Wednesday, September 5, 2012

Syawal 1433H diraikan

Sekali lagi aku mula bekerja penuh setelah sekian lama bercuti sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Baru sehari bekerja telah sambung untuk bercuti lagi akibat perkara yang tidak diduga. Syukur aku masih boleh menjalani rutin baru yang sedikit berubah sejak seminggu ini. Bagaimanapun N3 tertunda lama ingin dipaparkan juga.

Pagi Syawal seperti biasa selepas solat Aidil-fitri bersalam-salaman walau jauh di sudut hati tidak pernah menaruh rasa dendam terhadap semua ahli keluarga. Rasa kasih dan sedia memaafkan sudah sentiasa terbuka di sudut hati apa lagi sebagai ibu-bapa.

Kak Nurienne- Entah apa yang diucapkan pada papa.
Kak Yasmien - Sama juga mula-mula senyum tapi lama-lama lain jadinya.
Adik - Kalau boleh satu badan papa mahu dipeluknya.
Sekeluarga - Sedondon tapi papa belum tukar baju lagi sebab baru balik dari masjid.
Perjalanan pertama - Kami berkonvoi 4 buah kereta ke Melaka untuk menziarahi Mak saudara hubby yang baru kehilangan anak bujangnya kerana kemalangan jalanraya.

Lancar - Perjalanan dari Batu Pahat hingga ke Taman Pulau Gadong Jaya di Melaka tidak sampai 3 jam.
Sebenarnya keluarga hubby agak bersedih sebelum Syawal menjelang lagi kerana kematian sepupu bujangnya yang berusia 28 tahun akibat kemalangan jalanraya. Kejadian berlaku seminggu sebelum syawal tiba. Takdir ajalnya terjadi di persimpangan lampu isyarat berhampiran rumah bila dua pelajar tingkatan enam melanggar motornya dari belakang ketika mahu pergi bertugas di Majlis Bandaraya Melaka.

~~Ujian dan dugaan Allah tidak dapat kita duga bila dan bagaimana caranya.~~


62 comments:

  1. Akak kalau lalu dekat sungai rambai tu memang lalu depan rumah atuk saya la kak..takziah untuk keluarga sepupu suami akak tu yea..

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Zakie, cam ner ari ni? sihat kak?

    Kak, ajal dijemput tidak kira masa, kalau ajal kita sampai, kita tidak tahu.. dalam keadaan yg bagaimana, sama ada kite bersedia atau pun belum, Mati itu pasti. Itu janji Allah.. moga mati kite dlm keadaan yg beriman...

    ReplyDelete
  3. keluarga bahagia ;-)..salam syawal dear ;-)

    ReplyDelete
  4. Semoga roh Allahyarham tenang di sana. Amin.


    InsyaAllah, Sabtu ini kakcik akan ke Melaka lagi untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Allahyarham rakan rapat suami kakcik.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Kak,
    Cantik satu family bila sedondon kan..:)

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat....

    ReplyDelete
  7. salam takziah juga, ajal maut semua di tangan tuhan, reda ajelah sesungguhnya Allah swt lebih menyayangi arwah!

    ReplyDelete
  8. AL FATIHAH..semoga roh beliau di tempatkan dengan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  9. bismillahirrahmanirrahim...al-fatihah! moga rohnya aman di sana.

    Salam lebaran maaf zahir batin buat akak dan keluarga. moga semua berjalan lancar dan bertambah baik.amin

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah buat yang dah pergi...mmg sedey smeinggu sebelum syawal...

    adk mmg kelihatan mesra denga papanya...sangat sweet....

    PSSS...moga bapak akk cepat sembuh...

    ReplyDelete
  11. seronok bila dah berkumpul...

    Al fatihah... takziah tuk fmly hband akak...

    ReplyDelete
  12. salam takziah.. smoga rohnya tenang di sana..

    ReplyDelete
  13. Best bila tiba hari raya.. :-)
    semua bergembira

    Takziah utk keluarga akak.
    semoga roh arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
  14. As salam Kak,

    Marya baru sempat singgah sini.. Rasanya tak terlambat nak ucapkan Salam Merdeka Raya! Berbaris memohon maaf semmgnya memberi kesan sentimental kan :)

    Takziah buat akak sekeluarga lagi2 buat keluarga belah hubby akak atas kehilangan org yg tersayang... Time raya mmg sedih kalau jd mcm ni tp takdir ALLAH mengatasi segalanya...

    ReplyDelete
  15. Salam Kakak..mengapa kakak tutupkan muka kakak dengan tudung. teringin saya nak tengok muka kakak dengan jelas...:)

    Takziah buat keluarga kakak ye..

    ReplyDelete
  16. Takziah untuk keluarga kakak. CkLah kehilangan 2 rakan karib. Satu kemalangan di raya ke 3. Satu lagi barah di puasa pertama. Rakan sebaya...membuatkan ckLah terdiam dan 'semakin' sedar, Dia boleh memanggil kita bila bila sahaja....

    ReplyDelete
  17. kakak ke yg tutup muka tu? nape tutup muka? nak kenal jugak....

    al-fatihah utk arwah....

    ReplyDelete
  18. tiada yg paling indah selain bersama keluarga yg tersayang

    alfatihah utk arwah

    ReplyDelete
  19. akak beraya di melaka juga rupanya..takziah atas kehilangan..umur masih mudah sudah dijemput Allah..ajal maut di tangan Allah...

    ReplyDelete
  20. baru nampak rupa Kakzakie....
    kemaafan dipagi raya membawa seribu pengertian buat kita semua.......

    takziah dari Nur.......

    ReplyDelete
  21. SALAM LEBARAN kak ..

    past salam2 tu syahdu kan uhuhuhu


    takziah dari kami kak

    ReplyDelete
  22. al fatihah untuk arwah...ajal maut tak kira masa dan tempat..

    ReplyDelete
  23. slmt hr raya....sedondon yer...semua pompuan eks...

    ReplyDelete
  24. Taman Pulau Gadong...alahai...dekat sangat dengan rumah nenek saya...lepas org habis sembahyg raya...baru gerak ke Johor.

    Pagi raya tu ke akak pergi melaka..?
    entah2 berselisih kereta..(^_^)

    apa pun..takziah tuk keluarga hubby akak..

    ReplyDelete
  25. salam takziah untuk keluarga hubby kakak.

    ReplyDelete
  26. Salam sejahtera,
    Moga tabah KZ. Dah bacakan fatihah utk arwah. Arwah meninggal puasa, moga dia tergolong dlm golongan org2 soleh dan terpilih.

    ReplyDelete
  27. betul tu kak... ajal maut tak kira tempat... semoga keluarga akk tabah...

    ReplyDelete
  28. Takziah di atas kehilangan.. baru berkesempatan Queen menjenguk blog kak.. knp akak tutup muka tue? hehehe
    nampaknya adik sgt rapat dgn papa yer...

    ReplyDelete
  29. Salam takziah buat keluarga seblah hubby akak..
    Semoga roh arwah dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  30. selamat hari raya,semua tu family akak ye?

    ReplyDelete
  31. salam takziah utk akk sekeluarga. bazi nk ucap selamat hari raya utk akk sekeluarga. harap masih belum terlambat :)

    ReplyDelete
  32. selamat hari raya Aidilfitri kak..
    moga akak kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan..
    moga pakcik cepat sembuh hendakNYA..

    ReplyDelete
  33. alfatihah utk arwah...

    kenapa akak gambar ttp mlt? hehehehe

    ReplyDelete
  34. akak.. camne dgn abah akak skrg?..

    dugaan utk family hubby akak.. mmg sedihkan bila di pagi raya kita teringat akn keluyarga kita yg dah pergi

    ReplyDelete
  35. Rasa sebak kan bila peluk di pagi raya :) sonokla konvo2 raya.. Tp raya tahun ni bg ros rasa biasa ja.. Sedih byk :)

    ReplyDelete
  36. suasana raya mmg syahdu & seronok serta meriah kan.. sama2 bermaafan & ziarah sedara serta rakan..

    ReplyDelete
  37. Takziah Kakzakie. Kami sekeluarga pun sedih gak bila raya aritu kami melawat pakcik suami di hospital akibat kencing tikus.

    =(

    ReplyDelete
  38. Al-Fatihah...

    Rindu saat memeluk seorang bapa, teringin merasainya kerana Jun tak pernah merasa hangatnya pelukan bapa sejak berumur dua tahun.

    Kekadang terasa pelukan suami umpama pelukan seorang bapa kerana beza umur yg banyak antara kami. Cara dia mendidik juga lebih dari seorang suami mendidik isteri.

    ReplyDelete
  39. Takziah.... ajal maut ditangan tuhan.

    Bila baca berita, ramai yang diuji dengan kehilangan orang tersayang sebelum dan selepas raya, makchaq pun ikut terasa sedihnya..

    ReplyDelete
  40. Al-Fatihah untuk arwah..

    Selamat hari raya untuk akak sekeluarga juga.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum Kak Zai
    akak sihat tak?semoga akak sihat2 selalu.
    Batu Pahat ke Melaka tak jauh sangat kan kak tapi letih juga pinggang bagi yg tak berapa sihat...
    salam takziah untuk family besar akak.simpati dengan apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  42. Al-Fatihah utk keluarga arwah..

    Cantik baju akak anak beranak sedondon gitu.. :)

    ReplyDelete
  43. Cantik berbaju sedondon kakzakie dan anak2 dipagi syawal...

    Al-Fatihah buat arwah sepupu suami tu...dan takziah buat keluarganya...

    ReplyDelete
  44. wah..sedondon :)

    alfatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  45. shahdu melihat suasana bermaafan di pagi raya tu....

    ReplyDelete
  46. akak.. lupa pulak nak ucap selamat hari lahir untuk akak.. semoga akak bahagia bersama keluarga tersayang...

    ReplyDelete
  47. keluarga bhgiaaaa... keluarga bhgiaaaaa...=)

    ReplyDelete
  48. alfatihah...
    smoga roh dicucuri rahmat..amin


    **akak... tutup muka eyh?? ke..secara xsengaja tu??

    ReplyDelete
  49. Ajal maut Allah yang tentukan. Kita cuma perlu bersedia.
    Abah akak tu nampak muda lagi tu.

    ReplyDelete
  50. Alamak tersilap..

    'Papa' tu en. hubby ye... Memang muda la ye...hehe
    Sorry akak tersirap ra purak...

    ReplyDelete
  51. semoga rohnya tenang disana kak,suka tgk pic2 raya..meriah :)

    ReplyDelete
  52. al fatehah untuk yang telah pergi kakzakie. memang shahdu kalau beraya bila kehilangan seseorang.

    ReplyDelete
  53. akk memang sedih ..
    saya kehilangan adik saudara 2 orang kak .. dalam kemalangan berasingan sepanjang minggu sebelum raya dan seminggu raya ..

    huhuh sedih sebenarnya walau mereka berdua nie adik saudara jauh .. kedua2nya muda layie kak .. baru berusia 21 & 18 tahun ..

    ReplyDelete
  54. Kepada yg telah pergi kita doakan moga rohnya dicucuri rahmat, buat kita yg masih hidup kena teruskan rutin dan bersedia selalu.

    Terima kasih buat semua yang memberikan komen:-

    Huda, Emme, Are_linayu, Kakcik, Mrs Eady, Sweetmama@Eija, ros_reeza, Kesuma Angsana, Cikgu Ma, Syerwieyna Muzzawer, Lydia Miza, Henrietta Jose, Pn Sheila@CC, Bert, Pokok Manggis DR, Marya Yusof, azi (malulah tu konon hihi...), ckLah@xiiinam, aanie (sesajalah aanie), Irfa, amirah, Qhaifa Nur, AzuraFazil Din, Nur Anis, izan mama mia, nabila_2908 (kakak pergi selepas salam-salam dan kemas sikit-sikit sampai sana zuhor), Aien Alien, Mama ju, dwaty, Queen Teratai, Mummy Danisha, Myra Jay, Haryati Faizal, Bazilah, saya disini, aizamaia3, norhidana, IntaNBerlian (dah boleh bersolat duduk tak baring lagi tapi belum boleh jalan lagi), Ros, mulan, faraheda.razalan, JunAina, makchaq, MamaEma, Ummu, Eda_ej, Rinna, Eye_nee, CaDLynn, Kazman/Sue, IntaNBerlian (terima kasih dik), L, Lyafrina, Cikli (abang dah 49 tahun dah pun memang tua hihi...), zila norazila dan ieda (sedih bila ada yg pergi utk selamanya tika kita nak bergembirakan ieda).

    Terima kasih sekali lagi buat semuanya.

    ReplyDelete
  55. seronoknya tengok satu family bermaafan....:)
    takziah....al-Fatihah,dugaan tu.kita yg hidup ni tak tahu lagi cara mcm mana kematian kitakan...:(

    ReplyDelete
  56. selamat hari raya maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  57. Bahagia melihat akak sekeluarga.. Abah akak dah sihat?

    Takziah buat akak sekeluarga.. Al-Fatihah utk arwah.. Nur perasan ramai rakan2 blogger kehilangan saudara mara dan rakan terdekat.. sememangnya kematian itu pasti..cuma kita tak tahu bila.

    ReplyDelete