Menjadi rutinnya membeli sarapan pagi. Bapak tinggal berdua dengan bibik (isteri ke dua bapak dan juga adik arwah emak). Keduanya telah berusia dan soal makan kebanyakannnya dibeli saja. Tambahan pula kuantiti yang dimakan bukanlah banyak mana. Sarapan dibeli setiap pagi, makan tengahari biasa bibik masak dan malam ada kalanya masak dan ada kalanya mereka membeli saja.
Gerimis pagi hari itu telah mengundang padah dan ujian buat kami sekeluarga. Kemalangan yang menimpa bapak membuat satu kampung kecoh. Menurut saksi yang melihat kejadian, bapak terlambung ke atas dari bahagian hadapan kereta dan jatuh ke bahagian belakang kereta. Namun bagai ada kuasa ajaib yang menadah kerana perlahan saja bapak jatuh di bahagian belakang kereta di atas jalanraya. Bapak tidak jatuh terhempas - maha pengasihnya Allah mungkin graviti waktu itu dikurangkan. Bayangkan dalam usia telah melebihi 80 tahun kalau tubuh terhempas pasti ada risiko tinggi. Itulah yang membuat doktor yang merawat bapak berkali-kali membelek semua laporan x-ray.
Luka sana-sini tidak boleh dikatakan lagi. Mata, bibir dan hidung bapak membengkak sama rata bagaikan bola. Doktor agak terkejut kerana kaki kiri, tangan kanan, muka dan kepala bapak terkoyak bahkan berjahit dan bengkak lagi tetapi ct scan dan x-ray yang dilakukan tidak ada satu pun retak/patah/internal injuries terjadi. Maha kaya Allah. Pertanyaan doktor untuk melihat IQ bapak dijawab dengan tenang. Bapak memang tidak merokok, tidak ada darah tinggi, tidak ada kencing manis dan tidak ada sakit jantung. Soalan terakhir yang membuat kami tersenyum bila doktor bertanya adakah bapak minum arak? Masya-Allah kami termasuk doktor pun senyum juga sebab menurut doktor, itu adalah procedure yang biasa untuk ditanya kepada pesakit. Hubby boleh kata kalau Pak Imam minum arak satu kampung makmum lari dari surau.
Apa yang menjadi tandatanya kami adik-beradik (maklumlah kami bukan doktor dan adik aku yang tinggal di Selayang dan cucu-cucu bapak yang ada ilmu kedoktoran pula waktu itu belum sampai lagi) mengapa bapak muntah darah dari Hospital Pontian hinggalah ke HSA, JB. Baru kami tahu kerana darah itu masuk ke dalam perut melalui hidung dan mulut sewaktu kemalangan hasil dari kecederaaan parah di kepala. Sebab itu bila dia muntah darah yang keluar bukan masalah dalaman usus atau perut sebagaimana yang menjadi kebimbangan kami tetapi ianya dari darah yang tertelan masuk melalui hidung dan mulutnya semasa kejadian dan ianya terkeluar balik bila bapak muntah.
Dari awal kemalangan bapak sedar dan bibir bengkaknya tidak putus dengan bacaan doa/wirid yang tidak jelas membuat hati kami semua bertambah rawan. Menjadi kebiasaan bapak sentiasa berwirid sehinggalah dia tertidur itulah juga yang dibuat ketika dia di atas katil hospital. Solat tahajjud bapak setiap malam, sujud syukur bapak setiap usai solat subuh, kasih bapak pada isteri-anak-cucu-cicit tidak pernah berbelah bagi, melihat kanak-kanak tidak pernah tidak dihulur walau seringgit-dua, itulah yang kami rasakan walau kelima-lima doktor berkali-kali mengatakan "its miracle" tapi kami tetap mengatakan inilah dia Allah tunjukkan kepada kami anak-cucu-cicit bahawa Allah memberikan kasihnya pada bapak di saat-saat semua orang tidak percaya bapak kini masih boleh berbual (sedikit/perlahan) dengan setiap tetamu yang hadir berkunjung. Bapak bukan ada ilmu kebal seperti yang diguraukan oleh salah seorang doktor. Dari hari pertama bapak terlantar pun bapak tidak tinggal solat walau secara berbaring. Kini bapak bersolat secara duduk. Percayalah semua ini qada' dan qadar Allah.
Semua kereta milik aku terpaksa parking di bahagian belakang rumah kerana saban hari tidak putus ada saja yang datang berkunjung untuk menjenguk bapak. Jalan Damai 7 taman aku tinggal boleh dikatakan banyak dengan kereta yang datang untuk menjenguk bapak. Tahun ini jugalah biskut raya aku susut cepat - alhamdulillah.
Berkat doa dari saudara-mara-sahabat-handai-rakan-taulan-jiran-tetangga di sini aku dan seisi keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga di atas segala doa yang dititipkan buat bapak. Tidak ketinggalan teman-teman blogger yang sudi menelefon/sms aku walau pastinya mengundang esak-tangisku di hujung talian tapi ingatan tersebut amat aku hargai. Moga bapak akan terus beransur sembuh dan pulih seperti sediakala. Kini bapak dalam jagaan aku walau rumah akulah yang paling kecil berbanding dengan adik-beradik yang lain. Selain itu juga bapak perlu membuat pemeriksaan susulan di HSA, di JB di mana rumah aku adalah yang paling hampir.
Dari awal kemalangan bapak sedar dan bibir bengkaknya tidak putus dengan bacaan doa/wirid yang tidak jelas membuat hati kami semua bertambah rawan. Menjadi kebiasaan bapak sentiasa berwirid sehinggalah dia tertidur itulah juga yang dibuat ketika dia di atas katil hospital. Solat tahajjud bapak setiap malam, sujud syukur bapak setiap usai solat subuh, kasih bapak pada isteri-anak-cucu-cicit tidak pernah berbelah bagi, melihat kanak-kanak tidak pernah tidak dihulur walau seringgit-dua, itulah yang kami rasakan walau kelima-lima doktor berkali-kali mengatakan "its miracle" tapi kami tetap mengatakan inilah dia Allah tunjukkan kepada kami anak-cucu-cicit bahawa Allah memberikan kasihnya pada bapak di saat-saat semua orang tidak percaya bapak kini masih boleh berbual (sedikit/perlahan) dengan setiap tetamu yang hadir berkunjung. Bapak bukan ada ilmu kebal seperti yang diguraukan oleh salah seorang doktor. Dari hari pertama bapak terlantar pun bapak tidak tinggal solat walau secara berbaring. Kini bapak bersolat secara duduk. Percayalah semua ini qada' dan qadar Allah.
Semua kereta milik aku terpaksa parking di bahagian belakang rumah kerana saban hari tidak putus ada saja yang datang berkunjung untuk menjenguk bapak. Jalan Damai 7 taman aku tinggal boleh dikatakan banyak dengan kereta yang datang untuk menjenguk bapak. Tahun ini jugalah biskut raya aku susut cepat - alhamdulillah.
Berkat doa dari saudara-mara-sahabat-handai-rakan-taulan-jiran-tetangga di sini aku dan seisi keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga di atas segala doa yang dititipkan buat bapak. Tidak ketinggalan teman-teman blogger yang sudi menelefon/sms aku walau pastinya mengundang esak-tangisku di hujung talian tapi ingatan tersebut amat aku hargai. Moga bapak akan terus beransur sembuh dan pulih seperti sediakala. Kini bapak dalam jagaan aku walau rumah akulah yang paling kecil berbanding dengan adik-beradik yang lain. Selain itu juga bapak perlu membuat pemeriksaan susulan di HSA, di JB di mana rumah aku adalah yang paling hampir.
~~Pagi ini kami bawa bapak ke hospital lagi untuk membuka segala jahitan. Harapan kami tiada komplikasi lain terjadi. Terima kasih atas doa kalian semuanya.~~
itula keajaiban allah swt..
ReplyDeletetiada apa y mustahil kalo itu kehendakNya..
alhamdulillah..walaupon baca drcerita ni ttg kemalangan tu mgkin blh mberikan effect teruk..tp syukur.. ayah k.zakie dilindungi allah swt,...
Maha Suci Allah yang janjiNya tidak pernah dusta. Alhamdulillah, syukur kerana bapak diberi kekuatan menghadapi ujian dengan izinNya juga.
ReplyDeletesemoga beliau lekas sembuh dengan izin Allah
ReplyDeletesemoga bapaknya cepat sembuh.
ReplyDeleteAllah Maha Berkuasa :)
ReplyDeleteMOga cepat sembuh :)
Salam takziah kak,
ReplyDeleteSemoga bapak akak cepat sembuh.
salam akak
ReplyDeletesemoga bapak akk cepat2 sembuh
seram saya baca ..
kuasa allah kan akk , kita punn x akan menyangka .. syukurr alhamdulillah x jadi perkara yg lebih buruk .. aminnnnnnnnnn
baca ceritani teringat arwah tok ... mmg mcm serupa dengan kisah ini...
ReplyDeleteArwah tok pun berkahwin sekali lagi dengan adik kepada arwah opah. kalau bab sembahyang memang dijaga. bab orang datang berziarahpun sama.. boleh kata memang sangat sama.
Kita yang menjaga dia rasa sangat sejuk hati.. dari mulut dia hanya kalimah Allah... doa tiada langsung mendengus dengan musibah.. baginya semua musibah itu adalah kebaikan...
salam takziah kakzakie... moga ayah akak akan sembuh seperti sediakala..
ReplyDeletesemoga bapak kakak lekas sembuh seperti sedia kala atas izin Allah
ReplyDeleteSalam, KakZakie. Beribu kemaafan ku pohonkan kerana benar2 tertinggal cerita bapak kemalangan. Alhamdulillah, sy terharu dengan cerita KakZakie. Banyak hikmahnya tersembunyi dan saya ambil pengajarannya.. insyaAllah...
ReplyDeletesemoga bapak cepat sembuh..
Ya Allah Kak Zakie..maaf saya pun baru membuka blog hari ini..saya juga sibuk dengan urusan ayahanda saya ...wbgmnpun saya ucapkan takziah atas apa yg berlaku, semoga Allah Permudahkan segala urusan, InsyaAllah ...Semoga ayahanda akak juga akan sembuh dengan cepat...
ReplyDeleteAlhamdulillah bapak akak dilindungi.. smoga bapak akak cepat sembuh ya.. aminnn
ReplyDeleteAlhamdulillah bapak akak selamat..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..
sabar akak yea..
Rasanya tiada apa yg sedih kakzakie tulis kan disini..tp saya sebak..mata saya bergenang..betapa besarnya ganjaran Allah terhadap hambanya yg sentiasa patuh akan suruhannya..doktor sendiri bagai tidak percaya akan kecederaan yg bapak akk alami...Maha suci Allah..yg Maha melindungi....Semoga Bapak Akk akan sembuh seperti sediakala....
ReplyDeleteSalam Kak Zakie, baru Me tahu kisahnya..akan hal kemalangan bapak Kak Zakie... syukur Alhamdulillah... moga Kak Zakie n keluarga sentiasa dilindungi Allah swt... dpt berkumpul di Syawal ini, Allah beri kesempatan buat kita... Ada hikmahnye kan Kak Zakie... Ya Allah besar kuasamu Ya Allah... hampir menitis air mata ini... Sampai kan salam buat bapak yea Kak Zakie, saya doakan moga dipelihara dan dilindungi, n moga sihat sejahtera semuanya...
ReplyDeleteSubhanallah Alhamdulillah Allah huakhbar, terharu dan teruja makchaq bila baca tentang ganjaran utk orang2 yg sentiasa ingat Allah ni..
ReplyDeleteSemoga bapak kakzakie cepat sembuh seperti sediakala.. salam makchaq untuk beliau dan keluarga kakzakir juga..
Assalam kakzakie.Alhamdulillah syukur.Allah jua yang melindungi bapak kakzakie.terharu acik membaca coretan ini..teringat juga dengan arwah bapak acik yang semasa beruisa 80 jugak masih sihat dan mampu berulang alik kemasjid..dia lah imam..bilal dan siak di masjid kecil dikampung acik dulu
ReplyDeletesemoga bapak kakak cepat sembuh seperti sedia kala dan terus diberikan rezeki kesihatan yg baik
ReplyDeletesalam kakzakie...
ReplyDeletealhamdulillah syukur kehadrat Allah yang sentiasa bersama bapak akak. Coretan akak ni memang buat saya terharu sama...
Moga segala urusan yang lain berjalan lancar dan bapak akak akan segera sembuh ya.
Alhamdulillah..bapak akak ok. Sy kat sini sentiasa doakan kesejahteraan beliau :)).
ReplyDeleteAlhamdulillah.. syukur.. moga pakcik semakin beransur sihat hendakNYA..
ReplyDeleteYa Allah sedihnya saya baca entry ni...semuga ayah akak cepat sembuh..aamiin..saya teringat masa thn 2010 sebelum mak saya dioperate...kawan2 bloggger sudi doakan keselamatan mak..berkat doa semua dengan izin Allah, mak selamat walo dah tahap kritikal..sbb tu saya rasa kawan blogger ni sgt bermakna dalam hidup ni walo tak pernah lg bersua muka.
ReplyDeleteSALAM KAK..semoga ayah kak sembuh ye
ReplyDeletealhamdulillah...semoga ayah akak terus sihat...
ReplyDeletealhamdulillah bapak akak selamat...moga beliau terus sihat dengan izinNya, insyallah...
ReplyDeletesubhanallah kak..alhamdulillah ayah akak tak mengalami kecederaan dalaman yang teruk..semoga ayah akak cepat sembuh..
ReplyDeleteYa Allah tak tau apa nak cakap bila baca kisah ni, Tuhan itu Maha Mengasihani, Maha Mengetahui segalanya..Syukur ayah akak selamat dan moga terus baik dalam jagaan akak dan semua adik beradik akak..
ReplyDeleteAlhamdulillah bapak dah beransur sembuh, moga zde komplikasi yg lain2 pulak ... moga dipermudahkan semua, KA doakan yg terbaik!
ReplyDeletekuasa Allah swt..semoga ayah akak cepat sembuh yea..
ReplyDeleteAllah Maha Besar..syukur alhamdulillah ayah kakzakie takde kecederaan dalaman yg serius ye. kalau akak brcerita pasal ayah akak ni amie sedih mengenangkn mak di kampung juga kak..
ReplyDeletealhamdulillah..itulah kuasa Allah swt..semoga bapak akak cepat sembuh dan dalam lindungan Allah swt..
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeleteAllah maha besar..
Alhamdulillah....lega mendengarnya....
ReplyDeletekalo ikutkan cite akak ni mmg agak teruk juga..tp alhamdulillah bapak akak selamat...berkat kebaikan dia selama ni....dan kuasa Allah...
semoga terus sihat spt biasa....
Alhamdulillah kak. lega mendengarnya. sesungguhnya Allah memelihara hambaNya yang Dia kasih. semoga bapak akak semakin membaik kesihatannya. amin!
ReplyDeleteMemang betul lah tu miracle, semua nyer atas kekuasaan Allah. Syukur Alhamdulillah, semoga segera sihat seperti biasa.
ReplyDeleteAmin....moga bapak akk cepay sembuh....
ReplyDeletekalau menurut citer Kakzakie ni sepatutnya kecederaan yg dialami bapak mesti parah.....
ReplyDeleteitulah kuasa tuhan tiada bandingannya...moga bapak cepat sembuh...
sedey bace..teringat kat abah kat kg..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..
Salam K.Zakie, alhamdulillah ayah selamat, dan alhamdulillah Allah beri akak peluang utk berkhidmat menjaga ayah. Semoga ayah akak terus sihat. Wassalam.
ReplyDeleteAlhamdulillah, bersyukur kepadaNya... kuasa Allah.
ReplyDeleteMasyaallah..kuasa allah.. Sedih bca :(
ReplyDeleteMoga bapak kakzakie cepat sembuh yer...aminnn...
Maha Suci Allah... banyak ikhtibar dari tulisan Kak Zakie, untuk muhasabah diri dan berasa diri ini terlalu kerdil disisi-Nya!
ReplyDeleteYa Allah...itu la kebesaran Allah...semoga bapak akak cepat sembuh dan sentiasa dalam lindungan Nya...
ReplyDeleteSalam kak.. kebesaran Allah.. Syukur Ya Allah..
ReplyDeletemoga tiada sebarang komplikasi nanti.. dan juga moga pakcik cepat sembuh
*** terasa diri kerdil disisiNYA
Subhanallah...terharu baca kisah ni... Sesungguhnya Allah itu maha pengasih terhadap hambaNya yang sentiasa ingat padaNya. Semoga bapak cepat sembuh...aminn..
ReplyDeleteSubhanAllah....
ReplyDeleteAlhamdulillah...bapak dikurniakan anank2 sebaik dan semulia kakzakie.. semoga segalanya berakhir dgn kegembiraan hendaknya..
menitis airmata saya.............
terkenangkan arwah emak dan ayah yg dah tiada, tiada lg tempat utk saya berbakti sebagai seorg anak........
sian bapak..moga bapak cpt sembuh.sedoh dgr keadaan bapak.
ReplyDeletepeluk cium dr adik tuk akak dr jauh.
maaf kak, dana lmbt dpt tahu, seminggu cuti di kg minggu lps pun agak bz... apa pun doa dana semoga bapak akak cpt sihat n sembuh spt dulu... mmg betul2 miracle, kalu Allah mengizinkan...
ReplyDeleteAlhamdullillah Kak.. Syukur di atas kebesaran Allah itu. Moga ayah akak akan terus sihat..
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukurrr..
ReplyDeleteAlhamdulillah, bapak akak tak cedera yg teruk..
ReplyDeletesalam akak...moga bapak akak cepat sembuh..amin..:)
ReplyDeletesalam kak, sara baru tau bapak akak accident ke? ni baru jenguk blog.. hop bapak akak cepat sembuh..Allah itu maha pengasih, maha berkuasa kak.. hrp bapak akak sihat sepenuhnya spt sediakala..sampaikn salam pada bapak akakak ye
ReplyDeleteLuasnya RAHMAT ALLAH untuk kita. Syukur alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah bpak akak dh sembuh.org yg beriman Insyallah Allah lindungi..bruntung punya bapak spt bapak kak zakie..
ReplyDeleteAllah Maha Kuasa,
ReplyDeleteSemua atas kehendakNya,
Alhamdulillah bapak kakzakie dah beransur pulih, semoga terus sihat hendaknya ye!
alhamdulillah bapak cepat sembuh.. moga kembali sihat seperti sebelumnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semua ujian dariNya untuk menghapuskan dosa dan meninggikan darjat kita semua.
ReplyDeletemaaf ye kak lia baru dapat tahu ttg berita ni..dah lama lia x buka blog sejak b'salin 1 syawal aritu...
ReplyDeletelia doakan semoga bapak kak zakie semakin sihat...
Semoga bapak sembuh dan sihat seperti sedia kala..InsyaAllah.
ReplyDeletekuasa ALLAH kak zakie..smoga bapak akk bertambah pulih yer..doa dan salam dari zila utk bpak akk..
ReplyDeleteSalam kak zakie..
ReplyDeleteInsyaallah..kita sama2 doakan yang terbaik..semoga bapak akak cpat sembuh. Insyaallah..doakan semoga semuanya selamat..amin..
Allah maha penyayang.. semoga atok cepat sihat.. amin...
ReplyDeletejemput baca en3 baru..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/09/inilah-insan-yang-wajib-kita-cintai.html
ehem..sayu mama baca entry KZ ni..syukur alhamdulillah tiada kecederaan dalaman bapak.. semuga Allah sentiasa melindungi dia..amin..
ReplyDeleteSubhanallah...Moga bapak akak cepat sembuh ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah..smg bapak akak cpt sembuh...dan byk2 bsabar yer:-)
ReplyDeleteDidoakan semoga bapa kakzakie segera pulih. Semoga kakzakie sabar dan BAHAGIA menjaganya dalam saat-saat yang menduga ini. Insya-Allah!
ReplyDeleteBegitulah ujian buat kakak sekeluarga. Walau seminggu lepas kami masih terkesan lagi. Rasa bimbang masih bersarang di benak kami dan doa tak pernah putus.
ReplyDeleteTerima kasih kakak ucapkan pada yg mendoakan bapak kakak pada N3 ini:-
Lyafrina, Kakcik, Lya Colour, Knor, ros_reeza, Teratak Hami, ieda, Cho Zila, mama maman aka yana, Aien Alien, Sari Yusa Ibrahim, Norazzah8, Bert, Eye_nee, Pokok Manggis DR, Makchaq, Emme, Acik Erna, inazamri, Yus, Rina Avail, aizamia3, Tihara, saya disini, nur anis, Cikgu Ma, Rai, Huda, Kesuma Angsana, Dkna Abza, amirah, Kasih Salina, cheqna, aanie, Alisha Kirna, KakNi (ChikNi), Henrietta jose, Qhaifa Nur, eda_eja, Asnija, Zie, Ros, Amie, Suraya Baharun, Syiela, Rozita, Queenie, Lydia Miza, norhidana, Rinna, Syerwieyna Muzzawer, Mama Ema, CikCeriacorner, Sara, JunAina, Puan Kutu, Haryati Faizal, mulan, Cikli, Mamamya, Granny Hany, zila norazila, Lynn, L, mama aini, norh, Are_na dan Temuk.
Buat semua hanya Allah saja yg tahu betapa kakak amat menghargai anda semua doa tersebut. Terima kasih.
salam akak,
ReplyDeleteucu mhn ampun maaf zahir bathin atas kecuaian dan kelalaian ain selama ini. Atas sebab tak dapat dielakkan , lama tak berziarah dan bersarang juga blog KK. cu baru terbaca n3 ni dan sebak pilu dan satu miracle darinya jua yang meyelamatkan abah akak. Alhmdulilah..nilah habuan nya ats amalan2 dan kebaikan yg pernah dijadikan santapan harian...bertanya diri andai taqdir itu untuk diri ini... mhn dikongsikan lagi apakah amalan ayah...muga2 menyuntik semangt buat diri mencari kekuatan ALLAH dalam kehidupan.
muga ayahanda semakin pulih dan sampaikan salam buatnya. terima kasih kak dan wasalam
ya allah baru tahu bapa akak kemalangan...kuasa allah kan kan..semoga bapa akak cepat sembuh...
ReplyDeletehampir menitik airmata baca kisah bapak..mcm sy kenal bapak dlm citer ni
ReplyDeletealhamdulillah... :)
ReplyDeletemeremang bulu roma saya bila baca cerita akak ni..sungguh Allah itu maha pengasih lagi penyanyang.. Allahuakbar..segalanya boleh jadi atas kehendak DIA kan..
moga ayah akak cepat sembuh.. :)
Alhamdulillah, kuasa Allah siapa menduga kan..
ReplyDeletesemoga bapak akak cepat sembuh ye..
Kuasa Allah mmg tiada tandingan... sedih plak sy baca entry ni.. moga bapak akak sht spenuhnya..
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Zakie
ReplyDelete"Moga bapak akan terus beransur sembuh dan pulih seperti sediakala."
Amin ya Rabbana
It's miracle...Benar kak. Kuasa Allah menngatasi segalanya.
entry akak mengundang air mata saya, berbaur takjub dengan kebesaran Allah.
It's miracle, lebih indah lagi apabila lontaran dari bibir doktor non Muslim menyatakan kepada saya,' Miracle dari Tuhan Allah..."..
mengingatkan beberpa momen kejadian dlam kehidupan saya...
semoga kakak diberi kesihatan yang baik utuk meladeni ayah.
maaf haya baru petang ini saya berkesempatan menjziarahi blog kak zakie.
Subhanallah maha suci Allah ye kak.. bergenang air mata sy baca entry akak nih.. terasa diri nih kerdil sgt di sisi Allah.. apa2 pun sy doakan semoga bapak akak akan sembuh spt sediakala.. agak terlambat dh baca entry akak nih..
ReplyDelete* selamat hari raya jugak utk akak sekeluarga.. maaf zahir batin..
sebak baca entry ni....alhamdulillah ayah akak tak alami kecederaan yang serius...saya doakan semoga ayah akak cepat sembuh dan sihat selalu.
ReplyDelete