Lihat dengan mata hati tapi jangan ikut perasaan. Itu kata hubby sebaik barang-barang diserahkan padanya. Bukan mudah untuk kita dipertemukan insan seperti ini sekarang. Hubby tahu keluarga ini layak menerima zakat harta kami. Melihat situasi rumah yang terlalu dhaif buat airmata ramadhan luruh. Si suami telah berusia dalam lingkungan 50an dan kodong sebelah kaki akibat kencing manis dan kelihatan sebelah lagi ada tompok-tompok hitam, isteri pula dalam lingkungan 30an (jodoh mereka usah dipertikaikan) bekerja sebagai pembersih di syarikat berdekatan dengan tempat hubby bekerja, anak berumur lima dan tiga tahun.
Ketika tiba si isteri tiada kerana bekerja lebih masa. Anak 'dijaga' suami yang terlantar. Istilah jaga tapi pada pandangan kami bagaikan terbiar. Makan-minum pun diuruskan sendiri. Bahkan anak yang berusia 5 tahun itulah yang membantu membuang najis si bapa. Si adik berbaju tanpa seluar. Anak itu tidak ada rasa malu berbanding kalau anak kita pastinya entah kemana bersembunyi bila ada yang melihat diri berbogel. Staff hubby yang malu tolong ambilkan dan sarungkan seluar. Mujur si anak tidak nakal atau berkeliaran keluar. Maha kaya Allah si anak tahu si ayah terlantar mereka hanya bermain di dalam rumah yang terlalu uzur. Melihat sorotan mata anak itu tahu betapa teringinnya dia mahu menikmati potato chips dan jajan-jajan yang ada dalam bungkusan. Hubby bukakan satu untuknya dan terus mereka duduk menikmatinya. Bayangkan kalau anda berada di tempat itu? Boleh tahan air mata dari tidak luruh?
~~ Sesungguhnya dalam kita menikmati kehidupan yang amat selesa masih ada lagi insan yang memerlukan bantuan. Paling aku bimbang ada hak yang aku nikmati seharian sebenarnya adalah hak mereka ini. Bersama kita renungkan.~~
kasihan kat keluarga ni..
ReplyDeletejika senang try minta bantuan baitulmal @ wang zakat..
dapat bantuan bulan2.. insyalllah ringan sikit bebanan mereka..
dalam harta kita kadang2 ada hak org lain..
semoga ramadhan ni kita sama2 berubah.. :-) AMIN.
memang sedih kak...susah2 saya pun ada lagi yg lebih susah..insaf bila tengok... moga murah lagi rezeki mereka yang membantu insan2 yg memerlukan ni...moga suatu masa nasib mereka berubah dan menjalani kehidupan lebih baik.
ReplyDeletesedih nyer kak....
ReplyDeleteKita memang selalu kena ingat bahawa dalam rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain di dalamnya. Kerana itulah kita diwajibkan berzakat. Wallahhuaklam. :)
ReplyDeleteSalam, Kak Zakie.. Ini mengingatkan saya berita yang keluar dalam muka depan HM (tak silap semalam - bila selalu sangat baca berita macam ni kita jadi confuse). Suami lewat 60-an, isteri lewat 30-an.. isteri meninggalkan suami yang terlantar diserang stroke. Yang menjaga suami ialah si ibu yang telah tua. Sedih bila membaca berita-berita begini.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat mereka berkongsi nikmat..
Pakaian budak lelaki memang lebih mahal sebenarnya begitu juga pakaian keperluan sekolah..
ya Allah..sedihnye saya kak..
ReplyDeleteharap-harap saya pun dapat membantu mana yang termampu...
Kalau myra pun pasti sedih melihat kedaifan mereka..
ReplyDeleteKita menolong setakat termampu, insyaAllah mudah-mudahan..
famili mcm ni la yg betul2 perlu bantuan. sbb ketua keluarga dah tak berdaya cari nafkah. susah jugak nk jumpa ni kak.
ReplyDeleteyg biasa jumpa, rumah nampak usang. ketua keluarga/anak2 yg besar pulak mmg jenis malas kerja..
betul kak...sy baru baca satu buku ni..bukan semua hak kita adalah milik kita......=)
ReplyDeletesemoga lebih ramai yang tampil untuk menolong keluarga ini
ReplyDeletekesian nye..syukur la kita masih mampu kan...tolong la mereka yg memerlukan..:)
ReplyDeleteSelain orang perseorangan, takde badan lain yg membantu mereka ke Kak?
ReplyDeleteKadang-kadang ramai yang masuk cite Bersamamu tu keadaannya jauh lbh baik daripada keluarga ni. Harap mereka diberikan bantuan berbentuk 'pancing' berbanding 'ikan'.
kesianyer kak...sedih pulak baca kisah ni..sayu sangat...
ReplyDeletesedih nye...dalam kita sibuk bergembira elok la kita saling membantu insan2 yang memerlukan...sama2 dapat merasa kegembiran menyambut lebaran..
ReplyDeletebetul la kak..saya setuju dengan akak, sesama saling mengingati dan kalau ada kemampuan memang patut kita bantu mereka yang memerlukan..
ReplyDeletesedihnyer baca..
ReplyDeletejodoh di tangan Tuhan kan kak..
sedih kan kak.. Ros kadang2 pun terfikir jugak, di saat2 kita bersenang2, ada ramai yg tak dapat menikmati...
ReplyDeletesedihnya kak. memang dalam harta kita ada bahagian orang lain. kesiannya..kita ni ada masa asyikla merungut itu ini, komplen itu ini..aishhh...harap mereka ni dilindungi Allah..dan harap adala pemimpin2 yg boleh dtg hulurkan bntuan apa yg patut untuk mereka
ReplyDeleteSedih baca kisah ni kak. Saya selalu nasihatkan anak2 supaya jangan membazir dan cuba lah hidup dengan sederhana sebab kat luar sana ramai orang yang susah dan tak berkemampuan. Anak perempuan saya sangat kuat belanja dan boros. Pantang kluar mesti ada yang nak dibeli.
ReplyDeleteSyukur ada yang perihatin dengan nasib malang keluarga ni.
Sedih baca kisah ni kak. Saya selalu nasihatkan anak2 supaya jangan membazir dan cuba lah hidup dengan sederhana sebab kat luar sana ramai orang yang susah dan tak berkemampuan. Anak perempuan saya sangat kuat belanja dan boros. Pantang kluar mesti ada yang nak dibeli.
ReplyDeleteSyukur ada yang perihatin dengan nasib malang keluarga ni.
Apa lagi agaknya yang boleh dibantu untuk keluarga ini....
ReplyDeletekak sedihnya baca ..jadi toucing ita kak...akak boleh cuba kot minta bantuan zakat atau baitulmal untuk saraan bulanan..mungkin mereka tidak tahu saluran yg betul....hubby ita selalu cakap bank islam yg dapat bantuan zakat dan baitulmal org yg hubby rasa macam org senang..pakai keta besar sampai hubby mempertikaikannya..mcm ne kita patut tolong kak...
ReplyDeletesedihnya bca..moga mereka dimurahkan rezeki dlm bulan penuh keberkatan ini..amin..
ReplyDeletespeechless.... terlalu sebak.... semoga mereka dapat perhatian yg sewajarnya dari kita semua....:(
ReplyDeletespeechless.... terlalu sebak.... semoga mereka dapat perhatian yg sewajarnya dari kita semua....:(
ReplyDeletesedihnya kak..semoga mereka cekal menghadapi ujian ni..
ReplyDeletehairan bila dengar kisah kutipan zakat yang banyak kemain tapi tak sampai pada golongan yang macam ni..
moga mereka cekal dengan ujian yg Allah beri. Mesti budak2 tu gembira dapat baju baru dari akak...
ReplyDeletesob sob .. sedey nyaaaa
ReplyDelete..sbb tu bila time kita susah, fikirkan la bahawa ada lg org yg lebih susah...
ReplyDeleteSalam Kakak...
ReplyDeletemesti kanan-kanak tu gembira bila dapat baju baru hadiah dari kakak sekeluarga....insyaalah, kakak.... setiap apa yang kita keluarkan , akan dibalas oleh Allah wpun kita tak memintanya....
sebenarnya Kakzakie ramai insan di luar sana yg senasib dgn mereka....jika kita dikurniakan rezeki yang mencurah-curah dapat pula berkongsi dgn insan yg amat memerlukan semakin berkat rezeki kita....hanya Allah yang dapat membalasnya.....
ReplyDeletebetul kak..saya ada jumpa org camni..mmg sedih sgt ..tapi tu lah gunanya kita yang ada wlupun tak sberapa nie..at least dpt tolong sikit2 ringankan beban dorang..
ReplyDeletebesar ganjaran yang dijanjikan jika menolong orang di bulan mulia nie..insyaallah Allah berkati akak sekeluarga..
Alhamdulillah. Mmg kewajipan kita tolong org di sekeliling yg susah. Bukan ada byk shj perlu dibahagi2kan. Tp yg sikit juga. Mungkin ramai yg tidak tahu hukum ni. Bila dgr ceramah dan baca kisah zaman Nabi buat diri lebih arif ttg hukum pembahagian harta dan rezeki yg kita perolehi.
ReplyDeleteSemoga cerita kak zakie buat ramai yg terpanggil utk membantu insan lain dan mendapat keberkatan. Insyaallah.
semoga anak pasangan tersebut menjadi org yg berjaya satu hari nanti dan dpt membantu keluarganya keluar dari kemiskinan
ReplyDeletelama nor xkesini kak
ReplyDeletebantu membantu itu amalan yg sgt mulia...
bila bc ni secara xlangsung ingtkan nor jugak..tq kak
Semoga akak akan sentiasa dimurahkan rezeki. Betul akak kak zakie takut2 kita termakan hak org lain dalam rezeki kita...subhanallah...
ReplyDelete;(( dlm kita merasa susah ada jugk insan yg lg susah.. tersentuh ht sy kak zie
ReplyDeleteterharunyer KA kak, moga terus murah rezki kakzakie sekeluarga yek
ReplyDeleteAllah....sgt2 insaf baca n3 ni kak...
ReplyDeletebergenang air mata saya...
semoga keluarga itu tabah hadapi dugaan dari Allah ni...
Sedihnya..saya bersyukur dengan rahmat Allah diberi kepada saya sebagai ibu tunggal.
ReplyDeleteMurninya niat akak untuk sedekahkan baju2 tu..
Semoga akak dapat lebih keberkatan dariNya! Amin
sedihnya kak.. kesian budak2 tu kan...
ReplyDeleteinsaf saya kak
*** betul kak baju budak laki mmg mahal.. saya nak membeli pun angkat letak angkat letak puas tilik harga.. cari g paling murah baru beli.. cukup la sekadar sorang 2 pasang.si abang beli baju je seluar pakai yg tahun lepas punya hehhehe :)
Ya Allah sebak pula acu membayangkan keadaan keluarga tu kak :(
ReplyDeleteassalamualaikum wbth....
ReplyDeletekabare bak'yu ku......waras.../
Sedih juga bila baca post ttg mereka...
By the way....mereka tak dapat bantuan ke bakyu....cuba usahakan agar mereka dapat ..layak sangat tu...
Ape pun...thanls bakyu...
Selamat menjalankan ibadah puasa
sedih saya bila bacanya...
ReplyDeleteTak salahkan jika kita mampu,menolong pd yg kurang mampu,lg bertambah rezeki kita nnt.
ye kak ..
ReplyDeletekita susah , ada lagi org susah
kita bersedih .. ada lagi org yg lebih bersedih .. hari2 kita belajar utk bersifat sederhana kerana inilah utk kenang kesusahan dan keperitan org ..
sedih lak saya baca kak ..
kalau dpt sedekah kan seronok ..
tersentuh bila baca ni.. menahan airmata ni kak.. kadang2 'lupa' bahawa ramai lagi yg kurang bernasib baik dari kita..
ReplyDeletemenahan airmata baca entry ni kak..
ReplyDeletemoga keluarga tu kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan..
camane cara nak membantu mereka tu ye kak..?
sebak je rasa bila baca ni kak.. x dpt nk bygkan dan betapa bersyukurnya sya dgn kehidupan skrg.. Bila kita rasa sush sbnrnya ada yg lbh sush dr kita.. muhasabah diri dan bersyukurlah selalu...
ReplyDeletebila tengok diri sendiri, rasa bersyukur sangat..rupanya masih ada orang yang terlalu susah macam tu...
ReplyDeletebetul, apa yg kita ada bukan semua untuk kita..so sesekali bersedekah pd yg memerlukan,
ReplyDeletesumbangan kita itu sgt bermakna pd yg tidak berkemampuan..
InsyaAllah..walau tk kaya, moga meringankan dan mengikhlaskan hati membantu..
setuju sgt kak..
ReplyDeletetu sbb kita disuruh mensyukuri nikmat yang kita ada...
moga kelurag ini bersama dapat menikmati hari raya
kesiannye...tulah kita kena slalu bersyukur ngan apa yg kita ada sekarang, tp jan lupe pula pada orang lain yang serba kekurangan...
ReplyDeleteramai insan yang perlu dibantu...misalnya anak2 yatim di tambun Ipoh..syahdu tatap wajah mereka
ReplyDeleteAlhamdulillah kakzakie salah seorang yang prihatin dengan kesusahan orang lain. Semoga kakzakie diberikan rezeki yang melimpah ruah,amin.
ReplyDeleteselalukita tak bersyukur apa adanyakan.. ya Allah jadikanlah kami insan yang bersyukur... semoga sentiasa beringat..
ReplyDeleteseronoknye membeli untuk cucu ye?
ReplyDeleteKalau hanis mesti dah menangis sedih jika berada di situ mujur ada yg sudi hulur bantuan.
ReplyDeletesaya pantang ..tgok perkara2 sedih..air mata senang sgt keluar
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki mereka, pasti dowang gumbira terima sumbangan ikhlas ini kan kak... moga rezeki Kak Zakie sentiasa melimpah ruah... Allah gandakan pahala kita..InsyaAllah...
ReplyDeletesalam sejahtera KZ
ReplyDeleteSedihkan masih ada yg daif begitu.Mcmana agaknya mereka menjalani hidup...
Kak pegi jugak Adzhar tu, anak2 kurang mkn kerepek2 jadi mood nak membeli pun kureng..
Semoga Allah murahkan lagi rezeki kakzakie ditahun2 yg mendatang yer kak....Sedih rasanya...rasanya diri yg susah rupanya ada lagi yg lebih memerlukan...harus mensyukuri nikmat ke atas rezeki yg Allah kurniakan..
ReplyDeletemeleleh air mata BSB baca N3 nie tauuu...teringat masa kecik2 dulu susah gak..
ReplyDeleteSalam sejahtera KZ
ReplyDeleteYa kena ingat dlm hak kita ada hak mereka.Sedihkan masih ada org susah ...
Kak beli juga kat Adzhar tu, tapi anak2 tak berapa nak jln dgn kerepek2lah, t
sedih betol kan.. moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki &sentiasa jugak memberi..
ReplyDeletealhamdulillah Kak Zakie..
tiba2 t'ingat kenangan 6 thn lalu sewaktu lia b'usaha mencari anak angkat..lia penah t'jumpa keluarga yg ssh sama spt yg akak gambarkan ni...tp sygnya niat utk membantu x kesampaian...
ReplyDeletesedihnya sy baca..semoga ramai lagi yg sudi membantu..
ReplyDeletesayu hati saya....
ReplyDeletekadang2 kita rasa susah...tapi ramai org yg susah lg dr kita....
Betul kak, sebahagian dr harta kita adalah hak mereka. penceritaan kakak buat hati sy tersentuh. Apalah seorang anak 5 dan 3 tahun tahu, namun situasi mereka memaksa mereka utl lebih dewasa (mungkin). Semoga diperluaskan rezeki mereka dan juga kakak sekeluarga. Amin
ReplyDeleteterasa insaf kak,syukur kita dilimpahkan nikmat yg x terhingga,dan diberi kesihatan yg baik..semoga kluarga itu dirahmati allah:)
ReplyDeletetersentuh baca ntry akak...tentu gembira kanak2 trsebut dapat brhari raya dgn baju baru...
ReplyDeleteSemoga Allah melimpahkan rezeki pada akak..juga pada keluarga tersebut...
Kalau tidak kerana information dari staff hubby pun kami tidak tahu keluarga ini. Sewaktu pergi pun hubby ditemani staffnya. Susah mencari org susah dan miskin sekarang kalau tidak ada yang memberitahu. Bersyukur kalau kita dapat membantu walau bantuan kita tidak sebanyak mana.
ReplyDeleteTerima kasih dari kakak buat semua:-
Pokok Mangis DR, Aishah Jahirah, Mrs Eady, Kakcik, Sari Yusa Ibrahim, gadisBunga (kalau GB ikut pasti mengalir airmata sama), Myra Jay, Ujie, Mummy Danisha, pB, iedchan, Sufia Mahzan, Lizz@mummucute, Suraya Baharun, Huda, Pink Lavendar, ros_reeza, amirah, Ibu Lala, Mila@rimbun, anitadiana, are_linayu, Hajar, Rai (abang dah tanya staff dia suruh ketua kampung ambil tindakan), Yus, AzuraFazi l Din, sis intan, azi, Qhaifa Nur, Sisdee, Ummi Iman, redza, Noor, JunAina, Bert, Kesuma Angsana, Wahida, Mummy Akmar, Saya disini, Syiela, TiranaAduka, ainnoraini, ieda, Nur, aimamia3, Queen Teratal,nur anis, Sal, Nini D, Haryati Faizal, Tihara, Zaitun, Cho Zila, Repunzeel Cikilolo (kena baca dulu N3 ini kakak rasa), Hanis MY, Knor, Emme, Mama Ju, Eye_nee, Be Simple Beb, mulan, Mamamya, izz izza, Aine Ainun, Zefa NorAsmara dan zila norazila.
Bersama kita doakan moga mereka yg kurang berkemampuan dapat kita ketahui dan seterusnya dapat membantu tak dapat banyak sedikit pun memadai..
Buat semua terima kasih sekali lagi.
@ MulutPayau: Sebenarnya kami belikan beras, susu, tepung, gula, milo, teh, meehooon, air botol air cordial, jajan-jajan dan termasuklah baju-baju si anak.
ReplyDeletesaya ada permintaan di sini, kalaulah akak ada berniat untuk membantu keluarga malang ni lagi, boleh tak inform saya...insyaAllah saya pun nak menyumbang sama mengikut kemampuan saya. terima kasih kak.
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ada yg prihatin macam K Zakie, semoga ramai lagi insan pemurah macam akak. Memang betul, susah nak cari org yg betul2 dhaif.. ataupun kalau ada kita yg tak tahu. Tapi simpati saya dalam keadaan kita menikmanti pelbagai nikmat ni masih ada yg tak dapat rasa dgn apa yg kita rasakan.
ReplyDeleteSemoga KZ dilimpahkan rezeki sentiasa. dan semoga kita semua dapat pengajaran dari cerita akak ni..
KZ.. baik sungguh budi akak berbuat demekian..
ReplyDeleteAkan kucontohi..
Thank you sekali lagi
Memberi pada yang mengharap. Semoga Tuhan yang membalasnya.
ReplyDeleteTersentuh hati baca. Tu belum tengok keadaannya lagi. Semoga mereka sentiasa murah rezeki.
ReplyDeletekakzakie, untung juga akak boleh memberi sumbangan dan yg menerima sumbangan. kalau kat tempat saya ni dan kat kampung jugak dah tak de orang miskin, yang kurang senang mungkin ada tapi dia orang ni tak nak barang 2nd hand. anak2 cepat besar, so baju2 dan kasut2 dia org ni masih cantik dan elok, cuma dah tak muat je tapi dah x de tempat nak dibagi, terpaksalah saya buang je dgn hati yang berat.
ReplyDeleteBukan mudah mahu bertemu org susah sekarang ni. Semoga apa yg kita beri sedikit sebanyak dpat menggembirkan mereka.
ReplyDeleteTerima kasih juga:-
Ann Ishak, Peparidsign, Nurul Aula, Cikli, Teratak Hami dan CikNi.
Terima kasih sekali lagi.
Ya Allah... sedih pulak sy baca cerita keluarga tu.. kalu sy melihat secara real mesti dah nangis... sy ni dah lah jenis sensitif... xleh tgk org susah ke tak leh tgk org2 tua ke... mulalah airmata tu keluar sendiri..
ReplyDeletekadang2 saya rasa nak menangis bila tak cukup duit.
ReplyDeletetapi bila tengok orang lagi susah buatkan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang
selalu kalau ikut prog kebajikan ni memang airmata tak dapat menahan dari mengalir. Kesiannn..
ReplyDeleteMoga mereka ini mendapat perhatian dan tempat dalam masyarakat. Merka juga tak minta untuk hidup begini. Kesian sangat ...