Friday, August 10, 2012

Tiada niat untuk menghampakan tapi kami curiga

Seperti biasa sebaik habis solat maghrib seisi rumah akan bertadarus sementara menanti waktu Isya'. Hubby keluar ke masjid awal kerana mahu mengisi minyak motor yang Mak Zah selalu guna untuk mengambil adik balik sekolah. Tidak lama kedengaran sayup-sayup suara perempuan memberi salam. Selalu adik cepat saja dengar tetapi kerana khusyuk mengaji dengan suara agak kuat dia tidak mendengar dan terpaksalah aku keluar.

Wanita itu duduk di sebelah taman perumahan kami. Seingat aku bagaikan pernah melihat wajahnya tapi tidak begitu cam. Bila dia tanya Pak Imam ada lantas aku kata hubby telah ke masjid. Namun musykil bila berkali-kali dia mahu berjumpa Pak Imam sedangkan hubby bukan imam lantikan sekadar kalau tiada imam bolehlah dia tolong ganti-gantikan. Setelah berkali-kali aku bertanya apa tujuannya baru tahu dia mahu meminjam duit. Sepantas kilat aku teringat ramadhan tahun lepas wanita ini juga yang datang meminjam duit mengatakan tiada duit untuk membawa anaknya ke klinik. Hati kami memang mudah luntur bila sebut budak sakit. Kali ini dikatakan dia perlukan duit untuk ziarah orang tuanya. Namun aku tidak panjangkan perbualan kerana hubby tidak ada lalu dia pun pergi dengan kereta kancilnya.

Hubby balik terawih baru aku tahu wanita ini menggunakan bulan ramadhan meraih simpati pada mereka yang agak boleh memberi. Biasalah kita membantu pada yang susah. Namun hubby sudah ikhlaskan duit yang dia pinjam pada tahun lepas cuma kali ini kami mohon maaf kerana lebihan dari yang kami agihkan telah kami serahkan pada pusat zakat.


~~ Bukan mudah mahu mengenali hati budi yang jujur atau tidak. Apa lagi di bulan mulia ini kita beranggapan semua umat berlumba-lumba mahu menambah saham akhirat.~~


83 comments:

  1. betul tu akak.
    tp tak tahu la..
    semoga wanita tu boleh berubah.. sama2 doa..

    ReplyDelete
  2. kadang2 ada yang mengambik kesempatan dalam kesempitan org lain.. biasanya orang macam ni 'malu'nya dah takde.. sebab tu tak kisah meminta2 atau pinjam tanpa bayar balik... semoga wanita itu diberi petunjuk jika dia tak jujur...

    ReplyDelete
  3. betul juga, kadang2 kerana sorang dua yg tidak jujur, yg benar2 memerlukan menjadi mangsa. Kalau dah sampai tahun ke dua macam tu gaya wanita tu, rasa mcm dia meminta2 pula ya kakzakie. Nanti kita yg memberi pun jadi tak ikhlas, betul ke dia dalam kesusahan....hmmm.

    ReplyDelete
  4. YaAllah segannya saya dengar kak... sanggup diakan... moga dia berubah.. dengan sikap dia yg sebegini membuatkan segelintir yg betul2 memerlukan menjadi mangsa nanti

    ReplyDelete
  5. kadang2 org ni suka ambik kesempatan dibln yg mulia ini dan maraih simpati dgn kesusuhan dirinya...pada yg betul2 susah tak pe la klu dibantu...yg menipu ni yg buat kite x ikhlas je nk memberi..

    ReplyDelete
  6. kadang2 org ni suka ambik kesempatan dibln yg mulia ini dan maraih simpati dgn kesusuhan dirinya...pada yg betul2 susah tak pe la klu dibantu...yg menipu ni yg buat kite x ikhlas je nk memberi..

    ReplyDelete
  7. kadang2 org ni suka ambik kesempatan dibln yg mulia ini dan maraih simpati dgn kesusuhan dirinya...pada yg betul2 susah tak pe la klu dibantu...yg menipu ni yg buat kite x ikhlas je nk memberi..

    ReplyDelete
  8. assalam kakzakie.macam mana la boleh sanggup dia buat macam tu kan..

    ReplyDelete
  9. As-Salam Kak Zakie, kadang-kala kita seba salah dibuatnyakan ...tengok ramai orang-orang meminta sedekah, jauh dalam hati kesian, tapi kita tidak tahu mana yg genuine..jadi saya selalu bagi aje walaupun RM1 ... kalau dia berpura-pura itu saya anggap antara dia dengan Allah lah ...

    wallhu'alam ..

    Azzah8

    ReplyDelete
  10. Niat ikhlas kita seringkali disalahgunakan oleh mereka yang suka mengambil kesempatan. Bila baca karenah pengemis yang menyamar seperti didedahkan oleh Mazidul, hati mulalah jadi ragu. :(

    ReplyDelete
  11. malu rasanyer ramai org melayu islam yg berperangai mcmni, suke mengambil kesempatan utk kesenangan sndiri...

    kenapa tak digunakan tulang 4kerat utk bekerja dptkan wang...

    ReplyDelete
  12. Kita menolong kerana ikhlas tapi ada pulak yang ambil kesempatan..

    Moga wanita tersebut insaf..

    ReplyDelete
  13. mcm2 cara org nak raih simpati skgni...

    ReplyDelete
  14. susah untuk menilai jika seseorang itu benar2 memerlukan pertolongan...serba salah jadinya jika saya bertemu keadaan sebegini...ramai manusia lebih suka mengambil kesempatan diatas kebaikan seseorang..

    ReplyDelete
  15. kdg² kt akan serba salah kalau jumpe org macam ni... suke mengambil kesempatan diblan ramadhan.

    ReplyDelete
  16. macam2 taktik org gunakan sekarang..

    ReplyDelete
  17. macam tu pun ada ye kak. ambik kesempatan.

    ReplyDelete
  18. mcm2 manusia skrg ni. yang nak ambil kesempatan di bulan mulia pun ada. wallahuaklam.

    saya pernah duduk ditempat ketika Allah limpahkan rezeki. masa tu menderu2 org dtg nak pinjam duit. nak angkat telefon pun takut. terfikir.. bukan mudah rupanya jd org berwang. cabaran dan dugaannya cukup hebat. byk pengajaran yg boleh diperolehi ttg sikap manusia. fikir positif Allah saja uji kita dgn rezeki yg dilimpahkan. fikir negatif masa berwang baru ingat kawan atau saudara ;)

    ReplyDelete
  19. Macam2kan alasan klu nak mengambil kesempatan di atas kebaikan orgkan kakzakie,dulu anak nie plk org tuanya dijadikan alasan.

    ReplyDelete
  20. memalukan sungguh bila ada orang yang nak ambil kesempatan dalam kemuliaan ramadhan ni..

    ReplyDelete
  21. jadi baik sangat pun kadang2 susah juga kan makcik?

    ReplyDelete
  22. Mengapa boleh tergamak melakukan begitu yer..di dalm bulan yg penuh keberkatan ini...kerana duit sanggup mengadai rasa malu sedang kan hutang thn yg lalu tidak dilangsaikan lagi...

    ReplyDelete
  23. Salam akak..
    susah kita nak menilai orang kan.. memang di bulan Ramadhan ni, hati manusia lembut dan mudah tersentuh.. tapi, takut juga di ambil kesempatan orang tertentu...

    ReplyDelete
  24. Benar dia perlukan duit...cuma lakonanya sudahpun diketahui...mudah-mudahan Allah memberikannya taufik dan hidayah.

    Selamat Menyambut Hari Raya,
    Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  25. agih kps bdn zakat lebih tepat nor rasa kak. sbb ramai sgt yg penipu skrg.. tp terpulanglahkan kepada pemberi

    ReplyDelete
  26. berani sungguh wanita itu..niat kita baik ikhlas ingin membantu tapi sering diambil kesempatan oleh org sebegini...semoga wanita itu diberi hidayah oleh Nya untuk berubah..

    ReplyDelete
  27. Salam kunjungan...

    Susah nak bersedekah sekarang ni. Ada yang palsu dan betul. Lebih prefer sedekah di pusat zakat...

    www.shahrulhairy.com

    ReplyDelete
  28. ermm...mcm2 skarang ni.. d bulan mulia ni pon..ramai org yx hormatinya... smoga wanita itu dibukakan pintu hati olehNya

    ReplyDelete
  29. kadang2 (selalu juga sbnrnya...) org mengambil kesempatan diatas kebaikkan yg kita beri...

    semoga suatu hari nnti dia kan mendapat hidayah n petunjuk dariNya.

    ReplyDelete
  30. kadang2 saya ada terfikir jugak, kenapa orang yang benar2 susah tetapi begitu malu untuk meminta2 dan begitu jugak sebaliknya pada orang yang pura2 susah. beginilah lumrah hiduo kan ^__^

    ReplyDelete
  31. perkara macam ni lah yang buatkan orang kita serik untuk memberi.
    huhu semoga wanita tersebut berubah.

    ReplyDelete
  32. dh mcmtu pulak..susah nak kata bila cmtu kan kak.. hop die tak kelentonglaa..

    ReplyDelete
  33. memang ada org suka ambil kesempatan ats kebaikan kita....
    mungkin ada cara utk kita menegurnya...moga beliau insaf

    ReplyDelete
  34. akak..kadang2 dkna sedih tau bila orang amek kesempatan dibulan mulia nie..ermm.. :(

    psssstt .. kalau ada kesempatan dan peluang, dkna pon nak juga jumpa akak.. :)

    ReplyDelete
  35. betul tu kakzakie, kkdg2 ramai yg amik kesempatan dlm bulan ramadan ni contoh terbaik tgk kat bazar2 ramadhan ...

    ReplyDelete
  36. betul tu kakzakie,
    kadang kalau asyik bagi, diorang bergantung pada pemberian tu.. taknak berusaha sendiri..

    ReplyDelete
  37. pengemis & sindiket mengemis kaya raya di Malaysia...sebab sikap rakyat Malaysia yg terlalu pemurah tak bertempat

    ReplyDelete
  38. Kita memberi dengan ikhlas yang menerima juga perlu jujur.

    ReplyDelete
  39. salam sejahtera,
    Tak mau ke dia?
    Moga dia berubah. Amin.

    ReplyDelete
  40. ada jgk yg jnis berani dtg mintak kat rumah kan? sy selalu jumpa yg kat traffic light, kat bazar..yg pastinya bkn org malaysia...

    ReplyDelete
  41. kita niat nak membantu..tapi kita pulak yang terkena...

    ReplyDelete
  42. susah kita nak percaya orang skrg ni..

    ReplyDelete
  43. Salam kak zakie..

    Hmm..terkedu..taktau nak kata ape..memang kesian..tapi dah pernah jadi kes biarlah kak elakkan..takut dia terbiasa nanti..

    ReplyDelete
  44. tak baiklah camtu...
    jan lah amik kesempatan di bulan mulia ni...

    ReplyDelete
  45. dalam kita baik hati kena juga berhati-hati. bukan apa takut terkena...

    ReplyDelete
  46. senang2 je dia nak minta borrow wet org..rasa macam musykil..be careful kak ey

    ReplyDelete
  47. hmm...orang zaman sekarang ni macam2... kena hati2 selalu...

    macam pelik...sanggup datang rumah minta duit.. tampa ada rasa malu dan segan..? sakit kot perempuan tu..hmm...

    ReplyDelete
  48. macam2 kan kakzakie, untuk lebih yakin, memang duit yang kita ada serahkan kepada pusat zakat atau badan2 yang dipercayai~ moga amalan kita diterima, insyaALLAH (^___^)

    ReplyDelete
  49. Memang hati kita mudah tersentuh dan bersimpati. Tapi kalau, dah asyik muka yg sama, bimbang simpati bertukar jadi benci

    ReplyDelete
  50. macam jenis org ada..kan

    suami selalu juga bersedekah dekat org yg selalu duduk di luar bank,mmg selalu bagi..bila satu hari tu saya ternampak muka org tu yg dudk di luar bank, saya kata dkt suami,abg bg ke? ha ah dah bagi,lps tu sya cakap,muka dia macam tak berseri aje,tak ada cahaya pun..so suami pun angguk mengiakan..lps pd tu ada curiga mula bersarang,macam dah tak percaya lagi..so buat keputusan bg terus di tempat org yg betul2 memerlukan..takut2 penyangak ramai sgt.tak naklah mengalakan mereka buat kerja tak elok..karang bertambah lemaklah diorg.

    ReplyDelete
  51. Kak Zai pernah menderma sejumlah wang untuk pembedahan anak sipeminta,tak berapa lama dia datang lagi untuk kegunaan yang sama. Kak Zai tanya derma dulu masih tak cukup ke? dengan pantas dia minta diri untuk tidak disoal dengan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  52. owh iye… moga2 dibuka kan hatinya untuk bertaubat.. Tq for sharing dear..

    ReplyDelete
  53. Niat kita kekadang memang ikhlas bila nak bersedekah tapi bila dah tahu hal2 camni, terus rasa taknak sedekah kat org camni kan.

    ReplyDelete
  54. serba salah kita dibuatnya...mcm2 org nak amik kesempatan atas kesenangan org lain

    ReplyDelete
  55. Jika benar2 susah..kita memang sedia menghulurkan bantuan ...

    jika tipu2 tu yg payah org percaya yek..

    ReplyDelete
  56. Lepas terbongkarnya sindiket pengemis di tv, serik rasanya nak hulurkan bantuan pada peminta sedekah di jalanan..

    Memang segelintir manusia yg suka ambil kesempatan atas simpati orang lain, tambah2 lagi di bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  57. kunjungan perdana salam kenal dan persahabatan
    Blog yang sangat bagus, saya suka dan mengikuti 705...
    senang sekali jika anda juga follow kembali
    ditunggu dan terima kasih

    ReplyDelete
  58. ya allah kak ..
    kadang2 tuu kita nie susah nak menilai org kan .. kita berniat nak membantu , tapi bila ada yg ambil kesempatan .. kita x tahu nak cakap ape ..
    nak2 kalau yg ada membawa anak2 kecil .. aduhh lagilah ..

    x perlahh , harap2 org2 macam nie akan sedar juga nanti , perbuatan dia akan ada musibahnya ...

    kepada kita yg membantu , kita berdoa agar diberikan ganjaran kerana atas niat kita membantu mereka .. insyaallah kak
    allah memberikan kita dugaan dlm hati kita .. itulah yg terbaik ;)

    ReplyDelete
  59. salam kak..ada juga yang jenis macam tu ye..sedih jika ada yang bersikap demikian..kadang2 rasa bersalah juga jika tidak menghulur tapi sejak bulan ramadhan ramai sangat yang mendah bekas di bazaar ramadhan..sebab kesian, hulur juga walaupun sedikit,..harap tiada yang ambil kesempatan atas keikhlasan kita..

    ReplyDelete
  60. kakzakie, sama-sama lah kita mendoakan semoga mereka2 ni diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah. kdg2 kesian jugak tengok ramai sedara seagama kita ni yang masih tiada kesedaran, dia org tu x jahat sebenarnya tp hati nyer telah ditutup. kita doa kan lah dia org ye kak.

    ReplyDelete
  61. Sampai dtg minta kat rumah huhu moga wanita tu dpt hidayah

    ReplyDelete
  62. dah macam pusat agihan zakat pulak setiap ramadhan tunjuk muka
    haraplah tak menjadi kebiasaan pada orang tu

    ReplyDelete
  63. mcm2 cara utk org mengambil kesempatan diatas keprihatinan kita... smg wanita ini insaf...

    PST - memang lain rosone mangan kupat punjungan kak... gek dipangan rame2... enakea rong kali lipet... hikhikhik... pas tak jawa saya kak? haha

    ReplyDelete
  64. rozie dah biase dengan keadaan macam ni bile tiba bulan ramadan....

    ReplyDelete
  65. salam kak zakie ..
    biasanya klu org datang minta tolong aby akan tolong ..
    cuma jumlahnya tk ikut yg depa tu minta ... tp sekadar mampu kita yg klu tk dapat balik tk menjejaskan kita ...

    wah !!!
    ono wong jowo meneh yor ..sampek kay salam ku karo hajar ...

    ReplyDelete
  66. mcm2 cara kn skrg org nak raih simpati..smg dia berubah lah kn...

    ReplyDelete
  67. Ambil kesempatan dan terdesak agaknya. Memang susah nak tau kejujuran org terhadap kita kerana wajah menampilkan suci dan bersih. Hakikat sebenarnya ada niat tidak baik.

    ReplyDelete
  68. biarlah mereka yang berhak menerimanya kak..

    ReplyDelete
  69. susah jugak kalau mcm tu kan.. serba salah jadinya kan antara nak beri atau tak..

    ReplyDelete
  70. Jagn dibiasakan kak... Nanti semakin dia menjadi2... Tapi saya pun kalau ada org tua dtng kerumah... Sy x bleh kalau tak hulur... Rasa simpati tu ada... Wpun ada yang melarang kerana curiga...

    ReplyDelete
  71. Ht ht la akk...org skrg mmg pndai bermuka muka....ada yg bnr ada yg amek kesempatan.....

    ReplyDelete
  72. Itulah yg kakak katakan serba-salah. Moga kalau betul dia susah ada org lain membantu tapi kalau tidak biarlah dia segera bertaubat. Terima kasih pada semua:-

    Pokok Manggis DR, Bert, Yus, Syeila, ainnoraini, Acik Erna, Nurazah, Kakcik, norhidana, Myra Jay, Hajar, Ummiarissa, Masya, Nini D, Ibu Lala, Mrs Eady, Ummi Iman, mulan, Nazayiena, Rai, Bujal X, Eye_nee, ros_reeza, ahmad humairi, Noor, Suraya Baharun, Shahrul Suhairy Shaharudin, Lyafrina, Mamamya, Ann Ishak, izla, Sara, Qhaifa Nur, Dkna Abza, Kesuma Angsana, Nur, Daddy Ziyyad, Mama ju, JunAina, Munnafendy, nur anis, are_linayu, Lynn, Haryati Faizal, izz iizza, Aien Alien, Tihara, nabila_2908, eeiyss, Rozita, Knor, Zaitun, Nurul Aula, Teratak Hami, Cikli, Penjejeak Mimpi, eelobor, Mummy Danisha, Cikgu Ma, Sal, Nur-Nba, Penyuluh Prikanan, ieda, Kasih Salina, CikNi, Hanis MY, Kasihibu, Hajar, pena rozie, aby (angger arek kenal klik wahe jeneng nge), Bung Muzzafar, are-na, zana@pb, aizamia3, Adza Irdawati, dwaty dan Henrietta Jose.

    Buat semua sekali terima kasih dan bersama kita jadikan renungan.

    ReplyDelete
  73. Kak,

    Baca nukilan akak ni terus teringat saudara Mazidul kita... Moga masyarakat kita membuka mata, minda serta berlapang dada melihat hakikat ini... elok klau kita menderma terus pd yg benar2 & terang2 memerlukan cthnya anak2 yatim... org yg benar2 kita lihat susah & dhaif hidupnya... wallahualam...:)

    ReplyDelete
  74. @Marya Yusof : Itulah yg terbaik Marya.

    ReplyDelete
  75. ni mcm kes yg dlm tv tu gak ye kak.. yg menyamar tu mintak derma tu.. mcm2 kan...

    ReplyDelete
  76. kadang fedup jugak dgn org yang selalu ambil kesempatan macam ni. Ada sorang tu perempuan india dah 4 tahun asyik ulang alik minta duit nak beli wheel chair anak, anak sakit buah pinggang , anak demam ... sanggup pulak tu di bawa anaknya ke hulu hilir menagih simpati org.
    Kalau hari ni maknya bawa..esok2 si kakak pula sorang adik dtg meminta. Kalau 1 buah rumah RM10 ... 50 rumah sehari ? kalau sebulan ? kalau 4 tahun ? tak tahu lah nak cakap macam mana... bukan nak berkira , tapi confuse

    ReplyDelete