulah ada video, saya nak tgk sgt keletahnya ketua kumpulan nasyid budak baju maroon tu...mesti comel...
ReplyDeletebetul tue, kak..
ReplyDeletesy dh byk kali dengar pasal petua tue dari pelbagai ustaz
Tomeinye dak2 pompuan tuu...
ReplyDeleteGeram nengoknye..
suka tengok kalau budak2 bernasyid..macam macam gaya..nyanyi sungguh2
ReplyDeletealaa comey nyer budak2 tu wat persembahan....
ReplyDeletebertuahnya rase dpt sama2 meraikan hari keputeraan baginda mcm ni kan...
... tapi kalau suami yang jenis baring tak duduk diam, isteri pulak yang stress! :p
ReplyDeletebab selipar tu macam pernah kena balik masjid sembahyang jumaat.... selipar murah tak hilang la pulak.... selipar yg mahal yang hilang... huuuu3x... anggapje la orang tersalah pakai....
ReplyDeleteada yg kata...kalau xnk selipar hilang...guna selipar yang cantik..bukan selipar biasa2...
ReplyDeletebukan apa...selipar yg biasa2 banyak di jual..mungkin tersalah ambil... :)
tp..ad juga yg nasihatkn sebaliknya..:)
sy jarang sertai majlis2 macam ni...
terimakasih brkongsi info stress..hehe
ReplyDeletenice info stress....
ReplyDeleteArea Majidee - Kg Melayu - Larkin tak putus-putus dengan majlis. Belah malam pun jadi sebab jadual penuh sangat
ReplyDeleteMohon maaf kerana semalam kakak bercuti. Bila bercuti langsung tak jenguk blog.N3 kakak ini sekadar tatapan mata dan membuka sedikit ingatan pada rasulullah.
ReplyDeleteTerima kasih buat sisdee, Huda, Amirah, eelobor, bujal (kepala aje dik bukan badan tau...), ibundo, norhidana, munnafendy, Deru OMbak, Acu Sayang, Eye_nee, Nini D, Azian Elias, Lyafrina, Nazayiena, kakcik, Mamamya, mama maman aka yana, aanie, arelan, Cik Jannah, redza, Cho Zila, adarnadzmie, gadisBunga (kena cari cepat dik), Fasihah Supian, zue, Daddy Ziyyad (Ust. Rifqi sampai sekarang masih mengajar di Tmn U doc.), ariana,Ladysirna FA, Kunang-Kunang, munna, Kayna, noor, Azlan Strider, Acik Erna, Ila, Hanis MY, Fatin Mraz, fieda, Arif Fazdilah, Sudais, ikatankasihku, ct rahani, eeiyss, suri solehah, ckLahxiiinam (macam tu sesama legalah cikgu), ibuintan (ok juga ibuintan sama-sama cari kelegaan), ieda, aby, Cik Lyndawawa, Ann Ishak, zie, Zaitun, zanafahmi (sesekali tak kan tak boleh zana), Mama Ema,wahida, sahromnasrudin, Cik Shinju, Tiramisu Fatiema, Cik Ecah, Zaza si fotographer, Kazman/Sue, nabila (kakak biasa pakai kasut bukan selipar), sal, dwaty dah empayar utama (makan nasi minyak tak berhenti kan hihi...)
Buat semuanya sekali lagi kakak ucapkan terima kasih. Mari berselawat ke atas baginda rasulullah saw.
meriahnya sambutan maulidurrasul kat tempat kak zakie. kat tempat cik ina belum pernah lagi cik ina nengok sambutan semeriah tu. comellah budak-budak tu buat persembahan nasyid.
ReplyDelete