Sambil berbaring dia mengomel sendirian dengan bahasa jawa. Manalah adik faham tapi aku dapat tangkap. Risau katanya kerana semalam adalah hari pembayarn gaji pekerjanya. Malam tadi sewaktu berbual dengan hubby tahulah aku dia bimbang pekerjanya lari kerana tidak dibayar gaji. Pekerja bapak biasa dibayar gaji setiap 7 haribulan. Berkali-kali kami memberitahu semua mereka bukan baru setahun-dua bekerja dengan bapak Bahkan mereka juga sedia maklum tentang keadaan bapak sekarang.
Mujur juga hubby tidak bekerja hari ini, boleh balik kampung jadi wakil untuk membayar gaji pekerja bapak. Terlanjur hari ini juga adalah Hari Anugerah Cemerlang Nurienne bolehlah hubby pergi selepas majlis tersebut. Aku pula sejak naik kerja sebaik bapak boleh ditinggal dengan bantuan Mak Zah, kerja pula tidak boleh ditinggalkan. Hendak upload gambar pun tidak ada masa. Setiap malam selepas solat Isyak pasti ada tetamu yang datang menziarahi bapak. Sebab itulah kalau teman-teman semua sedar sejak-sejak ini N3 aku semuanya kosong belaka tanpa gambar. Dua N3 tentang Hari Raya yang ada gambar-gambar itupun kerana sebelum balik asrama anak-anak sudah upload gambar-gambar tersebut.
~~ Walau bapak terbaring tapi puas melihat dia ada di depan mata. Dulu sewaktu sihatnya kalau hendak duduk dengan kita seminggu itu pun sudah terlalu lama baginya.~~
salam kak..walaupun sakit tp tanggungjawabnya tetap tidak dilupakan ya..xpe kak, nanti blh upload gambar kemudian..hihi..semoga bapak akak cepat pulih sepenuhnya..
ReplyDeletetakpe kak pentingkan yang lebih pernting dulu...
ReplyDeletesemoga lekas sihat bapak kakzakie
ReplyDeleteKak Zakie...amanah. Rasa sangat2 gembira dapat ayah macam tukan...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum kakZakie
ReplyDeleteApa-apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.. mudah-mudahan bapak semakin sihat dan keadaan pulih sebagaimana asal.. Aamiin
iya, perlu jalankan tggjwb walau ape keadaan sekali pun...
ReplyDeletealhamdulillah masih juga di ingat kebajikan pekerjanya walau dalam keadaan sakit2...
ReplyDeletecamner keadaan pakcik hari ni.. harapnya makin sihat la
mesti dia rasa xseronok kalau terlambat bayar gaji pekerja.xpe nanti upload gamba puas2 kak.heheh.
ReplyDeleteorg senior ni kak,selagi terdaya xmo ditinggalnya rumah dok ngan anak2.kita pun mungkin mcm tu nanti...:)
semoga cepat sembuh hendaknya dan sya rasa pekerja bapak kakzakie tak akan lari sebab diaorang faham dugaan yang sedang di hadapi tu .
ReplyDeletebertuahnya dpt majikan spt bapa akak..kebajikan pekerja diutamakan
ReplyDeletesemoga bapa akak sihat sperti sediakala. insyaAllah
Salam kak zakie.Betul tu,ayah kita ni klu sihat xmonya dok lama2 kat umah anak2.Bila dah sakit...xder sapa nk jg br la dia beralah dok ngan kita..
ReplyDeleteAtie doakn bapak kak zakie semakin sihat.Aminnnn
hurmm org tua kak
ReplyDeletekalau dia ada tanggungjawab dia x akan lenggah2 kan walau dia tahu dia x sihat
saya doakan bapak akk cepat2 sembuh agar org sekeliling x perlu risau lagi .. insyaallahh
ohh skrg bapak akak ddk ngan akak la eh? sng hati dpt jaga bapak sndri kn :)
ReplyDeleteinsyaAllah tak larinye pkerja bapak..
salam sejahtera KZ
ReplyDeleteMoga bapak dekat di mata dekat di hati.
hehe 7 hb juga mama dpt gaji dr kg. Syukur mak uruskan segalanya ttg kebun..
besar pengorbanan mak dan bapa kitakan?
beruntung dpt anak sebaik kak zakie..
ReplyDeletenasib baik ada suami akak yg blh jd wakil bayar gaji..
ReplyDeletemga bapak akak cpt sembuh...
semoga bapak cepak sembuh..dia sakit apa ya..
ReplyDeleteBaiknya hati bapa akak. Dalam sakit sakit pun, masih teringatkan pekerja dia...
ReplyDeletetakpe...mesti pekerja2 bapak faham keadaan sekarang
ReplyDeletesakit2 pun masih ingatkn kewajipan dia... semoga Allah balas dengan kesihatan yg cepat....
ReplyDeletekesian ayah kakak..semuga mudah segala urusan..insya Allah :)
ReplyDeletetu lah akak..orang tua nie kalau baba duit spt gaji memang dia lebih amek berat walaupon dia sakit...kadang2 kita tak pikir tapi dia lak yang ingatkan kita sedangkan dia tengah sakit.. semoga bapa akak cepat sembuh yea..
ReplyDeletedia lebih fikir ttg org lain dr diri yg sakit.. sungguh mulia hatinya..
ReplyDeleteuntungnya dapat berbakti dan menjaga orang tua dan mereka ada di depan mata,.. kekadang malam2 teringat zaman kecik2 mak bapak jaga, sekarang bila dah berkeluarga,.. sibuk dengan hal sendiri.. entah bila dapat balik menjenguk..
ReplyDeletemacam abah juga, walaupun sakit tak pernah nak telefon bagi tau, yg penting bila susah dia x mau menyusahkan anak2...
Beruntung kalau semua majikan macam bapak kakzakie, walaupun x berdaya masih ingat kebajikan pekerjanya, sedangkan ada syarikat2 yg agak besar culas dan sambil lewa.
ReplyDeleteUpdate tanpa gambar pun tak pa..makchaq suka je baca
Pekerja macam anak-anak sendiri. Makan pakai mereka kita kena ambil kira. Suri teladan yang baik dari pakcik.
ReplyDeletemajikan yg baik mesti menjaga kebajikan pekerjanya.Tu yg bapak akk risau tu..
ReplyDeleteAs-salam. Semoga tetap berbahagia menjaga bapak dan semoga dia segera pulih seperti sedia kala. Dalam pada itu, jangan lupa menjaga kesihatan diri, kakzakie. Mugo-mugo apik sekabeane.
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeletesemoga ayahanda kakzakie cepat sembuh. Sabarlah.
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/09/ber-open-open-house.html
Kakak..
ReplyDeletesemoga bapak cepat sembuh ye.., bila dah ada depan mata, senang sikit hatikan...
p/s bapak kakak tahu tanggungjawabnya sebab tulah dia risau wpun pekerjanya mungkin faham bapak kurang sihat...:)
semoga cepat sembuh ye...amin...tp mgkin jg mereka akan faham yg bapak kan sakit kak...
ReplyDeletewalau pun sakit, dia tentap ingat tanggung jawab nya, syukur alhamdulillah.
ReplyDeletetabahkan hati.. semoga d permudahkan segalanya..
ReplyDeleteKakak adik-beradik sekarang sedang berbincang bagaimana menyelesaikan masalah pekerja-pekeja dan kebun bapak ini. Mungkin kami serahkan pada pekerja paling senior utk menguruskankannya. Terpaksa beri kepercayaan. Kami percaya pekerja ini jujur.
ReplyDeleteTerima kasih diucapkan pada semua yg memberikan komen:-
Kasih Salina, Haryati Faizal, Lya Colours, JunAina, Werdah, Repunzeel Cikilolo, Syeila, Aishah Jahirah, Kasihibu, musang, azatiesayang, ieda, Munnafendy (A'ah sekarang duduk dgn kakak), Mama ju (kakak rasa di Johor memang 7hb Peladang bayar gajilah Kak Ju), Knor, IntaNBerlain, izz izza (bapak kakak accident izza), Rozita, Daddy Ziyyad, Zie, Tihara, Dkna, Nur, aimaniman (kalau tak sakit pun kakak rasa dia tak nak duduk lama dgn anak-anak), Makchaq (bapak ingatan masih kuat makchaq), Cikli, Puan Kutu, Temuk (wes iso mangan dewek sak iki bapak cikgu), Mamawana, Azi, Yatzakie, CikNi (KakNi) dan Gen2Merah.
Terima kasih semuanya sekali lagi.
moga bapak cepat sembuh ye kakzakie!
ReplyDeleteBiasalah tu kak, kalau orang tua memang susah nak duduk lama rumah anak2.. Teringat rumahnya di kampung.
ReplyDeleteSemoga ayah akak cepat sembuh dan dapat teruskan urusan hariannya semula. Memang risau bila ada benda yang diuruskan..
Nur pun jarang update entri. Lepas ni dah nak tanda kertas Peperiksaan Percubaan SPM pula..
bagusnya..dalam keadaan terbaring pun masih teringat pda pekerja.. :)
ReplyDeletexde gambar pun xpe kak..cerita2 yg akak kongsikan kat sini pun dah dapat bnyk manfaat pada saya.. :)
betul kak, walau terbaring tapi puas hati dpt tgk sendiri orang tua kita..
ReplyDelete