Ada tetamu yang datang menziarahi bapak sakit bila bersalam untuk pulang akan memberi wang. Setiap kali itu juga bapak akan membacakan doa walau secara berbaring moga mereka yang memberi itu dimurahkan rezeki. Doa bapak biasa akan diaminkan oleh si pemberi/tetamu tersebut.
Sabtu, 1hb Sepetmber yang lalu. Setelah di desak oleh bapak supaya pergi ke majlis perkahwinan anak saudara aku maka terpaksalah aku tingglkan sekejap bapak dengan Mak Zah. Ini majlis perkahwinan yang pertama buat anak Kak Uda aku. Sebelum pergi aku bertanya ada apa-apa yang bapak ingin pesan. Dia mahu mangga. Hubby jawab "Insya-Allah pak".
Sebaik bapak bacakan doa kami pun pergi. Kami pergi sekedar menjenguk kerana selepas solat zuhor sebelum majlis berakhir kami sudah balik. Berhenti di Air Hitam kami singgah mencari mangga. Macam-macam saiz mangga yang ada. Aku membelek yang besar tapi hubby kata rasanya ada sedikit masam tapi aku pula sebab masam sikit itulah aku rasa sedap. Memandangkan tujuan membeli untuk bapak kami pilih yang manis. Harga keseluruhan RM19.00/-. Sebelum itu ada satu kakak yang membeli lagi banyak kerana katanya untuk majlis marhaban. Namun diluar dugaan pembelian kami yang tidak sampai 2 kg itu diberi dengan imbuhan mangga bersaiz besar yang aku belek tadi sebanyak 4 biji!! Aku jangka 4 biji itu pasti melebihi sekilo. Kata penjual itu dia mahu bersedekah buat aku. Tabarokallah kini giliran aku membacakan doa buat sipenjual dan diaminkan olehnya. Satu kebenaran Allah tunjukkan pada aku dan hubby secara tunai.
Sebaik bapak bacakan doa kami pun pergi. Kami pergi sekedar menjenguk kerana selepas solat zuhor sebelum majlis berakhir kami sudah balik. Berhenti di Air Hitam kami singgah mencari mangga. Macam-macam saiz mangga yang ada. Aku membelek yang besar tapi hubby kata rasanya ada sedikit masam tapi aku pula sebab masam sikit itulah aku rasa sedap. Memandangkan tujuan membeli untuk bapak kami pilih yang manis. Harga keseluruhan RM19.00/-. Sebelum itu ada satu kakak yang membeli lagi banyak kerana katanya untuk majlis marhaban. Namun diluar dugaan pembelian kami yang tidak sampai 2 kg itu diberi dengan imbuhan mangga bersaiz besar yang aku belek tadi sebanyak 4 biji!! Aku jangka 4 biji itu pasti melebihi sekilo. Kata penjual itu dia mahu bersedekah buat aku. Tabarokallah kini giliran aku membacakan doa buat sipenjual dan diaminkan olehnya. Satu kebenaran Allah tunjukkan pada aku dan hubby secara tunai.
Sebaik keluar dari kedai tersebut hubby berkata ini rahmat yang Allah berikan kerana tujuan kita membeli untuk bapak dan bapak sudah doakan kita sebelum kita pergi moga rezeki kita murah. Itu baru membeli mangga. Masya-Allah betapa janji Allah itu
benar dan ada kalanya pembalasan diberikan begitu cepat sekali.
~~ Hargailah ibu-bapa kita kerana doa ibu-bapa ada waktunya Allah tunaikan secara tunai di dunia lagi. Selagi ada peluang menjaga/membelainya lakukan seikhlas mungkin.Moga kami diberi kesabaran yang tinggi untuk menjaga bapak.~~
assalam kakzakie..syukur alhamdulillah..murah rezeki dengan izin allah dan doa dari bapak kakzakie
ReplyDeletesalam kakzakie....syukur, sesuatu yang Allah tunjukkan nyata, memang janji Allah itu benar. Moga jadi panduan pada kami golongan muda ni. Yus doakan moga bapak akak akan segera sembuh seperti dulu...amin.
ReplyDeleteSebaknya kakcik membaca catatan ini!
ReplyDeleteYa Allah kak.. saya tak tahu kenapa tapi setiap kali saya baca entry akak berkenaan dengan bapak akak mesti air mata saya bergenang... sentiasa rasa sebak..
ReplyDeleteSaya harap nanti bila parent saya dah tak larat, saya jugak berpeluang jaga mereka seperti mana akak jaga bapak akak..
*akak, boleh bagitahu saya apa doa yang akak bapak akak baca tu tak?..
sedihnya kak... hargailah dan jaga lah orang tua kita selagi hayat masih ada...
ReplyDeleteAlhamdulillah, doa bapak dilimpahi rezeki
ReplyDeleteSalam Kak Zie,
ReplyDeleteSalam perkenalan dari saya. Buat blogwalking pagi nie..then terbaca blog kak zie.
Hati saya sebak bila baca kisah kak zie dgn bapak kak zie. So sweet. Banyak pengajaran...dan jugak hati saya rasa sebak tiba2.
Hati hiba cz saya teringat bapak saya kat kg...yg sentiasa akan menolong anak2 dia dlm kesusahan...semoga saya dapat balas jasa bapak saya..dgn menjaganyer ...insyaallah.
Saya doakan moga bapak kak zie sihat.
Salam kak zakie.Doa ibubapa kita mmg sgt mustajabkan....Alhamdulilah rezeki tuk bapak.
ReplyDeleteAda air mata yg bergenang saat membaca entri ini. Kak Zakie beruntung kerana doa bapak masih sentiasa bersama.
ReplyDeletebtl tu akk...rietta selalu dengar orang cakap macam tu....suka rietta dengar bapak akak selalu doakan untuk orang....
ReplyDeleteMoga bapak akak cepat sembuh....
Bapak kakzakie orang2 terpilih yg doanya dimakbulkan segera.
ReplyDeleteTerharu makchaq baca.... semoga bapak kakzakie cepat sembuh seperti sediakala.
KA baca dengan mata yag mula berkaca!
ReplyDeleteKakak..
ReplyDeletememang mewah rezeki kita selagi kita menjaga orang tua kita...setiap doa yang dimohon pasti dimakbulkan Allah...
p/s..Cik Abang saya selalu ingatkan saya, rezeki saya sekeluarga sekarang kerana emak tinggal bersama....:)
aduh kak... tibe2 rasa sebak... betapa besar doa seorang ayah... tak pyh tunggu lama kite dh dpt ganjarannyer... kalu kite bt sesuatu ikhlas tntu Allah akan bls ngn sesuatu yg indah jugak kan
ReplyDeleteBagus amalan doa oleh ayah akak tu..
ReplyDeleteHargailah kedua ibu bapa selagi masih ada hayat mereka..
subhanaallah..semunya takdir Allah kan dear..moga diberkati ;-)
ReplyDeleteYa Allah sebak wani baca entry ni kak....kak boleh kasi x doa tu
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah. rezeki dr ALLAH..termakbul doa bapak
ReplyDeleteSubhanallah. Dan syukurlah, doa bapak insya-Allah amat mustajab sekali. Tentu bapak tersenyum sebab kakzakie DAPAT cari mangga, + dapat mangga PERCUMA. Alhamdulillah bapak sudah boleh makan sendiri. Mempelamnya ada tak sebiji dua yang masam sikit untuk si tukang carinya?
ReplyDeleteMil sya pun selalu buat macam tu, sebab tu bila kami balik rasa macam tak putus putus rezeki yang datang
ReplyDeletesemuanya dengan rahmat Allah juga kan kak..
Alhamdulilah kak.. nanti akak kongsikan doa tersebut ye kak jika tak keberatan.. berkat doa ibubapa ye kak..
ReplyDeletealhamdulillah kak.. sebenarnya Allah selalu bayar cash kat kita bila bersedekah..tak kira sedekah apa sekali pun..cuma kita sedar dengan tak je kan..
ReplyDeletesemoga ayah akak cepat sembuh..
alhamdulillah.. rezeki
ReplyDeletejumpa tak mangga mengikut tuan yang mencari hehhehe
Moga pakcik makin sihat hari ni
kak kalau tak keberatan minta share doa tu ye :)
terharu membaca nyer kak...meremang bulu roma...
ReplyDeletealhamdulillah syukur atas rahmat Allah
ReplyDeletealhamdulillah..rezeki..:)
ReplyDeletesemua perkara dimulakan dgn niat kan kak ?...kalau niat kita baik..baik juga la yang kita dapat.. :)
ReplyDeletepernah ustaz pesan bacakan alfatihah untuk disedekah kepada ibu bapa setiap hari...saya cuba amalkan sekerap mungkin. sebab kadang2 kita tak reti nak tunjukkan kasih syg kita kepada mak ayah, tapi Allah maha mengetahui kan..dan pasti Allah akan bagi mak ayah kita rasa apa yg kita rasa tu..
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletesemoga doa bapak akk dimakbulkan allahhh .. ;)
Pss....yeap akk...i would always remember kak lin....she is so motherly to me....
ReplyDeletebetul tu kak..doa ibubapa ni mustajab
ReplyDeleteFirman Allah S.W.T. yang bermaksud :-
ReplyDelete"Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau." (Surah An-Nisaa' : Ayat 29)
Sabda Rasullah S.A.W. yang bermaksud :-
"Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai."
(Riwayat Ibnu Hibban)
sejuk n sgt seronok..baca n3 kak.
tetiba teringat ayahda baca entry ini...doa mereka mmg makbul...insyaallah mg kita semua murah rezeki...
ReplyDeletebila niat kita ikhlas insyaallah allah akan berikan kita ganjarannya tp kita duga... ^_~
ReplyDeletedkna setuju dengan akak...akat-kata ibu bapa kita merupakan doa untuk anak2
ReplyDeletebetul2...hargailah kedua2 ibu bapa kita sementara mereka masih ada. berjasa dan berkorbanlah apa saja demi mereka sepertimana mereka menjaga kita dr kecil hingga dewasa.
ReplyDeletealhamdulillah Kakzakie..dah rezeki Kakzakie hari tu...doa ibubapa sangat mustajab.....sekejap saja dibalas...
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletesesungguhnya doa dr kedua ibubapa mmg sgt mustajab..semoga diberi kesihatan yg baik oleh ALLAH buat bapak akk..
moga bapak kakak juga dalam rahmatNya kerana mendoakan tetamu yg datang ziarah
ReplyDeletealhamdulillah....rezeki tak disangka2...
ReplyDeletebuat baik dibalas baik, kak...InshaAllah.
ReplyDeletebetul kak hargailah mereka sementara mereka masih ada, mak bapak kita takde tukar gantinya... jan bl takde nanti baru menyesal... dan jan lupe jg satu hari nanti kita pun akan jadi seperti mereka...
ReplyDeletesubahanallah...
ReplyDeletemujarabnya doa ibubapa kita...
alhamdulillah..
moga bapak semakin sihat..
Salam Kak Zakie, tiba giliran kita pula jaga mereka yg telah melahir dan membesarkan kita... moga Allah berkati kita semua...dan beroleh kesihatan yg baik.. InsyaAllah kak.. bile akak citer pasal mangga, dok imagin la buah mangga yg masak menguning/mengoren dan manisss..
ReplyDeletesabo je le... hehehe *bukan idam tau kak Zakie, heheheh*
semoga hidup akak diberkati olehNya.. semoga akak diberi ganjaran syurga kerana ehsan kakak kepada kedua org tua.. semoga saya juga diberi kesempatan untuk berbakti kepada org tua saya..
ReplyDeletesemoga Allah sentiasa merahmati keluarga akak
Salam sejahtera,
ReplyDeleteTerharu dan moga dpt dijadikan ingatan.
salam kakzakie..
ReplyDeletealhamdulillah...besar pahala kan kita menjaga orang tua
moga wawa pun ada peluang yang sama...InsyaAllah
entah mengapa bila kakzakie bercerita perihal bapak kakzakie..mata saya mesti berkaca..saya tak tahu kenapa..mungkin kerana saya tiada lagi seorg lelaki yg dipanggil ayah dlm hidup kini...Dan lihatlah betapa Allah menyanyangi hamba yg tidak pernah sesaat pun melupakan kannya dan insan yg disayangi oleh hambanya itu juga turut sekali mendapat imbuhannya..Maha Suci Allah...
ReplyDeletealhamdulillah kak, besarnya rahmat Allah..sebak bc entry ni...moga ayah kakak dan famili sihat walafiat.. :)
ReplyDeleteBeruntung mereka yg punya bapak hingga saat berkahwin dan beranak pinak. Bagaimanapun zana tetap bersyukur walau tak merasa kasihnya. Allah Maha Kaya, diberi kasih syg melalui insan lain.
ReplyDeleteKak zakie pun akan jd seperti bapak, mendoakan anaknya sepanjang usia...
Subhanallah.. ALLAH gives shifa to him kak.. dua'a dia jadi kan kita lebih bersemangatkan..dua'a mak ayah. dua'a mustajab..
ReplyDeletesalam k zakie ..
ReplyDeletenjalok bapak kak doa kay keluorgo ku ben kabeh iso taat perintan nay pengiran .. uno seng longgar la ...
amiin sekok aku ...
salam syg kak zakie,
ReplyDeletemurah rezeki tu kak..smoga bapak n family akk semuanya sihat yer..pelam tue ada lg x kak??..he heh nk mintak sebiji.
mmg sayu baca entry akak ni..maaf kak baru berpeluang bw ni..aduhai..mood ke laut..huhuhu
ReplyDeleteSebagai memenuhi pertanyaan beberapa teman kakak turunkan doa yg biasa kami baca. Kakak punya keyboard rumi (tak ada jawi) so kakak eja guna huruf rumi yg tajwidnya agak kurang tepat.
ReplyDeleteAjarokallahu fima 'aktoita wabarokafima abkoita waj'allallahu lakatohuron. Kemudian boleh sambung atau tidak pun boleh dgn yg ini (Qultustaghfirurobbakum Innahukana Ghaffaro, Yursilissama a’alaikum midroro, Wayumdidkum biamwaliw wabanina waj’allakum jannatiw waj’allakum anharo)amin..
Harap dapat kita buat selalu supaya yg memberi kita dimurahkan rezeki dan yg kita terima dgn hati senang.
Terima kasih buat semua teman:-
Acik Erna, Yus, Kakcik, IntaNBerlian, Gen2Merah, Zie, Nurul aka Riko, azatiesayang, JunAIna, Henrietta Jose, makchaq, Kesuma Angsana, azi, norhidana, nur_Nba, are_linayu, Wanieys, MamaEma, temuk (kakak makan juga sama-sama sebab bapak makan tak banyak pun), kasihibu, nur, Rai, Syeila, Mrs Eady, musang, nur anis, nabila_2908, gadisBunga (kalau dapat tunjuk lagi bagus gB biar dia rasa lebih selesa),ieda, saya disni, Henrietta Jose, Daddy Ziyyad, Knor, izan mama mia, Liya Hanif, Dkna Abza, Qaseh Suhada, Qhaifa Nur, ieja amieja, Cikgu Ma, aanie, sis intan, Haryati Faizal, Dwaty, Emme, Saleha, Mama Ju, wawa syaida, Eye_nee, zana@pb, Tihara, Azian Elias, Aby (insya-allah tapi kakak orak reti jeneng nge kabeh angger bapak takon kepiye?), zila norazila dan fieda.
Maaf andai ada yg kurang senang dgn komen kakak di sini. Bagaimanpun kakak tetap nak ucapkan terima kasih buat semua yg memberikan komen.
Salam kakzakie,
ReplyDeletesaya berpeluang sekejap aja utk menjaga ayah setelah ibu pergi utk selama-lamanya,kerana selepas dua tahun keseorangan ayah mencari penganti ibu.
Sekrg ayah sudah ada keluarga utk menjaganya,kami hanya sekali-kala menjenguknya.Ayah dgn saya memang rapat,ayah sanggup dtg keKL hanya semata-mata utk mengucapkan selamat jln kpd kami utk berangkat ke tanah suci,walaupun kami sudah berjumpa dan minta maaf tempoh hari.
alhamdulillah,bapak kakak sudah sembuh.
Amin.....
assalamualaikum.....
ReplyDeleteinsyaalah selagi ade mak ayah dan mertua sy akan mengasihi mereka lebih dr diri sendiri..
syukur Alhamdulillah memang rahmat Allah ada yang nampak terus, ada yang disembunyikan untuk kemudian hari.
ReplyDeleteterima kasih kak psl kongsi doa ni.. :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezekikan kak.. sebak baca entry akak nih.. semoga bapak akak segera sembuh spt sediakala.. amin..
ReplyDeleteTidak lupa terima kasih juga buat: -
ReplyDeleteRozila (kita pasti terharu kan rozi), Masya, KakNi, IntaNBerlian dan ct rahani.
Terima kasih dari kakak.